Jan 24, 2009

Apa guna jadi "Agent of Change" kalau tidak mampu buat perubahan? Namun, aku tak akan berhenti berdoa.

Salam semua. Barangkali ada yang dah baca ini.

Barangkali ada yang bertanya tentang kesahihan berita berkenaan. Maka baik aku clarify sekarang juga supaya tidak timbul sebarang spekulasi pulak.

Yes, aku bukan lagi Editor Manja terbitan MediaCorp Publishing Pte Ltd di Singapura yang berkuatkuasa 31st Jan 2009.

Bila sebut tentang soal berhenti, pasti juga ramai yang akan bertanya apa sebabnya dan kalau aku beritahu aku sekadar tidak gembira, pasti juga yang akan berkata pulak: "Takkan sebab itu aje."

"They always want the worst reason possible," kata seorang teman aku apabila kami berbicara tentang isu macam ni.

Well, aku tak ada cerita panas. Walaupun bahasa aku selalu panas dan dianggap "kurang ajar" ke apa ke, hakikatnya aku berhenti tanpa ada isu-isu yang panas.

Falsafah barangkali....

* Aku rasa rakyat Singapura sudah sedia untuk menerima sebuah majalah yang tidak ada kekangan, berani "bersuara", bold, berilmu, kritikal dan dari ramai kenalan baru aku di Singapura, memang benar mereka sudah bersedia namun MANJA itu sendiri tidak bersedia.

* Bagi yang tinggal di Singapura, mungkin korang tahu bahawa Singapore Press Holdings sudah menerbitkan sebuah majalah berjudul SUTRA dan itu telah membuat pengurusan MANJA (MediaCorp) bimbang ke tahap maksima. Aku jadi pelik kerana selepas membaca SUTRA, aku rasa segmentasi pembaca mereka begitu berbeza. SUTRA lebih ke arah gaya hidup wanita dengan sedikit isu semasa manakala MANJA pula hiburan dan gaya hidup. Namun, tekanan dan kebimbangan terhadap bayang-bayang sendiri jadi memuncak sehingga aku "terpaksa" ikut arus itu. Di saat SUTRA terbitkan 30 resepi masakan, aku juga "terpaksa" ada konsep resepi sedangkan dalam fikiran aku, sampai bila orang Melayu akan dimomok dengan resepi?

* Banyak isu dalam industri hiburan Singapura di saat ini yang harus diperkatakan sangat sebab perkembangannya positif. Aku bersedia untuk menjadikan MANJA kritikal tentang setiap aspek industri hiburan Singapura tanpa sebarang kekangan tetapi semua itu harus dibelakangkan dulu kerana aku kena siarkan resepi lauk dulu.

* Hanya ada tiga majalah Melayu di Singapura buat masa ini.
i) MANJA
ii) SUTRA
iii) SENSASI (akan dikenali sebagai SELEBRITI pada Mac ini)

Visi aku simple. Yes, pengedaran dan sambutan jadi sasaran utama setiap majalah tetapi dalam pada masa yang sama, aku melihat satu bentuk kesinambungan kepada satu bentuk "kerjasama" yang tidak perlu diumum secara rasmi untuk memajukan industri seni Singapura kerana hakikatnya industri seni di kalangan orang Melayu adalah minoriti. Namun, persaingan jadi lebih utama daripada misi ini.

Itulah lebih kurangnya. Tak ada sebab-sebab lain.

Namun, bagi yang membaca MANJA dan juga AKUBIMBO, aku harap korang terus sokong MANJA dan berdasarkan komen-komen orang Singapura di blog ini, aku tahu sangat bahawa korang are ready for major changes. Maka, terus sajalah berdoa agar "those agent of change" tunaikan perubahan itu satu hari nanti.

Di bawah ini adalah antara MANJA yang aku sempat buat dan aku ada sedikit cerita mengenainya:

Ini saat aku baru sampai di Singapore for MANJA. Kalau tak silap aku, kecuali Rima Melati Adams, ini adalah kali pertama Addy Cradle dan Maman yang aku kenal dah dekat 15 tahun dulu jadi cover. Man Toyak pun aku kenal lama dah tapi tak pernah jadi cover. They are among the talented people in Singapore sekarang ini tetapi jarang cerita tentang diorang disiarkan sebab apa entahlah. Maman, Man, Addy and Rima...I salute you guys.

Ini adalah cover yang dihasilkan oleh penulis kanan MANJA, Hafeez Harun. Datuk Siti Nurhaliza solek dirinya sendiri dan pakai bajunya sendiri dan dia masih anggun dan fotografi ini juga dibuat di pejabatnya. Sayangnya, cerita tentang kecekalan Siti ini diiringi dengan cerita nak bercuti ke mana.

