Aug 20, 2009

Ramai sangat orang yang mati dalam sebulan dua ni yang buat aku termenung sejenak dan tak tahu apa nak tulis.

Tak tahulah kenapa sebenarnya.

Aku tak berapa pasti kenapa.

Kenapa sejak seminggu dua ni aku macam tak bisa menulis.

Sekali dua tu, aku duduk jugak depan laptop untuk menulis tetapi entah kenapa hati tidak terpanggil untuk menulis.

Bukannya aku letih ke apa ke, tapi banyak sangat benda-benda lain yang bertandang di fikiran aku ni yang buat aku tak kuasa untuk menulis tentang apa-apa pun.

Selepas menulis tentang isu "pendedahan hina" Kosmo tentang Allahyarham Yasmin Ahmad itu, aku tawar hati sikit.

Apa yang aku buat ialah bertandang ke Jakarta, Indonesia sebab ada meeting di sana dan ketika di sana pun, berita kematian masih mendominasi seperti kematian WS Rendra (antara penyair kesukaan aku) dan Mbah Surip (seorang penyanyi Indonesia yang senior tetapi baru mengecapi populariti).

Aku masa di UiTM dulu sempatlah jugak layan antara kelas kegemaran aku iaitu Kesusasteraan Asian dan masa tu kita orang ada belajar puisi Rendra tetapi aku dah mula layan puisinya jauh lebih lama dari itu.

Nota: Aku ada menggunakan bait-bait puisi WS Rendra ketika menulis skrip filem tunggal aku dulu iaitu 7 Perhentian.

Dan ini pulak arwah Mbah Surip. Dia sudah menyanyi berpuluh tahun tetapi popularitinya hanya mencanak selepas lagunya, Tak Gendong (Carrying You on My Back) mendapat sambutan yang luar biasa sangat dengan lebih 1 bilion download. Tetapi dalam baru sahaja mahu kecap semua itu, dia meninggal dunia.

Kemudian bila sekembalinya ke Kuala Lumpur, pelawak terkenal, Param pulak meninggal dunia dan kemudian ayah kepada boss aku pulak dijemput Tuhan. Dan kemudian Ustaz Asri Rabbani pulak meninggal dunia.

Param...aku tak pernah dapat peluang untuk menemubual dia di saat dia hidup dulu. Tapi lakonanya memang aku suka sangat.

Aku masih teringat aku bertembung dengannya di stesen minyak Mobil di Parit Jawa, Muar, Johor satu masa lalu (kalau tak silap aku lebih 10 tahun lalu). Kami sempat bersembang panjang di stesen minyak itu. Dan aku rasa last sekali aku jumpa beliau ialah ketika aku sibuk jadi penganjur konsert Hadhari TV9 yang ntah kat mana dulu. Allahyarham adalah seorang penyanyi nasyid yang aku hormat sangat sebab dia amat amat merendah diri.

Mati demi mati. Lima perkara sebelum lima perkara pun ada sebut tentang mati.

Absurd - Itu adalah mati sebab kita tak pernah undang dia datang tetapi dia akan datang juga dan biar macam mana kita tak mahu pun, dia akan jemput kita juga ke alam yang satu lagi itu.

Aku tak mintak orang paham, tapi aku sekadar berharap korang semua sabar. Aku pasti akan menulis lagi, cuma aku nak telan dulu rasa-rasa tentang mati yang kita semua tahu ini.

Entah esok ribut ke, hujan ke, panas ke aku tak tahu...kita semua tak kan tahu.

Insya-Allah, aku mahu sambung menulis pada 1 Ramadan nanti.

Tapi sementara itu, aku nak sangat ucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua orang yang membaca blog aku yang tak seberapa ni ye.

Note: Kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ejaan yang sebenar ialah RAMADAN....bukan RAMADHAN.

