Showing posts with label Personal.. Show all posts

Mar 23, 2011

INI ADALAH POSTING TERAKHIR AKUBIMBO AS I WILL BE AROUND IN THE DARK AFTER THIS.

Aku tahu aku dah lama tak update blog aku ini. Aku macam hilang rasa untuk sambung blog ini sebenarnya. Menulis ini bagi aku ialah perasaan demi perasaan dan selalunya aku akan melayang dibawa perasaan ini ke satu dearah yang aku saja yang tahu. Lama kelamaan, perasaan aku makin mengikis. Bau yang busuk aku rasa jadi makin busuk. Pandangan yang tak manis pula, menjadi makin buruk. Namun, aku tidak sesekali termasuk dalam golongan-golongan busuk dan buruk ini. Aku masih bisa lari jauh-jauh selamatkan diri kerana aku tidak mahu jadi murid yang kencing berlari dek kerana cikgunya kencing berdiri.

Dan aku juga mula fikir, bisakah yang busuk itu jadi wangi semula? Yang buruk itu mampukah cantik kembali? Adakah keadaan kita sekarang ini ibarat perahu yang terlajak atau kah ia seperti terlajak kata-kata yang tidak mungkin kembali seperti sediakala?

Ini bukan kata-kata orang patah semangat tetapi ini kata-kata aku yang barangkali harus mencari cara lain untuk meneruskan perjuangan.

Pantas teringat aku kata-kata Tom Joad dalam konteksnya yang tersendiri:

"Then it don't matter. I'll be all around in the dark - I'll be everywhere. Wherever you can look - wherever there's a fight, so hungry people can eat, I'll be there. Wherever there's a cop beatin' up a guy, I'll be there. I'll be in the way guys yell when they're mad. I'll be in the way kids laugh when they're hungry and they know supper's ready, and when the people are eatin' the stuff they raise and livin' in the houses they build - I'll be there, too." - Tom Joad; The Grapes of Wrath, John Steinbeck; 1939.

Aku harap korang faham kenapa posting ini jadi posting terakhir untuk AkuBimbo.

Too all the haters, the lovers, the non believers, the believers - Thank you for reading.

I will be all around in the dark.

Assalamualaikum.

Nov 2, 2010

Bimbo hidup lagi, cuma Bimbo sibuk aje. Tapi Bimbo dah ready nak menulis lagi okay. Harap2 korang sabar.

Aku rasa berdosa sungguh sebab lama sangat dah tak update blog ini. Banyak benda yang berlaku dalam negara kita yang wajar di'komen' tapi aku terlalu sibuk untuk menulis sebenarnya. Tapi itu ternyata alasan paling busuk untuk dinyatakan oleh seorang yang suka menulis sebenarnya kan?

Dan atas kerana itu, aku bertekad untuk terus menulis lagi dengan menggunakan layout baru ini yang kononnya akan mengembalikan semangat untuk aku teruskan blog yang tak seberapa ini.

Aku harap masih akan ada orang yang akan terus membaca blog ini. The lovers and hater aku tak peduli lah. Come, whomever you are.

Jul 27, 2010

Selamat mati revolusi. Aku mahu berjalan ke daerah baru yang sudah aku hidu tapi sabarlah menantikannya sikit masa lagi.

Salam.

Nama aku ialah Saniboey bin Mohd Ismail.

What I do is not important.

What I say in this blog pun does not have to be important to you.

Semua yang aku nyatakan di sini adalah pendapat aku. Aku buat blog ni kalau tak silap aku masa aku kerja di Singapura in 2008. Aku tak suka nak keluar malam and bila lepak di rumah, aku fikir best jugak lah kalau menulis.

Awalnya aku mahu menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran, namun lama kelamaan aku fikir setiap bentuk penulisan harus mempunyai tujuannya. Lalu aku fikir tentang macam-macam untuk dijadikan bahan penulisan untuk blog ini. Dari subjek filem, muzik, politik dan pelbagai lagi aku fikirkan untuk dijadikan materinya.

Dalam pada itu, ketika berada di Singapura, aku jarang sekali dapat membaca akhbar Malaysia kecuali bila aku ke Johor Bahru di hujung minggu. Namun, aku paling kerap membuka website kebanyakan akhbar Melayu dan selalu saja aku lihat perkembangan di Malaysia terutama dengan perkembangan hiburannya.

