Aku pulak tu satu kumpulan dengan Johari Teh dan Dr Wan Zawawi serta beberapa orang media lain termasuklah teman lama, Abie Abdullah (Metro Ahad) dan Ellyna Ali (murai.com.). Dan antara topik yang dibincangkan ialah apa lagi kalau bukan.....Debaran Sudah Bermula.....AF7.
Minggu lalu, aku bersembang juga dengan orang Astro (the people who actually going to produce AF7) di majlis hari jadi Sarimah dan sembang jugalah tentang AF7.
Isu yang disembangkan di kedua-dua majlis itu ialah Siapa Dia Pengetua AF7?
Frankly, bagi sesetengah umat di Malaysia ni, persoalan ini lebih penting daripada kebarangkalian Najib tak menjadi PM kita by March.
All can wait. We MUST know siapa yang bakal jadi Pengetua AF7! It's dreadful waking up day by day not knowing okay.
"Cakaplah Elly...siapa pengetuanya? Kau kan kat Murai..korang close to Astro people what. You should know," kata aku kepada Elly tadi.
"Ala mana aku tahu...kau baca aje Murai sebab aku dah buat list," balasnya.
Lalu aku bacalah di sini.
Okaylah tu. Kita bolehlah tidur lena sekejap kerana kita at least tahu satu benda iaitu Pengetua AF7 ialah lelaki.
So, kejadah apa lagi aku nak tulis di blog aku ni plak? Elly dah buat predictionnya.
Okaylah, aku nak "get into" the AF7 mood gak. Dengan cara lawak aku yang tak berapa lawak ni.
So, this is my list people who should be consider to become Pengetua AF7.
1. Datuk M Daud Kilau
Profesion: Penyanyi dan Pembunuh fesyen
Kenapa dia layak: AF7 need him. He could bring "something" into the world of singing, fashion and hair do!
2. Awie
Profesion: Penyanyi, Kaki Pukul & berbadan besar
Kenapa dia layak: Kalau "pelajar-pelajar" AF7 dah bersedia nak kena lebam mata, silalah kasi peluang kat Awie ni.
3. Saiful Apek
Profesion: Pelakon, penyanyi, pengarah, host, ahli perniagaan dan pernah ada skandal dengan paipon.
Kenapa dia layak: Tengok aje list pengalaman dia tu, dah macam P Ramlee daaaaa....
4. Senario - Wahid, Lan Pet Pet dan Azlee
Profesion: Digelar pelawak nombor satu (ntah sapa lah iktiraf), pelakon, penyanyi, host dan lain-lain
Kenapa diorang layak: Well, you people behind AF7 - if you need something refreshing, slapstic, idiotic ...trust me, you will need Senario (beside....don't say you are not amused by Lan Pet Pet's original sound making tu kan? Kan?)
5. Datuk Sharifah Aini
Profesion: Penyanyi, pelakon dan Diva
Kenapa dia layak: I think it's time that AF be a bit more daring. With this lady, you know you will have some sort of battle, if it's not on stage, it will be at Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Ada beran???
Ini lawak hari Ahad aku.
Apa nak buat....tadi aku dengar berpuluh-puluh lagu untuk AIM.
Letih siot.
Anyway......