ISU 1:
It was a Frenchman called Pierre de Courbertin, who was born in 1863 and who re-ignited the Modern Olympics Games in Athens in 1896 that said: "Participation is more important than winning."
Kenapa aku petik dia?
Sebab apa yang dikatakannya itu memang betul kerana penyertaan itu sememangnya lebih penting daripada kemenangan.
Aku teringat juga saat M Nasir menang AJL dulu and dia kata kemenangan itu sudah dijangkakan kerana kebanyakan lagu lain yang bertanding agak ketinggalan.
Dan selepas itu, seperti biasalah, M Nasir kena hentam teruk dengan akhbar sebab kononnya memperlekehkan lagu-lagu lain yang bersaing dengannya.
Kemudian, aku menonton Melodi Online entah episod yang mana di mana wartawan handalan Michelle Wee, menemubual kebanyakan penyanyi (termasuk band) yang berjaya memasuki final dan jawapan mereka standard iaitu: "Kami tak sangka..."
Frankly, I have no issue about you guys being humble (merendah diri) and all.
Frankly, I think it's justified for M Nasir being so blunt about his winning. Hak dia untuk berkata.
Cuma aku menantikan saat artis tempatan berani untuk komen seperti ini:
1. "Saya rasa memang lagu yang saya nyanyi ini wajar masuk final sebab susunan muzik lagu saya ini begitu unik."
2. "Bagi saya, lirik dalam lagu saya ini mempunyai stilistik bahasa yang amat baik."
3. "Memang saya jangka lagu saya ini akan ke final dan sekarang saya akan mencuba sedaya upaya mendendangkannya dengan baik di final supaya saya boleh menang!"
Kalau diorang jawab macam ini, adakah media akan anggap ini sebagai satu jawapan arrogant?
Bagi aku, benar sangat bahawa penyertaan itu lebih penting daripada kemenangan tetapi hakikat yang satu lagi ialah tak ada salahnya untuk mengimpikan kemenangan jika ia suntikkan semangat untuk mereka menghadapi final nanti.
ISU 2:
Tak sudah-sudah daripada apa yang aku baca di dada akhbar ialah pertikaian media tentang the validity of the jury system yang diamalkan oleh AJL.
Berdasarkan pengalaman aku tiga tahun berturut-turut menjadi juri Pertandingan Separuh Akhir Muzik Muzik, aku tak nampak langsung TV3 ni cuba menipu ke, bias ke atau ada favourtism langsung.
Cuma media tak sudah-sudah akan mempertikaikan apa sahaja yang dipilih juri dan apabila habis sahaja AJL nanti, mereka ini juga yang akan menulis: "Seperti biasa, rumah siap pahat berbunyi."
Aku fikir simple. Oleh kerana aku dah pernah berada di kedua pihak. (Aku pernah menulis tentang betapa Raikan Cinta yang patut menang dan aku juga pernah jadi juri Separuh Akhir Muzik Muzik), cara terbaik media untuk menghadapi AJL ialah first sekali kenalah hormat juri yang dipilih.
Pemilihan juri perlu dihormati. Jangan sebab favourite korang tak menang, juri jadi tak betul.
Frankly, aku sendiri tak tahu di mana kekuatan Relaku Pujuk (dendangan Spider) tetapi aku kira juri ada sebab-sebab tersendiri untuk menjadikannya juara.
Tapi ada juga di kalangan media yang mempunyai justifikasi tersendiri apabila mempertikaikan pemilihan juri ini. Itu aku suka sebab argumen perlu ada justifikasinya. Kalau setakat nak argue "lagu A" lagi sedap dari "lagu B", baik duduk diam di rumah dan tengok TV sebab orang yang bodoh seni tak sepatutnya jadi Wartawan Hiburan! Comprende?
Case Study:
Ini korus lirik lagu Itu Kamu (Estranged) yang menang tahun lalu.
