Dec 31, 2008

Yang sudah mati ini aku anggap sebagai Seniman Agung Di Hati Aku.

Syukur kepada yang Esa. Kita dah mula layar 2009.

Klise atau tidak, soal azam mula dibentuk. Azam aku setiap tahun ialah berhenti merokok tetapi ironinya, aku tengah hisap rokok saat aku buat entry ini. Hahaha.

Hari ini aku beli Harian Metro dan aku aku lihat ruangan hiburannya. Sebak seketika apabila aku membaca ruangan hiburan yang paling tengah.

Tajuknya ialah:

Penulisnya, Mohd Nasif Badruddin begitu detail sekali menulis tentang seniman tanah air yang meninggal dunia dalam 2008. Tulisan ini penuh dengan fakta. Ia adalah sebuah rencana berbentuk berita.

Dan seperti yang dijangka, tulisannya ditamatkan dengan Al-Fatihah. Aku tak kenal penulisnya tetapi jika dia ada membaca blog ini, ingin aku ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kerana engkau menulis dengan baik.

Seterusnya, aku cuma nak bercerita berdasarkan gambar-gambar yang aku petik dari rencana tulisan Mohd Nasif ini.

(Dari kiri: Datuk Ahmad Mahmud, Samad Lefthanded & Loloq)

1. Aku tak pernah interview Datuk Ahmad Mahmud tetapi aku masih "benci" dia! Itulah kesan Dr Ismadi kepada aku menerusi Ibu Mertuaku. Aku masih sakit hati sebab Dr Ismadi berlagak nak mampus and macam bagus saja sebab berjaya kembalikan penglihatan Kassim Selamat. Dah lah dia kebas bini Kassim tapi lepas tu masih nak berlagak lagi. Namun kali ini aku sedih kerana aku tak pernah interview Dr Ismadi ini dan aku tak sempat nak beritahu bahawa lakonannya meninggalkan kesan kepada jiwa aku berpuluh-puluh tahun lamanya.

2. Samad Lefthanded memang tak banyak cakap sebab setiap kali aku nak interview Lefthanded, yang sibuk nak bercakap ialah Nash dengan stail belianya itu. Samad dan Man Keedal memang banyak diam. Aku masih terpesona dengan solo Samad saat aku menyaksikan dia beraksi di Hard Rock Cafe kalau tak silap aku pada 1998 lalu. Pesona Samad ialah "kelembutan" dalam "kekerasan".

3. Loloq aku kenal pada tahun 1995. "Kau lah budak reporter yang kena tangkap OSA dulu kan?" Itulah soalan Loloq pada saat pertemuan aku pertama kali dengannya di Ella's Production di Ampang dulu. Masa tu bukannya aku nak jumpa dia, tapi aku nak interview Hillary Ang. Loloq menyibuk aje masa tu. Tapi mulai saat tu, aku dan Loloq jadi teman. Macam ada connection yang rebellious di antara aku dengan dia. Dia tahu penulisan aku berinspirasikan apa. Pernah aku siapkan sebuah manuskrip teater dan aku kasi Loloq baca dan katanya: "Kau ni....kitab apa pulak yang kau buat ni?" Dan untuk tiga tahun berturut-turut, aku dan Loloq jadi juri peringkat akhir Anugerah Planet Muzik (APM). Sekarang ni, kalau aku dipanggil lagi untuk menjurikan APM, aku pasti aku akan rasa satu kehilangan besar....sebab Loloq ni banyak cakap!

(Raffi Hussin & Sudiro Sukiman)

4. Raffi Hussin pernah main terjah aje masuk pejabat aku di Finas ketika aku jawat Pengurus Media di sana. "Saya baru hantar surat appeal kepada Datuk Shariff dan dia kata you akan buat penilaiannya. So, I harap you akan bantu saya," begitulah antara kata-kata Raffi yang aku ingat. Al-kisahnya, dia ada hantar surat rayuan supaya Finas luluskan permohonan pinjam SKP (Skim Kemudahan Produksi) untuk dia membikin filem Cinninya itu. Pada esokknya, Datuk Shariff panggil aku dan suruh aku buat surat menolak permohonan itu. Aku tak tahu nak cakap apa masa tu sebab Datuk Shariff tu boss aku. Dan aku lagi tak tahu macam mana nak berdepan dengan brader Raffi sebab dia baik sangat. Masa bercakap, dia cermat betul. Berhemah dan aku naik segan. Dan aku tak sempat nak mintak maaf sebab aku buat surat menolak permohonan SKP itu. Bukannya aku yang menilai permohonannya, tapi aku hanya buat suratnya atau. Tapi itulah kerja aku masa tu.

