Showing posts with label Entertainment Issues. Show all posts

Mar 17, 2010

You want the truth? YOU CAN'T HANDLE THE TRUTH!

ISU 1:

Masa aku join Media Prima (spesifik di TV3 di rancangan Melodi), boss aku yang namanya Azhar Borhan kata: "Shake things up."

Sebulan sebelum aku join (ketika itu aku masih berkhidmat di Finas), Azhar juga ada menghantar beberapa copy rancangan Melodi untuk aku evaluate and selepas menontonnya aku nyatakan beberapa komen, antaranya:

1. Terlalu banyak berita Melodi ketika itu yang tidak ada fair comment. (i.e Artis A berkata sesuatu tentang Artis B tetapi tak ada usaha untuk mendapatkan komen Artis B). Ini maknanya tidak ada fair comment.

2. Banyak berita yang boleh lahirkan rasa tidak puas hati dan membuka ruang untuk Melodi disaman kerana sebarkan fitnah (defamation)

Aku sangat ingat apa aku kata kepada Azhar. Begini: "It will take one person to start a lawsuit against Melodi and more will come if all this flaws are not being addressed."

Lalu, saat aku join, aku cuba sedaya upaya untuk wujudkan semua ini and biarpun tidak sempurna, sedikit sebanyak kita berusaha keras untuk sentiasa memberikan fair comment.

That was the most shook up yang aku mampu buat ketika itu sebab pada masa yang sama banyak masalah yang dilalui terutama dari aspek tenaga kerja, kemahiran, pengetahuan tentang kewartawanan dan pelbagai lagi.

Hari ini, aku membaca tentang kawan lama aku, Jurey Latiff, yang seorang pengarah dan penerbit menyaman Melodi kerana mendakwa program itu telah memfitnah dirinya. (Link untuk berita ini akan aku nyatakan di bawah).

Kenapa ini berlaku?

Ikut apa yang aku baca, pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

That was in September and how did they responded? By producing a spin off to Melodi which is TERJAH.

Bagi aku, both Melodi dan Terjah are walking on a very thin line at this moment and if they do not SHAKE THING UP...they might drown.

ISU 2:

9 wartawan hiburan lapor polis gambar dihina di Facebook

Aku baca tajuk atas di sini.

Bagi yang ada kelapangan, cuba lah cari page di Facebook yang dikatakan menghina dan memfitnah wartawan hiburan ini.

Memang agak kasar dan barangkali bisa buat mereka yang "terkena" ini marah sampai mereka membuat laporan polis.

Isu ini buat aku fikir tentang beberapa perkara:

1. Bagaimana kita mahu menghalang pembaca yang membaca penulisan wartawan atau menonton rancangan seperti Terjah atau Melodi untuk meluahkan hati mereka menerusi apa-apa medium yang bisa mereka gunakan?

2. Kenapa mereka (pembaca dan penonton) kelihatan begitu tidak berpuas hati dengan penulisan wartawan hiburan masa kini?

3. Wartawan hiburan marah dengan reaksi pencipta page Facebook itu tetapi adakah mereka mengkaji ketidakpuashatian orang ramai yang turut memberikan pendapat di page itu?

4. Kenapa makin ramai (ramai - hanya satu hipotesis) pembaca yang makin tak suka dengan cara penulisan atau penyampaian berita hiburan oleh wartawan hiburan?

5. Mungkinkah ini masanya untuk wartawan hiburan untuk mengkaji semula etika mereka dari aspek penulisan, penampilan, penyampaian dan pelbagai lagi?

Aku hanya sekadar blogger tetapi aku tetap berharap supaya Wartawan Hiburan di Malaysia supaya membedah diri sendiri cepat-cepat dan tanya satu soalan iaitu:

"Kenapa semua ini berlaku?"

Aku barangkali tradisional dalam soal kewartawanan sebab aku percaya jika tiang-tiang ilmu kewartawanan yang benar kukuh dalam dunia kewartawanan diamalkan, maka pembaca atau penonton sentiasa akan memberikan respect yang sepatutnya.

Hakikatnya memang ramai di kalangan wartawan hiburan yang kurang ilmu dalam kewartawanan dan masih menganggap "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".

Namun kini mereka harus fikir bahawasanya dalam dunia teknologi masa kini di mana makin banyak medium atau platform sudah wujud, semua orang sebenarnya ada "pena" mereka tersendiri.

Kita lihat saja, apa yang akan berlaku seterusnya.

Sambil itu, kita....

KEEP IT COOL.

Nota:
1. Link berita Jurey saman Melodi di sini.

2. Gambar dipinjam dari www.bharian.com.my

Mar 1, 2010

Bila paper kata "orang ramai" aku selalu tanya diri sendiri "berapa ramai" & bila tulis "sesetengah orang", aku fikir lagi "berapa orang?" Faham tak?

Apakah itu sukses?

How do you detect success?

Adakah apabila anda disanjung tinggi atas apa yang anda lakukan?

Atau adakah apabila anda cetuskan kontroversi?

Dalam dunia hiburan, kedua-dua elemen ini boleh dilihat sebagai sukses.

Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat sanjungan (i.e kejayaan Sudirman kumpul lebih 100,000 rakyat di Jalan Chow Kit pada 15 April 1986 misalnya) ia boleh dianggap sukses sebagai sebuah konsert yang mendapat sambutan hebat.

Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat perhatian (i.e kecoh Fasha Sandha kononnya merampas atau jadi punca penceraian Nora Danish) ia boleh dianggap sebagai sukses terhadap publisiti bagi kedua-duanya, baik Fasha dan Nora sekaligus. Atas publisiti itu, baik Nora atau Fasha, masing-masing mendapat lebih banyak exposure in the media. Sukses kan?

Bagaimana media memilih subjek-subjek tertentu untuk menjadikan sesuatu sebagai isu pula?

Does it take an observant journalist?

Does it take an anonymous phone call?

Does it take a pile of complaints from the masses?

Kenapa kita makin jarang baca tentang jalan di Kuala Lumpur yang bertambah buruk sedangkan aku rasa ramai juga yang komplen. Kalau baca ruangan SMS di Harian Metro misalnya, ramai masih mengadu tentang jalan raya yang tidak dijagalah, berlubanglah and etc.

But all of a sudden, kita baca tentang “maklum balas kurang senang” pembaca akhbar tentang drama Halimah Jongang. Kononnya drama itu mengejek insan yang yang lahir dengan fizikal demikian.

