Dec 29, 2008

Akhbar hari Ahad memang best. Ada cerita hiburan yang bodoh dan yang pandai.

Aku teringat satu benda ni. Kalau tak silap aku dalam bulan Mei 1999. Beratus anggota Parlimen Turki ketuk-ketuk meja gila babi sambil menjerit-jerit perkataan "KELUAR" sebab ada seorang wanita anggota Parlimen jugak yang namanya, Merve Kavakci masuk Parlimen dengan memakai tudung.

Masa tu, pantas PM Turki, Bulent Ecevit tangguhkan sesi angkat sumpah di Parlimen. Dan dia kata: "Pemakaian tudung adalah dilarang pihak berkuasa tertinggi Turki." Kita pun tahu, kepimpinan sekular Turki kan anggap pompuan yang pakai tudung as a political statement yang akan kacau the secular system.

Memang di Parlimen Turki tu, pengharaman pakai tudung tidak buat secara official tetapi hakikatnya ia dilarang.

Perancis dan Sepanyol dan banyak negara di seluruh dunia anggap pakai tudung ni sebagai satu simbol kebangkitan ekstrismis Islam.

Seriously people, isu pompuan pakai tudung ni bukan perkara baru tapi perkara lama yang masih boleh bangkitkan amarah, benci, sakit hati dan mampu juga ada akhiran berbunuh-bunuhan kerana ia adalah soal AGAMA.

Kelmarin aku ada dengar cerita tentang bapak kepada kawan shoeshine yang bukan main garangnya tegakkan syiar Islam sampai dia boleh ke tahap jerit kepada mana-mana pompuan muda yang berjalan tepi jalan dengan kata-kata seperti: "Tak cukup kain ke?" kalau si pompuan pakai seksi meksi.

Dahsyat kan? Bukan soal bapak garang tu, tapi soal tudung ni dahsyat kan?

Yes, dahsyat.

Namun, dalam aspek kewartawanan hiburan, barangkali pakai tudung ni kita boleh main-mainkan saja. Kita boleh baca surat khabar dengan headline: "Bekerja kuat untuk berubah" dan artis yang dikenali punyai rambut yang happening tetiba aje dah bertudung.

Sanggup "berhijrah" demi keluarga.

Bila keluar gambar macam ini, mesti ada komen macam ni: "Kan nampak manis pakai tudung". "Ha..lawa pun pakai tudung." And kalau pompuan bujang pakai tudung aje, tetiba aje akan ada komen yang dia dah sampai seru untuk bernikah. Bodoh....bodoh betul.

Gambar bertudung mereka mendominasi akhbar sisipan itu. Hebat. Kita sangka memang dia dah pakai tudung lah and akhbar tu dapat eksklusif. Kita fikir sebulan dua lagi dia akan keluar dengan album nasyidlah kot. Kita fikir lepas ni dia tak terkinja-kinja lagilah kot.

Tapi kemudian kita baca lagi dan kita baca yang ini:
"Siapa sangka di sebalik kontroversinya berkaki ayam ketika bertanding dalam Anugerah Juara Lagu Ke-22 (AJL22) tahun lalu, gadis lincah ini kelihatan cukup anggun bertudung dan mengenakan busana Muslimah sempena fotografi khas Maal Hijrah kali ini."

Fakta 1: Bukan perkara baru ni. Baik akhbar yang tak sudah-sudah buat benda yang sama. Maal Hijrah kasi artis yang tak pakai kasut pakai tudung.

Fakta 2: Sama lah dengan artis. Demi nak keluar akhbar, sanggup pakai tudung walaupun sebenarnya tak pakai dan buat keputusan atas dasar it's a "Muslimah Fashion Spread".

Dan kemudian bila ditanya tentang the seriousness soal tudung itu, mereka akan berkata seperti di bawah:
"Bertudung sebenarnya bukan perkara asing bagi saya. Malah, sehak berusia 13 tahun lagi saya sudah memakai tudung kerana pihak sekolah mewajibkan setiap perempuan Islam bertudung. Sebab itulah saya tidak kekok memakai tudung. Saya memang tiada masalah untuk memakai tudung, baju kurung, judah dan sebagainya mengikut kesesuaian majlis yang dihadiri. Ini juga sebagai penghormatan terhadap sesuatu tempat seperti surau dan masjid."

Can she sound more stupid than this? But then, disebabkan sukar untuk kita analisa apa yang ditulis wartawan hiburan masa kini yang terlalu banyak distorsi, boleh kah kita percaya bahawa apa yang diquote secara verbatim ini adalah apa yang benar-benar dikatakan oleh artis ini secara verbatim?

(Malunya aku kat benda ni)

Tapi lepas tu, lagi malu bila dia kata:
Bagaimanapun, katanya, beliau masih belum bersedia untuk tampil bertudung sepenuhnya.
"Ini bukan boleh dipaksa-paksa kerana kesedaran itu perlu datang dengan sendiri, dari dalam diri kita, dari hati yang ikhlas. Belum sampai 'seru' saya bertudung agaknya. Tidak mustahil saya akan bertudung suatu hari nanti, mana tahu selepas saya berkahwin nanti. Ketika itu, mungkin saya sudah berhenti menyanyi dan melakukan kerja yang sesuai dengan imej baru saya....."

Astaga, aku nak sangat mencarut ni tapi aku mintak diri aku sabar.

Mila oh Mila. Mak tak marah ke main-main pakai tudung macam ni? Tak baik tau.

Aku tak bias korang pakai tudung ke tidak, tunjuk aurat ke tidak. It's your choice.

Tak kisahlah, itu peribadi korang. Tapi janganlah momokkan kita.

