Dec 18, 2008

Memang aku banyak mencarut dalam blog ini. "This is not a black and white world, to stay alive, I say the colors must be swirl!"

Ini jadi tajuk aku. So, kalau berani, teruskan membaca. Hahaha...macam real aje kan?

Tidak rasionalkah aku bila aku mencarut dalam blog ini? Adakah apa yang aku maksudkan dalam segala penulisan aku terus jadi kesasar saat aku gunakan diksi carut? Aku diberitahu bahawa apa yang kita tulis melambangkan keperibadian diri kita. So, kalau tulis perkataan carut, maka aku orang carut? Generalizing namanya tu. Maka carut aku dilihat terus kepada carut, tanpa dianalisa perkataan carut itu atas dasar apa atau kesesuaian kepada konteksnya.

Lokman Hakim dalam Berita Harian 4 Ogos 2006 menyebut: "Perkataan mencarut memang amat hina. Sesiapa mengucapkan perkataan hina melambangkan kehinaan dirinya. Mereka yang mengucapkan perkataan mencarut dan fitnah dikuasai fikiran oleh syaitan."

Manakala, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula kata:
"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut atau mencaci seseorang jika kena pada tempatnya, boleh menjejaskan maruah agama. Ini kerana umat Islam sejak kecil lagi diajar supaya menjaga kelakuan
dan percakapan mereka dengan hanya menurutkan kata yang baik-baik."

Cakap apa pun, aku satu hari nanti berniat nak pakai pakaian macam Tok Guru ni lah. Cool gila kan? Dulu masa di Casablanca, aku ada beli "Jelabab" iaitu sebuah jubah yang ada tutup kepala dan bila pakai aku dah jadi macam Obi Wan Kenobi. Tak cukup dengan jubah cool, kereta Tok Guru ni pun gerek seh!

Aku melihat ini lebih jauh sebenarnya. Beyond than the fact of vulgarity and profanity. Sayangnya, kalau fokus kita ialah hanya kepada vulgarisme dalam penulisan aku, maka barangkali, mesej-mesej yang aku cuba ketengahkan gagallah.

Lokman Hakim tanpa ada sebarang reference dengan cabul sekali menyebut orang yang mencarut dikuasai syaitan. Fitnah itu yalah syaitan, tapi carut pun kena ke? Nik Aziz pulak kata okay. (Fuck you lah Lokman! - Sorry, I just have to say that)

Datuk Ahmad Sebi (Bekas Ketua Pengarang Berita Harian) pulak menyebut: "Penulis atau cendekiawan pertama-pertama haruslah melakukan analisis diri dan introspeksi bagi mempastikan kebolehpercayaannya (kredibiliti) kalau dia mahu diterima sebagai suara hati nurani, suara kebenaran dan
keadilan." (Berita Harian, 27/09/1999, m/s 17)

Kalau kita insan yang mengambil semua perkara sama ada penulisan atau perbuatan secara harafiah, maka kita mudah buat judgement hitam atau putih tetapi kalau kita melihat semua perkara dari pelbagai aspek termasuk simbolismenya, maksud tersiratnya atau semiotiknya, barangkali persepsi kita akan berbeza.

Carut itu eksplisit. Itu aku tahu.

Tapi carut itu juga ekspresif.

Hakikat yang aku dah terima lama dah ialah kita semua dalam satu-satu masa tertentu akan mencarut juga tetapi bukan semuanya pada saat dan ketika kita berniat jahat terhadap seseorang atau apa-apa. Cuma kita berekspresi. Itu saja.

Dalam bahasa Melayu yang aku tahu, wujud Bahasa Formal, Bahasa Mesra, Intonasi, Bahasa Halus dan Bahasa Kasar (yang Biasa dan Kesat).

Memang bahasa Kasar itu terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i) Bahasa kasar yang kesat

ii) Bahasa kasar yang biasa.

Bahasa kasar yang biasa seperti penggunaan ganti nama aku, engkau dan sebagainya yang biasa digunakan dalam hubungan yang lebih akrab dan mesra manakala bahasa kasar yang kesat pula sering digunakan untuk marah, maki hamun, mencarut dan sebagainya.

Tapi itu semua dalam konteks bahasa Melayu. Dalam soal pencampuran di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti yang aku amalkan dalam blog ini, barangkali konteksnya berbeza sikit.

Aku tahu aku macam bla bla bla sekarang....but hey, I am getting to my point okay. Please sabar ye.

Sampai bila kita akan asosiasikan vulgarisme dengan penuh negativiti? Kita ambil semuanya secara harafiah tanpa pedulikan untuk read between the lines.

Aku nak korang tahu, I DO NOT promote penghinaan. I DO NOT promote hatred. I DO NOT promote vindictiveness.

Aku sedar bukan ramai yang boleh terima tetapi aku sedar juga ramai yang suka.

Sesungguhnya aku tidak akan benci mereka yang tak suka nor that I will go riak sebab ada yang suka.

I'm a nobody.

Aku akan hormat mereka yang kata penulisan seseorang itu melambangkan keperibadian dan maruahnya. Ismail Al-Faruqi pun sebut benda yang sama terhadap penulisan dan karya.

