Showing posts with label Entertainment Journalism. Show all posts

Mar 18, 2010

Minta maaf cakap...being arrogant tidak akan membawa apa-apa penyelesaian sebenarnya, tetapi sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Kat Singapura, ada cara tertentu bila memulakan bicaranya yang aku suka sangat sebab ia sebenarnya menunjukkan cara mereka menghormati satu sama lain.

Orang Melayu Singapura suka sangat mulakan bicara dengan berkata:

1. "Minta maaf bercakap..."
2. "Maaf cakap...."

Frasa "minta maaf" itu digunakan sebagai introduksi supaya perbicaraan mereka tidak dianggap cuba melukakan hati sesiapa terutama kepada siapa bicara itu ditujukan.

So, untuk entry kali ini, aku nak guna cara Singapura ini okay.

Read below:

Minta maaf cakap
...sebab aku rasa tindakan Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (Wham) yang menggesa wartawan hiburan memboikot artis-artis yang bertindak melampau adalah keterlaluan.

Minta maaf cakap
...kan ke tugas wartawan sebagai penyampai berita memang banyak risikonya? Kita dah lihat banyak pengorbanan wartawan di seluruh dunia tanpa perlu memboikot sesiapa.

Minta maaf cakap
...apa maksud "artis-artis yang bertindak melampau terhadap wartawan itu"?

Minta maaf cakap...saranan Presiden Wham, Fauziah Raof, supaya wartawan hiburan retaliate apabila ada artis cuba memperkotak-katikkan diri dan kerjaya wartawan bagi aku adalah tindakan yang tidak mature. I say, walk the walk and talk the talk lah.

Di bawah ini adalah a quote from its President:

"Artis sepatutnya berterima kasih kepada wartawan hiburan kerana tanpa mereka kerjaya seseorang artis itu pasti tidak boleh pergi jauh."

Komen aku:
Minta maaf cakap....why is this person sound so fucking arrogant? Tanpa wartawan hiburan maknanya artis tak boleh pergi jauh? Really? Teringin sangat aku nak tahu sebenar-benarnya adakah semua wartawan hiburan berfikiran begini? Adakah mereka sebenarnya arrogant sebegini? Angkuh sekali statement ini kerana bagi aku, pusing belah mana pun, yang tentukan rezeki kita ialah Tuhan, period! Aku bukannya nak jadi orang yang backing artist ke apa ke, but aku pelik kenapa arrogance seperti ini wujud dalam kewartawanan hiburan sekarang? (kalau benar ia wujud) . Jauh di sudut hati, aku rasa sebenarnya senario ini sebenarnya bukan membabitkan dunia kewartawanan hiburan secara total, sebaliknya hanya di kalangan mereka yang anggap diri sebagai raja.

Di bawah ini adalah lagi satu quote from its President:

"Kita sebagai penulis profesional tidak sepatutnya dilayan dengan cara yang rendah kerana tulisan kita itu adalah untuk melonjakkan nama mereka juga."

Komen aku: Minta maaf cakap....penulis profesional? Really? Are we talking about writers here or journalists? Which one ni? Tulisan penulis/wartawan adalah untuk melonjakkan nama mereka juga? Adakah selama ini itu lah tugas sebenar seorang wartawan hiburan? Hanya untuk melonjakkan nama artis? Kalau macam tu, tak adalah gossip yang tidak ada fair comment, tak adalah tulisan keparat yang langsung tidak mementingkan etika kan?

Minta maaf cakap...aku pelik kepada ini jalan pilihan Wham dalam menangani isu ini?

Minta maaf cakap...aku pelik kenapa Wham tidak guna keadaan kecoh ini untuk lebih mematangkan, bangkitkan lebih banyak kredibiliti atau guna saat "cemas" ini untuk menyuntik lebih banyak profesionalisme dalam dunia kewartawanan hiburan?

Minta maaf cakap...its very sad that the path that Wham took is to go head on with critics when they should be looking into themselves and how to improve the quality in entertainment journalism.

Minta maaf cakap...aku ni tak ada kuasa langsung dalam isu ini tapi aku teringin nak tahu adakah Wham mewakili semua wartawan hiburan di Malaysia 100 peratus dan adakah apa yang disarankan Wham ini akan dilaksanakan 100 peratus di Malaysia?

Minta maaf cakap...kalau ini lah caranya isu wartawan hiburan di attack ditangani oleh persatuan yang memperjuangkan industri kewartawanan hiburan, aku rasa mereka akan terus menerus dikiritik oleh rakyat.

Minta maaf cakap...Wham seharusnya melihat Fan Page Facebook itu sebagai suara rakyat yang sudah mual barangkali dan suara mereka penting sebab mereka adalah pembaca dan penonton sebenarnya.

Minta maaf cakap...aku masih rasa Wham perlu "membedah diri" dan "membedah pendekatan" kewartawanan hiburan masa kini supaya kredibiliti boleh dibina semula dan supaya mereka menerima hormat yang selayak-layaknya.

Minta maaf cakap....aku sekadar bercakap.

KEEP IT COOL

Kalau nak baca tentang statement Wham, sila baca sini.

Jan 19, 2010

Kalau cikgu kencing berdiri, murid pasti kencing berlari.

Kadang-kadang aku terfikir sendiri bahawasanya orang media kan bijak-bijak juga. You don't really have to tell them "things" or even educate them on certain things such as ethics, code of conduct etc.

Kita fikir kalau media yang bertanggungjawab menjadi orang tengah kepada jutaan manusia, mereka seharusnya memiliki kebijaksanaan tentang sesetengah perkara yang membabitkan nilai berita, etika bekerja, cara berita itu disampaikan, niat berita itu dan sebagainya.

Tapi kan? There are times when you feel like you have to explain things as if you are explaining to a 6 year old.

Rabu lalu (20/01/10) aku baca Harian Metro. Beritanya bertajuk begini: "Tak setuju gimik Azwan." (Akan aku kasi linknya di bawah nanti).

The man! :)

Let me "do this" by selecting some paragraphs okay. (Sebelum itu, harus aku jelaskan bahawa artikel berkenaan ditulis sebagai menjawab "grief" penerbit rancangan Terjah iaitu Nas Ahmad)

Look below:

"Saya mendapat SMS dari Azwan memberitahu dia akan mengadakan majlis merisik. Bukan saya seorang, tetapi penerbit dan rakan wartawan lain pun turut menerima mesej sama. Dari situ, saya tahu ada sesuatu tidak kena dengan majlis itu dan saya yakin ia bukanlah majlis merisik atau perkahwinan seperti digembar-gemburkan. Kalau dikatakan Terjah turut bersekongkol, sudah tentu kami tidak tanya soalan yang menghentamnya dan anda boleh tonton kembali program itu sebagaimana kami menjejaki Azwan untuk mengetahui kebenarannya." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: Kita sedar di sini bahawasanya Nas mempertahankan tindakan Terjah membuat liputan terhadap gimik Azwan Ali kerana ada (tidak tahu siapa) yang mendakwa bahawa Terjah dan Azwan bersekongkol untuk "mempromosikan" gimik berkenaan. Masalahnya terhadap jawapan Nas ini ialah "bertanyakan soalan yang menghentam dan bersekongkol" adalah dua perkara berbeza. Seseorang itu masih boleh "bersekongkol" walaupun dia bertanyakan soalan yang "menghentam". And by explaining that, adakah itu pendekatan Terjah iaitu bertanyakan "soalan menghentam"? And apakah maksud "soalan menghentam?" Adakah tugas wartawan untuk bertanyakan "soalan menghentam?" Aku pun lama gak jadi wartawan dan aku tak pernah seumur hidup diajar oleh sesiapa untuk bertanyakan "soalan menghentam".

