Showing posts with label Writers' Issues. Show all posts

Jun 1, 2009

Aku rasa kelakar sangat bila aku layan website bangang persatuan penulis skrip kita sebab ia macam GAMPANG!

Aku hari ini browse website Finas untuk mendidik diri sendiri tentang isu penulisan skrip di Malaysia (AGAIN). Aku teringin sangat nak lihat kewujudan satu website untuk penulis skrip yang diilhamkan oleh Persatuan Penulis Skrip Malaysia (Swam).

So, dalam website Finas ini ada benda ni.

Ini intro Swam dalam website itu:

Bagi menjelaskan beberapa tanggapan awam berhubung pentadbiran SWAM, dimaklumkan bahawa Persatuan ini masih terus aktif seperti biasa menyumbangkan khidmat nasihat dan perundingan kepada ahli-ahlinya selain membantu pihak-pihak yang berkenaan mengelolakan kegiatan seperti seminar, kursus dan bengkel latihan untuk penglibat industri filem.

So, aku fikir banyak yang positif yang telah lahirlah nampaknya. Swam khabarnya "banyak membantu pihak-pihak yang berkenaan mengelolakan kegiatan seperti seminar, kursus dan bengkel latihan untuk penglibat industri filem".

So, aku nak jugaklah tengok apa jenis seminar atau kursus yang "banyak" dibantu Swam tu.

So, aku carilah website addressnya.

Yang ada dalam website tu hanya bengkel seperti yang dicatat di bawah ni:

KURSUS PENULISAN SKRIN DRAMA TV (BERSIRI) anjuran SWAM

Tarikh: 14, 21, 28 Jun, 5 & tamat pada 12 Julai 2009

(setiap Ahad, jam 9 pagi hingga 5 petang)

Hubungi: swamadmin@gmail.com

swam_malaysia@yahoo.com

http://swammalaysia.wordpress.com

Kursus Penulisan Skrin Drama TV (Bersiri) bagi menjayakan program-program pendidikan dan latihan semula (reskilling) penulis-penulis skrin. Kursus ini dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), demi pembangunan dan kemajuan industri perfileman dan penyiaran tanah air.

Tempat adalah terhad kepada 25 perserta sahaja

Tarikh Tutup Permohonan: 8 Jun 2009

Bayaran: Ahli SWAM RM30 seorang

Bukan Ahli SWAM RM300 seorang

Lebih kurang lima kali sahaja bengkel ini and this is the only bengkel that I found on the pathetic website.

Dan yang terbaru yang bakal dianjurkan Swam ialah acara "Jom Mesra Bersama SWAM" dan mereka yang berminat kena bayar RM10.00.

Aku kalau boleh tak mahulah sebut fuck you ke, haramjadah ke, sial ke atau apa-apa lagi yang seangkatan dengannya tetapi selepas aku baca website tu yang bertajuk:
"Apa faedahnya menjadi ahli SWAM", aku ternyata ada pendapat lain.

Tapi sebelum itu, apa kata korang baca dulu, apa kejadah faedah yang korang boleh dapat kalau jadi ahli SWAM.

Apa Faedahnya Menjadi Ahli SWAM?

  • Berpeluang memperolehi pendapatan yang lumayan sebagai seorang penulis skrin profesional.
  • Berpeluang mencipta nama sebagai salah seorang pengamal industri filem yang penting. Anda adalah “arkitek impian” bagi industri.
  • Berpeluang mempelajari selok belok urusan menjual karya anda di samping mengelakkan karya anda daripada menjadi mangsa lanun hakcipta.
  • Berpeluang berjumpa dan bertemubual dengan penulis-penulis skrin yang berjaya dan berpengalaman untuk mendapatkan nasihat dan petunjuk.
  • Berpeluang mengikuti kursus, seminar dan bengkel dengan percuma atau dengan harga diskaun.
  • Berpeluang mempercepat proses menimba ilmu dan kemahiran melalui pertemuan bersemuka dengan ahli-ahli lain.
  • Berpeluang membuktikan komitmen untuk memberi sumbangan dan memartabatkan kerjaya bidang penulisan skrin yang anda minati.
  • Berpeluang dipilih memimpin SWAM melalui Mesyuarat Agung setiap dua tahun untuk membawa penambahbaikan dan perubahan positif yang menguntungkan semua ahli dan persatuan.

