Mar 18, 2010

Minta maaf cakap...being arrogant tidak akan membawa apa-apa penyelesaian sebenarnya, tetapi sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Kat Singapura, ada cara tertentu bila memulakan bicaranya yang aku suka sangat sebab ia sebenarnya menunjukkan cara mereka menghormati satu sama lain.

Orang Melayu Singapura suka sangat mulakan bicara dengan berkata:

1. "Minta maaf bercakap..."
2. "Maaf cakap...."

Frasa "minta maaf" itu digunakan sebagai introduksi supaya perbicaraan mereka tidak dianggap cuba melukakan hati sesiapa terutama kepada siapa bicara itu ditujukan.

So, untuk entry kali ini, aku nak guna cara Singapura ini okay.

Read below:

Minta maaf cakap
...sebab aku rasa tindakan Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (Wham) yang menggesa wartawan hiburan memboikot artis-artis yang bertindak melampau adalah keterlaluan.

Minta maaf cakap
...kan ke tugas wartawan sebagai penyampai berita memang banyak risikonya? Kita dah lihat banyak pengorbanan wartawan di seluruh dunia tanpa perlu memboikot sesiapa.

Minta maaf cakap
...apa maksud "artis-artis yang bertindak melampau terhadap wartawan itu"?

Minta maaf cakap...saranan Presiden Wham, Fauziah Raof, supaya wartawan hiburan retaliate apabila ada artis cuba memperkotak-katikkan diri dan kerjaya wartawan bagi aku adalah tindakan yang tidak mature. I say, walk the walk and talk the talk lah.

Di bawah ini adalah a quote from its President:

"Artis sepatutnya berterima kasih kepada wartawan hiburan kerana tanpa mereka kerjaya seseorang artis itu pasti tidak boleh pergi jauh."

Komen aku:
Minta maaf cakap....why is this person sound so fucking arrogant? Tanpa wartawan hiburan maknanya artis tak boleh pergi jauh? Really? Teringin sangat aku nak tahu sebenar-benarnya adakah semua wartawan hiburan berfikiran begini? Adakah mereka sebenarnya arrogant sebegini? Angkuh sekali statement ini kerana bagi aku, pusing belah mana pun, yang tentukan rezeki kita ialah Tuhan, period! Aku bukannya nak jadi orang yang backing artist ke apa ke, but aku pelik kenapa arrogance seperti ini wujud dalam kewartawanan hiburan sekarang? (kalau benar ia wujud) . Jauh di sudut hati, aku rasa sebenarnya senario ini sebenarnya bukan membabitkan dunia kewartawanan hiburan secara total, sebaliknya hanya di kalangan mereka yang anggap diri sebagai raja.

Di bawah ini adalah lagi satu quote from its President:

"Kita sebagai penulis profesional tidak sepatutnya dilayan dengan cara yang rendah kerana tulisan kita itu adalah untuk melonjakkan nama mereka juga."

Komen aku: Minta maaf cakap....penulis profesional? Really? Are we talking about writers here or journalists? Which one ni? Tulisan penulis/wartawan adalah untuk melonjakkan nama mereka juga? Adakah selama ini itu lah tugas sebenar seorang wartawan hiburan? Hanya untuk melonjakkan nama artis? Kalau macam tu, tak adalah gossip yang tidak ada fair comment, tak adalah tulisan keparat yang langsung tidak mementingkan etika kan?

Minta maaf cakap...aku pelik kepada ini jalan pilihan Wham dalam menangani isu ini?

Minta maaf cakap...aku pelik kenapa Wham tidak guna keadaan kecoh ini untuk lebih mematangkan, bangkitkan lebih banyak kredibiliti atau guna saat "cemas" ini untuk menyuntik lebih banyak profesionalisme dalam dunia kewartawanan hiburan?

Minta maaf cakap...its very sad that the path that Wham took is to go head on with critics when they should be looking into themselves and how to improve the quality in entertainment journalism.

Minta maaf cakap...aku ni tak ada kuasa langsung dalam isu ini tapi aku teringin nak tahu adakah Wham mewakili semua wartawan hiburan di Malaysia 100 peratus dan adakah apa yang disarankan Wham ini akan dilaksanakan 100 peratus di Malaysia?