"Jujur, tiada siapa pun antara kami mengetahui propaganda Azwan dan mengapa kami sanggup turun ke sana (Johor) kerana ingin mencari berita. Bagi saya, kalau betul dia kahwin itu sudah menjadi satu berita dan kalau sekadar 'propa', itu pun berita." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: What the fuck is propa? And to use "propaganda" for Azwan's arse gimmick is too much. Do you really have to understand this as if i am explaining to a fucking idiot? Propaganda adalah "penerangan" atau "penyiaran" yang diasosiasikan dengan ideologi atau fahaman. Sekadar gimik bodoh Azwan, tak payahlah sesatkan orang dengan penggunaan perkataan "propaganda". Bukankah tanggungjawab media juga untuk mendidik rakyat?

"Wartawan diajar mengenai prinsip 'anjing gigit orang, bukan berita tetapi kalau orang gigit anjing, itu barulah berita'. Tetapi, prinsip itu tidak, buat saya. Prinsip Nas Ahmad yang dipegang sejak dulu lagi ialah kedua-duanya dilihat sebagai berita penting yang perlu dihebahkan kepada masyarakat." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: Wow! For years and years we have been taught the theory of man bites dog in journalism (Media Studies) apabila kita berbicara tentang nilai berita and fyi, scholars in the Media Studies masih menggunakan teori yang sama tetapi Nas ini tidak. *Barangkali, penguasaan berita tentang selebriti dan sosial, sempadan di antara berita asli dan program realiti (atau Terjah) serta budaya-budaya popular lain yang semakin kabur, menunjukkan dunia berita dan nilainya semakin berkembang dan berubah. Kini proses tradisional berita hanya mempunyai signifikasi yang kecil.

"Sebagai wartawan hiburan, kita perlu kreatif dalam penyampaian berita agar nampak lebih sensasi. Namun apa-apa pun, mesti berpegang pada fakta. Kalau ada mengatakan Azwan memperbodohkan media dengan gimiknya, saya melihat perkara itu dari dua sudut perspektif berbeza. Kalau dilihat dari sudut budaya negara kita, saya tahu ramai tidak dapat menerimanya. Tetapi, gimik dilakukan Azwan sudah menjadi fenomena biasa di negara barat mahupun negara jiran kita, Indonesia."- Nas Ahmad
KOMEN AKU:
Bukan setahun dua pengalaman aku menjadi hiburan sama ada di Harian Metro, Metro Ahad ataupun menjadi Editor majalah hiburan tetapi aku tidak pernah seumur hidup "kreatif" untuk mensensasikan sesuatu. We write or broadcast the news as it is and we DO NOT manipulate to "sensasikan" ia. Adakah statement Nas ini mewakili semua wartawan hiburan yang ada di Malaysia sama ada di media elektronik ataupun cetak? Tidak cukup dengan mengakui terpaksa kreatif untuk mensensasikan, Nas terus lagi mengatakan bahawa "kreatif" untuk "mensensasikan" sesuatu berita hiburan dengan "berpegang kepada fakta". Tidak kah itu memberikan maksud memanipulasikan fakta untuk mensensasikannya? What the fuck is that? Soal pandangan sudut budaya pula, Nas mengakui bahawa "negara kita tidak dapat menerimanya" tetapi ia adalah fenomena biasa di Barat dan Indonesia. So, why the fuck he does the same fucking thing for a program that is broadcast only in Malaysia for Malaysian ?

"Bagi saya, kontroversi penting bagi seseorang penyanyi dan pelakon untuk dikenali dan terus diingati. Lagipun, ia (kontroversi) akan memeriahkan lagi persada industri hiburan. Contohnya strategi Azwan mengumumkannya terpilih sebagai duta produk, dia pandai bermain dengan kontroversi." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU:
Apakah benar apa yang Nas katakan ini bahawasanya "kontroversi bagi artis adalah penting untuk dikenali dan terus diingati?" Aku rasa statement ini sangat-sangat menjatuhkan maruah artis sebenarnya. And for the fucking record, pendekatan Azwan melancarkan produk serai (or whatever fuck it was) itu bukan lah sebab dia "pandai bermain dengan kontroversi". Nas harus lebih bijak menggunakan pemikirannya sebab itu bukan "pendekatan kontroversi", sebaliknya Azwan menggunakan "gimik". The product launch menggunakan gimik kononnya Azwan nak kahwin. Please....oh my GOD, please refer to the dictionary before you use words that leads to stupidity.

"Di sebabkan itulah, saya katakan kontroversi amat penting dalam karier seni seseorang artis. Lihat saja artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Karier seni mereka pernah tercalit kontroversi hebat dan kerana itulah mereka masih terus diingati hingga saat ini." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: Please (all you Siti and Mawi punya fans)...is this true? Adakah Siti dan Mawi masih terus diingati sebab kontroversi mereka? I will not argue that it is a contributing factor, but the main factor would still be that Mawi is the most sucessfull AF star manakala Siti pulak adalah penyanyi tempatan yang paling sukses.

**How journalists perceive their own roles is important, because they have traditionally relied on ingrained work roles and habits, and resisted changes to these routines. Daniels and Hollifield found that newsroom professionals react to change with resistance and negativity. ***Giles argued that journalists resist change because it threatens traditions and news routines.

Aku terlalu kisahkan apa yang akan berlaku di masa depan dalam dunia kewartawanan hiburan sebenarnya kalau kita ambik satu persatu statement Nas Ahmad ini and I am also wondering adakah apa yang Nas katakan ini persetujui oleh kebanyakan wartawan hiburan yang sedia ada bertugas dalam industri kewartawanan sekarang?

Is this the future of entertainment news sama ada dunia penyiaran atau atau dunia percetakan?

Is it a creative lisence to manipulate facts and make it sensational?

Jika ini adalah masa depan dunia kewartawanan hiburan, well....FUCK ME!

KEEP IT COOL!

Aku jadi takut + bimbang apabila membaca statement dia.

* (Harcup & O'Neill) Nilai Berita
**
G. L. Daniels, & C. Ann Hollifield, “Times of Turmoil: Short-and Long-Term Effect of Organizational Change on Newsroom Employees,” Journalism & Mass Communication Quarterly 79:3 (2002): 661-680.
***
Robert Giles, Newsroom Management: A Guide to Theory and Practice (Detroit: Media Management Books, 1995).
Note: Klik sini untuk membaca berita yang dimaksudkan sepenuhnya.

Jan 13, 2010

Lihat dunia. Tiap-tiap tahun aku dapat hadiah puluh-puluh ribu dan kekadang jutaan RUPIAH untuk hari jadiku! Haha...mana sama bodoh!

Sembang petang + tengah malam di sebuah kedai kopi di area Kepong.

(Nama sebenar mereka tidak digunakan atas sebab-sebab keselamatan)

KADUK: Kau ada baca tu? (Sambil menuding jari ke meja sebelahnya yang ada surat khabar)

SAM: Dah baca dah....nape?

KADUK: Dahsyat dia!

SAM: (Buat muka pelik sambil garu kepala seperti kebanyakan adegan drama Melayu) Apa yang dahsyatnya? Biasa aje lah tu.

KADUK: Biasa apa benda. Mana ada orang biasa boleh buat benda luar biasa macam tu!

SAM: Kan dia kaya....so beli benda mahal kira biasalah kan?

Well, dialog di atas ni memang simple. Bila aku dengar, it made sense.

It was such a big deal to certain newspaper to report that Dato Siti dapat hadiah beg tangan berharga RM40k but to "Sam" it was not a big deal sebab laki Dato Siti memang kaya raya.

