Jun 9, 2009

Aku sokong semua student kena lulus English tapi macam mana anak-anak orang luar bandar tu? Do we know diorang dah ready ke belum?

Hari ini TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kata:

Kementerian Pelajaran akan meminta orang ramai memberikan pandangan mengenai kemungkinan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diwajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk melayakkan mereka menerima sijil penuh.

So people, buckle up. If your English suck, you are FUCKED!

He was quoted as saying: "Setakat ini anak-anak kita yang belajar bahasa Inggeris masih boleh dapat sijil penuh walaupun gagal dalam bahasa Inggeris dan ini menjadi persoalan. Oleh itu, saya mahukan maklum balas daripada masyarakat supaya dapat memastikan pelajar luar bandar tidak menjadi mangsa disebabkan mereka tidak menguasai bahasa Inggeris. Walaupun hampir 70 peratus pelajar lulus bahasa Inggeris (di peringkat SPM setiap tahun), keputusan itu tidak memberi sebarang perbezaan kerana pelajar gagal juga mendapat sijil (penuh)."

Steadylah TPM baru kita ni. Senyumnya menawan kan? Kan?

Then, our ex PM, Tun Mahathir pun dipetik macam ni:

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Katanya, idea itu boleh memberi nilai tambah kepada masa depan pelajar terbabit khususnya untuk bersaing dalam dunia pekerjaan dalam era globalisasi. Bagaimanapun, beliau berharap Kementerian Pelajaran akan mendapatkan pandangan daripada orang ramai khususnya ibu bapa terlebih dulu sebelum melaksanakannya kerana ia menyentuh masa depan anak mereka.

And he was quoted as saying this pulak: “Sebenarnya keputusan sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan atau tidak bergantung kepada ibu bapa dan bukannya kerajaan kerana ia membabitkan masa depan anak mereka.”

Tapi kalau dah Tun kata dia setuju, maka aku rasa semua kena setujulah ye? Kan? Kan? Hidup Tun!

I got no issue with this.

But my question ialah di mana, kepada siapa dan apa caranya untuk ibu bapa untuk menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak?

How will the Government akan laksanakan sesi "bertanya" kepada ibu bapa ini?

Orang kota (the Urbanites) barangkali tak ada isu dengan benda ni tapi apa kata orang luar bandar di mana bahasa Inggeris kekadang jadi seteru kepada pembelajaran anak-anak mereka?

Kita ni suka sangat nak ubah dasar dan buat benda drastik seperti itu tanpa berusaha untuk mempertingkatkan pembelajaran bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah luar bandar.

This is a very POSITIVE move tetapi persoalannya ialah sudahkah Kementerian Pelajaran berusaha bersungguh-sungguh memastikan pelajar sekolah luar bandar bersedia sepenuhnya untuk menerima ULTIMATUM ini?

I know...i know that Tun and Tan Sri kata: "We shall ask the parents first" tapi aku selalu saja skeptik dengan itu sebab selalunya ia adalah satu ULTIMATUM.

And we know where will this go....apa lagi kalau bukan bangkangan parti pembangkang yang sanggup terkangkang-kangkang untuk membangkang. Diorang bangkang pun bukan ikhlas sangat tetapi sekadar nak membangkang aje pun.

Tengoklah betapa "drama" soal PPSMI dulu. Jangan terkejut apabila akan ada Pembangkang yang akan membangkang soal yang ini pulak.

NOTA KAKI ALA AKHBAR MELAYU: Aku tak menulis soal entertainment sekali dua ni sebab tak ada isu yang menarik sangat pun. Yang ada banyak isu bodoh-bodoh aje pun. You really wanna read about stupid gossip columnist yang perlu ditegur oleh artis kalau dilihat sedang membeli-belah di pasar raya? Or you wanna read how Mami Porah atau Mak Limah Bangang yang seronok guling-guling sebab ada story artis bercerai? Or you wanna hear me rambling about the ethics of entertainment journalism so that you can say again and again: "What ethics?"

Hahahaha....Fuck it aje lah!

Keep It Cool people!

Kredit Gambar: pinkturtle2.wordpress.com

24 comments:

Obefiend said...

my inglis is veli bed. i blame mai techer for teaching me bed inglis.

i think if all in inglis I iz sure fail. then i kenot go to kolej. then i can is onli rempit at nite.

Amer Rezza said...

Sekarang pihak pembangkang pun dah sibuk cakap Inggeris dalam media.

