Showing posts with label Journalism Issues. OSA. Press Freedom. Show all posts

Nov 18, 2010

Kalau budak itu anak engkau, headlinenya pasti lain. Kalau mangsa itu mak bapak engkau baru kau tau. Sensitif lah sikit demi pembangunan minda rakyat.

Di muka surat 1,454 Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007), aku tertarik dengan definisi perkataan SENSASI.

Lihat definisinya di bawah:

SENSASI. 1. Sesuatu (kejadian, keadaan, dll) yg menggemparkan atau yg membangkitkan perasaan (menarik perhatian ramai, menimbulkan rasa ingin tahu yg kuat, dsb):~2. Menimbulkan kegemparan (menjolok atau membangkitkan perasaan dll).

Manakala, definisi MENSENSASIKAN pula seperti di bawah:

MENSENSASIKAN. - Menyebabkan sesuatu perkara (keadaan, peristiwa, dsb) terutama laporan akhbar menjadi sensasi.

Okay. Pendekatan akhbar memang macam ni lah kan? We all know this. Aku sendiri dah biasa sangat dengan ni masa aku kerja sebagai wartawan dulu. Kekadang tajuk (headline) sesebuah berita itu sangat-sangat sensasi walaupun beritanya sangat-sangat lemau.

Tapi itu lah pendekatannya dan ia makin menjadi-jadi sekarang.

Aku rasa kita ni bukannya ada apa-apa kuasa terhadap headline ini dan seriously, where do we complain pun kan kalau kita tak suka?

Apa kata try sekali sekala...try hubungi pejabat akhbar and complain lah tentang sesuatu and tengok sendiri resultnya. Terus teranglah, kalau korang bukan Menteri, complain korang pasti tak ke mana.

Lalu aku fikir, kekadang blog ini aje yang aku ada untuk luahkan rasa. Tak apa lah, asal aku ada tempat untuk kata apa yang aku nak kata.

Aku sangat harapkan pendapat korang dalam hal ini sama ada korang setuju ataupun sebaliknya.

Lihat bawah ini:

HM (19 Nov 2010)

Headline: BAPAKU GITARIS

Sub-Head: MISTERI DAKWAAN BUDAK HIDAP AIDS

KOMEN AKU:
Kesian budak ni sebab aku rasa dia bukannya mintak dijangkiti Aids. Dia sebenarnya mangsa Aids (read the full story and you will know). Lebih menyedihkan, berita online nya menggunakan heading: "BUDAK AIDS DAKWA ANAK GITARIS MAY". Barangkali, ini perkara kecil kepada sesetengah orang, tapi aku cuma rasa kasihan kepada budak yang aku tak kenal ni sebab bukan pilihannya untuk jadi "BUDAK AIDS", dia dijangkiti Aids, aku ulang....dia DIJANGKITI! Budak ni anak yatim piatu yang tinggal di Teluk Intan. Tak ada sesiapa pun akan membela dia kalau ada lagi headline lebih buruk berbanding BUDAK AIDS. Cuma aku rasa kasihan, itu aje.

Aku tekan kan sekali lagi, dia MANGSA AIDS, bukan sekadar BUDAK AIDS.

Aku cuma berpandangan supaya bukan Harian Metro sahaja, tetapi semua akhbar harus lebih sensitif dalam mencipta headline menggunakan elemen sensasi itu kerana ada kalanya ia bisa jadi sangat-sangat menyedihkan.

Sekali lagi, ini hanya pendapat aku dan sila lah bangkang kalau korang nak bangkang.

KEEP IT COOL

Baca berita penuhnya di sini.

Apr 20, 2009

Aku pernah kena tahan OSA, tidur dalam solitary confinement . That's why aku sensitif soal freedom. Namun, freedom itu kan tak absolut!

Semalam, Datuk Johan Jaafar, seolah-olah bertanya kepada kita (at least yang membaca akhbar Berita Minggu lah).

Soalnya (yang aku rangkumkan berdasarkan headline rencana itu) ialah: "Perlukah kita menjadi biadab di alam nyata dan dunia siber?" (Kalau sempat, korang bacalah dulu okay).