Ini juga cover yang dihasilkan oleh Hafeez dan fotografinya dibuat di Kuala Lumpur. Cover ini cantik sangat pada masanya kerana tidak lama selepas ini, Anuar Zain berkunjung ke Singapura untuk konsert di Esplanade yang aku tonton. Sambutannya hebat sekali. Isu ini bagus kerana MANJA tidak jadi tipikal. Maksud aku ialah MANJA tidak perlu artis berbaju Melayu hanya kerana untuk bercerita tentang Aidilfitri.

Ini cover cantik. Di saat kalau tak silap aku, media Malaysia memang benci sangat kat Fasha Sandha, aku ajak dia jadi cover and she was forever willing and dia begitu profesional. Ini adalah ntara cover yang bagus kerana at the news stand, it really stands out.

Berbelas tahun aku kenal Ramli Sarip dan inilah kali pertama dia jadi cover MANJA dan dipasangkan dengan Taufik Batisah. Aku dapat inspirasi daripada Rolling Stones yang pernah aku baca dulu di mana interview dengan artis legend dibuat oleh artis terkenal masa kini dan itulah sebabnya artikel tentang Ramli ditulis oleh Taufik.

Selamat maju jaya aku ucap kepada MANJA, SUTRA dan SELEBRITI (And Fahmi Rais sebagai pengasas SELEBRITI....aku secara peribadi doakan kejayaannya)

Ke mana aku selepas ini?

Sahabat yang aku sanjungi, Tuminah Sapawi (bekas Editor Manja) beritahu aku:
"Satu pintu tutup, insya-Allah 10 pintu terbuka lagi."

Bila aku "buka pintu" itu kelak, pasti aku beritahu.

Keep it cool.

Jan 19, 2009

Aku pun ada pendapat jugaklah tentang AJL2009 tapi pendapat yang biasa-biasa saja.

Aku sibuk sebenarnya. Sebab tu aku lambat menulis tentang AJL 2009 yang baru berlalu. Well, korang semua dah tahu pun dah kan and aku rasa ramai yang agree pun apabila Meet Uncle Hussein tu menang dengan lagu Laguku Untukmu. Bila band macam tu menang, sama seperti masa Estranged atau Spider menang dulu, banyak pendapat yang mula dilayangkan iaitu: "Muzik Malaysia/Melayu sudah nampak perubahannya."

Tahniah buat Meet Uncle Hussein.

But sejak Search menang dengan Isabella dulu lagi pun, muzik Melayu yang berubah itu hanyalah minoriti kan? Tell me, were there major changes in the music industry as a whole. Kalau takat perubahan minor dalam penyertaan menerusi pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu itu memang ada tetapi dari aspek pemulihan industri, kebangkitan industri...hmmm....apa yang kita lihat sekarang sebenarnya ialah keruntuhan bukan saja di Malaysia, malah di peringkat global.

(Aku tak mahu sentuh soal Division Melayu EMI yang sudah ditutup atau record label yang sudah tidak mahu terbitkan album artis tempatan selain daripada hanya cukupkan kuota penerbitan dengan menerbitkan album berdasarkan back catalog)

Let us get back to AJL 2009.

Kemenangan Meet Uncle Hussein itu aku lihat dari dua aspek. Aspek pertama, lagu dia agak baik manakala aspek kedua ialah lagu dia baik sikit berbanding lagu-lagu lain yang menyertai AJL itu sendiri.

I have to admit, some song yang masuk final tu macam gampang. Biarlah dress up macam Firaun sambil menyanyi Dusta Berkalang atau trying some Chinese etnik muzik yang sudah pernah dibuat zaman LY (Fauziah Latiff dulu) menerusi Persoalan Cinta atau going as mellow as Dingin (Ziana Zain)....frankly, kita dah disajikan dengan muzik macam ni lama dah lah.

But, as ramai yang agree kemenangan seharusnya jadi pemangkin dan kita akan harap Meet Uncle Hussien akan jadi pemangkin itu.

Harapan aku melangit sebenarnya.

Aku bukan nak kata sangat soal AJL2009 malam tu. Aku bukan kisah sangat persembahan opening Stomping Dance oleh One Nation MC yang langsung tidak ada budaya kita tu, aku juga tak kisah sangat dengan anugerah Persembahan Terbaik yang diberikan kepada Faizal Tahir dengan koreograf "styling" di atas pentas yang tak ada signifikasi tu (that is just plain stupid though when clearly ada lagi persembahan lain yang lebih bagus), aku juga bukan peduli soal apa signifikasi iluminasi (pencahayaan) muzik di malam AJL itu. By the way, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mengiktiraf diksi "iluminasi" tetapi maknanya boleh diperolehi menerusi Kamus Terjemahan Inggeris-Melayu oleh Ainon Mohd dan Abdullah Hassan (terbitan PTS Profesional/ Cetakan Kedua 2007).

Kejadah apa ni?

Namun, harapan aku masih melangit.

Aku harap:

1. Seluruh "umat" indie bangkit sekarang untuk mencipta lagu, merakam lagu, menyertai segala macam pertandingan muzik supaya industri muzik TEMPATAN kembali naik.