Dua tiga hari ni kalau kita baca paper, bukan main kecoh penerbit drama top, A Aida menjawab tentang isu berkenaan. Baca ia di sini.

Kalau Ugly Betty (siap sebut Ugly lagi), kita tak kisah sebab Betty mampu pakai braces kot tapi Halimah buat kita kaget sebab dia tak pakai braces kan? Kan? Ha ha ha ha

The media made it big and memang itu rasmi media sebenarnya untuk memilih sesuatu isu dan kemudian buat pelbagai follow up. Aku tahu sangat sebab aku pun dulu seorang wartawan hiburan dan modus operandinya belum berubah sampai sekarang.

Namun, aku rasa tak salah kalau aku disagree sekarang dengan modus operandi ini kerana aku rasa masa sudah berubah dan pendekatan baru harus mula dipertimbangkan.

Aku dah start rasa tentang benda ni sejak tahun 2001 lagi sebenarnya, beberapa bulan sebelum aku berhenti kerja di Berita Harian Sdn Bhd untuk join MediaCorp Publishing Pte Ltd. Aku teringat tentang satu berita yang diterbitkan dalam Harian Metro masa tu tentang aduan seorang pengguna yang membeli nail clipper yang ada lambang salib. Ia diterbitkan di muka dua akhbar berkenaan. Masa tu aku tengoklah design nail clipper itu dan aku lihat ia lebih ke arah coincidence sebab designnnya. Aku pikir seorang journalist yang bagus akan menasihati pengadu berkenaan, bukannya menjadikannya satu isu besar yang memaksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pergi rampas semua nail clipper tu. Kalau secara kebetulan design nail clipper itu ada lambang salib, maka cara terbaik ialah menasihati pengadu supaya tidak membelinya. Adakah kita tidak boleh terima segala lambang salib yang ada di negara kita yang multiracial ni? Yang 1Malaysia ni? Adakah kita akan bakar semua gereja yang ada di seluruh negara? We are not that stupid (although some are!)

Anyway, berbalik kepada diskusi aku tadi. Ini tentang Halimah Jongang.

Yes...lets agree:

  1. Yes...ia tentang minah jongang.
  2. Yes...kejongangannya dijadikan bahan jenaka.
  3. Yes...akan ada orang kecil hati terutama kalau dia sendiri jongang (agaknya)

Kenapa Halimah Jongang dapat perhatian?

  1. Media kata ada penonton yang kecil hati. Sebenarnya berapa ramai yang komplen ni? Siapa mereka yang komplen ni? Seriously, aku tak sure akan kewujudan Persatuan Orang Jongang Malaysia pun.
  2. Kenapa media kita suka suka guna argumen yang hipotetikal tanpa ada ”numbers”?
  3. Semua stesen TV sama ada berbayar atau percuma, sedikit sebanyak akan ada karya tempatan yang menyentuh tentang fizikal manusia tanpa mengira ia disampaikan secara humor atau serius tetapi Halimah Jongang juga yang dapat perhatian. Dari aspek ini jelas bahawa ia jadi perhatian sebab ia sedang popular dan media memerlukan sesuatu yang popular untuk menarik minat pembaca. Itu ternyata lumrah.

Dalam pada aku menghargai media memberikan publisiti meluas tentang ”negativity” Halimah Jongang ini, ia buat aku fikir tentang karya tempatan yang selalu aje kena attack apabila ia lari daripada norma-norma biasa.

Kalau Halimah Jongang kita tak boleh nak telan, kita tidak mungkin mampu melahirkan karya seperti pasangan beradik Peter dan Bobby Farelly seperti mana mereka menghasilkan Shallow Hal (2001 – Tentang budak pompuan gemuk) atau There’s Something About Mary (1998 – Cerita tentang semua orang suka Mary sampai ada yang sanggup berlakon cacat). Farelly bukan sahaja buat lawak tentang orang yang kurang upaya, malah segala-gala yang mereka sentuh pasti dilawakkan.

Ini ialah pasangan beradik Farelly yang banyak buat filem kelakar di Hollywood. Nak kata kelakar bodohnya, kelakar bangang ke, hakikatnya sukses mereka bernilai berjuta-juta dollar US!

Malah, apa kata kita kaji sekali lalu tentang subjek-subjek yang boleh dikaitkan dengan Halimah Jongang dari industri filem yang paling berjaya di dunia iaitu Hollywood..

  1. Forrest Gump (1994 – Arahan Robert Zemeckis).
Filem ini diadaptasi dari novel dengan tajuk sama karya Winston Groom. Tom Hanks jadi
Forrest Gump yang agak bodoh/naif/lembab tetapi akhirnya mencipta sejarah dirinya
sendiri. Filem yang memaparkan bodoh pandai Forrest Gump ini cipta sejarah sampaikan
Hanks menang award Best Actor lagi.

Siapa yang boleh lupa watak Tom Hanks ini? "My mama said....life is like a box of choc!"

  1. City Lights (1931 – Arahan Charles Chaplin)

The Little Tramp (Chaplin) jatuh hati dengan seorang pompuan buta yang jual bunga di tepi jalan dalam filem ini. Si pompuan buta ni pulak dek kerana dia buta tak tahu yang mamat Chaplin ni tidak segak, sebaliknya dia ingat mamat ni “Duke” yang kaya raya. Filem yang gunakan elemen pompuan buta dan lelaki yang buruk ni boleh buat korang nangis tau!

Chaplin dengan wataknya sedang begitu terpesona melihat gadis buta penjual bunga tu.

  1. Some Like It Hot (1959 – Arahan Billy Wilder)

Antara filem awal yang menyaksikan lelaki berpakaian wanita. Kalau dulu ada wujud Persatuan Pondan, dah lama dah diorang ni amuk dengan Jack Lemmon dan Tony Curtis atas watak mereka ini.

Tony Curtis (kiri sekali), Marilyn Monroe (tengah) dan Jack Lemmon (kanan sekali) dalam filem hitam putih yang kelakar ini.

  1. Rain Man (1988 – Barry Levinson)

Juga bawa kisah tentang lelaki yang tidak normal, sebaliknya autistik iaitu Dustin Hoffman sebagai Raymond, abang kepada Charles Sandford (lakonan Tom Cruise). Atas kehebatannya membawa watak lelaki autistik ini, Hoffman juga dinobatkan Aktor Terbaik dalam Oscar tahun 1989 kalau tak silap aku.

(Kiri) Hofmann sebagai Raymond, abang autistik kepada Charles lakonan Tom Cruise.

