Aug 31, 2009

Ikut kata dia USD$4 juta aje (Aku fikir...kau tulis ikut suka hati kau aje!) Kerja gila tu namanya!

Dulu orang selalu tanya aku tentang apa risikonya menjadi seorang wartawan atau apa risikonya menulis untuk pembacaan umum menerusi medium seperti akhbar (sebab dulu zaman aku start jadi journalist tak ada blog lagi).

So? Apa risikonya?

Aku selalu saja saja jawab gini: "Menulis di akhbar macam memandu kereta. Kalau kalau salah 'steer' kau akan langgar orang and bila kau sudah langgar orang, hanya ada dua kemungkinan iaitu sama ada orang yang kau langgar tu mati atau kau sendiri yang mati!"

Suka tak suka memang gitu. When you deal with facts, you can't afford to be wrong.

Kesilapan memungkinan banyak perkara terutama SAMAN!

Aku sendiri sudah beberapa kali disaman atas penulisan aku atas beberapa sebab dari Akta Rahsia Rasmi sehingga Akta Mesin Cetak. Apa yang aku tulis benar ikut fakta tetapi aku disaman soal klasifikasi informasi pula. (aku akan bercerita tentang itu kelak bila ada peluang)

Ini soal lain. Ingat tak zaman TV RTM tayang filem/drama Inggeris dengan sari kata Bahasa Malaysia macam gampang:

i.e
ENGLISH - I STARTED WRITING AND I AM ON FIRE!
BM - AKU MULA MENULIS DAN AKU DALAM API!

Isu ni makin makin dah makin okay dan aku lihat walaupun tidak sempurna, sari kata di semua stesen TV makin baik.

Tapi kita masih ada isu lain.

Tengok kat bawah ni: (Aku gelak besar saat teman aku hantar gambar bawah ni)

(Ringkasannya: Disney sebenarnya beli Marvel dengan nilai USD$4 bilion (RM14 bilion) tapi ikut kata Utusan, Disney beli Marvel hanya dengan nilai USD$4 juta (RM14 juta). Tengok aje headingnya. Kalau nak tengok lebih jelas....tengok lah di sini dan di sini.

Kesalahan fakta seperti ini memang tidak boleh dimaafkan.

Tak cukup dengan itu, ia tidak dibetulkan sampai di saat ini walaupun secara online. At least betul kan lah kat online tu sebab satu dunia boleh baca yang online tu brader!

"Accuracy always comes first. It’s better to be late than wrong. Before pushing the button, think how you would withstand a challenge or a denial."
- The Reuters Handbook of Journalism.

SELAMAT BERBUKA

AND

KEEP IT COOL (Terutama masa ambil lauk tu ye...hehehe)

Kadang-kadang bagus kalau kita kurang bercakap dalam bulan puasa tapi ada akhbar yang masih sibuk jual "seks" di Ramadan. Suka hati kau lah labu!

Dan ini bulan Puasa. Ramadan Al-Mubarak.

Bulan yang sangat-sangat mulia.

Aku cuba nak elak menulis sepertimana yang aku selalu tulis.

Aku bukannya tak tahu penulisan aku kasar sikit sampai akan ada orang yang terasa.

Macam mana baik pun niat, tapi niat itu hanya di antara aku dan Tuhan dan bukan mudah nak buat semua orang paham niat kita kan?

So, kalau korang tertanya-tanya kenapa aku menyepi sejak dua menjak ni, aku sebenarnya nak kurang berkata-kata di bulan ni.

Aku tak mahu buat berita macam di bawah ni....

Dalam bulan puasa ni, kita masih disaji dengan berita seperti ini. Hebat!

Jumpa lagi.

KEEP IT COOL.

Aug 20, 2009

Ramai sangat orang yang mati dalam sebulan dua ni yang buat aku termenung sejenak dan tak tahu apa nak tulis.

Tak tahulah kenapa sebenarnya.

Aku tak berapa pasti kenapa.

Kenapa sejak seminggu dua ni aku macam tak bisa menulis.

