Harus aku beritahu dulu bahawa aku bukan nak attack sesiapa di sini secara peribadi, sebaliknya aku hanya impikan satu impian di mana kita semua bersatu dan meningkatkan martabat kita semula. Biar susah mana, aku rasa kita boleh buat. Boss lama pernah kata aku ni "wild horse" sebab terlalu idealistik dan tidak realis. But hey, fuck him for trying to rosakkan matlamat aku.
Why R.E.F.O.R.M.A.S.I Kewartawanan Hiburan is important. (This is my personal point of view)
1. Integriti
Aku rasa makin hari makin ramai pembaca/penonton mula tanam rasa "tidak percaya" dengan laporan wartawan. This can't happen. Kalau kita melaporkan, sudah semestinya kita melaporkan yang benar, yang seimbang dan tidak berniat untuk "mencederakan" sesiapa. Kita tak ada sebarang agenda untuk menjatuhkan sesiapa sebab kita ni impartial. Integriti kita tercalar kalau kita kesasar daripada niat ini. We just have to accept that semua ini berlaku because some fucking idiots yang dah ada title journalist terlalu sangat fikir diorang ni "The Hands of God." Again, aku terpaksa ambil contoh kes "Zubir tahan Pierre di eskelator tu". That would be the classic case now why integrity is important. Zubir sepatutnya beri peluang untuk dia jawab and kalau dia tak jawab, laporan Zubir patut tulis yang dia tak jawab. Tapi apa yang berlaku ialah harrasement. Aku pelik, only in entertainment journalism that we do that ke? Kalau Musa Hassan tak mahu jawab soalan, do we dare stop him and cakap: "Baik kau jawab sekarang Musa or else...."
2. Credibility
Tak ada issue sebenarnya seseorang wartawan itu ada kelulusan ijazah sarjana muda atau sarjana atau doktor falsafah Media Studies atau Mass Comm pun kalau dia adalah seorang yang jujur. Namun, macam manalah agaknya kalau kita nak ukur kejujuran dia kecuali mengukurnya daripada penulisan/laporannya kan? Kredibiliti berkait rapat dengan integriti. We trust akhbar perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times, The Star or the tabloids such as Harian Metro or Kosmo (walaupun hakikatnya sekarang bukan semuanya dipercayai rakyat kan?). Tapi laporan dengan penggunaan frasa seperti "Cat Dinding" itu bisa buat akhbar berkenaan hilang krediblitinya. Seriously, akhbar yang digunakan dalam bilik darjah pelajar Malaysia ini akan membiarkan pelalar-pelajar membaca "Cat Dinding" dan it will be a matter of time that these students will find out that "Cat Dinding" is a sexual act of cunninglingus. Seriously, you want your 11 yeard old daugther to know that at that age?
Aku pernah interview Eminem dulu di Portland, Oregon USA and aku tanya tentang albumnya yang terlalu kasar and dia cakap sepertimana lagunya juga: "It's not my fault that your parenting sucks."
3. Fair Comment
If you are a trusted medium, you MUST have fair comment. There's no way around it no more. MELODI!!!! - Please listen. WAJIB ada fair comment. Konsep "Bang first, then ask" should not be practiced. Jangan buat damage and anggap "rakyat" jadi hakim. Rakyat can never be hakim when you report without fair comment sebab selepas buat laporan tak seimbang, you have to deal with "perception" pulak dan "perception" itulah damagesnya!
Well, ini adalah hanya beberapa contoh element yang aku rasa patut ada dalam REFORMASI Kewartawanan Hiburan yang aku nak buat ni. Banyak lagi sebenarnya tapi let us start with small step.
I say this again....and again....i am not writing to offend sesiapa pun di sini.
This is not a WAR, but this is a call to REFORM.
Barangkali aku gagal.
Barangkali aku kena kutuk.
Barangkali aku tak perlu jalani hidup dengan diksi BARANGKALI.
p/s: Try not gender attack anybody here in your comments okay. Misi aku lebih besar daripada itu.
