How do you detect success?
Adakah apabila anda disanjung tinggi atas apa yang anda lakukan?
Atau adakah apabila anda cetuskan kontroversi?
Dalam dunia hiburan, kedua-dua elemen ini boleh dilihat sebagai sukses.
Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat sanjungan (i.e kejayaan Sudirman kumpul lebih 100,000 rakyat di Jalan Chow Kit pada 15 April 1986 misalnya) ia boleh dianggap sukses sebagai sebuah konsert yang mendapat sambutan hebat.
Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat perhatian (i.e kecoh Fasha Sandha kononnya merampas atau jadi punca penceraian Nora Danish) ia boleh dianggap sebagai sukses terhadap publisiti bagi kedua-duanya, baik Fasha dan Nora sekaligus. Atas publisiti itu, baik Nora atau Fasha, masing-masing mendapat lebih banyak exposure in the media. Sukses
Bagaimana media memilih subjek-subjek tertentu untuk menjadikan sesuatu sebagai isu pula?
Does it take an observant journalist?
Does it take an anonymous phone call?
Does it take a pile of complaints from the masses?
Kenapa kita makin jarang baca tentang jalan di
But all of a sudden, kita baca tentang “maklum balas kurang senang” pembaca akhbar tentang drama Halimah Jongang. Kononnya drama itu mengejek insan yang yang lahir dengan fizikal demikian.
Dua tiga hari ni kalau kita baca paper, bukan main kecoh penerbit drama top, A Aida menjawab tentang isu berkenaan. Baca ia di sini.
Kalau Ugly Betty (siap sebut Ugly lagi), kita tak kisah sebab Betty mampu pakai braces kot tapi Halimah buat kita kaget sebab dia tak pakai braces kan? Kan? Ha ha ha ha
The media made it big and memang itu rasmi media sebenarnya untuk memilih sesuatu isu dan kemudian buat pelbagai follow up. Aku tahu sangat sebab aku pun dulu seorang wartawan hiburan dan modus operandinya belum berubah sampai sekarang.
Namun, aku rasa tak salah kalau aku disagree sekarang dengan modus operandi ini kerana aku rasa masa sudah berubah dan pendekatan baru harus mula dipertimbangkan.
Aku dah start rasa tentang benda ni sejak tahun 2001 lagi sebenarnya, beberapa bulan sebelum aku berhenti kerja di Berita Harian Sdn Bhd untuk join MediaCorp Publishing Pte Ltd.
Anyway, berbalik kepada diskusi aku tadi. Ini tentang Halimah Jongang.
Yes...lets agree:
- Yes...ia tentang minah jongang.
- Yes...kejongangannya dijadikan bahan jenaka.
- Yes...akan ada orang kecil hati terutama kalau dia sendiri jongang (agaknya)
Kenapa Halimah Jongang dapat perhatian?
- Media kata ada penonton yang kecil hati. Sebenarnya berapa ramai yang komplen ni? Siapa mereka yang komplen ni? Seriously, aku tak sure akan kewujudan Persatuan Orang Jongang Malaysia pun.
- Kenapa media kita suka suka guna argumen yang hipotetikal tanpa ada ”numbers”?
- Semua stesen TV sama ada berbayar atau percuma, sedikit sebanyak akan ada karya tempatan yang menyentuh tentang fizikal manusia tanpa mengira ia disampaikan secara humor atau serius tetapi Halimah Jongang juga yang dapat perhatian. Dari aspek ini jelas bahawa ia jadi perhatian sebab ia sedang popular dan media memerlukan sesuatu yang popular untuk menarik minat pembaca. Itu ternyata lumrah.
Dalam pada aku menghargai media memberikan publisiti meluas tentang ”negativity” Halimah Jongang ini, ia buat aku fikir tentang karya tempatan yang selalu aje kena attack apabila ia lari daripada norma-norma biasa.