  1. What’s Eating Gilbert Grape (1993 – Lasse Hallstorm)

Di Caprio bawa watak budak lelaki yang ada masalah mental sikit. Kira macam watak bodoh jugaklah tetapi sangat-sangat disayangi oleh abangnya yang dilakonkan oleh Johnny Depp.

Di Caprio (kiri) bersama Depp dalam filem ini yang menyaksikannya berlakon sebagai seorang budak yang agak terencat akal.

What am I trying to say here? Aku harap korang faham. Creative business kadangkala melangkaui banyak perkara. Kadang-kadang kita menongkah melawan arus dalam dunia kreatif sebab itu adalah sifat dunia kreatif itu sendiri.

Namun, dalam pada masa yang sama, sesiapa sahaja boleh bangkitkan apa-apa jenis polemik pun mengenainya.

Tak ada hal kalau media mahu kata Halimah Jongang menghina sebab itu kerja kreatif.

Tak ada hal kalau media nak kata Halimah Jonggang tu best giler sebab itu memang kerja kreatif.

But, my concern ialah adakah pemangkin minda masyarakat ini bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat dan adakah ia dibuat dengan cara yang betul?

Sama ada korang sokong atau tak sokong; suka atau benci Halimah Jongang, itu hak korang sendiri kerana kerja kreatif itu memang menuntut untuk kita berfikir, melontarkan pendapat dan dalam banyak aspek kerja kreatif ini, maklum balas anda itu tak ada hitam dan tak ada putihnya.

KEEP IT COOL!

Note:

You can read more on the issue here and here.

And you can join Halimah on her Facebook here.

And if you wanna listen to Halimah Jongang song on YouTube, go here.

For a Jongang girl....she is definitely on a roll here people!

Jan 13, 2010

Ulasan: AJL 24 - Tahniah buat Aizat.

Aku sempat membaca akhbar hari ini (walaupun dalam kesibukan bekerja).

Dan aku membaca ruangan Fragmen, tulisan sahabat aku, Zainuri Misfar.

Tajuknya: "AJL24, Loloq dan lagu Pergi" (Di bawah nanti, akan aku kasi link kepada tulisan itu tapi buat sementara ni, aku akan ulas beberapa perenggan yang menarik perhatian aku). Layan lah di bawah ini:

Ia berbaloi dengan kos sebanyak RM2 juta yang dibelanjakan TV3. Dengan lagu yang baik, barisan penyanyi bertenaga, menyebabkan pakej keseluruhan persembahan AJL24 memang benar-benar mantap.

Kalau diterjemahkan dalam industri perfileman, kos RM2 juta boleh digunakan menerbitkan sebuah filem cereka. Sekiranya sebuah telefilem 90 minit berharga RM80,000, duit sebanyak RM2 juta boleh membeli 20 telefilem. Tidak apalah. Apa yang TV3 lakukan semua itu adalah penghargaan kepada kepada karyawan muzik tanah air.
Setahun sekali, sebuah stesen TV menganjurkan program yang cukup istimewa kepada penggiat muzik kita.

KOMEN AKU: Benar sekali seperti apa yang dikatakan oleh Zainuri mengenai "terjemahan" itu. Tetapi aku rasa kalau dikaji dengan lebih mendalam, biarpun TV3 mendakwa membelanjakan RM2 juta untuk AJL24, kita jangan pulak lupa soal penajaan mereka yang barangkali mengurangkan "beban" RM2 juta itu. Secara logiknya, tak ada mana-mana organisasi yang akan berbelanja tanpa ada pulangan kan? Biarpun AJL24 adalah "untuk komposer" atau "untuk penyanyi" atau "untuk penulis lirik", kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa ia juga adalah "UNTUK TV3". Jangan fikir konotasi aku ni negatif, tetapi dalam pada mengaut apa jenis keuntungan, TV3 tetap dengan usaha mereka untuk memartabatkan industri muzik negara menerusi pertandingan berkenaan.

Cuma di sebalik kegemilangan itu, tidak pula terselit segmen untuk memperkenalkan barisan komposer atau penulis lirik yang terbabit pada malam kemuncak AJL24. Ia mungkin terlepas pandang yang kita anggap tidak disengajakan oleh TV3. Memanglah kita pun terlintas juga, sepanjang AJL24 itu berlangsung, yang menonjol hanyalah penyanyinya.

Merekalah yang beraksi di pentas dan paling menonjol sekali dan seterusnya menjadi sebutan peminat. Beruntung sekali Yuna, Aizat, Bunkface dan Hujan serta Estranged kerana mereka bukan sekadar penyanyi, tetapi juga pencipta lagu dan penulis seni kata sendiri.
Cuma, bagaimana pula dengan komposer atau karyawan muzik di belakang tabir? Mereka terus tenggelam dengan populariti penyanyi yang membawa lagu ciptaan mereka. Inilah hakikatnya. Ia bukan cerita baru lagi. Kemenangan lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar dengan Aizat sebagai penyanyinya masih menjadi bualan ramai.

KOMEN: Sejak zaman aku wartawan hiburan dulu lagi, perkara ini sudah selalu sangat diperkatakan atau dikritik atau diulas. Kenapa komposer dan penulis lirik tidak benar-benar ditonjolkanlah, kenapa hanya penyanyi yang naik pentas lah, kenapa itu, kenapa ini. TV3 sendiri dalam sejarah menganjurkan Juara Lagu juga, sudah menggunakan terlalu banyak pendekatan untuk memperkenalkan komposer dan penulis lirik dan dalam pada masa yang sama, sudah ramai juga komposer dan penulis lirik meluahkan rasa tidak puas hati mengenai tentang diri mereka yang tidak ditonjolkan. Well, frankly, aku rasa sudah tiba masanya komposer dan penulis lirik stop complaining. Hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawasanya bagaimana hebat sesebuah lagu itu pun, ia tidak akan jadi hebat tanpa penyanyi yang betul.

"Its not the song....its the singer," kata Mick Jagger suatu masa lalu.

Kalau anggapan bahawa seseorang komposer atau penulis lirik itu adalah mereka di belakang tabir, maka tidak salah kalau mereka terus berada di belakang tabir dan terus menerus menghasilkan lagu yang hebat-hebat untuk dinyanyikan oleh mereka yang handal-handal juga.

But then, ini perlu ada keseimbangan. Maksud aku ialah seseorang penyanyi yang menyanyikan lagu ciptaan komposer lain, seharusnya bijak and tahu luar dalam tentang lagu itu dan mereka harus tahu untuk "menghargai" lagu ciptaan komposer berkenaan.

