Klise atau tidak, soal azam mula dibentuk. Azam aku setiap tahun ialah berhenti merokok tetapi ironinya, aku tengah hisap rokok saat aku buat entry ini. Hahaha.
Hari ini aku beli Harian Metro dan aku aku lihat ruangan hiburannya. Sebak seketika apabila aku membaca ruangan hiburan yang paling tengah.
Tajuknya ialah:
Penulisnya, Mohd Nasif Badruddin begitu detail sekali menulis tentang seniman tanah air yang meninggal dunia dalam 2008. Tulisan ini penuh dengan fakta. Ia adalah sebuah rencana berbentuk berita.
Dan seperti yang dijangka, tulisannya ditamatkan dengan Al-Fatihah. Aku tak kenal penulisnya tetapi jika dia ada membaca blog ini, ingin aku ambil kesempatan untuk ucapkan tahniah kerana engkau menulis dengan baik.
Seterusnya, aku cuma nak bercerita berdasarkan gambar-gambar yang aku petik dari rencana tulisan Mohd Nasif ini.
1. Aku tak pernah interview Datuk Ahmad Mahmud tetapi aku masih "benci" dia! Itulah kesan Dr Ismadi kepada aku menerusi Ibu Mertuaku. Aku masih sakit hati sebab Dr Ismadi berlagak nak mampus and macam bagus saja sebab berjaya kembalikan penglihatan Kassim Selamat. Dah lah dia kebas bini Kassim tapi lepas tu masih nak berlagak lagi. Namun kali ini aku sedih kerana aku tak pernah interview Dr Ismadi ini dan aku tak sempat nak beritahu bahawa lakonannya meninggalkan kesan kepada jiwa aku berpuluh-puluh tahun lamanya.
2. Samad Lefthanded memang tak banyak cakap sebab setiap kali aku nak interview Lefthanded, yang sibuk nak bercakap ialah Nash dengan stail belianya itu. Samad dan Man Keedal memang banyak diam. Aku masih terpesona dengan solo Samad saat aku menyaksikan dia beraksi di Hard Rock Cafe kalau tak silap aku pada 1998 lalu. Pesona Samad ialah "kelembutan" dalam "kekerasan".
3. Loloq aku kenal pada tahun 1995. "Kau lah budak reporter yang kena tangkap OSA dulu kan?" Itulah soalan Loloq pada saat pertemuan aku pertama kali dengannya di Ella's Production di Ampang dulu. Masa tu bukannya aku nak jumpa dia, tapi aku nak interview Hillary Ang. Loloq menyibuk aje masa tu. Tapi mulai saat tu, aku dan Loloq jadi teman. Macam ada connection yang rebellious di antara aku dengan dia. Dia tahu penulisan aku berinspirasikan apa. Pernah aku siapkan sebuah manuskrip teater dan aku kasi Loloq baca dan katanya: "Kau ni....kitab apa pulak yang kau buat ni?" Dan untuk tiga tahun berturut-turut, aku dan Loloq jadi juri peringkat akhir Anugerah Planet Muzik (APM). Sekarang ni, kalau aku dipanggil lagi untuk menjurikan APM, aku pasti aku akan rasa satu kehilangan besar....sebab Loloq ni banyak cakap!
4. Raffi Hussin pernah main terjah aje masuk pejabat aku di Finas ketika aku jawat Pengurus Media di sana. "Saya baru hantar surat appeal kepada Datuk Shariff dan dia kata you akan buat penilaiannya. So, I harap you akan bantu saya," begitulah antara kata-kata Raffi yang aku ingat. Al-kisahnya, dia ada hantar surat rayuan supaya Finas luluskan permohonan pinjam SKP (Skim Kemudahan Produksi) untuk dia membikin filem Cinninya itu. Pada esokknya, Datuk Shariff panggil aku dan suruh aku buat surat menolak permohonan itu. Aku tak tahu nak cakap apa masa tu sebab Datuk Shariff tu boss aku. Dan aku lagi tak tahu macam mana nak berdepan dengan brader Raffi sebab dia baik sangat. Masa bercakap, dia cermat betul. Berhemah dan aku naik segan. Dan aku tak sempat nak mintak maaf sebab aku buat surat menolak permohonan SKP itu. Bukannya aku yang menilai permohonannya, tapi aku hanya buat suratnya atau. Tapi itulah kerja aku masa tu.
5. Sudiro Sukiman. Saat aku mula bekerja di TV3 pada 2004, aku jadi excited bila aku nampak mamat Rumah Kedai ni yang juga rupa-rupanya kerja di TV3. Bayangkanlah, sejak sekolah aku menonton dia berlakon. Dia bukanlah berlakon best sangat tetapi tak lah teruk sangat juga. Kalau nak dibandingkan dengan pelakon zaman sekarang, banyak yang longkang. Tapi bila aku fikirkan semula, Sudiro yang bawak watak Tapa itu sebenarnya membawakan watak orang biasa, macam penjaga kedai yang ada di kampung kita tu. Tanpa aku sedar sebenarnya, watak Tapa itu menjalar di badan aku sampaikan aku nak panggil anak Pak Cik Kedai kat kampung itu dengan nama Tapa.
Banyak lagi seniman kita yang meninggal dunia pada 2008 dan aku sarankan korang semua untuk membaca artikel itu di sini.
Mati itu pasti.
Ia akan datang kepada kita semua.
Aku bukannya sedih sebab diorang dah tiada tetapi aku sedih kerana ada di antara mereka itu aku kenal sangat.
Loloq barangkali tak sedar betapa banyak ilmunya yang aku kutip saat dia menghamburkan kata-katanya.
Raffi tak sedar kekaguman aku terhadapnya.
Begitu juga Sudiro dan Samad.
Tapi aku wartawan dan aku wajib impartial. Aku tolak tepi soal minat aku kepada mereka dan aku lakukan kerja aku secara profesional.
"Kalau kau kritik lirik aku, kau kritik betul-betul. Kau kritik dengan ilmu," itu kata Loloq kepada aku.
Kalian yang sudah kembali ke sisi Allah S.W.T adalah seniman agung di hati aku.
Dan sebagaimana tulisan Mohd Nasif, aku pinjam....kerana aku juga akan habiskan tulisan ini dengan AL-FATIHAH.