2. Peminat muzik melihat kemenangan Meet Uncle Hussein sebagai satu tanda positif that pemuzik tempatan memiliki karya yang bagus dan layak untuk dibeli dalam bentuk CD.

3. Syarikat rakaman antarabangsa tidak terus menerus sogokkan kita dengan album kompilasi dan tak sudah-sudah turutkan kuota dan juga asyik hanya mengedarkan album Barat sebab mereka tak perlu tanggung kos produksi kalau edarkan album Barat.

4. Promoter konsert tempatan mula buka mata, mula jadi bertanggungjawab untuk menaikkan industri muzik tempatan. Come on lah, Rihhanna tu sucks in Singapore. Bad review all over and you idiots are having her concert on my fucking birthday? What the fuck?

5. TV3 to organize a concert sempena kemenangan Meet Uncle Hussein. Maksud aku ialah apa salahnya stesen itu buat satu konsert solo besar Meet Uncle Hussein now, di ketika kemenangannya masih panas? Tapi janganlah buat konsert Meet Uncle Hussein and kemudian bawa semua penyanyi final AJL macam Firaun tu jugak. Just a plain rock concert with Meet Uncle Hussein sudahlah. Lepas tu, suka hatilah nak record and show kat TV ke, apa ke u know.

Come on TV3, aku jaminlah konsert diorang ini akan full house.

Well, barangkali korang expect aku nak critisize sangat AJL2009 tapi to me, lets look beyond that. Aku rasa tiba masanya kalau nak ada pahat yang berbunyi, biarlah ia berbunyi ke arah kebaikan.

Anyway, I had fun watching AJL2009 at my friend's (Bapak-gulagula) place in JB.

I expected the win. So, that's that.

Keep it cool people.

Kredit gambar: www.gua.com.my

Jan 17, 2009

Kat Singapura ni susah sikit nak nonton TV3. So, aku akan menonton final AJL di JB lah kot.

Salam.

Sekejap lagi aku akan ke JB nak menonton AJL di rumah teman aku si bapak gula-gula tu.

Sekejap lagi aku akan dientertain juga dengan akhbar Sunday seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia (yang baru direvamp khabarnya), Metro Ahad dan Kosmo Ahad tu.

Apalah agaknya laporan tentang dunia hiburan hari ini?

I will be reading it with an open mind.

P/S: Layanlah layout baru aku ni and harap sabar kalau ia masih huru hara ye sebab ia masih dalam construction.

Jan 16, 2009

Fenomena Seni RTM pun sembang tentang Wedding Mawi/Ekin. Gampang sungguh!

Berdasarkan pembacaan aku menerusi Harian Metro (Online), ia ada mencatatkan bahawa rancangan TV popular, Fenomena Seni di TV yang lalu ada membicarakan tajuk "Wedding of the Year" untuk membincangkan tentang kewajaran berbelanja tinggi untuk sesebuah perkahwinan and of course this was due to the Mawi/Ekin weddinglah.

Dalam satu lagi berita, aku ada baca tentang Persatuan Karwayan Malaysia kekejaman Israel terhadap Gaza dan betapa Presidennya, Freddie Fernanadez menggesa artis tempatan untuk lebih pro-aktif menyertai dialog persatuan berkenaan bagi membincangkan soal yang membabitkan artis termasuk mengenai "mengutuk""hak", "royalti" dan banyak lagi.

Dunia hiburan ini memang colourful. Namun dialog yang diusahakan Freddie itu valid kerana soal "hak" dan "royalti" adalah penting dalam hidup orang seni.

Setiap kali Freddie buat dialog pasti ramai yang tak datang dan media akan keluarkan berita tentang "Dialog Persatuan Karyawan tidak dapat sambutan". Yang ini nak salahkan siapa pulak sebab artis-artis sibuk nak muncul dalam TV dan tak sempat nak hadir di majlis untuk discuss masa depan diorang kot.

Cuma aku fikir selepas heboh bukan main Menteri Penerangan, Sabrey Chik tu sibuk nak "revamp" RTM, dia "meluluskan" tajuk "Wedding of the Year" untuk Fenomena Seni. Nak kejar ratings jugalah nampaknya RTM ni.

Ini Sabrey Chik. Seriously dude, setiap kali ada saja menteri baru di mana-mana kementerian, pasti ada "revamp" yang memakan berjuta ringgit untuk re-branding. And akhirnya RTM macam taik jugak. Kita dah saksikan ini menerusi revamp Tan Sri Khalil Yaakob dan Datuk Zam. KOrang kata korang revamp, tapi minda kakitangan korang masih minda yang lama dan minda yang sama dan minda itu adalah minda yang ketinggalan. So, stop wasting money!

There are more important aspects in entertainment than having some clowns discussing over Mawi'Ekin's wedding lah.

