Semalam,
Datuk Johan Jaafar, seolah-olah bertanya kepada kita
(at least yang membaca akhbar Berita Minggu lah).
Soalnya
(yang aku rangkumkan berdasarkan headline rencana itu) ialah:
"Perlukah kita menjadi biadab di alam nyata dan dunia siber?" (Kalau sempat, korang bacalah dulu okay).
Seperti biasa, Johan kalau menulis memang sempoi, straight forward dan penuh fakta. Tunjang kepada penulisannya ialah
"adab". Dan kemudian
"adab" itu dikaitkan dengan keadaan semasa dan daripada persoalan komunikasi inter personal, dia bergerak terus kepada komunikasi inter aktif.
Katanya:
"Apakah jenis manusia yang kita lahirkan hari ini? Apakah nilai-nilai murni bersama (shared values) sudah pupus? Apakah kepatuhan pada nilai-nilai dalam masyarakat sudah luntur? Apakah kita sudah menjadi manusia yang diubah oleh zaman, keperluan dan desakan semasa?"Secara ringkasnya, Johan, menegaskan tentang
"adab" mereka yang menggunakan Internet
(terutama blog dan sebagainya) sebagai landasan untuk
"lepas geram".
Katanya lagi:
"Lihat sahalah apa yang tertulis di dalam sebahagian blog, juga bahan yang tertera di dunia siber. Begitu terasa sekali nada benci dan marah serta rasa dendam dan kecewa. Terlalu kental udara kebencian di dalamnya."Johan menulis secara am.
Generalizing. Tak ada
pointing fingers terhadap sesiapa walaupun kita dah boleh agak dah sebenarnya siapa yang akan terasa pedas dengan cili yang disaji.
Namun, nak tak nak, tulisan Johan yang
generalizing ini sedikit sebanyak menyentuh banyak blog lain sebenarnya
(termasuk lah aku barangkali).
Gambar ni tak ada kaitan dengan apa-apa. Tak ada maksud tersirat. Tak ada maksud tersurat whatsoeva. aku cuma teringin nak makan durian tapi aku suka beli durian yang dah dikopek sebab takut tangan sendiri terluka. Johan tidak membaca di sebalik suara, sebaliknya cukup sekadar untuk dia menilai secara am, secara
straight forward bahawa makin ramai bloggers yang hilang
"adab".
Johan memulakan rencananya itu dengan dua perenggan ini
(aku gabungkan dua perenggannya menjadikannya satu okay):
"Saya dan beberapa orang teman sedang makan sambil berbual-bual di sebuah bilik restoran Cina apabila pintu terkuak lebar. Dua orang lelaki dan seorang wanita berdiri di tengah pintu. Mereka tersalah tempat. Tanpa mengucapkan maaf kerana menganggu mereka bergeas ke tempat lain. Ini perkara kecil. Tetapi ia menggambarkan sikap dan nilai baru yang melanda rakyat kita. Kita sudah hilang budi bahasa dan rasa hormat pada orang lain. Ucapan semudah "maaf" dan "terima kasih" semakin sukar diucapkan. Perkara mudah yang boleh menunjukkan kita manusia bersopan sudah semakin hilang."Gerun kita bila baca ini kan? Gerun dengan penulisan secara am ini. Very
straight forward tentang Johan yang sedang makan serta berbual di Restoran
"Cina" dan kemudian dua lelaki dan seorang wanita masuk secara tiba-tiba.
Aku tak ada kat situ tetapi kalau aku yang kena, aku rasa aku akan jumpa manager restoran berkenaan dan menegurnya.
Aku tak ada kat situ, so, aku tak tahu siapa yang salah bagi informasi kepada dua lelaki dan seorang wanita itu untuk masuk ke bilik di mana Johan sedang makan sambil berbual-bual dengan temannya.
Itulah mukadimah Johan untuk
"menegur" mereka yang makin kurang beradab ini.
Johan menulis ini dan sekaligus menyokong usaha Perdana Menteri baru kita, Datuk Najib.
Johan menulis lagi:
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti menyedari masalah apabila beliau merangka teras 1 Malaysia. Lapan teras yang beliau jadikan sebagai gagasan 1 Malaysia itu antara lain menggariskan rasa rendah diri, ketabahan, integriti dan kesetiaan. Hal-hal ini selalunya diambil mudah oleh generasi hari ini. Kejayaan teknologi dan kebendaan sahaja tidak ada maknanya sekiranya ia tidak didukung oleh nilai-nilai utama dalam mencorakkan keperibadian kita."Aku setuju dan tidak setuju dengan artikel Johan ini.
Whether or not he is sucking up to the new PM is beside the point here.Aku tahu bahawa dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, menyatakan hak kebebasan bersuara, mengemukakan idea dan pendapat kepada setiap warga negara tanpa halangan serta paksaan mana-mana pihak.
Dan aku juga tahu bahawa hak yang dinyatakan itu bukan mutlak, sebaliknya terbatas dan tertakluk kepada beberapa sekatan serta paeraturan yang sudah digubal Parlimen.
In other words, we all know
(I think) that tak ada kebebasan yang absolut, walau di mana pun di dunia ini.
Kita tahu bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 (A88), Akta Kolej dan Universiti (AUKU), Akta Polis dan Akta Hasutan adalah antara undang-undang yang kerajaan ada biarpun ramai yang mula kata ia sudah tidak relevan serta mengetepikan hak asasi seseorang. Ada yang berpendapat bahawa akta-akta berkenaan digubal sebagai retorik dan autokratik kerana menidakkan hak untuk membela diri, mengemukakan bukti dan hujah
(dan pantas Datuk Seri Rais Yatim minggu lalu menegakkan sebaliknya).
Ini rupa Solitary Confinement yang aku google. Tapi percayalah, yang ada di IPK JB (tempat yang aku ada pengalaman ajelah ye), ia jauh lebih buruk dan busuk daripada ini. Aku tak ada isu langsung dengan apa yang Johan tulis ini. Aku sedar sebab dia menulis secara am tetapi aku rasa kita semua boleh faham
"peluru"nya menuju kepada siapa....cuma kali ini dia pakai peluru tabur, dan nak tak nak, ada yang terkena jugak.
Bagi yang tak tahu, ini lah rupa bentuk peluru tabur. Orang yang selalu berburu tahu sangat bahana yang boleh dibawa oleh peluru ini. Freedom sometimes is a myth. Namun ini hanya pendapat aku.
Blog tempat aku atau kita luah rasa. Bunyi aku atau kita barangkali kasar tapi niat aku atau kita barangkali tak kasar walaupun aku atau kita memang tidak boleh nak buktikan niat kepada sesiapa.
Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang mencari adik/anak mereka yang hilang.
Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang dalam bahaya dan mencari tempat sembunyi.
Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang dalam susah.
Tapi semua ini hanya tinggal
barangkali kerana berdasarkan apa Johan tulis, the assumption was mereka salah bilik dan mereka tak pohon maaf.
Johan
(aku tau dia pasti tak baca apa yang aku tulis ni, but what he heck...), aku mintak
maaf kalau aku rasa your article is very much berniat politik daripada benar-benar menyampaikan maksud tentang
"kebebasan kita yang tidak absolut" ini.
Aku tak ada caption untuk gambar ini. It says it all dah. Salam.
And please....
KEEP IT COOL.