Dec 15, 2008

Aku ni banyak pengalaman tapi aku rasa aku masih mentah dalam dunia kewartawanan ni. ILMU aku masih belum cukup sebenarnya.

Isnin 15/12/08. Aku masih seorang wartawan walaupun sejarah aku pada pandangan sekali lalu adalah seperti di bawah:

1991 - 1992: Wartawan Berita Harian Kuala Lumpur
1992: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
1992 - 1995: Wartawan Harian Metro Johor Bahru
1995 - 1996: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
1996 - 1998: Wartawan Metro Ahad Kuala Lumpur
1998 - 2001: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
2001 - 2003: Editor majalah Sentiasa Manja (terbitan MediaCorp Publishing Pte Ltd)

Aku bersama bekas wartawan NST, Zainal Alam Kadir, di Nice, Perancis ketika aku bekerja dengan Finas.

2003 - 2004: Pengurus Media Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)

Aku bersama Jamil Hassan (Melodi) ketika di TV3.

2004 - 2005: Editor Kandungan Melodi TV3
2005 - 2006: Penerbit Kanan TV9

Saat aku bersama TV9 di samping COOnya, Bukhari Che Muda. Ketika ini, kami menghadiri Media Prima Screenings di KL Convention Centre.

Saat aku menghadiri sebuah seminar di Damascus, Syria bersama Hemanathan Paul yang ketika itu Pengurus Jabatan Hiburan di TV3.

2006-2008: Pengurus Jabatan Hiburan TV9
2008 - Present: Editor majalah Manja di Singapura.

Tapi aku masih seorang wartawan.

Baru 3 minggu lalu agaknya aku interview penyanyi lama, Ismail Haron.

Ya, aku masih buat interview.

Dino SS pernah menulis:
"Wartawan bukan lahir dengan sendiri. Ia lahir daripada desakan persekitaran. Terbina oleh iltizam dan minat mendalam. Diperkuat oleh pengalaman serta daya kreativiti tinggi, dan mempunyai daya imaginatif. Berfikiran matang serta terbuka. Wartawan yang baik harus bersifat sinikal iaitu tidak menerima dengan mudah apa yang didengar atau apa yang diberitahu kepadanya, melainkan setelah membuat penelitian sendiri. Pandai menggali untuk mencungkil berita. mempunyai kemahiran tetapi juga memiliki ILMU yang luas. Tidak sahaja bijak menggunakan mata dan telinga, tetapi juga mata hati." Berita Harian, 30/09/98 (m/s: 22)

Dan aku tidak akan lupakan nasihat-nasihat Pak Samad (Ismail). Dan aku tulis semula nasihat-nasihat Allahyarham ini sebagai panduan kita semua yang bernama wartawan, yang mahu jadi wartawan dan mereka yang bukan wartawan untuk memahami serba sedikit tentang wartawan.

Arwah Pak Samad semasa hayatnya sedang dilawati oleh Datuk Zam (yang ketika itu Menteri Penerangan) dan Datuk Mazlan Nordin dari MPI.

Pak Samad dapat bimbingan A Rahim Kajai dan A Rahim Kajai bagi yang tak tahu ialah Bapa Kewartawanan Melayu baik di Singapura ataupun di Malaysia.

Kalian (semua wartawan/pembaca budiman/Anon etc) nak benci aku ke, suka ke, tak apa lah tapi aku harap, kalian bacalah apa yang ada di bawah ini sebab ini kata-kata Pak Samad yang bisa dijadikan pedoman:

* Wartawan harus sanggup menebalkan muka untuk mendapatkan berita dan jangan putuskan diri dengan sumber berita. Konteks amat penting, setiap orang boleh menjadi sumber berita. Oleh itu, mereka perlu dibuat sebagai teman. Janganlah bertelagah dengan orang yang boleh memberikan maklumat kerana wartawan TIDAK BOLEH menjadi pengadil atau hakim. Ini boleh menyebabkan berat sebelah. Yang PENTING ialah ketepatan berita.

* Sumber berita harus berwibawa. Gosip kedai kopi bukan berita. Jadi seorang wartawan harus pandai mencungkil untuk mendapatkan berita yang sebenar. Namun, setiap berita tidak boleh diterima bulat-bulat. Gunakan banyak ikhtiar dan daya imaginasi kerana berita adalah gunung air batu. Yang kelihatan hanya satu per tujuh bahagian sahaja. Enam per tujuh bahagian lagi masih tersembunyi dan harus didapati dengan menggali sendiri. Seringlah bertanya MENGAPA dan BAGAIMANA supaya berita yang hendak dilaporkan itu tepat.