Seperti biasa, Johan kalau menulis memang sempoi, straight forward dan penuh fakta. Tunjang kepada penulisannya ialah "adab". Dan kemudian "adab" itu dikaitkan dengan keadaan semasa dan daripada persoalan komunikasi inter personal, dia bergerak terus kepada komunikasi inter aktif.

Katanya: "Apakah jenis manusia yang kita lahirkan hari ini? Apakah nilai-nilai murni bersama (shared values) sudah pupus? Apakah kepatuhan pada nilai-nilai dalam masyarakat sudah luntur? Apakah kita sudah menjadi manusia yang diubah oleh zaman, keperluan dan desakan semasa?"

Secara ringkasnya, Johan, menegaskan tentang "adab" mereka yang menggunakan Internet (terutama blog dan sebagainya) sebagai landasan untuk "lepas geram".

Katanya lagi: "Lihat sahalah apa yang tertulis di dalam sebahagian blog, juga bahan yang tertera di dunia siber. Begitu terasa sekali nada benci dan marah serta rasa dendam dan kecewa. Terlalu kental udara kebencian di dalamnya."

Johan menulis secara am. Generalizing. Tak ada pointing fingers terhadap sesiapa walaupun kita dah boleh agak dah sebenarnya siapa yang akan terasa pedas dengan cili yang disaji.

Namun, nak tak nak, tulisan Johan yang generalizing ini sedikit sebanyak menyentuh banyak blog lain sebenarnya (termasuk lah aku barangkali).

Gambar ni tak ada kaitan dengan apa-apa. Tak ada maksud tersirat. Tak ada maksud tersurat whatsoeva. aku cuma teringin nak makan durian tapi aku suka beli durian yang dah dikopek sebab takut tangan sendiri terluka.

Johan tidak membaca di sebalik suara, sebaliknya cukup sekadar untuk dia menilai secara am, secara straight forward bahawa makin ramai bloggers yang hilang "adab".

Johan memulakan rencananya itu dengan dua perenggan ini (aku gabungkan dua perenggannya menjadikannya satu okay): "Saya dan beberapa orang teman sedang makan sambil berbual-bual di sebuah bilik restoran Cina apabila pintu terkuak lebar. Dua orang lelaki dan seorang wanita berdiri di tengah pintu. Mereka tersalah tempat. Tanpa mengucapkan maaf kerana menganggu mereka bergeas ke tempat lain. Ini perkara kecil. Tetapi ia menggambarkan sikap dan nilai baru yang melanda rakyat kita. Kita sudah hilang budi bahasa dan rasa hormat pada orang lain. Ucapan semudah "maaf" dan "terima kasih" semakin sukar diucapkan. Perkara mudah yang boleh menunjukkan kita manusia bersopan sudah semakin hilang."

Gerun kita bila baca ini kan? Gerun dengan penulisan secara am ini. Very straight forward tentang Johan yang sedang makan serta berbual di Restoran "Cina" dan kemudian dua lelaki dan seorang wanita masuk secara tiba-tiba.

Aku tak ada kat situ tetapi kalau aku yang kena, aku rasa aku akan jumpa manager restoran berkenaan dan menegurnya.

Aku tak ada kat situ, so, aku tak tahu siapa yang salah bagi informasi kepada dua lelaki dan seorang wanita itu untuk masuk ke bilik di mana Johan sedang makan sambil berbual-bual dengan temannya.

Itulah mukadimah Johan untuk "menegur" mereka yang makin kurang beradab ini.

Johan menulis ini dan sekaligus menyokong usaha Perdana Menteri baru kita, Datuk Najib.

Johan menulis lagi: "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti menyedari masalah apabila beliau merangka teras 1 Malaysia. Lapan teras yang beliau jadikan sebagai gagasan 1 Malaysia itu antara lain menggariskan rasa rendah diri, ketabahan, integriti dan kesetiaan. Hal-hal ini selalunya diambil mudah oleh generasi hari ini. Kejayaan teknologi dan kebendaan sahaja tidak ada maknanya sekiranya ia tidak didukung oleh nilai-nilai utama dalam mencorakkan keperibadian kita."

Aku setuju dan tidak setuju dengan artikel Johan ini.

Whether or not he is sucking up to the new PM is beside the point here.