Same to the entertainment reporting. Cukup-cukuplah sesi fotografi "sempena Maal Hijrah". And kalau nak buat pun, memang ada apa artis kita yang memang pakai tudung.

Tudung Siti yang masih diperkatakan sehingga ke hari ini tapi dia buat selamba aje. Suka hatilah Datuk. Tak apa, aku tak judge.

Ini jelas sekali bahawa tudung itu jadi kostum supaya "dikahwinkan" di antara niat suci sambut Tahun Baru Islam serta niat kapitalis untuk jual akhbar.

Mintak mahap kalau korang fans Milla atau Elyana ni.

But patut azam diorang untuk Tahun Baru Islam dan 2009 ialah supaya ada maruah, sebab dari pandangan aku, maruah diorang dah masuk dalam lubang taik.

Salam Tahun Baru Untuk Semua.

Keep it cool.

Silap-silap tahun depan budak ni pulak menggayakan tudung untuk Maal Hijrah tapi please maintainkan kasut dia okay tak? Cutelah!

Kredit gambar: www.bharian.com.my dan www.budiey.com.my

59 comments:

Sue Anna Joe said...
This comment has been removed by the author.
Hazrey said...

DonC, hakikatnya ia memperlekehkan agama kita demi melariskan story mereka. And, if I may add, kalau dah bertudung, perlu ke posing tonggek macam tu? Itu ke muslimah? Cuba tanya dengan ustazah cakar harimau.

And that Mr DonC, reminds me of your story di rumah LY, someone hentak meja and chant about menegakkan syiar Islam. :)

Anyway, isu ini sama apabila soal keagamaan dijadikan komersil sehingga alpa terhadap tuntutan yang sebenar- benarnya mengikut hukum syarak.

Hukum syarak bukan untuk diperlekehkan tetapi kita jadik ignorant terhadap perkara seumpama ini, demi memuaskan dan mencapai kehendak komersil.

Eloklah kau tak mencarut lagi. Dosa. :)

Sue Anna Joe said...

*edited my comment a bit*

"Kan nampak manis pakai tudung" or "Ayunya bila pakai tudung" adalah pernyataan yang aku sendiri rasa bwekk bila dengar. It's not so much of the ayu or cantik but the whole 'kan' dan 'bila' pakai tu. Almost like "hah, kan dah cakap.. /i told you so". Yelah kata dah sampai 'seru' kan? Hahaha.

Dan memang kelakar lah tengok majalah yang artis mengenakan tudung time musim-musim perayaan. Dari dulu lagi macam tu. Hahaha.

Tired people talking about Datuk Siti's tudung.

And don't get me started with tudung yang dinamakan sempena artist. I wonder when it's my turn? Wuhoo!

Siti Sarah's theme for the outfit is Red Hot Chille Pepper!!

Amer Yusof said...

sue anna joe kawan baik elyana kan? x baik tol bro luku elyana saja.

tp betol gak. bukan elyana je, seblm2 ni dah byk artis kena perbodoh dek wartawan yg singkat akal.

apa salahnya amik safura ke, ridani ke yg dah sah2 baru berhijrah utk btudung.

Sue Anna Joe said...

Amer Yusof

"sue anna joe kawan baik elyana kan?" statement anda sangat kelakar. Mana lah dengar cerita nieh. Hahaha. Terima kasih kerana buat aku ketawa!!

:P

lavidalabelle said...

ahaha... mmg lawak sangat. ayat 'seru' tu tak sesuai langsung digunakan. tak tepat langsung. cakap jerlah mcm aku ni 'aku belum sedar diri lagi tu pasal belum rasa nak pakai.kubur lain-lain'. kan senang dari bg statement yg berbelit-belit gitu.

artis ni kena polished otak mereka bila berkata-kata. nampak sangat 'harap muka jer lawa tapi IQ cukup-cukup makan'.

atau wartawan itu yg salah karang statement artis.... hmmmmm...

Kiubrubik said...

aku tgk gmbar je tp xbaca

*pil.tahan.sakit* said...

time raya je dah macam-macam jenis tudung yang pakai nama artis..

even mawi yang tak pakai tudung pon ada juga nama tudung mawi?

rasa nyampah bila baca komen elyana tu.. feel annoyed pulak bila artis macam ni yang buat isu hijrah dan pakai tudung..btw tudung bukan letak pada fashion semata-mata.. tapi keikhlasan kita dalam menjaga batasan aurat demi Islam :)

FARYN said...

sungguh jadah bila aku baca statement mereka itu.
byk gi benda lain bley relate pasal hijrah.takan takat pakai tudung sehari tu dah kira 'berhijrah'?

Superzac said...

gaduh pasal tudung ni lah aku berenti kerja..dont know lah, aku sensitip sikit bak tudung ni..tapi aku tengok ramai je pakai tudung tapi baju ketat macam sarung nangka....diorang ni paham ke tidak konsep tudung tu pun sebenarnya

Amak said...

statement "tak pakai tudung sebab tak bersedia" memang lame dan tak relevan lansung. Sebab bila time malaikat nak cabut nyawa, dia tak tanya pun samada kau dah sedia nak mati pun kan?

artis ni, selain pandai menyanyi/belakon, kena pandai menjawab dengan bernas kot.

Aku pun sedang memujuk melawan nafsu jahat. Teringin nak pakai tudung dari dulu.

fynn jamal said...

