Jul 8, 2009

Aku harap korang suka sebab ini kali pertama aku wujudkan kolum. Namanya ialah BIMBO TOP 5.

Aku fikir dah tiba masanya untuk aku tampil satu "kolum" baru (ewah...macam The Sunday Papers lak) untuk Bimbo ni.

Aku namakan kolum aku ni sebagai BIMBO T0P 5.

BIMBO TOP 5 will include everything of everything...maybe it be music, films, food, etc etc.

Tapi yang penting, BIMBO TOP 5 ni dipilih sebab ia ada at least some story behind it lah. Kalau main pilih gitu-gitu aje, baik tak yah.

Aku harap korang boleh layan.

Aku start dulu dengan ini....

BIMBO TOP 5
(Guitarist yang ada makna dalam hidup aku)




1. Nama dia Paco De Lucia yang berasal dari Sepanyol. Ini adalah permainan gitar Flamenco. Masa aku menulis untuk dokumentari Astro, M Nasir Destinasi Dunia, kami ada ke Madrid, Andalusia (Cordoba) dan Sevile di Sepanyol. Masa di Madrid itu, kami ada ke sebuah kedai yang membuat gitar akustik dan di kedai itu jugalah kami bertemu dengan seorang pembuat gitar yang juga pembuat gitar untuk Paco De Lucia. He is one of the best Flamenco guitarist in the world. We also went to his house in Sevile. And Entre dos Aguas adalah salah satu daripada ratusan melodinya yang hebat.



2. Nama dia Stanley Jordan. Abang aku perkenalkan dia ni kepada aku masa aku di bangku sekolah menengah lagi. Abang aku tak sudah-sudah kata that he is the best guitarist in the world. Barangkali sebab abang aku minat sangat dengan dia ni lah. Bagi akulah, muzik jazz fussion Stanley Jordan ini macam satu terapi untuk aku. Mamat dari Chicago ini memang pakar dalam teknik tapping dua tangan. Layan ni and korang akan faham dengan obsesi abang aku ni.



3. Nama dia Tommy Emmanuel. Dia dari Australia dan teknik fingerpickingnya handal sangat. Aku start kenal dia lambat sangat which was in 1996. Orang yang perkenalkan aku kepada dia ialah Hillary Ang (guitarist Search). Dulu masa 1995, aku selalu lepak di rumah Hillary di USJ sebab aku nak belajar tentang guitar dan dia terus pinjamkan aku CD Tommy Emmanuel. Dia kata kalau aku nak belajar tentang dari mana dia dapat inspirasi, aku harus dengar CD tu. So, aku pun layanlah. And aku sempat jugak pinjam CD Amused To Death (Roger Waters)yang aku masih belum pulang balik kat dia. Hehehehe.



4. Nama dia Jimi Hendrix. Nama sebenar dia ialah James Marshall Hendrix. Sapa yang tak kenal dia? Siapa yang tak pernah tengok video Woodstock '69 ni? One might say again that he is the greatest rock guitarist in the whole wide world, tapi bagi aku he has one of the best attitude a guitarist should have. Yang ini aku tak pernah jumpa tetapi selalu harap dapat jumpa dalam mimpi. Dia dah mati pada 18 September 1970...masa tu aku belum beranak lagi pun.



5. Nama dia Charles Edward "Chuck" Berry tapi orang hanya akan kenal dia dengan nama Chuck Berry saja. Saat daddy aku sibuk suruh aku dengar soundtrack The Sound of Music dan Symphony No.9, adiknya pulak yang aku panggil Uncle Salam sibuk suruh aku dengar Led Zepp and Chuck Berry. Aku tak pernah fikir Uncle Salam se'rock itu tapi sesusah aku dengar bunyi gitar Chuck Berry masa aku berusia 15 tahun, aku tahu kenapa dia suka. Chuck Berry could be one of the pioneer in rock & roll guitar. Again...he could be the greatest. He is Johnny B Goode!

Well, itu aje BIMBO TOP 5 aku yang pertama ni. Mungkin ada di antara korang yang akan kata kenapa tidak Jimmy Page or Stevie Vai or Eric Johnson. Memang kalau nak kira, aku nak aje letak sekali nama-nama macam tu termasuk Dave Murray (Iron Maiden), Kirk Hammet (Metallica) or even Kurt Cobain (Nirvana) tapi lepas aku fikir sungguh-sungguh, aku kena ada justifikasi untuk BIMBO TOP 5 seperti yang aku tulis di atas tu.