Barangkali, kalau hadiah yang laki dia kasi adalah benda yang kita "tak nampak", then it has more news value maybe. (Nota: Apa itu hadiah yang kita "tak nampak"? Fikirlah sendiri okay)

Adakah nilai beritanya tinggi apabila laki Dato Siti kasi hadiah yang bernilai sama ada RM40k ataupun RM1 juta? Bak kata Sam tadi: "Dah dia mampu!"

But nevertheless, it made Page 2 on certain newspaper.

Jom kita layan gambar2 bawah ni:

Nasib baik ada juga muka surat 2 akhbar yang laporkan tentang keadaan negara kita kan?

Kalau tadi gambar di atas ialah Utusan Malaysia, yang ini pulak muka surat 2 Berita Harian juga melaporkan tentang keadaan negara. Syukur.

Tapi ini juga penting untuk keamanan negara sebab kita pasti tidak mahu Siti guna beg tak ada jenama, kereta murah atau jam Petaling Street kan? Kan?

Kepada peminat-peminat setia Dato Siti, jangan kecik hati dengan apa yang aku tulis ini. Ini sekadar cuit manja luar biasa Kak Siti Curam atau Mak Cik Joyah Gemuk Gedempul aje ni.

Kan kita kena selalu....

KEEP IT COOL!

Nov 1, 2009

Hari ini Ahad dan The Sunday Paper kan wajib untuk aku. Aku pun suka teropong apa yang orang suka teropong tu. Tak salah kan? Kan? Suka hati aku lah!

Tadi aku memandu ke KL sambil dengar program Carta Hot FM 30 yang dikendalikan teman lama aku, Faizal Ismail. Bersama dia sebagai tetamu tadi ialah the hottie, Marsha Milan Londoh, yang aku pernah sembang-sembang dulu dalam dua tiga minit masa company lama aku buat preview filem Saus Kacang.

What should have been a good interview, was wasted with ridiculous laughter and unnecessary question by FBI to Marsha.

How the heck did the station got number 1 pun aku tak tahulah, tetapi selepas menukar mendengar ke station lain pada ketika itu, aku mulai faham. Sebabnya ialah station lain pun lebih kurang sama atau lebih teruk.

The art of asking question di kalangan kebanyakan juruhebah radio ini harus dipertajamkan kerana kalau selalu sangat interview artis sambil ketawa dengan joke yang diorang sendiri faham, maka ia adalah satu kerugian terutama apabila kita ni sebagai pendengar tak tahu haram apa yang dijenakakan oleh mereka.

Dan seperti biasa juga, bila balik rumah, aku mula lah layan The Sunday Papers.

Apa yang aku temui pulak, lebih jijik. Marsha kali ini kena teropong pulak.

Dan seperti yang aku buat sebelum ini, apa kata, aku ulas KES ini menerusi setiap perenggan

Ini dia. (Lihat bawah ini)

HEADLINE: Sudah-sudahlah Marsha

KOMEN AKU: Di atas ini adalah Headline untuk cerita ini. Jelas sekali, menerusi headline ini, kita akan menjangkakan bahawa berita ini sepenuhnya akan menceritakan tentang Marsha dan kita tahu berdasarkan konotasinya, ia adalah sebuah cerita negatif.

SUB-HEAD: Bintang AF3 dikatakan 'terdesak' mencari cinta, mengaitkan dirinya dengan Yusry KRU

KOMEN AKU: Ini adalah “sub-head”. Jelas sekali bahawa sub-head ini memberikan konotasi negatif sepertimana aku sebut tadi. Penulis menggunakan perkataan “terdesak” untuk menggambarkan situasi Marsha. Tapi untuk anda yang tak tahu, kuasa menulis “headline” atau “sub-head” tidak terletak di atas tangan penulis selalunya, sebaliknya mereka yang bertanggungjawab menciptanya ialah sub-editors (ada kalanya juga, penulis atau editor boleh mencadangkan “headline” atau “sub-head”). Aku sendiri di kala menjadi editor, sentiasa akan memberikan cadangan sendiri untuk “headline” atau “sub-head”.

MEMANG teruja apabila ***** mendapat undangan peribadi daripada diva tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD untuk menyaksikan showcase beliau sempena mengutip derma Tabung Gempa Bumi Padang, Indonesia pada malam 23 Oktober lalu. Jika ikutkan hati, ***** sebenarnya malas nak pergi tambahan pula terpaksa berasak-asak bersama peminatnya. ***** pun dah lama tak clubbing, jadinya memang malas tahap dewa!

KOMEN AKU: Penulis yang menulis dia mendapat “undangan peribadi” terhadap sebuah persembahan yang pastinya mempunyai ramai wartawan hiburan, memberikan tanda seorang penulis yang arrogant! Tapi kalau anda baca seterusnya, penulis ternyata “terkena” dengan sifat angkuhnya itu. Lagi satu, frasa: “malas tahap dewa” ini apa maksudnya? Dewa (yang mempunyai sifat keTuhanan) dikaitkan dengan malas. Aku faham maksud frasa ini iaitu penulis berasa malas yang amat sangat tetapi ternyata penggunaan bahasanya salah sekali. Bahasanya pasar sangat weh!

Tapi, disebabkan KD, ***** gagahkan juga meredah kesesakan lalu lintas selepas hujan menuju ke Borneo Baruk Club (BBC) di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, lokasi berlangsungnya persembahan KD. Sekalipun seumur hidup ***** tak pernah jejaskan kaki di BBC, tapi kerana ingin memenuhi undangan KD, ***** tebalkan muka, rela bertanya kepada kawan-kawan di manakah lokasi kelab berkenaan.

KOMEN AKU: An entertainment writer doesn’t know a location of a popular club in KL? Have you fucking heard of Google Map? Penulis perlu “tebalkan muka” untuk bertanya? A journalist perlu “tebalkan muka”. Tell me again please…what is wrong with asking, that one needs to “tebalkan muka”? Atau adakah perenggan ini masih mahu memberikan penekanan kepada keangkuhan penulisnya sebab dia masih menulis: “…kerana ingin memenuhi undangan KD…”. Fuck off!

Setibanya di BBC, ***** disambut wakil daripada Tropic Jaya Entertainment, lalu di bawa ke tingkat atas yang dikhaskan hanya kepada wakil media massa dan artis jemputan saja. Namun, agak memeranjatkan, begitu ramai ‘manusia’ yang tidak dikenali berada pada aras berkenaan. Justeru, sebaik persembahan bermula kira-kira jam 9.30 malam, memang ***** tidak berpeluang melihat KD yang membuat persembahan di tingkat bawah.

KOMEN AKU: Wow. Penulis menulis perkataan manusia dengan meletakkan inverted commas seperti ini – ‘MANUSIA’. Tanda bacaan itu diletakkan sebenarnya untuk membezakan sesuatu. ‘MANUSIA’ yang dimaksudkan penulis itu adalah di kalangan mereka yang bukan wartawan agaknya tetapi masih ditempatkan di kawasan duduk di kalangan wartawan. Bedasarkan pengalaman aku, memang ada beberapa kali penganjur suka meletakkan ramai tetamu di tempat duduk yang dikhaskan untuk wartawan. Tetapi bagi aku, seseorang wartawan sama ada wartawan hiburan atau tidak, tidak perlu terlalu bergantung di tempat duduk khas kerana tugas seorang wartawan ialah untuk “melaporkan”. Duduk lah di mana pun, sesebuah laporan itu tidak sepatutnya menjadi bias hanya kerana kita tidak dapat duduk di tempat yang selesa. Who the fuck do you think you are dude?