*stand-up ovation*
bwahahahahaha

totally agree.
this frenzy is a total mockery of real ppl with real intentions la.

tah.
in my humble opinion la.

jgn la main pakai because of festive season je.
tabaik tau korang~

Anonymous said...

tapi tul lah bro..kasut sarah tu mmg hottt...hahah cantek dowh

Anonymous said...

salam hijrah,

pertamanya aku dah agak hang mesti akan buat entri berkenaan mila dengan puteri tak berkasut(artis kesayangan kak pora huhuhu)aku bermonolog sani mesti taruh cerita minah nih dalam entri dia.banyak kali dah aku lihat artis wanita kena bodoh dengan wartawan yang ada elok sangatlah kena bodoh pun sebab orang yang membodohkan depa pun belajar lima,enam belas tingkat bodohnya pula berpuluh tingkat.oleh itu lahirlah generasi sengal.
antara siti dengan deja moss aku lebih suka deja mos bukan sebab suara dan nyanyian tapi lu buat kesimpulan sendirilah sebab apa aku pilih deja moss.mungkin wartawan panel siti yang dah lama bertudung dari siti tahu jawapannya.

konsep bertudung macam yang leha cakap,urmmm...aku suka leha dia cute hitam manis hehehe...biarlah leha berudung dengan rela hati dan leha tahu konsep bertudung yang sebenar.

ohhh....aku nak bagi teka teki,siapakah dee jay wanita yang dahulunya bertudung wajahnya begitu manis suaranya begitu merdu tetapi setelah merasakan dirinya dah nak `famous`dia melondehkan tudung.apa yang lebih menghibakan lagi rambutnya dah dikaratkan.hah don c atau sani cuba hang teka sapa.bagitau terus nama dia sapa?dari stesen radio mana tapi yang pastinya stesen radio dia tak hot.kehkehkehkeh....ada lagi ada lagi...chup,chup..berapa ramai bilangan artis yang telah berhijrah bertudung bertahun-tahun setelah mendapat hidayah dalam mimpi(macam ekin dapat hidayah pakai tudung dalam mimpi)namun kembali melondehkan tudung setelah mendapat hidayah semula dari......?dari mana iye?kahahkahah....bahalol.

konsep bertudung pakailah secara melabuhkan sehingga ke dada tanpa mengikat atau menyelak-nyelak ke atas.contoh aku bagi macam sheila lama.berjubah dan bertudung labuh.(betulkan aku jikalau sheila lama memakai tudung singkat dan berbaju ketat dalam mana-mana majalah,sebab aku selalu terpandang dia bertudung dengan konsep yang betul)

apapun biarlah kita benar-benar terdetik untuk berhijrah tanpa menoleh kembali zaman dulu-dulu kita.
OH AKIL HAYYY...kahkahkah.aku suka opick.hang kenal tak opick?

semoga lu faham segala ayat-ayat aku.

misty said...

Salam. My first visit to this blog!
Oh, Siti Sarah dah macam the Grinch lah. :)

Isu tudung ni, sama macam isu2 lain berkaitan agama yang kita "macam" tak nampak, padahal memang terang-terangan benda itu semua bawak dosa. Saya ada kawan2 yang takut nak baca tentang agama, sebab diorang kata macam seram, "tak sedia" lagi. Masa saya dengar tu, saya macam terdiam. Nak membalas pun rasa diri sendiri tak cukup nak mengajar orang.

Budaya kita dah macam, don't ask don't tell. If you don't say it out loud, maybe it won't be true.

Hehe. Mengarut kah? =P

Anynomous Fan said...

hahaha biasa la bro. typical la kalo reporter pergunakan isu agama time2 keraian agama mcm awal muharram, bulan puasa, time raya. gua malas nk amik pot..sbb sume nye typical la. drp soklan smp la ke jawapan. takde ke yg nk bg isu berat sket...tgk leh ke tidak artis tu jawab...hahahhahahaha

DonCorleone said...

Hazrey - Ustazah cakar rimau tu aku selalu panggil untuk jadi guest dalam program aku dulu. Hahah. Dan memang aku tak mencarut kali ini. Bagus kan aku?

Sue Anna - Tudung Mawi, Tudung Wardina, Tudung Ina and kejadah tudung siapa lagi ada di pasaran sekarang. "Kau nampak ayu pakai tudung" - Memang geli. Ada ke orang akan kata: "Tak lawalah kau pakai tudung. Muka kau nampak kecik dan dahi kau hilang. Buruk sangat2." Hahahah. Or - "Aku rasa kau tak sesuai pakai tudung Mawi. Aku rasa muka kau elok pakai tudung Wardina. Tapi nanti kalau ada tudung Anuar Zain kau beli okay."

Amer Yusof - Memang akhbar atau majalah nak kasi elemen of surprise to get artiste yang tak pakai tudung untuk pakai tudung tapi it's just just too fucking lame kan? Maybe, kalau buat fashion spread without having an article tentang hijrah okay lah kot supaya kita tak rasa their mocking the wearing of the tudung thing u know what i mean.

i.am.belle - Artise kena polish statement diorang. Betul sangat tu. Banyak yang perlu dipolish dan diwax.

Marzuki - Macam aku jugak kadang-kadang bila baca majalah Melayu...banyak tengok gambar and tak baca pun So, tak apalah.

i.am.me.for.myself / Faryn / Superzac - Komen Elyana tu memang meloyakan. And memang bab tudung ni dah buat banyak orang kecewa. Aku masih ingat zaman aku kerja di TV9 dulu.

Yang lain nanti aku jawab yek.

Anonymous said...

bro.
akuh ingt akuh jek yg pk camtuh.
bila bc citer2 cmni akuh terpf, akuh yg bengap ke diorang yg samdol.
tp takleh nak salahkan gak.
pasal diorang blaja tak tinggi.
and, akuh tak cakap gak akuh blaja tinggi.
tapi ilmu tuh de la cket, utk mengelak dari bebal dan dikutuk.