* Wartawan mesti ada INTEGRITI iaitu KEWIBAWAAN. Jangan ada 'conflict of interest'. Etika ini tidak ditulis di mana-mana, tetapi ia wujud sendiri dalam diri wartawan. Wartawan yang bercanggah kepentingan akan menyebabkan tulisannya berat sebelah atau tidak berlaku adil terhadap sesuatu yang ditulis.

* Wartawan perlu banyak ILMU BANTU bagi memudahkan kerja dan meningkatkan wibawa. Wartawan yang banyak ILMU akan lebih dipercayai dan disegani.

* Selain ILMU BANTU, wartawan yang bertanggungjawab selalu membuat homework iaitu membuat kajian terlebih dahulu mengenai hal yang hendak ditulis atau ditanyakan. Dengan cara ini, dapat membantu menimba maklumat yang hendak dicari.

Tak kira lah, sama ada General Desk atau Entertainment Desk, apa yang diperkatakan Pak Samad ini relevan untuk kedua-duanya.

Aku pelik kalau ada wartawan yang bodoh tapi sombong. Ilmu di depan mata tak mahu ambil, tetapi apa yang digali atau dicari ialah populariti. Dapat lepak di kedai kopi dan sembang-sembang sambil gelak-gelak dengan artis dah kira jadi wartawan yang hebat. Sayang, 1,000 kali sayang.

Memang perlu kita perjuangan R.E.F.O.R.M.A.S.I Kewartawanan Hiburan.

Aku akhirkan entry kali ini dengan quote daripada Pak Samad. Aku hormat dia, tapi sayang, profesi yang dia agungkan ini makin hari, makin layu nampaknya.

"Wartawan hari ini ......disogokkan dengan isu-isu bukan melalui ransangan atau sikap bertanggungjawab. Tidak reatif dan ini menyebabkan mereka sukar berkembang. Tidak mencintai profesi. Yang mereka pentingkan ialah cepat menyelesaikan kerja yang disuruh, bukan kualiti kerja." - Allahyarham A Samad Ismail (September 1998)

Namun, sahabat-sahabatku, pembaca budiman, Anon (yang masih aku tak respect)...apa kata kita.......KEEP IT COOL!

16 comments:

Anonymous said...

salam sejahtera,
aku buka bulan.com tadi ada gosip atau cerita mengenai seorang wartawan yang dah putus tunang dengan seorang artis perempuan.ehhh...betul ka cerita itu.kalau betul kira loglag lah mamat tuh hahahaha.
berpangkat sebagai editor wartawan hiburan tapi terlibat dengan artis.macammana tuh.HAK DIAA...

kepala hotak lah hak peribadi dia.kalau benar bagai dikata lah.

mediocre sadist said...

naper perlu ada keep it cool tuhhhhh!!!!

aduhhhh...orang nak serious pon, x jadi serious lah hahahahahah

DonCorleone said...

Awangsulungmerahmenyala - Betul ke? Hahaha. Tanpa kau kasi tahu siapa dia, aku dah tahu siapa tapi dia adalah teman aku dan antara wartawan yang banyak pengalaman. Kira lumrah lah, ada kelemahan dan ada kebaikan ye tak?

mediocre sadist - Supaya semua subjek yang berat kita tangani dengan tenang. Itu aje tujuannya.

Anonymous said...

posting kali nie agak serius.. memoga sesapa yg jadik wartawan tu blajar la ngan bro sani nie.. orang lebih respek kita kalau kita berilmu..

p/s:- every month x pernah miss baca manja.. :D

m.addyhadzari said...

wartawan tu saya tau...
geng metro gak...
wartawan ni anak pada somebody dalam bidang sastera gak kan...
bley revealed name kat sini x bang???

Anonymous said...

P/s: sorry ya Abang Don, sebab kat restoran bawah pokok saya ni takder internet, net ada lah, itu pun buat perangkap nyamuk.

Abang Don,

Saya kagum dengan pengalaman Abang Don. Boleh ker saya menuntut ilmu dari Abang Don? Saya pasti banyak yang boleh belajar dari Abang Don, dan berbeza dari wartawan yang pernah saya temui.

Beritahu kelas Abang Don di mana ya.. saya ingin bertemu dan perolehi ilmu dari Abang Don yang saya sanjungi.

Ikhlas dari adik angkatmu:

SULAIMAN (dulu saya dikenali pakai seluar tinggi, kalau Abang Don ingat sayalah.. tak ingat tak apa.. yelah sedangkan tempat jatuh lagi dikenang kan..)

