Aku sempat ke Istana Budaya malam tadi untuk menonton Natrah, persembahan pentas arahan Erma Fatima yang bukan main lagi hebat publisitinya. Dari aspek pemilihan pelakon yang menyaksikan kontroversi Diana Dianelle
(entah whatever fuck the controversy lah...tak penting pun).Anyway, subjek Natrah itu sendiri sudah cukup membangkitkan semula kontroversi yang pernah melanda suatu masa lalu sehingga wujudnya satu rusuhan yang dikenali sebagai
Rusuhan Natrah pada 12 Disember 1950 di Singapura sehingga menyebabkan 18 orang mati.
Natrah bagi orang Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun yang prihatin terhadap Islam adalah sebuah kisah sedih manakala bagi orang Belanda atau mereka yang prihatin dengan agama Kristian, ia adalah satu kisah kejayaan.
Bagi anda yang tak berapa pasti tentang kisah Natrah, boleh baca kronologinya di
sini.
Ini adalah Maria Bertha Hertogh atau Natrah di samping ibu angkatnya, Che Aminah. Gambar ini aku pinjam daripada blog yang dinyatakan dalam gambar ini. Namun, apa yang aku nak perkatakan ialah tentang teater Natrah yang diarahkan Erma yang masih berlangsung di IB sehingga 4 Disember ini kalau tak silap aku. Aku tahu sangat Erma yang aku kenal lama sangat itu sentiasa begitu prihatin dengan isu-isu sebegini dan aku tak terkejut apabila dia mahu mengangkat kisah Natrah ini untuk dipentaskan.
Teater Natrah dimulakan dengan monolog Natrah sendiri yang disampaikan oleh Sofea Jane.
"Isi hati" Natrah itu dimonologkan oleh Sofea dengan asyik sekali. Hamburan kata-kata oleh Sofea buat aku fikir tentang sejauh mana Erma
"merasai" isi hati Natrah yang sebenar-benarnya atau adakah monolog itu adalah fiksyen yang dicipta oleh Erma sendiri.
Namun, monolog itu terlalu panjang sehingga aku rasa letih mendengarnya.
Kemudian muncul lah watak-watak lain dalam teater berkenaan yang dikatakan berteraskan kepada cerita benar Natrah sendiri.
Bagaimanapun, selepas setengah jam teater itu berlangsung, aku mula melayang memikirkan tentang dari perspektif manakah Teater Natrah itu dipentaskan?
Cerita yang disampaikan oleh Erma itu adalah lebih kurang apa yang dilaporkan oleh media tentang isu Natrah. Maka aku simpulkan bahawa Erma menggunakan perspektif media untuk menyampaikan jalan cerita Teater Natrah.
Fatini adalah orang yang banyak melaporkan tentang Natrah. Barangkali ini perspektifnya? Apabila perspektif itu yang dipilih, maka aku tidak dapat melihat kekuatan watak-watak yang disampaikan dalam teater berkenaan walaupun setiap satu watak tu memberikan kesan kepada peristiwa berkenaan.
Erma kemudian menggunakan soliloki setiap watak daripada peguam Natrah, Ahmad Ibrahim, suami sementara Natrah, Mansur Adabi, ibu angkat Natrah, Che Aminah, ibu kandung Natrah, Adeline dan ramai lagi. Semuanya nak ada soliloki.
Bagi aku, teater Natrah ibarat menegakkan benang yang basah.
Fact - Natrah bukan anak kandung Che Aminah.
Fact - Adelina adalah ibu kandung Natrah.
Fact - Ibu kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak mereka yang bawah umur.
Fact - Natrah "diberikan" kepada Che Aminah kerana bapa kandung Natrah, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dipenjarakan oleh tentera Jepun.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah bersungguh-sungguh mencari anak kandung mereka selepas Sarjan Adrianus dibebaskan.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali anak kandung mereka yang enggan dilepaskan oleh Che Aminah.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah berhak mendidik anak kandung mereka mengikut apa yang mereka rasakan sesuai.
Fact - MARIA BERTHA HERTOGH @ NATRAH bukan anak kandung CHE AMINAH!
But then, Natrah jadi subjek paling cantik oleh orang Melayu yang mula nak tunjuk belang dalam dunia politik agaknya dan akhirnya rusuhan pun berlaku dan 18 orang mati.
Namun, apa yang aku lihat di teater berkenaan, Erma seolah-olah menggambarkan
KEJAHATAN ibu bapa kandung Natrah serta gambaran bahawa Kristian itu adalah agama perosak.
Bagi aku, hipotesis Erma ini jika mengikut perspektif media harus dikembangkan lagi supaya kita mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu berkenaan. Pespektif media yang digunakan oleh Erma hanyalah menerusi perspektif lokal dan aku pasti kalau Erma melihat dari mata burung, maka penceritaannya akan berlainan.
Namun, barangkali, langkah paling baik untuk menyampaikan cerita Natrah ini ialah jika Erma menggunakan perspektif lain. Tak ada salahnya kalau cerita Natrah disampaikan menerusi perspektif Mansur Adabi atau Che Aminah atau Ahmad Ibrahim atau Burhanuddin Helmi atau sesiapa sahaja.
Bayangkan kalau teater itu disampaikan menerusi perspektif Mansur. Kita akan disajikan dengan kisah seorang pemuda yang sanggup melakukan apa sahaja demi agama dan bangsa. Sama ada dia seronok atau niatnya sesuci kain putih juga akan diungkapkan sekali.
Aku bukan pengarah teater atau pengarah apa pun, tetapi kalau aku lah, aku akan gunakan sepenuhnya perspektif Mansur untuk menyampakan cerita ini. Erma bukan tidak langsung menggunakan perspektif mereka kerana soliloki setiap mereka itu adalah menggambarkan perspektif setiap watak berkenaan cuma ia tidak dikembangkan. Kalau aku, adalah lebih baik kalau perspektif salah seorang itu dikembangkan sepenuhnya.
Aku tak nampak penyampaian cerita Natrah ini akan sempurna jika kita sekadar menggunakan perspektif media dan soliloki terlalu banyak watak.
And one more thing, what is with the Hindustan influenced music dalam teater itu? Erma menggunakan music yang seolah-olah berteraskan kepada semangat Hindi yang sangat-sangat tidak sesuai dengan persembahan berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, aku menanggap IB sebagai sebuah platform yang amat tinggi dalam teater nasional kita tetapi sound yang dipersembahan sangat hina. The cracking sound was everywhere. What is the fuck with that?
Setiap kali ada teater yang angkat isu besar seperti ini, ada saja yang tak kena and tak sudah-sudah akan ada pihak yang akan start cakap tentang budget kecil lah, tak ada sponsor lah. In this matter, the government has to wake up and give a fucking hand okay.
The government has always been OKAY with sports
(with all the F1, with all the idiotic soccer and all), tibalah masanya untuk benar-benar sokong industri seni ni pulak.
Alamak, aku dah merapu ke ni?
Hmmm...okaylah...itu aje.
KEEP IT COOL