Dec 9, 2008

Perkataan-perkataan ni mesti boleh laku - SEKS, LIWAT, DUBUR, ROGOL, MATI, BUNUH ETC ETC......Bahasa Akhbar Sekarang.

Apa yang dipaparkan dalam http://shoeshineazreen.blogspot.com menarik perhatian aku untuk mengulas dan ditambah pulak tentang satu komen dalam blog aku yang mengajukan soalan tentang pengunaan diksi "MATI" dalam akhbar.

Harian Metro bukan pertama kali 'nakal' dalam pemilihan headlinenya yang sebegitu dan biarpun kita akui penggunaan perkataan "telur" atau "buah kerandut" untuk menggambarkan kemaluan lelaki adalah sesuatu yang agak hmmmm.......mudah kata katalah........"Geli siot!!!! Aku yang jantan ni pun rasa geli korang guna perkataan tu!"

Anyway, sebelum aku sambung. I want to quote Arwah Tan Sri A Samad Ismail. He wrote this and was published in BH on 29th Jan 1992. Dia kata: "Kerana kekurangan dalam serba serbi, penerbitan-penerbitan tabloid umumnya banyak bergantung kepada pengedaran dan jumlah edaran untuk survival mereka. Dan ini membawa implikasi agak berat kepada kualiti berita dan rencana yang dicenderungi mereka. Untuk memikat pembaca, berita disensasikan, hal yang separuh benar dikatakan benar, hal remeh dibesarkan, dan umumnya pendekatan yang dipakai ialah untuk mencuit naluri kasar pembaca. Gejala ini amat dikesalkan tetapi ia tidak mustahil dibaiki sekiranya di pihak kita yang mengerti masalah mereka, secara gotong royong dan ikhlas berusaha memberikan pertolongan dalam bentuk bimbingan, tunjuk ajar dan kepakaran kepada mereka. Agaknya Institut Akhbar Malaysia bisa mempelopori usaha ini dengan menganjurkan kursus-kursus pengurusan dan latihan meningkatkan kualiti kewartawanan akhbar-akhbar tabloid."

Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail bak Nostradamus kadang-kadang seolah-olah boleh melihat masa depan media dengan pendapat-pendapatnya walaupun kesasar. Tengok saja apa yang dikatakannya di atas tu dan ia dah pun jadi and makin menjadi sekarang kan?

Well, he said this and it was meant for the tabloids. But 16 years went by, now kita lihat bukan sahaja akhbar tabloid yang suka sensasi, malah akhbar arus perdana pun dah turut serta. Maka lahirlah banyak perkataan-perkataan sensasi sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Apabila sebuah akhbar Melayu memberikan sesebuah berita sensasi tentang orang Melayu, orang Melayu pasti akan suka membaca dan bak kata teman aku, Shila: "Orang Melayu kan suka memburukkan orang Melayu sendiri." Hahahaha....betul atau tidak pendapat Shila tu entahlah ye. Cuma yang aku selalu dengar sejak aku belum sunat lagi ialah: "Kita ni orang Melayu, kenalah bantu orang Melayu." Dan masa aku jadi Crime Journalist dulu, kalau ada accident, reporter Melayu suka kata: "Yang mati orang Melayu ke?" Kalau aku jawab "ya" dia akan balas: "Kesian...." dan kalau aku jawab yang mati tu bukan Melayu, dia akan jawab: "Oooo....nasib baik." Pelik kan?

Sebelum aku teruskan lagi. Kasi aku bicara tentang perkataan mati dulu.

Kalau tak silap aku it was back in 1992 (masa tu aku baru kerja dalam setahun lebih di BH) dan Crime Desk bekerjasama dengan Entertainment Desk sebab Sudirman tengah tenat. Journalist Ent Desk sibuk cuba dapatkan story daripada rakan seperjuanganlah, komposerlah atau penulis lirik manakala journalist di Crime Desk sibuk tinjau hospital. Masa tu aku di Crime Desk. Tapi aku masih baru. So, tak leh lah nak banyak cakap.

