Jom kita tengok: Read this.
Aku ambik contoh quote-quotenya okay:
1. "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Selama ini, hanya Tuhan saja yang tahu deraan yang dilakukan pada saya dan keluarga. Saya dan keluarga sering dimaki hamun dan diancam, malah hingga hari ini, saya terus diganggu. Sejak pulang ke kampung halaman di Taiping, Perak, saya tak pernah bercakap dengan Julfekar, cuma berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). " KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.
2. "Bagaimanapun SMS yang diberikannya cukup menghiris perasaan, puas memaki hamun saya, ibu dan adik beradik saya pula menjadi mangsa. Saya tak mampu menahan sabar bila ibu saya dimaki dengan perkataan yang tidak sepatutnya. Bukan saya tak tahu cerita yang dijaja, malah apa yang diceritakan akan sampai kembali ke pengetahuan saya. Ramai yang tak percaya dan mahu mendapatkan kepastian cerita yang mereka dengar." KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.
3. "Saya terpaksa akur dengan arahannya, jika membantah, saya dikasari. Saya pernah dipukul dan dikasari depan ibu dan orang ramai. Dia juga mendera saya secara mental dan fizikal. Ibu dan kakak yang sering menemani saya juga menerima tempias kemarahannya. Bayangkan, mahu bersama keluarga pun boleh mengundang perbalahan besar, malah apa saja yang saya buat perlu mendapat kebenarannya, jika tidak, saya pasti dimaki hamun dan dikasari." KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.
4. "Paling saya tidak dapat terima apabila bersolat lama sedikitpun boleh mengundang kemarahannya. Saya kasihan melihat ibu dan kakak, mereka sering makan hati berulam jantung dengan perbuatan Julfekar. Nasiblah mereka sanggup terus menemani saya walaupun mata mereka sudah tidak larat memandang, hati mereka sentiasa berkata-kata."
KOMEN: Bias sebab tak ada fair comment daripada Julfekar.
Cukuplah takat itu aje aku. Empat quote itu sahaja sudah cukup untuk untuk kasi contoh betapa biasnya artikel ini. Tak kisahlah sama ada Julfekar ni salah ke tak tetapi kalau Farahwahida diberikan hak bersuara sampai 3 mukasurat, apa usaha pihak akhbar ini untuk bersikap adil dan tampilkan fair comment?
When I said Harian Metro gave "quite" a fair comment, maksud aku ialah sebelum artikel mengenai Farahwahida ini diterbitkan, ada interview dengan Julfekar (kalau tak silap aku kelmarin)...namun dalam interview dengan Julfekar itu, tiada pulak komen Farahwahida. Namun Harian Metro tetap menulis: "Farahwahida gagal dihubungi." Well, at least they mentioned it.
Aku fikir, geng akhbar perdana ni seronok luar biasa apabila dapat chance interview Farahwahida (scoop lah katakan) sampai diorang sanggup menulis apa yang kita boleh kata sebagai "slandering" pihak yang satu lagi tu.
Suatu masa lalu, masa aku kat Melodi, aku selalu sebut jangan siarkan story yang tak ada fair comment sebab itu salah. Sekejap diorang ikut lah....sekarang ni aku tak tahu.
Anyway, bagi aku, ini lah dunia hiburan kita. Cerita-cerita "busuk" macam ni sering dijaja. Di penghujung harinya, baik si Farawahida ataupun si Julfekar, masing-masing akan buat album dan gunakan isu ini untuk "jual" album. Tolak tepi soal bakat, tolak tepi soal nilai estetika karya, janji ada "kontroversi".
Dan bagi mereka di kalangan media lain yang tidak berpaksikan kepada hiburan, mereka masih menggunakan isu hiburan untuk "menjual" medium mereka. Contohnya, lihat lah di bawah ni:
One might say...nothing that we can do dah untuk betulkan apa yang sepatutnya dibetulkan. Ada juga yang akan kata biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya. Aku tak sure sama ada kita dah sampai tahap luncai ke tidak?
Tapi rutin aku sekarang setiap hari ialah membaca news di internet. Baik website akhbar perdana kita atau website agensi news asing. Aku dah tak perlu lagi membeli akhbar secara fizikal kecuali "my fav....THE SUNDAY PAPERS!"
All the best to all of you!
5 comments:
Gosh~
Totally obvious. Well, I do read the comments and interviews in those newspapers as well. Ah, what u mentioned here, it's reveal some issues as well. Bias, totally can see it.
Just hope dorang settle kan hal ni secepat mungkin. It become messy actually, sampai adikku pun tanya, "kalau kena pukul dah lama, kenapa dia senyap je ya?"
aduhai..anyway, aku selalu belajar something bila anda menulis perkara2 di sini..=)
bila artis tu dah tak cukup duit nak makan, mulalah jaja cerita mcm ni. aku nampak byk yang 'melebih2' je.
hakikat: popularlah jugak nama artis tu balik. tapi album nan 'ado'
dont care about the drama don
i just want to see the goods...... ha ha ha.. in the US a sextape can boost your career. not so much in ASIA. as Edison Chen and Wan Nurhazlin will confess to you!
HAHAHA
farahwahida kajol malaya. soon to be the next Zarina Zainudin i think
seronok kau dapat 'bahan' menulis. mak pun seronok baca tau.
Superzac - Pelik kan? Seksa tapi tersenyum. Adakah keseksaan itu sudah jadi kemanisan buat Farawahida? Ewah? Retorik pulak aku! One thing for sure - BUDUH!@
ZARA 札拉 - Kalau anda kata anda belajar something from my writing, maka aku kena ucap terima kasih sebenarnya kepada anda. Aku bukannya cerdik pandai nak mengajar sangat, tetapi aku hanya try to show what i believe in journalism. Sometimes it works, sometimes tidak. But glad that you "dig this".
Belle - Jom jadi artis nak? Kah kah kah?
Obefiend - You wanna know something, when ZZ's pix was in circulation one time ago, my boss gave me time off for 2 days for me to get the pix and i did get it! Hahaha. Well, it did damage to her career. But don't you just wish it would be the other way around...supaya kita boleh tengok banyak lagi? Kah kah kah!
Post a Comment