Mar 17, 2010

You want the truth? YOU CAN'T HANDLE THE TRUTH!

ISU 1:

Masa aku join Media Prima (spesifik di TV3 di rancangan Melodi), boss aku yang namanya Azhar Borhan kata: "Shake things up."

Sebulan sebelum aku join (ketika itu aku masih berkhidmat di Finas), Azhar juga ada menghantar beberapa copy rancangan Melodi untuk aku evaluate and selepas menontonnya aku nyatakan beberapa komen, antaranya:

1. Terlalu banyak berita Melodi ketika itu yang tidak ada fair comment. (i.e Artis A berkata sesuatu tentang Artis B tetapi tak ada usaha untuk mendapatkan komen Artis B). Ini maknanya tidak ada fair comment.

2. Banyak berita yang boleh lahirkan rasa tidak puas hati dan membuka ruang untuk Melodi disaman kerana sebarkan fitnah (defamation)

Aku sangat ingat apa aku kata kepada Azhar. Begini: "It will take one person to start a lawsuit against Melodi and more will come if all this flaws are not being addressed."

Lalu, saat aku join, aku cuba sedaya upaya untuk wujudkan semua ini and biarpun tidak sempurna, sedikit sebanyak kita berusaha keras untuk sentiasa memberikan fair comment.

That was the most shook up yang aku mampu buat ketika itu sebab pada masa yang sama banyak masalah yang dilalui terutama dari aspek tenaga kerja, kemahiran, pengetahuan tentang kewartawanan dan pelbagai lagi.

Hari ini, aku membaca tentang kawan lama aku, Jurey Latiff, yang seorang pengarah dan penerbit menyaman Melodi kerana mendakwa program itu telah memfitnah dirinya. (Link untuk berita ini akan aku nyatakan di bawah).

Kenapa ini berlaku?

Ikut apa yang aku baca, pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.

That was in September and how did they responded? By producing a spin off to Melodi which is TERJAH.

Bagi aku, both Melodi dan Terjah are walking on a very thin line at this moment and if they do not SHAKE THING UP...they might drown.

ISU 2:

9 wartawan hiburan lapor polis gambar dihina di Facebook

Aku baca tajuk atas di sini.

Bagi yang ada kelapangan, cuba lah cari page di Facebook yang dikatakan menghina dan memfitnah wartawan hiburan ini.

Memang agak kasar dan barangkali bisa buat mereka yang "terkena" ini marah sampai mereka membuat laporan polis.

Isu ini buat aku fikir tentang beberapa perkara:

1. Bagaimana kita mahu menghalang pembaca yang membaca penulisan wartawan atau menonton rancangan seperti Terjah atau Melodi untuk meluahkan hati mereka menerusi apa-apa medium yang bisa mereka gunakan?

2. Kenapa mereka (pembaca dan penonton) kelihatan begitu tidak berpuas hati dengan penulisan wartawan hiburan masa kini?

3. Wartawan hiburan marah dengan reaksi pencipta page Facebook itu tetapi adakah mereka mengkaji ketidakpuashatian orang ramai yang turut memberikan pendapat di page itu?

4. Kenapa makin ramai (ramai - hanya satu hipotesis) pembaca yang makin tak suka dengan cara penulisan atau penyampaian berita hiburan oleh wartawan hiburan?

5. Mungkinkah ini masanya untuk wartawan hiburan untuk mengkaji semula etika mereka dari aspek penulisan, penampilan, penyampaian dan pelbagai lagi?

Aku hanya sekadar blogger tetapi aku tetap berharap supaya Wartawan Hiburan di Malaysia supaya membedah diri sendiri cepat-cepat dan tanya satu soalan iaitu:

"Kenapa semua ini berlaku?"

Aku barangkali tradisional dalam soal kewartawanan sebab aku percaya jika tiang-tiang ilmu kewartawanan yang benar kukuh dalam dunia kewartawanan diamalkan, maka pembaca atau penonton sentiasa akan memberikan respect yang sepatutnya.

Hakikatnya memang ramai di kalangan wartawan hiburan yang kurang ilmu dalam kewartawanan dan masih menganggap "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".

Namun kini mereka harus fikir bahawasanya dalam dunia teknologi masa kini di mana makin banyak medium atau platform sudah wujud, semua orang sebenarnya ada "pena" mereka tersendiri.

Kita lihat saja, apa yang akan berlaku seterusnya.

Sambil itu, kita....

KEEP IT COOL.

Nota:
1. Link berita Jurey saman Melodi di sini.

2. Gambar dipinjam dari www.bharian.com.my

12 comments:

ainishamsi said...

to be honest, aku sebenarnye banyak kali tergerak hati nak buat group kat fb, 'we hate terjah' (adekah aku bakal disaman sbb buat statement ni? haha)

but seriously, as u said, sudah sampai masanya untuk diorg dpt wake up call. takkan tak faham2 lagi?

dari sekolah rendah dulu kita diajar buat karangan upsr, 'oleh itu, media massa hendaklah berperanan mendidik masyarakat blablabla'. but looking at tv programs nowadays (esp yg entertainment), aku kurang nampak peranan mendidik tu dijalankan. dengan menerjah orang barangkali?

Obefiend Weiland said...

DON

ur face also ada inside. LOL

i joined it for the lolz. aje. but one thing for sure memang RAMAI yang benci wartawan hiburan sekarang.

here is the op 3 list

1. Zubir the clerk
2. that malay dude in melodi. not nas ahmad
3. nas ahmad

because they love claiming orang kurang ajar this that tapi their approach to journalism not exatcly sopan either.

Hazrey said...

