Dec 21, 2008

Aku catatkan sejarah Anak Melayu Felda Pertama yang BERJAYA "TUTUP" "RUMAH ALLAH" terhadap orang Muslim lain yang bernama WARTAWAN

Pukullah taboh, pukullah taboh, pukul rebana
Kalau dah jodoh, kalau dah jodoh tidak ke mana
Sampaikan Masjid, sampaikan Masjid jadi kau punya.

Gununglah banang, gununglah banang bercabang dua
Bagaikan pinang, bagaikan pinang dibelah dua
Wartawan kau halau, wartawan kau halau, tidak ke mana

Tanah yang licin, tanah yang licin tidak berduri
Bagaikan cincin, bagaikan cincin, lekat di jari
Apa nak kata, apa nak kata, benda dah jadi
Asal Mawi dan Ekin, asal Mawi dan Ekin bahagia tak terperi.

Kita sayang Mawi lagi tak? Kita kenang lagi tak ratusan ringgit atau puluhan ringgit kita 'laburkan' terhadap Mawi supaya dia boleh menang Akademi Fantasia? Kita kagum tak selepas dia menang Akademi Fantasia, dia "membebaskan" dirinya dari belenggu Felda? Kita bangga lagi tak selepas menang Akademi Fantasia dengan bantuan kita, Mawi jadi popular? Kita seronok tak bila Mawi dah popular dia popular lagi dengan cerita dia putus tunang dengan Ina Naim? Kita terus bangga tak selepas putus tunang, Mawi dapat pulak bernikah dengan Ekin? (entah dari AF yang keberapa aku pun tak ambil peduli).

Dan aku harap kita terus bangga apabila Mawi "tutup" "rumah Allah" yang bernama Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru untuk orang Islam lain yang bernama WARTAWAN sebab Mawi dah "jual" majlis pernikahannya untuk stesen TV yang jadi landasan kepada kegemilangannya itu.

Wartawan yang kerjanya mulia itu rata-rata dihalau, diherdik oleh "orang-orang" milik Mawi hanya kerana menjalankan tugas mereka buat aku "bangga" kerana barangkali Mawilah antara anak Melayu Felda pertama di Malaysia yang berjaya melakukan itu dan barangkali tidak akan ada lagi anak Melayu Felda yang bisa melakukan perkara sebegitu biarpun 1,000 tahun lagi.

Aku tak pasti berapa ramai yang membaca blog ini pernah terbabit dalam "gejala" membantu Mawi menang AF dengan sumbangan SMS korang tapi minta maaf cakaplah....aku hanya mahu katakan apa yang terbuku di hatiku ini kerana aku tahu dan aku dapat "rasa" perasaan teman-temanku yang membuat liputan di majlis pernikahan berkenaan.

Barangkali korang nak kata Mawi tak salahlah. Ini isu Astrolah. Cakaplah apa saja, tapi yang menikah itu ialah Mawi dan Ekin. Dialah Tuan Rumah yang menentukan segala-galanya tetapi komen Mawi berbunyi begini: "Saya tak tahu menahu tentang perkara ini. Cuma saya takut orang akan kaitkan setiap kontroversi seperti ini dengan nama saya. Apa benda yang jadi pun, nama saya akan tetap disebut. Saya harap pihak-pihak yang terbabit dalam isu ini memahami keadaan saya dan Ekin."

First of all my friend, it's your fucking wedding man. You should be accountable for it. Kau biar orang kau halau wartawan. Kau biar dan "tak tahu" tentang orang kau yang herdik wartawan. Wartawan yang suatu masa lalu asyik menulis tentang betapa hebatnya engkau sebagai seorang anak Melayu Felda yang berjaya.

Dalam laporan di Murai.com juga mencatatkan ini:

Ekin dalam nada yang penuh diplomasi pula berkata, setiap majlis yang besar seperti perkahwinan, tentu akan ada cacat cela kerana ia sudah menjadi lumrah.

And Ekin was quoted saying: "Kita cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang. Saya harap perkara ini tidak akan berlarutan menjadi satu isu yang diperbesar-besarkan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang tidak kira untuk meraikan kami dan membuat juga liputan."

Wahai Mawi dan Ekin, korang tak payah risau. Wartawan yang sama itu, yang dihalau oleh orang kalian akan tetap buat liputan tentang kejayaan kalian berdua kerana biar dicaci, dihina, wartawan tetap akan menjalankan tugas dengan penuh disiplin, adil, tanpa ada hasad, tanpa rasa benci, insya-Allah.

Wartawan yang sama yang menulis tentang betapa mereka marah kerana dihalau masih akan mencatatkan "Selamat Pengantin Baru" dan "Semoga Kalian Berkekalan". Wartawan yang sama yang terpaksa berdiri di bawah terik matahari, dilarang masuk Rumah Allah itu tetap akan siarkan tentang kejayaan yang bakal korang kecapi nanti kerana mereka adalah Wartawan.

Aku tak fikir wartawan akan boikot kau ke apa ke. Kalau tak percaya kau buatlah PC (Press Conference) bagi "menjelaskan keadaan sebenar" (ini aku speculate aje ni) dan aku yakin pasti ramai wartawan yang akan hadir.

Kenapa mereka akan terus hadir? Sebab bukan mudah seorang anak Melayu Felda yang tak payah sekolah tinggi sampai ke universiti dapat buat majlis nikah yang lebih hebat daripada anak raja kan? Itu kan satu kejayaan? Dan kejayaan itu kita harus Raikan Bersama.

Seperti mana wartawan-wartawan lain, aku juga akan habiskan posting ini dengan mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" buat Mawi dan Ekin dan "Semoga Kalian Akan Berkekalan Sehingga Ke Anak Cucu."

DONC: Sahabat-sahabatku - Agi Idup Agi Ngelaban. Salam

Kalau korang nak tengok cara-cara nak halang kerja wartawan (terutama halang wartawan beragama Islam untuk masuk ke masjid...sila saksikan video dengan link kepada alamat di bawah ini)

http://www.youtube.com/watch?v=K3UmrjHl6vg

Tapi yang penting - KEEP IT COOL ok.

64 comments:

An-Zurie Ayesya said...

inilah orang melayu, membanggakan apa yg tidak patut.
aku pelik, kenapa orang yang sgt kita sanjungi atas "aura" nya boleh meletakkan maruah nya di atas pihak penyiaran.
Sungguh kelakar apabila Tahfiz ini meletakkan media sebagai sesuatu yang utama.

Inilah rakyat Malaysia. Agungkan penyanyi dan hiburan.

Anonymous said...

aku no comment laa sebab ari tu ananda krishnan n fredie fernandez jadi IMAM BESAR MASJID ari tu..neeway HAzrey thank you..la

Anonymous said...

apa maksud imam tu, rumah Allah SWT adalah untuk semua, tapi to some extent it is not for all? wow. wow.