Allahyarham Sudirman yang jadi buruan media masa dia sakit and mati dulu. Di saat ini manis jugalah sebab Entertainment Desk bekerjasama dengan Crime Desk. Walaupun aku masih baru masa tu, tempiasnya aku rasa juga.

Boss suruh journalist ke Hospital Tawakal dan bila dah sudah bukan main lama tunggu lama di situ, rupa-rupanya Sudirman "dilarikan" dari bahagian belakang dan tak lama selepas itu kita orang dapat panggilan telefon kalau tak silap untuk ke Jalan Taban 1 di Bangsar sebab "Sudirman dah meninggal dunia".

Tengok frasa aku: "Sudirman dah meninggal dunia". Itu cara kita orang Melayu, agaknya? Kita tak cakap: "Sudirman sudah mampus" atau "Sudirman sudah kiok" atau "Sudirman mati". Kita cakap dengan nada keTimuran yang paling ultimate.

Petang esoknya, Harian Metro memaparkan cerita kematian itu di muka depan dengan headline: "SUDIRMAN SUDAH MATI"! Nah...tu dia....korang ingat laku tak surat khabar HM masa tu? Fuck yes!

Tapi kesannya? Ia telah bangkitkan kemarahan. Bertalu-talu panggilan telefon yang diterima di Harian Metro tentang itu daripada pembaca yang tak puas hati sebab headlinenya kasar sangat. Orang ramai respect Sudirman dan mana boleh cakap "Sudirman Sudah Mati!".

Masa tu, Editor-In-Chief ialah Datuk A Nazri Abdullah dan jangan tak percaya dia sendiri ada jawab panggilan komplen tu di HM and masa tu, aku duduk di sebelah dia. Dan lusanya dia menulis sendiri dalam satu ruangan khas di HM untuk menjawab komplen-komplen berkenaan.

Antara lain, Nazri menulis: "Perkataan "meninggal dunia' yang sering digunakan oleh orang Melayu sebenarnya mencerminkan sentimen ke Melayuan yang mahu membezakan di antara orang Melayu dengan bukan Melayu, sedangkan dalam al-Quran, Allah menggunakan perkataan "maut" yang bererti mati (lihat al-Quran 3:145, 185; 6:36 dan banyak lagi) untuk makhluknya yang hidup. Pembaca yang berkenaan tentu akan lebih marah jika Harian Metro menggunakan tajuk `Sudirman sudah maut' sedangkan inilah bahasa yang digunakan dalam al-Quran. Kita selalu menyebut "kereta mayat" atau "kereta orang mati" bukannya "kereta orang meninggal dunia". Tiada siapa pun yang menelefon Harian Metro bila kita menggunakan ayat "kematian kerana kemalangan jalan raya meningkat..." kerana kita tidak pernah menggunakan perkataan "kepeninggalan duniaan kerana kemalangan jalan raya meningkat ... ".

But, let us analyze the situation truthfully dalam soal pemilihan kata.

MATI lebih best daripada MENINGGAL DUNIA.

KERANDUT/TELUR lebih best daripada KEMALUAN.
LIWAT lebih best daripada HUBUNGAN SEKS SEJENIS.
SEKS lebih best daripada HUBUNGAN KELAMIN.

Itu satu hakikat.

Perkataan-perkataan yang boleh "jual" ada banyak lagi.

Tengok akhbar hari ini dan cari perkataan-perkataan yang boleh "jual" ini.

Ada tak:
1. ROGOL
2. BUNUH
3. LIWAT
4. PENGKID
5. LESBIAN
6. KELAR
7. SEKS
8. CABUL
9. ZAKAR

etc etc.

Again, aku bukan orang yang cipta housestyle untuk semua akhbar ini tetapi
housestyle
diorang dicipta diorang sendiri.