Aku tahu bahawa dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, menyatakan hak kebebasan bersuara, mengemukakan idea dan pendapat kepada setiap warga negara tanpa halangan serta paksaan mana-mana pihak.

Dan aku juga tahu bahawa hak yang dinyatakan itu bukan mutlak, sebaliknya terbatas dan tertakluk kepada beberapa sekatan serta paeraturan yang sudah digubal Parlimen.

In other words, we all know (I think) that tak ada kebebasan yang absolut, walau di mana pun di dunia ini.

Kita tahu bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 (A88), Akta Kolej dan Universiti (AUKU), Akta Polis dan Akta Hasutan adalah antara undang-undang yang kerajaan ada biarpun ramai yang mula kata ia sudah tidak relevan serta mengetepikan hak asasi seseorang. Ada yang berpendapat bahawa akta-akta berkenaan digubal sebagai retorik dan autokratik kerana menidakkan hak untuk membela diri, mengemukakan bukti dan hujah (dan pantas Datuk Seri Rais Yatim minggu lalu menegakkan sebaliknya).

Ini rupa Solitary Confinement yang aku google. Tapi percayalah, yang ada di IPK JB (tempat yang aku ada pengalaman ajelah ye), ia jauh lebih buruk dan busuk daripada ini.

Aku tak ada isu langsung dengan apa yang Johan tulis ini. Aku sedar sebab dia menulis secara am tetapi aku rasa kita semua boleh faham "peluru"nya menuju kepada siapa....cuma kali ini dia pakai peluru tabur, dan nak tak nak, ada yang terkena jugak.

Bagi yang tak tahu, ini lah rupa bentuk peluru tabur. Orang yang selalu berburu tahu sangat bahana yang boleh dibawa oleh peluru ini.

Freedom sometimes is a myth. Namun ini hanya pendapat aku.

Blog tempat aku atau kita luah rasa. Bunyi aku atau kita barangkali kasar tapi niat aku atau kita barangkali tak kasar walaupun aku atau kita memang tidak boleh nak buktikan niat kepada sesiapa.

Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang mencari adik/anak mereka yang hilang.

Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang dalam bahaya dan mencari tempat sembunyi.

Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang dalam susah.

Tapi semua ini hanya tinggal barangkali kerana berdasarkan apa Johan tulis, the assumption was mereka salah bilik dan mereka tak pohon maaf.

Johan (aku tau dia pasti tak baca apa yang aku tulis ni, but what he heck...), aku mintak maaf kalau aku rasa your article is very much berniat politik daripada benar-benar menyampaikan maksud tentang "kebebasan kita yang tidak absolut" ini.

Aku tak ada caption untuk gambar ini. It says it all dah.

Salam.

And please....

KEEP IT COOL.

Apr 6, 2009

Aku nak ucapkan tahniah kepada Wartawan yang menang Anugerah Kajai 2008 MPI-Petronas.

Salam. Pertama sekali, aku ucapkan tahniah kepada semua pemenang hadiah kewartawanan Malaysia di Malam Wartawan anjuran MPI (Malaysia Press Institute) dan Petronas 2008. Hadiah utama iaitu hadiah Kajai (diambil sempena nama bapa kewartawanan Abdul Rahim Kajai) dimenangi wartawan BH, Jalal Ali Mohd Abdul Rahim (byline mamat ni memang panjang). Aku kenal dia sejak dia bertugas di BH Ipoh lagi. Tahniah lah.

Ini lah mamat Jalal Ali yang menang Kajai ni. Tahniah!

Mendapat anugerah MPI atau dalam Bahasa Malaysianya, Institut Akhbar Malaysia yang memang selama ini bekerjasama dengan Petronas sentiasa dinantikan oleh kebanyakan wartawan kerana pemilihan yang dibuat oleh MPI adalah begitu teliti dan kemenangan yang selalu diumumkan itu jarang sekali dipertikaikan.

Bagi yang tak biasa, harus aku katakan bahawa bukan mudah untuk menang Anugerah Kajai. Anugerah Kajai tidak akan diperolehi hanya dengan satu berita yang ditulis, sebaliknya sesebuah berita itu harus ada susulannya, harus ada memberikan kesan dan akhirnya harus wujud satu bentuk tindakan.