*Rujuk kepada bekas MB Perak.

Ayyman Rahim said...

Setuju. Takkan nak pass pun tak boleh?

Zakiah Ponrahono said...

tapi petani, tukang kebun yang langsung tak boleh nak baca entry ni?

english is still english. and its only a medium to communicate and deliver all the knowledges.

I BOLDLY DISAGREE.

IT IS AN OPEN EXAMINATION SYSTEM. THEY HAVE THE RIGHT TO CHOOSE.

(AKU BENCI KOMEN DALAM ENGLISH larr)

hahaha

aku ni dulu anak orang yang petik kelapa sawit. dan aku tak rasa pun english tu membantu aku sangat.

entahlah tapi kalau dah orang kata positif je takkan aku sorang je nak berdiri tepi jalan angkat banner kan.

:=)

joegrimjow said...

turut setujuuu

joegrimjow said...

takot salah paham
aku stuju ngn ko
hehe
bukan komen kat atas

nak gtau
blajar bahasa orang sekarang bukan nak agungkan bahasa orang

ni soal ilmu!
budak2 apa tau kan napa kene blajar bahasa asing?
jangan la jadi budak2 turut xstuju,

english bahasa dunia skrg
tu nak suruh rakyat boleh hadap dunia, bukan duk malaysia je!!

Siti Fatimah said...

for me. it;s to divide. Org putih kata. Divide n conqure. Sapa tak mampu tros mundur = spm pn tadak. Kita yg ada spm ni tau ke perasaan org tadak spm? takpala kita tau bahasa inggeris. yg tatau tu mcm mana?

kalu gomen nk tros kn jugak. OKEY silakan. But please do something. help people yg lemah inggeris. jgn nk dok fokus hantaq cikgu gi kursus. fokus hoq budak2 nuh. jgn bg depa pikiaq, o blajaq ni susah. baik aku rempit or jd bohsia.

yg kaya tros kaya. yg miskin tros mundur. be my guess.......

oh one more thing. ni bkn nk kata ni isu pembangkang ke atau apa ke nk comersialize ke apa. INI ISU RAKYAT. INI ISU SEMUA. SEMUA KNE PEKA......... for me la. yg salah tetap salah. yg betul mgkin betul. Bkn sbb u pembangkang or what....

wallahualam.

Pawan said...

sy rasa kacang sj tu. kalau masih mengekalkan sains dan matametik di ajar dalam bi.

Hazrey said...

me oso like dat loser obefiend. mai ticher oso pul mai e-yer bikos i kannot errr.. faham wat ticher talk talk.

lait now, i dun rempit, ai onli smell glue bicos glue veli gud, chip chip sum more.

ahh brader ahh, my techer ahh last taim from kelantan, so techer onli tich eat epal in ingris.

ohh i oso know while tang oso can bite.. u know that or not?

i.am.belle said...

mmg patut pun usul tu dibuat. setiapkali belle interview candidates untuk jawatan kosong bhgn pentadbiran, calon-calon terutama yg melayu ni, nama je pegang Diploma tapi bahasa inggeris hancur.

tak kisahlah budak2 tu ready ke tak ready yang penting mesti nak rajin berusaha supaya boleh berbahasa inggeris dgn baik :}

Superzac said...

hazrey ko jangan pura pura tak tau cakap omputih aku pukul ko hehehe..tunjuk website tu lagi kang hahahaha...(sorry don, terbawak joke internal kat sini)

anywayyy..i remembered parents kat usj complain pasal cikgu kata "2 push 2 is..?" (2 tolak 2 jawapan apa)..don't laugh, it did happen..my point is, cikgu tu pi betulkan dulu..

i know this person who has a masters degree and what not, yet she can't even construct a proper sentencen in english...(aku takpe, aku takde masters, aku ada mastercard je)

patut sangat kena lulus english...dlm negara pun tak leh compete, how the heck are we gonna compete abroad eh tak..

msYuz said...

membunuh betul ayat "2 push 2" tuh.

kewajarannya ada, buku-buku pun banyak dalam BI. penterjemahan di Malaysia pun tak menepati maksud sebenar. tak semualaa, tapi sangat susah nak jumpa yang berkualiti.

daripada PPSMI yang agak 'direct' kepada istilah saja, eloklah struktur bahasa inggeris tu sendiri yang diberi penekanan melalui pembinaan ayat dan tenses yang betul.