Aku nak petik kata Datuk Hassan Ahmad sewaktu membentangkan
kertas kerja:
"Peranan Media Massa dalam Peningkatan Mutu Penggunaan
di Seminar Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (Mabbim) di Brunei
pada 1997 lalu:

Dia kata: "
Orang yang bertugas dengan media massa, editor atau pemberita
misalnya, tidak perlu
menjadi `ahli bahasa' atau tatabahasawan yang handal
untuk membolehkan mereka mengguna atau
mempertahankan penggunaan
bahasa Melayu yang bermutu dalam akhbar mereka."

Kadang-kadang kan, kita penat menulis, letih mengkaji, memblog,
bersuara tapi
bila esok kita baca lagi akhbar....banyak yang masih
macam gampang.

Aku tak pernah and barangkali tak akan menyalahkan organisasi
yang beteraskan
keuntungan dalam dunia kapitalis ini tetapi
tak salah kalau aku salahkan
individu....termasuklah kita
sendiri yang masih menerima.

Kalau dah ada gambar macam ni - MESTILAH JUAL BRADER!!!!!

Well, isu ini masih boleh didebatkan lagi.

One might think it's a fucking waste of time. So be it.

Anyway, let us just ...KEEP IT COOL.

14 comments:

pelacurseniterbesardiasiatenggara said...

This is merely a repeat of my comment in one of the earlier entries... Just wanna make sure that I can share my thoughts with everyone.

Firstly, the correct spelling for CAT DINDING (sure coklat lidah) in English is C.U.N.N.I.L.I.N.G.U.S !!!

Part of the cardinal rules of journalism - get your facts rights (that include names - not saniboey abdul majid, for instance). Then, get the spelling right too. Spell checker, dictionary, thesaurus etc. I know this is a blog, but tight ass people like me still rely on these things to ascertain credibilty.

By the way, FAIR COMMENT and FAIR REPORTING are two rather distiguished issues. We can discuss it if you want...

Still, keep up the great work. You've got the heart for it. Mwwwwwwah!

DonCorleone said...

pelacurseniterbesardiasiatenggara - Okay...Okay...I get u. I don't want to start on FAIR REPORTING just yet. Fair Comment first. I've been talking about this for ages tapi masih tak dapat laksanakan sepenuhnya. And yes....C.U.N.N.I.L.I.N.G.U.S. Tks for the correct spelling. And siapa yang pernah eja SANIBOEY ABDUL MAJID (masa tu bapak aku dah meninggal tau....sampai hati kau Amir.) Hahahaha

.abell.habil. said...
This comment has been removed by the author.
.abell.habil. said...

salam perkenalan,
aku abell.

menarik post ni.penuh eviden nya,input yang ringan tapi penuh info.

aku ada baca New Malaysian Essays 1,

tulisan saharil,

dalam tu juga ada tulis tentang penggunaan bahasa 'lebat' dalam akhbar,

contohnya:

keMALANGan jalanraya, itu dulu.

keCELAKAan jalanraya, ini sekarang.

kata MALANG itu belum cukup lebat,jadi guna kata CELAKA.

dan mungkin lagi sepuluh tahun,
kita sebut sebagai

keSIALan jalanraya, mungkin keLAHABAUan jalanraya atau ke******an jalanraya sahaja.;)

regards,
abell

Najwa_La said...

fes of all bro
pretty humorous n very interesting
suke bace ur posts...
dun want to comment so much
tp gud werk
I LOVE IT~

ayau said...

janji sampai maksudnya...

amilah said...

hal yang remeh temeh pun boleh masuk muka depan padahal banyak lagi hal penting yang perlu diutamakan di muka depan..

lagi best kalau lebih ramai orang berebut membaca harian metro daripada nst. ish2

fab.style said...

hey. do visit http://profiles.friendster.com/fabstyle

AKU said...

hahahhahah ekceli kann...aku pon salah sorang yg terpengaruh ngan headline gampang mcm kt HM tu. nmpk mcm vogue the vass gitu stori dia..so aku beli arr. btw, HM ni aku kategorikan suratkhabar mengumpat sbb reporting dia selalu ala2 nk mengutuk org..mengondem govt..menggosip artis mcm celaka mcm SS tu. sbb tu la distribution tinggi sbb org melayu mmg suka baca mende2 gitu ;)

Hazrey said...