Misalnya, bagi Jalal Ali yang menang ini, dia menulis tentang sindiket dadah di Sepanyol yang memperalatkan wanita Malaysia.

MPI dan Petronas menamakan berita tulisan Jalal Ali yang bertajuk: "20 wanita Malaysia dikurung sindiket dadah di Sepanyol" yang diterbitkan di muka 1 BH pada 17 April 2008 sebagai pemenang Kajai.

Namun, hakikatnya untuk menyertai Kajai, seseorang wartawan harus mempunyai at least 3 berita yang berkaitan. Misalnya jika Jalal Ali hanya menulis berita "20 wanita" itu sahaja, maka dia tidak akan menang langsung.

Apa yang barangkali anda tidak tahu ialah, Jalal Ali menulis lebih kurang 16 berita tentang isu berkenaan di antara tarikh 22 April 2008 sehingga 10 Jun 2008 dan kesan yang dibawakan menerusi tulisannya mendapat perhatian negara.

Itulah sebab dia menang dan aku nak ucapkan tahniah.

Aku harap korang yang ada minat dalam dunia kewartawanan ini, berusahalah sikit untuk ke library NSTP untuk membaca semua berita tulisan Jalal Ali yang membawa kepada kemenangan itu.

Di bawah ini, aku catatkan berita yang membawa kepada kemenangan Jalal Ali. Baca betul-betul dan berdiskusi lah:

17 April 2008 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 20 wanita Malaysia, sebahagian besarnya berusia awal 20-an, dilaporkan dikurung sindiket dadah antarabangsa di sebuah rumah di Madrid, Sepanyol untuk dijadikan penghantar dadah ke beberapa destinasi di Eropah.
Wanita terbabit dikatakan dibawa ke Madrid selepas terpedaya dengan tawaran sindiket yang menjanjikan pekerjaan di Eropah dengan bayaran gaji lumayan.
Kegiatan sindiket itu didedahkan oleh dua wanita Malaysia yang ditahan polis Malta kerana cuba menyeludup dadah ke pulau itu serta terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Azura Maizura Alias, 21, dari Pulau Pangkor, Perak dan Dayang Sakienah Mat Lazim, 20, dari Bukit Payung, Terengganu, mendakwa mereka dibawa ke Madrid oleh tiga lelaki warga Afrika dan seorang wanita tempatan pada 1 Januari lalu.
"Sebaik tiba di Madrid, kedua-duanya serta tiga lagi gadis yang dibawa sindiket itu, dikurung dalam rumah yang dikawal ketat beberapa lelaki bersenjata sebelum dipaksa menghantar dadah ke negara tertentu," kata sumber.
Azura Maizura, pelayan restoran di Ampang yang sudah bersuami dan mengandung tiga bulan, ditahan di lapangan terbang di Valletta, Malta, ketika cuba membawa masuk dua kilogram kokain, dua minggu lalu.
Dia mengaku bersalah atas dakwaan menyeludup dadah dan menantikan hukuman yang akan diputuskan pada 5 Mei ini. Kesalahan itu boleh membawa hukuman sembilan tahun penjara. Dayang Sakienah, pelajar sebuah pusat pengajian tinggi swasta di sini, ditahan pada 27 Januari lalu selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa Malta, dipercayai untuk mendapatkan perlindungan selepas dua kali membuat penghantaran dadah ke negara itu.
Dia, yang didakwa atas tuduhan bersubahat menyeludup dadah serta terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berdasarkan penemuan resit penghantaran 45,000 euro (RM227,385), juga mengaku bersalah dan kini direman sementara menunggu hukuman.
Difahamkan, kedua-dua wanita itu diwakili peguam kerajaan dari Malta. Ibu bapa Dayang Sakienah, Mat Lazim Ibrahim, 51, dan Tengku Rahimah Syed Ghani, 47, dipercayai berlepas ke Malta, esok.
Difahamkan, dua lagi mangsa yang dibawa bersama Azura Maizura dan Dayang Sakienah, juga ditahan di Brazil dan Mexico.
Sumber itu berkata, sindiket terbabit menjadikan Madrid sebagai pusat kegiatannya di Eropah dan merekrut wanita Malaysia untuk dijadikan penghantar dadah termasuk ke Brazil, Australia, Mexico dan China. Tiga lelaki Afrika dan seorang wanita tempatan dikatakan menjadi dalang memerangkap wanita terbabit dengan menawarkan pekerjaan berkaitan penghantaran pakaian.
"Mangsa dijanjikan akan dihantar pulang selepas dua minggu. Bagaimanapun, setiba di sana, sindiket terbabit merampas pasport mereka dan dikurung. Malah, ada mangsa yang dipukul dan dirogol," katanya.