Akan terus jadi perbincangan dari tajuk yang sebodoh-bodohnya sehinggalah ke tajuk yang sepandai-pandainya. Sikit hari lagi barangkali soal Mawi Ekin akan jadi tajuk perbincangan di universiti pulak. WTF?

Tak cukup-cukup lagi ke soal wedding tu sampai ia perlu dibincangkan dalam national TV?

What the fuck are you guys thinkin kecuali nak kan ratings?

You think you fuckheads can beat TV3's rating? Seriously?

Ini program Fenomena Seni di RTM. It's a good program tapi kadang-kadang tajuk yang jadi pilihan mereka bodoh tahap gampang!

Please....please stop caring about those ratings because Fenomena Seni is a fucking great platform to really discuss all the issues in the entertainment world...i mean IMPORTANT issues such as:

1. Fenomena produser menerbitkan filem-filem bodoh tetapi masih mengutip berjuta-juta ringgit. Apa sumbangan mereka kepada perubahan minda penonton Melayu?

2. Fenomena syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa yang tak sudah-sudah keluarkan album compilation dengan sebuah lagu baru. Adakah syarikat rakaman sekarang tertekan teruk dengan terjahan muat turun muzik?

3. Fenomena mencipta artis menerusi pertandingan realiti. Adakah ia untuk percambahan industri muzik atau ia sebenarnya adalah semata-mata untuk menaikkan sesebuah stesen TV. Adakah stesen TV ikhlas mahu mencipta penyanyi?

Well, banyak lagi "Fenomena" yang boleh jadi bahan diskusi dalam Fenomena Seni selain daripada Wedding of the Year itu.

Come on people.....use your fucking head!

Ohh....you used it to get ratings kan. I'm sorry then.

Keep it cool!

Sesekali entry aku nak jugak cerita personal. Banyak sangat cerita hiburan bodoh. So, kena ada balance! :)

Nota: Walaupun nampak cerita ini macam ada kronologi, ia sebenarnya sebuah cerita non-linear okay.

1991 - Pertama kali aku jejak kaki ke Balai Latihan NSTP di Jalan Riong, Bangsar untuk menjalani Kursus Latihan Pra Kewartawanan (Pre-Editorial Training Scheme). Our so called "pengetua" namanya, Nashrul'adin Abdul Rahman tapi dia tegaskan supaya kami semua memanggilnya "Nash". Although there were attempts for some people to call him "Encik Nash" or "Abang Nash", pasti kena "tembak" dengan amat-amat kasar dan selama bertahun-tahun lamanya kami panggil dia "Nash".

1991 (Disember) - Aku start di Crime Desk Berita Harian. Senior aku bernama Rozimi Hashim. Aku nak tunjuk hormat punya pasal, panggil dia "Abang Rozimi" dan dia pantas jawab: "Kita satu mak ke?" And seterusnya aku panggil dia "Rozimi" sahaja.

Nota: Aku anak bongsu dan abang aku namanya Jumaboey Mohd Ismail dan aku panggil dia "Boey" sahaja manakala nama kakak aku ialah Faustina Mohd Ismail dan aku panggil dia "Tina" sahaja dan nama aku Saniboey Mohd Ismail dan diorang panggil aku "Sani" sahaja.

Staf-staf aku di TV9 dulu semua tahu aku tak suka dipanggil "Encik Sani" and of coz jangan sesekali panggil aku "Abang Sani".

(Dari kiri): Ex-Staf aku yang bernama Zaimie Anizah Zainuddin dan Rini Yulianti. Zaimie panggil aku macam-macam dari Mr Sani lah, Bro lah and macam-macam lagilah manakala Rini pulak panggil aku Boz. Selalu saja diorang ni buat aku senyum.

Dan aku pernah bersembang panjang dengan Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Muda Pahang and pernah sekali dulu aku interview Raja Muda Selangor (kini dah jadi Sultan Selangor), dan aku pantas berbicara bahasa Inggeris supaya aku boleh menggunakan "I" and "You" apabila berbicara.

Ini Amron Roni dan dia pulak panggil aku "Dude". I guess dia selesa panggil aku tu kot. Dia dulu produce program Usik Usik Chef Wan di TV9.

Aku bercakap Inggeris dengan anak-anak raja ni sebab aku ingat pesanan seorang teman wartawan senior dari NST yang berbunyi lebih kurang begini: "It break the barriers when you speak English with them....and it's easier to interact. Lebih mudahlah daripada kau panggil dia Tuanku."

Ini Farah Yasmin, antara wartawan pertama yang kerja di TV9 dulu di bawah aku dan dia panggil aku "Mr Sani."

Ini Hidayah yang masa aku interview dulu untuk kerja di TV9 tak sudah-sudah asyik tersenyum. Dia ni panggil aku "Encik Sani" dan biarpun aku cakap berkali-kali aku tak suka, dia buat tak reti dan terus panggil aku "Encik Sani".