Amer Yusof said...

@ cik sue ana....itu bukan 'statement'...itu 'question'..kan ke ada tanda soal tu. hehehe.

Amer Yusof said...

@ bro - memang lame pun. kalau dalam erti nak beri publisiti...rasanya ramai lagi artis yg betul2 bertudung tp x dpt publisiti yg sewajarnya. ustazah siti bahyah tu pun dah artis sekarang, rancangan semanis madu/kurma (ye ke aku tulis ni?) pun rating tinggi kat tv9...kan ke adil kalau beri publisiti kepada mereka yg berhak, drpd mila atau elyana yg takde produk terbaru utk diwar-warkan (xde kan?). chewah...

fasal fashion spread pun...sblm ni ada magazine yg wat..tp tudung cam haram...nampak leher, lengan segala...x boleh mendidik tu..itu menjahanamkan pengertian sebenar bertudung.

p/s: masih terkenang sebuah sok kabar yg buat cover penuh 3 muka surat puji juliza adzlizan yg br bertudung..tp last2...hahaha

Sue Anna Joe said...

@amer yusof

A'ah la kan. Duhh. Tepuk dahi sendiri. Hahahaha. Jawapan saya kepada 'question' itu ialah, tidak. Hehe.

Hazrey said...

DonC, aku bangga sebab kau jinak SIKIT untuk kali ini. Kan berhemah sikit tanpa carut carut, sebab kalau kau carut, aku pun terikut carut, dan itu bermakna pengaruh negatif tu.. hahahaha..

Aku seronok baca statement isteri Shuhami Saad, tak lain tak bukan Ina Naim. Dan kita kena tengok statement dia secara menyeluruh dan lebih teliti serta matang dalam mentafsirkan apa yang disampaikan melalui Harian Metro bertarikh 20 Disember 2008.

".. Ditanya tidakkah dia rindu dengan nyanyian? Anak kelahiran Johor itu berkata kerinduan itu tetap ada tetapi memandangkan suara adalah `aurat' wanita, Ina hanya akan menyanyi di hadapan penonton wanita saja dan tidak
lagi di khalayak umum.

"Saya tahu hukum wanita menyanyi adalah berdosa. Jadi, kenapa perlu saya lakukannya. Lebih baik, saya tidak menyanyi dan menjaga nama suami. Oleh itu, andai ada tawaran menyanyi saya pastikan orang yang
mendengarnya adalah wanita.

"Dalam soal ini, saya hanya melakukan kebaikan. Sudah tahu apa hukumnya, kenapa harus dibuat. Justeru, saya tidak mahu melanggar hukum agama yang ditetapkan Tuhan," kata Ina turut membantu suaminya memasarkan album solo baru, KalamaK.

Nah, kalau kita jenguk seketika, secara ilmiahnya apa yang dimaksudkan Ina itu amat baik untuk direnungi. Bukan sekadar aurat suara, tetapi lebih dari itu.

Jangan lihat siapa yang bercakap (sebab aku tahu mesti ada yang akan cakap macam macam), tetapi lihat pada fundamental of the statement, asas statement itu dan isinya.

Hakikatnya, dalam melariskan produk kita, kita sanggup mengkomersilkan agama kita. Kan aku dah cakap dah on 21 Dec 2008 itu hari. Now, kenapa, tak percaya?

Yatt said...

Aku rasa sebelum kita nak persoalkan artis2 ni atau mana2 individu berkaitan hal2 tudung ni, lebih baiklah kita perbetulkan dulu isteri/anak kita dulu sebelum mengkondem orang lain.

DonCorleone said...

*ateeka amer* - Aku yang bengap ke atau diorang yang samdol? Aku suka sangat baca cara kau kata ni walaupun tak ada rimanya. Hahaha

Amer Yusof - Betul pelik. Banyak lagi yang bertudung tak pernah mendapat tempat di dada akhbar sebab akhbar memang nak sensasi dengan buat orang yang dikenali tidak pakai tudung bertudung sementara untuk sesi fotografi manakala orang yang benar-benar pakai tudung hanya akan disiarkan di media yang paparkan mereka yang pakai tudung. Maksudnya, pakai tudung aje dah hilang nilai sensasinya ke? Aku tak kisah kalau fashion spread sebenarnya sebab its a fucking FASHION SPREAD tanpa ada berita/cerita tapi kalau yang ada berita/cerita aku rasa pelik sikit lah.

maja eltsina - Terima kasih kerana sudi berkunjung ye and harap2 jangan serik untuk "datang" lagi okay.

Hazrey - Terima kasih kerana bangga dengan aku. Heheehe. Bangga aje tak guna bro...kena belanja makan jugaklah kan?

Awansulungmerahmenyala - Siapakah deejay wanita itu? Cakap aje kat sini. Tak apa. Tak ada siapa nak marah-marah. Kalau ada yang marah pun, kita boleh buat tak peduli aje apa. And kau macam dah boleh baca fikiran aku nampaknya. Aku kena fikirkan something supaya ada KEZUTANLAH. kAH KAH KAH

Yatt - I think you are missing the point. The asal usul of this discussion is about the media yang jadikan tudung sebagai subjek komersil manakala ia dibiarkan oleh artis-artis terbabit. Tapi betul lah apa yang kau kata tu, baik betulkan isteri dan anak kita dulu sebelum kondem orang lain. Betul lah tu but at the same time, kalau nak tegur pun masih boleh juga kan?

Hazrey said...