5. Sudiro Sukiman. Saat aku mula bekerja di TV3 pada 2004, aku jadi excited bila aku nampak mamat Rumah Kedai ni yang juga rupa-rupanya kerja di TV3. Bayangkanlah, sejak sekolah aku menonton dia berlakon. Dia bukanlah berlakon best sangat tetapi tak lah teruk sangat juga. Kalau nak dibandingkan dengan pelakon zaman sekarang, banyak yang longkang. Tapi bila aku fikirkan semula, Sudiro yang bawak watak Tapa itu sebenarnya membawakan watak orang biasa, macam penjaga kedai yang ada di kampung kita tu. Tanpa aku sedar sebenarnya, watak Tapa itu menjalar di badan aku sampaikan aku nak panggil anak Pak Cik Kedai kat kampung itu dengan nama Tapa.

Banyak lagi seniman kita yang meninggal dunia pada 2008 dan aku sarankan korang semua untuk membaca artikel itu di sini.

Mati itu pasti.

Ia akan datang kepada kita semua.

Aku bukannya sedih sebab diorang dah tiada tetapi aku sedih kerana ada di antara mereka itu aku kenal sangat.

Loloq barangkali tak sedar betapa banyak ilmunya yang aku kutip saat dia menghamburkan kata-katanya.

Raffi tak sedar kekaguman aku terhadapnya.

Begitu juga Sudiro dan Samad.

Tapi aku wartawan dan aku wajib impartial. Aku tolak tepi soal minat aku kepada mereka dan aku lakukan kerja aku secara profesional.

"Kalau kau kritik lirik aku, kau kritik betul-betul. Kau kritik dengan ilmu," itu kata Loloq kepada aku.

Kalian yang sudah kembali ke sisi Allah S.W.T adalah seniman agung di hati aku.

Dan sebagaimana tulisan Mohd Nasif, aku pinjam....kerana aku juga akan habiskan tulisan ini dengan AL-FATIHAH.

25 comments:

awangsulungmerahmenyala said...

salam sejahtera,
al fatihah.aku dah agak dah.haha..salam tahun baru.

Reds said...

Al-Fatihah..."Sesungguhnya yang hilang itu akan ada pengganti NAMUN mungkin tidak akan sama dengan yang asal"...Saya suka baca penulisan disini...selamat tahun baru...

Azreen Zzz said...

Good one ;)

aimedidie said...

DonCorleone - aku simpati dengan nasib artis - artis yang banyak memberi jasa kepada masyarakat. bila dah mati baru macam - macam anugerah nak bagi. bila masa hidup sakit sampai nak mati takde sape yang pedulik. itulah hakikatnya. sedih sangat. kau ulas lah sikit ada pihak yang cadangkan supaya Tan Sri P.Ramlee nak diberi gelaran Tun pulak. apa kejadahnya? dan apa faedahnya? aku tak nafikan sumbangan P.Ramlee kepada masyarakat. tapi kenapa sekarang bila dia dah takde?

Marliza Radzi said...

Ulasan yang bagus terhadap penulisan yang bagus :)

Life Spins said...

Blessed 2009 to everyone!

The one person that I could not forget..
Arwah Abang Sudiro yang telah banyak menyumbangkan masa dan ilmunya kepada golongan budak & remaja.. dengan niat murninya hendak mengukir bakat baru supaya industri perfileman kita lebih berjaya...
Walaupun dia tidak meninggalkan harta di dunia ini.. tetapi.. benih ilmunya telah disemai.. oleh itu, namanya tidak akan luput di hati ini..

Al-fatihah

*i.am.me.for.myself* said...

belasungkawa kepada seniman2 tersebut
Al-Fatihah..semoga mereka di tempatkan dikalangan mukminin.

Selamat Menghadapi 2009

Hazrey said...

betullah apa kata aimedidie, bila kita depan mata, tak ada orang nak ambik peduli. Dah terlantar kat hospital pun kekadang, kena beritahu paper baru lah terhegeh hegeh.. Bro, aku tak ambik port sangat pasal artis artis ni, tapi berapa banyak persatuan artis ni? Cuba ko cerita sikit.

Dulu memacam aku dengar, nak bagi tanah pada artis lah, nak bagi itulah, inilah.. tapi dah bagi ker?

Baik betul keperibadian Loloq. Inilah contoh kepada semua orang, bukan artis sahaja.

Mudah-mudahan roh mereka dihimpunkan bersama orang orang yang dirahmati Allah SWT. Al-Fatihah.

p/s: Sejuk hati aku baca entry ni tanpa kata-kata.. u know what I mean kan.. haha.