Anonymous said...

check out MHI esok, 7.30am, bro Hazrey will share the actual story secara live, phone call kalau tak silap!

cant wait.

ayau aka BEkMEnG said...

hmmm kalau org islam di halang masuk masjid masa tu kira OK for ASTRO sebab depa dah ISLAM kan freedie Fernandez bebas keluar masuk masjid tu WOW..islamic sungguh ye Astro sebab seingat aku masa akd nikah siti kat masjid wilayah semua dapat kot..astro masa tu still pakai flagship bernama cuma masa weeding jer tak dpt ...tu pun depa still leh amek video..but the best part is bro...kenduri pun pakai sms pemenang leh makan kenduri WOW ...hebat bukan..stesen ni..asal barang jadi duit..

Ananda boleh laa buat kuil emas patung lembu lak kat batu caves coz patung monyet emas dia dah buat lepas jer AF3 (masa asmawi ani champion) now budak tu kawen ada sms bagai sure patung lembu emas adanyer kat batu caves..anyway TANIAH kepada org org MELAYU yang berSMS nak pi makan kenduri....BRAVO...ikuti kisah selanjutnya kat BLOG aku...

Hazrey said...

Keh keh keh, no problem ayau. Nanti jap eh, hari ni sibuk tengok orang buat renovation rumah aku so tak sempat nak posting cerita masjid ini.

Tapi member aku gelakkan aku (samdol la member aku tu.. haha), lepas ni solat Jumaat kena pakai tag. Kah kah kah kah. Ish dosa jek aku ni.

Anonymous said...

aku tak sebelahkan sesapa...
tapi bg yang berada di sana, aku rasa tak adil kalau mawi dilabel teruk sgt...
mmg la mawi tu tuan rumah sebab dia punya majlis...
tapi kalau mawi ada dalam masjid, dan kejadian kena halau tu berlaku di DEWAN press conference yang jaraknya lebih kurang 200 meter...
nape nak salahkan mawi semata-mata...

kalau tak silap sebagai WARTAWAN kena adil...
tapi nampaknya di sini dah menghukum tanpa MENGHADIRI majlis itu...
adilkah?

just my two cents...

DonCorleone said...

An-Zurie Ayesya - Kan kita memang suka dibangga dan membanggakan. Pelik kan?

Ayau - Best kan diorang menang hadiah hadir majlis kenduri tu? Hahahahah

Hazrey - Lu popular macam Mawi gak hari ini.

ZuperZac - Not sure whether the same treatment was given to Astro by TV3 but if its true and this was a "balas dendam" thinggy....hmmm sayanglah kalau main game yang macam tu kan?

Anonymous said...

lu nk tumpang glamer je lebih ni, nk kasi hit blog je, penulisan dah la menggelabah semacam. takde hala tuju. igt orang peduli ke hal2 mcm ni. baik buat keje lain lg byk faedah la, tanam hidroponik ke. lu buat macamana pn tak kemana dgn blog rubbish ni. x menyumbang ke masyarakat langsung. am so *ucking disgust with all the people who live just to complaint and looking for somebody to blame. lu loser bro.

Hazrey said...

Mental Problem. Keh keh keh keh. Another episode of why Hospital Permai kurang pesakit. Sebab mereka kat luar. Kah kah kah dan tahu pulak nak comment kat blog. Kah kah kah kah

Anonymous said...

erm kalo nak balas dendam, tak patot la wat cam tu kan.

kalo MPB jahat, nak balas dendam macam2 jek boleh wat kat astro..

jangan bagi artis af, artis astro btanding dalam muzik muzik juara lagu..

astro tolong sedar dek untung sket...

Hazrey said...

Anon,

Setiap apa yang dilakukan perlu ada batasan, limitation. Yang ruginya artis tu sendiri dan syarikat pengurusannya sepatutnya tahu itu semua dan implikasinya nanti. Apabila terlalu dikomersilkan, inilah jadiknya. Defeat the purpose of memuliakan majlis.

And I dun think MPB will akan berbuat demikian sebab rasanya ia tidak akan mematangkan industri. I truly believed we shall not do the same to further worsen the situation retaliation to what had happened on 20 Dec.

Kami ada tanggungjawab kepada penonton dan peminat Mawi untuk melaporkan majlis itu dan itu menjadi tugas sebagai pengamal media.

DonC, thank you for sharing. Hv posted my story. Drop by.

DonC, aku tak popular macam Mawi dan kita kerja bukan untuk popular atau menumpang populariti artis sebagaimana segelintir petugas media. Perlu ke aku popular? Tak perlu kot. Lebih baik tak popular, senang nak potong que kat tambak johor. Hahaha

AYAU: Make sure you are around to buy me nescafe tarik next time aku kat sana. Jangan lari.. yehaa.. make sure pakai tag.

lavidalabelle said...

aku mmg tak minat mawi atau mana-mana artis.

all in all is ridiculous human being. bila tak glamer terhegeh-hegeh nak glamer, bila dah glamer lain pulak ceritanya.

mawi world my foot! @sshole+shithead=i dont care.

FARYN said...

Bro,jgn halau aku masuk blog ni sbb tak pakai tag.

klubbkidd said...

Ni lak pendapat aku, which i have also blogged on.

Being in the waiting area (sebab kena sabo last minute tak dapat masuk masjid angkara organiser kelam kabut) and also within the grounds of the masjid, ni my pendapat lak ek.

Memang takde media lain dihalang, bukan seperti dikatakan pihak berita TV3 atau melalui Melodi.

Tapi memang apa yang berlaku tu, kesian wartawan TV3 yang datang membuat liputan. Da keja, boss mintak cover, and Mawi IS public property.

Hak exclusivity, aku rasa tak penah orang wat press conference ni exclusive, so it's a little ridiculous, tapi kalao sudah dipersetujui pihak pengurusan Mawi nak wat camna.

Cuma yang aku rasa tak kena, cara sesetengah pihak memalukan yang tak bersalah datang buat liputan tuh, tak perlu sangat.

Bayangkan, dalam dewan menunggu, seseorang dari pihak pengurusan membuat pengumuman tiba tiba sesiapa yang takde tag dibenarkan masuk. Ok lah tuh... tapi pastu terus ke arah bebudak TV3 nih dan katakan you have to leave.

Semua mata pandang la ke arah meka. Aduh malunya.... apa la salahnya mintak meka beredar ngan gi tegur direct. Ni da dapat perhatian semua orang ngan announcement, terus ke meka mintak kuar. Tuh bukan mintak lagik... tu memang da cam halau. Kasar sangat caranya. Beradab la sikit.