Minta maaf cakap...kalau ini lah caranya isu wartawan hiburan di attack ditangani oleh persatuan yang memperjuangkan industri kewartawanan hiburan, aku rasa mereka akan terus menerus dikiritik oleh rakyat.

Minta maaf cakap...Wham seharusnya melihat Fan Page Facebook itu sebagai suara rakyat yang sudah mual barangkali dan suara mereka penting sebab mereka adalah pembaca dan penonton sebenarnya.

Minta maaf cakap...aku masih rasa Wham perlu "membedah diri" dan "membedah pendekatan" kewartawanan hiburan masa kini supaya kredibiliti boleh dibina semula dan supaya mereka menerima hormat yang selayak-layaknya.

Minta maaf cakap....aku sekadar bercakap.

KEEP IT COOL

Kalau nak baca tentang statement Wham, sila baca sini.

Mar 17, 2010

You want the truth? YOU CAN'T HANDLE THE TRUTH!

ISU 1:

Masa aku join Media Prima (spesifik di TV3 di rancangan Melodi), boss aku yang namanya Azhar Borhan kata: "Shake things up."

Sebulan sebelum aku join (ketika itu aku masih berkhidmat di Finas), Azhar juga ada menghantar beberapa copy rancangan Melodi untuk aku evaluate and selepas menontonnya aku nyatakan beberapa komen, antaranya:

1. Terlalu banyak berita Melodi ketika itu yang tidak ada fair comment. (i.e Artis A berkata sesuatu tentang Artis B tetapi tak ada usaha untuk mendapatkan komen Artis B). Ini maknanya tidak ada fair comment.

2. Banyak berita yang boleh lahirkan rasa tidak puas hati dan membuka ruang untuk Melodi disaman kerana sebarkan fitnah (defamation)

Aku sangat ingat apa aku kata kepada Azhar. Begini: "It will take one person to start a lawsuit against Melodi and more will come if all this flaws are not being addressed."

Lalu, saat aku join, aku cuba sedaya upaya untuk wujudkan semua ini and biarpun tidak sempurna, sedikit sebanyak kita berusaha keras untuk sentiasa memberikan fair comment.

That was the most shook up yang aku mampu buat ketika itu sebab pada masa yang sama banyak masalah yang dilalui terutama dari aspek tenaga kerja, kemahiran, pengetahuan tentang kewartawanan dan pelbagai lagi.

Hari ini, aku membaca tentang kawan lama aku, Jurey Latiff, yang seorang pengarah dan penerbit menyaman Melodi kerana mendakwa program itu telah memfitnah dirinya. (Link untuk berita ini akan aku nyatakan di bawah).

Kenapa ini berlaku?

Ikut apa yang aku baca, pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

That was in September and how did they responded? By producing a spin off to Melodi which is TERJAH.

Bagi aku, both Melodi dan Terjah are walking on a very thin line at this moment and if they do not SHAKE THING UP...they might drown.

ISU 2:

9 wartawan hiburan lapor polis gambar dihina di Facebook

Aku baca tajuk atas di sini.

Bagi yang ada kelapangan, cuba lah cari page di Facebook yang dikatakan menghina dan memfitnah wartawan hiburan ini.

Memang agak kasar dan barangkali bisa buat mereka yang "terkena" ini marah sampai mereka membuat laporan polis.

Isu ini buat aku fikir tentang beberapa perkara:

1. Bagaimana kita mahu menghalang pembaca yang membaca penulisan wartawan atau menonton rancangan seperti Terjah atau Melodi untuk meluahkan hati mereka menerusi apa-apa medium yang bisa mereka gunakan?

2. Kenapa mereka (pembaca dan penonton) kelihatan begitu tidak berpuas hati dengan penulisan wartawan hiburan masa kini?

3. Wartawan hiburan marah dengan reaksi pencipta page Facebook itu tetapi adakah mereka mengkaji ketidakpuashatian orang ramai yang turut memberikan pendapat di page itu?