Aku perhatikan di TV3 dan TV9 (or even BH dulu), terutama di kalangan orang Melayu, suka sangat dengan panggilan "Abang" atau "Kakak". Hormat kata mereka.

Ini Chaonne' dan dia panggil aku "Bro". Biarpun dia staf aku, tetapi dengan memanggil aku "Bro", aku rasa tak ada kekangan dan lebih memudahkan kerja. Jadi staf tidak semestinya mereka tak boleh menjadi kawan kan? That is what "flat administration" all about.

Tapi pada aku, ia memang benar mewujudkan kekangan untuk "speak freely".

Inilah asalnya geng Galaksi TV9 yang pertama dulu. (Dari kiri) Farah Yasmin, Aku, Zaimie dan Subir Che Selia yang kini di Jerman. I miss them so much!

Persoalan aku sejak dari dulu ialah adakah kalau memanggil nama itu tidak hormat namanya?

Aku lebih selesa apabila staf aku dulu panggil aku dengan nama. Mereka ramai yang paham dan bagi yang masih sukar menerima keadaan itu, mereka memanggil aku "Mr Sani" atau lebih buat aku tersenyum ialah ramai yang memanggil aku "Bro".

Dan aku teringat juga teman aku yang kini di Astro. Namanya Khairul Anwar Salleh. Dia pantang orang panggil dia "Abang" atau "Encik" sebab nanti jadi:

Bang "Khai" - Bangkai

atau

Che "Khai" - Cekai

Aku dan Che "Khai" / Bang "Khai" ketika di Turki dulu.

Nota: Tengah-tengah malam Jumaat ini kadang-kadang kena ada cerita yang ringan sikit kan? Kalau banyak sangat aku bercerita tentang cerita hiburan yang bodoh-bodoh, kita yang pandai ni pun boleh jadi bodoh.

So....KEEP IT COOL!

Jan 14, 2009

Okaylah aku janji. This is the last time aku bercerita tentang MEMEY sebab cerita diorang ni bodoh yang luar biasa!(&*^*(&

Kalau ceritanya bodoh sangat, aku tak boleh nak diam jugalah. Bila aku baca Utusan Malaysia (Online) pagi ini, aku rasa ada benda yang sangat-sangat bodoh yang dilaporkan harus diperkatakan di sini. Lantaklah penulisnya nak marah ke apa sebab kalau benda bodoh dibiarkan berlalu, maka apa akan jadi dengan masa depan?

Minah ni akhirnya keluar dari persembunyian tetapi dia kata dia tak sembunyi, cuma nak berehat. And then bila dia dah ready untuk beri kenyataan, semua paper taruk dia kat muka depan dengan tajuk yang sensasi. Kan lebih sensasi kalau tajuknya jadi "This is Memey - The Little Slut" atau "This is the B.I.T.C.H" tapi aku rasa tajuk-tajuk macam tu tak akan ditulis di akhbar Melayu kan? Paper Melayu hanya akan kutuk dan tulis sinis-sinis dalam ruangan Kak Piah, Kak Gayah, Kak Sue and entah Kak mana lagi.

Aku ingatkan aku dah tak mahu sentuh tentang Memey (and seriously her name is Memey Suhaiza Suhaimi - aku fikir sebutannya begini - MAY MAY) tetapi apa yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia (ruangan hiburannya) buat aku nak menulis lagi.

Sebelum aku ulas, apa kata kita baca sebahagian dari laporan Utusan Malaysia ni.

Headline: Memey sedia jadi isteri Norman

Dan,

Sub-Head: Terima Norman jika jodoh

Pada satu soalan lain, Memey mengakui, dia bersedia menerima Norman sebagai suami jika itu yang ditentukan Ilahi. "Kalau sudah tertulis qada dan qadar antara kami berdua memang ada jodoh, Memey sedia menerimanya sebagai suami," akuinya jujur. Sengaja mengusik dia sanggupkah menjadi ibu kepada anak-anak Norman, kata Memey, sekiranya dia menerima Norman pastinya anak-anaknya juga akan diterima. Tegas Memey juga, pada ketika ini, Norman sememangnya lelaki yang paling rapat dalam hidupnya. Mengenai desas-desus mengatakan mereka sudah berkahwin dan ada juga cerita mengatakan mereka bakal berkahwin dalam masa terdekat ini jelas Memey, perkara tersebut masih belum ada dalam diari kehidupannya untuk tahun 2009. "Saya masih muda dan perjalanan saya masih jauh. Kini saya mahu bangkit semula dan mahu membetulkan segala-galanya. "Saya tak mahu karier saya terhenti di sini sahaja kerana perkara tersebut. Saya mahu membersihkan nama saya semula" katanya yang tidak meletakkan sasaran umur untuk mendirikan rumah tangga.

Okay. Is this the 1st time that kita dihidangkan with this kind of stupidity?