Obe, yes I saw your name as part of the members. Tahniahlah. Hahah

A'ahlah, kenapa muka Don ada dalam tu?

But aku setuju, this is the time entertainment journos kena reflect balik apa depa tulis, dan kekalkan integriti sikit. Jangan jadikan akhbar sebagai bahan serangan peribadi atau agenda tersendiri.

But muka ayau pun ada, tu yang aku gelak tu. Hahahah kesian kat kau ayau. Lain kali ambik gambar dengan pompuan hodoh sikit. Ermm pun kena jugak nanti kan..

Ehh, aku tulis tulis ni tak kena panggil bagi statement 112 KK ker?

Xora said...

setiap kampung mesti ada Cik bedah. Semorang kawan dengan Cik Bedah pasal dia pandai bergossip. tapi smorang tak suka cik bedah pasal tau dia tak jujur dan tak leh dipercayai.. jadi cik bedah ni selalu tak dijemput gi majlis kenduri

rasanya cam tak make sense at all. tapi aku pun tak suka wartawan yg suka melagakan artis.

ajie said...

berani buat beranila tanggung...
dah korang wartawan hiburan yg sentap sangat apahal..siap buat laporan polis...ko dedah aib orang..kenala balasannya..lenkali hati2la menulis...korang dah buat kerjaya wartawan kelas bawahan...

hak peribadi diceroboh? hello kalo peribadi buat apa korang taruk dlm facebook or apa2...simpan bawah katil je dah laa...

tak bleh tahan arr tgok gambo minah repoter mana ntah posing kat sungai...ala2 artis katanya....kahkah...

Salih Kamil said...

Bro,

Aku tgk web2 hollywood mcm tmz, aku tak jumpa pon satu artikel yg memfitnah artis2 diorg hanya berlandaskan KATA ORANG atau hear say. semua artikel dlm tu suma nya adalah fakta. bukannya artikel yang ditulis mcm "dengarnya artis tu suka cakap besar" dll.

jadi kenapa WH ni suka fitnah dan tak suka mintak maaf bila buat salah? contohnya dulu WH pernah fitnah Datuk Jalalludin Hassan berdasarkan KATA ORG yg Datuk adalah sugar daddy sebab mencium pipi budak2 remaja. Last2 budak2 tu rupanya anak2 beliau. tapi aku tak jumpa pon satu artikel yg mintak maaf pada Datuk.

tapi kalau artis buat salah, diorg mesti mintak maap SEGERA... mcm ni sapa tak sakit hati... gajah pon marah mcm ni..

sultanmuzaffar said...

Kena kredit status facebook aku ni? Hahaha.

Very fair comment, nampaknya cara reformasi tidak berjaya, sebaliknya caya gerila yang berjaya. :)

Ayyman Rahim said...

Tapi diorang punya gamabr memang kena hina teruk gila, kesian jugak yang sorang yang dia kena cakap gemuk apa entah.

Yea, diorang kena tahu sebab apa terjadi semua tu. Nampak macam yang paling dibenci si Zubir tu.

saf said...

Contoh Kes 1:

kalu FAM dan BAM atau PSM atau MSN kene hentam kaw2 depan belakang, kiri kanan dari semua lapisan masyarakat (termasuk WARTAWAN, itu sudah pasti) mengenai cara mereka bekerja...takda pulak FAM/BAM/PSM/MSN nak saman kita balik atas dasar kerjaya mereka terjejas...

Contoh kes 2:
jadik apa bezanya org hentam wartawan hiburan pulak?? takkan itu pun depa nak saman claim kerjaya wartawan hiburan terjejas...soooo lame...nampak sgt lar, wartawan hiburan tak pro...depa boleh hentam org suka hati mak bapak depa takda insurans, pastu org tak boleh cakap apa2 pasal depa pulak...hipokrit siot...serius...anak manja...

Cik Norfa said...

yela..kesian dgn gambar2 yg kene kutuk kaw2 tuh..tp nk wat camne..dh jd WH..dorg pun glamer jugak cm artis kan..trima jerla kritikan orang...nasib baik dorg tk wat fanpage "I hate Zubir" terus...huhuhu...direct sorg2..lg byk kot kene hentam.

pape pun...saya hanya pemerhati..dan kdgkala simpati..
:-)

lavidalabelle said...

elok juga ada medium mcm tu. so wartawan hiburan ni jgn perasan yg mereka tu hakim utk menghukum org lain.

nah bila mrk pulak kena terjah tahulah rasa bahangnya. walla! panazzzzz

tak kutuk pun. cubit2 je xD

mat dabal said...

wartawan hiburan ni sebenarnya dah mengundang musuh dari berbagai genre..itu yg bila ada org bukak akaun facebook macam tu..berpusu2 org masuk..menyerlahkan betapa ramainya manusia dah memendam perasaan selama ni..tempat nak meluahkan perasaan tak ada.so itulah jadinya

baru2 ni depa dok cari pasal dgn budak2 underground(indie)yg jelas tak memerlukan langsung khidmat diorang..so satu jenis golongan musuh dah ada dah(ada ka dok ajak bebudak tu tangkap gambaq tepi kolam tunjuk bulu dada..hehe..mana budak2 tu nak..pastu dok kata budak2 tu sombong

then diorang kacau pulak artis2 yg ada link dgn vip2..lagi satu jenis golongan musuh ada dah

betullah kata saudara aku bimbo tu..depa ni kena muhasabah diri cari tang mana yg tak betul dan berfikiran positif..kalau dah ada kemarahan sebegini rupa..maknanya mmg jelas ada yg tak kena...jadi takyah lah mati hidup balik pon sibuk nak mengatakan yg kita betul depa tak betul.dok pi mai pi mai tang tu jugak la