For me, this issue is not about TV3 dengki ke, Astro overdose ke... this is nothing to do with all that. This for me is an issue where orang takde PR or communication skills gagal tangani situasi. Tuh jer. And being a sensitive issue anyway, it set off a chain reaction of events.

But bab meka nak kena halau perkarangan masjid tuh, aku tatau la benar ke tak because if it is true, pathetic siot. Pepandai je nak halau orang dari area masjid.

To be fair, TV3 diberikan interview selama 15 hingga 20 minit ekskusif bersama Mawi dan Ekin. Kira consolation la... but they chose not to use it. Why?

Oh well.. entahlah. All I can say is salah seorang dalam cara menangani benda yang da sensitif. I could say a lot more but I won't.

I would hunt down that one person yang PR cam hanjeng tuh jer (Melodi ada tunjuk yang bengis tuh)

atie said...

aperla..dah namanya pun artis,mestila org nak tau perkembangan.mawi ni pun,lepas da buat kat masjid,buat la plak khas utk wartawan2..ye la..awak tu raja sms kn..so,sumer org suker.ntahla..ni pendapat aku jer...dah tu memang keje wartawan kan..tahla..hei..ni la..kiter ni da akhir zaman..artis dan penghibur diangkat2 dipentingkn2,ulamak2 dikutuk2..astagha..

abdullah al-habsyi said...

Shirin the butt flasher - Imam tu explain that everyone can enter any mosque but ada perkara yang ditetapkan syarak seperti menutup aurat etc. die bukan kata sesetangah orang tak boleh masuk..pastu ayat die kena potong lak tu...

well my comment on this is ni semua memang dah tertulis....

'World' = Dunia...

salam...

Hazrey said...

Klubkidd: Thank you for sharing the actual event. However it was incomplete. The ones yang had to leave the PC hall was: NTV7, TV9, us, and Bernama TV.

And again, like i mentioned in my entry, it was NOT AN EXCLUSIVE sebab we have other media also, please see my blog on the picture. I would call it save the ass session for all of us yang tak dibenarkan masuk pada sidang media tu.

I agree with you klubbkidd, see you always ada charisma and speak my language. It is about PR, yes Public Relations. Sometimes people are forgetting that all we need is a bit of HUMAN touch. Enough said, visual don't lie.

I tried and tried to even ask her for her name tapi dia taknak cakap jugak nama dia. Not that I am asking her to marry me kan. :)

Atie: Setuju!

Syed: Yup, it was cut half way. Dia cakap panjang lagi sebenarnya. And like you said, he did say about tutup aurat, tidak keuzuran bagi wanita dan bersopan serta beradab ketika dalam masjid.

World = Dunia. :) Let's doa for the better shall we.

DonC: dah macam blog aku pulak ni.. hahah tulah kau, saper suruh kau start dulu, langkah bendul. Hahahah.. the next lala is on me.

klubbkidd said...

Hazrey i think you have the info you need and the full story on your Comments section of your latest entry

Anonymous said...

takkan orang media macam kau tak faham lagi hazrey,donc dan lelain.tuari kau tulis lain pasal zubir dan melodi.etika kewartawanan la...jgn bias la...berita yang berat sebelah lah...tapi skang camnielak sikap korang.jgn cakap tak serupa bikin dan jangan busuk hati...ni semua rezeki memasing,atau konsep media korang pun sama gak cam zubir dan melodi tu???wallahhualam.pengagum rumi tak perlu membenci sesama umat dan mencari kesalahan orang.

Lupakan kisah yang sengaja diuar-uarkan kononnya media dihalau, kerana apa yang berlaku sebenarnya hanya krew TV3 yang berhadapan dengan masalah tersebut.
Atas sebab hak eksklusif diberikan kepada stesen TV berbayar Astro dan RTM, maka krew stesen berkenaan dihalang daripada membuat penggambaran acara nikah dan sidang media.
Pun usai dua acara ini, TV3 diberi peluang lebih eksklusif menemu bual pengantin secara bersemuka, justeru masih tidak berpuas hati?
Jadi, fakta kes yang sebenarnya begini: media lain langsung tidak berhadapan dengan masalah pada majlis pernikahan Mawi dan Ekin, kecuali TV3!
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
ent_editor@kosmo.com.my

Yatt said...

Boy, pelik la. Posting kau pasal kewartawanan hiburan kali ni berbeza dgn yg sebelum ni...
cukup berbeza.

Hazrey said...

Ini Anon or Tengku Khalidah Tengku Bidin? Which one is this? Or an imposer? Or another copy and paste case?

Anyway, like I said Anon, media lain tu siapa? Hanya print media if that is what you referring to. Like I said, kita ni kalau nak jadik wartawan sekadar nak sedapkan hati dan mata sendiri, baik cuci longkang.

Tengku Khalidah Tengku Bidin tu TAK menulis berdasarkan fakta. Sepanjang kejadian di luar masjid, mereka semua berada di dalam masjid ketika upacara nikah dan tak ada siapa pun suruh diaorang pergi tanya kat kami sebab memandangkan diaorang ni semua wartawan, they should know what to do next, iaitu check the facts and check siapa ada kat luar tu. Tapi malangnya, kredibiliti mereka boleh dipertikaikan berdasarkan laporan mereka hari ini. Ohh I did called her to check with her, tapi malangnya tak berjawab. Busy kot. :)

By the way, perkataan KAMI yang disebutkan ialah ntv7, TV3, TV9 dan Bernama TV. Yup Bernama TV pun terkeluar.

Takkanlah bodoh sangat, ada lapan petugas media bersama empat kamera video MIni DV masing masing, di luar PC hall sepanjang PC eksklusif diadakan. Takkan TV3 nak memperbodohkan diri nak bawak krew seramai tu semata-mata nak cover untuk news? Jangan jadi bodoh dengan fakta tak matang dan tak lengkap tu.

Tulah, bila mata dibutakan dengan kejahilan nak jadi wartawan, itulah yang terjadi pada laporan yang disiarkan. Apa kredibiliti laporan itu? Hanya berdasarkan apa yang dilihat di dalam PC Hall itu. For the fact Tengku Khalidah Tengku Bidin even approached me, and said something to me which I think biarlah aku, jurukamera aku dan Tengku Khalidah Tengku Bidin sahaja tahu. Dan dia tahu aku bukan baru sehari jadi wartawan.

Di luar PC Hall, TV3, TV9 dan ntv7 serta BERNAMA TV terpacak kat luar dan keluar serentak dengan aku dan jurukamera aku. And it was recorded clearly.

So, bila laporan itu menyebut hanya TV3 sahaja, aku gelak kat laporan Tengku Khalidah Tengku Bidin sebab aku jangkakan selepas bertahun tahun jadik reporter ni, tentu dia tahu bagaimana dan apa caranya nak menulis. Malangnya.