Kalau Halimah Jongang kita tak boleh nak telan, kita tidak mungkin mampu melahirkan karya seperti pasangan beradik Peter dan Bobby Farelly seperti mana mereka menghasilkan Shallow Hal (2001 – Tentang budak pompuan gemuk) atau There’s Something About Mary (1998 – Cerita tentang semua orang suka Mary sampai ada yang sanggup berlakon cacat). Farelly bukan sahaja buat lawak tentang orang yang kurang upaya, malah segala-gala yang mereka sentuh pasti dilawakkan.
Ini ialah pasangan beradik Farelly yang banyak buat filem kelakar di Hollywood. Nak kata kelakar bodohnya, kelakar bangang ke, hakikatnya sukses mereka bernilai berjuta-juta dollar US!
Malah, apa kata kita kaji sekali lalu tentang subjek-subjek yang boleh dikaitkan dengan Halimah Jongang dari industri filem yang paling berjaya di dunia iaitu Hollywood..
- Forrest Gump (1994 – Arahan Robert Zemeckis).
Forrest Gump yang agak bodoh/naif/lembab tetapi akhirnya mencipta sejarah dirinya
sendiri. Filem yang memaparkan bodoh pandai Forrest Gump ini cipta sejarah sampaikan
Hanks menang award Best Actor lagi.
- City Lights (1931 – Arahan Charles Chaplin)
The Little Tramp (Chaplin) jatuh hati dengan seorang pompuan buta yang jual bunga di tepi jalan dalam filem ini. Si pompuan buta ni pulak dek kerana dia buta tak tahu yang mamat Chaplin ni tidak segak, sebaliknya dia ingat mamat ni “Duke” yang kaya raya. Filem yang gunakan elemen pompuan buta dan lelaki yang buruk ni boleh buat korang nangis tau!
Chaplin dengan wataknya sedang begitu terpesona melihat gadis buta penjual bunga tu.
- Some Like It Hot (1959 – Arahan Billy Wilder)
Antara filem awal yang menyaksikan lelaki berpakaian wanita. Kalau dulu ada wujud Persatuan Pondan, dah lama dah diorang ni amuk dengan Jack Lemmon dan Tony Curtis atas watak mereka ini.
Tony Curtis (kiri sekali), Marilyn Monroe (tengah) dan Jack Lemmon (kanan sekali) dalam filem hitam putih yang kelakar ini.
- Rain Man (1988 – Barry Levinson)
Juga bawa kisah tentang lelaki yang tidak normal, sebaliknya autistik iaitu Dustin Hoffman sebagai Raymond, abang kepada Charles Sandford (lakonan Tom Cruise). Atas kehebatannya membawa watak lelaki autistik ini, Hoffman juga dinobatkan Aktor Terbaik dalam Oscar tahun 1989 kalau tak silap aku.
- What’s Eating Gilbert Grape (1993 – Lasse Hallstorm)
Di Caprio bawa watak budak lelaki yang ada masalah mental sikit. Kira macam watak bodoh jugaklah tetapi sangat-sangat disayangi oleh abangnya yang dilakonkan oleh Johnny Depp.
Di Caprio (kiri) bersama Depp dalam filem ini yang menyaksikannya berlakon sebagai seorang budak yang agak terencat akal.
What am I trying to say here? Aku harap korang faham. Creative business kadangkala melangkaui banyak perkara. Kadang-kadang kita menongkah melawan arus dalam dunia kreatif sebab itu adalah sifat dunia kreatif itu sendiri.
Namun, dalam pada masa yang sama, sesiapa sahaja boleh bangkitkan apa-apa jenis polemik pun mengenainya.
Tak ada hal kalau media mahu kata Halimah Jongang menghina sebab itu kerja kreatif.
Tak ada hal kalau media nak kata Halimah Jonggang tu best giler sebab itu memang kerja kreatif.