Korus:
Kau terindah
Masih ada
Yang tercantik
Itu kamu
Ada salah tak dari segi semantik?
Estranged mahu memberikan satu maksud iaitu diksi "terindah" tidak cukup untuk menggambarkan wanita yang dijadikan subjek lagu itu dan seterusnya menggunakan diksi "tercantik." Itu makna sebenar lagu ini.
Tapi dari aspek bahasa, kalau "kau terindah", namun "masih ada" "yang tercantik" ia sepatutnya bukan "itu kamu" tapi "itu dia".
Makna korus itu ialah: "Kau bukan sahaja yang terindah, namun kau juga yang tercantik".
Ini hanyalah pandangan peribadi aku, dan aku sarankan juga korang baca blog ini yang ada kajian ringan tentang lirik bagi lagu yang menyertai Final AJL 2009 ini.
15 comments:
salam palestine,
jangan lupa dengan palestine bumi nabi-nabi dari kalangan bani israil.nak dengar masirah jom p blog aku.
lain-lain lagi,ah...saya akan buat yang terbaik.ini hadiah untuk peminat.kemenangan ini untuk peminat.
perkataan KAMU bukan sahaja penuh dalam lirik band-band yang dikatakan `indie`bebas lah kununnnya malahan faizal superman pun nyanyi kamu-kamu dalam album batu golek tergoleknya.podahhh...ingepohhh!!!
aku ingat lagi arwah cenderawasih atau nurbisa juga abdullah romany yng juga Rosli Khamis tak puas hati dengan Asmin Mudin.dalam lirik lagu apa iya???
AJL dah macam celaka!!!!relaku pujuk bagus apa?awat tak bagus ka?dah lagu-lagu lain macam pelaq.Spider lagi best dari Hujan.indie kununnnn indie.falsafah pun tak tahu band-band indie nih.p palestine lah perang dengan yahudi zionis hahahaha.....relaks bro.
1 artikel yang menarik. tak ada apa nak komen sbb sumenya bagus2. kita tgk siapa juaranya nnt.
huhu...
sebab orang malaysia ni,konon2 dah terbiasa dengan adat,sopan,lemah lembut,rendah diri.sebab tu mesti humble kalau menang,tak mahu orang seranah.
nanti kalau riak sikit walaupun layak mahu riak,peminat mula boikot.kena hipokrit sikit lah kat situ..demi sesuap nasik.hahahh!!
pasal AJL,yang dulu2,setakat ni saya masih berpuas hati dengan pemilihan juara.takde lagu yang tak munasabah yang menang.kalau ada mungkin sikit,lalu saya tak perasan.dan 2,3tahun kebelakangan ni tak sempat nak tengok AJL dah,sebab sibuk bekerja di luar.so,no komen lah. :)
macam aizat la.. tak habis2 dengan statament 'tak sangkanya..'.. rasanya lebih bagus kalau dia ucap terima kasih sahaja pada semua yang sokong lagu dia.. personally i think lagu tu mmg catchy dan sesuai masuk final.. takde istilah "tak sangkalah", coz memang sudah disangka sebenarnya..:)
maaf lari topik.
harap Saniboey dpt komen tentang blog Azwan Ali yang terang-terang macam nak jadi Nyah.
dah nama orang melayu kan, penuh dengan tatasusilanya, apa nak buat.. kan perkataan tak sangka ni sinonim dengan artis kita.
Selain digunapakai untuk mencerminkan perasaan rendah hati mereka apabila dipilih, ia juga boleh digunakan sebagaimana berikut:
A: Saya tak sangka ditangkap kerana saya pergi untuk menghadiri birthday teman baik saya.
B: Saya tak sangka dituduh begitu padahal kami hanya berkawan rapat sahaja. Yang pegang tangan tu cuma nak pimpin dia lintas jalan (masa tu guna zebra cross yang ada lampu isyarat).