There you go. Inilah berita kemenangan Anugerah Kajai milik Jalal Ali.

Tahniah.

Nota Kaki: Akan ada satu lagi entry, insya-Allah petang ini tentang Kewartawanan Hiburan. Aku harap korang akan sabar menunggu dan membacanya kelak.

And in the meantime,....KEEP IT COOL.

Kredit Gambar: www.bharian.com.my

Dec 15, 2008

Aku ni banyak pengalaman tapi aku rasa aku masih mentah dalam dunia kewartawanan ni. ILMU aku masih belum cukup sebenarnya.

Isnin 15/12/08. Aku masih seorang wartawan walaupun sejarah aku pada pandangan sekali lalu adalah seperti di bawah:

1991 - 1992: Wartawan Berita Harian Kuala Lumpur
1992: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
1992 - 1995: Wartawan Harian Metro Johor Bahru
1995 - 1996: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
1996 - 1998: Wartawan Metro Ahad Kuala Lumpur
1998 - 2001: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
2001 - 2003: Editor majalah Sentiasa Manja (terbitan MediaCorp Publishing Pte Ltd)

Aku bersama bekas wartawan NST, Zainal Alam Kadir, di Nice, Perancis ketika aku bekerja dengan Finas.

2003 - 2004: Pengurus Media Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)

Aku bersama Jamil Hassan (Melodi) ketika di TV3.

2004 - 2005: Editor Kandungan Melodi TV3
2005 - 2006: Penerbit Kanan TV9

Saat aku bersama TV9 di samping COOnya, Bukhari Che Muda. Ketika ini, kami menghadiri Media Prima Screenings di KL Convention Centre.

Saat aku menghadiri sebuah seminar di Damascus, Syria bersama Hemanathan Paul yang ketika itu Pengurus Jabatan Hiburan di TV3.

2006-2008: Pengurus Jabatan Hiburan TV9
2008 - Present: Editor majalah Manja di Singapura.

Tapi aku masih seorang wartawan.

Baru 3 minggu lalu agaknya aku interview penyanyi lama, Ismail Haron.

Ya, aku masih buat interview.

Dino SS pernah menulis:
"Wartawan bukan lahir dengan sendiri. Ia lahir daripada desakan persekitaran. Terbina oleh iltizam dan minat mendalam. Diperkuat oleh pengalaman serta daya kreativiti tinggi, dan mempunyai daya imaginatif. Berfikiran matang serta terbuka. Wartawan yang baik harus bersifat sinikal iaitu tidak menerima dengan mudah apa yang didengar atau apa yang diberitahu kepadanya, melainkan setelah membuat penelitian sendiri. Pandai menggali untuk mencungkil berita. mempunyai kemahiran tetapi juga memiliki ILMU yang luas. Tidak sahaja bijak menggunakan mata dan telinga, tetapi juga mata hati." Berita Harian, 30/09/98 (m/s: 22)

Dan aku tidak akan lupakan nasihat-nasihat Pak Samad (Ismail). Dan aku tulis semula nasihat-nasihat Allahyarham ini sebagai panduan kita semua yang bernama wartawan, yang mahu jadi wartawan dan mereka yang bukan wartawan untuk memahami serba sedikit tentang wartawan.

Arwah Pak Samad semasa hayatnya sedang dilawati oleh Datuk Zam (yang ketika itu Menteri Penerangan) dan Datuk Mazlan Nordin dari MPI.

Pak Samad dapat bimbingan A Rahim Kajai dan A Rahim Kajai bagi yang tak tahu ialah Bapa Kewartawanan Melayu baik di Singapura ataupun di Malaysia.