DonC: Asyik aku jek belanja. Mana boleh tahan bro. Kau turun JB kan esok? Nanti tudung saji yang kau nak tu aku bagilah. :)

Betullah Yatt cakap tu kan, aku setuju sangat. Tapi kan Yatt, masalahnya kan artis ni kekadang jadik ikutan, so, bila takder pantang larang ikut agama, kan tak manis, tak elok. Betul tak Yatt? See, aku nampak kau angguk. Meh aku belanja murtabak jom.

Anonymous said...

Benda ni memang dah jadi ritual tahunan bagi suratkhabar ke, majalah ke or apa saja bentuk penerbitan kat Malaysia ni. Bila Maal Hijrah ke, Bulan puasa ke atau apa saja yang berkaitan dengan Agama, mula la ramai artis akan ditudungkan walaupun dalam kehidupan seharian mereka ada yang pakai tak cukup kain. benda ni walaupun kita tak suka tetapi terpaksa terima dalam terpaksa.

Artis ni pun satu hal, kalau nak cakap kena la kaji dulu, fikir pastu baru bukak mulut. Ni tidak cakap lepas jek. Tapi tak boleh salahkan dorang jugak sebab kadang2 dorang ni sekolah bukan tinggi sangat pun. So maafkan jelah dorang yang tak paham2 tu. Yang mangkuknye bila wartawan tu yang quote direct je apa yg artis tu cakap dan takde inisiatif lansung nak membetulkan artis. Tapi nak cakap apa, sesi fotografi tu pun memang dah bodoh, memang semuanya jadi tak betul la.

wartawan ni pun takkan buat kalau takde ritual dari 'boss' dorang yang meng'halal'kan benda tu demi tuntutan komerseil. sesekali letak Rabbani kat cover pun ok jugak. Takde la asyik artis pompuan je :). nasib baik la dorang tak 'tudung'kan si Stacy tu kat depan. kalau tak...terlebeyyy sudahh...:D

Hazrey said...

wajahwajah.. kah kah kah kah kah terasa aku sikit, tapi betullah tu. Kah kah kah kah kah kah. Jac Victor? uhhhhhh

Anonymous said...

yatt ni kan komen kat bapak gula-gula ke kat akubimbo ke, kau punya komen mesti lari topik lepas tu melenting 'kau tak kenal aku sapa' bila orang lain tegur.

kau ni tak berapa bijak lah bila berdebat tentang satu issue. kau tak faham topik ek?

kau ni nak sangat didengari sampai apa pun kau main taram je. lain kali boleh tak kau cuba relevankan komen kau dengan tajuk entri?

Hazrey said...

dah nak gaduh pulak. jangan gaduh, nanti kena halau dari sini. keluar keluar keluar.. kah kah kah kah kah..

DonC, pergi rotan Yatt tu. Hahahahah..

Anonymous said...

baru hari ni aku masuk dalam blog kau saniboey. dah lama sebenarnya aku mengikut perkembangan kau. sejak dari metro, pegi finas, lepas tu sentiasa manja. bungkus. pegi tv3. melodi. lepas tu pegi tv9. sekarang katanya di majalah manja. kata nak jadi pensyarah? aku tunggu jugak. master kau dah abis? hehehe. saja tanya. apa yang kau comment memang betul. aku tak pernah miss baca tulisan kau masa di hm dan sentiasa manja.aku sanggup menapak sepanjang jalan tunku abdul rahman, KL semata - mata nak cari majalah kau masa tu. tapi bila kau join tv3 dan tv9 aku rasa kehilangan. kehilangan seorang wartawan hiburan yang bukan wartawan hiburan sekarang.what the fuck is going on with sanibeoy masa tu! kenapa dah mengalah? masa tulah hati aku berkata. lepas tu filem kau keluar 7 perhentian. skrip bagus. tapi bagi pada razak mohaiden tu buat aku rasa nak ketuk je kepala kau. apa dah jadi ni? oklah. history is history. aku makin jelik dengan hiburan sekarang ni. betullah cakap kau perlu reformasi. pasal artisnya, pasal penulisannya dan yang paling penting tak membina langsung. album, lagu, filem banyak duit habis macam tu. sayang!!! aku tunggu ulasan kau lepas ni. tak sabar - sabar ni. bye

DonCorleone said...

Aliba Abidin - Marah tul kau yek. Hehehehe.

Hazrey - Okay...okay...lepas ni aku belanja. Terlupa lak ini turn aku. Nanti jadi macam kawan kita yang hanya ada RM2 setiap kali pergi makan ramai2 tu. ahahhahaha

wajah-wajah - Betul tu tentang ritual surat khabar. Tapi apa kata korang semua baca Utusan Malaysia 29/12 tulisan NORLIZA MOHD ZAKARIA dengan tajuk: Pengertian Hijrah Artis (you can go to http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm). Bagi aku ini adalah artikel yang sangat baik berbanding yang aku petik dalam blog ini. Artikel Norliza ini ada interview dengan Wan Nor Azlin, Erma Fatimah, Ina Naim dan Isman Hijjaz. At least artikel ini tidak buat aku nak muntah!

aimedidie-pulakdah - Terima kasih kerana membaca blog aku ni yek. Dan terima kasih sangat kerana selalu ikut perkembangan penulisan aku. Insya-Allah selagi ada kudrat, aku akan terus menulis. Biar banyak mana distorsi, aku sentiasa akan cuba menulis mengikut mata hati. Aku fikir, biar banyak mana perubahan yang berlaku, banyak bodoh yang timbul, akan ada juga yang pandai. Kita sabar ajelah.

Anonymous said...