Persoalan yang dibawakan: "Adakah Memey ni nak kahwin Norman?"

Jawapan bodoh yang selalu disajikan: "Kalau ditakdirkan..."

Tak lama lagi kita akan disajikan pula dengan persandingan Norman and Memey dan press pasti yang akan tulis: "Akhirnya Norman & Memey bersatu". Syukurlah kalau korang cepat-cepat bernikah okay.

We just have to admit that this little girl is stupid. Period.

But hey, journalist should know better lah these days on approaching the issue.

How do you actually get these idiots to answer without generating more questions?

Mana pergi soalan-soalan seperti:

1. Memey, adakah anda berniat mahu jadi isteri Norman? Soal takdir atau ketentuan Ilahi itu betul, tapi adakah Memey mempunyai niat?

2. Bila Memey dan Norman cadang nak bernikah? Soal takdir tak boleh kat sini sebab perancangan itu milik manusia, perlaksanaan pun milik manusia dan "menjadikan" ia ialah milik Allah.

3. Kalau belum ada cadangan nak bernikah, apa tujuan berkawan dengan Norman dan mengakui dia adalah paling rapat dalam hidup Memey? Teringin nak kena tangkap khalwat lagi ke?

Ini contoh soalan sahaja tapi biasalah, kalau tanya orang bodoh, soalan yang pandai macam mana pun akan dapat jawapan bodoh jugak.

I can understand the stupidity of some artiste (malah lebih bodoh dari Memey ni pun ada) tetapi aku kecewa apabila journalist tidak ada usaha untuk mengajukan soalan yang lebih membina.

But suka hati koranglah. Let's move on.....

What we know now is:

Memey has fucked everything up.

Norman has fucked everything up too.

Now, it's damage control.

Lets y'alll....go and interview this Memey girl.

She needs it.

And the phone call from Datuk Yusof Haslam for her part in Gerak Khas is just around the corner.....come on!

So Datuk, bila nak wujudkan watak ASP May May...eh tapi untuk polis bodoh, cukuplah setakat Konstable May May okay. Hahahah...aku buat lawak khas untuk Gerak Khas!

(Aku tengah buat muka sinis cuba untuk tidak berkata: "Go fuck youself lah!").

Ops...I did it again!

Keep it COOL!

Jan 12, 2009

Tudung Mawi dah ada. Tudung Ekin dah ada. Tudung Ina Naim pun dah ada. So, tudung Siti bila lagi? Tapi Siti pakai tudung ke?

Seriously people.....seriously....do we really gonna frown about
"How is Siti wearing her tudung?"

Dia pakai tudung ke ni?

Nothing personal, but this is not a tudung.

This is pakai tudung and these are the women in Gaza sekarang yang terseksa.

KEEP IT COOL OKAY.

Artis tempatan bila masuk final mesti kata: "Saya tak sangka dipilih". Tolonglah cakap jujur saja okay. Tell the truth people!

ISU 1:
It was a Frenchman called Pierre de Courbertin, who was born in 1863 and who re-ignited the Modern Olympics Games in Athens in 1896 that said: "Participation is more important than winning."

Kenapa aku petik dia?

Sebab apa yang dikatakannya itu memang betul kerana penyertaan itu sememangnya lebih penting daripada kemenangan.

Aku teringat juga saat M Nasir menang AJL dulu and dia kata kemenangan itu sudah dijangkakan kerana kebanyakan lagu lain yang bertanding agak ketinggalan.

Dan selepas itu, seperti biasalah, M Nasir kena hentam teruk dengan akhbar sebab kononnya memperlekehkan lagu-lagu lain yang bersaing dengannya.

M Nasir memang terkenal dengan komen-komen beraninya suatu masa lalu. Namun, aku rasa apa yang dia kata dulu itu benar. Tapi pelik kenapa masa tu, media rasa apa yang dikatakannya terlalu kasar. Kalau dipandang dari sudut yang satu lagi, ia seolah-olah satu cabaran untuk komposer supaya lebih ikut peredaran zaman.

Kemudian, aku menonton Melodi Online entah episod yang mana di mana wartawan handalan Michelle Wee, menemubual kebanyakan penyanyi (termasuk band) yang berjaya memasuki final dan jawapan mereka standard iaitu: "Kami tak sangka..."

Frankly, I have no issue about you guys being humble (merendah diri) and all.

Frankly, I think it's justified for M Nasir being so blunt about his winning. Hak dia untuk berkata.

Cuma aku menantikan saat artis tempatan berani untuk komen seperti ini:

1. "Saya rasa memang lagu yang saya nyanyi ini wajar masuk final sebab susunan muzik lagu saya ini begitu unik."

2. "Bagi saya, lirik dalam lagu saya ini mempunyai stilistik bahasa yang amat baik."

3. "Memang saya jangka lagu saya ini akan ke final dan sekarang saya akan mencuba sedaya upaya mendendangkannya dengan baik di final supaya saya boleh menang!"