WOW! Fucking unbelievable!

Hebat. If you have walaupun wang saku terakhir untuk makan nasi, just forget about the food and jadilah ahli SWAM!

They can fucking make you rich!

SWAM can help you (all of you....talented script writers) mendapat pendapatan lumayan.

Seriouslly, you can be fucking rich!

Jubur koranglah!!!

Ini buat aku teringat balik dengan The Writers Guild Of Great Britian 1959-2009 yang memang sesungguhnya bukan sahaja berdiri di atas nama "Guild" tetapi benar-benar memperjuangkan hak penulis skrip mereka.

Tolong lihat pembayaran yang harus dibayar kepada penulis skrip British seperti yang termaktub:

SECTION 3 FILMS BUDGETED BELOW£750,000

The terms for films in this category to be exactly the same as for films budgeted at £750,000 and up to £2 million, except that the producer is not required to make the £5,000 advance payment against additional uses.

The Total Guaranteed Fee is therefore the same as the Total Minimum Payment of £14,000 for the fee the Producer opts, before the first day of principal photography, to take either worldwide theatrical rights or two UK network television transmission.

Treatment Original Figure(from 1 October 1990)

Commencement Payment 1,350
Acceptance Payment 1,350

First Draft
Commencement Payment 4,725
Delivery Payment 4,725

Second Draft
Commencement Payment 1,620
Delivery Payment 1,620
Principal Photography Payment 3,510

Total minimum Payment 18,900

Total Guaranteed Payment 18,900

Yes...you can have all those fucking seminar, bengkel, whatever fuck you want to have, but hey, first thing first....come up with a fucking rate for script writers lah dulu supaya diorang ni (or kira orang ni) tak terus menerus dipijak dan dihentak sampai rabak.

Barangkali bayaran yang aku maksudkan tidak akan sama langsung dengan apa yang diperolehi oleh penulis skrip British ini tetapi my point is supaya persatuan yang kononnya ditubuhkan dengan niat untuk membantu penulis skrip supaya benar-benar berjuang untuk membantu penulis skrip.

Persatuan kalau sekadar tak sudah-sudah duduk di meja meeting dan tak sudah-sudah nak menganjurkan bengkel 24-7, baik pergi mampus!

Comprende?

KEEP IT COOL!

May 11, 2009

Aku tahu isu penulis skrip dah agak lapuk, tetapi soal penulis skrip yang dibayar macam gampang itu tetap satu hakikat.

1. This should be some sort of insight. It is based on my experience as a script writer for film, TV (documentaries, live concerts, award show etc)

2. Payments made for writers are always a one off basis.

i.e
* RM1,000 - For an award show script.

* RM400 to RM900 - For each episode of a documentary (a minimum of 13 episodes)
* RM10,000 - For a first timer film script
* RM4,000 to RM6,000 - For a telefilm / telemovie Etc etc

3. Payments are made ONE TIME no matter how many times the show will repeat on TV or any other medium/platform.

4. Producers/Asst Producers/Production Assistants/Broadcast Journalists that writes script for the TV show that they are working on normally will not get any extra income because somehow, writing script is/will be the part of the job descriptions.

5. From my experience with Finas (The National Film Development Corporation), there was one time a production company wanted to buy the rights of a famous Malay novel from a famous publisher but ended up claiming that they we shocked with the amount they had to pay which was RM250,000. They thought it was only RM50,000. In the end, they shot a shitty film (guna loan Skim Kemudahan Produksi) and Finas was the custodian of that loan.

My question:

1. How much do you actually pay for a film/TV show/TV Award show/TV Documentary/TV Drama/Telefilms' SCRIPT?

2. Would you gain extra income when your work (the SCRIPT) are turn into DVDs or the programs are sold to another TV station or the programs are sold overseas etc etc?

