Lihat definisinya di bawah:
SENSASI. 1. Sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan atau yg membangkitkan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb):~2. Menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dll).
Manakala, definisi MENSENSASIKAN pula seperti di bawah:
MENSENSASIKAN. - Menyebabkan sesuatu perkara (keadaan, peristiwa, dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi.
Okay. Pendekatan akhbar memang macam ni lah kan? We all know this. Aku sendiri dah biasa sangat dengan ni masa aku kerja sebagai wartawan dulu. Kekadang tajuk (headline) sesebuah berita itu sangat-sangat sensasi walaupun beritanya sangat-sangat lemau.
Tapi itu lah pendekatannya dan ia makin menjadi-jadi sekarang.
Aku rasa kita ni bukannya ada apa-apa kuasa terhadap headline ini dan seriously, where do we complain pun kan kalau kita tak suka?
Apa kata try sekali sekala...try hubungi pejabat akhbar and complain lah tentang sesuatu and tengok sendiri resultnya. Terus teranglah, kalau korang bukan Menteri, complain korang pasti tak ke mana.
Lalu aku fikir, kekadang blog ini aje yang aku ada untuk luahkan rasa. Tak apa lah, asal aku ada tempat untuk kata apa yang aku nak kata.
Aku sangat harapkan pendapat korang dalam hal ini sama ada korang setuju ataupun sebaliknya.
Lihat bawah ini:
HM (19 Nov 2010)
Headline: BAPAKU GITARIS
Sub-Head: MISTERI DAKWAAN BUDAK HIDAP AIDS
KOMEN AKU: Kesian budak ni sebab aku rasa dia bukannya mintak dijangkiti Aids. Dia sebenarnya mangsa Aids (read the full story and you will know). Lebih menyedihkan, berita online nya menggunakan heading: "BUDAK AIDS DAKWA ANAK GITARIS MAY". Barangkali, ini perkara kecil kepada sesetengah orang, tapi aku cuma rasa kasihan kepada budak yang aku tak kenal ni sebab bukan pilihannya untuk jadi "BUDAK AIDS", dia dijangkiti Aids, aku ulang....dia DIJANGKITI! Budak ni anak yatim piatu yang tinggal di Teluk Intan. Tak ada sesiapa pun akan membela dia kalau ada lagi headline lebih buruk berbanding BUDAK AIDS. Cuma aku rasa kasihan, itu aje.
Aku tekan kan sekali lagi, dia MANGSA AIDS, bukan sekadar BUDAK AIDS.
Aku cuma berpandangan supaya bukan Harian Metro sahaja, tetapi semua akhbar harus lebih sensitif dalam mencipta headline menggunakan elemen sensasi itu kerana ada kalanya ia bisa jadi sangat-sangat menyedihkan.
Sekali lagi, ini hanya pendapat aku dan sila lah bangkang kalau korang nak bangkang.
Baca berita penuhnya di sini.