C: Saya tak sangka dapat tawaran menjadi hero filem ini padahal lebih ramai lagi pelakon senior dari saya (dan dalam ertikata lain, dia sebenarnya tak layak)
D: Saya tak sangka akan dituduh meruntuh rumahtangga, padahal kami hanya berkawan.
And of course the mumber one of DonC's top 5's Tak Sangka @ Unsangkarable:
E: Saya tak sangka TV3 cakap kena halau, padahal semua ada, dan saya tak sangka saya dihambat kontroversi.
Type pun tak betul.. number jadik mumber.. hahahah.. And lupa pulak:
F: Someone still owes me a song. Takper tunggu Chinese New Year ehh, nanti boleh hantar lagu dung dung chey
Asslamualaikum Saniboey
Bro
Arwah Nurbisa ada cakap dengan saya kalau lagu 'Itu Kamu' menang dia akan mengamuk macam dia amukkan Gemilang yg menang 3 tahun lepas..Heheh. Aku bukan nak ungkit.. tapi aku rasa ada betulnya juga.
Bro,
alamak, rekemen blog sy la pulak. patut ramai yg masuk.
Kut2 saya ada silap tulis kat memana dalam entri bedah siasat lirik tu...ampun, sy ni budak br nak bermesra dgn bahasa.
sebenarnye encik saniboey... barangkali diorg langsung tak tahu apa sbbnye lagu2 diorang masuk final...
main hentam nyanyi je... so kriteria2 untuk jadi juara lagu dianggap 'siapa popular @ radio bnyk siarkan' dia akan menang...
cuma nk komen sal perkataan kamu dlm lirik lagu "itu kamu' Dendangan Estranged..bahasa indonesia?mungkin perlu di selidiki juga dr mana asalnya penulis lirik berkenaan..kan ke RICh yg buat,kan ke dia org sabah?d sabah biasa guna KAMU bukan atau KAU jadi rasanya dia cuba menggunakn bahasa paling lembut la 2..huhu..
Salam semua. Aku sedang mencari masa yang paling sesuai untuk menjawab semua komen-komen di sini. Harap-harap korang bersabarlah ye.
Bro,
I don't think it's an arrogant answer. Cause sometimes being arrogant and realistic is in between the line. Dengan sadar dan mengetahui bahwa apa yang kita kerjakan dan persiapkan sejak awal ternyata pada akhirnya sesuai dengan apa yang diprediksikan saya rasa itu realistis, bukan arogan. Kalau ada pihak yang tidak bisa terima dengan itu, dengan kita menjadi realistis, itu salah mereka sendiri itu.
Seperti ketika ditanya bagaimana you bisa menulis begitu baik dan benar, atau yang bertanya bagaimana saya bisa bernyanyi dengan baik dan suara saya indah dan jawaban kita: 'Latihan. Hanya itu' dan akhirnya kita dianggap sombong. Unfair, rite?
Again, it's their problem. But stay balance laaah ;)
ohh...utk pengetahuan penulis...knp estranged guna kamu? oleh kerana lagu ini dicipta oleh Rich yg berasal dari sabah....maka mungkin dia dh terbiasa sb kamu merupakan bahasa panggilan AWAK bagi org sabah....TQ
sani,
teori saya tentang wartawan hiburan di malaysia ; mereka ada satu template untuk setiap ulasan.
contohnya;
-template ulasan selepas anugerah (tak kira anugerah apa pun)
-template ulasan tentang artis tangkap khalwat
-template ulasan artis dituduh mabuk
dan lain-lain
sebab itu selalunya kita semua boleh hafal structure tulisan diorang terhadap isu isu standard ni.
oh dan tak lupa juga dalam setiap template ini akan juga di-listkan peribahasa-peribahasa yang sesuai untuk digunakan dengan setiap ulasan.
Contohnya;
-rumah siap pahat berbunyi
-kalau bertepuk sebelah tangan tak akan menjadi
-tepuk dada tanya selera
baik, itu saja komen saya =)
Post a Comment