3. From the silver screen to you BOX at home - would you get more money?

4. Script writers - Do they sell their soul to the devil?

Answer to my own questions above (I might be wrong):

1. There are no specifics rates yet at the moment because we don't have any credible Writer's Guild or anything like that.

(SWAM? Fuck Swam - all they ever do is having AGM/EGM for nominations and selections. I can't even fucking find their websites)

2. NO, because payments are only made ONE TIME.

3. Cinema to TV means extra income for the producers but NOT the script writers.

4. Not that we sell our soul to the devil but that is just the way it is.

The Writers' Guild of Great Britain 1959 - 2009 (TWGGB) is a fucking great example on how this state could change but we need people who can make the changes.

Please look at the rates and agreement impose by TWGGB here. It includes writing for films, TV, radio, theater, video games, new media and even animations.

Ini adalah Robert Towne yang tulis skrip Chinatown, arahan Roman Polanski pada tahun 1974. Shoeshine suka sangat filem ini. Aku pesan DVD originalnya masa teman aku ke Oslo suatu masa lalu. Robert Towne dah kaya raya dah sebab filem ini agaknya kan?

Ini Chuck Palahniuk yang tulis skrip dan novel Fight Club arahan David Fincher pada 1999. Ia adalah skrip yang amat brilliant pada aku. Aku rasa mamat ni pun dah kaya dah.

Okay...sekarang aku nak cakap Melayu sebab SWAM ialah PERSATUAN PENULIS SKRIP MALAYSIA walaupun akronim mereka orang putih (SCRIPT WRITERS ASSOCIATION OF MALAYSIA).

TV kita makin hebat. FILEM kita makin hebat. PROGRAM2 kita makin hebat.

Tapi masih ada:

1. Penulis skrip yang dibayar gaji bulan rendah untuk tulis script untuk ratusan episod drama TV.

2. Penulis skrip di stesen TV yang juga dibayar gaji bulan untuk buat script bagi rancangan hiburan mingguan.

3. Penerbit, penolong penerbit, pembantu penerbitan yang tak ada asas tulis skrip menulis skrip untuk hos-hos mereka di TV.

Terus teranglah....you (maybe not all of you) pay merely RM10,000 for a film that you claimed "menelan perbelanjaan RM1.5 juta?"

Asas sesebuah produksi ialah SCRIPT yang baik tetapi inilah IRONINYA.

Kadang-kadang penulis skrip ambil masa berminggu sampai bertahun untuk menulis tetapi akhirnya mereka dibayar sekali sahaja manakala penerbit kaut untung berkali-kali.

KEEP IT COOL

Dec 18, 2008

Memang aku banyak mencarut dalam blog ini. "This is not a black and white world, to stay alive, I say the colors must be swirl!"

Ini jadi tajuk aku. So, kalau berani, teruskan membaca. Hahaha...macam real aje kan?

Tidak rasionalkah aku bila aku mencarut dalam blog ini? Adakah apa yang aku maksudkan dalam segala penulisan aku terus jadi kesasar saat aku gunakan diksi carut? Aku diberitahu bahawa apa yang kita tulis melambangkan keperibadian diri kita. So, kalau tulis perkataan carut, maka aku orang carut? Generalizing namanya tu. Maka carut aku dilihat terus kepada carut, tanpa dianalisa perkataan carut itu atas dasar apa atau kesesuaian kepada konteksnya.

Lokman Hakim dalam Berita Harian 4 Ogos 2006 menyebut: "Perkataan mencarut memang amat hina. Sesiapa mengucapkan perkataan hina melambangkan kehinaan dirinya. Mereka yang mengucapkan perkataan mencarut dan fitnah dikuasai fikiran oleh syaitan."

Manakala, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula kata:
"Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut atau mencaci seseorang jika kena pada tempatnya, boleh menjejaskan maruah agama. Ini kerana umat Islam sejak kecil lagi diajar supaya menjaga kelakuan
dan percakapan mereka dengan hanya menurutkan kata yang baik-baik."