Tetapi, thanks to Harian Metro reporter yang kebetulan berada bersama kami dan melihat semua kejadian itu, maka keluarlah story about us being denied entry dan kisah sebenar pada edisi 21 Disember lalu.

Nasib baik yang buat tu crime reporter yang AKAN HANYA menulis berdasarkan fakta dan bukan sekadar sedap mata, sedap mulut dan ikut rentak emosi diri sendiri. Alhamdulillah.

I hope I can talk to Tengku Khalidah Tengku Bidin soon to ask her, kenapa dia tak check her facts dulu before writing? Oh yes, I am not her boss tapi I am just checking as a journalist friend.

Anon, pergi baca the actual event. Go and find it, because I know you are clever enough.

DonCorleone said...

Salam semua. First of all i just have to say, aku tidak lagi akan memberikan sebarang komen terhadap Anon. Aku tak mahu layan "anjing". Penggunaan nama seperti "gua xde blog" ni pun aku anggap sebagai Anon jugak sebab tak ada identiti. So, you now know my stand on this and korang boleh tulislah apa saja yang kau orang nak tulis dan insya-Allah aku tidak akan padamkan komen2 korang di sini biar sehina mana sekalipun.

Hazrey - First of all, yes ini blog aku (nasib baik kau sedar) tapi jadikan ajelah ia sebagai landasan untuk korang berwacana. It's okay.

Atie - Memang kita sekarang ni lebih utamakan dan pentingkan penyanyi, pelakon, etc berbanding sebagaimana kita harus pentingkan ulama2. Ntah kenapa ni berlaku. Dan ia buat aku teringat sajak Songsang.

Syed - Tahap WORLD tu memang dah dicapai dah pun.

Ada Anon yang sign as Tengku Khalidah Tengku Bidin (Along) - My email address is saniboey_2003@yahoo.com. Susah aku nak kata sama ada ini Anon anjing atau ini Anon yang betul-betul Along. Tak tahulah aku. Wartawan liga aku hampir 99 peratus wartawan yang dihormati, bukan di kalangan wartawan upahan atau wartawan hiburan yang berasa dirinya RAJA.

i.am.belle - Komen kau adalah yang TERBAIK dalam posting aku kali ini. Hehehehehe

Klubbkidd - I believe we have "sembang" banyak tadi masa chat for me to have a clearer picture on the situation. I do understand the situation and i do understand it even before we had the "conversation" just now.

Yatt - What did you expect? It's just common sense.

Aku dapat tahu bahawa the Press Conference was an exclusive PC tapi print media boleh hadir. Namun hanya TV tertentu sahaja yang boleh siarkan secara langsung.

Frankly, itu memang kerja stesen TV untuk dapatkan hak penyiaran secara eksklusif. Tak ada salahnya dengan itu sebab people, you have to understand that TV is business.

Tapi yang patut lebih prihatin dengan masa depan karier dia ialah Mawi dan Ekin sendiri (serta mereka yang menguruskannya) sebab in the future you guys will have to deal with other media jugak.

Memanglah kau orang boleh arrogant sebab dah ada media rasmi and all but it does not hurt to keep a good profile with other media too right?

First of all, there is no such things as bad publicity. Apa-apa sahaja publisiti adalah publisiti.

Sekarang, ni kalau syarikat Mowi World ke, MAwi Dunia ke buat komik tentang kecoh majlis nikahnya, ia akan laku jugak atas semua bad press ini.

Comprende?

Anonymous said...

wartawan yang takde etika kewartawanan, wartawan yang mengamuk sebab tak dapat tempat duduk dalam majlis orang, wartawan yang menahan orang dari naik eskalator, LAIN SANGAT KOOOT DENGAN KES KALI INI. Kenapa ada pulak yang comment bro cakap tak serupa bikin? Tak paham saya.

Hazrey said...

DonC, dont merely based on what klubbkidd is saying sebab he was not outside and he only sees me in the picture, while for the fact is, 4 media companies was asked to leave. Again it was ntv7, tv9, tv3, and bernama tv, so please lets maintain the fact shall we.

As I said, we do respect their rights on the exclusivity and we have no qualms about it, but denying wartawan for PC? Kami bukan mintak one to one interview. No we are not. I am long enough to understand the fact of an exclusive right.

But again being the management of the artiste, as you mentioned, shouldnt they be knowing how to deal with the press as much as how they dealt with us prior to this?

PR, bad PR.

DonCorleone said...

alida abidin - Yes, this is a different matter all together. But hey, you can't get people to understand all the time pun kan? Kan?

FARYN - Come, come whomever you are. No worries - Gua tak kan halau lu.

Hazrey - Noted. Aku agree dengan kau and u know i believe you. Aku setuju dengan kau tentang tak ada masalah tentang nak buat eksklusif untuk majlis nikah tu. But to have exclusivity on the PC is just fucking absurd. Of course it is good for any TV to have that rights, tapi aku pelik kenapa artis tu mudah sangat nak setuju. Barangkali, dia dapat banyak sangat duit kot and rasa only satu stesen sahaja sudah cukup untuk buat dia lebih popular and lebih World. (Agaknya lah kan?)

Exclusive rights yang Astro dapat memang aku kagum sebab kalau aku TV station pun, aku akan cuba dapatkan exclusive rights itu sebab aku tahu aku boleh generate lebih ramai audien and adv. Tapi isunya sekarang ialah visi syarikat MOwi World ini. Pada aku, bijak untuk mereka to cut a good deal for the exclusive rights on the nikah (dulu Norman/Yusry kalau tak silap aku tak kasi rights kepada sesiapa tetapi diorang keluarkan/pasarkan VCD perkahwinan/persandingan Erra and Yusry kan?). Tapi adalah satu tindakan bodoh/tidak bijak/bengap untuk jual hak PC. INi pendapat peribadi aku lah.

And yes, soal management artis yang macam gampang and bangsat bukan perkara baru. Asal artis top sikit aje, orang sekelilingnya mesti berlagak macam sial. Itu benda lama and tak payah diskus tu sebab ini dah masuk isu lupa daratan punya bangsa ni.

Tak apa. Maafkan aje dan jangan serik untuk layan diorang-diorang ni saat diaorang datang menyalak lagi untuk minta bantuan kau untuk buat promosi ini lah, promosi itulah. Lagipun, Mawi dan Ekin aku jangkakan akan ada album duet nasyid kot lepas ni. Hahahahahahah

Hazrey said...

DonC: Also hopefully there will be change in how they deal with media.

And nope, I aint an entertainment reporter that needs all those bullshits and whatever shits that favours anyone. I am a crime reporter that REPORTS on facts, only facts. We don't do favours. We do fair reporting. That is what I have learnt, and aku rasa it is because they have different syllabus for their journalism.