Ladynoe said...

ini suratan atau kebetulan? Ahahaah. sebab aku pun benci doktor ismadi tu. Cerita tu memang memberi kesan la dekat Datuk Ahmad Mahmud kan?

Sampaikan dia berlakon jadi hero pun, aku tetap menyampah. Muka dia tu bukan muka jahat. Tapi muka sesuai bawak watak untuk kasi orang menyampah.

Apa pun, alfatihah.

Selamat tahun baru.

Bimbo Junior said...

alfatihah. terasa kehilangan orang2 best dlm bidang seni.

dan selamat tahun baru. Kau memang bimbo!
dan bimbo itu best.

The-Tao-of-Marcell said...

Tulisan yang sangat menyentuh dan indah untuk mengawali Tahun Baru 2009 dengan perenungan mendalam dan ucapan syukur.

Jasad boleh mati, tapi inspirasi mereka terhadap kita tidak akan pernah mati :)

Be happy always, brother!

- Marcell Siahaan -

muteaudio said...

Bro,
Saya teringat bagaimana Arwah Sudiro nak ikut pergi shoot walaupun keadaan kesihatan beliau tidak mengizinkan. Kita yg risaukan keadaan dia, dia tak kisah pun. Beliau jenis yg x banyak cerita atau cuba mohon simpati. Banyak juga cerita yg saya sempat korek drpdnya.

Satu (dan beberapa) soalan.... Adakah FINAS memberi bantuan dana kepada 'Misi 1511'? Kalau 'ya', atas dasar apa sesuatu 'dana' (specifically Misi 1511) itu diberikan? Dan, adakah org yg menolak permohonan Arwah Rafi adalah org yg sama memebri kpd 'Misi 1511'?

Al-Fatihah

Pyanhabib said...

semoga sahabat-sahabat kita yang tersebut dicucuri rahmat dan kasih sayang Allah...

Obefiend said...

i will miss SAMAD.. he is just too awesome. kalau main game guitar hero aku buat custom track. lagu JOGET dia mmg class

RIP

david santos said...

Excellent posting, my friend, excellent!!!
Congratulations!!! Have a nice week.

Atira. said...

al-fatihah.

tak sangka ramai yang dah pergi.

Ayau aka BekMenG said...

yerp banyak dah tak ada...yang paling rapat ngan aku sudiro..dia mmg cool walaupun sakit he still sempat buat lawak dan tak pernah nak menagih simpati walaupun keadaan ekonomi dia tak berapa elok but dia tak pernah nak kecoh kecoh dalam paper macam sesetengah artis kita..konon ada 3 bulan nak idop tapi masih lagi idop till now..nak mintak publisiti murahan sebab nak kan apa ...NAK DUIT fuck it laa these ppl

hfz-khazali said...

nak exchange link x??klau berminat email aku kat sini hafisha2@gmail.com

ni blog aku

http://hfzkhazali.blogspot.com/

Masnazirul hizam said...

al Fatihah,

aku ada baca berita tu kat harian metro..tp aku lagi rasa sedih masa baca kat blog ko nih..
sb ko rephrase ayat yg penah dorang tuju kat ko...
Sesungghnya..setiap org itu ada kelebihannya yang kita tak ketahui..walahualam

love.leen said...

a'kum bro...
mana ilang?
bz ke?
lama tak post entry

nad said...

bro aku sebenarnye tersesat kat ko punya blog ingatkan aweknye.....selamat tahun baru to both of u......wish u guys all te happiness in the world.....gue merana di9

Sakura said...

Salam Tahun Baru 2009.Diharap tahun ni tak ada lagi 'KONTROVERSI'yang 'MENYERABUTKAN DUNIA SENI TANAH AIR'.Plzzzz la wahai semua insan - insan seni yang masih hidup di dunia ini...Biarlah pepatah 'MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA' akan sentiasa dikenang dengan jasa - jasa dan sumbangan yang bermanfaat kepada industri seni dan hiburan.Sekarang ni dunia dah nak terbalik agaknya....semua nak jadi 'BINTANG POPULAR'.Kalau dulu mungkin di media cetak @ elektronik hanya cerita - cerita penyanyi, pelakon dan model yang mendapat liputan.Tetapi sekarang kisah penyampai radio 'HANTAR ANAK MASUK SEKOLAH DARJAH 1' pun boleh stesen radio bagi slot (sebab kerja kat situ), penyampai berita yang berlakon sebagai extra pun boleh masuk 'Buletin 1.30 TV3' dan di media cetak.Tetapi paling tak sangka apabila Ustazah Siti Norbakyah Mahmood dan Ustaz Wan Akashah pun tersenarai sebagai PENGACARA WANITA DAN LELAKI BINTANG POPULAR Berita Harian????@#$% Dunia!!! dunia!!!..Apapun al - fatihah kepada semua anak seni yang sudah pergi buat selamanya

fazemy said...