***** mencari-cari juga ruang sempit untuk mengintai ke pentas, namun yang kelihatan hanyalah kepala dan pinggul ‘manusia’ yang tidak dikenali itu. ***** hanya berpeluang menikmati kemerduan nyanyiannya saja, mendengar vokal KD ibarat sedang menikmati persembahannya menerusi cakera padat (CD)!

KOMEN AKU: I doubt the phrase “….vokal KD ibarat sedang menikmati persembahannya menerusi cakera padat.” Really? Seseorang yang mempunyai pendengaran yang betul pasti akan menyangkal pendapat ini. Namun, aku tak boleh nak ulas banyak tentang ini sebab aku tidak ada di sana untuk menyaksikan persembahan berkenaan.

Bosan dengan lokasi pihak wartawan yang tidak diendahkan itu, sebaik saja KD selesai mengalunkan lagu ketiganya, ***** terus angkat kaki, bosan apabila pihak media massa tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada pihak penganjur. Hello, ***** berada di Malaysia, di tanah air sendiri untuk melihat artis seberang membuat persembahan, tapi inikah layanan terbaik yang mampu diberikan penganjur!

KOMEN AKU: How could you write a fucking review after only listening to 3 songs? Apakah maksud penulis yang mahukan “layanan yang sewajarnya”? You need somebody to give you head to be there while watching the damn show man? Apa keistimewaan penulis ini sehingga dia rasa dia berhak mendapat “layanan sewajarnya” itu? Kata tadi dapat undangan peribadi KD. So, what the fuck happened man? Nobody fucking recognize you? This is a fucking crime nampaknya!

Berbeza ketika ***** diundang ke Jakarta, Indonesia pertengahan tahun ini menyaksikan penghibur terkenal negara itu, Agnes Monica mengadakan persembahan sempena promosi album barunya, Sacredly Agnezious di sebuah stesen TV. Rombongan wartawan Malaysia diberi peluang berada betul-betul di depan pentas, begitu juga ketika berlangsungnya Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, baru-baru ini, wartawan Malaysia diberikan tempat duduk VIP!

KOMEN AKU: Oooo….lu nak duduk di depan pentas rupanya! Lu nak tempat duduk VIP rupanya. Kalau tak dapat tempat VIP, habis lah lu “pukul” persembahan itu ye. Such a fucking crime!

Justeru, apa yang berlaku ketika menyaksikan showcase KD di BBC baru-baru ini ibarat kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan! Kalaulah ***** tahu tempat duduk wartawan tempatan dipandang sepi oleh pihak yang bertanggung jawab, tak ingin ***** datang, lebih baik duduk rumah dengar CD album kompilasi terbaru KD, Aku Wanita Biasa, lagi puas hati!

Persembahan amal KD itu adalah anjuran Tropic Jaya Entertainment dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) , Garuda Indonesia dan BBC sebagai penaja lokasi.

KOMEN AKU: Peribahasa “kera di hutan disusukan” memberikan makna bahawa penganjur memberikan layanan istimewa kepada orang asing manakala mengabaikan orang tempatan namun tidak jelas di sini, siapa yang diberikan perhatian oleh penganjur sehingga mencetuskan amarah sang penulis.

Pun begitu, apa yang diperlakukan kepada wakil media massa tempatan di BBC itu, masih boleh ***** maafkan lagi sebaik saja memikirkan undangan berkenaan hadir secara terus daripada mulut KD, sebaliknya apabila membaca kenyataan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh, 24, di sebuah majalah hiburan, mengakui dia amat meminati Yusry KRU, tiba-tiba saja membuatkan ***** rasa geli!

KOMEN AKU: Selepas 7 perenggan tentang KD, barulah penulis membuka cerita tentang Marsha. Walaupun dari headline tadi kita fikir ini adalah tentang Marsha, maka kita silap kerana hanya 5 daripada 12 perenggan cerita ini menceritakan tentang Marsha dan ia bermula di perenggan ke-7. Tapi sebelum itu, penulis masih lagi arrogant dengan menyebut: “…memikirkan undangan berkenaan hadir secara terus daripada mulut KD.” Brader, kalau KD sendiri jemput lu, kenapa lak lu kena layan macam hanjing bro? Dan tiba-tiba di perenggan ini pulak, penulis menyatakan bahawa dia “geli”apabila membaca tentang Marsha yang minat Yusry KRU. Aku tak faham kenapa dia geli.

“Kali pertama saya jumpa Yusry, saya mengakulah yang saya tergamam melihat dia di depan mata. Masa tu, saya tak boleh nak bersuara. Tak tahulah kenapa, tapi saya rasa sebab saya ni memang peminat setia KRU. Setakat itu sajalah. Tak ada apa-apa perasaan di antara kami. Kawan dalam bekerja, tak ada yang lebih-lebih,” begitulah lebih kurang pengakuan Marsha kepada majalah hiburan popular itu.

KOMEN AKU: Di sini penulis quoted Marsha yang dikatakanya mengeluarkan kenyataan demikain dalam sebuah majalah hiburan yang tidak disebutnya pulak.

Dah dia syok kat Yusry, biaq pi aje lah kan? Hahahaha.

Mengenali Marsha yang jelita ini, memang tak dinafikan dia sering kali dikaitkan dengan ramai lelaki kacak dan berpengaruh. Namun, selepas putus cinta dengan Keifli AF3, barulah pecah tembelang, mengaku antara mereka sebelum ini memang wujud perasaan cinta. Kalau benar dia meminati KRU, kenapa dia tidak tergamam melihat Norman atau Edry, hanya terhadap Yusry saja yang berstatus duda ‘terhangat di pasaran itu’?

KOMEN AKU: Aku tak faham dengan barisan ayat: “…Kalau benar dia meminati KRU, kenapa dia tidak tergamam melihat Norman atau Edry, hanya terhadap Yusry saja yang berstatus duda ‘terhangat di pasaran itu’?” Aku fikir Marsha “tergamam” dengan Yusry sebab dia bukan lagi suami orang lah bodoh. Norman dan Edry kan laki orang? Aku tak tahu macam mana nak kata tentang betapa bodohnya perenggan ini. Memanglah Marsha akan kata dia minat KRU walaupun dia sebenarnya minat Yusry seorang saja. Perempuan kan pemalu. Lu apa lak masalah kalau dia minat Yusry brader?

***** tidak pernah bermasalah dengan Marsha sebelum ini, tapi apabila membaca kenyataan begitu, ia memperlihatkan Marsha seolah-olah terdesak mencari pengganti cinta baru. Namun, disebabkan nak cover line, mengaku sajalah, Marsha peminat KRU, kata kau!

KOMEN: Ooooo….lu tak ada masalah dengan Marsha tapi lu ada sikit cemburu sebab dia minat Yusry ke ni? Marsha jadi terdesak sebab dia suka Yusry KRU? Masrha jadi terdesak sebab dia nak kan cinta baru? What is wrong even if Marsha minat Yusry ke tidak? What is the value of this piece of shit (I mean this piece of article)?

KOMEN AKU KESELURUHAN:

  1. Apa nilai berita ini? Di manakah nilainya?
  2. Aku rasa perlu ada definisi yang jelas tentang “layanan yang sewajarnya” untuk wartawan hiburan seperti ini.
  3. Penulisan seperti ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada taraf penulisan berita di kalangan wartawan hiburan. Biarpun sebenarnya ramai yang di kalangan mereka yang sebenarnya bagus dan professional, laporan seperti ini sedikit sebanyak memberikan gambaran yang negatif terhadap mereka.