*nak tengok apa pula ribut di kem pembangkang. heh.

gman said...

tak setuju dengan proposal ni.

baiki yang sedia ada dulu, dalam 2 3 tahun baru dilancarkan.baru setuju!

huhu

wawan said...

stuju tapi ksian bdak kampung yg naive n mrangkak dlm english..

Zakiah Ponrahono said...

Kalaulau kita wajibkan lulus english... dan mereka yang tiada kemudahan, tiada duit pun nak pergi tuisyen dan di kampung-kampung tu, cikgu-cikgu yang kelas A yang boleh berbahasa inggeris macam makan kacang putih tak ada... dengan yuran periksa pun diorang susah nak bayar... dan bila periksa cuma hanya kerana inggeris mereka tak dapat pun sijil SPM tu...

macam mana agaknya hidup mereka?

bila tak dapat sijil SPM tu macam seolah-olah budak tu tak pergi sekolah 7 tahun. Tak tahu membaca dan mengeja.

dan mereka-mereka tu kadang-kadang memang tak masuk universiti pun macam orang-orang bijak pandai ni.

sekurang-kurangnya kalau pun satu subjek iaitu inggeris tu mereka tak lulus mereka boleh tunjuk kelayakan nak kerja di kilang tau.

bukan semua orang akan kerja di pejabat. Bukan semua orang nak kerja di luar dari MALAYSIA.

sekurang-kurangnya.

mindx said...

salam bro don..

bagus juga bila bincang isu selain masalah artis dan hiburan ni.. barulah berfungsi sepenuh otak2 yg ada pro dan kon ni...

pada pendapat aku lah... sistem pendidikan kat MALAYSIA ni dah terlampau teruk dijadikan mainan menteri2 yg memegang jawatan MENTERI PELAJARAN. Setiap kali tukar menteri je, ada je benda yg nak diusik/diubah pada sistem / dasar pelajaran kat MALAYSIA ni. Kalau tak percaya, cuba ingat semula apa dasar/idea yg dibuat menteri2 sebelum ni tapi setengah masak perlaksanaannya dah diubah bila org lain pegang post tu pulak.. Bila tukar menteri je, mulalah ade benda/idea nak di ubah.
Pada aku sesuatu benda/dasar yg dibuat tu kenalah dikaji kesan jangka panjangnye SEBELUM DILAKSANAKAN.. jgn bila ada yg persoalkan barulah nak dikaji semula..
Duit mak bapak yg dah berabis semata2 ikut idea dorang tu tak di kaji ke???

Hazrey said...

Haha, send your children to private school. Lets start a private school DonC. Kaya kita beb.

cikida85 said...

apapun kerajaan perlu fikirkan formula utk bagi sistem pendidikan Malaysia berkualiti dulu.tapi skrg kebanyakan guru lulusan pendidikan lain tapi bila posting ajar lain yg jauh beza dgn bidangnya.camana nak lahirkan pendidikan berkualiti?

apapun kalau boleh kerajaan buatlah bancian yg tepat supaya x kalut mcm isu PPMSI

Marliza Radzi said...

My lecturer posed the same Q at his FB status yesterday. Ada comment from someone ni sangat menarik; she said: “Encik A, saya budak kampung and now reading Law in the UK. Siapa kata budak kampung tak boleh?”

DonCorleone said...
This comment has been removed by the author.
DonCorleone said...

Obiefiend - Mat Lempit des talk like dat looo. Hahahaha

Amer Rezza - Aku teringat masa aku ke Festival Filem Asia Pasifik di Bangkok 1999. Speech utama di majlis yang dipenuhi delegasi antarabangsa itu ialah dalam bahasa Siam. Sempoi aje diorang ni. Baru-baru ini di Nikko Hotel ada Confrence digital media anjuran Kementerian Penerangan (yang ketika itu headed by Sabrey Chik)...dalam confrence itu, terang-terang pengerusi sebut bahawa delegasi Malaysia boleh sampaikan kertas kerja dalam bahasa Malaysia sebab ia boleh dialihbahasa secara langsung. Tapi buat macam mana pun, diorang2 ni masih nak berbahasa Inggeris. My point again - ajarlah Inggeris sungguh-sungguh di sekolah dulu.
Ayyman - Anda sentiasa bisa untuk membantah.

Zakiah - Barangkali Tun M fikir biar kita suffer dulu sekarang tetapi kita maju sehebat-hebatnya di masa depan. Ya, itu barangkali misi murni dia. And kalau jadi lah keputusan mewajibkan students lulus English, maka pasti ada ramai yang akan kantoi, huru hara dan tersembam jatuh ke tanah tetapi 10 tahun akan datang barangkali anak Melayu di felda paling hujung dalam kampung pun barangkali bisa cakap English lorat UK.