4. Kenapa makin ramai (ramai - hanya satu hipotesis) pembaca yang makin tak suka dengan cara penulisan atau penyampaian berita hiburan oleh wartawan hiburan?

5. Mungkinkah ini masanya untuk wartawan hiburan untuk mengkaji semula etika mereka dari aspek penulisan, penampilan, penyampaian dan pelbagai lagi?

Aku hanya sekadar blogger tetapi aku tetap berharap supaya Wartawan Hiburan di Malaysia supaya membedah diri sendiri cepat-cepat dan tanya satu soalan iaitu:

"Kenapa semua ini berlaku?"

Aku barangkali tradisional dalam soal kewartawanan sebab aku percaya jika tiang-tiang ilmu kewartawanan yang benar kukuh dalam dunia kewartawanan diamalkan, maka pembaca atau penonton sentiasa akan memberikan respect yang sepatutnya.

Hakikatnya memang ramai di kalangan wartawan hiburan yang kurang ilmu dalam kewartawanan dan masih menganggap "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".

Namun kini mereka harus fikir bahawasanya dalam dunia teknologi masa kini di mana makin banyak medium atau platform sudah wujud, semua orang sebenarnya ada "pena" mereka tersendiri.

Kita lihat saja, apa yang akan berlaku seterusnya.

Sambil itu, kita....

KEEP IT COOL.

Nota:
1. Link berita Jurey saman Melodi di sini.

2. Gambar dipinjam dari www.bharian.com.my

Mar 15, 2010

Aku dilambai nostalgia tapi aku ni jenis yg suka belajar dari sejarah, bukannya melayang dilambai nostalgia itu. Tapi itu aku lah. Korang aku tak tau.

Kadang-kadang aku ni dilambai nostalgia. Bagi aku lah kan, nostalgia itu adalah sejarah yang pastinya mendidik kita untuk masa depan. Jangan melayang sangat dengan kenangan sudahlah kalau kenangan itu tidak datangkan faedah.

Anyway, I was thinkin about my days working in Finas for one year in 2003 before leaving to to Media Prima in 2004.

Persepsi aku terhadap orang Kerajaan sebelum melangkah ke Finas memang macam kebanyakan korang lah.

Lebih kurang macam ni persepsi aku. Lihat bawah:

8am: Punch card masuk kerja
9.15am - 10.30am: Breakfast di kantin
10.35am - 11am: Sembang-sembang dengan staff
11am: Check email (yang selalu aje ada problem and terpaksa guna account Yahoo)
12noon: Start calling kawan di department lain untuk plan lunch
12.45pm: Keluar lunch
2pm: Balik opis and check lagi email and sambil tu jawab email yang tak ada kaitan dengan kerja
2.15pm: Get ready untuk attend meeting mingguan (banyak perkara berbangkit ni!)
3.45pm: Meeting habis and terus buat nota and baru start kerja sikit.
4pm: Lari sekejap ke kantin untuk minum petang
4.15pm: Lari balik ke pejabat sebab dah nak balik
4.30pm: Punch card balik
6pm: Lepas dengan kawan-kawan kat mamak and komplen betapa sibuknya kerja di pejabat!

Well, i was wrong. Aku rasa jarang sangat aku dapat balik on time di Finas dulu and boss aku selalu aje balik jam 7pm atau 8pm.

Masa tu my boss was the Datuk Shariff Ahmad, the Director General of Finas. Dia ni asalnya seorang jurutera and dia naik pangkat dalam Kerajaan dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas.

Semua persepsi aku kesasar saat dia jadi boss aku.

Barangkali, memang ada orang Kerajaan yang ikut timing yang macam aku catat kat atas tadi, tapi apa yang Datuk Shariff "tunjuk" kat aku langsung tak sama.

Masa aku buat in house magazine Finas yang kita namakan 35mm, Datuk Shariff pantang sekali kalau kita feature kan story tentang Hari Keluarga jabatan atau agensi Kerajaan.