Why the fuck do I care? Sebab aku rasa penulisan hiburan perlu dihormati dan untuk mencapai itu kita perlu menghormati penulisnya tetapi bagaimana kita nak wujud perasaan hormat when their writing is like this?

Akhir kata,this is clearly….a piece of crap!

Ops…sorry…akhir kata yang sebenar…..

KEEP IT COOL!

Oct 9, 2009

Cerita artis dah gemuk adalah penting untuk meningkatkan tahap dan kualiti industri hiburan tanah air. Suka hati mak kau lah!

EDITOR
So, what the angle of the story?

WARTAWAN
Kita buat cerita tentang badan dia yang dah naik okay?

EDITOR
Badan dia dah naik?

WARTAWAN
Ye lah..dulu dia slim, meletopz! Tapi sekarang pakai baju ketat gerenti nampak perut.

EDITOR
So? Nak buat cerita pasal dia gemuk?

WARTAWAN
Ye lah...orang mesti nak tahu sebab apa dia gemuk kan? Dia gemuk sebab senang hati sejak ada boyfriend ke apa ke? Manalah tahu...but gerenti orang nak baca punya kan?

EDITOR
Hmmm...cerita dia dah gemuk? Hmmm...this story will help generate the public interest in the entertainment industry in Malaysia. Now, they will see that entertainment is not just "entertainment", but it's Artistic Business.

WARTAWAN
Ye bos...ini lah cara untuk kita sumbangkan kepada pembangunan industri hiburan tanah air yang makin lemah di negara ini.

EDITOR
(sambil berdiri di sisi meja dan berkata-kata sambil tangan dihayun-hayun macam Karam Singh Walia minus the peribahasa)
Yes, cerita artis dah gemuk, cerita artis shopping raya, cerita artis macam ni is the element needed in the entertainment world in Malaysia. So, what the fuck are you waiting for? Go for it! This is the real shit that we need! You will be praise. You will be helping the industry and we will be the number 1 newspaper in the fucking country and the fucking whole wide world!!! Yeah!!!!

Ini sekadar dialog rekaan dalam kepala hotak aku bila aku membaca cerita macam ni di dada akhbar. And some idiot artiste pun...macam lah tak ada benda lain yang interesting nak cerita.

Aku tahu aku exaggerate over sikit dengan dialog-dialog ni tapi aku rasa exaggeration aku adalah diperlukan in some weird fucking way.

KEEP IT COOL people!

Sep 12, 2009

Last-last dapat kaler baru kat kereta dan dapat jugak ayam free. Okay le tu.

Look at all the comments in this posting about apa yang terjadi kepada penulis hiburan tu.

Rata-rata memadankan muka dia.

I wonder why.

Itulah sebabnya aku kata kita perlukan Reformasi Kewartawanan Hiburan.

I have seen worst thing yang berlaku terhadap journalists.

Takat kena simbah cat dan dapat ayam free bagi aku tak ada apa-apa pun.

Adakah ini bermakna dia adalah hero dalam kewartawanan hiburan?

Adakah ini bermakna kita perlu celebrate dia?

Adakah ini bermakna "he deserved it?"

Aku mengharapkan lain sebenarnya.

Aku mengharapkan orang yang tak puas hati or rasa wujud fitnah mengambil tindakan ikut undang-undang sebab hanya dengan cara itu sahaja reformasi boleh wujud.

Takat buang cat dan kasi ayam free samalah macam diorang yang bawak kepala lembu tu ke hulu ke hilir.

Well, itu pendapat aku.

Apa yang penting aku rasa dia kena tukar "teropong" tu sebab aku rasa "teropong" tu udah lapuk. Nak lebih elok....buang aje "teropong" haram tu.

Nak sokong aku ke tidak, aku tak kira. Itu pendapat aku.

KEEP IT COOL.

Aug 31, 2009

Kadang-kadang bagus kalau kita kurang bercakap dalam bulan puasa tapi ada akhbar yang masih sibuk jual "seks" di Ramadan. Suka hati kau lah labu!

Dan ini bulan Puasa. Ramadan Al-Mubarak.

Bulan yang sangat-sangat mulia.

Aku cuba nak elak menulis sepertimana yang aku selalu tulis.

Aku bukannya tak tahu penulisan aku kasar sikit sampai akan ada orang yang terasa.

Macam mana baik pun niat, tapi niat itu hanya di antara aku dan Tuhan dan bukan mudah nak buat semua orang paham niat kita kan?

So, kalau korang tertanya-tanya kenapa aku menyepi sejak dua menjak ni, aku sebenarnya nak kurang berkata-kata di bulan ni.

Aku tak mahu buat berita macam di bawah ni....

Dalam bulan puasa ni, kita masih disaji dengan berita seperti ini. Hebat!

Jumpa lagi.

KEEP IT COOL.

Jul 27, 2009

Ramai suruh boikot akhbar ini. Ramai kata akhbar ini dah mengaibkan orang yang sudah mati. Apa kata korang?

Biar kita dalam kesedihan atas kematian pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad, kita lihat juga bagaimana media berlumba-lumba memberikan liputan terbaik mereka.

Pelbagai interview disajikan kepada kita.

Balasungkawa lah...dan apa kejadah lagi semuanya ada.

Aku seboleh-bolehnya baca semua sekali yang mana aku sempat.

Dan ada juga media yang akan buat "apa sahaja" untuk jadi yang terbaik barangkali.

Seperti yang di bawah ini:

They have such fucking GOOD TASTE.

They fucking did it!

Congra fucking lations to them.

People are saying we should boikot the fucking newspaper.

But I say, we salute them sebab diorang "aib"kan orang yang dah meninggal dunia.

Fucking BRAVO to them.

No matter what it is, even if the argument adalah apa yang dicatatkan ialah fakta atas segala fakta, hakikatnya mereka dengan bangganya mendedahkan segala-galanya dan siapa yang tak tahu kini sudah tahu.

Entahlah, aku sakit hati sebab aku berpendapat ia adalah tindakan yang mengaibkan dan aku tak pasti journalism jenis apa yang diamalkan di sini.

Aku fikir semua akhbar tahu semua fakta-fakta yang ditulis tetapi dek kerana menghormati keluarga Allahyarham dan mengamalkan sifat-sifat yang baik, mereka tidak mempersembahkannya sebagaimana yang telah dipersembahkan di akhbar hebat itu.

Namun, nasi dah jadi bubur.

Nota Kecil Seperti Akhbar Melayu Selalu Buat: Aku tak pernah seumur hidup beli akhbar ini (Selalu aku pinjam baca aje.)

No matter what.

JUST...

KEEP IT COOL

Jul 22, 2009

Ulasan aku bukan tentang APM tapi tentang ulasan akhbar tempatan yang melaporkan tentang APM. Kalau nak layan, silakan lah.

Aku akhirnya tak jadi ke Jakarta untuk beberapa meetings serta menonton APM2009 due to the Jakarta Bombings tapi sempat jugaklah aku menonton Astro Ria. Walaupun nampak kosong sikit, aku rasa the award show went well (despite that "Bombers - Kiss My Ass" tu).

For so many years, aku selalu saja terbabit sebagai juri APM tapi kali ini aku tarik diri sebab I was too busy with my new work. Setiap kali tiba APM jugak, aku selalu saja fikirkan tentang Arwah Loloq yang selalu saja akan berada di sisi sewaktu judging.

Anyway, suatu masa lalu, aku fikir APM sama taraf atau lebih tinggi berbanding AIM tetapi executionnya kali ini membuatkan APM tak ubah seolah-olah menjadi sebuah persembahan award show ala MTV.