Artikel hiburan yang sgt elok. Supaya artis2 yg baru terkinja2 nk giler glemer tu beringt sikit...kita hidup sementara je kat dunia ni. walau artis walau sapepun kita akn mati jugak esok lusa. Al-Fatihah untuk smua arwah..

aaron said...

MERCY MALAYSIA PALESTINE RELIEF FUND www.mercy.org.my

( Please make cheques payable to MERCY MALAYSIA. CIMB account number: 1424-000-6561053. For more information, please contact 03-2273 3999. )

"No amount is too small, and will be gratefully received."

DonCorleone said...

awangsulungmerahmenyala - Aku makin kagum dengan kau kerana dah hebat mengagak apa yang akan aku tulis ni. HAHAH. Anyway, Selamat Tahun Baru untuk kau juga.

Reds - Terima kasih kerana sudi membaca and Selamat Tahun Baru. Patah tumbuh memang hilang berganti tetapi yang baru tak akan sama dengan yang sudah pernah ada. Cuma kita syukur ajelah terhadap mereka yang sudah menerima "jemputan" itu.

Azreen/Shoeshine - Tks baby. I love you tooo.

aimedidie - Aku pun dah lama sangat pelik dengan keadaan itu. Dah lama mati baru nak kasi Tun lah, Datuk lah and pelbagai lagi and masa hidup tak pandai nak menilai and apa yang diorang ni pandai nak menilai ialah golongan politikus yang kadang-kadang banyak yang macam celaka. Tapi sejak kebelakangan ini, makin ramai seniman tanah air yang mendapat perhatian kerajaan and aku rasa perubahan itu bagus. Tapi aku masih pelik kan...Sudirman tu tak Datuk and tak Tan Sri pun kan?

Marliza Radzi - Pujian selalu saja buat saya malu-malu kucing. :) Tks

Life Spins - Betul tu. Sudiro memang selalu sangat buat aku tersenyum and aku setuju dia punyai banyak ilmu dan dia merendah diri and dia tak kedekut ilmu dan caranya lembut.

*i.am.me.for.myself* - Terima kasih kerana sudi membaca.

Hazrey - Hati kau sejuk membaca entry aku yang ini? Syukur. Hehehe...aku kan memang baik sangat orangnya. Kah kah kah .

Ladynoe - Dahsyat kan kesan yang ditinggalkan oleh Dr Ismadi? Hahah...Only great actors can do that and of coz he is one of the greatest!

Bimbo Junior - Aku baru sedar aku ada Bimbo Jr. Tahniah kerana menjadi Bimbo. Heheheheh.

The-Tao-of-Marcell - Kamu kamu juga memberikan inspirasi. Betul, memang jasad sudah pergi tetapi ilmu yang aku perolehi akan aku sampaikan kepada yang lain. Tks Man!

muteaudio - Soal penolakkan pinjaman terhadap Arwah Rafi atau kelulusan pinjaman kepada MISi 1511 (aku dengar bodoh betul filem tu kan?) bukan di peringkat Finas sahaja sebab itu adalah di peringkat Lembaga Pengarah Finas and that involves a whole load of other people tu.

Pyanhabib - Terima kasih Abang Pyan. Salam.

Obefiend - Yeah man. Lagu Joget relaly rocks!

david santos - Tks for reading man!

Atira - Masa tu cepat berlalu dan selalunya bila diorang dah tak ada baru kita rasa kehilangannya dan masa diorang ada kita tak berapa kisah. Tapi kita semua memang macam tu. Thats is just normal tapi sesekali kalau kita dapat duduk dan bersyukur, kita buat lah.

Ayau - Aku tahu hang rapat dengan Sudiro dulu. Dan aku suka bila hangpa buat story dia dalam Melodi sebab kalau hang pa tak buat, tak ada orang nak kisah sangat. Bravo man!

hfz-khazal - Anytime to xchange link man. Anytime.

Masnazirul hizam - Sorry kalau buat kau sedih. Bukan niat aku sebenarnya tetapi memang aku sendiri sedih masa aku menulis. Sabar ajelah bro.

love.leen - Sorry sebab lama tak menulis. Kehidupan di Singapura ni sibuk sikit kadang-kadang.

nad - Same to you. And tks.

Sakura - Yes! Yes! At least somebody is saying it. What the fuck!!! Masuk sekolah Darjah 1 pun dieksplotasikan. FBI is a friend but What the Fuck kan??

fazemy - Terima kasih.

Aaron - Tks for the link man! Salam semua, please take a look at the link.