Oleh kerana aku ni pernah menjadi wartawan hiburan selama beberapa tahun, sudah tentu ruangan hiburan selalu sahaja mendapat perhatian aku. Sejak dari dulu juga, aku ni jenis yang agak idealistik apabila memikirkan tentang revolusi, inovasi dan perubahan yang aku fikir selalu kungjung kita setiap saat, minit, hari, bulan dan tahun.

Namun dari sehari ke sehari, bulan ke bulan dan tahun demi tahun, aku lihat banyak yang tidak kesampaian. Lalu, itulah yang jadi materi utama blog ini iaitu menghidupkan satu bentuk revolusi pemikiran dalam penulisan berbentuk hiburan terutama laporan berita yang berbentuk hiburan di Malaysia.

Look, please understand that I have no power whatsoever to make any changes in the entertainment journalism industry. Aku hanya menceceh atau membebel di ruangan peribadi aku ini. Tapi aku rasa apa yang aku kata adalah penting (namun penting bagi aku tidak semestinya penting bagi korang).

So, in the end, kebanyakan subjek yang aku gunakan dalam blog ini ialah tentang cara penulisan hiburan di akhbar berbahasa Melayu di negara kita.

Namun aku fikir, menukik macam mana pun tidak ada gunanya kerana gonggongan tidak bisa meranapkan bukit. Bukit itu hanya akan ranap satu hari nanti dengan gempita yang kuatnya sampai kita sendiri tidak akan sangka.

Sejak aku berehat seketika dari menulis di blog ini, aku mulai memikirkan tentang utuhnya bukit itu dan barangkali hanya sia-sia kalau kita walaupun setitis memikirkan tentang membangkitkan satu jenis revolusi minda kerana ibarat udah sebati dengan kebanyakannya supaya luka menjadi kudis lalu bernanah sehingga parut yang jelas sebelum kita sedar tentang pentingkan sesuatu yang bernama revolusi.

Ahh...sudah lah. Kalau pekik cara jalanan maka bunyinya begini: "Pergi mampus!"

Aku perlu jalan lain. Tidak, ini bukan bermakna aku mahu kibar bendera putih tapi kalau kata tok guru, tak dapat tumbuk atas, aku kena tumbuk bawah dan kalau tak dapat tumbuk bawah sepak yang di atas. Insya-Allah revolusi itu akan datang jugak tapi bukan sekarang. Barangkali benda yang baru hanya akan datang sesudah benda yang sedia ada hancur sehancur-hancurnya. Aku akhirnya kian excited menunggu kehancuran itu barangkali.

Dan sementara itu, aku rasa aku kena layarkan blog ini ke daerah lain seketika. Barangkali bukan lagi daerah yang sudah sebati dengannya. Barangkali, aku perlu mula berbicara tentang perkara yang benar-benar ada jiwanya. Aku masih mencari daerah itu lagi tapi sudah hampir pasti bisa menghidunya.

Kalau umur panjang, kita kan ketemu lagi dalam masa yang singkat ini.

Tapi sebelum itu, aku ucapkan Inna lillah wa inna ilayhi raji'oon terhadap revolusi ini.

Wassalam.

Apr 11, 2010

Aku ni pun manusia biasa jugak yang akan terputus idea bila aku terputus idea.

Barangkali letih.

Aku kekeringan idea.

Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak bila aku baca The Sunday Papers.

Tadi aku tweet tentang barangkali aku tidak harus membazir wang untuk membeli The Sunday Papers lagi.

Barangkali cukup sudah jika membacanya online.

Tapi bila aku online, aku jumpa benda-benda yang lebih berfaedah daripada The Sunday Papers.

Misalnya video yang ada di bawah ni.

Ini muzik aku.

Bisa buat panasku jadi sejuk sikit.

Harap korang boleh layan. (Aku sertakan liriknya sekali)

I guess I think I feel alright
You come circling through the light
The skyline is bright tonight
What more perfect rendezvous?
The sundown paints the shadows through
The daylight, Amy, on what we do

It looks like darkness to me
Drifting down into Miami

Can I say ,
"I wish that this weather would never leave"?
It just gets hard to believe
That god sent this angel to watch over me
Cause my angel
She don't receive my calls
Says I'm to dumb to ...
To dumb to fight
To dumb to save
Well, maybe I don't need no angel at all

It looks like darkness to me
Drifting down into Miami
She could pull the sunlight through me
Coming down into Miami

Make a circle in the sand
Make a halo with your hands
I'll make a place for you to land

The bus is running
It's time to leave
The summer's gone
And so are we
So come on baby,
Let's go shut it down in New Orleans.