Sekali dua tu, aku duduk jugak depan laptop untuk menulis tetapi entah kenapa hati tidak terpanggil untuk menulis.

Bukannya aku letih ke apa ke, tapi banyak sangat benda-benda lain yang bertandang di fikiran aku ni yang buat aku tak kuasa untuk menulis tentang apa-apa pun.

Selepas menulis tentang isu "pendedahan hina" Kosmo tentang Allahyarham Yasmin Ahmad itu, aku tawar hati sikit.

Apa yang aku buat ialah bertandang ke Jakarta, Indonesia sebab ada meeting di sana dan ketika di sana pun, berita kematian masih mendominasi seperti kematian WS Rendra (antara penyair kesukaan aku) dan Mbah Surip (seorang penyanyi Indonesia yang senior tetapi baru mengecapi populariti).

Aku masa di UiTM dulu sempatlah jugak layan antara kelas kegemaran aku iaitu Kesusasteraan Asian dan masa tu kita orang ada belajar puisi Rendra tetapi aku dah mula layan puisinya jauh lebih lama dari itu.

Nota: Aku ada menggunakan bait-bait puisi WS Rendra ketika menulis skrip filem tunggal aku dulu iaitu 7 Perhentian.

Dan ini pulak arwah Mbah Surip. Dia sudah menyanyi berpuluh tahun tetapi popularitinya hanya mencanak selepas lagunya, Tak Gendong (Carrying You on My Back) mendapat sambutan yang luar biasa sangat dengan lebih 1 bilion download. Tetapi dalam baru sahaja mahu kecap semua itu, dia meninggal dunia.

Kemudian bila sekembalinya ke Kuala Lumpur, pelawak terkenal, Param pulak meninggal dunia dan kemudian ayah kepada boss aku pulak dijemput Tuhan. Dan kemudian Ustaz Asri Rabbani pulak meninggal dunia.

Param...aku tak pernah dapat peluang untuk menemubual dia di saat dia hidup dulu. Tapi lakonanya memang aku suka sangat.

Aku masih teringat aku bertembung dengannya di stesen minyak Mobil di Parit Jawa, Muar, Johor satu masa lalu (kalau tak silap aku lebih 10 tahun lalu). Kami sempat bersembang panjang di stesen minyak itu. Dan aku rasa last sekali aku jumpa beliau ialah ketika aku sibuk jadi penganjur konsert Hadhari TV9 yang ntah kat mana dulu. Allahyarham adalah seorang penyanyi nasyid yang aku hormat sangat sebab dia amat amat merendah diri.

Mati demi mati. Lima perkara sebelum lima perkara pun ada sebut tentang mati.

Absurd - Itu adalah mati sebab kita tak pernah undang dia datang tetapi dia akan datang juga dan biar macam mana kita tak mahu pun, dia akan jemput kita juga ke alam yang satu lagi itu.

Aku tak mintak orang paham, tapi aku sekadar berharap korang semua sabar. Aku pasti akan menulis lagi, cuma aku nak telan dulu rasa-rasa tentang mati yang kita semua tahu ini.

Entah esok ribut ke, hujan ke, panas ke aku tak tahu...kita semua tak kan tahu.

Insya-Allah, aku mahu sambung menulis pada 1 Ramadan nanti.

Tapi sementara itu, aku nak sangat ucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua orang yang membaca blog aku yang tak seberapa ni ye.

Note: Kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ejaan yang sebenar ialah RAMADAN....bukan RAMADHAN.

KEEP IT COOL

Kredit Gambar:
1. Ustaz Asri: http://mrazril.blogspot.com/2009/08/al-fatihah-ustaz-asri-rabbani-meninggal.html
2. Param: gosipcentral.blogspot.com
3. Mbah Surip:
nanodiary.wordpress.com
4. Ws Rendra:
suaidi2007.wordpress.com
5. Animasi Ramadan: http://wawan12.files.wordpress.com/2008/09/ramadhan.jpg
6. Demi Masa: http://4z1z4h.files.wordpress.com/2009/07/demi-masa1.jpg