Keseriusannya ternyata hilang apabila nilai-nilai komersil / populariti seolah-olah mendominasi. Barangkali, penganjurnya mahukan "rebranding"...barangkali.

Apa yang menarik perhatian aku ialah the post coverage on the event by our local media. Tak ada yang extra ordinary mengenai their observation and comments and of course the usual and komen arkaik would be: "Dominasi artis Indonesia di APM".

For so many years dalam APM memang itu yang berlaku sebab talent-talent dari Indonesia didapati lebih baik berbanding Malaysia dan Singapura and as for the "Popularity Contest", ternyata kuasa SMS rakyat Malaysia lebih tinggi berbanding rakyat Indonesia mahupun Singapura.

Apa pun, kali ini aku suka bercerita menerusi gambar-gambar amatur aku di bawah ni:

Laporan akhbar ini dengan headlinenya: "Popular, terbaik perlu seiring". Aku cuba memahami maksudnya. Kategori "Terbaik" dalam APM dipilih menerusi sistem penjurian manakala Kategori "Popular" ditentukan menerusi undian SMS. I thought the concept is simple dan mudah difahami sebab ia tidak akan boleh seiring.

Keseluruhan artikel yang diterbitkan ini ada 40 perenggan.

Tetapi......

Sebanyak 28 perenggan "didedikasikan" kepada "kekalahan" Datuk Siti Nurhaliza.

Lihat di bawah ni:

Penulisan ini menggambarkan seolah-olah Siti tak patut tewas di tangan Bunga. Clearly, penulisan ini menganggap album Lantera Timur itu lebih baik berbanding album Bunga yang berjudul Tentang Kamu. I have listened to both album and frankly, sebagai orang yang pernah jugak membuat penjurian untuk APM dan AIM, album Bunga mempunyai kelebihannya.

Nothing against anybody here, but susah untuk aku mencari impartiality dalam penulisan ini kerana ia jelas sekali bias terhadap Siti.

Persoalan aku:

1. Siti tak boleh tewas?

2. Tak boleh ada album orang lain yang lebih baik daripada Siti?

3. Does Siti has to win everything in any award ceremony?

Aku fikir Siti sendiri sudah mature enough to understand that persaingan dalam industri muzik apabila digabungkan dengan Singapura dan Indonesia akan jadi lebih sengit dan barangkali Siti sendiri tidak akan terkejut kalau dia tewas.

Aku lebih menantikan satu bentuk review on "Why Bunga won?"

Apa ada dalam album Bunga yang menjadikannya seorang Juara?

Tapi itu tak ada sebab penulisan seperti ini yang ada 40 perenggan lebih memberikan fokus terhadap "kekalahan" Siti (dengan 28 perenggan itu). Nama "Siti" sendiri disebut sebanyak 14 kali throughout the article.

Selebihnya ada 5 perenggan yang memperkatakan tentang kemenangan Aizat, seperti di bawah ini:

Manakala a review on APM secara keseluruhannya sebagai sebuah majlis award hanyalah sebanyak 6 perenggan seperti di bawah:

Dan kemenangan Ayu dapat jugalah 1 perenggan.

Ini pulak senarai pemenang semua kategori dalam APM.

I am not picking on anybody here, tapi ini lah maksud aku apabila aku dok sebut tentang Reformasi Kewartawan Hiburan.

* How do you report/write a review on an Award Show?

* Apa yang akan kita fokuskan?

* What should we observe in an Award Show?

* What if you disagree on the winners? How would you approach this in your writing and still be impartial?

Pada aku, penulisan tentang sesuatu Award Show harus seimbang. Kita mesti tolak sepenuhnya pendapat peribadi kita.

If the crowd go beserk and start rioting ke sebab Siti kalah, maka kita laporkan kejadian itu....something like that.

We might love Siti to death, but as an Entertainment Journalist, we should always be impartial! Period!

KEEP IT COOL.

Jun 19, 2009

Aku rasa dunia hiburan boleh diselamatkan dengan journalist yang pakai trench leather coat masa buat reporting. Insya-Allah.

Astaga. Korang baca tak Berita Harian hari ini?

Perubahan besar dalam dunia kewartawan hiburan (broadcasting) sedang berlaku.

These journalists are going to be fucking awesome and change the journalism world and they have trench leather coat to make it happen.

Ini dia barisan journalist TV yang akan mengubah industri hiburan kita untuk menjadikannya lebih hebat dan penuh dengan kredibilti dan antara segmen yang bagus dari aspek ilmiahnya ialah segmen yang bernama S.A.M.A.N (Selesaikan Apa Masalah Artis Negara). Mereka barangkali mampu menyelesaikan banyak masalah artis negara kita dan tidak lama lagi aku rasa artis negara kita dah boleh laku di peringkat antarabangsa dan angkasa!

Let us embrace ourselves.

And hope for the best.

Insya-Allah.

Keep it cool.

May 28, 2009

Aku tahu memang ramai yang suka jadikan media sebagai platform untuk tegakkan kebenaran yang ada di mata mereka.

Ini contoh penulisan untuk mendapatkan komen.

Baca dulu bawah ni:

Journalist: Boleh tak anda komen tentang perhubungan anda dengan penyanyi nasyid ni sampai khabarnya ia menjejaskan perhubungan anda dengan isteri anda sekarang?

Jawapan Artis A: Saya tak mahu komen.

Apa yang selalu akan ditulis oleh wartawan adalah seperti di bawah:

Penyanyi A ketika dihubungi untuk ditanya mengenai skandalnya bersama seorang lagi penyanyi nasyid sehingga menyebabkan isterinya mula memberikan kenyataan pedas kepada akhbar, enggan mengulas lanjut.

As you can see, walaupun jawapan yang diberikan adalah seringkas “Saya tak mahu komen”, wartawan tetap akan menyatakan isu yang mahu diketengahkannya.

Kalau jawapan Artis A adalah begini: Kan saya dah dah kata, saya tidak akan komen!”

Wartawan pada kebiasannya selalunya akan menulis begini pulak:

Artis A ternyata berang ketika ditanya mengenai skandalnya bersama seorang lagi penyanyi nasyid sehingga menyebabkan isterinya mula memberikan kenyataan pedas kepada akhbar.

So how? How do you maintain your coolness ke, tahap profesionalisme ke, intergriti ke atau apa-apa lah apabila berdepan dengan keadaan ini?Anyway or anyhow you comment, you will think that it will be twisted by the media sedangkan itulah cara media melaporkannya.

Akil Hayy khabarnya memilih untuk berdiam diri dan biarkan isterinya dan Waheeda yang lantang bersuara di akhbar tentang kontroversi mereka.

Wartawan Harian Metro, Rudy Imran Shamsudin, dalam laporan dalam HM pada tarikh 27 May 2009 di muka surat 2 dengan tajuk: “Ustaz hahal dihubungi” mencatatkan antara lain berbunyi begini: “Pengakuan isteri Akil Abdul Hai (Akil Hayy), Maizawati Zainal mengenai suaminya mempunyai hubungan cinta dengan pelakon, Norwahida Abdul Wahab (Waheeda) turut mengejutkan mereka yang rapat dengan penyanyi nasyid itu. Sepeeti yang disiarkan di Harian Metro kelmarin, Maizawati membuat pengakuan Akil tidak pulang ke rumah untuk menjenguknya dan enam anak mereka sejak Februari lalu, menyebabkan dia mahu menuntut cerai….” Itulah antara lain yang ditulis HM.

Glamor diorang ni sekarang kan?