Cakap apa pun, aku satu hari nanti berniat nak pakai pakaian macam Tok Guru ni lah. Cool gila kan? Dulu masa di Casablanca, aku ada beli "Jelabab" iaitu sebuah jubah yang ada tutup kepala dan bila pakai aku dah jadi macam Obi Wan Kenobi. Tak cukup dengan jubah cool, kereta Tok Guru ni pun gerek seh!

Aku melihat ini lebih jauh sebenarnya. Beyond than the fact of vulgarity and profanity. Sayangnya, kalau fokus kita ialah hanya kepada vulgarisme dalam penulisan aku, maka barangkali, mesej-mesej yang aku cuba ketengahkan gagallah.

Lokman Hakim tanpa ada sebarang reference dengan cabul sekali menyebut orang yang mencarut dikuasai syaitan. Fitnah itu yalah syaitan, tapi carut pun kena ke? Nik Aziz pulak kata okay. (Fuck you lah Lokman! - Sorry, I just have to say that)

Datuk Ahmad Sebi (Bekas Ketua Pengarang Berita Harian) pulak menyebut: "Penulis atau cendekiawan pertama-pertama haruslah melakukan analisis diri dan introspeksi bagi mempastikan kebolehpercayaannya (kredibiliti) kalau dia mahu diterima sebagai suara hati nurani, suara kebenaran dan
keadilan." (Berita Harian, 27/09/1999, m/s 17)

Kalau kita insan yang mengambil semua perkara sama ada penulisan atau perbuatan secara harafiah, maka kita mudah buat judgement hitam atau putih tetapi kalau kita melihat semua perkara dari pelbagai aspek termasuk simbolismenya, maksud tersiratnya atau semiotiknya, barangkali persepsi kita akan berbeza.

Carut itu eksplisit. Itu aku tahu.

Tapi carut itu juga ekspresif.

Hakikat yang aku dah terima lama dah ialah kita semua dalam satu-satu masa tertentu akan mencarut juga tetapi bukan semuanya pada saat dan ketika kita berniat jahat terhadap seseorang atau apa-apa. Cuma kita berekspresi. Itu saja.

Dalam bahasa Melayu yang aku tahu, wujud Bahasa Formal, Bahasa Mesra, Intonasi, Bahasa Halus dan Bahasa Kasar (yang Biasa dan Kesat).

Memang bahasa Kasar itu terbahagi kepada dua kategori iaitu:

i) Bahasa kasar yang kesat

ii) Bahasa kasar yang biasa.

Bahasa kasar yang biasa seperti penggunaan ganti nama aku, engkau dan sebagainya yang biasa digunakan dalam hubungan yang lebih akrab dan mesra manakala bahasa kasar yang kesat pula sering digunakan untuk marah, maki hamun, mencarut dan sebagainya.

Tapi itu semua dalam konteks bahasa Melayu. Dalam soal pencampuran di antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris seperti yang aku amalkan dalam blog ini, barangkali konteksnya berbeza sikit.

Aku tahu aku macam bla bla bla sekarang....but hey, I am getting to my point okay. Please sabar ye.

Sampai bila kita akan asosiasikan vulgarisme dengan penuh negativiti? Kita ambil semuanya secara harafiah tanpa pedulikan untuk read between the lines.

Aku nak korang tahu, I DO NOT promote penghinaan. I DO NOT promote hatred. I DO NOT promote vindictiveness.

Aku sedar bukan ramai yang boleh terima tetapi aku sedar juga ramai yang suka.

Sesungguhnya aku tidak akan benci mereka yang tak suka nor that I will go riak sebab ada yang suka.

I'm a nobody.

Aku akan hormat mereka yang kata penulisan seseorang itu melambangkan keperibadian dan maruahnya. Ismail Al-Faruqi pun sebut benda yang sama terhadap penulisan dan karya.

Falsafah Ismail Al-Faruqi ini lain. Bagi dia, penulis atau seniman Islam harus menulis berlandaskan Islam. Aku setuju sangat. Malah, suatu masa lalu aku sempat belajar falsafah dia di universiti. Dulu pun, aku selalu fikir karya M Nasir memang ikut falsafah Faruqi. Blog aku tidak ikut falsafah dia sangat tapi aku rasa tidak juga langgar falsafah itu.