Katanya, organisasi besar seperti Finas tidak seharusnya mengutamakan staff sendiri seperti Hari Keluarga dalam produk yang akan dibaca oleh orang dalam industri perfileman tanah air kerana Finas jauh lebih serius daripada itu.

Malah, masa kita orang di Finas plan untuk buat Hari Finas, Datuk Shariff tegaskan supaya staff yang tidak berkaitan supaya jangan menyibuk sangat nak datang sebab Hari Finas ialah untuk meraikan pelanggan Finas serta mereka yang terlibat sebagai "players" dalam industri perfileman.

So, hari ini, aku gatal tangan cuba browse website Finas.

And aku kagum dengan kemajuan mereka.

Sebab diorang masih macam dulu.......pendek kata....sangat-sangat DAHULU.

Tak percaya?

Tengok bawah:

Hebat! Meriah sungguh Hari Keluarga Finas ni. Berita yang dimuatkan dalam website mereka ini ternyata begitu penting untuk memajukan industri perfileman negara kita. Maybe Finas should think on how to perbanyakkan lagi berita yang berkaitan dengan keluarga mereka kerana hanya dengan cara itu barangkali industri filem kita ni akan maju. Kan? Kan?

Teruskan membaca tentang Hari Keluarga Finas di sini.

Sekian terima kasih.

KEEP IT COOL

Mar 14, 2010

Aku rindu saat aku punyai banyak masa untuk duduk menulis buat si Bimbo, tapi kadang-kadang aku sibuk memanjang. Namun Sunday Papers tetap aku layan.

Sorry aku lama tak menulis. Sibuknya keterlaluan aku sejak kebelakangan ini.

Punyalah sibuk, sampai Sunday Papers pun aku tak beli semalam.

Tapi aku sempat jugaklah layan online.

Aku fikir, tak lama lagi semua orang akan baca news online aje kot.

We can't stop this technology.

Tapi mereka yang jadi tulang belakang teknologi ni pun kena cekap jugak.

Kalau tak jadi lah SALAH macam kat bawah ni.
(Cuba tengok betul-betul apa yang salah okay).

Please take a look this carefully. This was taken about 0131hrs today 15th March 2010.

Mar 1, 2010

Bila paper kata "orang ramai" aku selalu tanya diri sendiri "berapa ramai" & bila tulis "sesetengah orang", aku fikir lagi "berapa orang?" Faham tak?

Apakah itu sukses?

How do you detect success?

Adakah apabila anda disanjung tinggi atas apa yang anda lakukan?

Atau adakah apabila anda cetuskan kontroversi?

Dalam dunia hiburan, kedua-dua elemen ini boleh dilihat sebagai sukses.

Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat sanjungan (i.e kejayaan Sudirman kumpul lebih 100,000 rakyat di Jalan Chow Kit pada 15 April 1986 misalnya) ia boleh dianggap sukses sebagai sebuah konsert yang mendapat sambutan hebat.

Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat perhatian (i.e kecoh Fasha Sandha kononnya merampas atau jadi punca penceraian Nora Danish) ia boleh dianggap sebagai sukses terhadap publisiti bagi kedua-duanya, baik Fasha dan Nora sekaligus. Atas publisiti itu, baik Nora atau Fasha, masing-masing mendapat lebih banyak exposure in the media. Sukses kan?

Bagaimana media memilih subjek-subjek tertentu untuk menjadikan sesuatu sebagai isu pula?

Does it take an observant journalist?

Does it take an anonymous phone call?

Does it take a pile of complaints from the masses?

Kenapa kita makin jarang baca tentang jalan di Kuala Lumpur yang bertambah buruk sedangkan aku rasa ramai juga yang komplen. Kalau baca ruangan SMS di Harian Metro misalnya, ramai masih mengadu tentang jalan raya yang tidak dijagalah, berlubanglah and etc.

But all of a sudden, kita baca tentang “maklum balas kurang senang” pembaca akhbar tentang drama Halimah Jongang. Kononnya drama itu mengejek insan yang yang lahir dengan fizikal demikian.

Dua tiga hari ni kalau kita baca paper, bukan main kecoh penerbit drama top, A Aida menjawab tentang isu berkenaan. Baca ia di sini.