Let us agree to disagree.

Good Nite and Good Luck people.

Note: Do nominate what BIMBO TOP 5 that you wanna.

KEEP IT COOL.

Aku fikir tak salah kalau kita hargai kehadiran Michael Jackson dalam dunia kita dan tak salah kalau kita sedih dengan kematiannya. Tapi itu akulah!

Siti Jarum kata last week dalam The Sunday Papers that ... (in my own words)..."Why should we give shit about the death of Michael Jackson". Aku fikir, biasalah....kadang-kadang penulis yang tak bernama suka "menentang arus" untuk tarik perhatian.

Anyway, realitinya, The King of Pop is dead.

Semalam dah settle pun memorial service'nya yang handal sangat.

Kebumi bukan cara Islam. Mati dalam Islam ke tidak aku tak tahu.

But fuck it. Aku tak peduli...aku masih sedih.

Dalam entry sebelum ini, aku dah tulis tentang dia.

So, kali ini aku hanya ada ini sahaja.

I would like to share with you guys my favourite Michael Jackson's (or kira Jackson 5) song.

Try layan bawah ni.



Let's us continue to Heal The World.

And...

KEEP IT COOL

Jul 7, 2009

Sementara tunggu majlis pengkebumian Jacko, meh lah layan aku merapu soal artis yang kena "BAN" sekejap ye.

Malam tadi aku sempat sembang dengan teman lama aku. Dia kira macam orang kuat sebuah akhbar popular (kira Editor jugak lah). Dialognya lebih kurang begini:

DIA: Kau kat Astro sekarang kan?

AKU: A ah..baru start dekat nak dua bulan dah.

DIA
: Kau kasi tau lah apa-apa yang kau nak aku support.

AKU
: Banyak yang aku nak mintak kalau gitu....

DIA
: Tak kisahlah...kita pun dak kenal berbelas tahun dah.

AKU
: Hmm...kau ada ke ban sesapa sejak dua menjak ni?

DIA
: Ban? Ban apa lak?

AKU
: Alah...saje je lah aku nak tanya....mana lah tau.

DIA
: Nak ban kejadah apa pulaknya...kita ni bukan TV.

KOMEN: Ini persepsi dia. Apa maksud "kita ni bukan TV"? And benda ni buat aku terkenang pulak kat beberapa peristiwa. Masa aku kerja di tempat lama, ada lah satu majlis ni yang aku handled dan ia membabitkan bintang hebat seperti Zed Zaidi dan Pierre Andre. Both of these guys were supposed to represent my company in this event but in the end, both almost bailed out. Reason being - they were not paid enough and the rehearsal was just too much. This reason was told to me "to my face" by Pierre. I respect him for that and I replied: "You should have been more upfront about this and you didn't have to take the offer."

Then he replied: "Then what? Nanti aku kena ban?"

As for Zed, he just went A.W.O.L and we had to replaced him with Cat Farish.

Aku pun kemudian report kat big boss aku tentang Zed and I told him about Pierre's excuse.

Big boss aku kata: "Ban Zed Zaidi!"

At least he was honest.


Hahahah.

And clearly, honesty was not this dude's best policy.

Now kembali kepada dialog aku (masih lagi berlingkar tentang soal "ban")

AKU: Fasha Sandha tu kau ban ke?

DIA: Pehal pulak aku nak ban?

AKU
: Mana lah tahu...dia kan banyak hal.

DIA
: Lantak lah dengan hal dia...

AKU
: Tapi kan banyak paper lain yang ban dia?

DIA
: Mampus diorang lah...aku sayang dia....(mamat ni ketawa kecil lak)

AKU
: Hahaha...ok ...ok...aku pun sayang dia.

Khabarnya banyak media yang ban dia. Ada ke nak ban minah hot ni. Tak patut betul! Heheheh.

And aku sengaja nak pakai gambar dia lagi sekeping ni. Hehehehe.

Being frank, aku memang tak suka langsung soal ban-ban ni terhadap artis. Kalau ada polisi yang mengatakan seseorang artis tu tak boleh muncul di kaca TV dek kerana " GUILTY conviction" by a court of law for a crime he/she commited, aku fikir its okay sebab itu polisi.

Tetapi yang aku bangkang ialah apabila media ban artis sebab tak comply, sebab tak mahu ambik gambar kat swimming pool, sebab tak mahu bergambar dengan artis A or artis B, sebab tak jemput ke majlis kawin.