But, my concern ialah adakah pemangkin minda masyarakat ini bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat dan adakah ia dibuat dengan cara yang betul?
Sama ada korang sokong atau tak sokong; suka atau benci Halimah Jongang, itu hak korang sendiri kerana kerja kreatif itu memang menuntut untuk kita berfikir, melontarkan pendapat dan dalam banyak aspek kerja kreatif ini, maklum balas anda itu tak ada hitam dan tak ada putihnya.
KEEP IT COOL!
Note:
You can read more on the issue here and here.
And you can join Halimah on her Facebook here.
And if you wanna listen to Halimah Jongang song on YouTube, go here.
For a Jongang girl....she is definitely on a roll here people!
18 comments:
kebebasan berkarya.trpulang kepada penonton ingin menerima atau pun menolak mentah-mentah.yang penting fikir secara rasional dan bukan emosi.
nice bro....tapi semalam aku tengok rancangan terjah tb3....lawak tul lah....kalo sekali imbas macam budak pompuan tu yang salah.....dahlah suma kondemkan dia...hehehe...
best apa halimah j tu...hahaha
untuk lariskan bahan die
media boleh lakukan apa saja
kan itu namanya media
hehe
Bila kak teh baca entry kali ini, terfikir pulak macam mana kak teh nak tangani interview yang kak teh buat dengan Amy Search aru2 ni. Bagi kak teh, memang kak teh rasa Search dan Amy dah capai sukses. kak teh pertama kali interview Amy tahun 1991 - dan baru ni 2010. Banyak yang Amy dan Search lalui. lebih sejam kak teh rakamkan perbualan dengan dia, dari menjadi penyanyi rumah kenduri kahwin sampai menjadi legend rock, nak buka yayasan dan tahfiz. semasa tengok persembahan mereka di sini (london) sungguh hebat amy yang sudahpun 52 tahun.
Insyaallah - apa yang kak teh tulis nanti cuma dr pemerhatian kak teh. dan insyaallah kak teh muatkan interviewnya di blog. doncorleone bolehlah bagi expert opinion :)
Si buta warna - Aku setuju bahawasanya terpulanglah kepada penonton untuk menilai karya. Cuma bagi aku, kalau kita jadi orang tengah seperti media, kita kena harus lebih bijak memilih isu dan pemilihan isu harus bergerak ikut zaman. Misalnya zaman sekarang ni...orang dah makin PANDAI!
Ahmad - Terjah tu dah beyond all the stupidity dah and tak boleh nak buat apa dah. Alasan berkali-kali bahawa itulah yang orang nak sebab ratingnya tinggi tidak memadai dah sekarang ni. Terjah bagi aku boleh dikritik hebat sebab ia bukan karya seni yang dihasilkan secara adaptasi ataupun fiksyen, sebaliknya dasarnya ialah Berita juga.
Joe - Selain nak laris, kita masih ada tanggungjawab.
Kak Teh - I shall wait for your interview. Sepatutnya pada awalnya memang saya plan nak ke sana sebab kita memang ada deal dengan the producers of that program from Malaysia tapi dah tak ada rezeki. Akan saya nantikan interview itu ya. Don bukannya expert mana pun, cuma suka sangat memerhatikan! :)
my opinion:
1. wartawan dah takde story sgt rasanya,tu yg pasal halimah jongang pun nk kecoh
2. duh!!knp pasal jongang pun nk terasa.maybe sbb lagu theme drama tu,buat org yg dgr skjp even frm the promo/iklan pun,akan terngiang2,then ternyanyi lak dpn org yg btol2 jongang,tu yg jd kecoh kot..