Sekarang ni, kita akan terfikir sampai bila Akil akan berdiam dan membiarkan lebih banyak cerita mengenainya diterbitkan di akhbar? Dan bagaimana pulak nanti assumption peminatnya? Adakah mereka akan berfikir “Diam kerana benar” or “Diam kerana salah”?

Aku tak pelik langsung dengan apa yang jadi. Kalau dah artis itu, artis jugaklah namanya. Lantaklah ada title ustaz ke, tuan haji ke, bilal masjid ke or imam masjid sekalipun, tapi kalau dah ada title artis itu maka dunia mereka selalu saja akan dilanda kontroversilah, gosiplah, fitnahlah dan semua yang seangkatan dengan negativity itu.

Dan aku pun tak pelik langsung bila bini-bini artis atau girlfriend-girlfriend artis ni menggunakan akhbar atau media sebagai platform untuk “bergaduh” atau menegakkan kebenaran yang ada di mata mereka.

Dan aku pun lagi lah tak pelik, apabila ada artis yang tak mahu balas kenyataan media langsung terhadap kontroversi yang berkaitan dengan dirinya.

Semua orang ada cara sendiri apabila berdepan dengan kontroversi, masalah atau bencana.

Cuma aku berpegang kepada pendirian bahawa: “Kita kena ada MARUAH.”

Kepada Akil Hayy – KEEP IT COOL dude!

May 6, 2009

Salahkah kalau aku mula rasa mual bila dah banyak sangat cerita artis masuk PLKN? Aku geli dengan cheap exploitation ini.

Tanpa aku bukak mana-mana kamus, aku ingat beberapa perkataan ini:

1. Mual
2. Jelik
3. Muak
4. Geli

(Aku rasa *kalau tak silap akulah* bahawa perkataan ini mempunyai makna yang hampir sama pada konteks penulisan aku ini)

Pada 5 May 2009 (kelmarin), sisipan BH iaitu HIP melaporkan ini:

Tiga BINTANG ini jadi Duta PLKN. PLKN habis-habisan menggunakan Diana Danielle, Suki dan Alif ni untuk MENCUCI imej PLKN itu sendiri gamaknya.

Dahsyat! Fucking EXCELLENT!

Tengok aje caption gambar ni.

Dan hari ini pulak, di muka surat 28 akhbar Berita Harian di ruangan Surat & E-Mel, diterbitkan pula yang ini:

Sejak hari pendaftaran tiga peserta artis muda menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pelbagai berita dan laporan disiarkan media. Persoalannya, adakah laporan dibuat berasaskan kehebatan PLKN atau populariti artis berkenaan yang ingin dicanangkan? Sejak PLKN mula dilaksanakan beberapa tahun dulu, jarang sekali artikel mengenai peserta program disiarkan. Kisah tiga artis remaja itu tidaklah terlalu layak sangat menjadi 'idola' menyertai program itu, banyak artikel mengenai mereka disiarkan. Sepatutnya penghargaan dinyatakan kepada kerajaan dan badan yang menjayakan program itu."
- Oleh Pelajar Sains Komputer (USM Pulau Pinang)

Moral of the story?

Sudah-sudahlah hoi!

KEEP IT COOL

Apr 6, 2009

Lacur tu banyak makna. Sundal itu melacur, penulis tak bernama juga sundal. Pelacur=Sundal=Penulis Tak Bernama. Setuju atau tidak aku tak peduli!

Dalam pada aku ucap tahniah kepada Jalal Ali (sila lihat posting yang sebelum ini), aku juga sebenarnya tengah fikir macam mana atau apa cara terbaik untuk memberikan anugerah kewartawanan hiburan kepada penulis hiburan yang tak bernama sebab nampaknya "bangsa" ni dah makin ramai, makin diterima dan makin berani untuk melacurkan kewartawanan...ops, did I say "melacurkan"?. What I meant was prostituting! (haha)

Ex MB Perak (Nizar) ni tak ada kaitan dengan entry aku ni but I just wanna be you know..."up-to-date" ajelah....manalah tahu dia menang jugak malam ni kan? Anyway, aku suka dengan sepanduk yang mamat di pegang.

Kita ada Mak Minah, Minah Karen, Mak Joyah, Songseh Songseh, Mami Jarum, Ramlah Propa, etc etc (semuanya bukan nama sebenar sebab aku nak elak menyebut nama diorang sebab aku menyampah).

Semua-semua penulis tak bernama ni pun patut menang some sort of award lah sebab diorang ni kerja keras memberikan laporan berbentuk bias, unjustified, berunsur fitnah, memalukan orang dan sebagainya.

Diorang ni juga patut diberikan award sebab diorang ni juga begitu tekun membelakangi wartawan hiburan tanah air yang begitu kerja keras meneropong artis, menulis gosip yang entah betul entah tidak dan semua yang seangkatan dengannyalah.

Kalau tak percaya baca ini. (Tapi teruskan baca Bimbo dulu okay)

Could this be Kak Poooooorraaaahhhhh? Could this be Mami Jarum? Could this be Minah Karen/Karat? Dammmnnnnnnn!

Kak Pooooorahhh ni menulis dengan mengucap tahniah kepada Erra Fazira dan Engku Emran atas kelahiran anak mereka. Bukan main lagi Kak Poooooorahhhhh ni memuji Erra dan Emran, just to be cynical in the rest of the piece.

Jadi perhatian utama dalam industri hiburan di negara kita dan kelahiran anak mereka siap disama dengan anak Jolie dan Pitt lagi. Yes, are heading "there" if you know what I mean.

Kak Poooooorraahhhh ni "bising" dan "tidak bersetuju" dengan keputusan Erra and Emran untuk tidak "parade"kan anak sulung mereka yang baru lahir itu untuk dijadikan hiasan di dada media.

As Erra said it, she wants to be fair to all the media. Maksudnya, Erra nak buat "pengenalan" yang lebih profesional iaitu barangkali "memperkenalkan" anaknya dalam satu sidang akhbar ke (again....kenapa ia penting untuk kita aku pun tak peduli sangat lah). Dengan cara ini Erra fikir everybody will get a piece of the cake rather than certain media sahaja yang dapat gambar anak dia tu.

I can see where she is coming from lah...trying to be fair with the media supaya tidak akan ada yang kecik hati dengan dia lah kan.

But hey, that is her choice lah kan? Nak tak nak, kena telan air liur aje lah.

Tapi Kak Poooorraahhhh tak mahu telan air liur sebab dia dah biasa meludah.

Lalu Kak Poooorrraahhhhh menulis begini: "Sepatutnya Erra bagi alasan lain. Adalah adil kepada wartawan dan jurugambar yang berusah payah datang untuk merakamkan foto kenangan itu, maklumlah yang lahir pada hari itu ialah Ratu Filem Melayu. Jadi, bagi mereka yang datang ke hospital itu, mereka kecewa kerana tindakan itu sebenarnya adalah tidak adil kepada mereka yang berusah payah datang meredah kesesakan lalu lintas, kemudian bayar tol dan parking tetapi Erra dan Emran tak izinkan. Sedangkan pihak media yang tak datang dan tak ingin buat liputan pada hari itu masih ada peluang untuk dapatkan gambar anak Erra nanti, iaitu pada majlis cukur jambul selepas 44 hari bersalin. ......Agaknya berapa ramailah wartawan hari itu yang kena marah oleh boss masing-masing sebab pulang tangan kosong."

Begitulah lebih kurang macam mana Kak Poooorraaaaah menulis. Kalau nak baca lebih lanjut, klik lah kat mana aku tanda di atas tu tadi.

