Showing posts with label Bimbo Top 5. Show all posts

Sep 13, 2009

Hakikatnya ialah kita tak punya banyak lagu raya yang bagus dan itulah sebabnya kita asyik layan lagu raya yang sama setiap tahun. Layan Bimbo Top 5.

Seperti yang dijanjikan, ini lah BIMBO TOP 5 aku yang kedua dan kali ini aku memberikan fokus kepada lagu raya. Aku pilih lagu-lagu ini bukan berdasarkan vote sesiapa pun okay, cuma sekadar ia memberikan makna kepada aku sendiri. If you feel the same, its okay, but let us agree to disagree okay.

So, ini lah dia dan aku akan cerita sikit kesan lagu ni kepada aku okay.

1. Lagu: Dendang Perantau (P Ramlee)

Aku rasa tak ada sapa yang akan cakap dia tak suka lagu ni kan? Lagu ini sangat menyentuh pada aku saat aku first time kena kerja masa raya dulu. I think it was back in 1992 masa aku bertugas sebagai wartawan Harian Metro di Johor Bahru. Sejak kali pertama aku kena kerja di 1 Syawal itu, aku start faham makna lagu ni sikit demi sikit. So, since 1992 sehingga ke sekarang ni, ada lah lebih dari 3 kali aku tak balik beraya sebab kerja and aku dah jadi biasa dengan itu. Lagu ni buat aku hargai sangat saat-saat aku ada di kampung ketika hari raya sebab setiap tahun, keadaan di kampung kita ni selalu aje berubah-ubah kan? Baik korang tinggal di kampung yang kampung sungguh ataupun di taman perumahan, banyak benda yang akan berbeza setiap tahun kita kembali. Kawan yang suatu masa dulu baik dengan kita, dah macam alien kekadang. Betul sangat kata P Ramlee di bait: "Apakan daya, masa tak akan kembali...." Konteks lagu ini berbeza dengan perasaan aku tetapi aku menilainya secara am sahaja. The most beautiful part of the lyrics ialah: "Hanya rangkaian kata dengan lagu...Dendang Perantau."

2. Lagu: Suatu Hari Di Raya Raya (M Nasir)

Lagu ini rentaknya tidak melankolik, sebaliknya ia agak laju tetapi lagu ini jugalah yang pasti buat air mata aku mengalir setiap kali saat munculnya lirik: "Suatu hari di hari raya, ku lihat wajah suci ibuku, ku lihat wajah kasih ayahku, ku gembira. Mungkin inilah dia kebahgiaan." Lagu ini paling banyak buat aku ingatkan arwah Daddy aku sebenarnya. Lagu ini adalah antara lagu yang selalu saja aku tunggu diputarkan di radio setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Pakej lagu ini barangkali paling lengkap - dari segi melodi dan liriknya. "Menangis tanda gembira dan menangis tanda cinta" barangkali adalah frasa yang paling hebat dalam kebanyakan lagu raya yang ada di Malaysia. Nikmati rakaman di atas yang tak silap aku dibuat oleh TV9.

3. Lagu: Idul Fitri (Tompi)

Lagu dipetik dari album Soulful Ramadhan oleh Tompi yang aku beli kalau tak silap pada tahun 2006 ketika team lama aku, Shah, Nid dan Leha berada di Yogjakarta untuk menjalankan penggambaran dokumentari raya yang sendiri berikan namanya iaitu Anak Bulan di Yogjakarta. Dokumentari itu kami buat beberapa bulan selepas wilayah Bantul dan beberapa wilayah lain di situ dilanda gempa bumi. Satu petang tu, saat kami berjalan kaki sekitar Jogja, aku melangkah masuk ke dalam sebuah kedai muzik dan aku membeli CD itu. Aku sebenarnya syok sangat dengan lagu Ramadhan Datang tetapi kemudian aku rasakan lagu Idul Fitri itu tidak kurang juga hebatnya. Tema lagunya tidak tentang kampung atau sambutan hari hari raya, sebaliknya mahukan kita semua bersyukur kepada Allah dan berdoa supaya amal kita diterima. Aku suka sangat dengan bait liriknya yang berbunyi begini: "Mari saling memaafkan dan berbagi wahai saudara, beri salam pemimpin, tuntunlah umat dengan seksama, ingat selalu kuasa-Nya, syukur segala rahmat-Nya."

4. Lagu: Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda (Al-Jahawer)

Lagu ini sangat-sangat melankolik. Ini penyanyi asalnya manakala ramai jugak yang suka dengan dendangan sahabat lamaku iaitu Mamat. Jarang lagu dendangan semula mendapat justice yang sebegitu. Untuk itu, aku salute jugak kat Mamat ni. Anyway, aku sedikit tidak bersetuju dengan lagu ini apabila dia hendak sujud di kaki ibu bapanya seperti didendangkan: "Kan ku sujud di kakimu, bila kita bertemu, kan ku cium di tanganmu, ku pohon restu..." Aku fikir melodi untuk lagu ini adalah rajanya. Orang yang masih ada ibu bapa harus dengar lagu ini berkali-kali supaya mereka boleh menghargai ibu bapa mereka kerana apabila salah seorang daripada mereka sudah tiada, selalu saja air mata yang akan iringi kita setiap kali mendengar lagu ini.