Aizat misalnya sejak kemenangan lagu Pete Teo/Amran Omar (Pergi) tak sudah-sudah dipetik dalam akhbar mengenai niatnya untuk membotakkan kepala. What the fuck? That is so fucking yesterday okay. Kau ingat kau menang Thomas Cup?
Aizat seharusnya mengambil peluang (terutama dalam temubualnya di Hotfm kelmarin) untuk menyatakan penghargaannya kepada Pete dan apa "makna sebenar" lagu berkenaan kepada Pete, kepada Amran dan juga kepada dirinya sendiri.

Aku harap komposer dan penulis lirik cukup-cukuplah sibuk nak "sinar" yang sama yang diperolehi penyanyi dalam soal ini. Terima hakikat bahawasanya kalau bukan Dato Siti Nurhaliza yang dendangkan lagu ciptaan Adnan Abu Hassan (misalnya), maka nobody wants to give a fuck about Adnan Abu Hassan.

Pembabitan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TV Rangkaian Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan sebagai juri dalam AJL24 sudah menimbulkan ‘sosek-sosek’ tidak menyenangkan, terutama di kalangan blogger hiburan.
KOMEN AKU: Yes, kenapa CEO TV3 ini menjadi juri? Sebab TV3 stesen dia? Sebab dia hebat tentang muzik atau lirik?

Ditambah dengan kehadiran Fatimah Abu Bakar sebagai juri, individu yang kita ketahui mempunyai hubungan rapat dengan Yasmin Ahmad.

KOMEN AKU: Yes, kenapa Fatimah Abu Bakar ini menjadi juri? Sebab dia pernah ajar budak-budak AF berlakon, maka dia layak menjurikan lagu? Dia layak menjurikan persembahan?

Aku fikir, TV3 pasti ada alasan mereka sendiri (of course lah kan) tentang kenapa CEOnya dan Fatimah menjadi juri dan TV3 juga harus ada keterbukaan apabila pemilihan juri ini dipertikaikan oleh sesiapa jua.

Kita, sama ada kita media, atau kita penulis blog, atau kita sebagai rakyat biasa pasti senantiasa akan ada pendapat mengenai mana-mana pertandingan sama ada berbentuk hiburan ataupun pertandingan politik seperti Pilihanraya kerana kan kita ni ada kebebasan bersuara walaupun ia tidak absolut.

Namun, aku sebenarnya melihat bahawa kita harus mula argue benda-benda baru, bukan berulang-ulang kali mengutarakan soal yang sudah jutaan kali kita soalkan.

Apa kata kita argue dan lontarkan pendapat lain seperti:

1. Kenapa Juara Lagu hanya lagu Melayu?
2. Kenapa Juara Lagu hanya untuk lagu di Malaysia?
3. Apa langkah seterusnya lagu Pergi selepas menang AJL24? Apa perancangan TV3 selain menggunakan visual dan audio AJL24 sampai lunyai sama ada di stesennya ataupun di rangkaian radionya?
4. Kenapa tidak kembalikan kategori Lirik Terbaik. Ataupun adakah alasannya ialah Lirik yang Terbaik itu datang daripada Lagu yang Terbaik?

Personally bagi aku, Lagu Terbaik dalam AJL24 ialah Dan Sebenarnya (Yuna) tetapi jelas sekali juri berasakan Pergi adalah lebih baik. Kombinasi lirik dan melodi serta penyampaian oleh Yuna adalah sesuatu yang aku rasa hebat.

Namun, that is beside the point. The main thing is, usaha TV3 ini harus diteruskan. Usaha memberikan penghargaan sama ada berbentuk wang atau tidak kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi ini adalah sangat-sangat penting.

Aku suka sangat melihat perkembangan industri muzik ini via Stesen TV. (i.e Aizat lahir dari Akademi Fantasia dan Aizat bikin album dan kemudian Aizat menang pertandingan.). Sinergi ini adalah sangat penting. Stesen TV dan industri muzik seolah-olah menghargai satu sama lain.

Okaylah...apa pun, aku ucapkan tahniah kepada Pete Teo dan Amran Omar atas penghasilan Pergi manakala tahniah paling utama ialah kepada Aizat kerana berjaya memberikan nyawa kepada penciptaan itu.

Salam.

KEEP IT COOL!

Baca artikel penuh Zainuri di sini.

Kredit gambar Aizat: www.gua.com.my

Sep 6, 2009

Jangan terkejut kalau ada orang kata HARAM kalau main lagu Raya cepat sangat sebab dia ingat orang Islam ni bodoh!

Dan separuh bulan dah puasa and since day one, aku frequently dengar radio for all the Raya songs. Kemudian baru aku ingat that lagu-lagu raya kan "dilarang" untuk ke udara ketika awal Ramadan.

Frankly, aku tak sure sapa yang buat arahan "melarang" lagu raya disiarkan di radio ketika awal Ramadan. Adakah ia self regulated or "wahyu" dari "atas" yang selalunya datang tak bertulis?

But yes, ia bisa jadi isu sehebat isu politik bodoh Ipoh kalau ada radio yang main lagu raya awal sangat. Macamlah kita ni orang Islam yang berpuasa akan lupa tentang "isi" Ramadan bulan yang mulia ni kalau kita dengar lagu raya cepat sangat.

Tadi setakat jam 10.17pm malam ni, aku masih tidak dapat dengar lagu Raya di Sinar FM. Lalu aku putar sendiri CD Tompi yang ada lagu Idul Fitri. (Layan aje lah and lagu tu pun boleh tahan jugak).

Itu hari, sehari sebelum Ramadan aku riuh sendiri nak cari kurma Iran di Jusco Seremban. Sebaik saja masuk ke dalam Jusco, tuuu dia...bukan main lagu Raya dah berkumandang di dalam supermarketnya.

Kalau iye lah "larangan" memutarkan lagu raya "diwahyukan" oleh kerajaan (menerusi Kementerian Penerangan or MCMC), sapa pulak nak regulate pasaraya untuk tidak mainkan lagu Raya cepat sangat? Ini tak termasuk syarikat-syarikat telekomunikasi yang turut sibuk jual muat turun lagu raya sebaik muncul 1 Ramadan!

Aku fikir memang banyak pendapat tentang memainkan lagu raya cepat sangat ni. Tapi bagi aku, it is really a small matter. The lifespan of Dendang Perantau kalau ikut style sekarang hanyalah lebih kurang 3 minggu dan aku tak rasa salah kalau lifespannya dipanjangkan sikit.