Kalian (semua wartawan/pembaca budiman/Anon etc) nak benci aku ke, suka ke, tak apa lah tapi aku harap, kalian bacalah apa yang ada di bawah ini sebab ini kata-kata Pak Samad yang bisa dijadikan pedoman:

* Wartawan harus sanggup menebalkan muka untuk mendapatkan berita dan jangan putuskan diri dengan sumber berita. Konteks amat penting, setiap orang boleh menjadi sumber berita. Oleh itu, mereka perlu dibuat sebagai teman. Janganlah bertelagah dengan orang yang boleh memberikan maklumat kerana wartawan TIDAK BOLEH menjadi pengadil atau hakim. Ini boleh menyebabkan berat sebelah. Yang PENTING ialah ketepatan berita.

* Sumber berita harus berwibawa. Gosip kedai kopi bukan berita. Jadi seorang wartawan harus pandai mencungkil untuk mendapatkan berita yang sebenar. Namun, setiap berita tidak boleh diterima bulat-bulat. Gunakan banyak ikhtiar dan daya imaginasi kerana berita adalah gunung air batu. Yang kelihatan hanya satu per tujuh bahagian sahaja. Enam per tujuh bahagian lagi masih tersembunyi dan harus didapati dengan menggali sendiri. Seringlah bertanya MENGAPA dan BAGAIMANA supaya berita yang hendak dilaporkan itu tepat.

* Wartawan mesti ada INTEGRITI iaitu KEWIBAWAAN. Jangan ada 'conflict of interest'. Etika ini tidak ditulis di mana-mana, tetapi ia wujud sendiri dalam diri wartawan. Wartawan yang bercanggah kepentingan akan menyebabkan tulisannya berat sebelah atau tidak berlaku adil terhadap sesuatu yang ditulis.

* Wartawan perlu banyak ILMU BANTU bagi memudahkan kerja dan meningkatkan wibawa. Wartawan yang banyak ILMU akan lebih dipercayai dan disegani.

* Selain ILMU BANTU, wartawan yang bertanggungjawab selalu membuat homework iaitu membuat kajian terlebih dahulu mengenai hal yang hendak ditulis atau ditanyakan. Dengan cara ini, dapat membantu menimba maklumat yang hendak dicari.

Tak kira lah, sama ada General Desk atau Entertainment Desk, apa yang diperkatakan Pak Samad ini relevan untuk kedua-duanya.

Aku pelik kalau ada wartawan yang bodoh tapi sombong. Ilmu di depan mata tak mahu ambil, tetapi apa yang digali atau dicari ialah populariti. Dapat lepak di kedai kopi dan sembang-sembang sambil gelak-gelak dengan artis dah kira jadi wartawan yang hebat. Sayang, 1,000 kali sayang.

Memang perlu kita perjuangan R.E.F.O.R.M.A.S.I Kewartawanan Hiburan.

Aku akhirkan entry kali ini dengan quote daripada Pak Samad. Aku hormat dia, tapi sayang, profesi yang dia agungkan ini makin hari, makin layu nampaknya.

"Wartawan hari ini ......disogokkan dengan isu-isu bukan melalui ransangan atau sikap bertanggungjawab. Tidak reatif dan ini menyebabkan mereka sukar berkembang. Tidak mencintai profesi. Yang mereka pentingkan ialah cepat menyelesaikan kerja yang disuruh, bukan kualiti kerja." - Allahyarham A Samad Ismail (September 1998)

Namun, sahabat-sahabatku, pembaca budiman, Anon (yang masih aku tak respect)...apa kata kita.......KEEP IT COOL!

Dec 9, 2008

Perkataan-perkataan ni mesti boleh laku - SEKS, LIWAT, DUBUR, ROGOL, MATI, BUNUH ETC ETC......Bahasa Akhbar Sekarang.

Apa yang dipaparkan dalam http://shoeshineazreen.blogspot.com menarik perhatian aku untuk mengulas dan ditambah pulak tentang satu komen dalam blog aku yang mengajukan soalan tentang pengunaan diksi "MATI" dalam akhbar.