Mar 15, 2010

Aku dilambai nostalgia tapi aku ni jenis yg suka belajar dari sejarah, bukannya melayang dilambai nostalgia itu. Tapi itu aku lah. Korang aku tak tau.

Kadang-kadang aku ni dilambai nostalgia. Bagi aku lah kan, nostalgia itu adalah sejarah yang pastinya mendidik kita untuk masa depan. Jangan melayang sangat dengan kenangan sudahlah kalau kenangan itu tidak datangkan faedah.

Anyway, I was thinkin about my days working in Finas for one year in 2003 before leaving to to Media Prima in 2004.

Persepsi aku terhadap orang Kerajaan sebelum melangkah ke Finas memang macam kebanyakan korang lah.

Lebih kurang macam ni persepsi aku. Lihat bawah:

8am: Punch card masuk kerja
9.15am - 10.30am: Breakfast di kantin
10.35am - 11am: Sembang-sembang dengan staff
11am: Check email (yang selalu aje ada problem and terpaksa guna account Yahoo)
12noon: Start calling kawan di department lain untuk plan lunch
12.45pm: Keluar lunch
2pm: Balik opis and check lagi email and sambil tu jawab email yang tak ada kaitan dengan kerja
2.15pm: Get ready untuk attend meeting mingguan (banyak perkara berbangkit ni!)
3.45pm: Meeting habis and terus buat nota and baru start kerja sikit.
4pm: Lari sekejap ke kantin untuk minum petang
4.15pm: Lari balik ke pejabat sebab dah nak balik
4.30pm: Punch card balik
6pm: Lepas dengan kawan-kawan kat mamak and komplen betapa sibuknya kerja di pejabat!

Well, i was wrong. Aku rasa jarang sangat aku dapat balik on time di Finas dulu and boss aku selalu aje balik jam 7pm atau 8pm.

Masa tu my boss was the Datuk Shariff Ahmad, the Director General of Finas. Dia ni asalnya seorang jurutera and dia naik pangkat dalam Kerajaan dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas.

Semua persepsi aku kesasar saat dia jadi boss aku.

Barangkali, memang ada orang Kerajaan yang ikut timing yang macam aku catat kat atas tadi, tapi apa yang Datuk Shariff "tunjuk" kat aku langsung tak sama.

Masa aku buat in house magazine Finas yang kita namakan 35mm, Datuk Shariff pantang sekali kalau kita feature kan story tentang Hari Keluarga jabatan atau agensi Kerajaan.

Katanya, organisasi besar seperti Finas tidak seharusnya mengutamakan staff sendiri seperti Hari Keluarga dalam produk yang akan dibaca oleh orang dalam industri perfileman tanah air kerana Finas jauh lebih serius daripada itu.

Malah, masa kita orang di Finas plan untuk buat Hari Finas, Datuk Shariff tegaskan supaya staff yang tidak berkaitan supaya jangan menyibuk sangat nak datang sebab Hari Finas ialah untuk meraikan pelanggan Finas serta mereka yang terlibat sebagai "players" dalam industri perfileman.

So, hari ini, aku gatal tangan cuba browse website Finas.

And aku kagum dengan kemajuan mereka.

Sebab diorang masih macam dulu.......pendek kata....sangat-sangat DAHULU.

Tak percaya?

Tengok bawah:

Hebat! Meriah sungguh Hari Keluarga Finas ni. Berita yang dimuatkan dalam website mereka ini ternyata begitu penting untuk memajukan industri perfileman negara kita. Maybe Finas should think on how to perbanyakkan lagi berita yang berkaitan dengan keluarga mereka kerana hanya dengan cara itu barangkali industri filem kita ni akan maju. Kan? Kan?

Teruskan membaca tentang Hari Keluarga Finas di sini.

Sekian terima kasih.

KEEP IT COOL

Feb 2, 2010

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. I am back from Hong Kong.

Aku dah balik ke Malaysia dah.

Hong Kong sejuk sungguh tapi aku suka sebab kurang sikit sakit kepala aku.