Kalau diorang jawab macam ini, adakah media akan anggap ini sebagai satu jawapan arrogant?

Di saat sebegini, aku rasa rindu dengan Loloq kerana kritikannya terhadap penulisan lirik masa kini amat berani dan berilmu.

Bagi aku, benar sangat bahawa penyertaan itu lebih penting daripada kemenangan tetapi hakikat yang satu lagi ialah tak ada salahnya untuk mengimpikan kemenangan jika ia suntikkan semangat untuk mereka menghadapi final nanti.

ISU 2:
Tak sudah-sudah daripada apa yang aku baca di dada akhbar ialah pertikaian media tentang the validity of the jury system yang diamalkan oleh AJL.

Berdasarkan pengalaman aku tiga tahun berturut-turut menjadi juri Pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik, aku tak nampak langsung TV3 ni cuba menipu ke, bias ke atau ada favourtism langsung.

Cuma media tak sudah-sudah akan mempertikaikan apa sahaja yang dipilih juri dan apabila habis sahaja AJL nanti, mereka ini juga yang akan menulis: "Seperti biasa, rumah siap pahat berbunyi."

AJL adalah tentang mencari lagu terbaik setiap tahun dan ia juga jadi medan TV mendapatkan ratings yang luar biasa setiap tahun. But then again, that's the business lah kan?

Aku fikir simple. Oleh kerana aku dah pernah berada di kedua pihak. (Aku pernah menulis tentang betapa Raikan Cinta yang patut menang dan aku juga pernah jadi juri Separuh Akhir Muzik Muzik), cara terbaik media untuk menghadapi AJL ialah first sekali kenalah hormat juri yang dipilih.

Pemilihan juri perlu dihormati. Jangan sebab favourite korang tak menang, juri jadi tak betul.

Frankly, aku sendiri tak tahu di mana kekuatan Relaku Pujuk (dendangan Spider) tetapi aku kira juri ada sebab-sebab tersendiri untuk menjadikannya juara.

Tapi ada juga di kalangan media yang mempunyai justifikasi tersendiri apabila mempertikaikan pemilihan juri ini. Itu aku suka sebab argumen perlu ada justifikasinya. Kalau setakat nak argue "lagu A" lagi sedap dari "lagu B", baik duduk diam di rumah dan tengok TV sebab orang yang bodoh seni tak sepatutnya jadi Wartawan Hiburan! Comprende?

Case Study:

Ini korus lirik lagu Itu Kamu (Estranged) yang menang tahun lalu.

Korus:
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu kamu

Ada salah tak dari segi semantik?

Estranged mahu memberikan satu maksud iaitu diksi "terindah" tidak cukup untuk menggambarkan wanita yang dijadikan subjek lagu itu dan seterusnya menggunakan diksi "tercantik." Itu makna sebenar lagu ini.

Tapi dari aspek bahasa, kalau "kau terindah", namun "masih ada" "yang tercantik" ia sepatutnya bukan "itu kamu" tapi "itu dia".

Makna korus itu ialah: "Kau bukan sahaja yang terindah, namun kau juga yang tercantik".

Kumpulan Estranged menang dengan lagu Itu Kamu. Ada penulis lirik yang aku kenal kata influence bahasa Indonesia terlalu tinggi dengan lagu ini kerana mereka kelihatan begitu selesa dengan penggunaan perkataan "kamu".

Ini hanyalah pandangan peribadi aku, dan aku sarankan juga korang baca blog ini yang ada kajian ringan tentang lirik bagi lagu yang menyertai Final AJL 2009 ini.

Keep it cool people.

Jan 10, 2009

Teruskan berdoa untuk Gaza. Insya-Allah aku akan kuatkan semangat dan menulis lagi malam ini.

Salam.

Aku sebenarnya nak menulis tentang hiburan tetapi aku masih sedang "mengutuk" sial Israel di Gaza.

So, aku harap, kalau korang nak membaca tentang hiburan tetapi dengan nada yang lebih serius sikit, aku harap korang boleh melawat blog aku di www.gua.com.my.

Insya-Allah kalau malam ni semangat aku kuat, akan aku menulis lagi.

Sementara itu, teruslah berdoa untuk umat Islam di Palestine.

Jan 8, 2009

Air mata darah sekalipun tidak akan kembalikan nyawa Muhammad Al-Durrah.

Saat Daddy aku meninggal dunia dulu pada tahun 2003, seorang teman baikku memberitahu supaya aku memandu ke Kampar, Perak dari Kuala Lumpur dengan tenang sambil mendengar sebuah lagu ini kerana katanya aku kena sabar sebab ada yang lebih teruk daripada aku.

Perjalanan aku ke Kampar dibanjiri air mata aku. Dan aku dengar lagu itu kerana memang aku tahu, kalau aku Al-Durrah, sedih aku lagi bukan kepalang.