Kalau Ugly Betty (siap sebut Ugly lagi), kita tak kisah sebab Betty mampu pakai braces kot tapi Halimah buat kita kaget sebab dia tak pakai braces kan? Kan? Ha ha ha ha

The media made it big and memang itu rasmi media sebenarnya untuk memilih sesuatu isu dan kemudian buat pelbagai follow up. Aku tahu sangat sebab aku pun dulu seorang wartawan hiburan dan modus operandinya belum berubah sampai sekarang.

Namun, aku rasa tak salah kalau aku disagree sekarang dengan modus operandi ini kerana aku rasa masa sudah berubah dan pendekatan baru harus mula dipertimbangkan.

Aku dah start rasa tentang benda ni sejak tahun 2001 lagi sebenarnya, beberapa bulan sebelum aku berhenti kerja di Berita Harian Sdn Bhd untuk join MediaCorp Publishing Pte Ltd. Aku teringat tentang satu berita yang diterbitkan dalam Harian Metro masa tu tentang aduan seorang pengguna yang membeli nail clipper yang ada lambang salib. Ia diterbitkan di muka dua akhbar berkenaan. Masa tu aku tengoklah design nail clipper itu dan aku lihat ia lebih ke arah coincidence sebab designnnya. Aku pikir seorang journalist yang bagus akan menasihati pengadu berkenaan, bukannya menjadikannya satu isu besar yang memaksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pergi rampas semua nail clipper tu. Kalau secara kebetulan design nail clipper itu ada lambang salib, maka cara terbaik ialah menasihati pengadu supaya tidak membelinya. Adakah kita tidak boleh terima segala lambang salib yang ada di negara kita yang multiracial ni? Yang 1Malaysia ni? Adakah kita akan bakar semua gereja yang ada di seluruh negara? We are not that stupid (although some are!)

Anyway, berbalik kepada diskusi aku tadi. Ini tentang Halimah Jongang.

Yes...lets agree:

  1. Yes...ia tentang minah jongang.
  2. Yes...kejongangannya dijadikan bahan jenaka.
  3. Yes...akan ada orang kecil hati terutama kalau dia sendiri jongang (agaknya)

Kenapa Halimah Jongang dapat perhatian?

  1. Media kata ada penonton yang kecil hati. Sebenarnya berapa ramai yang komplen ni? Siapa mereka yang komplen ni? Seriously, aku tak sure akan kewujudan Persatuan Orang Jongang Malaysia pun.
  2. Kenapa media kita suka suka guna argumen yang hipotetikal tanpa ada ”numbers”?
  3. Semua stesen TV sama ada berbayar atau percuma, sedikit sebanyak akan ada karya tempatan yang menyentuh tentang fizikal manusia tanpa mengira ia disampaikan secara humor atau serius tetapi Halimah Jongang juga yang dapat perhatian. Dari aspek ini jelas bahawa ia jadi perhatian sebab ia sedang popular dan media memerlukan sesuatu yang popular untuk menarik minat pembaca. Itu ternyata lumrah.

Dalam pada aku menghargai media memberikan publisiti meluas tentang ”negativity” Halimah Jongang ini, ia buat aku fikir tentang karya tempatan yang selalu aje kena attack apabila ia lari daripada norma-norma biasa.

Kalau Halimah Jongang kita tak boleh nak telan, kita tidak mungkin mampu melahirkan karya seperti pasangan beradik Peter dan Bobby Farelly seperti mana mereka menghasilkan Shallow Hal (2001 – Tentang budak pompuan gemuk) atau There’s Something About Mary (1998 – Cerita tentang semua orang suka Mary sampai ada yang sanggup berlakon cacat). Farelly bukan sahaja buat lawak tentang orang yang kurang upaya, malah segala-gala yang mereka sentuh pasti dilawakkan.

Ini ialah pasangan beradik Farelly yang banyak buat filem kelakar di Hollywood. Nak kata kelakar bodohnya, kelakar bangang ke, hakikatnya sukses mereka bernilai berjuta-juta dollar US!

