Dec 24, 2009

Subjek cerita Melayu: 1. Jadi Pelacur. 2. Jadi Penagih Dadah. 3. Jadi Bohsia. 4. Jadi Peragut. 5. Jadi Penyamun etc etc. Sampai bila le agaknya?

Dua tiga hari ni aku sibuk sangat mendengar presentation orang. Mereka yang membuat presentation ini adalah manusia-manusia kreatif yang sentiasa mencari peluang untuk berkarya sama ada berniat untuk membuat drama bersiri ataupun telefilem.

Frankly, aku kagum sebab mereka bersungguh-sungguh "menjual" idea dengan harapan ia dapat dihasilkan untuk disiarkan di TV.

Mereka ini bijak melahirkan idea sebenarnya.

Aku sendiri tidak tahu apa yang penonton di luar sana mahukan.

Apa cerita yang tagihkan?

Apa cerita yang pasti boleh buat mereka tidak mahu keluar rumah dan menatap kaca TV senantiasa?

Purata waktu tontotan di kalangan audiens di Malaysia ialah lebih kurang 8 jam dan bagaimana untuk menjadikannya at least 12 jam?

What do you guys wanna watch on TV?

Adakah Akademi Fantasia?
Adakah Jangan Lupa Lirik?
Adakah Gelanggang Raja Lawak?

Ataupun,

Adakah drama seperti Nurkasih?
Atau drama seperti Awan Dania?

Dalam mendengar presentation itu, kepala aku melayang jauh tentang cerita-cerita berkisarkan Melayu yang dikemukakan.

Banyak sekali cerita tentang budak Melayu yang daif, perempuan Melayu yang ada di lembah hina (pelacuran), budak Melayu yang tak tahu membaca dan menulis, perempuan Melayu yang miskin, etc etc.

Adakah ini maksudnya penonton Melayu suka cerita tentang kemunduran? Kemiskinan? Kedaifan? Kebodohan? Kekalutan?

Cerita tentang si polan yang gagal dalam hidup kemudian jadi penagih dadah atau cerita tentang perempuan yang ditipu sehingga menjadi pelacur menjadi tarikan utama untuk penonton ke?

Namun, itu isi ceritanya dan dalam hampir semua idea yang dikemukakan itu ada "pengajarannya". Kalau soal pelacur....akan ada hukum karmanya. Yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat.

Hakikat: Cerita dengan elemen-elemen pelacuran, kedaifan, kebodohan, kekalutan ini mudah untuk dipintal menjadi sebuah drama barangkali, dan tanpa kita sedar, biar pun kita tidak ketagih, kita sentiasa sahaja mampu digest penceritaan sebegini.

Well, aku menantikan benda yang lain.

Aku menantikan saat kita mula bangkitkan cerita yang lebih inspiring.

Aku penat dengar cerita yang ada "pengajaran" sebab bagi aku semua cerita ada pengajarannya tersendiri bergantung daripada perspektif atau sudut pandangan cerita itu.

Can't we survive tanpa cerita orang Melayu yang:
1. Jadi pelacur
2. Jadi penagih dadah
3. Jadi bohsia
4. Jadi peragut
5. Jadi pondan
6. Jadi setan

These are questions which I do not have the answer to.

Aku sekadar bertanya.

Dan sementara itu, aku akan terus melayang dengan soalan-soalan berkenaan.

Malam dah makin larut, bilik aku sekarang dingin, bantal seolah memanggil.

Akan aku cuba tidur sekarang.

Semoga aku mimpikan jawapannya.

Sementara itu...

KEEP IT COOL.

Dec 15, 2009

Ketawa itu boleh jadi ubat, boleh buat kita jadi sihat dan boleh buat kita selalu nampak muda & paling penting boleh buat kita senang hati senantiasa.

Serius sangat pun tak best kan?

Dah dekat hujung-hujung tahun ni, kan best kalau kita relax sikit.

Semalam aku ada meeting dengan Othman Hafsham dan aku baru tau dia dah 70 tahun.

Dulu masa aku kerja di Finas, aku selalu sangat telefon Hafsham bila ada problem yang ada kaitan skrip lah dan macam-macam lagi. Masa aku kerja di TV9, aku masih telefon dia untuk mintak nasihat tentang komedi di TV. Sampai hari ini aku masih suka sembang dengan dia and aku selalu simpan hasrat untuk bekerjasama dengan dia satu hari nanti.