Harian Metro bukan pertama kali 'nakal' dalam pemilihan headlinenya yang sebegitu dan biarpun kita akui penggunaan perkataan "telur" atau "buah kerandut" untuk menggambarkan kemaluan lelaki adalah sesuatu yang agak hmmmm.......mudah kata katalah........"Geli siot!!!! Aku yang jantan ni pun rasa geli korang guna perkataan tu!"

Anyway, sebelum aku sambung. I want to quote Arwah Tan Sri A Samad Ismail. He wrote this and was published in BH on 29th Jan 1992. Dia kata: "Kerana kekurangan dalam serba serbi, penerbitan-penerbitan tabloid umumnya banyak bergantung kepada pengedaran dan jumlah edaran untuk survival mereka. Dan ini membawa implikasi agak berat kepada kualiti berita dan rencana yang dicenderungi mereka. Untuk memikat pembaca, berita disensasikan, hal yang separuh benar dikatakan benar, hal remeh dibesarkan, dan umumnya pendekatan yang dipakai ialah untuk mencuit naluri kasar pembaca. Gejala ini amat dikesalkan tetapi ia tidak mustahil dibaiki sekiranya di pihak kita yang mengerti masalah mereka, secara gotong royong dan ikhlas berusaha memberikan pertolongan dalam bentuk bimbingan, tunjuk ajar dan kepakaran kepada mereka. Agaknya Institut Akhbar Malaysia bisa mempelopori usaha ini dengan menganjurkan kursus-kursus pengurusan dan latihan meningkatkan kualiti kewartawanan akhbar-akhbar tabloid."

Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail bak Nostradamus kadang-kadang seolah-olah boleh melihat masa depan media dengan pendapat-pendapatnya walaupun kesasar. Tengok saja apa yang dikatakannya di atas tu dan ia dah pun jadi and makin menjadi sekarang kan?

Well, he said this and it was meant for the tabloids. But 16 years went by, now kita lihat bukan sahaja akhbar tabloid yang suka sensasi, malah akhbar arus perdana pun dah turut serta. Maka lahirlah banyak perkataan-perkataan sensasi sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Apabila sebuah akhbar Melayu memberikan sesebuah berita sensasi tentang orang Melayu, orang Melayu pasti akan suka membaca dan bak kata teman aku, Shila: "Orang Melayu kan suka memburukkan orang Melayu sendiri." Hahahaha....betul atau tidak pendapat Shila tu entahlah ye. Cuma yang aku selalu dengar sejak aku belum sunat lagi ialah: "Kita ni orang Melayu, kenalah bantu orang Melayu." Dan masa aku jadi Crime Journalist dulu, kalau ada accident, reporter Melayu suka kata: "Yang mati orang Melayu ke?" Kalau aku jawab "ya" dia akan balas: "Kesian...." dan kalau aku jawab yang mati tu bukan Melayu, dia akan jawab: "Oooo....nasib baik." Pelik kan?

Sebelum aku teruskan lagi. Kasi aku bicara tentang perkataan mati dulu.

Kalau tak silap aku it was back in 1992 (masa tu aku baru kerja dalam setahun lebih di BH) dan Crime Desk bekerjasama dengan Entertainment Desk sebab Sudirman tengah tenat. Journalist Ent Desk sibuk cuba dapatkan story daripada rakan seperjuanganlah, komposerlah atau penulis lirik manakala journalist di Crime Desk sibuk tinjau hospital. Masa tu aku di Crime Desk. Tapi aku masih baru. So, tak leh lah nak banyak cakap.

Allahyarham Sudirman yang jadi buruan media masa dia sakit and mati dulu. Di saat ini manis jugalah sebab Entertainment Desk bekerjasama dengan Crime Desk. Walaupun aku masih baru masa tu, tempiasnya aku rasa juga.

Boss suruh journalist ke Hospital Tawakal dan bila dah sudah bukan main lama tunggu lama di situ, rupa-rupanya Sudirman "dilarikan" dari bahagian belakang dan tak lama selepas itu kita orang dapat panggilan telefon kalau tak silap untuk ke Jalan Taban 1 di Bangsar sebab "Sudirman dah meninggal dunia".

Tengok frasa aku: "Sudirman dah meninggal dunia". Itu cara kita orang Melayu, agaknya? Kita tak cakap: "Sudirman sudah mampus" atau "Sudirman sudah kiok" atau "Sudirman mati". Kita cakap dengan nada keTimuran yang paling ultimate.