Kalau aku ada kesempatan nanti, akan aku catatkan Bimbo Top 5 lagi untuk Lagu Raya Kegemaran Aku okay.

Tapi buat sementara tu...

KEEP IT COOL

Jul 13, 2009

Kalau ada problem, telefon Sinar FM and get ready to be laughed at coz that is what they do and that is fun, I think!

Sometimes I think that they are the Howard Stern of this era in their own way (minus the Fuck words and the sex stuffs lah) but yes...the more you hate 'em, the more you listen to 'em.

Itu pandangan aku terhadap SY, KE and Krill of Sinar FM.

They are climbing up very very fast. The listeners keep on calling them in the morning telling problems and all hanya untuk ditertawakan oleh mereka.

Baik di kalangan yang mahu menceritakan tentang masalah rumah tangga sehingga ke masalah bersama keluarga, mereka ini menelefon talian Sinar FM dan mereka berceritalah kepada SY, KE dan Krill dan akhirnya SY, KE dan Krill mentertawakan masalah mereka.

Manakala nasihat yang diberikan pulak tu memang merapu habis.

But they keep on calling the radio.

Now, what does that say?

Aku sempat tanya kepada the channel manager, Pak Tam about this and he said: "No matter how you think that people hate them, the fact is, more people are listening to them."

Maybe, people with problems want their problems to have some sort of humor.

They want to be laughed at.

They want to feel as if the problem is not as big as other problems that we are facing with the world.

Well, there are just so many "maybes" I would say.

We are clearly going thru rough times here I reckon...when we want our problem to be laughed at kan?

Come on...take this challenge....try dial Sinar FM in the morning and tell your worst problem and hear what they have to say about it.

I bet you....SY will make fun of you first...followed by KE and then Krill.

But then, maybe that is what we need in the morning, maybe.

But in the meantime.....

Jom layan Howard di bawah ni:

KEEP IT COOL

Jul 8, 2009

Aku fikir tak salah kalau kita hargai kehadiran Michael Jackson dalam dunia kita dan tak salah kalau kita sedih dengan kematiannya. Tapi itu akulah!

Siti Jarum kata last week dalam The Sunday Papers that ... (in my own words)..."Why should we give shit about the death of Michael Jackson". Aku fikir, biasalah....kadang-kadang penulis yang tak bernama suka "menentang arus" untuk tarik perhatian.

Anyway, realitinya, The King of Pop is dead.

Semalam dah settle pun memorial service'nya yang handal sangat.

Kebumi bukan cara Islam. Mati dalam Islam ke tidak aku tak tahu.

But fuck it. Aku tak peduli...aku masih sedih.

Dalam entry sebelum ini, aku dah tulis tentang dia.

So, kali ini aku hanya ada ini sahaja.

I would like to share with you guys my favourite Michael Jackson's (or kira Jackson 5) song.

Try layan bawah ni.

Let's us continue to Heal The World.

And...

KEEP IT COOL

Jul 7, 2009

Sementara tunggu majlis pengkebumian Jacko, meh lah layan aku merapu soal artis yang kena "BAN" sekejap ye.

Malam tadi aku sempat sembang dengan teman lama aku. Dia kira macam orang kuat sebuah akhbar popular (kira Editor jugak lah). Dialognya lebih kurang begini:

DIA: Kau kat Astro sekarang kan?

AKU: A ah..baru start dekat nak dua bulan dah.

DIA
: Kau kasi tau lah apa-apa yang kau nak aku support.

AKU
: Banyak yang aku nak mintak kalau gitu....

DIA
: Tak kisahlah...kita pun dak kenal berbelas tahun dah.

AKU
: Hmm...kau ada ke ban sesapa sejak dua menjak ni?

DIA
: Ban? Ban apa lak?

AKU
: Alah...saje je lah aku nak tanya....mana lah tau.

DIA
: Nak ban kejadah apa pulaknya...kita ni bukan TV.

KOMEN: Ini persepsi dia. Apa maksud "kita ni bukan TV"? And benda ni buat aku terkenang pulak kat beberapa peristiwa. Masa aku kerja di tempat lama, ada lah satu majlis ni yang aku handled dan ia membabitkan bintang hebat seperti Zed Zaidi dan Pierre Andre. Both of these guys were supposed to represent my company in this event but in the end, both almost bailed out. Reason being - they were not paid enough and the rehearsal was just too much. This reason was told to me "to my face" by Pierre. I respect him for that and I replied: "You should have been more upfront about this and you didn't have to take the offer."

Then he replied: "Then what? Nanti aku kena ban?"

As for Zed, he just went A.W.O.L and we had to replaced him with Cat Farish.

Aku pun kemudian report kat big boss aku tentang Zed and I told him about Pierre's excuse.

Big boss aku kata: "Ban Zed Zaidi!"

At least he was honest.

Hahahah.

And clearly, honesty was not this dude's best policy.

Now kembali kepada dialog aku (masih lagi berlingkar tentang soal "ban")

AKU: Fasha Sandha tu kau ban ke?

DIA: Pehal pulak aku nak ban?

AKU
: Mana lah tahu...dia kan banyak hal.

DIA
: Lantak lah dengan hal dia...

AKU
: Tapi kan banyak paper lain yang ban dia?

DIA
: Mampus diorang lah...aku sayang dia....(mamat ni ketawa kecil lak)

AKU
: Hahaha...ok ...ok...aku pun sayang dia.

Khabarnya banyak media yang ban dia. Ada ke nak ban minah hot ni. Tak patut betul! Heheheh.

And aku sengaja nak pakai gambar dia lagi sekeping ni. Hehehehe.

Being frank, aku memang tak suka langsung soal ban-ban ni terhadap artis. Kalau ada polisi yang mengatakan seseorang artis tu tak boleh muncul di kaca TV dek kerana " GUILTY conviction" by a court of law for a crime he/she commited, aku fikir its okay sebab itu polisi.

Tetapi yang aku bangkang ialah apabila media ban artis sebab tak comply, sebab tak mahu ambik gambar kat swimming pool, sebab tak mahu bergambar dengan artis A or artis B, sebab tak jemput ke majlis kawin.

Aku fikir semua orang ada hak.

Suka tak suka, aku respect cara Pierre yang terus terang and aku tak hormat langsung orang yang tak ada telur seperti Zed tu dulu. But apa yang dah jadi dulu tu, aku dah lupakan dah. I was just doing my job and aku tak simpan dendam.

Yang terbaru aku baca ialah tentang Ako Mustafa yang tuntut sebuah stesen untuk keluarkan surat rasmi mengatakan dia tidak di"ban".