Okay now aku tulis dalam point form lah:

* Wahai pembaca Bimbo yang aku hormati, tugas wartawan memang begitu. Memang biasalah kalau wartawan kena redah trafik, bayar parking, menunggu berjam-jam.....that's your fucking job! I've fuckin done it already!

* Kalau balik tangan kosong memang kena marah dengan Editor. So, fucking deal with it!

* You don't get the scoop? Fucking blame yourself for not having good contacts!

* Aku masih lagi pelik di sini sebab aku cuba mencari di mana keistimewaan wartawan hiburan berbanding wartawan meja am ke, meja jenayah ke and so on. Meaning, kalau wartawan hiburan "berkejar" untuk mendapatkan sesuatu berita itu, mereka tidak boleh dikecewakan? Kalau mereka gagal, mereka akan tulis macam-macam di ruangan tak bernama itu?

* Tak cukup dengan itu, ada juga wartawan hiburan yang akan menulis macam-macam kalau ada artis yang tak menegur mereka di mana-mana majlis. It seems you (the artistes) are fucked kalau tak say "hi" atau "bagi salam" kepada wartawan baik di mana saja mereka berada okay.

* Dulu aku masa jadi wartawan meja jenayah pernah kena marah gila babi dengan bekas Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Che Rus, dan aku merungut kepada Ketua Biro aku tapi lusanya aku pergi semula ke IPK JB untuk "cover" Datuk Ismail. That is the part of the job lah.

* But hey, I guess certain Entertainment Journalists are different.

* Dan aku tahu aku akan dikutuk oleh mereka-mereka yang tak bernama ini kerana pendapat aku ini tetapi as i always say....F it lah.

* I've got no issue with Erra nor Emran, cuma aku rasa they made a choice and the choice tu valid and bagi wartawan hiburan yang GAGAL dapat gambar exclusive anak diorang....too fucking bad.

* Cuma yang aku pelik + kecewa ialah apabila soal KEGAGALAN itu dijadikan bahan untuk mengkritik Erra dan Emran dan lebih hina ialah si pengkritik adalah seseorang yang tak ada "balls" seperti Kak Poooorraaahhhh. I am not sure whether you are a dick or a pussy!

Apa pun, aku harap Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia segera memberikan anugerah kepada penulis-penulis tak bernama ini sebab it's time for us to glorify them for helping to improve the entertainment business, entertainment journalism etchics and entertainment as artistic business in the country. Well done!

Keep it cool.

Kredit gambar 1: penarikbeca.blogspot.com. Kredit Gambar 2: www.mediamalaya.com. Kredit Gambar 3: http://images.google.com.my. Kredit Gambar 4: www.bharian.com.my

Apr 1, 2009

Orang Melayu kata: "Cakap siang pandang-pandang". Orang Melayu kata: "Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang."

Orang Melayu selalu kata, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" yang memberikan maksud kalau tak silap aku supaya kita ni kalau "berkata-kata" atau "mengata", jangan sembarangan sebab entah-entah, orang di sebelah kita tu adalah orang yang jadi bahan bicara kita. Aku fikir, ini bukan dalam sikap Melayu sahaja. Barangkali, semua bangsa dalam dunia ada amalan "berkata-kata" atau "mengata" ni kan?

Ada "kata-kata" ini yang berasal dari khabar angin dan apabila khabar angin itu tersebar, orang Melayu ada juga peribahasanya iaitu: "Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang." Ada khabar angin yang sekadar jadi khabar angin yang mana menyaksikan khabar itu terus menjadi debu yang turut sama ditiup angin itu.

Namun ada khabar angin yang terus melekat dan biarpun ia hanya khabar angin tanpa ada justifikasi, subjeknya terus melayang "dipukul" angin itu. I call them: "Victim of circumstances."

Ada juga khabar angin yang boleh dikategorikan sebagai fitnah, berniat jahat, berat sebelah, bias etc etc. Khabar angin sedemikian wujud atas banyak sebab yang aku susah nak berikan satu persatu.

Why am I talking about this?

Sebab aku tengah membaca ini. (Korang boleh baca dulu or baca kemudian dan sambung balik dengan apa aku tulis lagi kat bawah ni...your call)

Again...the piece was written oleh penulis yang tidak bernama. Dia menulis secara hearsay sebab dia sendiri tulis bahawa aksi artis berpeluk cium itu dilihat oleh temannya.

Di bawah ini aku berikan contoh-contoh penulisannya:

1. Nak dijadikan cerita, teman SS itu ditempatkan tidak jauh dengan artis popular bergelar 'J'. Tapi kata teman SS, artis J yang dimaksudkan bukan pelakon berwajah comel Nora Danish tapi artis wanita lain yang tidak kurang popularnya.

2. SS difahamkan, dia datang bersama teman lelaki tampan. Cerita teman SS, gelagat mereka berdua tersangatlah intim hingga orang ramai hilang fokus dengan persembahan Anggun.

Itu hanya sekadar contoh.

Tulisan ini banyak menggunakan perkataan seperti: "SS difahamkan"

Tulisan ini juga tidak menyebut nama artis berkenaan tetapi ia ada menyebut nama-nama artis lain seperti yang ditulisnya sebegini: "....Nora Danish, Umie Aida, Erma Fatima dan adiknya, Betty, Zizie Ezette, Shila, Linda Onn, Faradhiya, Datin Ilyka dan Norish Karman yang datang bersama teman. Tidak pasti pula SS siapa gerangan lelaki bersama pelakon utama Spa Q itu apakah orang yang selama ini digosipkan dengannya iaitu abang Faradhiya."

Aku susah sangat nak faham what hell yang dimaksudkan dengan perenggan yang ditulis di atas ini tapi itulah yang disiarkan.

Kehadiran Norish diberikan perhatian dan kita tak boleh nak elak daripada meneka adakah Norish bersama teman lelakinya yang dikatakan bercium-cium itu?

And apabila ditulis tentang "orang ramai" boleh hilang fokus sebab dua artis ini bercumbuan pun pelik jugak...sebab I did'nt give a fuck pun. I was just there to watch Anggun in action.

Ini gambar Anggun dalam persembahannya di Hotel Istana baru-baru ini di mana berlakunya "adegan cumbuan artis" yang aku tak tahu siapa tu? Lantaklah sebab aku ke sana untuk menonton Anggun and she was awesome!

I guess kalau kita cari sampah, mana-mana pun ada sampah.

Oberservation is essential because that is journalism? I agree, totally agree but with DIGNITY AND INTERGRITY lah people!

Ini contoh "generalizing". Headingnya menyebut: "Anak seni tolak agama" manakala intronya bermula dengan perkataan "segelintir". Ini adalah elemen sensasi dan sama ada kita menerima sebagai positif atau negatif, adalah hak kita. Aku cuma lihat penggunaan elemen sensasi ini perlu ada justifikasi kerana kalau tak ada, maka hilanglah kredibiliti dan intergritinya sama sekali.

Gambar ini tak ada kaitan dengan entry ini tetapi aku sekadar nak ucapkan tahniah kepada Emran dan Erra atas kelahiran Engku Aleesya. Media bukan main nak rakamkan gambar anak pasangan ini sebab jutaan rakyat Malaysia nak melihatnya.

Nota Kaki: Masa aku kena transfer ke Harian Metro pada 1992 dulu, ramai teman di BH kata aku ke akhbar "sampah" sebab masa tu Harian Metro banyak paparkan story longkang tersumbatlah, parit pecahlah etc etc. But hey, Harian Metro sekarang has the highest circulation (kalau tak silap aku) tetapi harapan aku ialah kredibiliti dan intergritinya juga dijaga rapi.

And as usual....KEEP IT COOL people!

Kredit Gambar: www.mediamalaya.com