Bawah ni dialog aku dengan Hafsham sikit semalam di restoran daun pisang Raju di PJ:

AKU: You don't look 70 at all sir.

HAFSHAM: Really? Now please eat anything you want. I'm buying lunch.

AKU: Seriously, you look 55!

HAFSHAM: Well, I am happy and maybe that's why I look young kot.

AKU: You banyak gelak kot.

HAFSHAM: Yes. Hati kena senang, selalu ketawa and kita mesti nampak muda.

Ringkasnya, aku seronok sembang dengan dia sebab dia kelihatan happy sangat dan aku rasa itu memang antara kunci untuk sihat dan sentiasa kelihatan muda.

Orang yang 24 jam muka macam gampang dan asyik simpan hasad dengki terhadap orang lain memang tak kan boleh nampak happy agaknya kan? Entahlah.

Anyway, aku harap korang boleh relax2 sikit hari ini dan untuk membantu, aku kasi lah beberapa gambar untuk bantu korang relax okay.

Caption: Bull fighter yang hebat di Sepanyol memang handal menewaskan lembu itu sampai terbalik dibuatnya.
Jenis Gelak: Gelak gitu-gitu saja. Mungkin ada elemen terkejut kat korang bila melihat gambar ni.

Caption: Sanggup buat apa sahaja pemain bola keranjang di US sampai dah macam nak "jamah" anu lagi tu.
Jenis Gelak: Hahaha...boleh tahan juga gelak melihat gambar macam ni kan? Gelak untuk gambar macam ni selalu start dengan bunyi: "Eeeeeeee....". Haha

Caption: This could be kucing yang paling cute dalam dunia kan?
Jenis Gelak: Gelak untuk ini akan bermula dengan perkataan: "Cutenyaaaaaaa" dan diikuti dengan tawa kecil dan senyum yang tak sudah-sudah.

Caption: Tuan Guru mencadangkan supaya golongan cerdik pandai Islam untuk mengamalkan poligami bagi elakkan cerai berai. Baca di sini.
Jenis Gelak: Untuk perempuan - Tak gelak langsung sebenarnya sebaliknya akan kata: "Apalah Nik Aziz ni?" manakala lelaki nak gelak kuat tak berani sangat tetapi mereka akan senyum sikit (sikit aje) and dalam hati kata: "Memang patut gitu lah kan?" Hahahahaha

Caption: The evergreen Pendekar Bujang Lapok.
Jenis Gelak: Kita sentiasa akan tertawa besar apabila kita ingat filem ini. Sapa yang tak akan gelak apabila 'Alif Ya Mim" jadi "Buaya" kan?

Caption: Permainan bola sepak Amerika yang ganas luar biasa.
Jenis Gelak: Perempuan akan gelak "hahahahah" manakala lelaki akan gelak sikit tetapi dimulakan dengan "ouchhhhh!!"

Dan gambar last sekali untuk korang ialah gambar ini yang masih buat aku tergelak sampai hari ini:

Caption: Tandas awam (gambar paling kanan) dikatakan sama aje dengan perkhidmatan teksi awam Malaysia (gambar tengah). Ini pandangan Nazri Aziz (gambar paling kiri)
Jenis Gelak: Terbahak-bahak, terguling-guling di atas lantai rumah sebab memang BETUL sangat!!!!!

Hahahaha

Jangan marah ye.

Saje nak relax-relax je ni.

KEEP IT COOL!

Dec 14, 2009

Teksi di Malaysia lebih buruk dan busuk dan lebih GAMPANG daripada tandas awam di Malaysia yang memang macam gampang!

Aku sejak datang KL pada 1991 lalu dah tak boleh kira dah berapa banyak kali naik teksi yang macam haram.

Haram sebab perangai-perangai kriminal mereka yang macam di bawah ni:

1. Tak guna meter
2. Mintak tambang sesuka hati mak ayah diorang
3. Bawak macam pelesit haram
4. Buruk dan busuknya teksi ya rabbi!
5. Tak ada air cond tetapi harga masih macam gampang

Ini antara perangai-perangai gampang pemandu teksi di Malaysia.

Ini satu hakikat.

Cakaplah atau pertahankanlah macam mana pun nak dipertahankan.