Petang esoknya, Harian Metro memaparkan cerita kematian itu di muka depan dengan headline: "SUDIRMAN SUDAH MATI"! Nah...tu dia....korang ingat laku tak surat khabar HM masa tu? Fuck yes!

Tapi kesannya? Ia telah bangkitkan kemarahan. Bertalu-talu panggilan telefon yang diterima di Harian Metro tentang itu daripada pembaca yang tak puas hati sebab headlinenya kasar sangat. Orang ramai respect Sudirman dan mana boleh cakap "Sudirman Sudah Mati!".

Masa tu, Editor-In-Chief ialah Datuk A Nazri Abdullah dan jangan tak percaya dia sendiri ada jawab panggilan komplen tu di HM and masa tu, aku duduk di sebelah dia. Dan lusanya dia menulis sendiri dalam satu ruangan khas di HM untuk menjawab komplen-komplen berkenaan.

Antara lain, Nazri menulis: "Perkataan "meninggal dunia' yang sering digunakan oleh orang Melayu sebenarnya mencerminkan sentimen ke Melayuan yang mahu membezakan di antara orang Melayu dengan bukan Melayu, sedangkan dalam al-Quran, Allah menggunakan perkataan "maut" yang bererti mati (lihat al-Quran 3:145, 185; 6:36 dan banyak lagi) untuk makhluknya yang hidup. Pembaca yang berkenaan tentu akan lebih marah jika Harian Metro menggunakan tajuk `Sudirman sudah maut' sedangkan inilah bahasa yang digunakan dalam al-Quran. Kita selalu menyebut "kereta mayat" atau "kereta orang mati" bukannya "kereta orang meninggal dunia". Tiada siapa pun yang menelefon Harian Metro bila kita menggunakan ayat "kematian kerana kemalangan jalan raya meningkat..." kerana kita tidak pernah menggunakan perkataan "kepeninggalan duniaan kerana kemalangan jalan raya meningkat ... ".

But, let us analyze the situation truthfully dalam soal pemilihan kata.

MATI lebih best daripada MENINGGAL DUNIA.

KERANDUT/TELUR lebih best daripada KEMALUAN.
LIWAT lebih best daripada HUBUNGAN SEKS SEJENIS.
SEKS lebih best daripada HUBUNGAN KELAMIN.

Itu satu hakikat.

Perkataan-perkataan yang boleh "jual" ada banyak lagi.

Tengok akhbar hari ini dan cari perkataan-perkataan yang boleh "jual" ini.

Ada tak:
1. ROGOL
2. BUNUH
3. LIWAT
4. PENGKID
5. LESBIAN
6. KELAR
7. SEKS
8. CABUL
9. ZAKAR

etc etc.

Again, aku bukan orang yang cipta housestyle untuk semua akhbar ini tetapi
housestyle
diorang dicipta diorang sendiri.

Aku nak petik kata Datuk Hassan Ahmad sewaktu membentangkan
kertas kerja:
"Peranan Media Massa dalam Peningkatan Mutu Penggunaan
di Seminar Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (Mabbim) di Brunei
pada 1997 lalu:

Dia kata: "
Orang yang bertugas dengan media massa, editor atau pemberita
misalnya, tidak perlu
menjadi `ahli bahasa' atau tatabahasawan yang handal
untuk membolehkan mereka mengguna atau
mempertahankan penggunaan
bahasa Melayu yang bermutu dalam akhbar mereka."

Kadang-kadang kan, kita penat menulis, letih mengkaji, memblog,
bersuara tapi
bila esok kita baca lagi akhbar....banyak yang masih
macam gampang.

Aku tak pernah and barangkali tak akan menyalahkan organisasi
yang beteraskan
keuntungan dalam dunia kapitalis ini tetapi
tak salah kalau aku salahkan
individu....termasuklah kita
sendiri yang masih menerima.

Kalau dah ada gambar macam ni - MESTILAH JUAL BRADER!!!!!

Well, isu ini masih boleh didebatkan lagi.

One might think it's a fucking waste of time. So be it.

Anyway, let us just ...KEEP IT COOL.