DonCorleone - bukan hiburan je yang kena reformasi bro. semuanya kena reformasi. baik politik, jenayah, am, sukan dan ekonomi. bosan aku.

aku kalau baca surat khabar tu baca tajuk je. kalau best baru baca isi. kalau berita di tv aku tengok kejap. lepas tu bosan aku tengok animal planet ataupun rancangan history kat astro. rasanya tengok rancangan binatang kat APL atau Discovery ni lagi jujur banding dengan tengok berita atau rancangan tv kat malaysia ni.minda tak berkembang dan aku rasa jadi bodoh!!! sampai satu tahap aku cakap kat isteri aku kita yang bodoh tengok tv and baca surat khabar ni atau diorang yang bodoh buat macam tu?

Anonymous said...

abang DC... tipah nak tanya.. abang hari tu ada jumpa blogger yoga kan? and masa tu costume party ke apa ntah in singapore.. pas tuh kat perut dia ada tulis haram.. to poke fun of the ban of yoga.. what's your take on what she did? i'm reading alot of anger and ketidakpuasan org org kat alam cyber ni..sebab it was as if she mempermainkan agama.. makin marah nampak nya dekat adik yoga tuh...

sori, lari topik.. but i'm curious to know your opinion.. since u met her in person..

DonCorleone said...

aimedidie-pulakdah - Kalau nak kira memang betul lah apa yang kau kata tu that banyak lagi benda yang harus/wajib ada reformasinya tetapi aku kalau boleh nak laksanakan tentang kewartawanan hiburan ini sebab ini forte aku. Tapi kalau boleh aku nak pesan, bila kita tak suka, kita harus suarakan supaya barulah usaha reformasi ini boleh kukuh.

Tipahtertipu - Betul tu. Memang aku ada jumpa Blogger Yoga yang namanya Ninie Ahmad tu. Dia tulis HARAM di atas perutnya dan kostumnya ialah sebagai The Banned Yoga Instructor. I take it this way. Dia sedang marah sebab Yoga difatwakan sebagai haram sedangkan rezekinya datang daripada mengajar Yoga tanpa ada elemen Hindu ke apa ke. Kadang-kadang apabila marah beraja, kita akan buat banyak benda untuk melepaskan rasa amarah itu. Dalam alam siber ni, banyak juga yang sokong dia dan banyak juga yang kata dia tak patut lawan keputusan Majlis Fatwa. Asalkan diorang boleh berdebat secara ilmiah, aku tak kisah sangat. Aku tengok dia baik sangat orangnya dan dia amat amat suka Yoga. Aku rasa dia bukan tulis di perut tu to poke fun, but more of making a statement. I remain neutral.

Anonymous said...

oh gitu.. good to have a neutral comment from someone. I was actually supporting her at first.. but when she put on that get up for the costume party, I thought it was a bit too much. Well she still can earn her rezeki right? Bukannya kena tangkap pun kalau dia practise yoga..

ni ada orang orang dekat satu blog panas ni, dah berpakat nak tulis secara official to jakim and adidas about what she did... i wish her good luck.. thanks abang DC..

Anonymous said...

DonCorleone - gua sokong lu bro. apa - apa pun hiburan perlu reformasi. aku dah bosan bro. lagu dan filem. rasa nak muntahlah kalau tengok filem melayu ni. satu lagi wartawan hiburan kita ni banyak hipokrit. tak sedap cakap le tak sedap. ini tidak. puji melambung - lambung. tapi bila tengok filem melayu rasa macam nak baling kasut kat skrin wayang tulah. lepas tu ketuk kepala penjaga tiket nak mintak duit balik. aku tunggu terlalu lama untuk perubahan hiburan dan filem tapi sampai sekarang rasa hampeh. dulu masa kau kat sentiasa manja aku rasa akan ada satu angin perubahan yang akan merobah hiburan tanahair ni. tapi bila kau quit aku jadi giveup. sebab orang macam lu bro kat dalam dunia hiburan tanahair ni sikit sangat. ataupun sekarang dah takde. lu jangan jongket punggung pulak gua puji lu ni! hehehehe

Ayyman Rahim said...

Betul betul. Tapi sorry to say, yang paling rasa bodoh adalah Siti, sebab kadang2 pakai tudung full, kadang2 pakai nampak rambut sejemput, apa nak jadi? Pakai rambut nampak depan tu pun, bukan ke aurat jugak? Baik takpayah pakai terus kan?

Hazrey said...

aimedidie: kah kah kah kah, 3 Januari ni aku ketuk kepala kau. Ketuk kuat kuat.

Anonymous said...

Tipah Tertipu, blog mana tu bagilah tau kat sini. I pun nak baca jugak. agak kasar jugak kan statement dia untuk tulis HARAM kat perut. marah sungguh dia sampai boleh buat macam tu. I tengok pun terkejut tapi betul jugak kata bro bila marah dah beraja....

Yang pasti dia memang berani buat berani tanggung. Tak ramai macam tu.

bad73tomato said...

cite bab marah...aku marah gak sebab nape Diana Danielle yang kata kene silambam ngan anak Yusof Haslam tu dikecualikan dari pergi ke kem PLKN.apa keistimewaan dia yek?baca kat sinihttp://chegubard.blogspot.com/2008/12/ketika-membaca-berita-seorang-pelakon.html
ade sesapa bleh komen?
credit kat che gu bard.

Z said...

Banyaknya comments! Fuh!

Mula-mula tengok gambar, tak recognize pun siapa mereka.

Tengok Elyana sekali macam Colbie Caillat da..

Statement dia paling bdoh tapi memang dah biasa baca dalam media..

"belum sampai seru..."

rasa macam nak goncang2 ja dia

Ina Naim can give a far better answer!