Dalam posting aku sebelum ini ada dua tiga orang tak bernama (Anon) yang komen tentang ketidakpuashatian mereka terhadap observation aku.

Well, that is fucking too bad.

If you don't like it.....fuck off! Semuanya di hujung jari korang sebenarnya. Kalau tak suka, janganlah baca and kalau nak komen, apa kata grow some balls and state your fucking name.

Namun, come, come whomever you are.

I shall keep on writing.

Prepare for the next post.

And in the meantime.....

KEEP IT COOL!

Jan 25, 2010

Tentang Melayu daripada perspektif aku yang tengah bosan duduk minum teh di kedai kopi Jalan Yap Kwan Seng!

Lokasi: Old Town Jalan Yap Kwan Seng
Masa: 9pm (Aku kat sini dari jam 7pm)

Depan mata aku - Ramai sangat orang. Aku duduk meja yang paling hujung memerhatikan diorang.

Ada 1,001 macam cerita kat kedai kopi ni macam yang selalu dinyanyikan oleh budak rapper Melayu Malique tu.

Meja depan aku tadi - Ada lebih kurang empat lelaki yang aku rasa Melayu dan seorang yang aku rasa Cina (berdasarkan cakapnya yang pelat lain sikit). Yang banyak bercakap ialah seorang lelaki Melayu ni yang berbaju kemeja dan bercermin mata. Cakapnya kuat sangat. Aku tengok kawan-kawan dia macam tak sempat nak cakap apa-apa. Antara perkataan atau frasa yang keluar dari mulutnya yang aku boleh dengar ialah:

1. "Butuh dia lah...aku dah suruh buat dia tak buat.....(bla bla bla)"
2. "Fuck lah...bukannya susah sangat....(bla bla bla)"
3. "Kalau aku la...aku tak bagi muka....(bla bla bla)"

Spesis ini aku selalu sebut: MELAYU KENCANG!

Di sebelah meja MELAYU KENCANG tu, ada lah empat budak Melayu muda. Tentang diorang ni pulak, aku perlu kaitkan juga dengan satu lagi meja di sebelah diorang dan di meja itu kelihatan tiga perempuan Melayu muda. Geng lelaki Melayu Muda ni kelihatan tak sudah-sudah "usha" tiga perempuan Melayu muda tu pulak. Yang paling terrer "usha" ialah budak Melayu lelaki yang gemuk sikit tetapi berambut gondrong (rambut panjang ala Nas Ahmad). Antara perkataan dan frasa yang terbit dari mulut budak Melayu muda gemuk gondrong ni pulak ialah:

1. Hahahahahaha (dia ketawa besar and aku tak tahu kenapa tetapi saat dia ketawa tu, aku lihat matanya meliar ke arah tiga perempuan Melayu muda tu)
2. Kereta aku lah tu.....(bla bla bla) hahahahahaha (dia cakap something pasal kereta dia and terus ketawa lagi dan matanya makin tajam "usha" tiga perempuan Melayu muda tu tapi aku tak tahu dia berkenan yang mana satu)

3. "John....bagi bill. Gua bayar semua..." (dan sekali lagi dia melihat meja perempuan Melayu muda tu).

Spesis ini juga aku selalu sebut: MELAYU KENCANG TERJAH! (Nota: By the way, budak Melayu gemuk gondrong ni pakai kaca mata hitam di waktu malam!!)

Manakala di meja perempuan Melayu muda tadi, kelihatan ketiga-tiganya menghisap rokok sambil salah seorang daripada mereka membaca something di laptop cute kaler hijaunya. Seorang lagi pulak sibuk memetik gambar menggunakan kamera compactnya. Kelihatan diorang langsung tak peduli budak Melayu Kencang Terjah yang masih gelak kuat-kuat untuk cari perhatian. Seriously, aku tak dapat nak dengar perbualan tiga perempuan Melayu muda tu tapi takat sejam tadi aku rasa diorang dah petik dekat 100 keping gambar dah kot and laptop tu barangkali digunakan untuk upload terus gambar ke Facebook.

Spesis ini aku selalu sebut: BUDAK PEREMPUAN KOTA (BARANGKALI DARI AMPANG) TAPI MAK AYAH ASAL DARI KEDAH ATAU KELANTAN ATAU TERENGGANU.