Aku dah naik teksi di banyak negara termasuk teksi-teksi yang teruk macam di Damascus, Syria; Jakarta, Indonesia ataupun yang terbaru di Mumbai, India tetapi memang yang paling gampang ialah di Malaysia.

So, bila Nazri Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) kata perkhidmatan teksi di Malaysia lebih buruk daripada tandas awam kita, aku terpaksa sangat sangat sokong sebab dia seolah-olah membaca apa yang terbuku di dada aku sekian lama.

AKU DI SINI MENYOKONG PENUH KENYATAAN NAZRI AZIZ.

Kenyataan dia kali ini sangat-sangat aku sokong!

Katanya: "Perkhidmatan pengangkutan awam terutama teksi sebenarnya tidak berubah dan masih di takuk lama." (Berdasarkan laporan Harian Metro; 9 Dis 2009; m/s 4)

Orang persatuan teksi yang ada di Malaysia sekarang ni dah melompat macam beruk dah pun sebab kenyataan itu.

Pengerusi Jabatan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur & Selangor, M Manickam, misalnya sibuk keluarkan kenyataan pula yang bunyinya lebih kurang gini: "Hanya segelintir pemandu teksi yang tidak menggunakan meter tetapi Datuk Seri Nazri Aziz tidak berhak melabelkan semua pemandu teksi lebih teruk daripada tandas." (Berdasarkan laporan Harian Metro; 14 Dis 2009; m/s 22)

Bila kena kritik macam itu, sibuk lah persatuan teksi di seluruh Malaysia ni nak tarik muka, nak buat demonstrasi lah, nak hantar memorandum lah. Tapi hakikat tetap hakikat, perkhidmatan teksi di Malaysia memang macam GAMPANG!

So, aku harap Nazri Aziz bukan takat buat kenyataan sahaja, please fucking do something about it.

Get those idiots at Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ataupun Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) atau mana-mana pihak berkuasa lah untuk buat kerja dan hapuskan teksi gampang di Malaysia.

And to all those pemimpin persatuan teksi, tolonglah....TOLONGLAH....jangan nak tegakkan benang yang basah sebab korang pi aje lah dekat Central Market atau Jalan Bukit Bintang atau Pudu Raya atau masa hujan di Mid Valley atau di hampir 1,001 kawasan di KL di sahaja....memang banyak sangat di kalangan ahli-ahli korang yang macam GAMPANG!

Kepada pemandu teksi GAMPANG di Malaysia - FUCK YOU!!!

Kepada pemandu teksi GAMPANG yang pernah kikis duit penumpang atau sentiasa tak guna meter - FUCK YOU TOO!!!

Lambang yang sekaar retorik bagi kebanyakan pemandu teksi gampang di Malaysia. Teksi Bermeter jubur korang lah! Kalau kata orang Putih: "Metre my arse!"

In the meantime...

KEEP IT COOL!!!

Dec 13, 2009

The Sunday Papers jarang sekali TIDAK buat aku mual dan menyampah tetapi setiap minggu aku baca ia juga.

Benda yang kadang-kadang buat aku geli.

Tengok bawah ni:

Jadi tipikal sangat apabila artis ke, selebriti ke or mereka-mereka yang terkenal ini buat statement bila udah bernikah. Statement macam ini standard bila mereka udah bernikah dengan orang kaya.

Hakikatnya mereka ini:

Kahwin dengan Datuk yang barangkali ada guni-guni duit agaknya.

Tahniah jugak lah walaupun kau ni bukannya popular sangat and the main reason kau masuk paper ialah sebab kembar kau kahwin dengan Mawi.

Dan aku lagi pelik apabila akhbar waste its space for stupid news as this. What fucking sumbangan these people have towards the country that it deserved to be published in the fucking newspaper?

Well, The Sunday Papers ..... you just can't stop to amuse me.

KEEP IT COOL

Dec 11, 2009

Bila Menteri buat statement aje, ramai orang-orang dia yang pasti akan melompat-lompat macam beruk yang excited. Harap2 itu tak jadi lah kan.

Filem bentuk biografi yang mana yang korang rasa terbaik pernah dihasilkan di dunia?