Namun, aku juga tidak akan judge mereka yang berbahasa "alternative" jika bahasa mereka itu boleh "sampai" kepada pendengar atau pembacanya kerana aku adalah seseorang yang berdisiplinkan komunikasi dan komunikasi dua hala berlaku apabila satu pihak memahami, mendengar atau boleh menilai apa yang dikatakan oleh satu pihak yang lain.

Kalau orang nak generalize setiap patah yang aku tulis berdasarkan hanya kepada penggunaan diksi vulgar aku, maka aku tak boleh buat apalah.

Apa yang penting kita semua kena COOL lah people!

Dec 16, 2008

Catatan aku kali ini adalah petikan tulisan aku pada tahun 2002 yang tak pernah disiarkan di mana-mana ruangan hiburan pun.

Posting aku hari ini lain sikit okay. Apa yang aku tulis di bawah ni adalah catatan yang aku buat lebih kurang 6 tahun lalu. Entah kenapa, aku rasa tulisan ini masih relevan dengan keadaan sekarang. Aku tahu tulisan di bawah ini panjang, tapi aku harap korang luangkan masa sekejap untuk membacanya.

RETORIK

Selayang, 17 Julai 2002

Retorik adalah diksi besar pertama aku dalam hidup dewasa. Masa mula-mula aku dengar perkataan ini, jiwa aku bergelodak dan kepala aku fikir: "Kejadah apa maksudnya". Datuk A Nazri Abdullah, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian yang menyebut perkataan itu ketika bertemu kami yang menjalani latihan Pre Editorial Training Scheme (Pets) di NSTP pada 1991. Masa tu aku fikir Nazri ni memang handal orangnya sebab dia sebut "retorik". Diksi retorik itu dibangkitkan oleh seorang teman yang turut menjalani latihan yang sama. Namanya Izman Ismail. Kata Izman, kerja seorang wartawan adalah retorik. At that point, aku rasa bicara itu jauh dari liga aku. Lalu Nazri ambil masa dekat setengah jam untuk explain di antara wartawan dan retorik.

Pak Agi yang terkenal dengan Tak Tun Tak Tun nya.

Pada masa yang sama, sebaik sahaja aku melangkah ke KL pada 1991, aku sering ke Panggung Bandaraya Kuala Lumpur yang dekat Dataran Merdeka tu sebab aku minat sangat dengan sayembara puisi. Maka berlimpah-limpahlah perkataan yang "besar-besar" aku dengar daripada sajak ramai penyair terkenal. Aku buat muka tak malu untuk tegur penyair power macam A Ghaffar Ibrahim (Tak Tun Tak Tun), A Samad Said, Rahman Shaari, Muhammad Haji Salleh dan banyak lagi. Pernah aku mendekati Samad Said and kata: "Pak Samad, saya minat sangat dengan Salina." It's nothing much tapi aku bangga sebab aku sampaikan apa yang terbuku di hati bertahun-tahun lamanya. Fakaruddin dan Salina (watak dalam novel Salina) masih aku simpan di rumah, antara koleksi aku yang paling berharga.

Kecut jugak aku masa mula-mula aku beranikan diri menegur dia. Tapi aku fikir, kalau aku tak tegur maka sampai bila pun aku tidak akan ada peluang untuk kenal dia.

Sebenarnya aku kagum dengan penyair kerana metafora mereka. Mereka bagi aku golongan retorik. Bahasa mereka indah. Aku bebas buat interpretasi sendiri ikut kemahuan aku sebab bagi aku sajak atau puisi or whatever you want to call it adalah peribadi kepada penilainya. Aku buang jauh-jauh subjek kesusasteraan Melayu yang aku belajar di sekolah sebab peperiksaannya membuat aku bodoh. Aku perlu menjawab ikut kemahuan pemeriksa apabila menilai puisi sedangkan bagi aku, puisi itu bebas diinterpretasikan oleh sesiapa pun mengikut kemahuannya.

Kalau ada peluang, aku harap korang akan berkesempatan untuk lihat bagaimana Rahman sampaikan puisinya.