Aku fikir semua orang ada hak.

Suka tak suka, aku respect cara Pierre yang terus terang and aku tak hormat langsung orang yang tak ada telur seperti Zed tu dulu. But apa yang dah jadi dulu tu, aku dah lupakan dah. I was just doing my job and aku tak simpan dendam.

Yang terbaru aku baca ialah tentang Ako Mustafa yang tuntut sebuah stesen untuk keluarkan surat rasmi mengatakan dia tidak di"ban".

Ini sebahagian daripada apa yang dilaporkan oleh Harian Metro pada 29/06/09 di muka surat 5 tulisan Mohd Izawan Baharin:

"Selama 13 tahun dalam bidang ini, saya bekerja keras dan memberikan
yang terbaik dalam setiap lakonan kerana ia memang minat saya, tapi
sekarang tanpa sebarang penjelasan, ditambah tawaran ditarik secara
tiba-tiba membuatkan saya sering tertanya-tanya," katanya yang dihukum
penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, dua
tahun lalu.

Aku sendiri sebenarnya tak sure tentang polisi "ban" mana-mana stesen penyiaran terhadap pesalah yang didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah. Kalau korang tahu and ada bukti, sila lah penuhkan comment box aku ni.

Anyway, aku saje je ni story tentang soal "ban" sebab aku seronok dapat sembang sekejap dengan teman lama aku sang Editor tu.

Personally, aku tak suka soal "ban" ni sebab aku fikir nobody is perfect.

Fuck 'em kalau nak isap ganja sampai mampus, kalau nak khalwat sampai lebur, kalau nak buat apa pun...aku hanya kisah kan soal karyanya....and aku tak pernah fikir si pembawa karya sebagai idola langsung.

Marvin Gaye was a fuckin drug addict...sama jugaklah macam Ray Charles, Kurt Cobain, Elvis Presley, Slank dan banyak lagi. But karya diorang masih aku suka.

Apa nak "ban-ban"?

Fasha Sandha pun nak "ban" ke?

Kan dia hot? Kah kah kah.

Okay people....jangan marah. Aku saje aje merapu.

Jangan "ban" aku. Hahahaha.

Take care.

KEEP IT COOL


Kredit Gambar: 1. http://blog.mystarhill.com; 2. http://bf-1.com/news-melayu; 3. www.tarstarkas.net; 4. gambarartis.blogspot.com

Jul 5, 2009

Aku ingat dah cukup layan Sunday Papers, tapi masih ada yang harus diperkatakan. Kalau dah mual, nak buat apa kan?

Puh...banyak pulak aku nak kata hari ini. Ada lagi tentang The Sunday Paper ni tau. Hahaha...at least the last for today lah ye.

Ada Sunday Paper yang headingnya seperti di bawah ni:


Memang dah jadi amalan setiap cerita yang berbaur kontroversi diletakkan tanda soal kat belakang. Saja nak pancing pembaca. Pergi mampus soal slander atau soal defamation, asalkan "jual". Dulu masa zaman belajar journalism, kita ada belajar macam-macam tentang quotation intro, bullet intro lah....manakala soal "question mark" di heading ni diperolehi dalam transisi kewartawanan sejak beberapa tahun lalu.

Well, what can we say as consumers kan? Kita yang gatal pi beli paper pagi Ahad....maka baca ajelah ye tak?

Tapi bila penulis dah tulis and I quote,

"Khabarnya juga rahsia perkahwinan Zahida terbongkar apabila pelakon tinggi lampai itu mahu mengadakan `bachelor party' yang hanya dihadiri teman rapatnya saja. Pelik juga kenapa Zahida nak adakan bachelor party secara tertutup, takkan tak nak undang wartawan? "

Tu dia....is that some kind of mission by the writer?

Kalau dulu Natasha Hudson dituduh tidak mengenang jasa wartawan apabila tidak mengundang mereka ke majlis perkahwinannya di Carcosa sehinggakan maruah wartawan ini tercabar apabila terpaksa berdiri di depan pintu pagar Carcosa yang berkunci.

Bagi aku, kalau terpaksa tunggu depan gate Carcosa itu dah memang adat kalau jadi wartawan. Kalau tak larat tunggu, baik kerja bank aje. That is the hazard being a journalist. Ops...this is Natasha by the way.