Aku teringat entry kau pasal how a journalist should go to cover court dulu supaya belajar to laporkan yang fakta, dan jangan memandai nak mengurang atau menambah fakta. I learn it that way. Damn it.

And, of course, Mawi dah buat statement that dia terganggu dengan report tu. And we should what? Feel sad and cry about it while knowing we were insulted.

And kelakarnya, kalau ada (kalaulah) kredibiliti reporter yang menulisnya, kenapa sebelah pihak? Well, lets not argue about him, because credibility brings integrity. And I doubt he does has one. Sorry bro, you know who am I referring to.

Hearsay banyak sangat dalam ruang hiburan kat paper Malaysia ni kan DonC.

Aku dok comment dulu, sekarang aku yang merasakan, padan muka aku.. silap haribulan aku yang buat album nasyid..

Anonymous said...

ni latest news pasal perkahwinan asmawi ani..MEDIA LAIN TAK DI HALANG WHAT A JOKE..REP HARIAN METRO (NEWS) FRM JB 2 HARI TERPAKSA BERKAMPONG KAT SANA DAN DI HALANG..MACAM MANA BOLEH CAKAP REPORTER TAK DIHALANG KENAPA PULAK REPORTER YANG LEH MASUK SEMUA REP. ENTERTAIMENT ASAL REP HARIAN METRO FRM NEWS DI HALANG ...NOW YOU STORY ME..WE ALL BUKAN NAK CARI PASAL BUT THE FOOTAGES ARE FRM NEWS NOT FRM OUR REP..

SO PLS GIMME THE ANSWER....BOUT THAT NEEWAY REP HARIAN METRO NEWS (JB)..SO BRO WHICH IS WHICH NIE..WA SENDIRI PUN CONFUSE....MCM ADA PLOT JER...YOU KNOW WHAT I MEAN LAA KAN..

Anonymous said...

AKU LAGI TAK PAHAM NI ASAL REPORTER NEWS HARIAN METRO JUGA DI HALANG..REPORTER METRO HIBURAN DAN REPORTER HIBURAN LAIN BOLEH MASUK..
REPORTER NEWS HARIAN METRO TAK BOLEH ADA PLOT KE NIE ATAU PUN HANYA REPORTER YANG DEPA KENAL BAIK SAHAJA BOLE MASUK ...AHHHH TOLONG TOLONG AKU CONFUSE...

Hazrey said...

Ayau,

Aku confuse dengan comment kau. But let me get it straight. Yes, one Harian Metro reporter was not permitted to enter. That is true. Ibrahim Isa, a general desk reporter.

Ohh ok, and also Ayau, it is true that only entertainment reporter yang masuk. I can vouch to that.

lavidalabelle said...

"i.am.belle - Komen kau adalah yang TERBAIK dalam posting aku kali ini. Hehehehehe"

ehehehe... kembang idung haku brother DonC.

wah makin panas ini topik.. kelakar seram sih!

ergghh... haku pun konfius mana satu Anon, mana satu hanjin, mana satu yg tulen bang.

haishh tuh kes kencin dol hancing tu.. tsk tsk tsk.

brother DonC. my facebook tak update lagila. malu nak add.. ahahaha.. takpe i stay loyal in this blog. bimbo yg HOT!

klubbkidd said...

kes orang tak pandai PR dan berkomunikasi, mawi yang dapat nama busuk. aduh.. kesian tol mawi ni... ada je akibat orang lain.

Anonymous said...

ADUUHHH AKU TAK PAHAM ASAL LAK ONLY FRM ENTERTAIMENT JE BOLE MASUK .....GENERAL TAK BOLEH STORY ME LAAA FREDDIE..ASTRO..KALIDAH...JOE ..OR SESAPA APA YANG DAH JADI REPORTERS FRM SAME COMPANY SORANG LEH MASUK YANG LAIN KAT LUAR ADUUUHHH APA CER...NI SAPA NAK JAWAB...TAK PENTING DAH KOT STORY FRM GENERAL DESK

Hazrey said...

DonC, pergi banned si Ayau ni pakai capital letter ni. We can har you laa bro. Degil budak ni. hahahaha.. Ayau dont be a bitch, slut in entertainment. Kau ada tag ker nak bagi comment kat sini? Aku DAH diarahkan untuk moderate siapa boleh cakap, dan siapa tak boleh cakap kat sini. Tolong apply.

Ops sorry, are you Ayau from Melodi? Tak boleh masuk. Keluar keluar.

Anonymous said...

Sob sob sob baiklah i keluar LOL...tapi kalau i join general desk or crime desk yg memang aku minat for sure aku kene halau gak sebab meastro n astro only kenal aku as broadcast journalist for MELODI je...kalau aku pi NEWS pun depa still ingat aku frm MELODI LOL

neeway BUNK FACE rockz siot

Anonymous said...

gua xde blog said... 'sedang membaca blog yg 'dihukumkan' sebagai rubbish...'

so, LU wat apa kat blog org nih...p layan LU punya hidroponik tu...pastu pas kat kami sayur2 yg LU tanam tu...dpt pahala beb...

LU sedang mengalami krisis mental la...wakakaka

Anonymous said...

salam sejahtera,

wah,banyaknya komen utk entri kali ini.semuanya dek gara-gara si awang sulung merah muda@mawi.panaunya bersinar bercahaya. Yang bulat datang bergolek,
yang pipih datang melayang,
yang buta datang berpimpin,
yang capek datang bertongkat,
yang kudung datang mengesot,
yang jauh berpanggilan,
yang dekat berimbauan.

itulah betapa aura dan aromanya si mawi pada aku macam haram jadah dan peminat dan pemujanya juga lebih dari haram jadah.

aku bersetuju utk lu tak siarkan komen anon dan hanya benarkan komen yang ada id serta blog sendiri tapi aku takkan bersetuju jikalau lu menjadikan blog lu hanya utk org jemputan sahaja seperti blog sesetengah orang yang ada blog utk rakan taulan sahaja sekadar utk syok sendiri taknak org kutuk atau takut dengan bayang-bayang sendiri.buka hanya utk org yg ada blog aku setuju utk anon lu jangan layan.

Anonymous said...

sebut pasal mawi jek ramai yg emo...'aura' sgt si botak tu yek...

apa pun bg aku, ini semua perkara biasa bila media harus 'menghadap' artis taraf 'donia'...

apa nk kisah...apa nk pelik, ni bukan perkara baru beb...tp inilah 'berita' paling menarik yg 'menjual' paper selain citer mawi kawin la...

ramai yg nk baca apa jd nya masa mawi kawin...