Ini sebahagian daripada apa yang dilaporkan oleh Harian Metro pada 29/06/09 di muka surat 5 tulisan Mohd Izawan Baharin:

"Selama 13 tahun dalam bidang ini, saya bekerja keras dan memberikan
yang terbaik dalam setiap lakonan kerana ia memang minat saya, tapi
sekarang tanpa sebarang penjelasan, ditambah tawaran ditarik secara
tiba-tiba membuatkan saya sering tertanya-tanya," katanya yang dihukum
penjara tiga bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat, dua
tahun lalu.

Aku sendiri sebenarnya tak sure tentang polisi "ban" mana-mana stesen penyiaran terhadap pesalah yang didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah. Kalau korang tahu and ada bukti, sila lah penuhkan comment box aku ni.

Anyway, aku saje je ni story tentang soal "ban" sebab aku seronok dapat sembang sekejap dengan teman lama aku sang Editor tu.

Personally, aku tak suka soal "ban" ni sebab aku fikir nobody is perfect.

Fuck 'em kalau nak isap ganja sampai mampus, kalau nak khalwat sampai lebur, kalau nak buat apa pun...aku hanya kisah kan soal karyanya....and aku tak pernah fikir si pembawa karya sebagai idola langsung.

Marvin Gaye was a fuckin drug addict...sama jugaklah macam Ray Charles, Kurt Cobain, Elvis Presley, Slank dan banyak lagi. But karya diorang masih aku suka.

Apa nak "ban-ban"?

Fasha Sandha pun nak "ban" ke?

Kan dia hot? Kah kah kah.

Okay people....jangan marah. Aku saje aje merapu.

Jangan "ban" aku. Hahahaha.

Take care.

KEEP IT COOL

Kredit Gambar: 1. http://blog.mystarhill.com; 2. http://bf-1.com/news-melayu; 3. www.tarstarkas.net; 4. gambarartis.blogspot.com

Jun 10, 2009

Aku sejak kebelakangan ini rasa macam-macam dan aku rasa cara terbaik untuk nyatakan apa aku rasa ialah dengan menulis semua ni!

Aku ada lirik lagu yang aku rasa KENA dengan apa yang aku rasa sekarang.

So, sebelum aku nyata apa yang aku rasa, aku harap korang ada masa membaca lirik ini:

RUBAH by Iwan Fals
Zaman berubah perilaku tak berubah
Orang berubah tingkah laku tak berubah

Wajah berubah kok menjadi lebih susah
Manusia berubah berubah-rubah

Gandhi yang dicari yang ada komedi
Revolusi dinanti yang datang Azahari
Lembaga berdiri berselimut korupsi
Wibawa menjadi alat melindungi diri
Pendidikan adalah anak tiri yang kesepian
Agama sebagai topeng yang menjijikkan
Kemiskinan merajalela yang kaya makin rakus saja
Hukum dan kesehatan diperjual belikan
Kesaksian tergusur oleh kepentingan ngawur

Pemerintah keasyikan berpolitik
Parti politik sibuk menuhankan wang
Ada rakyat yang lapar makan daun dan arang
Televisi sibuk mencari iklan
Sementara banyak yang tunggu giliran
Rakyat dan sang jelata menatap dengan mata kosong
Di mana aku apa ditelan tsunami ?

Ini dia Iwan Fals yang pernah dinobat Hero Asian oleh majalah Time suatu masa dulu kerana dia banyak sekali "suarakan" hati rakyat. Aku sempat jumpa dan bersembang dengannya saat aku di Jakarta suatu masa lalu.
__________________________________________

Apa lagi nak aku rasa bila aku baca:

* Imam dan makmum kena tembak mati dalam masjid di Narathiwat.

Bayangkan sahaja diorang ni semua kena tembak di kepala dan badan dari belakang saat sedang buat rakaat kedua!

* Kerajaan bukan main nak "tanya" rakyat tentang wajib lulus English.

* Kerajaan sibuk tak mau label "Mat Rempit" tapi tadi (at about 9.05pm) TV2 dok siar iklan SMS "ON REMPIT".

* Hero zaman kecik aku, David Carradine mati dengan leher dan anunya berikat tali di Thailand.

Kalau korang tak kenal dia zaman Kung Fu, aku jamin korang kenal dia menerusi Quentin Tarantino's Kill Bill.

* PAS sanggup buat apa sahaja untuk menang sampai orang bukan Islam pun sekarang boleh jadi ahli.

Bulan yang dah semakin "OPEN". Steadylah!

* Dakwaan si hottie, Manohara Odelia Pinot diseksa, dirogol dan macam-macam lagi oleh anak Sultan, Tengku Temenggong Mohammad Fakhry.

Ini si hottie berusia 17 tahun itu yang khabarnya melarikan diri ketika sedang berada di Singapura baru-baru ini. Dia claim macam-macam termasuklah diseksa dan disuntik dengan apa benda ntah sebelum seks.

* Bila ada orang kita yang seksa pembantu rumah dan buat macam hamba abdi. Babi sungguh mereka!

Ini semua berlaku dan dilaporkan dalam akhbar tempatan dalam tempoh seminggu dua ini dan fikirkan ajelah kenapa aku rasa lirik lagu Iwan Fals itu terngiang-ngiang di kepala aku.

Kita luahkan rasa menerusi penulisan di blog macam aku buat ini dan jauh di sudut hati kita barangkali mahukan perubahan tetapi kadang-kadang kita jadi lebih takut dengan perubahan kerana barangkali ia menjadikan kita lebih teruk.

How do we enforce changes yang positive?

1Malaysia?

Harap-harap ia bukan sekadar retorik.

Setiap yang baru pasti akan "datang" dengan misi-misi tertentu. Kita tengok nanti sejauh mana nanti "misi" ini akan dilaksanakan kelak.

Pray people.

Hope for the best.

And...

KEEP IT COOL.

Dan sebelum korang tidur....layan lah lagu yang aku maksudkan tadi......

May 21, 2009

Kalau semua nak claim dia NUMBER 1, maka siapa sebenarnya yang NUMBER 1 tu?

Berita Harian bertarikh 20 May 2009 (Rabu) terbitkan berita ini. Tajuknya: "Masih Nombor Satu" and itu merujuk kepada Kajian Radio Nielsen dan "masih nombor satu" itu pula merujuk kepada HotFM (hanya untuk rancangan paginya)

Hari ini pula, Berita Harian, 21 May 2009 (Khamis) terbitkan berita ini. Tajuknya: "Era kekal nombor satu". Ia pula merujuk kepada kajian yang sama.