Dan di sebelah meja tiga budak perempuan Melayu muda tu pulak, ada meja yang kelihatan seorang perempuan bercermin mata tebal, seorang lelaki pakai cap (muka ala Arab sikit) and dua spesis jantan yang cakap lembik-lembik tu lah. Aku tengok yang banyak cakap ialah si lembik rambut pendek manakala si lembik rambut panjang tak sudah-sudah dekat kan bahunya ke lelaki ala muka Arab tu. Yang si perempuan tu pulak sibuk mendengar bicara dua si lembik tu. Terus terang yang aku dengar ialah ini (sebab si lembik cakap kuat sekejap tadi):

1. "I frust gila sebab i dah buang semua taik yang dia buat..."

Spesis ini aku selalu sebut: KESIAN MAK AYAH DIORANG!

Okaylah...aku saje aje ni observe apa yang ada di depan mata.

Duduk sorang2 di Old Town Jalan Yap Kwan Seng ni kadang-kadang menyeronokkan.

Salam 1 Malaysia!!! Hahahaha

KEEP IT COOL!

Kredit Gambar: http://limmeiyen.blogspot.com/2007/02/old-town-kopitiam-sri-petaling.html

Dec 24, 2009

Subjek cerita Melayu: 1. Jadi Pelacur. 2. Jadi Penagih Dadah. 3. Jadi Bohsia. 4. Jadi Peragut. 5. Jadi Penyamun etc etc. Sampai bila le agaknya?

Dua tiga hari ni aku sibuk sangat mendengar presentation orang. Mereka yang membuat presentation ini adalah manusia-manusia kreatif yang sentiasa mencari peluang untuk berkarya sama ada berniat untuk membuat drama bersiri ataupun telefilem.

Frankly, aku kagum sebab mereka bersungguh-sungguh "menjual" idea dengan harapan ia dapat dihasilkan untuk disiarkan di TV.

Mereka ini bijak melahirkan idea sebenarnya.

Aku sendiri tidak tahu apa yang penonton di luar sana mahukan.

Apa cerita yang tagihkan?

Apa cerita yang pasti boleh buat mereka tidak mahu keluar rumah dan menatap kaca TV senantiasa?

Purata waktu tontotan di kalangan audiens di Malaysia ialah lebih kurang 8 jam dan bagaimana untuk menjadikannya at least 12 jam?

What do you guys wanna watch on TV?

Adakah Akademi Fantasia?
Adakah Jangan Lupa Lirik?
Adakah Gelanggang Raja Lawak?

Ataupun,

Adakah drama seperti Nurkasih?
Atau drama seperti Awan Dania?

Dalam mendengar presentation itu, kepala aku melayang jauh tentang cerita-cerita berkisarkan Melayu yang dikemukakan.

Banyak sekali cerita tentang budak Melayu yang daif, perempuan Melayu yang ada di lembah hina (pelacuran), budak Melayu yang tak tahu membaca dan menulis, perempuan Melayu yang miskin, etc etc.

Adakah ini maksudnya penonton Melayu suka cerita tentang kemunduran? Kemiskinan? Kedaifan? Kebodohan? Kekalutan?

Cerita tentang si polan yang gagal dalam hidup kemudian jadi penagih dadah atau cerita tentang perempuan yang ditipu sehingga menjadi pelacur menjadi tarikan utama untuk penonton ke?

Namun, itu isi ceritanya dan dalam hampir semua idea yang dikemukakan itu ada "pengajarannya". Kalau soal pelacur....akan ada hukum karmanya. Yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat.

Hakikat: Cerita dengan elemen-elemen pelacuran, kedaifan, kebodohan, kekalutan ini mudah untuk dipintal menjadi sebuah drama barangkali, dan tanpa kita sedar, biar pun kita tidak ketagih, kita sentiasa sahaja mampu digest penceritaan sebegini.

Well, aku menantikan benda yang lain.

Aku menantikan saat kita mula bangkitkan cerita yang lebih inspiring.

Aku penat dengar cerita yang ada "pengajaran" sebab bagi aku semua cerita ada pengajarannya tersendiri bergantung daripada perspektif atau sudut pandangan cerita itu.

Can't we survive tanpa cerita orang Melayu yang:
1. Jadi pelacur
2. Jadi penagih dadah
3. Jadi bohsia
4. Jadi peragut
5. Jadi pondan
6. Jadi setan

These are questions which I do not have the answer to.

