Inilah dia Tarian Darwis Berputar atau The Whirling Dervishes. M Nasir pernah mencipta sebuah lagu yang judulnya "Bila Rumi Menari" dalam album Phoenix Bangkit kalau tak silap aku. "Sema" kini jadi kebangsaan orang Turki dan Syria.
http://www.youtube.com/watch?v=S45OJnQp6mI
Namun, saat aku sendiri berada di Konya, aku berkesempatan bertemu dengan suku sakat Rumi yang ke-51 dan dia kata Rumi hanya melakukan "Sema" sekali sahaja kerana terlalu kecewa dengan kehilangan Syamsi Tabriz (yang juga gurunya, temannya dan idolanya). Syamsi Tabriz menghilangkan diri kerana perhubungannya dengan Rumi sebagai sahabat disalah anggap oleh murid-murid Rumi (Diorang fikir Rumi dan Syamsi Tabriz adalah pondan).
Inilah dia keturunan Rumi yang ke-51 yang masih mengamalkan "Sema" sebagai The Order of the Mevlevi. And hey, stop talking about how fat I looked okay. Masa tu aku makan banyak! Itu aje.
Saat aku berdiri di sisi Makam Rumi di Konya, Turki. Saat di mana kata-katanya mengalir deras dalam urat badan.
Bila aku mula kenal Rumi? Agak..lewat. Hmmm....memang lewat.
Kalau tak silap aku tahun 1997 atau 1998. Aku ke Jakarta, Indonesia kerana tugas. Di sana aku bertemu komandan Dewa, Ahmad Dhani. Sebelum itu, aku layan sungguh penulisan liriknya terutama Restu Bumi, Cukup Siti Nurbaya, Hidup Adalah Perjuangan dan banyak lagi. Aku kagum + pelik bagaimana ada manusia yang boleh menulis lirik dengan begitu "dalam". So, aku ajukan soalan kepada Dhani: "Al-Ghazali? Kadir Jalani? Hamzah Fansuri?" Dan Dhani membalas: "Kamu tunggu aja di hotel dan besok akan aku berikan kitab itu."
Dan esok paginya aku dapat "kitab" itu yang rupa-rupanya adalah puisi-puisi Rumi yang sudah diterjemahkan kepada bahasa Indonesia. Celakanya Suharto dulu sampai dia haramkan buku-buku sebegitu tetapi selepas kejatuhannya, rakyat Indonesia pantas menimba ilmu dan rumi jadi figur popular. Aku bukan taksub tapi kagum. Lalu aku mahu tahu lebih dalam dan ternyata puisi-puisi tentang kehidupan, tentang "kekasih", tentang cara hidup dan semuanya aku fikir akan abadi.
Apa yang akan aku tulis di bawah ini nanti adalah kata-kata Rumi yang aku pinjam kerana kata-kata ini tepat dengan niat blog ini. Jangan cepat tersentuh tanpa benar-benar cuba memahami maknanya dulu. Kata-kata ini juga dicatatkan di Makam Rumi di Konya dan aku sebak sebaik sahaja aku melangkahkan kaki ke dalam makamnya.
I hope, I really hope you guys try to understand. Korang baca...tak ada carutan dalam entry yang ini kerana niat aku ialah supaya korang mampu switch on kan mata hati kalian untuk memahami makna blog ini secara keseluruhan. This is the last of this kind of entry that I'm writing....kerana seterusnya selepas ini....I will back with my mode.
Here it goes:
4 comments:
karya yang agung datang nya dari hati...yang kita tk tau apa isinya....bukan sekadar cerita utk dibaca tapi di rasa
Sesungguhnya setiap orang ada karya agungnya sendiri atau karya agung yang jadi inspirasi kepada dirinya kan?
bang... quote kat atas nih ade kene mengena ngan 'jgn putus asa' ke? @ keep trying punye ayat motivasi la...
Addy - Kata-kata Rumi boleh diguna dalam seluruh bentuk hiduplah. Jangan putus asa pun ada, jangan riak pun ada dan jangan berlagak pun ada. Kau tu...janganlah putus asa.
Post a Comment