KEEP IT COOL

Kredit Gambar:
1. Ustaz Asri: http://mrazril.blogspot.com/2009/08/al-fatihah-ustaz-asri-rabbani-meninggal.html
2. Param: gosipcentral.blogspot.com
3. Mbah Surip:
nanodiary.wordpress.com
4. Ws Rendra:
suaidi2007.wordpress.com
5. Animasi Ramadan: http://wawan12.files.wordpress.com/2008/09/ramadhan.jpg
6. Demi Masa: http://4z1z4h.files.wordpress.com/2009/07/demi-masa1.jpg

18 comments:

Ayyman Rahim said...

Makin menakutkan. Ni yang H1N1 meninggal lagi, lagi ramai. Dunia oh dunia.

Stay Sane Mama said...

tak kirala kan apa pun cara eja ramadan.hehe yg penting dlm arab "dod". "dh". :)

Hazrey said...

Aku ingatkan kau dh tanam kulat kat sini. Anyway, selamat menyambut ramadan to u, azreen and ur folks. Tak dptlah ko belanja aku murtabak kat singapore.

lavidalabelle said...

selamat berpuasa kpd saniboey & wife & family.

beberapa bulan ni byk perkara terjadi dan tak berapa nak meriah. dgn virus H1N1 yg berbahaya tu, terasa mcm hari kiamat nak dekat je.

Obefiend Weiland said...

talk about multi death.. the list above makes one wonder about his own mortality

welcome back don.. macam hazrey cakap.. lama hilang.

Akmar Anuar said...

ejaan 'ramadhan' tu memang 'ramadhan' sebenarnye kalau nak ikut ejaan bahasa arab...
'ramadan' tu da jadi ejaan bahasa melayu..

'ramadhan' guna huruf dho, bukan 'ramadan 'guna huruf dal..dah lain maksud tu..

sori banyak bebel cuma penggunaan huruf yang berlainan akan bawa ke maksud yang lain jugak..

;)

Kujie said...

ye...saya juga keliru, Ramadhan atau Ramadan..akhirnya tajuk entri ikut DBP, dan isi entri ikut 'dho'.

Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

p/s- terimakasih untuk trackback

JoDiane said...

slamat bpuasa :)

Anonymous said...

tanpa kita sedari pemergian mereka itu juga memberikan kesan kepada umat Islam dalam memikirkan kehidupan yang sedia ada ini, lebih baik kah kita atau sebaliknya.

Semoga Ramadhan yang bakal menjelma ini dapat menambahkan amalan dan ketakwaan kita...

Selamat berpuasa kepada encik Saniboey dan keluarga serta umat Islam seluruh dunia.

Anonymous said...

selamat berpuasa.

penat tunggu entry baru.

Saiful M said...

Ni sidetrack sikit ni...Sapa yg ada dengar ttg band ALL American Reject yg akan perform kat konsert DiGi Okt 10? Sapa Sapa?? sila angkat tangan, sila jawab! I nak gi...and nak share berita gembira ni ngan everybody lar...I mmg DiGi member, so I sign up ngan DiGi Music Unlimited (unlimited musik download dgn charge Rm5 je tiap bulan, murah giler!!!) and lepas tu gi lar portal DiGi Music ikutlar arahan yang sepatutnya....tak sabar I nak jumpa All American Rejects ni ngan band band international lain.. Tapi, dun worry, byk gak local bands performing..support local artistes oso, beb!! ehehehehee

Cetusan said...

ingat RAYA sebelum puasa boleh??

joegrimjow said...

sama2 jaga kesihatan
mati tu pasti
cara macam mana mati tu...

Orang Utan Savers said...

Visit- http://orangutanchatters.blogspot.com/

We are begging you for the sakes of orang utan. To ignore this is to deny the rights of another living creature. Human started all this and we are determined to put an end to it. Are you with us?

Naz in Norway said...

Salam Ramadan :)

Anonymous said...

my fren kate this is a stupid blog. now after i read it, i suka. maybe he doesn't like news related blog. huh.

nnt i'll come again~~

Jimmy Rahimin said...

alah.. bese je..

mati tu tetap dtg. cuma corak dia berbeza-beza dari semasa ke semasa

*aku xtakot mati

ajie said...

salam ramadhan al mubarak bro...

Sunat mengingati Mati..