Hazrey said...

Dude,

I better call your boss, you are writing your resume here. By the way, kenapa tak letak your last drawn salary sekali? Senang your future employer consider. Hahaha..

On a serious note, not to insult, tapi pernah ke kau dapat any local mass comm grads? Hah, sorry to say but mostly tak tau apa itu etika kewartawanan. Do they know that they are not supposed to push their microphone or tape recorders right infront of the person's mouth?

Even the lousiest tape recorder can capture suara orang sejengkal dari dagu yang ditemuramah. Don't talk about microphone, it is even better. So, there's no need to jolok microphone and tape recorder sampai mulut, sampai hidung pun terlindung.

ILMU? Hmm.. Apa tu? Untuk cecah lala ker? Come on laa dude, there is no such thing as ilmu, except completing the assignment for the day and go home. Dah memang budaya sekarang kan, malas. Malasnya nak cari background, malasnya nak bukak library, malasnya nak check, malasnya nak cari.. malas, malas dan malas.

I FOUND ONE INTERESTING FACT THOUGH. YOUR STINT IN JOHOR BAHRU, ENDED IN 1995. NOW 2008.. DAH TUANYA KITA NI KAN.. HAHAHAHAHA..

Anonymous said...

Yang aku nampak trend reporter sekarang ni, adalah menekan Ctrl-C dan Ctrl-V dari mana2 cerita yang dipos dalam forum-forum internet, terutama forum gossip.

Dan selalunya, mereka akan mulakan laporan mereka dengan "...mendapat emel dari peminat..." <- erks.. buat aku terasa macam nak muntah.

Aku rindukan tulisan Juwie, BAM, ABI.... reporter (apakah perkataan yang lebih baik untuk diterjemah? Pelapor?) sekarang, yang dari entertainment desk patut belajar dari mereka ni.

Danielle_Corleone said...

Salam bro. aku rasa kita ni adik-beradik. hahahaha. pasal kita ni dari keluarga Corleone. :-p salam singgah bro.!

Amir Hafizi said...

I tak pahamlah. I ingat jadi wartawan ni, kaya. I ingat, jadi wartawan hiburan ni, glamour.

I tak sangka, I kena kerja. I kena tulis, tau! Mana ghost-writer I?

I tertipu! I dipermainkan! I lah mangsa. (Dulu lah)

AMIR HAFIZI: TADI AKU MAKAN NASI BERIYANI. KAT KEDAI. GILA TAK BEST. AKU MASAK NASI BERIYANI SENDIRI LAGI BEST.

AMBIK BUTTER SIKIT, PANASKAN DALAM PERIUK NASI ELEKTRIK.

MASUKKAN PERENCAH NASI BERIYANI, TUMIS SEKEJAP. MASUKKAN SUSU PENUH KRIM DAN BERAS BASMATHI YANG TELAH DIBASUH. KADAR BERAS: SUSU IALAH 1:1.10.

KACAU SEDIKIT. BIARKAN SELAMA TIGA MINIT.

BUKAK TUDUNG PERIUK NASI ELEKTRIK. MASUKKAN KANGKUNG. YA! KANGKUNG! SIKIT JE LA.

KACAU LAGI. MASUKKAN DAGING AYAM YANG DIPOTONG KIUB.

TUNGGU SAMPAI MASAK.

HIDANGKAN DENGAN HIASAN DAUN SADERI DAN PAPPADAM.

Ajami Hashim said...

hai zubir!

*dia sure baca & nangis dlm toilet nih! kekekekke

Hazrey said...

Amir,

Kaya ke hapanya.. takder maknanya nok..

HAZREY: INILAH RESIPI YANG AKU CARI. NI MACAM BUAT BUBUR NASI JEK BRO. APA DAH JADIK DENGAN CHEF LAIN, MASIH MEMASAK LAGI KER? KEH KEH KEH

Anonymous said...

wartawan skunk kekadang naik muak nak baca gosip gosip murahan...tonjolkan la bakat bakat yang ada kat Malaysia ni, kembangkan seni yang baru nak menapak kat malaysia ni, ini tidak cite basi basi dan terus basi....ish ish

Pyanhabib said...

:) kat singapore ye? salam.

DonCorleone said...

Salam Bang Pyan - Dah nak masuk 7 bulan dah saya duduk sini.

Anonymous said...

Lu banyak ajar wa BRo..hehehehhehe..now wa dah macam one man army je...paham laa kan..LOL what ever it is no one will ever ever break me for my ideology..