Maybe, apa yang aku kata ini akan disangkal oleh penyair yang turut ada emosi sendiri terhadap puisi mereka. Mungkin A Latiff Mohidin ada mesej peribadinya dalam Songsang tetapi aku peduli apa dengan Latiff sebab dia bukan aku dan dia tak layak untuk kata apa yang patut aku fikir. Songsang kalau bagi aku soal rasmi manusia abad ke-20, maka itulah yang aku rasa.

Dari Panggung Bandaraya aku makin ligat ke Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pulak dan kemudian naik bas mini ke Matic kadang-kadang untuk menonton teater atau sayembara puisi yang lain.

Masa di Tingkatan Lima, aku pernah berdiri di tengah pentas untuk menyampaikan karya Latiff berjudul Waktu. It was a great experience walaupun I think I fucked it up. Aku rasa aku gagal menyempurnakan puisi Latiff sebab I had cold feet. Fuck it! Aku benci mengenangkan saat itu sebab sajak Latiif bagi aku terlalu sacred. He is the best!

Kegagalan aku itu buat aku fikir, haruskah seorang pencipta puisi menjadi seorang penyair yang hebat di atas pentas?

Haruskah aku jadi kelakar ala Ghaffar Ibrahim? Haruskah aku jadi seperti si cool old dude macam Samad Said? Or pakai banyak mikrofon macam Rahman Shaari? Haruskah aku bakukan bahasa aku hanya sebab aku baca sajak? Haruskah kekuatan sesuatu penulisan itu memerlukan justifikasi dengan membacanya kuat-kuat?

Ini soalan retorik untuk korang sebenarnya. Bagi aku secara peribadi, penyair yang maha hebat itu seeks attention. Mereka golongan kurang yakin dengan karya sendiri sampai terpaksa mempersembahkannya dengan penuh superfisial di atas pentas. Bagi aku juga, karya mereka sudah memang hebat dan tak perlu dihebatkan lagi dengan gaya persembahan yang aku fikir over the edge.

Atas pendapat itu, aku start menulis sajak. Aku want to write poems with big words in it. I don't give a fuck kalau orang faham atau tidak sebab orang boleh interpretasi sendiri. Kalau aku cerita soal bulan tapi orang fikir itu soal matahari, I don't give a fuck sebab aku tak akan menyekat freedom diaorang. Aku tak perlu susah hati soal mempersembahkan puisi aku di pentas dengan bahasa baku dan suara besar yang boleh buat aku rasa nak kencing, sebaliknya i just let it be on paper. Aku boleh sampaikan sajak aku seperti manusia normal, bukan superfisial.

Sajak-sajak Latiff juga memberikan banyak inspirasi kepada aku.

Itu semangat aku ketika itu dan masa aku bertugas di Johor Bahru di sekitar 1993 lalu, aku dengan sekumpulan teman-teman mula menubuhkan sebuah jawatankuasa penaja untuk menghidupkan Persatuan Penyair Muda Johor Bahru dengan penaungnya Datuk Abdul Ghani Othman. Teman yang sama-sama dengan aku masa itu antaranya ialah Hussin Che Soda (kini Allahyarham). Hussin adalah seorang pemberita sambilan dengan Utusan Malaysia. Aku dan Hussin setiap malam akan melepak kat rumah aku di Taman Bukit Kempas dengan kamera videonya untuk merakamkan kami membaca sajak.

That was the good old days sebab aku enjoy sangat saat itu. Hussin amat persuasif sebab masa mula-mula kami lepak untuk baca sajak, aku agak keberatan. Namun akhirnya kami klik dan aktiviti baca sajak lepas tengah malam kami lakukan setiap hari.

Sayangnya Hussin mati dulu sebelum Persatuan Penyair Muda Johor Bahru kami tubuhkan dan aku tak pernah kisah untuk menyimpan pita video yang merakamkan saat kami baca sajak. Malah, aku tak ada gambar Hussin pun untuk diabadikan di sini tapi di fikiran aku, sajak-sajak Hussin masih hidup. He was a cool dude.