Aku tak mahu korang confuse.

Di bawah ini adalah keputusan keseluruhan Kajian Radio oleh Nielsen Media Research yang aku petik dari sini.

Supaya tidak ada lagi kekeliruan kan? Yang mana tak dapat number 1 tu memang sentiasa akan cari jalan lain untuk tunjuk gah. Itu keadaan yang amat biasa lah tu.

Tapi yang penting....

KEEP IT COOL

May 17, 2009

Aku tak mahu nak serius sangat dengan review AF7 ni...so aku tulis style relax-relax aje okay. Layannnnnn! :)

Terus teranglah, aku ni memang bukan peminat AF tapi aku juga tak boleh nak nafikan populariti rancangan realiti itu di masa kini. And yes, I was there at Stadium Putra Bukit Jalil last nite to watch the final concert. That Hafiz guy memang boleh menyanyi and yang lain-lain tu tak berapa elok.

Si Aril budak yang terkeluar awal-awal tu menang sorak.

Si Yazid budak yang nyanyi lagu Dewa tu - "Why the hell was he in the final?"

Si Isma bini Zul kawan aku tu - "Hmmm....I can't remember what song she sang pun"

Si Akim, yang nyanyi lagu Faizal Tahir tu - "If only you concerntrated more on your vocals rather than giving that awful performance....try acting dude!"

Watching the finals was not as fun as the post party sebab aku suka "pasang telinga".

To me and many more, it was just another final show, but to some people it gave them more than that. Ia terbitkan emosi sama ada suka atau benci, seronok atau amarah dan pelbagai lagi.

Ini suara-suara yang aku dengar saat aku "pasang telinga"

SUARA 1: Hafiz tu? Apa transformasi dia kalau nak dibandingkan dengan Akim? He is just overrated from the start to begin with.

SUARA 2: Memang diorang macam nak kasi Aril menang. Tu sebab kasi lagu Kasih Tak Sampai so that he could shine.

SUARA 3: Lagu baru Isma tu macam aku pernah dengar lah...tak rasa macam original.

SUARA 4: That Yazid was so pathetic.

SUARA 5: Satay dia sedap gak lah. (This was referring to the post party food)

SUARA 6: Komen-komen Adlin tadi memang spot on sangat. About Hafiz tadi, dia kata apa lagi Hafiz ada selain kehebatan vokalnya? That is what I meant by Hafiz tak melalui transformation berbanding yang lain.

SUARA 7: I heard Abdul Rahman has quit TV3 and now Amrin is the new Group MD. (This was reffering to the news that the Media Prima MD, Abdul Rahman Ahmad, left TV3 to UEM)

Things that I like at AF7 Final Concert last night:
(Tidak mengikut susunan sebab aku main tulis aje apa yang aku ingat okay)

1. My Seat - Aku duduk di VIP section tetapi di bahagian atas dan belakang. Sebelah aku ialah teman, Pat Ibrahim yang selalu ajar orang menari tu. Kita orang layan AF7 dengan penuh kritikan sendiri. Aku fikir bila duduk di belakang, aku senang nak blah tapi seronok pulak aku layan kritikan Pat.

2. That Aidit Alfian song sung by Hafiz. I thot it's a wonderful song that helped Hafiz a lot on his votes.

3. The lighting at the concert was so fucking fantastic!

4. The sound system was amazing.

5. All Adlin's comments were good. For the 1st time, I like what came out from his mouth.

6. Sarimah Ibrahim was really really entertaining. Also, Stacy is fuckin awesome!

Sarimah memang best.

7. The fucking fantastic crowd. Aku rasa crowd-crowd AF di stadium malam tadi hebat sesangat-sangatnya. They were supportive and LOUD!

Things that I dis-like at AF7 Final Concert last night:

1. Lawak nak cover kencing atas stage itu amat busuk sekali.

2. Lawak Teddy Bear dengan Aril tu is so fucking old!

3. Why the hell was Din Beramboi there?

4. Yazid butchered one of my favorite song, Qasidah Cinta. Damn you Dude!

5. Aril kacau Hafiz while he was delivering his winning speech and also this Aril boy is acting so fuckin weird dengan meraba-raba perut Hafiz masa AC nak announce winner. What the hell is wrong with you kid?

Tak caya tengok gambar yang aku cilok dari MrManager ni.

6. That guy who sang Di Alam Fana Cinta tu....what happened man?

7. That guy who sang Lefthanded's Seruan tu...dude, this is year 2009....not 1999. Lu rock kapak luar biasa beb.

Secara keseluruhannya, I do think AF7 Final Concert was a good production.

Buat lah apa jenis program nyanyi realiti macam Mentor ke, GangStarz ke or the arkaik Bintang RTM, we just have to agree that AF adalah yang paling hebat. Suka tak suka, it is number 1.

Well.....KEEP IT COOL then.

Kredit Gambar: mrmanager.blogspot.com dan www.klubbkidd.com

May 3, 2009

Aku strongly percaya bahawasanya Hujan yang patut menang Album Terbaik AIM2009 tetapi itu akulah. Apa yang pasti AIM dah makin "POPULAR!"

Tentang keputusan AIM 2009

Apa pun, tahniah kepada team AIM2009 yang diketuai temanku, Jennifer Thompson for the fantastic work last night.

* Aku ni jarang nak pertikai keputusan juri terutama apabila dalam sesebuah pertandingan itu di mana aku juga adalah salah seorang daripada jurinya. Tiada juri ada kuasa veto dalam AIM...semuanya dari markah ramai-ramai juri yang kemudian disatukan.

* Tadi teman dari Radio 24 nak interview aku esok petang dengan tajuk: "Keputusan AIM 2009 - Di antara populariti dan kualiti".

* Kalau di tahun-tahun lalu, aku akan kata "fuck off" sebab to me AIM has always been about the best, not about who is the most popular artiste.

* Namun tahun ini aku rasa pelik sikit.

Ini dialog aku yang amat singkat dengan Sandy Monteiro (dia adalah Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia - RIM), sebaik sahaja melangkah keluar dari PWTC malam tadi selepas tamat AIM2009.

SANDY: Hey Saniboey....it has been a long time. So, how was it?
AKU: Hmmm....it's just pretty ironic when a pop album is still a winner.
SANDY: (Senyum) We are getting there....sabar.

Ini adalah Sandy Monteiro.

* Yes, album Misha Omar yang menang Album Pop Terbaik and Datuk Siti menang Album Terbaik.