Aku sekadar bertanya.

Dan sementara itu, aku akan terus melayang dengan soalan-soalan berkenaan.

Malam dah makin larut, bilik aku sekarang dingin, bantal seolah memanggil.

Akan aku cuba tidur sekarang.

Semoga aku mimpikan jawapannya.

Sementara itu...

KEEP IT COOL.

Nov 26, 2009

Aku bercerita lagi tentang Mumbai dengan gambar-gambar amatur aku. Aku hanya nak sampaikan sebuah cerita yang biasa-biasa aje.

Hampir seminggu aku di Mumbai.

Meeting aku dah pun selesai.

Namun, jiwa aku masih tersentuh dengan Mumbai.

Lalu, aku hidangkan gambar-gambar yang sempat yang aku rakamkan di Mumbai untuk korang semua.

Buka mata, buka hati dan buka jiwa apabila melihat gambar-gambar ini dan buatlah tafsiran sendiri jika mahu. Tak ada hitam, dan tak ada putih sebenarnya.

Aku cukup terpesona dengan visual ini di Mumbai. Nak ditafsirkan pun susah apa yang aku rasa saat aku rakamkan gambar ini.

Aku menguap saat aku tengok dia menguap.

Ini cuma telahan aku saja. Mereka ini barangkali menunggu untuk melakukan sesuatu untuk mencari rezeki.

Apa nasib bapak dan anak ini? Aku sesungguh tak tahu.

Dua senario berbeza di tengah-tengah kota Mumbai. Dia berniaga di atas jalan manakala yang lebih bernasib baik ada kedai sendiri. Namun pegangan mereka barangkali sama iaitu "Survival".

Anak-anak Mumbai ini bisa titiskan air mata kita sebenarnya. Sahihnya, mereka tidak pernah mintak dilahirkan pun tetapi nak tak nak (absurd bak kata Camus), mereka terpaksa melalui kehidupan sebagaimana korang pernah menonton Slumdog Millionaire tu.

Nizam Sani - Pengurus Saluran Astro Prima. Wajah yang menyimpan 1,000 makna juga. Dia banyak ketawa apabila menunjukkan aku Mumbai kerana dia sudah pernah melawat Mumbai sebelum ini tetapi hamburan kata-kata "kasihan" terhadap orang di Mumbai tidak putus-putus dilafazkannya.

ManZ (juga dari Astro) beritahu aku bahawa dia tak sanggup untuk rakamkan gambar ini saat aku memintanya memetik kamera. "Sedih bro, tak sampai hati aku," katanya.

Aku merakamkan gambar orang ini saat dia merakamkan gambarnya sendiri.

Aku tak kenal diorang ni. Aku tak tahu diorang ni orang susah atau pun orang senang, tapi aku tahu dalam senyum riang mereka, berjalan-jalan di tanah yang penuh debu ini pasti simpan 1,000 makna.

Mereka berjalan di tepi laut di Mumbai. Awalnya aku melihat diorang ni bersembang sesama sendiri. Rasanya mereka ini bersahabat. They looked happy.

Di sepanjang tepi pantai Mumbai ini juga berpuluh-puluh couple kelihatan berpelukan dan seolah-olah berbisik-bisik. Di kala ribuan manusia berjalan-jalan di sekitar pantai itu, mereka ini bukan main kyusuk memadu kasih.

Aku dan teman-teman sempat lalu di depan rumahnya. Di kebanyakan TV di Mumbai, wajahnya memang penuh ditempelkan. Dia barangkali ikon yang paling besar di India dan apa yang dilakukannya selama ini mengubah senario perfileman di India. Namun, dia pun seorang manusia juga kan?

Ini adalah sekelumit daripada keadaan mereka yang pergi bekerja barangkali di Mumbai. Dari teksi yang buruk dan bas yang macam bas Len Seng ke Kajang (tak ada air cond) jadi sebahagian daripada kesesakkan di Mumbai.

Apakah makna "ESOK" buat mereka?

KEEP IT COOL

Nov 24, 2009

Aku bercerita tentang Mumbai menerusi gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ini. Tajuk aku ialah: "Will There Be Tomorrow?"

Hari ini aku masih berada di Mumbai, India untuk meeting. Dalam fikiran aku, ternyata Mumbai bukanlah "my kind of country" sebab panas sangat and aku ni pulak senang sangat dapat sakit kepala.

