Showing posts with label Stupid Journalist. Show all posts

Dec 14, 2008

Zubir Mat Teropong tulis nama aku dalam surat khabar. It's an honor.....SERIOUSLY! Hahahahah.

Tadi aku ke Tesco di JB. Beli barang-barang rumah. Murah sikit bila duit Singapura aku diconvert ke duit Malaysia.

Kemudian aku beli akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Metro Ahad dan Kosmo.

Belek dan belek, aku baca ruangan Zubir di B Pop (muka surat 11). Tulisannya bertajuk: "Siti Nurhaliza nafi". Dan di hujung tulisan itu, ada catatan yang berbunyi begini:

ZUBIR: Apa dah jadi dengan Saniboey Mohd Ismail, masih jadi wartawan hiburan lagi ke? (Lihat bawah ni)

Ini dia nama aku dengan soalan yang diajukan tapi aku tak tahu dia ajukan soalan ini kepada aku atau kepada kenalan aku atau soal secara rambang dengan harapan orang yang kenal aku akan jawab dia dan bila nak jawab aku tak tahu kepada siapa manusia secara rambang ini nak menjawab. Tapi sebenarnya inilah cara penulis/wartawan zaman sekarang memperli pembaca yang concern dengan penulisan mereka.

Aku terserempak dengan Zubir di majlis award KLIFF di PWTC yang lalu dan aku hanya tegur gitu-gitu.

Aku tahu catatannya itu memerli aku.

Barangkali, Zubir ada membaca blog ini dan marah atas apa yang aku dah perkatakan.

Barangkali, Zubir sukar sekali nak menerima teguran kerana barangkali teguran aku kan kasar sikit.

Barangkali, Zubir memang ignorant dan betul-betul tak tahu bahawa aku ni dah lama tak jadi wartawan macam dia sebab aku dah jadi Editor.

Barangkali, Zubir tak faham tentang bahawa walaupun sudah bergelar Editor, tugas kewartawanan tetap dipikul.

Barangkali, Zubir tidak pernah tahu bahawa orang macam Datuk A Kadir Jasin atau Datuk Zainuddin Maidin walaupun sudah jadi lebih tinggi daripada Editor masih menganggap diri mereka adalah wartawan.

Barangkali, Zubir rasa dirinya tak boleh ditegur sebab amalan kewartawanan yang dipraktikkannya itu adalah betul.

Luncai akan terus jadi Luncai dan di hujung ceritanya, Luncai akan tetap terjun dengan labu-labunya. Biar kita cakap apa pun kat Luncai, dia tetap akan terjun sebab Luncai tak ada ilmu dan tak pernah mahu terima ilmu.

Dan sebagaimana kebanyakan penulis/wartawan akhbar Melayu bahagian hiburan punya kolum, aku pun nak try jugaklah habiskan artikel aku dengan benda-benda/ayat-ayat yang bold dan yang tak ada kaitan dengan artikel yang aku post ni macam ni:

DONCORLEONE: Esok hari Isnin. Aku kena pergi kerja. Tapi sat lagi nak makan meehoon goreng dulu.

To all the wartawans - KEEP IT COOL PEOPLE !