Lalu aku dengar lagu yang liriknya ini:

M Nasir ( M Nasir / S Amin Shahab)

Masirah

Suara duka angin Gazza
Gegar jantung bumi kita
Nyawa anak di hujung senjata
Tangisan bonda hanya sia-sia

Masirah anak al-durrah
Netzarim bermandi darah
Begitu megah mata memandang dusta
Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Berbaris-barislah ke satu arah
Jangan sampai berpisah menyusun langkah
Mencari-cari erti kedamaian
Di dalam jiwa tersirat jawapan

Masirah anak al-durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti tangan pembelaan

Masirah dalam amarah
Hilang kalam kebenaran
Kudrat alam hanya menjadi rebutan

Masirah anak al-durrah
Netzarim lambang perjuangan
Kita menanti (kita menanti) tangan pembelaan
Masih menanti tangan pembelaan

Ini apa yang berlaku di Palestine pada 2000. Aku nak korang semua ingat visual ini. Aku merayu korang luangkan lebih kurang 5 minit untuk melihat di bawah ini:

Doalah...inilah masa untuk kita semua berdoa.

Aku tak tahu nak kata apa lagi.

Jan 7, 2009

Don't expect me to write about the shitty entertainment world when people are being murdered!

Ini bukan masanya untuk aku bercerita tentang dunia hiburan yang bodoh-bodoh. Ini masa untuk kita hadapi kenyataan bahawa sial-sial Israel membunuh umat kita.

Nak komen tentang dunia hiburan?

Nak peduli tentang e-mail yang aku baru tengok sekejap tadi tentang kononnya Siti mintak cerai dengan Datuk K?

Penulis aku, Hafeez Harun dapat email tentang kononnya Siti mintak cerai. Janganlah kita pedulikan sangat tohmahan ini dan kalau betul pun, barangkali ramai di kalangan kita yang akan kata: "Kan aku dah kata..." seolah-olah ada bunyi kemenangan di situ terhadap runtuhnya sebuah perkahwinan. Haha....in actual, let's not give a fuck okay.

Nak cerita lagi tentang Mawi dan Ekin? (Soal Ekin pakai seluar ketat melawat kubur pun nak ditulis ke?)

Cerita diorang ni dah habis dah kah? Ke ada lagi? Tunggulah Ekin mengandung ke? Mawi jual nasi lemak ke? Mawi menang another SMS contest ke? Mawi dan Ekin naik haji and then kasi gambar kepada majalah hiburan ke? As for now, why not let them rest for them to consummate the marriage. Hahahahhaha.

Nak kecoh-kecoh soal rancangan Aznil Tombak2 tu yang kena kritik?

Seriously people, should we care?

Aku sakit hati.

Sakit hati bila ahli politik macam anak Pak Lah tu sibuk2 keluar surat khabar dengan KEJAYAAN besarnya kutip RM100,000 untuk Palestine.

Akan buat apa sahaja untuk jadi Ketua Pemuda. And we buy this "shit" all the time. Pejuang bangsa my arse.

Tau pun pening. Tapi sabarlah. Tinggal kurang 3 bulan aje lagi ni.

Sakit hati dengan banyak laporan: "Kutuk serangan Israel". (Kutuk butuh korang lah!)

Ni lah dia anak haram tu. Ahhh...dua-dua sekali haram!

Sakit hati dengan si sial Ehud Barak pukimak!

Sakit hati sangatlah!

Korang tak menangis ke tengok gambar muka depan dalam Utusan Malaysia hari ini?

Maafkan aku sebab dah lama tak ada entry. Bukan sebab aku sibuk sangat, tapi aku tak rasa sesuai langsung untuk cerita tentang cerita dunia hiburan yang banyak bodoh dari pandai.

Aku tak tahu nama dia. Aku tak tahu mak bapak dia. Tapi aku tak tahu nak kata apa tentang dia. Kesian dia. Kesian mak bapak dia. Dia bukan mintak semua ini, tapi dia terpaksa melalui semua ini.

Saat ini saat sedih sebenarnya. Baik aku atau korang yang menulis tentang kekejaman Israel sampai bila-bula pun tak kan tahu betapa merananya Islam di Gaza sebab kita tak pernah ke sana.

Kita sedih tengok dia kematian anak. Tapi kita tak kan tahu "rasa" yang sebenar-benarnya kan?

Aku ingat saat ku di Damascus, Syria dulu yang bersempadankan Lubnan. Nak ke Lubnan pun aku cuak, apatah lagi Palestine!

Sabarlah. Itu saja aku kita boleh kata.

Temanku bertanya: "Mana Tuhan? Kenapa Tuhan tak bantu?"

Sabarlah.

Israel sial!

Tentera Sial.

Aku tak tahu macam mana nak "kutuk" kekejaman Israel itu macam yang selalu aku baca.

Tapi macam aku kata tadi, sinarnya pasti ada nanti.

Keep it cool.

Insya-Allah