The city is too fucking dusty and the traffic here...MY GOD....teruk sangat.

Anyway, aku tak ada masa sangat nak sepenuhnya bercerita tentang perjalanan ini sebab banyak lagi meeting yang aku harus attend.

So, cara terbaik ialah aku akan bercerita menerusi gambar.

This is one of the famous Mumbai TV actress. Dalam TV, dia tak nampak lawa sangat, tetapi in real life she is quite sweet. Lakonan dia okay aje lah. Kami bertemu dengan dia dalam lawatan kami ke Film City Mumbai. Its a fuckin huge studio.

Ini adalah salah satu scene di mana dia sedang dipimpin oleh kekasihnya manakala yang baju biru itu adalah watak jahat (siap pegang pistol lagi tu).

And this is me with the cast.

And this guy is said to be the up and coming actors in India. Suara dia macho nak mampus tetapi bila di TV, suara dia rabak gak lah. Anyway, he is a cool guy.

Ini adalah "drama sebabak" di mana aku adalah "directornya". Yang sebelah kiri itu ialah Nizam Sani (Pengurus Saluran Astro Prima) manakala yang di kanan itu ialah ManZ yang juga bekerja di Astro Ent Sdn Bhd. Mereka melakonkan babak dua adik beradik spastik yang sedang berebut botol air mineral. Hahaha

Dan ini aku lagi di set drama bersiri Mumbai terbitan Zee Network. Setnya maha hebat yang tak mungkin kita lihat berlaku di Malaysia.

Ini adalah kondo milik Priyaka Chopra yang sempat aku rakam saat bas lalu di depannya. Rumah Priyanka itu yang ada banyak bunga tu. Aku cuba call dia malam tadi tetapi gagal. Hahaha.

Ini adalah senja di Mumbai. Cantik sebenarnya tetapi polusi di Mumbai yang teruk sangat sampai buatkan visualnya blur sikit.

Ini adalah antara mereka yang meletakkan nasib mereka di tepi jalan and barangkali sedang memikirkan "Adakah Esok Masih Ada?". Saat aku melihat semua ini, aku berangan menulis buku tentang semua kita di dunia ini dan tajuk buku aku: "Will There Be Tomorrow?" Didatangi oleh anak-anak yang tidak tentu nasibnya itu memang banyak berlaku di Mumbai.

Ini adalah delegasi Astro sepenuhnya sesudah meeting selesai di Zee Network.

It is very true. They are the largest Indian Entertainment Group.

Yang dua dari kanan itu ialah big boss aku yang namanya Dr Raj. Dia memang rakyat India tetapi sudah bertahun-tahun berkerja di Astro. Orangnya sangat tenang dan bijak.

Dari kanan - ManZ, Nizam. Wong Siah Ping (dari Astro) dan Khairul Mizan (Astro Ent Sdn Bhd) ketika kami di bilik meeting Zee Network.

Dari Kiri - Khairul Anwar Salleh (my direct supervisor), Khairul Mizan, Murali (GM NSK - a production house), ManZ dan Nizam yang makan banyak visual ini dengan perutnya! Hahaha

Ini adalah teksi di Mumbai yang buruk sangat.

Jambatan "Pulau Pinang" di Mumbai.

Apa yang kita tonton dalam Sulmdog itu memang ada sangat di Mumbai. Ini adalah di antara mereka yang ada "rumah" di tepi jalan.

Dan dia ni mengharapkan bisnes laku untuk hari ini.

Sama juga dengan dia ni.

Keadaan traffic di Mumbai.

View daripada bilik hotel aku di Mumbai.

Macam-macam tanda yang ada di jalanraya Mumbai tetapi pemandunya tetap memandu macam gampang!

Aku, Khai dan Nizam di sebuah lagi set di Mumbai.

Dua contestant Raja Lawak musim terbaru!

Actress di Mumbai yang tengah syok kat aku! Ewah!

Aku dengan cast sebuah lagi drama bersiri ratusan episod di Mumbai.

Tengok ajelah set drama bersiri yang ada kat Mumbai ni. Bina setnya saja makan belanja lebih RM1 juta dah.

Ini adalah breakfast aku setiap pagi. Masala Toseinya memang the BOMB!