Falsafah Ismail Al-Faruqi ini lain. Bagi dia, penulis atau seniman Islam harus menulis berlandaskan Islam. Aku setuju sangat. Malah, suatu masa lalu aku sempat belajar falsafah dia di universiti. Dulu pun, aku selalu fikir karya M Nasir memang ikut falsafah Faruqi. Blog aku tidak ikut falsafah dia sangat tapi aku rasa tidak juga langgar falsafah itu.

Namun, aku juga tidak akan judge mereka yang berbahasa "alternative" jika bahasa mereka itu boleh "sampai" kepada pendengar atau pembacanya kerana aku adalah seseorang yang berdisiplinkan komunikasi dan komunikasi dua hala berlaku apabila satu pihak memahami, mendengar atau boleh menilai apa yang dikatakan oleh satu pihak yang lain.

Kalau orang nak generalize setiap patah yang aku tulis berdasarkan hanya kepada penggunaan diksi vulgar aku, maka aku tak boleh buat apalah.

Apa yang penting kita semua kena COOL lah people!

14 comments:

Jane said...

org2 yg cool saja bole baca blog nih. heh!

Ajami Hashim said...

kewl bro! kewl!

amir said...

Pergi mampus sama orang.

Orang macam tu, bukannya orang, tapi 'orang-orang'. Jolok jubur pun keluar jerami.

Kalau ikutkan pandangan yang bahasa melambangkan keperibadian, Anwar Ibrahim mempunyai iltizam yang sungguh mapan sekali, dan aku penjolok jubur. Hakikatnya?

Anonymous said...

Aku hanya boleh gelak bila orang perasan dia bagus sebab kononnya dia tak mencarut dan hanya guna bahasa yang 'sopan'.

You can't get any more condescending than that.

Anonymous said...

Bagi aku, carut cuma ekspresi sementara
Maka tidak salah untuk men'carut'
Hohoho

H.E.H said...

Bahasa carut tu mempunyai banyak cabang, pilihla yang 'halal'

http://malim-muda.blogspot.com/

blitzenius said...

ia memecah keheningan di satu saat yang sunyi tanpa seseorang di sisi. rasa ekspresif tu datang sebab orang2 tu lah yang buat kita sepi.

so, it's ok. atau lebih tepat, memang patut pun!

"saya sorang2 kat sini. you did me. so ****"

tapi lepas tu "it's ok. i can live thru this. get the **** out of my store, move it."

DonCorleone said...

Jane / Ajami - Tks. You guys are cool!

Amir - Trust me man, masih ada yang fikir bahasa yang kita guna melambangkan peribadi kita. So fucking sad!

H.E.H - Carut yang halal. Tapi kan carut tak pernah haram apa. Hahahah

blitzenius - Kamu retorik. Bagus. :)

Marliza Radzi. said...

berbahasa "alternative" jika bahasa mereka itu boleh "sampai" ----- hahaha! good one!

mediocre sadist said...

if tak mencarut, nak cakap ape lagi? but help me here, sebab aku pun sebenarnyer kurang faham definition carut tu itself. for example, "fuck you" is clearly vulgar words. but if we say something like p*k*m*k, i think that is quite offensive. tapi tu mencarut jugak kan? so what kind of mencarut that can be considered non-offensive?

*pertanyaan ini ditanyakan dengan intonation yang biasa. tidak provocative langsung*

DonCorleone said...

Marliza Radzi - Tks. Hahahah.

Mediocre Sadist - Baik Fuck You or Pukimak. Tahap carutannya sama level. At least bagi aku lah. All carut to me is offensive. KIta sebagai penerima datang daripada background yang berbeza. So I guess penerimaan terhadap carutan juga berbeza. This is a matter of perception. Aku rasa ada orang cepat sangat judge. Maka satu carutan sahaja dah palitkan kesan kesan negatif tapi ada juga yang bijak berfikir akan melihat apa di sebalik carutan itu sama ada ia berbentuk cacian yang berniat jahat atau cacian yang cuba bangkitkan kesedaran. Again I say - this is a matter of perception.

QifA said...

nice blog.have always wanted to be a writer/journalist. but im stuck here in the cold winter of Russia.maybe i wont be a professional, but i still harbor dreams to be an excellent blog writer.

and yeah, carut is just part and parcel of life. adding certain 'bad' words to your sentences will intensify the meaning of what you are trying to convey. Rock on. Keep cool.

Arni said...

Disebabkan aku dibesarkan dalam keluarga Melayu yg tidak mencarut (mak aku pernah cili apikan mulut adik lelaki aku hanya kerana kami pernah bergaduh dan dia maki aku guna perkataan "Babi!" maka aku pun tak banyak menggunakan perkataan carut bahasa melayu.

Tapi aku tak pernah la kata yg aku ni bagus sebab tak byk mencarut... cumanya, bagi aku kalau orang tu setiap 4 perkataan terselit satu 'fuck' bermaksud kosa kata orang tu tak der la gempak sangat..

bumilangit said...
This comment has been removed by the author.