Imej Che selalu muncul di fikiran aku setiap kali aku kenangkan Hussin.

Anyway, aku tak nak emosional sangat soal ini. Hari ini aku tidak lagi menulis sajak. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku sibuk dengan kerja. Koleksi sajak aku pun entah ke mana hilangnya. Ada teman-teman yang pernah baca sajak aku kata tulisan aku bagus tapi aku rasa diaorang kata begitu untuk sedapkan hati aku saja.

Aku merapu soal retorik, sajak, puisi dan penyair sebab aku rasa kita ni jadi manusia yang terlalu terikat dengan kemahuan manusia lain. Kita diajar bagaimana untuk menilai sesuatu mengikut si penciptanya sedangkan kita ada fikiran sendiri. Apabila sesuatu karya dicipta untuk manusia lain, si pencipta sebenarnya tiada hak untuk menentukan apa yang dinilai oleh si penilai.

Aku faham perasaan skeptikal korang apabila dealing dengan karya daripada penulis hebat. Korang mungkin rasa segan nak kutuk Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon Ahmad) misalnya sebab dia kan penulis agung? Kalau korang kutuk nanti, ada yang akan korang tak prihatin atau mungkin bodoh kerana tak pandai menilai. Well, mungkin masanya dah tiba untuk jadi diri sendiri. Kalau tak faham apa kejadahnya retorik itu, why not cakap aje korang tak faham tapi jangan diam begitu saja. Why not ambil kamus dan cari maksudnya dan kalau korang fikir retorik itu tak patut aku sebut di sini, well just say it. Tiada yang retorik dalam penulisan aku. Bahasanya tak indah dan kalau korang rasa nak berhenti membaca, maka ikut suka koranglah sebab "I don't give a fuck!"

Antara novel yang banyak memberikan inspirasi kepada aku.

(Now you know kenapa aku kata ia masih relevan dengan keadaan sekarang. Kita ni semua kan masih belajar? Biar seluruh hidup dewasa aku bergulamang dalam dunia kewartawanan atau penulisan, tidak sehari pun dalam hidup aku berlalu tanpa ada ilmu. Setiap hari, biar terpaksa mengutip di atas lantai, akan kukutip juga segala ilmu yang bersepah itu.)

Keep it cool wahai sahabat-sahabatku.

Dec 12, 2008

Maafkan aku teman-teman ANON yang aku kenal. Aku tak maksudkan kalian dalam posting ini tapi yang tak aku kenal, kalianlah ANJING!

Ini posting tentang mereka ini. No offence Anonymous and no hard feelings ya.

Barangkali aku marah. Sakit hati. Soal Rosnah Mat Aris yang khabarnya cuba menipu press tentang pernikahannya buat aku fikir tentang soal dia hina isteri Baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam program Sensasi di TV3 dulu. Saat dia lakukan itu, aku sendiri ada di situ. Saat dia hamburkan kata-kata hina itu, pantas fikiran aku melayang tentang fatwa Khomeni terhadap Salman dek Satanic Versenya.

Dan pantas juga aku fikir tentang wartawan yang terhegeh-hegeh menulis berita tentang Rosnah Mat Aris ini. Aku dapat bayangkan bagaimana sang wartawan tak putus-putus menelefon, keluar mencari berita, sibuk menemubual pelbagai orang. Aku dah pernah buat kerja terhegeh-hegeh itu. Dari terhegeh-hegeh membontoti menteri sampailah ke artis. Baik wartawan arus perdana mahupun nyamuk, sudah jadi kerja mereka untuk terhegeh-hegeh itu.

Biarlah terhegeh-hegeh, tidak diberi tempat duduk di majlis kahwinlah, berdepan dengan artis bangang yang tak ngaku kahwinlah, berdepan dengan artis yang sentiasa "no comment"lah, tapi itulah kerja mereka. Mereka wartawan.

Dan artis-artis/menteri-menteri selalu sahaja mahu memaki, marah, benci dan berdendam dengan wartawan. Kalau apa yang ditulis favor kepada mereka, pasti mereka suka, tapi kalau sebaliknya, maka permusuhan akan berlaku, barangkali.