Kalau dulu Nana Era dituduh perasan glamer apabila mengumumkan tidak akan menjemput wartawan ke majlis akad nikah tetapi akan mengedarkan kepingan gambar bagi tujuan publisiti.

Walau tak berniat, Nana and Brian tetap kena tempias wartawan yang selalu saja marah-marah kalau ada ura-ura bakal tidak dijemput ke mana-mana majlis. Harap-harap Nana and Brian nanti TAK LUPA WARTAWAN saat nak buat apa-apa pun. Nak masuk rumah baru ke, nak masak buat pertama kali ke, nak sunat anak ke, anak first time guna tandas ke...etc etc. Kah kah kah.

Kalau dulu Pierre Andre ditahan di depan eskalator kerana seorang wartawan menuntut dia memberi penjelasan, kini ladies and gentleman , satu lagi perks menjadi wartawan hiburan di Malaysia.

Boleh join bachelor party artis!

What the fuck?

Tak jemput pegi bachelor artis pun nak tulis ke woi? Dari gate crash wedding orang (yang memng dituntut dalam kewartawanan - barangkali), ke bikin kecoh sebab tak dijemput (juga yang dituntut barangkali) dan sekarang lagi nak bising sebab Zahida Rafik nak buat Bachelor party with her closest friends (but I think, now she will just to have to invite that particular reporter la kan) dan tak plan nak ajak reporters.

Namun begitu persoalannya, adakah mereka benar-benar bersedia? Kerana dalam hipokrasi mereka bersuka ria menikmati atau melayani apa saja di depan mereka, gerenti akan terbit artikel yang berbunyi: "Kawan Cik Tenuk yang pergi bagitau Cik Tenuk diorang tu berparti macam tak ingat dunia. Beginikah caranya menyambut alam baru perkahwinan? Apa nak jadi ish ish ish". Or something like that.

Fuckin' Freeloaders. - But not all, just a few, i supposed.

To the rest of the world.........KEEP IT COOL!

Kredit gambar: www.budiey.com

Aku tak sure sama ada korang boleh bau "sebusuk" mana cerita yang ada hari ini tapi aku harap selera korang tak terganggu lah okay.

Aku rasa kalau aku start menulis in detail, maka this entry would be so fucking long. So, I think the best way is for me to tell the story menggunakan gambar-gambar yang ada ni okay.

This is from today Sunday paper. Aku rasa ramai dah tahu soal ini. Julfekar tuduh yang ini, Fara ni pulak tuduh yang itu. Masing-masing sibuk kata dah buat laporan polis and ada polis dah confirmed dah pun tapi yang penting media jadi perantara yang paling ultimate buat masa ini.

Statement Julfekar tentang video lucah ni dah pun dilaporkan dalam akhbar yang sama sebelum laporan ini keluar. At least what I can say about Harian Metro ialah the reporting is quite fair.

Aku fikir memang best kalau jadi journalist yang dapat cerita macam ini sebab ia "meletop". As for the artiste, you can look at it from both sides - 1. Populariti akan mencanak-canak naik sebab isu ini. 2. Isu kalau dah ada kaitan gambar and video lucah memang ada geli sikit lah pulak. Maybe if the artiste kalau dah sebut: "Serahkan kepada polis dan peguam" - it means you don't have to make a press statement kalau nak clear kan nama sebab media will always do follow up selagi boleh dan lebih banyak taik yang akan keluar.

Yang ini pulak keluar dalam Sunday paper yang lain. Ini bodoh terang-terang punya. Heading "Saya cukup terseksa" ditampilkan dengan gambar minah ni yang sedang tersenyum sakan. So? Seksa kepala bapak kau lah kot! Frankly, both to be blame...baik media dan artisnya. Kalau dah tahu pendekatan story ini lebih kepada "terseksa", pilihlah gambar yang ada kaitan sikit kan? Namun, this particular Sunday paper barangkali rasa dia dapat scoop sebab dia dapat an exclusive interview dengan Farahwahida ni. Namun, this particular article penuh dengan bias.

Jom kita tengok: Read this.

Aku ambik contoh quote-quotenya okay:

1. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selama ini, hanya Tuhan saja yang tahu deraan yang dilakukan pada saya dan keluarga. Saya dan keluarga sering dimaki hamun dan diancam, malah hingga hari ini, saya terus diganggu. Sejak pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, saya tak pernah bercakap dengan Julfekar, cuma berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). " KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.

