MICHAEL JACKSON R.I.P (1958 - 2009)
Seingat aku begini:
26 Oktober 1996 – Michael Jackson tiba dengan jet peribadinya di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Aziz Shah di Subang, Selangor about 2.15pm and the whole airport dipenuhi dengan peminatnya. They were shouting his name. Michael left the airport in a car to Concorde Hotel in KL.
Laporan aku dalam Harian Metro pada 27 Oktober 1996 lebih kurang begini: “Pihak polis sudah mengerahkan 123 petugas untuk mengawal lalu lintas masuk ke Stadium. Mulai jam 4.00 petang ini, Jalan Stadium dan Changkat Stadium ditutup kepada semua kenderaan kecuali yang mempunyai pas khas. Persoalan mengenai kehebatan Michael yang selama ini hanya terbukti menerusi rakaman konsert yang pernah diadakan sebelum ini, akan terjawab mulai jam 8.45 malam ini.”
Well, semua tahu. The concert went well and it was fuckin great. Aku sampai satu tahap tu fikir, suka hatilah kalau mamat ni nak mime ke atau tak, sebab persembahannya terlalu hebat.
Kita di Malaysia bagi aku bernasib baik kerana MJ pernah singgap dengan HIStory Tournya pada 1996.
Tapi rentetan sebelum konsert itu berlangsung bagi aku menarik kerana of course lah, being the typical us, kita sentiasa dapati wujud pihak-pihak yang akan menentang kehadiran seseorang sehebat MJ.
Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) through its President, Dr Mohd Nur Manuty, jadi pihak yang sangat-sangat menentang dengan kehadiran MJ di Malaysia and at the same time, Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) pun menolak permohonan penganjur iaitu Jojo’s Entertainment untuk mengadakan konsert berkenaan di Stadium Shah Alam.
Dr Mohd Nur was interviewed in TV3’s, Al-Kulliyyah and he said: “Lega rasa hati. Masyarakat negara ini termasuk Islam dan bukan Islam sedar yang konsert semacam itu akan membawa banyak kegiatan yang kurang baik. Malah ada negara lain yang menolak penyanyi itu.” (Ini adalah jawapan kepada soalan: “Apa komen Dr bila MPSA membatalkan konsert Michael Jackson?)
To another question (Soalan: Pada pandangan Dr, apa kriteria yang paling tidak elok mengenai Michael Jackson?) and he answered: “Di segi perwatakan Michael lebih kepada Hedonistik (fahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan semata-mata). Apa yang membimbangkan ialah kajian Abim mendapati fahaman seperti itu boleh menyemarakkan lagi kegiatan kurang sihat seperti pengedaran kondom secara percuma, pengedaran dadah dan arak.”
Well, aku tak pernah nak salahkan apa yang dibimbangkan oleh Dr Mohd Nur tu sebab at that time the issue of MJ’s concert was the talk of the nation dan dia pasti tidak akan lepaskan peluang untuk bersuara sebab sesiapa sahaja yang bersuara ketika itu pasti mendapat maklum balas.
In the end, on the 27th Oct 1996, at exactly 9.10pm MJ “keluar” dari bumi pentas dengan kapsul hidroliknya dan pantas nyanyi lagu Scream and then They Don’t Care About Us.
Aku ingat lagi tulisan aku di muka depan Harian Metro pada 28 Oct 2009, dengan tajuk: “Jacko Hebat”. Antara lain aku tulis: “Persembahan Michael secara keseluruhan seolah-olah sebuah pantomin dengan pelbagai gimik. Namun, penonton yang duduk jauh dari kawasan pentas berpuas hati dengan skrin besar yang diletakkan di kedua-dua belah pentas. Antara lagu yang disampaikannya ialah Stranger In
Ke mana sahaja di sudut dunia barangkali dia akan mencetuskan sama kontroversi, polemik dan banyak lagi. aku masih ingat apabila Sting mengkritik dia sebab music video Earth Songnya di mana pokok "bangun" semula.
Tengoklah, sampai Mahathir pun komen terhadap konsert MJ di Malaysia dulu dan sejak 1996 sampai sekarang sudah berapa banyak konsert artis Barat yang sudah kita saksikan di Malaysia? Banyak
Nak tak nak, MJ catat sejarah juga kepada perkembangan muzik di negara kita. Konsertnya mendapat tentangan dan PM kita masa tu pantas beri kata dua kepada penganjur that: “If everything goes well, Malaysian can have more international concerts.” Well, everything did go well dan kita makin didedahkan dengan lebih banyak konsert antarabangsa selepas itu.
Barangkali, ini bukanlah satu sejarah hebat sepertimana kita baca dalam buku tawarikh sekolah tetapi ini adalah sesuatu yang penting dalam dunia seni kita juga. Kesan yang diberikan barangkali tidak kita rasa secara langsung tetapi ia menyelinap ke dalam tubuh badan kita tanpa kita sedar.
Aku secara peribadi akan merasai kehilangan MJ sebab I always look forward terhadap karyanya.
Apa yang ada sekarang di pasaran bagi aku semuanya adalah post-MJ. Baik Timberlake, baik all those Idol winners, mahupun di negara kita seperti KRU atau Adam atau banyak lagi artis yang ada di seluruh dunia – banyak yang seolah-olah berasal dari satu akar yang bernama Michael Jackson.
Aku habiskan apa aku rasa ini dengan kata-kata Earth Song yang aku dengar secara langsung dari mulut MJ pada tanggal 27 October 1996 lebih kurang jam 10malam:
“What about sunrise, what about rain, what about all the things that you said we were to gain. What about killing fields, is there a time? What about all the things that you said was yours and mine? Did you ever stop to notice, all the blood we have shed before? Did you ever stop to notice the crying earth, the weeping shores?
Sebahagian dari visual MJ untuk music video Earth Song.
Dan di konsert
It was an act saying about kita secara global.
Dan kini, hanya tinggal senikata dan suaranya yang bisa didengar di CD, DVD etc etc, cuma suara itu tidak lagi ada nyawanya.
Dan sehingga kini, apa yang kita tahu….MJ adalah seorang beragama Islam.
So….Al-Fatihah.
KEEP IT COOL
Dan buat yang meminatinya, aku harap korang akan layan ini - EARTH SONG.