1. mawi-ekin kena 'bomoh'?
2. kenduri mawi-ekin kena sabotaj?
3. pengantin pengsan masa akad nikah?

dan...sebagainya...

ia antara sumber berita, yg org nk tahu selain cerita yg manis2 tu...sebabnya bukan semua org suka budak botak tu dan termasuklah ekin yg ceritanya asyik kena fitnah gara2 bercinta ngan si botak tu...

kpd teman-teman media, aku rasa ini bukan benda baru bg korang kan...lebih teruk pd ni pun korang pernah dan bakal tempuh...so buat apa ko nk kisah sgt kan...

mawi-ekin= ada aku kisah....!!!!

Bro Don: Lu selalu berjaya buat org emo...keep it cool...!!!

Anonymous said...

kehkehkeh...lawak aku membaca kisah wartawan nih. aku mmg xpaham pasal aku x berada dlm industri korg.pasal hal ni pun korg leh berdebat. Papepun aku rase wartawan tv3 sume telah digula-gulakan oleh boss dorg especially yg cover politik. Aku tgk berita tv3 sumenye bias pd org kjaan. Yg pmbangkang separuh je disiarkn...kehkeh...opps..lari topiklak...sori ye..Xyahla korg nak cover citer pasal Mawi tuh.Xdak org nak tahu pun kalo korg ckp cover ni utk pminat.kehkehekh....Tapi some of Msian reporters need to change their mentality to report the truthfullness.

Life Spins said...

nape tak buat kat Carcosa Sri Negara... buleh tutup gate terus.. taklah mengundang masalah.. haha
tu baru exclusive buat Astro & Maestro.. takusah jemput sapa2 pun.. tau-tau dah keluar kat siaran Astro..
hmmm... ni mesti pasei bajet tak cukup kot !!?

LifeSpins

yang si jarumemas asal lak masukkan isu politik lak ni ..isk Makin kusut aku nie...weiiii pls laa explain asal General Desk tak dapat masuk mamat hiburan tu lak leh masuk...weiii tolong laaa explain . ... kat aku wahai mereka-mereka yang dapat masuk dan dpt buat story dlm paper ...Jarumemas ko nak berpolitik masuk blog aku laa sesama kita leh gi KAMUNTING Lol....

Anonymous said...

jarumemas n akuxdeblog isk makin kusut nie asal lak isu politik lak nie...kan nanti isu isu politik semua di cover oleh reporter entertaintment yang handal yang leh masuk masjid tu...kan best depa tu kan semua mengikut astro leh kasi komen yang lebih ADIL ...sebab depa kan GEMPAK ..Lol

ayau aka BEkMEnG said...

JAP jap kalau esok lusa artis artis maestro or astro bercerai pun media lain tak leh cover ke..ada ekslusif rights ke..so reporter court tak leh aaa buat keje sebab keje depa diambil alih oleh reporter entertainment yang di sukai oleh maestro and astro wah laa weiii best best kekawan aku budak court baik sivil n syariah lehh aa relax after this LOL

Hazrey said...

This is the longest day kan. Banyak kerja lah today. Tomorrow DonC, confirm tak our reunion? Nanti text aku the venue ya. Pergi tempat yang senanglah.

awangsulungmerahmenyala: agree. They are like anjing menyalak bukit kan. Of course we are the bukit.

Lifespin: Itulah yang aku dok cakap thru my entry, the chronicle of Mawi-gate. :) Drop by, it will be an honour.

Cheers!

ayau aka BEkMEnG said...

aku dah malas nak tanya lagi kenapa wartawan general tak leh masuk..aku rasa aku nak stop sampai kat sini sebab aku asyik dapat jawapan jawapan bodoh dari mereka-mereka yang konon lebih arif baik aku menulis pasal masalah PEKIDA aka 3 line lagi baguih LOL....nak harap jawapan yang masuk akal setakat ni dari hazrey je lee yang lain tu pening kepala aku LOL..

Life Spins said...

hazrey: yep.. I'll drop by shortly.. tq

ayau: IGNORANCE is the answer to your question.. Selalunya golongan artiste/manager/PR (maybe) lebih mengenali wartawan entertainment yang selalu buat coverage tentang depa ni..

Depa hanya sedor betapa pentingnya depa ni, bila ternampak muka/story depa keluar kat General news instead of just the Entertaiment section. Tapi depa mungkin tak kenai ataupun tak ingat sapa yang buat coverage tu..

But, lets put it this way - there's always an agency that is well equip with the knowledge on who's who in the industry, (i.e - wartawan dari General, Entertainment or National news) who will be more than glad to take on the task (with a fee) to entertain these folks where it would minimize confusion and dissatisfaction among these groups.

Moral of the story,
sekiranya tak confident nak uruskan semua ni sendiri, lebih senang upah orang utk settlekan.. bukan gitu?

And in this case, I would say - if Astro / Maestro wants exclusive rights to an event like this:
1) it should not be done in a public location, i.e. masjid or padang bola.. Pi kat tempat yang berbayar, tutup pintu besar, pintu dewan, tutup segala pintu yang ada -baru ada hak nak buat event tertutup. Kalu ada yang redah masuk juga, panggil polis.. cop depa penceroboh.. hah, baru ngam!
2) hire an agency to answer to all these uninvited guests/journalist that turns up at their event, NOT asking the RELA group to halau instead and main lepas tangan.
And end up blaming each other...
Artiste says, 'Dunno, gotta ask Astro/Maesto'
PR/Manager to Artiste says, 'Dunno, I'm just doing my job'
CEO says, ;Dunno, I gave them a segment for an exclusive interview'
Rela says, 'Dunno, I'm just doing what I was told to do by so & so'

And who the hell was the person who gave these instructions, beats me! At the end of the day, no one wants to take the blame..

ayau aka BEkMEnG said...

yup i agreed if they dont know how to do PR job pls hire abg dale lokman he is genius in this PR thingy dia ada agency what...LOL

Anonymous said...

alahaiiii kesian mawi...
ini lah harga yg perlu dia bayar atas keinginan utk bergelar artis...

alahaiiii kesian ekin...
ini lah harga yg perlu dia bayar kerana memilih insan bernama mawi sebagai suami dan pelindungnya...

apa2 pun 'setan dah bersedih dan juga bergembira'...

*sedih sebab mawi-ekin telah melaksanakan sunah nabi yakni bernikah dan mereka telah menjadi halal bersama... (setan kan suka manusia yg bersama tp tak halal)

*gembira sebab lantaran kisah pernikahan mawi-ekin berlaku perbalahan antara sesama manusia... dan hina-menghina... (hmmmm bersorak setan sambil wat mexican wave agaknya)

apa-apa pun semoga Allah memanjangkan usia pernikahan mawi-ekin hingga ke akhir hayat mereka... dan semoga Allah memberi lebih kejayaan pada semua wartawan, amin.

*peace*

Anonymous said...

mariam, could you be a little less dramatic and original please?