Adakah ini:

Amadeus (1984 - Arahan Milos Forman) yang bawa kisah tentang komposer hebat bernama Johannes Chrysostomus Wolfgangus Gottlieb Mozart yang dilahirkan pada 27 Januari 1756 di Salzburg, Austria. Filem ini memang kalau tak silap aku menang dekat 8 anugerah Oskar termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Aku sendiri dah menonton filem ini lebih enam kali dah sebab masa kecik-kecik dulu, daddy aku selalu saja suruh dengar muzik "orang gila" ni!

Dulu zaman belum ada DVD, aku siap beli VHS filem ini di Sydney lagi. Sekarang ni ntah kat mana VHS tu aku letak.

Atau, adakah ini filem biografi terbaik:

Braveheart (1995 - Arahan Mel Gibson) yang bawa kisah tentang si rebel Scottish, William Wallace yang terajui kebangkitan menentang pemerintah Inggeris yang kejam, Edward the Longshanks. Namun, Braveheart adalah sebahagian sejarah manakala sebahagian lagi ialah mitos. Filem ini juga menang Oskar untuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Terus terang, kali pertama aku menonton filem ini, aku sebak sangat lah!

Atau anda rasa yang ini:

Gladiator (2000 - Arahan Ridley Scott) yang bawa kisah tragis General Maximus yang disayangi rakyat serta Maharaja Roman, Marcus Aurelius yang sanggup memilihnya daripada anak sendiri, Commodus. Filem ini juga memang Filem Terbaik dan Aktor Terbaik untuk Russell Crowe, namun Scott bagaimanapun tak menang. (Sampai hari ini aku hafal...."What we do here today, will echo in eternity). Lebih kurang gitu le kalau aku tak silap.

Aku anggap ini sebagai sebuah filem yang sangat handal!

Well, sebenarnya, kalau di Hollywood, memang banyak filem berbentuk biografi ni, antara lain, Gandhi (1982 - Arahan Richard Attenborough), Patton (1970 - Arahan Franklin J Schaffner) atau Ray (2004 - Arahan Taylor Hackford) and banyak lagi sebenarnya.

Jamie Foxx menang Aktor Terbaik untuk filem ini.

Kita ada tak filem berbentuk biografi?

Ada kan?

Leftenan Adnan
(2000 - Arahan Aziz M Osman). Aku sampai melawat lokasi Aziz di Tanjung Sedeli, Johor untuk menyaksikan penggambaran filem ini. Seluruh kawasan Tanjung Sedeli tu seolah-olah dikepung oleh askar yang memang membantu penuh filem berkenaan tetapi hasilnya? Hmmm, kalau ikut kata Aziz, jalan cerita filem berkenaan tidak dapat diceritakan "sepenuhnya" sebab banyak benda yang sensitif. So, Leftenan Adnan Saidi yang ikut sejarah digantung dan ditikam dengan benet tidak ditunjuk langsung. So much for being a real biography film kan.

Bagi aku ini adalah sebuah hasil yang baik tetapi tidak baiknya ialah apabila Aziz tidak dapat "bercerita" yang sebenar-benarnya untuk filem ini.

Atau:

Bukit Kepong
(1981 - Jins Shamsuddin). Takat ini aku rasa ini ajelah filem bentuk sejarah (ini bukan biografi sangat ni) yang orang masih hormat sebab intensitinya, jalan ceritanya dan arahannya yang bernas.

Filem yang akan terus menerus disukai ramai.

Aku tulis semua ni sebab aku baca berita Bernama hari ini yang quoted Rais Yatim cadang supaya Natrah difilemkan.

Kata Rais: "We (Ministry) are mulling the prospect of filming the story but the script need to be different and not 100 percent absorbed from the staged play. To be filmed, there should be some innovations and modifications to make it interesting, especially the script and how the story will be played." Baca penuh di sini.

Wow, Kerajaan nak belanja duit rakyat lagi untuk bikin filem nampaknya.

Kaji lah sendiri kehebatan Kerajaan bikin filem dan kejayaan yang dikecapi mereka seperti:

PALOH (Makan belanja pembikinan dekat RM4 juta tetapi hanya BERJAYA buat kutipan lebih kurang RM142,000) - Berita Harian; 20 Jan 2004 (m/s: 7).

atau

EMBUN (Makan belanja pembikinan dekat RM3 juta tetapi hanya BERJAYA buat kutipan lebih kurang RM700,000) - Harian Metro; 24 Ogos 2002 (m/s: 10)

Aku bukannya tak sokong usaha kerajaan ini, tetapi biar cara mana pun Kerajaan nak bikin filem, buatlah pilihan tepat.