Bayangkan sahaja....(just bayangkan sahaja)...what if....what if...all this hanya satu penipuan? Siapa yang akan tanggung? Adakah Farahwahida akan tanggung sebab dia yang kata sedemikian kepada seorang journalist? Atau pun akhbar ini yang membiarkan lebih 400,000 rakyat Malaysia membaca "penipuan" ini? Ini sekadar pendapat hipotetikal.

2. "Bagaimanapun SMS yang diberikannya cukup menghiris perasaan, puas memaki hamun saya, ibu dan adik beradik saya pula menjadi mangsa. Saya tak mampu menahan sabar bila ibu saya dimaki dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukan saya tak tahu cerita yang dijaja, malah apa yang diceritakan akan sampai kembali ke pengetahuan saya. Ramai yang tak percaya dan mahu mendapatkan kepastian cerita yang mereka dengar." KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.

Ini antara yang dilaporkan dalam Sunday paper hari ini.

3. "Saya terpaksa akur dengan arahannya, jika membantah, saya dikasari. Saya pernah dipukul dan dikasari depan ibu dan orang ramai. Dia juga mendera saya secara mental dan fizikal. Ibu dan kakak yang sering menemani saya juga menerima tempias kemarahannya. Bayangkan, mahu bersama keluarga pun boleh mengundang perbalahan besar, malah apa saja yang saya buat perlu mendapat kebenarannya, jika tidak, saya pasti dimaki hamun dan dikasari." KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.

4. "Paling saya tidak dapat terima apabila bersolat lama sedikitpun boleh mengundang kemarahannya. Saya kasihan melihat ibu dan kakak, mereka sering makan hati berulam jantung dengan perbuatan Julfekar. Nasiblah mereka sanggup terus menemani saya walaupun mata mereka sudah tidak larat memandang, hati mereka sentiasa berkata-kata."
KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.

Cukuplah takat itu aje aku. Empat quote itu sahaja sudah cukup untuk untuk kasi contoh betapa biasnya artikel ini. Tak kisahlah sama ada Julfekar ni salah ke tak tetapi kalau Farahwahida diberikan hak bersuara sampai 3 mukasurat, apa usaha pihak akhbar ini untuk bersikap adil dan tampilkan fair comment?

When I said Harian Metro gave "quite" a fair comment, maksud aku ialah sebelum artikel mengenai Farahwahida ini diterbitkan, ada interview dengan Julfekar (kalau tak silap aku kelmarin)...namun dalam interview dengan Julfekar itu, tiada pulak komen Farahwahida. Namun Harian Metro tetap menulis: "Farahwahida gagal dihubungi." Well, at least they mentioned it.

Aku fikir, geng akhbar perdana ni seronok luar biasa apabila dapat chance interview Farahwahida (scoop lah katakan) sampai diorang sanggup menulis apa yang kita boleh kata sebagai "slandering" pihak yang satu lagi tu.

Suatu masa lalu, masa aku kat Melodi, aku selalu sebut jangan siarkan story yang tak ada fair comment sebab itu salah. Sekejap diorang ikut lah....sekarang ni aku tak tahu.

Anyway, bagi aku, ini lah dunia hiburan kita. Cerita-cerita "busuk" macam ni sering dijaja. Di penghujung harinya, baik si Farawahida ataupun si Julfekar, masing-masing akan buat album dan gunakan isu ini untuk "jual" album. Tolak tepi soal bakat, tolak tepi soal nilai estetika karya, janji ada "kontroversi".

Dan bagi mereka di kalangan media lain yang tidak berpaksikan kepada hiburan, mereka masih menggunakan isu hiburan untuk "menjual" medium mereka. Contohnya, lihat lah di bawah ni:

Ini bukan majalah hiburan tetapi masih menggunakan elemen hiburan untuk "menjual". Selagi ada isu "busuk", selagi ada kontroversi yang macam babi, isu hiburan di negara kita sentiasa akan menerima "treatment" sebegini.

One might say...nothing that we can do dah untuk betulkan apa yang sepatutnya dibetulkan. Ada juga yang akan kata biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya. Aku tak sure sama ada kita dah sampai tahap luncai ke tidak?

Tapi rutin aku sekarang setiap hari ialah membaca news di internet. Baik website akhbar perdana kita atau website agensi news asing. Aku dah tak perlu lagi membeli akhbar secara fizikal kecuali "my fav....THE SUNDAY PAPERS!"

All the best to all of you!

KEEP IT COOL

 
blog template by suckmylolly.com * background by Tayler