Don,

Truth be said. Sebenarnya, aku pernah tulis dalam komen aku sebelum ni, this is merely a marketing. Hakikatnya, kalau ikut nahu dan tatabahasa yang bersopan, tentunya ia tidak menarik perhatian sesiapa yang lalu kat depan kedai suratkhabar mamak. This is what they do at The Sun di UK, sensasi is the word.

Apabila ada sesuatu sensasi sebagai headline, ia menggamit perhatian. And you gave good example about Allahyarham Sudirman (ohh please, if it is not too much, kalau quote orang yang dah mati, would appreciate if you may ask Al-Fatihah disedekahkan, sebagai mengingatkan pembaca blog kau ni. Makanan untuk si mati. Insya'allah).

Of course A Nazri ada rasional di sebalik penggunaan headline tu. Dan secara rasionalnya jugak, ia akan mencipta satu rantaian pemasaran yang baik untuk produk, and in this case, is Harian Metro. People will be angry, rage against the paper. Dan tentunya kemarahan itu akan disampaikan, diterjemahkan melalui percakapan atau perbualan dengan rakan mereka, dan naluri semulajadi ingin tahu manusia, akan mencipta keinginan untuk memiliki, maka lakulah akhbar Harian Metro dan menjadikan ia sebagai akhbar nombor satu di negara ini walaupun kekadang isinya taklah sangat berilmiah seperti akhbar mainstream lain.

Namun, timbul persoalan seperti yang kau utarakan dan quote Allahyarham Pak Samad (Al-Fatihah untuk Allahyarham), apa akan jadi pada keindahan bahasa kita? Pelacuran bahasa menjadikan ia murah, tak bernilai, tak beretika menjadi lazim pada akhbar tabloid hari ini.

Tetapi hakikatnya, ia survival. Kita tidak boleh menghalang survival. Mereka survive melalui pendekatan A.I.D.A iaitu:

A: Attention
I: Interest
D: Desire
A: Action

Akhbar hari ini perlu menitipkan elemen pemasaran berikutan terlalu banyak persaingan.

Pada 1999, dikhabarkan sebanyak 12,000 permit penerbitan diluluskan KDN. Ini termasuk akhbar, majalah, newsletter dan sebagainya yang memerlukan permit dari kementerian itu. Lihat sahaja di gerai akhbar, macam macam adaaaa..

And truth be told, aku setuju dengan some comments here, that, orang Melayu memang suka, minat cerita celah kain, dalam kain, bawah kain, tepi kain, atas kain dan semua yang boleh menyebabkan kain terselak. Apa ada dalam kain!

Orang Melayu ramai yang tak suka berita yang berat, memerlukan mereka berfikir dan berbentuk ilmiah. Pada mereka, mereka boleh tengok National Geographic untuk itu atau tengok Buletin Utama setiap malam bagi membolehkan mereka memperdebatkan isu yang dipaparkan ketika minum jam 10 pagi di kedai kopi selama dua jam dan sambung semula ketika waktu lunch pada jam 1 tengahari (dan pulang jam 2:30ptg); setiap hari.

Dan sebenarnya Don, tak salah rasanya kewujudan tabloid seumpama itu kerana hari ini, ya, hari ini, kita lebih bijak menilai dan membezakan yang baik dan yang buruk. Kita ada banyak medium untuk dirujuk bagi mengetahui sama ada ia betul ada sebaliknya. Akhbar perlu untung, sama seperti produk komestik. Secara kasarnya, mungkin ia akan mencorakkan penggayaan bahasa pembaca dan mampu merosakkan bahasa kita, tetapi tidak ke kita perlu bijak membezakan mana yang salah, mana yang tidak sambil kita membaca tabloid tabloid tu?

Sugar-Daddy.

awangsulungmerahmenyala said...

salam bahasa,

waktu aku berlakon drama di sekolah rendah dulu pada tahun 1985 telah wujud mengenai ancaman bahasa yang mana pada tahun tersebut wujud juga masalah AIDS yang baru terkenal dan menular.