5. Lagu: Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)

Aku suka lagu ni sebab Mak aku suka sangat dengan Ahmad Jais. Baik dari zaman Ahmad Jais ni muda sampai lah sekarang ni dia dah tua (walau masih berkasut putih yang cool dan retro), Mak aku sentiasa boleh layan kalau dia ni menyanyi okay. Aku seronok bila tengok raut muka Mak aku setiap kali kalau ada aje lagu ni muncul di radio atau TV. Tak ada sebab lain aku suka lagu ni kecuali ia terbitkan senyuman dari Mak aku!

Itu pilihan aku. Aku yakin korang ada pilihan sendiri dan sebab tersendiri kenapa korang memilihnya. Sila kan lah.

Sementara itu, seperti biasa....

KEEP IT COOL

Jul 8, 2009

Aku harap korang suka sebab ini kali pertama aku wujudkan kolum. Namanya ialah BIMBO TOP 5.

Aku fikir dah tiba masanya untuk aku tampil satu "kolum" baru (ewah...macam The Sunday Papers lak) untuk Bimbo ni.

Aku namakan kolum aku ni sebagai BIMBO T0P 5.

BIMBO TOP 5 will include everything of everything...maybe it be music, films, food, etc etc.

Tapi yang penting, BIMBO TOP 5 ni dipilih sebab ia ada at least some story behind it lah. Kalau main pilih gitu-gitu aje, baik tak yah.

Aku harap korang boleh layan.

Aku start dulu dengan ini....

BIMBO TOP 5
(Guitarist yang ada makna dalam hidup aku)

1. Nama dia Paco De Lucia yang berasal dari Sepanyol. Ini adalah permainan gitar Flamenco. Masa aku menulis untuk dokumentari Astro, M Nasir Destinasi Dunia, kami ada ke Madrid, Andalusia (Cordoba) dan Sevile di Sepanyol. Masa di Madrid itu, kami ada ke sebuah kedai yang membuat gitar akustik dan di kedai itu jugalah kami bertemu dengan seorang pembuat gitar yang juga pembuat gitar untuk Paco De Lucia. He is one of the best Flamenco guitarist in the world. We also went to his house in Sevile. And Entre dos Aguas adalah salah satu daripada ratusan melodinya yang hebat.

2. Nama dia Stanley Jordan. Abang aku perkenalkan dia ni kepada aku masa aku di bangku sekolah menengah lagi. Abang aku tak sudah-sudah kata that he is the best guitarist in the world. Barangkali sebab abang aku minat sangat dengan dia ni lah. Bagi akulah, muzik jazz fussion Stanley Jordan ini macam satu terapi untuk aku. Mamat dari Chicago ini memang pakar dalam teknik tapping dua tangan. Layan ni and korang akan faham dengan obsesi abang aku ni.

3. Nama dia Tommy Emmanuel. Dia dari Australia dan teknik fingerpickingnya handal sangat. Aku start kenal dia lambat sangat which was in 1996. Orang yang perkenalkan aku kepada dia ialah Hillary Ang (guitarist Search). Dulu masa 1995, aku selalu lepak di rumah Hillary di USJ sebab aku nak belajar tentang guitar dan dia terus pinjamkan aku CD Tommy Emmanuel. Dia kata kalau aku nak belajar tentang dari mana dia dapat inspirasi, aku harus dengar CD tu. So, aku pun layanlah. And aku sempat jugak pinjam CD Amused To Death (Roger Waters)yang aku masih belum pulang balik kat dia. Hehehehe.

4. Nama dia Jimi Hendrix. Nama sebenar dia ialah James Marshall Hendrix. Sapa yang tak kenal dia? Siapa yang tak pernah tengok video Woodstock '69 ni? One might say again that he is the greatest rock guitarist in the whole wide world, tapi bagi aku he has one of the best attitude a guitarist should have. Yang ini aku tak pernah jumpa tetapi selalu harap dapat jumpa dalam mimpi. Dia dah mati pada 18 September 1970...masa tu aku belum beranak lagi pun.

5. Nama dia Charles Edward "Chuck" Berry tapi orang hanya akan kenal dia dengan nama Chuck Berry saja. Saat daddy aku sibuk suruh aku dengar soundtrack The Sound of Music dan Symphony No.9, adiknya pulak yang aku panggil Uncle Salam sibuk suruh aku dengar Led Zepp and Chuck Berry. Aku tak pernah fikir Uncle Salam se'rock itu tapi sesusah aku dengar bunyi gitar Chuck Berry masa aku berusia 15 tahun, aku tahu kenapa dia suka. Chuck Berry could be one of the pioneer in rock & roll guitar. Again...he could be the greatest. He is Johnny B Goode!

Well, itu aje BIMBO TOP 5 aku yang pertama ni. Mungkin ada di antara korang yang akan kata kenapa tidak Jimmy Page or Stevie Vai or Eric Johnson. Memang kalau nak kira, aku nak aje letak sekali nama-nama macam tu termasuk Dave Murray (Iron Maiden), Kirk Hammet (Metallica) or even Kurt Cobain (Nirvana) tapi lepas aku fikir sungguh-sungguh, aku kena ada justifikasi untuk BIMBO TOP 5 seperti yang aku tulis di atas tu.

Let us agree to disagree.

Good Nite and Good Luck people.

Note: Do nominate what BIMBO TOP 5 that you wanna.

KEEP IT COOL.