Joegrimjoe - Aku setuju dengan usaha kerajaan itu cuma aku harap sebelum dia wajibkan English itu, dia usahakan untuk tingkatkan dulu pengajaran English di sekolah.

Siti Fatimah - Dunia kapitalis memanglah begitu. Yang kaya terus kaya dan begitulah sebaliknya. And aku setuju sangat supaya kerajaan berusaha untuk majukan orang kita dengan bahasa Inggeris sebelum buat undang-undang mewajibkan lulus bahasa Inggeris itu. Kita memang terima hakikat bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa dunia tetapi kita juga harus terima hakikat bahawa ramai di kalangan orang Melayu yang lemah. So, janganlah tembak diorang tanpa kasi peluang diorang bersiap sedia dan diorang hanya boleh bersiap sedia dengan bantuan kerajaan.

Pawan - Aku tak rasa semudah itu. Aku dah layan habis dah buku Maths and Sains sekolah rendah dalam bahasa Inggeris dan ia tidak sama. Untuk lulus English dalam SPM is another different story.

Hazrey - Kau cakap Spannish ke tu? Heheheheh

Belle - I agree with you. Memang aku sendiri pun ramai dah interview orang and English macam haprak. But let us hope the government do something untuk memastikan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah adalah baik dan jangan main wajibkan lulus sahaja tak tentu pasal.

Superzac - Wah...superzac dah ada internal relationship dengan Hazrey nampaknya. Huh! Tak boleh aku lepaskan langsung korang ni berdua....hehehehe. Superzac nampaknya agrees with TPM, TUN M and PM. Aku tak bantah, cuma aku rasa the education system di Malaysia ni tak bagus sampai budak-budak sekolah luar bandar masih lemah English. Aku dulu sekolah rendah di ACS Kampar dan cikgu kelas bahasa Inggeris aku ada yang pernah cakap BM. Macam mana tu? so, 2 push 2 - jawapannya "kepala bapak cikgu tu lah kan!"

MsYuz - betul tu. Banyak terjemahan yang tak berapa baik dan PPSMI itu lebih banyak tentang soal istilah dan formula, ia bukan tentang tatabahasa. Entah kenapa aku rasa ini lebih banyak undang isu politik daripada isu pendidikan.

Gman - Aku setuju dengan pendapat ko.

Wawan - Aku faham apa yang kau risaukan tu.

DonCorleone said...

MindX - Setiap kali tukar menteri, setiap kali tukar polisi. Setiap menteri ada sahaja nak membuktikan kewujudan mereka. Kalau tidak di waktu pemilihan Umno pulak, setiap kementerian ada sahaja nak lancarkan projek tak tentu hala supaya mereka terus dipilih. begitu juga setiap kali pilihanraya...sama aje senarionya. Yang jadi mangsa ialah kita, anak-anak kita, masa depan kita.

Hazrey - Buat private school pun best gak kan? Anak2 menteri kau ingat sekolah biasa ke atau private atau international school?

cikida85 - Saya setuju dengan awak sepenuh nafsu!

Marliza Radzi - I never doubt budak kampung dari kampung mana pun, cuma aku ni mengharapkan sangat the govt memastikan pembelajaran bahasa Inggeris di Malaysia berada di tahap baik sebelum buat perlaksaan WAJIB lulus bahasa Inggeris.

OR ADAKAH SEMUA INI MUSLIHAT SUPAYA AKHIRNYA KITA SETUJU SAJA DENGAN PPSMI?

msYuz said...

ni yang kena "read between the lines" ni.

bro, terus-terang cakap, banyak daripada kita hari ini dah jadi macam dalam filem "V for Vendetta".

tengok berita dan juih balik -- "bollocks!"

duh.

Hazrey said...

Ingat tak when I wrote about gangsterism in school? How does the minister knows about the school kalau anak depa ramai yang sekolah private?

Malas nak cakap. Anyway DonC, anything, please give me a dingle. hahahahahaah.. hahahhah.. errr.. sampai hari ini aku tertanya kenapa dia letak gambo aku kat screen saver dia. Musykil aku. Amat sangat.

p/s: alah, DonC, kalau jodoh tak ke mana kan kan kan kan Superzac. Jemputlah datang nanti.