Jul 27, 2010

Selamat mati revolusi. Aku mahu berjalan ke daerah baru yang sudah aku hidu tapi sabarlah menantikannya sikit masa lagi.

Salam.

Nama aku ialah Saniboey bin Mohd Ismail.

What I do is not important.

What I say in this blog pun does not have to be important to you.

Semua yang aku nyatakan di sini adalah pendapat aku. Aku buat blog ni kalau tak silap aku masa aku kerja di Singapura in 2008. Aku tak suka nak keluar malam and bila lepak di rumah, aku fikir best jugak lah kalau menulis.

Awalnya aku mahu menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran, namun lama kelamaan aku fikir setiap bentuk penulisan harus mempunyai tujuannya. Lalu aku fikir tentang macam-macam untuk dijadikan bahan penulisan untuk blog ini. Dari subjek filem, muzik, politik dan pelbagai lagi aku fikirkan untuk dijadikan materinya.

Dalam pada itu, ketika berada di Singapura, aku jarang sekali dapat membaca akhbar Malaysia kecuali bila aku ke Johor Bahru di hujung minggu. Namun, aku paling kerap membuka website kebanyakan akhbar Melayu dan selalu saja aku lihat perkembangan di Malaysia terutama dengan perkembangan hiburannya.

Oleh kerana aku ni pernah menjadi wartawan hiburan selama beberapa tahun, sudah tentu ruangan hiburan selalu sahaja mendapat perhatian aku. Sejak dari dulu juga, aku ni jenis yang agak idealistik apabila memikirkan tentang revolusi, inovasi dan perubahan yang aku fikir selalu kungjung kita setiap saat, minit, hari, bulan dan tahun.

Namun dari sehari ke sehari, bulan ke bulan dan tahun demi tahun, aku lihat banyak yang tidak kesampaian. Lalu, itulah yang jadi materi utama blog ini iaitu menghidupkan satu bentuk revolusi pemikiran dalam penulisan berbentuk hiburan terutama laporan berita yang berbentuk hiburan di Malaysia.

Look, please understand that I have no power whatsoever to make any changes in the entertainment journalism industry. Aku hanya menceceh atau membebel di ruangan peribadi aku ini. Tapi aku rasa apa yang aku kata adalah penting (namun penting bagi aku tidak semestinya penting bagi korang).

So, in the end, kebanyakan subjek yang aku gunakan dalam blog ini ialah tentang cara penulisan hiburan di akhbar berbahasa Melayu di negara kita.

Namun aku fikir, menukik macam mana pun tidak ada gunanya kerana gonggongan tidak bisa meranapkan bukit. Bukit itu hanya akan ranap satu hari nanti dengan gempita yang kuatnya sampai kita sendiri tidak akan sangka.

Sejak aku berehat seketika dari menulis di blog ini, aku mulai memikirkan tentang utuhnya bukit itu dan barangkali hanya sia-sia kalau kita walaupun setitis memikirkan tentang membangkitkan satu jenis revolusi minda kerana ibarat udah sebati dengan kebanyakannya supaya luka menjadi kudis lalu bernanah sehingga parut yang jelas sebelum kita sedar tentang pentingkan sesuatu yang bernama revolusi.

Ahh...sudah lah. Kalau pekik cara jalanan maka bunyinya begini: "Pergi mampus!"

Aku perlu jalan lain. Tidak, ini bukan bermakna aku mahu kibar bendera putih tapi kalau kata tok guru, tak dapat tumbuk atas, aku kena tumbuk bawah dan kalau tak dapat tumbuk bawah sepak yang di atas. Insya-Allah revolusi itu akan datang jugak tapi bukan sekarang. Barangkali benda yang baru hanya akan datang sesudah benda yang sedia ada hancur sehancur-hancurnya. Aku akhirnya kian excited menunggu kehancuran itu barangkali.

Dan sementara itu, aku rasa aku kena layarkan blog ini ke daerah lain seketika. Barangkali bukan lagi daerah yang sudah sebati dengannya. Barangkali, aku perlu mula berbicara tentang perkara yang benar-benar ada jiwanya. Aku masih mencari daerah itu lagi tapi sudah hampir pasti bisa menghidunya.

Kalau umur panjang, kita kan ketemu lagi dalam masa yang singkat ini.

Tapi sebelum itu, aku ucapkan Inna lillah wa inna ilayhi raji'oon terhadap revolusi ini.

Wassalam.

3 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Dan walaupun ada yang mungkin memandang sebelah mata usaha kamu bro, aku tetap sedia menyokong sebab aku belajar banyak dari apa yang kamu tulis.

Bagaimana sesuatu penulisan itu emnarik minat pembacanya.

:)

zan said...

Aku dah mula menganggap ko sebagai guru kerana mengajar banyak benda di sebalik tulisan2 ko yang orang lain (bukan aku) anggap kasar.

Teruskan revolusi ko. Mana tau satu hari nanti watak Jerry Maguire tu akan jadi betul2 dekat ko pulak.

Sekilas said...

lama saya tggu blog ini aktif semula. saya suke je cara en.sani luahkan pendapat walaupun kelihatan kasar dan ganas..tapi itu pendapat peribadi. orang lain yang tak suka pun boleh beri pendapat masing2. tapi kena pada caranyala kan...teruskan menulis! =)