Life Spins said...

It's always easier for some to use God & Religion as excuses, on the front of their masked facade..

Being untruthful to oneself is a bigger Sin than telling someone that they may have sinned.. For sooner or later, we will be facing Him.

Kalu kawin puji Tuhan..
Kalu cerai salahkan Tuhan pulak.. !
(Mana logiknya di sini !?)

ondscene said...

kalaulah aku ada di situ masa tu...rasanya bukan saja kasut (macam yg bush kena baling tu), tapi dengan songkok freddie tu aku bakar

Anonymous said...

mariam, tak payah lah nak bermadah-madah. It's only Mawi!!

DonCorleone said...

ayuqhatamy - Betul lah kan. Kalau dah tak suka, buat kejadah apa nak tinggalkan komen bagai kan? Hahaha.

Klubbkidd - Kesian Mawi? Hmmm.....Nasib manusia hanya ditentukan oleh manusia tu sendiri. Maaf kalau aku tak share pendapat yang sama. Aku tak kesian, tetapi aku rasa sedih...sedih sebab potensi Mawi untuk jadi lebih berjaya, lebih bermatlamat dirosakkan oleh ignorance dia sendiri. Soal PR dia tak beradab, salah dia sebab itu majlis dia. Soal press or TV kena halau, itu salah dia sebab itu majlis dia. Maybe this is the right time for Mawi untuk analisa sendiri semula kepimpinan syarikat dia, kepimpinan mereka yang menguruskan dia sebab di hujung hari, tak kan dia mahu kepimpinan yang buruk itu merosakkan diri dia kan?

Ayau - Kalau Dale Lokman yang handle majlis itu hari...pasti hebat and kelazzzz...agaknya lah kan.

Life Spins - You said:

PR/Manager to Artiste says, 'Dunno, I'm just doing my job' CEO says, ;Dunno, I gave them a segment for an exclusive interview' Rela says, 'Dunno, I'm just doing what I was told to do by so & so'
(Its a real fucked up situation kan? Cadangan2 you memang bagus but I guess Rela is cheaper kan? You just have to admit that. hahaha. Anyway, am so glad that you commented on this)

Mariam - Teruskan bermadah tapi very the EMO yek. Hehehehehhe. Tak apa.

On the scene - Blog lu rocks!

Alida abidin - Kenal ke kat Mariam tu? Heheheheh

Jay said...

hmmm kecoh jugak eh si BOTAK nyer perkahwinan,...

Hazrey said...

Finally, my turn. Fuh, lama tunggu ni. Seharian.

Life Spins, you amazed me. Wise. Very wise. And yup, I agree with DonC, Rela is cheaper. And those makcik and pakcik yang bertugas pada hari itu bertuah sebab dapat berkhidmat di sebuah masjid untuk seorang artis terkenal di negara ini. Takperlah, berilah diaorang peluang merasa. Tetapi, sememangnya sepatutnya ia dilaksanakan di sebuah tempat yang private. Fyi, pada malam hari yang sama, persandingan diadakan di Stadium Tertutup MBJB dan sesuai dengan namanya, ia ditutup untuk kami. It tickles me sebab belum pun sampai pintu masuk stadium, kami sudah dicam. Hahah, I guess I cant get free drinks at any kopitiam anymore. Well, tak ada pulak any report on that very night kan walaupun kami dihalang dari masuk. We are VERY ok sebab itu private function and we may subject to legal action kalau kami degil nak crash jugak. But we did not, and elok jugak sebab dapat balik awal. Hahaha.. But they had the courtesy to ask us to stay through their security guards at the door - outside the stadium, and wait for the press conference by Mawi, which will be held about 11pm. That will be too late kan sebab my mum told me to be back early. Haha. Ohh, little note, the two guys at the entrance were nice people. Baik budak dua orang tu, lupa nak tanya nama. But they were nice to me. Thanks guys.

DonC: Dale Lokman? Told you. Sure best gila kalau dia buat. Told you kan.

Siapa Mariam ni? Macam best jek nama dia. Mariam are you a hottie? Please link your blog to me and DonC so that we may be your follower. Conditions apply. Taklah acah jek. Haha.. DonC, you are such a bad influence to me. Hahaha..

DonC, best gila kan blog On The Scene. Sempatlah pulak dia pi tangkap gambo gambo tu semua. Hehe.. best best. He is definitely a photo journalist. A good one with a story to tell. On The Scene, thank you for linking us, DonC and the not so sweet daddy, daddy cool. :)

And Life Spins, perhaps you wanna say something about damage control? :)

Thank you.

mediocre sadist said...

takot jadi macam asyraf sinclair punye kes dulu kot?

i dunno, sometimes melodi ni pon banyak cerita hangat yang tak sepatotnya dijadikan hangat jer. but since you knew the real story from the actual source (not based on what that have shown in melodi), tak boleh blah la itu macamm!

ape ape pon, like what you always said, keep it cool.

p.s: ayat penenang ko ni mmg mujarab gak kadang2 aku guna utk musahabahkan diri.thanks!

Life Spins said...

hazrey: I've been to your blog, have read, groaned, moaned, wailed & laughed silently.. (as there were too many people surrounding me at that time, I can't show my true emotions..;~))

Whatever that I suggested earlier, were purely based on Don's article..
** Thanks DonC for updating us on interesting articles as such **

now, what sort of damage control do you think I can/should suggest !?...lol

Anonymous said...

wahai para wartawan yang dihalang masuk ke masjid ketika majlis gilang gemilang tersebut..

terimalah hakikat ini..setiap yang berlaku pasti ada hikmah dari Allah..

sebenarnya Allah telah menyelamatkan kamu semua dari berbuat dosa.. apabila kamu dihalang masuk ke masjid pada hari itu,maka kamu sebenarnya telah dihalang dari membuat liputan dan menulis tentang kegemilangan majlis itu..sekiranya ini tidak dihalang maka tulisan kamu itu akan dibaca oleh masyarakat khususnya mereka yang mendewa-dewakan artis..maka semakin tinggilah tahap keimanan mereka itu terhadap artis tersebut..

maka secara tidak langsung, kamu telah berkongsi tanggungjawab dalam usaha mendewa-dewakan artis..

perlu diingat bahawa tidak akan turun azab Allah sebelum berlakunya 15 perkara..dan salah satu daripada perkara2 tersebut ialah APABILA MANUSIA MENDEWA-DEWAKAN ARTIS..

so..bersyukurlah kepada Allah kerana kamu telah dihalang dari memasuki masjid pada hari tersebut..

wallahualam..

Nor Hanis said...

Melayu boleh~

Hazrey said...

Life Spins: I can handle everything else, but moaned? Damn, now I feel horny. Haha. Ok seriously, you, DonC, and awangsulung and some of our blog buddies here are very concern of the well being of current journalism. I have nicknamed them Spin Doctors.