7 comments:
baguslah benda nih. patut buat dah lama dah. especially untuk aku yg tak pernah dpt training as reporter. belajar pun bukan dlm mass comm or journalism. dari blogger tiba-tiba terjadi wartawan. camner tu ?
SM - Kata orang Indonesia, what you have doing all this while is Autodidak (Learning by yourself) which is okay as long as you learn it right, I guess. But hey, who am i to say rite? I have a mission. Hahaha. Tadi aku beli bulu kat Borders (The Curve). Tajuknya ialah PENULISAN BERKESAN by Chamil Wariya (Datuk). At a glance, it looked like a good book. Nanti aku baca dulu and review. Maybe, could be a good guide.
ah..aku pun bukan wartawan.itulah yang aku perkatakan kita kena banyak membaca dan menimba pengalaman serta belajar dari org yg senior dan bijaksana bijaksini dalam hal-hal kewartawanan serta bidang penulisan ini.
cuba cari buku isu-isu komunikasi massa tulisan everette e.deniss,arnold h. ismach dan donald m.gillmor yang diterjemahkan oleh md.salleh kassim.juga cuba p cari buku diskusi etika kewartawanan oleh mus chairil samani dan prof.dr faridah ibrahim.selain itu aku syorkan kamu semua sama-sama belajar dari penulis jitu dan mampan serta penulis sejati Faisal Tehrani cuba jengah blog dia serta bacalah makalah-makalah dan novel-novel beliau sarat dengan ilmu dan setiap penulisan beliau dibuat kajian terperinci terlebih dahulu.
good luck bro!
fyi, walaupun aku BUKAN wartawan, tapi semenjak 2007 aku mula intebiu ramai Msian filmmaker utk youtube bicaraskrip.. aku faham bahawa kdg2 jawapan yg diaorg bagi masa Q&A dlm handy-cam terpaksa aku edit utk timbulkan respon yg betul kpd pelayar youtube/blog dan sampaikan benda yg boleh-pakai dari diaorg yg sepatutnya ke arah positif.. mungkin aku sekadar pelapor sahaja tapi tanggungjawab semacam itu perlu dipikul meskipun internet bukan mainstream media kan?
terima kasih kerna ko share ilmu dalam blog ni. Sekurang-kurangnya aku dapat something yang bermanfaat especially dalam writing..
thanks bro..
setuju bro. aku tak pedulik sangat ngan dunia hiburan. aku baca macam baca komik jek. untuk hiburan. hahahha. tapi reformasi ni perlu untuk kesemua wartawan. tak kira dari desk apa. memang seronok buat berita sensasi. tapi impact dia? macam kes kat bukit antarabangsa- memang la seronok buat cerita makanan bagi babi makan. rela buang makanan. penyelamat bagi penyodok suruh mangsa sodok. askar curik harta benda mangsa... cuba bayangkan dengan berita macam tu akan menimbulkan lagi kerisauan mangsa dan kalau semua mangsa serbu rumah diorang tanpa memikirkan arahan pasukan keselamatan. and bila diorang masuk rumah dan tanah runtuh lagi n mampos semua kat dalam rumah diorang... kan jadi lagi buruk. sometime kita kene lupakan soal sensasi dan pikir keselamatan orang ramai la.
p/s teringat masa aku terpaksa bawak van yang ada gear kat atas n makan ngan ko sambil dengar idea-idea ko yang gempak kat langkawi. since malam tu sampai sekarang aku respek ngan idea kau!!! Media Framing-ha ha ha!
awangsulungmerahmenyala - Terima kasih atas banyak info on mana nak cari bahan bacaan yang bagus tentang kewartawanan tu.
Ajami Hashim - Nice to read about your experience. I shall cari nanti kat YouTube.
min superherO - You are most welcome my dear.
FUCK HIPOKRIT - Bro atau Sis...I told already not to gender attack anybody. So, gua malas nak ulas komen lu lah.
Anonymous - Setuju. Kelemahan kebanyakan kita ialah untuk menilai "Action and Reaction" serta kesan media kepada pembaca secara berpanjangan. Hahaha...Media Framing...kenangan silam tu. Best kan?
Post a Comment