A.I.D.S juga merupakan ancaman istilah di sana sini.

nah!sekarang kita boleh belajar dari cara orang atasan atau orang bijaksana bijasini menjawab aduan serta ketidakpuasan hati dari orang awam,selak surah atau ayat AL-QURAN serta hadis juga kalau boleh kutip mana-mana ijmak ulama dan jawab untuk orang awam macam Nazri Abdullah jawab tuh.memang kelasss..gituuuuuu...

jualah agama jualah Islam untuk melepaskan diri.

Yatt said...

Biasa la orang Melayu, kalau org tak buat perubahan dikatanya kolot. Bila org buat perubahan dan lari dari norma mainstream pun tak boleh terima jugak...

Apa yg korang nak sebenarnya hah?

DonCorleone said...

.abell.habil. - Tks for your comment. Aku suka sangat sebab boleh buka mata orang juga. Teruskan sokongan ye.

Najwa_La - Drop by anytime. Comment atau tidak pun tak apa, asalkan membaca okay. Tks.

amilah - Apa yang kau cakap ini ada kaitan rapat sangat dengan isu komersil vs tanggungjawab. Jangan lupa, kita hidup dalam dunia demokrasi dengan sistem kapitalis. So....inilah jadinya.

AKU - Kali pertama aku dengar terma "Surat khabar mengumpat". Kelakar betul bunyinya tetapi betul sangat bunyinya juga.

Hazrey - Aku hanya akan komen kau bila kita jumpa and makan lala di JB okay (sebab komen kau panjang sangat lah!!!)

awangsulungmerahmenyala- Lepas Datuk A Nazri Abdullah komen macam tu, Tan Sri A Samad Ismail marah sebab dia kata buang masa jawab pandangan rakyat yang tidak bijak dan kita sepatutnya lebih logik. Pak Samad tak maksudkan rakyat bodoh tetapi dia kata rakyat terlalu mudah terpengaruh dan jawapan yang paling tepat untuk penggunaan "Sudirman Sudah Mati" dalam sebuah akhbar bersaiz junior broadsheet ialah kerana limited space. Aku fikir, Pak Samad is the man!

Yatt - Bukan orang Melayu sahaja, tetapi manusia ni individualistik dan kehendak kita berubah-ubah ikut peredaran zaman. So, we just need to be sensitive. Itu saja.

Anonymous said...

bro, aku tergelak baca tulisan Datuk A Nazri tuh. hahhah. aku seringkali memperjuangkan tentang persepsi bahasa. tapi orang cakap aku mulut celupar, busuk, hanjeng, kurang ajar lah. hahahha. pedulik hape aku. memang ada ustaz yang cakap peribadi seorang tu bergantung pada bahasa yang dituturkan. maka aku dianggap seorang yang kurang ajar bila aku bahasakan diri 'aku' dengan orang yang baru aku jumpa n org lebih tua. tapi yang aku berdoa "ya Allah ya Tuhanku, Aku meminta kepadamu....' eh takde la plak kate aku kurang ajar, pasal ustad pun cakap camtuh.
bila aku cakap bontot diaorang kata kene cakap punggung sebab bontot tu kurang ajar.
aku cakap nak pegi berak diorang cakap pengotor- buang air besar takpe. kencing pun tak leh cakap kene cakap buang air kecik.
tak leh cakap nak pegi jamban. kene cakap nak pegi tandas or anak aku ngan anak-anak sezamannya panggil toilet- toilet dah jadi bahasa melayu 'lah sangat'.
hehhehe. dulu aku cakap babi diorang kata aku kasar sebab babi kene sebut khinzir. tapi bila anwar berahim masuk penjara- diorang cakap bleh panggil babi sebab khinzir bahase arab.
adoiiii...
erwin khairul ahmad: aku pun nak bold gak la bro. tapi aku ingat masa aku panggil ko 'abang' kat langkawi dulu. ko cakap macam la aku muda sangat/. hahhahah. kita hampir sebaya rupanya...