Artis mana yang tak pernah amuk dengan press?

Dato'Shake pernah maki teman aku di NST.

Entah kenapa dia marah sangat kat wartawan yang buat laporan tentang persembahannya yang tak power di KL suatu masa lalu. Dia marah-marah walaupun sebelum itu dia jugak yang jemput wartawan untuk buat review terhadap persembahannya. Barangkali, dia anggap wartawan tak ada telinga kot dan kabur pandangan.

Ahmad Tarmimi Sarigar pernah caci aku dulu di Matic.

Aku dah berdamai lama dah dengan dia ni tapi hakikatnya dia pernah menghina aku di Matic suatu masa lalu.

Datuk Jins Shamsuddin pernah cadangkan supaya hentikan penulisan gosip.

Jefri Zain ni pernah buat cadangan supaya kolum gosip dihentikan tetapi dapat bantahan banyak wartawan. Niatnya barangkali mulia, tapi ternyata jalannya salah.

Shukrey Hashim pernah kutuk wartawan dalam sebuah talk show di TV3 yang aku tak ingat judulnya.

These are just to name a few.

Banyak lagi.

Tapi apa yang jadi? Wartawan terus menulis tentang apa yang perlu ditulis.

Biar sebusuk cerita nikah Rosnah Mat Aris pun, kita wartawan ni sanggup tulis jugak walaupun barangkali memang tidak seharusnya kita menulis tentang najis. Tapi barangkali cerita tentang najis harus ditulis supaya rakyat tahu tentang kotor dan busuknya najis itu.

Aku dah tak tahu nak kata apa dah tentang dia ni. Sahabat-sahabatku, aku mintak tolonglah supaya anggaplah dia ni tak ada value dalam dunia kewartawanan. Dia cakap "mampus" kat isteri Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Tolonglah ingat tu.

Tapi doa aku ialah secara keseluruhan ialah supaya kita sang-sang wartawan terus berdiri. Berdiri kukuh seperti bukit sebab dalam pada menyahut cabaran menulis ini akan pasti selalu saja disalak anjing.

Anjing-anjing ini dalam pelbagai format. Ada anjing yang juga penulis tetapi ia tidak bernama. Ada anjing yang hanya bisa menyalak. Ada anjing yang menyalak kepada anjing lain untuk mengajaknya turut menyalak. Dan anjing-anjing ini akan terus menerus menyalak bukit.

Namun, itu kan lumrah anjing? Anjing kan suka menyalak dan suka berak di merata tempat dan mengharapkan orang mencuci najisnya.

Maafkan aku teman-temanku yang tidak bernama tapi yang aku kenal. Kalian bukan anjing. Tapi yang tidak kukenal dan tidak bernama dan menyalak-nyalak di balik nama Anon - kalianlah yang aku maksudkan.

Beraklah merata, salaklah selama-lamanya kerana itu adalah tabiat kalian.

Anjing akan terus jadi anjing dan ia selalu sahaja menyalak.

Ini anjing zaman teknologi!

Dan aku sudahi dengan Masnawi ini:

AKU ADALAH KEHIDUPAN KEKASIHKU
Apa yang dapat aku lakukan, wahai ummat Muslim?
Aku tidak mengetahui diriku sendiri.
Aku bukan Kristen, bukan Yahudi,
bukan Majusi, bukan Islam.
Bukan dari Timur, maupun Barat.
Bukan dari darat, maupun laut.
Bukan dari Sumber Alam,
bukan dari surga yang berputar,
Bukan dari bumi, air, udara, maupun api;
Bukan dari singgasana, penjara, eksistensi, maupun makhluk;
Bukan dari India, Cina, Bulgaria, Saqseen;
Bukan dari kerajaan Iraq, maupun Khurasan;
Bukan dari dunia kini atau akan datang:
surga atau neraka;
Bukan dari Adam, istrinya Adam,
taman Surgawi atau Firdaus;
Tempatku tidak bertempat,
jejakku tidak berjejak.
Baik raga maupun jiwaku: semuanya
adalah kehidupan Kekasihku …
(RUMI)

Keep it Cool People!