Tak ada sebab untuk sebuah filem berbentuk sejarah atau biografi tidak boleh dibuat secara komersil dan buat kutipan juta-juta ringgit.

Belanja juta-juta untuk sekadar buat "statement" that ia "adalah sebahagian daripada sejarah" baik tak payah sebab belanja bikin filem itu adalah duit rakyat kan?

Tolonglah belajar bagaimana PGL dihasilkan untuk mempelajari kombinasi seni dan komersil itu.

Aku cuma harap orang Finas atau orang Kerajaan lain tak terlompat-lompat tak tentu hala dengan statement Rais tu. Kadang-kadang tau aje lah kan, bila menteri sibuk buat statement, orang-orang dia gegas macam lipas kudung atau monyet keluar sangkar untuk terus bikin sedangkan planning dan strategy harus tampil dulu.

Do a good research. Have a panel of story liners, create a fantastic narrative and tulis lah dialog-dialog yang hebat dan pintal lah dengan elemen-elemen komersil sekaligus supaya apa yang dihasilkan kelak, bukan sekadar untuk tontonan orang filem sahaja, tetapi juga untuk rakyat.

Pendek kata - JANGAN SYOK SENDIRI SUDAH LAH!

Okaylah.

Have a great weekend.

And always...

KEEP IT COOL!!

Dec 1, 2009

Maafkan aku kalau aku berpendapat bahawa ibu bapa kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak kandung mereka. Itu hakikat, biarpun ia pedih.

Aku sempat ke Istana Budaya malam tadi untuk menonton Natrah, persembahan pentas arahan Erma Fatima yang bukan main lagi hebat publisitinya. Dari aspek pemilihan pelakon yang menyaksikan kontroversi Diana Dianelle (entah whatever fuck the controversy lah...tak penting pun).

Anyway, subjek Natrah itu sendiri sudah cukup membangkitkan semula kontroversi yang pernah melanda suatu masa lalu sehingga wujudnya satu rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah pada 12 Disember 1950 di Singapura sehingga menyebabkan 18 orang mati.

Natrah bagi orang Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun yang prihatin terhadap Islam adalah sebuah kisah sedih manakala bagi orang Belanda atau mereka yang prihatin dengan agama Kristian, ia adalah satu kisah kejayaan.

Bagi anda yang tak berapa pasti tentang kisah Natrah, boleh baca kronologinya di sini.

Ini adalah Maria Bertha Hertogh atau Natrah di samping ibu angkatnya, Che Aminah. Gambar ini aku pinjam daripada blog yang dinyatakan dalam gambar ini.

Namun, apa yang aku nak perkatakan ialah tentang teater Natrah yang diarahkan Erma yang masih berlangsung di IB sehingga 4 Disember ini kalau tak silap aku. Aku tahu sangat Erma yang aku kenal lama sangat itu sentiasa begitu prihatin dengan isu-isu sebegini dan aku tak terkejut apabila dia mahu mengangkat kisah Natrah ini untuk dipentaskan.

Teater Natrah dimulakan dengan monolog Natrah sendiri yang disampaikan oleh Sofea Jane. "Isi hati" Natrah itu dimonologkan oleh Sofea dengan asyik sekali. Hamburan kata-kata oleh Sofea buat aku fikir tentang sejauh mana Erma "merasai" isi hati Natrah yang sebenar-benarnya atau adakah monolog itu adalah fiksyen yang dicipta oleh Erma sendiri.

Namun, monolog itu terlalu panjang sehingga aku rasa letih mendengarnya.

Kemudian muncul lah watak-watak lain dalam teater berkenaan yang dikatakan berteraskan kepada cerita benar Natrah sendiri.

Bagaimanapun, selepas setengah jam teater itu berlangsung, aku mula melayang memikirkan tentang dari perspektif manakah Teater Natrah itu dipentaskan?

Cerita yang disampaikan oleh Erma itu adalah lebih kurang apa yang dilaporkan oleh media tentang isu Natrah. Maka aku simpulkan bahawa Erma menggunakan perspektif media untuk menyampaikan jalan cerita Teater Natrah.

Fatini adalah orang yang banyak melaporkan tentang Natrah. Barangkali ini perspektifnya?