* Yes, album tu bagus.

Pop masih menguasai AIM dan Misha membuktikannya malam tadi. Congrats!

* Tapi aku rasa kedua-dua album itu tidak sebagus album Hujan!

* And it makes me wonder....could AIM be about "popularity"?

* Adakah kebanyakan juri yang ada dalam bilik yang sama dengan aku tu fikir tentang soal populariti berbanding kualiti?

* Ucapan Misha: (lebih kurang begini) "Terima kasih juga kepada wartawan yang selalu membela saya." Dan ucapan tu buat aku fikir: "Bela apa?"

* Well, she is popular and ye lah kot...SHE DESERVE TO WIN!

* Namun pada aku: Budak yang namanya NOH tu, yang melompat buat body surf kat penonton di akhir persembahannya semalam patut dapat Album Terbaik. Tapi itu pada aku.

But at least, Hujan menang kategori Album Rock Terbaik ini.

Tentang majlis AIM 2009

* Adflin, Bob and Adibah - Fat jokes! A almost fuckin vomit...almost. Tapi orang gelak gak.

Memang aku dah patut jangkakan sebenarnya supaya aku tak kecewa kan? Kalau dah tiga orang gemuk jadi pengacara, mestilah banyak fat jokes. Kira okaylah....kot.

* Noraniza Idris kacau mood aku sebaik saja dia bukak mulut ucap terima kasih kepada sponsor bajunya. What the fuck? Can't the production team or AIM people kasi tahu supaya stop buat benda tu boleh tak? Kalau nak kasi kredit, tell the production people lah so that they can actually give credit at the end of the program thru the rolling credit.

* Presenters still tanya-tanya khabar di pentas sehingga Afdlin terpaksa sindir diorang secara live. Again....every year it's the same fucking thing!

* And my God...to all the presenters....please....for fuck sake please just fuckin read the given script so that you guys won't say stupid thing as what Dafi said about "pakai lipstick merah tu" boleh tak?

* Kak Chah dapat Anugerah Khas (Wirama) for her creative works all these year. Walaupun aku selalu saja anggap Kak Chah adalah manusia pasifis menerusi lirik-liriknya, aku terima hakikat bahawa tulisannya sangat-sangat bagus. Tapi sayang, malam tadi "feeling" yang cuba dibawa menerusi playback yang disediakan tidak bagus langsung untuk menyuarakan kehebatan itu.

* Aku dengan Shoeshine hanya enjoy dengan dendangan dua Benggali bangra yang sungguh cool itu.

* Dan pertama kali dalam sejarah berbelas tahun aku menghadiri AIM...I didn't stay for the Post Party. Sebab 1: Kaki aku sakit. Sebab 2: Hujan patut menang.

WELL, WHAT CAN I SAY...I THINK THIS IS A WAY BETTER ALBUM AND SHOULD HAVE WON BEST ALBUM.

So, AIM ni sebab popular ke atau sebab kualiti?

Aku tak berapa pasti.

I wish i knew.

Anyway, I'm just gonna KEEP IT COOL.

Apr 23, 2009

Moral of the story? Kalau kena waran tangkap, hormatlah ia and go to court. Kalau tak, ready untuk makan nasi, taugeh dan ikan goreng di penjara!

Berita Harian (25/04/05. m/s:12) dengan tajuk: "Kes mahkamah syariah perlu tindakan susulan", memetik Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan ketika itu, Husin Ahmad, sebagai berkata: "Ada orang kata mahkamah syariah pengecut, tak ada taring."

Biarpun Husin sebenarnya cakap macam tu masa kasi ceramah Program Literasi Undang-Undang Untuk Wanita di KL dulu, sedikit sebanyak kita fahamlah secara keseluruhan bahawa: "We can't fuck with them okay!"

You know, just becoz ia Mahkamah Syariah, bukan HIGH COURT or SESSION COURT, we think can just fuck and ingore them.

Kalau tak caya, tanyalah Ako Mustapa.

Ako did kalau tak silap aku ignored Mahkamah Syariah Petaling Jaya supaya hadir di mahkamah dan in the end bacalah 10 alasan yang diberikan terhadapnya itu. Baca juga yang di bawah ini:

Aku fikir kalau Ako ikut prosedur mahkamah, hormat bila diorang panggil lu datang, you might not get fucked like this la.

Namun, selain daripada itu, aku fikir jugaklah satu lagi aspek, Ako ni deserve untuk dipenjara ke?

Mahkamah Syariah Petaling Jaya punya keputusan ini akan jadi landasan kepada banyak lagi verdik mahkamah seluruh Malaysia terhadap pesalah-pesalah khalwat nanti.

Semua Syariah Court in Malaysia ready for this? A precedent has been made here.

Suatu masa lalu, kalau tak silap aku dalam 19 Disember 1997, Mahkamah Syariah Petaling Jaya juga pernah keluarkan waran tangkap terhadap bisnesman terbilang, Tan Sri Halim Saad (ketika itu dia adalah Executive Chairman Renong Group) sebab orang kaya ni gagal hadir prosiding kes cerainya.

But, even this millionaire patuh kat the Syariah Court when dia pergi serah diri on 29 Disember 1997 and the waran tangkap on him was cancelled.

Dipendekkan cerita, if you don't wanna get fuck, janganlah carik hal and when you try carik hal dengan mahkamah lah pulak tu, lagi lah naya kan.

So, story Ako ni dah patut jadi pengajaranlah kan sebab kat sebelah story Ako ni, aku jumpa lak story member aku ni, Radhi OAG, yang turut "dicari" mahkamah.

Ini dah kali kelima dah Radhi gagal hadir ke Mahkamah Syariah Petaling Jaya untuk kes cerainya dengan Shazlin Sharif. Hmmm....bahaya ni bro. Nanti jadi macam Ako plak.

Aku harap Radhi tak kena macam mana yang Ako kena ni. Lagipun Ako kes khalwat while Radhi kes cerai.

Whatever it is, aku kesian gak lah kat Ako sebab Mahkamah Syariah Petaling Jaya memilihnya untuk dijadikan TELADAN.

Selain itu, mamat sorang lagi ni lagi berani. He is fucking with with the Session Court now. Huh! Tuduhan terhadap dia lagi severe berbanding Ako and Radhi.

Sabarlah semua ye.

Yang penting....

KEEP IT COOL!

P/S: Sakit hati betul aku tengok mamat bawah ni. Aku dah lah tengah tahan nafsu, dia buat lawak lak!

CILAKAK SUNGGUH! KAH KAH KAH