3.kalo nk dikirakan,citer pasal org gemok pun byk jgk.drama yg menunjukkan org gemok desperate la,tak senonoh la,mcm2..takde pun persatuan obesiti buat ape2..mmg la terasa,tp takdenye smp nk komplen2 kt paper..
erkkk im being too much on this rasanye..ehhehe..just to let out my opinion..ehhehe
filem2 yg i suka tgk tu
1. Rain Man
2. What's Eating Gilbert
3. Something about Mary
4. Forrest Gump
tp tu semua kan realiti hidup. mungkin org yg terlalu negatif je berfikiran ianya terlalu sensitif
aku rasa yg hype tu adalah sebab tajuk 'Halimah JONGANG'. cuba letak 'Kisah Halimah' ke, org pun tak sedar pun yg halimah tu jongang xD tp terror ler si penerbit bg tajuk drama PANASSSSS
adeh. sabar jelah
owh lupa SHALLOW HAL paling best :)tp setiap ending ada ler kesimpulan masing-2 mcm Hal tu jgnlah berfikiran cetek dan sedar diri yg dia tu hodoh jangan nak perasan nak gf cantik kannnn
Pada aku...dorang mmg sngaja cari isu..biasalah mmg keja dorang
dan..
adakalanya isu bleh naikkan ranking cerita tu jgak.. Ada penerbit yg suka menda2 nih..
Yg kita2 ni plak..kena bukak la minda skit..
win...win situation..
mungkin dah takde berita hiburan lain yg menarik utk dimuatkan.....
itu pasal lah kot yg isu halimah jongang ni disensasikan.
Ramai orang sekarang sudah malas berfikir, tak mau berfikir, mungkin tak tau berfikir dan hanya mengambil sesuatu perkara itu at "face value".
Saya tonton telefilem Halimah Jongang dan jugak drama bersirinya beberapa episod permulaan sebelum ni. Saya tak nampak tang mana menghinanya drama ni pada orang yang jongang sebab dalam drama tu ada yang menghina ada yang jatuh cinta dengan orang yang jongang ni.
Adatlah manusia.. kalau ada sikit kecacatan atau kelainan, mesti akan diperkatakan dan selalunya mengarah kepada ejekan, hinaan, celaan dan sebagainya.. resmi manusia suka dan cintakan kecantikan.
Sedangkan cantik diluar tak semestinya cantik juga di dalam!
Aku plak pling tk tahan bila paper cakap, "dr sumber2 yg boleh dipercayai"!!!...
MUNGKIN mereka ni bukan sentap dengan cerita, tapi tersentap dengan lagu halimah jongang tu sendiri...
jongang jongang jongang...
same la macam iklan potong...
good stuff brother!rasa nak tengok pulak rain man ni.
SDR,
MACAM TAK PERNAH KERJA KAT MEDIA. PASAL JALAN BUKANNISU. KALAU KAU BACA SEKSEN ENT AJE MEMANG TAK JUMPA. PASAL CAKAP PASAL ENT MAKA UTU ISUNYA.
BAGI AKU HALIMAH JONGANG TU BUKANLAH ISU - KAT TV2 ADA SIRI TERBITAN DY HASLAM - SI CAPIK - SIAP ADA LAGU - SI CAPIK BLA BLA BLA,, DAH SAMPAI 20 SIRI. TAK ORANG KUSAH PUN. AKU PUN TAK TAHU PASAL SIRI HALIMAH INI - JARANG TENGOK TV - TAPI BILA JADI PUBLISITI - LAYAN JUGA. OK PULAK CERITA NYA.
MAT TEROPONG
SORI MALAM TADI LAYAN FATIMAH JULING
Bila Halimah Jongang nak dibuat filem nih? Tak sabar rasanya...
Hahaha...
Maybe tajuk tuh kena Ubah kot
Si manis Halimah ker...Halimah Jongang tuh orang tak tengok pun orang assume kan?
p/s citer orang putih pun pandai jugak tak letak macam ni kan..
Napa letak Forrest Gump instead of Stupid Gump?
or napa letak Rain Man instead of Autistic Man?
Maybe tajuk tuh memang mudah sangat mencari kontroversi
Post a Comment