Apabila perspektif itu yang dipilih, maka aku tidak dapat melihat kekuatan watak-watak yang disampaikan dalam teater berkenaan walaupun setiap satu watak tu memberikan kesan kepada peristiwa berkenaan.

Erma kemudian menggunakan soliloki setiap watak daripada peguam Natrah, Ahmad Ibrahim, suami sementara Natrah, Mansur Adabi, ibu angkat Natrah, Che Aminah, ibu kandung Natrah, Adeline dan ramai lagi. Semuanya nak ada soliloki.

Bagi aku, teater Natrah ibarat menegakkan benang yang basah.

Fact - Natrah bukan anak kandung Che Aminah.
Fact - Adelina adalah ibu kandung Natrah.
Fact - Ibu kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak mereka yang bawah umur.
Fact - Natrah "diberikan" kepada Che Aminah kerana bapa kandung Natrah, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dipenjarakan oleh tentera Jepun.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah bersungguh-sungguh mencari anak kandung mereka selepas Sarjan Adrianus dibebaskan.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali anak kandung mereka yang enggan dilepaskan oleh Che Aminah.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah berhak mendidik anak kandung mereka mengikut apa yang mereka rasakan sesuai.
Fact - MARIA BERTHA HERTOGH @ NATRAH bukan anak kandung CHE AMINAH!

But then, Natrah jadi subjek paling cantik oleh orang Melayu yang mula nak tunjuk belang dalam dunia politik agaknya dan akhirnya rusuhan pun berlaku dan 18 orang mati.

Namun, apa yang aku lihat di teater berkenaan, Erma seolah-olah menggambarkan KEJAHATAN ibu bapa kandung Natrah serta gambaran bahawa Kristian itu adalah agama perosak.

Bagi aku, hipotesis Erma ini jika mengikut perspektif media harus dikembangkan lagi supaya kita mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu berkenaan. Pespektif media yang digunakan oleh Erma hanyalah menerusi perspektif lokal dan aku pasti kalau Erma melihat dari mata burung, maka penceritaannya akan berlainan.

Namun, barangkali, langkah paling baik untuk menyampaikan cerita Natrah ini ialah jika Erma menggunakan perspektif lain. Tak ada salahnya kalau cerita Natrah disampaikan menerusi perspektif Mansur Adabi atau Che Aminah atau Ahmad Ibrahim atau Burhanuddin Helmi atau sesiapa sahaja.

Bayangkan kalau teater itu disampaikan menerusi perspektif Mansur. Kita akan disajikan dengan kisah seorang pemuda yang sanggup melakukan apa sahaja demi agama dan bangsa. Sama ada dia seronok atau niatnya sesuci kain putih juga akan diungkapkan sekali.

Aku bukan pengarah teater atau pengarah apa pun, tetapi kalau aku lah, aku akan gunakan sepenuhnya perspektif Mansur untuk menyampakan cerita ini.

Erma bukan tidak langsung menggunakan perspektif mereka kerana soliloki setiap mereka itu adalah menggambarkan perspektif setiap watak berkenaan cuma ia tidak dikembangkan. Kalau aku, adalah lebih baik kalau perspektif salah seorang itu dikembangkan sepenuhnya.

Aku tak nampak penyampaian cerita Natrah ini akan sempurna jika kita sekadar menggunakan perspektif media dan soliloki terlalu banyak watak.

And one more thing, what is with the Hindustan influenced music dalam teater itu? Erma menggunakan music yang seolah-olah berteraskan kepada semangat Hindi yang sangat-sangat tidak sesuai dengan persembahan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, aku menanggap IB sebagai sebuah platform yang amat tinggi dalam teater nasional kita tetapi sound yang dipersembahan sangat hina. The cracking sound was everywhere. What is the fuck with that?

Setiap kali ada teater yang angkat isu besar seperti ini, ada saja yang tak kena and tak sudah-sudah akan ada pihak yang akan start cakap tentang budget kecil lah, tak ada sponsor lah. In this matter, the government has to wake up and give a fucking hand okay.

The government has always been OKAY with sports (with all the F1, with all the idiotic soccer and all), tibalah masanya untuk benar-benar sokong industri seni ni pulak.

Alamak, aku dah merapu ke ni?

Hmmm...okaylah...itu aje.