Anonymous said...

alida.. pegi lah baca kat piahzadoralagi.blogspot.com

ada dalam comment box yg beratus ratus tuh.. blog ni memang laju jer comment box dia kena fill up.. serius..

HipHopLess said...

baby, i saw your poll. a lot of babes are reading this blog!!! i wonder why.

Anonymous said...

salam sejahtera,

deejay yang aku maksudkan itu ialah Nik Aidawatie dari KL.fm dulu dia deejay radio swasta kat kelantan tak salah aku lah.lepas itu dia join rtm,waktu dia join rtm di kl.fm masa mula-mula dia masih bertudung.entah angin apa yang kena sampuk dia membuka tudung dan mengkaratkan rambutnya yang cantik itu.
aku tahu sebab aku minat gilerrrrrr kat dia huhuhu.gatainya aku nih huhuhu.gambar dia sewaktu bertudung semasa di radio kelantan dan masa mula-mula berhijrah di rtm pun aku pernah tengok.nak tengok nik aida watie masuklah kl.fm punya laman web.

huuuuu....tapi aku pun minat dngan leha,huhuhu.

Pyanhabib said...

carutkan saja!

DonCorleone said...

aimedidie-pulakdah - Terima kasih atas pujian itu dan percayalah aku tak pernah riak dengan any pujian sebab aku tahu diri ini dalam bidang penulisan tidak akan sempurna sampai bila-bila pun dan aku akan sentiasa "dengar" bila ditegur. Kan aku dah kurang mencarut dah pun ni. Mana ada cakap FUCK YOU banyak2 kan? kan? Heheheheh. Kalau Sentiasa Manja ada lagi memang best kan?

Ayyman Rahim. - Aku rasa nilai berita tentang Siti amat tinggi. Tu sebab terus menerus dia akan jadi perhatian. Tapi sama ada dia bodoh atau tidak dalam soal ini aku tak pasti sebab dia masih mendapat publisiti yang meluas daripada dunia kewartawanan hiburan kan? Mungkin dia amat amat pandai kot? Betul tak?

Alida Abidin - I suka lah kat you ni....heheheheh. Tks

AeRiN cRyBaBy - Diana Diannele tu siapa? Anak omputeh ke? hahahaha

Z - Tks for visiting. Geli kan dengan komen Elyana tu? Aku pun geli sama...geli sampai tahap aku menulis tentangnya dan itu lah geli yang paling max!

Tipah Tertipu - Aku dah baca dah PiahZadora tu malam tadi dan aku banyak tersenyum. Tks. aku rasa PIahzadora could be a better journalist than most of the journalist these days. Hahahahahah

My Beautiful Queen (Azreen) - Ramai cewek baca blog ini sebab DonC hensem sehhhhh!!! Hahahaha

Awangsulungmerahmenyala - DJ Kelantan rupanya. Dunia terbalik dah!

Abang Pyan - Saya pun fikir macam tu. Rasa nak jerit "Pukimak" dan "Fuck You" tapi saya cuba sabar sebab saya juga yang kata "Orang sabar yang selalu menang di hujung harinya."

Hazrey said...

Donc, BEHAVE (even on your comment will ya).

Awang, can you please jangan cerita pasal leha kat sini, tergugat peluang aku. But she's hot kan? Told you! Perhaps DonC should write about leha plak lepas ni, sure hot kan.. poll lelaki mesti naik. Dah ada persaingan laa pulak..

On a serious note, orang kita tak paham maksud hijrah. Hijrah maksudnya memajukan, tetapi ada yang gostan. Sama seperti mereka yang berpisah dan terus bukak apa yang terlitup atas kepala semasa masih bergelar isteri. Ishh tak retilah.

Tapi kan, apa kejadahnya cerita pepanjang, mungkin si mamat Yatt tu walaupun macam syok sendiri bila komen, kau kena tengok dan fikir out of the box. Mana mak bapak? Mana laki? Mana?

Anonymous said...

post ini membuat saya ketawa. kelakar tapi sangat benar (dan bernas). way to go, bimbo! :)

Yatt said...

Hazrey & Boey,
Sorry lah. Aku mintak maaf sbb syok sendiri bila comment. Aku patut banyak belajar pada korang. Aku hormat korang sbg senior dgn laporan berita/rencana yg tepat, jujur, bernas & tidak bias.

Maafkan gua bro...

Anonymous said...

Salam bro..

This is like mimpi jadi kenyataan. Hehe, semalam gua terjumpa blog nie dan hidup gua berseri semula selepas banyak tahun dah tak baca tulisan bro.

Gua kenal manusia bernama saniboey nie dah lama, first masa kolum kat harian metro. Sebagai seorang yang kritikal dalam dunia hiburan, dan sapa lah gua untuk suarakan sebab takde medium, bro telah jadik mcm gua punya messenger sbb apa yang bro tulis macam gua berkenan sangat. Pastu tulisan bro jadik sumber rujukan gua, sebab ianya ada ilmu.

Start situ gua kenal dewa, selepas bro review album lima bintang, macam mana gua pastu jatuh cinta dengan roman picisan. Macam mana jugak gua tertarik dengan first album melly after review dr bro jugak dan mcm2 benda lain termasuklah mengenali jalaluddin rumi dan khalil gibran.

Lepas bro ilang dr harian metro gua hilang arah la gak. hehe. sampai lah gua ternampak nama bro kat mag sentiasa manja, yang first impressions gua ape kejadah bro buat kat majalah yang tajuk hampeh sungguh. Tapi bila dah tgk isi, gua seperti biasa jatuh hati dan x pernah ketinggalan beli every month walaupun nak beli payah nak mampus. Tapi tu pun x bertahan lama kan, rasanya tak sampai dua tahun pun, tapi at least dapat lepas riundu gua bca pujian karya yang baik dan kejian karya yang hodoh mcm cinta 200 ela.. hehe.