I don't like blogging because I don't have the luxury to spend my time to write until DonC challenged me to start blogging. I merely a follower. I got nothing interesting to tell or share with readers.

Most of the time, I participate in issues raised here, based on my little tiny knowledge and experience. Some, I am outspoken and went overboard with my words because I feel damn annoyed with the issues being relate to us thru this blog. We all have our principle. We do.

However, I was laughing myself last nite with DonC, sebab I have never thought that I, yes, me, that over-exposed Zulhazri Abu Bakar will be dragged into same issue, that has been discussed here in this blog. Significant kan?

Well, actually Life Spins, during my stint as PR person, I did some research on case studies of PR incidents, stunts, damages and control.

Personally, the damage control strategy done on Astro and Mawi part is actually further damaging themselves because they are depending too much on mediums - newspaper while forgetting that internet has evolves. Case study: 12th General Election.

And while the writer of those medium are being challenged for their credibility and integrity as much as I can remember and what I went thru was the best example to cite, Astro continues to control the damage without checking whether the facts are accurate. This is when they are wrong, because you can't simply rely on one source. Like you have mentioned, PR companies comes with a price tag, definitely, but they are there professionally. And yes Life Spins, they can't handle this big event, and they, can't handle the truth.

This can be a good campaign to those that hates Mawi, as it can bring him down, lagi pulak sentimen masjid sudah diketengahkan. Apatah lagi, his image nasyid is still melekat sejak memenangi AF dulu. Dan ramai yang mengundi atas dasar itu. Jelas, ini contradicts dengan imej itu dan ia berlaku pada satu hari besar. Tentunya ia akan tersemat.

Pada satu sudut, their are being defensive and there is nothing wrong about it tetapi sepatutnya mereka yang berada at the helm of the company should have spoken to those involved in the incident and get the truth and only truth although the truth hurts dan selesaikan segera dan bukan sweep in under the carpet which they did and hanya bergantung kepada maklumat di depan mata mereka sahaja dan tidak memanjangkan pendengaran mereka lebih jauh dari circle yang ada di depan mereka.

The reporter involved ada di venue bersanding pada malam itu dan his presence - amat amat ketara dan dapat dilihat oleh wanita yang sama meminta beliau keluar dari PC Hall. Kenapa tak gunakan taktik PR dan gunakan kesempatan itu?

PR-ing is not easy dan bukan sekadar memegang gelaran itu sudah cukup untuk kita gah dan merasakan we are on the top of the world.

This is a very good case study and I am involved in it. Damage control kena ada. Crisis management pun kena ada. Mesti diaorang ada kan, company besar kan.

Wah panjang pulak cerita aku ni. Life Spins, let me continue about PR via my little blog. For those interested of participating, pls visit http://bapak-gulagula.blogspot.com

DonC, ya ampun ya maaf, aku terlebih taip. Kau pun sibuk kan hari ni, so aku terpaksa layan visitor kau. Hahahah..

Life Spins said...

Very funny!! the 'moan' which I wrote did not indicate 'sexual pleasure'... (so get off being horny!) =D
it was more of 'mental suffering'.. it made my brain worked extra hard to understand all of the facts plus the timing of each incident that happened while you were there on the scene.... lmao...

One thing for sure, what we human do not always exercise is - to plan a full proof solution ahead (well if not, at least 90% would have done the job) before we start out on any jobs / projects.
(Then we would only have to control 10% of the damage).

We sometimes do not realize that when we CUT OUT on the initial cost of having things done, it may result in us PAYING more for damages at a later stage.
(That's why, budget always burst.. =\)

In this case, maybe what they'd better do to reduce the chaos is to form an 'after event committee'.. lol
(where in the usual case, a committee is formed before an event, this instead will be the other way around)..

Well, they'd do that if they (Maestro) feel the Artiste is more than important to their periuk nasi.. otherwise.. they would leave it up to the "Spin Doctors" (as you call them) in HOPING that they would iron out the creases that has been created.
But unfortunately, when there is no one (meaning no team - no 'one voice') - everyone starts saying whatever they like.. & eventually, creates a worser scenario than the initial.

More damages done... (e.g. the article posted in your blog). People starts to be creative in their writing, creative headlines with a BANG !.. and the way it is being put together, makes up all sorts of assumptions to readers & television viewers.

i.e. just like when I said moaned.. you imagined it from the sexual point of view.. (it's just an example).. =)
So, broadcasters & journalists (even me, a mere participant of this blog) has to be very careful of what we write or speak and how we put it together for fear that some may translate it the wrong way... damn.. it's really hard - explaining this !!

Hazrey said...

Life Spins = Spin Doctor? Haha.. Of course not. Haha.. Life is so great kan, colorful. So colorful that we made fool of our ourselves being naive and over excited. Haha

Panjangnya cerita kau ni, sama naik. Haha.. Anyway, betul tu, aftermath effect. Takder saper yang conclude kan satu, just one reply to all this, instead memacam.

True enough, hikmah di sebalik semua ini ialah:

1. Artistes are public figure thus kita perlu ada limitation on live telecast on exclusive right and delay telecast.

2. Pay hefty money to PR agency or hire one that knows the job well. If not, sack him / her.

3. Always ready with contingency plan. Plan B and C sentiasa ada. Think as the other party and its repercussions if Plan A, B or C is being executed. Crisis management team should be form as well.

4. Corporate Comm are not merely ushering people to the their seat, but they are the frontliner yang tahu 5W and 1H and knows how to deal with human AMICABLY.

5. In reacting to bad press, make sure the press that carries the story are invited to ensure they are also well briefed and make them understand the actual situation and apologise if necessary without constituting to liability.

6. Make it as a case study for future reference how it is being dealt, bad or good.

7. Don't be an artiste. Senang. Kahwin tak payah panggil Rela tutup pintu or, the number one of 8 David Letterman's:

8. Kahwin di Siam !

Cheers !

Anonymous said...

umh sy takda astro...
tp td br la ngk dierang ni sanding kat rtm(kt JB)...itu pum lps dipaksa oleh mak sowh ngk..
klu x x hengen..
tp apa yg yg memalukan adalah pasangan itu seperti tiada adab ketika bersanding..
huh...klu org len duk diam ats pelamin dierang leh plak gelak n bergurau..
hei...buat maloo je..
pasal nikah tuh lantak p la dierang...
mcm x hebat sgt la si lelaki tuh..
dato ct walaupom kawn ngn x-org pom x la nk mcmtuh skali..
dato' ct menghormati n menghargai sume mrk y terlibat dlm donia hiburan nih..
apa2 pom smoga mereka bhgia ye..

Anonymous said...

x hebat pom lelaki tuh..