Malah, apa kata kita kaji sekali lalu tentang subjek-subjek yang boleh dikaitkan dengan Halimah Jongang dari industri filem yang paling berjaya di dunia iaitu Hollywood..

  1. Forrest Gump (1994 – Arahan Robert Zemeckis).
Filem ini diadaptasi dari novel dengan tajuk sama karya Winston Groom. Tom Hanks jadi
Forrest Gump yang agak bodoh/naif/lembab tetapi akhirnya mencipta sejarah dirinya
sendiri. Filem yang memaparkan bodoh pandai Forrest Gump ini cipta sejarah sampaikan
Hanks menang award Best Actor lagi.

Siapa yang boleh lupa watak Tom Hanks ini? "My mama said....life is like a box of choc!"

  1. City Lights (1931 – Arahan Charles Chaplin)

The Little Tramp (Chaplin) jatuh hati dengan seorang pompuan buta yang jual bunga di tepi jalan dalam filem ini. Si pompuan buta ni pulak dek kerana dia buta tak tahu yang mamat Chaplin ni tidak segak, sebaliknya dia ingat mamat ni “Duke” yang kaya raya. Filem yang gunakan elemen pompuan buta dan lelaki yang buruk ni boleh buat korang nangis tau!

Chaplin dengan wataknya sedang begitu terpesona melihat gadis buta penjual bunga tu.

  1. Some Like It Hot (1959 – Arahan Billy Wilder)

Antara filem awal yang menyaksikan lelaki berpakaian wanita. Kalau dulu ada wujud Persatuan Pondan, dah lama dah diorang ni amuk dengan Jack Lemmon dan Tony Curtis atas watak mereka ini.

Tony Curtis (kiri sekali), Marilyn Monroe (tengah) dan Jack Lemmon (kanan sekali) dalam filem hitam putih yang kelakar ini.

  1. Rain Man (1988 – Barry Levinson)

Juga bawa kisah tentang lelaki yang tidak normal, sebaliknya autistik iaitu Dustin Hoffman sebagai Raymond, abang kepada Charles Sandford (lakonan Tom Cruise). Atas kehebatannya membawa watak lelaki autistik ini, Hoffman juga dinobatkan Aktor Terbaik dalam Oscar tahun 1989 kalau tak silap aku.

(Kiri) Hofmann sebagai Raymond, abang autistik kepada Charles lakonan Tom Cruise.

  1. What’s Eating Gilbert Grape (1993 – Lasse Hallstorm)

Di Caprio bawa watak budak lelaki yang ada masalah mental sikit. Kira macam watak bodoh jugaklah tetapi sangat-sangat disayangi oleh abangnya yang dilakonkan oleh Johnny Depp.

Di Caprio (kiri) bersama Depp dalam filem ini yang menyaksikannya berlakon sebagai seorang budak yang agak terencat akal.

What am I trying to say here? Aku harap korang faham. Creative business kadangkala melangkaui banyak perkara. Kadang-kadang kita menongkah melawan arus dalam dunia kreatif sebab itu adalah sifat dunia kreatif itu sendiri.

Namun, dalam pada masa yang sama, sesiapa sahaja boleh bangkitkan apa-apa jenis polemik pun mengenainya.

Tak ada hal kalau media mahu kata Halimah Jongang menghina sebab itu kerja kreatif.

Tak ada hal kalau media nak kata Halimah Jonggang tu best giler sebab itu memang kerja kreatif.

But, my concern ialah adakah pemangkin minda masyarakat ini bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat dan adakah ia dibuat dengan cara yang betul?

Sama ada korang sokong atau tak sokong; suka atau benci Halimah Jongang, itu hak korang sendiri kerana kerja kreatif itu memang menuntut untuk kita berfikir, melontarkan pendapat dan dalam banyak aspek kerja kreatif ini, maklum balas anda itu tak ada hitam dan tak ada putihnya.

KEEP IT COOL!

Note:

You can read more on the issue here and here.

And you can join Halimah on her Facebook here.

And if you wanna listen to Halimah Jongang song on YouTube, go here.

For a Jongang girl....she is definitely on a roll here people!