Aku sebenarnya nak menulis panjang tentang pengalaman di Mumbai ini dan juga bercerita tentang industri TV mereka di sini yang jauh berbeza dan happening berbanding kita. Banyak yang kami belajar di sini dan harapnya ia mampu diaplikasikan di Malaysia nanti, insya-Allah.

KEEP IT COOL

Nov 19, 2009

Aku dah agak lama tak menulis biarpun banyak isu bodoh...ops...walaupun banyak isu hiburan tanah air yang harus diperkatakan.

I know. Dah lama aku tak menulis. Walaupun banyak benda bangang (i.e Hans vs AC or Nora vs Fasha), aku terpaksa jauhkan diri sekejap dari blogging sebab banyak sangat kerja. Tuhan saja tahu betapa gatalnya tangan ini untuk menulis "cerita yang SEBENAR-BENARNYA" tentang isu Nora Danish dan Fasha Sandha ni sebab I am involve directly tetapi aku rasa perlu ada jurang yang jelas di antara tugas hakiki aku dengan penulisan di blog ini.

Isu terbaru: Hans Isaac vs AC Mizal...kata orang ia macam gaduh adik beradik. Harap-harap diorang settle lah cepat ye.

Aku harus jadi se'profesional macam Nora Danish jugak dalam hal ini. Aku harus timba ilmu sebanyak mungkin tentang prinsip hidup dan prinsip profesionalisme macam dia. Dia begitu kukuh dengan prinsip tak mahu berada di bawah satu bumbung dengan betina yang paling dia benci itu. Tak apa terima tawaran berlakon walaupun dia tahu betina yang paling dia benci itu ada berlakon sama tetapi asalkan dia tidak sebumbung dengan betina yang paling dia benci itu cukuplah. This kind of principle is really rare and truly we can learn something from it.

I would say...Nora Danish is the most respected actor that we have these days and that is truly again, very VERY rare.

Her principle is something for us to learn my friends!

Dan bila production delayed sedikit (yang memang common in the production world) and tetiba Fasha muncul di set, Nora Danish dengan HEBATNYA berpegang teguh kepada prinsipnya lalu meninggalkan set dan kemudian aku dapat tahu dia pulangkan bayaran yang sudah diterimanya. She broke a gentleman agreement sebab dia ada prinsip.

Guys....fuckin stand up and lets praise her for that okay. Fuck...she really need a fuckin standing ovation. BRAVO.

Okaylah, takat itu ajelah yang aku boleh cerita and aku percaya apa yang aku kata ni pun, korang semua dah tahu menerusi banyak laporan media mengenainya.

As for me, I am leaving to Mumbai, India this Sunday for work.

In a way, I am pretty excited. Awalnya aku buat plan, nak naik keretapi dari Mumbai ke New Delhi dan kemudian naik keretapi lagi ke Agra dan melawat Taj Mahal, tetapi aku rasa plan itu akan ku tunda ke hujung tahun ini.

Aku ada meeting yang sangat-sangat banyak dengan Zee TV dan banyak lagi production house di Mumbai nanti.

Dan dalam diam-diam, I wish aku akan terserempak dengan tiga manusia yang handal di bawah ni:

I hope I can write a lot when I am in Mumbai, Insya-Allah

.

Maaf kerana lama tidak menulis. Maaf kalau ada di antara korang yang bukak blog aku and rasa semacam kekecewaan sebab tak ada benda yang baru.

Tapi dunia menulis ni kan memang macam tu. Aku bukan lagi aku yang dulu di mana aku menulis untuk akhbar dan perlu ada bahan untuk menulis setiap hari. (Tugas itu kini kan banyak dibuat oleh wartawan-wartawan hebat yang ada teknologi meneropong bagai). Dalam blog ini, aku menulis bila terpanggil untuk menulis.

Tapi satu yang aku tetap akan buat ialah sentiasa berdoa supaya pembaca blog aku ni sentiasa sihat, sentiasa happy dan sentiasa inginkan pembaharuan.

Biarlah yang membaca ini Anon yang sentiasa ada saja yang tak puas hati dengan aku atau the regular readers. (And yes...I still would say: "Fuck You" to all the ....u know who).

Sehingga kita bertemu lagi.

You know .....you know what it is...

Yes...

KEEP IT COOL!

Kredit Gambar:
1.
sitifiza.files.wordpress.com
2.
1.bp.blogspot.com
3.
star-ecentral.com