Pastu trus lah bro ilang. Gua pun layan jiwa sendiri lah coz sesetengah tulisan orang yang gua kagum dah jadik macam makanan gua. So bila x dpt baca rasa giler la jugak.

Until dapat tau bro buat skrip 7 perhentian. Yang tu gua regret sket.. Regret banyak kot. Tapi dah tutup buku pun kan.

Bila bro kat blakang tabir di TV3 dan TV9 gua tak amek pot sgt sbb gua rindu kat tulisan bro, bukan visual yang terhasil di tv.. Tapi skarang bila bro dah ader menulis semula gua akan pastikan gua antara pembaca setia blog nie.

Ader gak isu dalam blog nie yang gua nak share dan nak komen, nanti gua akan tulis kat cnie. Especially isu wartawan hiburan bangang kan.. Derang nie ade krisis moral. Gua tau nilai dan relatif moral tu subjektif. Bergantung pada pegangan dan falsafah kita. Mcm bro sendiri rasa mencarut tu ekspresif. Kalau bangang tu bangang la, takkan kurang pandai lak kan.. Tu semua relatif la bro pada kayu pengukur pemikiran dan fundamental kita. Nanti gua cuba explain kay. hehe. Sementara tue, good luck bro n all the best!

-idzwAn-

Hazrey said...

(sambil menitiskan airmata): Yatt, tersentuh hati aku. Yang sudah tu, sudahlah, usahlah kita mengungkap kembali perkara yang lalu. Meh sini meh.. ala cayang, ala bucuk. Boey, gi pujuk Yatt ni..

Hazrey said...

Ehh and Yatt, Saniboey senior. Aku tak. Aku baru jek belajar menulis, err.. jap nak kira.. err.. tiga bulan lepas. Baru abis belajar ni. Beg pun tak abis punggah lagi ni. Ada ni ha.. haaa ni dia haa stokin yang aku carik dulu ni, kat sini rupanya.. Ermm...

Anonymous said...

penyanyi dan pelakon kat malaysia ni boleh tak aku labelkan kebanyakkannya bodoh! kurang ilmu dan kurang otak. sebabnya banyak yang berpenyakit. penyakit bodoh. hehehe. mereka tak cuba untuk jadikan diri mereka role model yang sebetul - betulnya. kenapa bruce springten boleh banyak fan sebab perjuangkan golongan pertengahan dan bawahan di USA. macam tu juga Iwan Fals. antara pemuzik yang berpengaruh di Asia sebab bait - bait lagunya yang menyentuh soal - soal rakyat. sama juga macam system of a down yang memperjuangkan bangsanya sebab pernah ditindas oleh turkish dulu. beberapa contoh ni menunjukkan diorang cerdik sebab sambil berhibur sambil utarakan mesej yang diorang ni perjuangkan. di Malaysia? hhhhmmmmm. lebih kepada periuk nasi kot. takpun untuk kekasih. satu lagi untuk ehem ehem. entahlah. lebih suka popular dengan gosip peribadi yang entah ape - ape. bodoh le tu!!!

Yatt said...

Hazrey,
Ish! Geli pulak aku. Ye la, kau baru belajar menulis. Belajar menulis blog... hahaha. Dlm blog kau, kau kata nk belanja aku murtabak. Mak datuk, jauhnya nk makan murtabak kt jb. Kau kirim je la kt Manan Samad, dia pun nk balik kl... heheh

Anonymous said...

pakai tudung? ahhh... apa guna nya bertudung kalu mulut celupar mcm fantart ayam.. buat maksiat kat semak kat tepi tangga.. chey!! malu siak... sekadar menutup kedaifan! haiz.. astaga...

Whoever

Farah Asyikin said...

Wow. Sani.. I love this expression of yours on this matter.

Once a reporter asked me such question, I answered, "Sebenarnya pakai tudung atau menutup aurat ni sebagai orang Islam memanglah dah sedia maklum wajib dan saya takde alasan untuk tidak memakai tudung cuma saya sendiri tak pakai atas sebab-sebab yang pada saya rasa amat ke arah career saya -- Which is ridiculous! Saya yang ridiculous cause there shouldn't be any reason at all."

You know what? That reason I gave was not even included in the article they did on me. I guess the reason "Belum datang seru.." and such will usually get a place in their writing cause... probably because it's cliche?

FA

Obefiend Weiland said...

kesian

farah pun kena misquote.. tak jual akhbar tau kalau guna what they actually said

so now u know macam mana politician kena hambat aje. ntah ntah lagi banyak DEFLECTION dy/dx dia dari actual quote

don c

this article gave me the gigles. it is so full of win. keep it up

and yes

Siti is immune to the usual bashing. media dahling la katakan. i just saw her latest album cover

it can be safely said she is now only 1/4 tudunged. dah semakin terbuka. mukin reveal sikit macam STRIPSHOW. hhehehe. nak teasing DK supaya bogelkan dia

HAHH

mulut aku!! makkk

Encik Puaka said...

yes... ni bukan untuk artis jer. haha. manusia2 yang pgi keje government pakai tudung. balik keje pakai spageti ngan hot pants. wow! aku suke jer pempuan x pakai tudung. senang nak berkawan ngan aku. sukati aku lah nak bias ke tak.

melayuBUKANbodoh said...

orang melayu islam juga bersalah kerana menyokong golongan artis sebegini...