Anyway, subjek Natrah itu sendiri sudah cukup membangkitkan semula kontroversi yang pernah melanda suatu masa lalu sehingga wujudnya satu rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah pada 12 Disember 1950 di Singapura sehingga menyebabkan 18 orang mati.
Natrah bagi orang Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun yang prihatin terhadap Islam adalah sebuah kisah sedih manakala bagi orang Belanda atau mereka yang prihatin dengan agama Kristian, ia adalah satu kisah kejayaan.
Bagi anda yang tak berapa pasti tentang kisah Natrah, boleh baca kronologinya di sini.
Namun, apa yang aku nak perkatakan ialah tentang teater Natrah yang diarahkan Erma yang masih berlangsung di IB sehingga 4 Disember ini kalau tak silap aku. Aku tahu sangat Erma yang aku kenal lama sangat itu sentiasa begitu prihatin dengan isu-isu sebegini dan aku tak terkejut apabila dia mahu mengangkat kisah Natrah ini untuk dipentaskan.
Teater Natrah dimulakan dengan monolog Natrah sendiri yang disampaikan oleh Sofea Jane. "Isi hati" Natrah itu dimonologkan oleh Sofea dengan asyik sekali. Hamburan kata-kata oleh Sofea buat aku fikir tentang sejauh mana Erma "merasai" isi hati Natrah yang sebenar-benarnya atau adakah monolog itu adalah fiksyen yang dicipta oleh Erma sendiri.
Namun, monolog itu terlalu panjang sehingga aku rasa letih mendengarnya.
Kemudian muncul lah watak-watak lain dalam teater berkenaan yang dikatakan berteraskan kepada cerita benar Natrah sendiri.
Bagaimanapun, selepas setengah jam teater itu berlangsung, aku mula melayang memikirkan tentang dari perspektif manakah Teater Natrah itu dipentaskan?
Cerita yang disampaikan oleh Erma itu adalah lebih kurang apa yang dilaporkan oleh media tentang isu Natrah. Maka aku simpulkan bahawa Erma menggunakan perspektif media untuk menyampaikan jalan cerita Teater Natrah.
Apabila perspektif itu yang dipilih, maka aku tidak dapat melihat kekuatan watak-watak yang disampaikan dalam teater berkenaan walaupun setiap satu watak tu memberikan kesan kepada peristiwa berkenaan.
Erma kemudian menggunakan soliloki setiap watak daripada peguam Natrah, Ahmad Ibrahim, suami sementara Natrah, Mansur Adabi, ibu angkat Natrah, Che Aminah, ibu kandung Natrah, Adeline dan ramai lagi. Semuanya nak ada soliloki.
Bagi aku, teater Natrah ibarat menegakkan benang yang basah.
Fact - Natrah bukan anak kandung Che Aminah.
Fact - Adelina adalah ibu kandung Natrah.
Fact - Ibu kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak mereka yang bawah umur.
Fact - Natrah "diberikan" kepada Che Aminah kerana bapa kandung Natrah, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dipenjarakan oleh tentera Jepun.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah bersungguh-sungguh mencari anak kandung mereka selepas Sarjan Adrianus dibebaskan.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali anak kandung mereka yang enggan dilepaskan oleh Che Aminah.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah berhak mendidik anak kandung mereka mengikut apa yang mereka rasakan sesuai.
Fact - MARIA BERTHA HERTOGH @ NATRAH bukan anak kandung CHE AMINAH!
But then, Natrah jadi subjek paling cantik oleh orang Melayu yang mula nak tunjuk belang dalam dunia politik agaknya dan akhirnya rusuhan pun berlaku dan 18 orang mati.
Namun, apa yang aku lihat di teater berkenaan, Erma seolah-olah menggambarkan KEJAHATAN ibu bapa kandung Natrah serta gambaran bahawa Kristian itu adalah agama perosak.
Bagi aku, hipotesis Erma ini jika mengikut perspektif media harus dikembangkan lagi supaya kita mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu berkenaan. Pespektif media yang digunakan oleh Erma hanyalah menerusi perspektif lokal dan aku pasti kalau Erma melihat dari mata burung, maka penceritaannya akan berlainan.
Namun, barangkali, langkah paling baik untuk menyampaikan cerita Natrah ini ialah jika Erma menggunakan perspektif lain. Tak ada salahnya kalau cerita Natrah disampaikan menerusi perspektif Mansur Adabi atau Che Aminah atau Ahmad Ibrahim atau Burhanuddin Helmi atau sesiapa sahaja.
Bayangkan kalau teater itu disampaikan menerusi perspektif Mansur. Kita akan disajikan dengan kisah seorang pemuda yang sanggup melakukan apa sahaja demi agama dan bangsa. Sama ada dia seronok atau niatnya sesuci kain putih juga akan diungkapkan sekali.
Erma bukan tidak langsung menggunakan perspektif mereka kerana soliloki setiap mereka itu adalah menggambarkan perspektif setiap watak berkenaan cuma ia tidak dikembangkan. Kalau aku, adalah lebih baik kalau perspektif salah seorang itu dikembangkan sepenuhnya.
Aku tak nampak penyampaian cerita Natrah ini akan sempurna jika kita sekadar menggunakan perspektif media dan soliloki terlalu banyak watak.
And one more thing, what is with the Hindustan influenced music dalam teater itu? Erma menggunakan music yang seolah-olah berteraskan kepada semangat Hindi yang sangat-sangat tidak sesuai dengan persembahan berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, aku menanggap IB sebagai sebuah platform yang amat tinggi dalam teater nasional kita tetapi sound yang dipersembahan sangat hina. The cracking sound was everywhere. What is the fuck with that?
Setiap kali ada teater yang angkat isu besar seperti ini, ada saja yang tak kena and tak sudah-sudah akan ada pihak yang akan start cakap tentang budget kecil lah, tak ada sponsor lah. In this matter, the government has to wake up and give a fucking hand okay.
The government has always been OKAY with sports (with all the F1, with all the idiotic soccer and all), tibalah masanya untuk benar-benar sokong industri seni ni pulak.
Alamak, aku dah merapu ke ni?
Hmmm...okaylah...itu aje.
47 comments:
as a joorean i was priviledge enough to hear both side of the story. SBC 5 ( yeah back then) produced a one hour docu once from the mother's perspective. not surprisingly it was different from the malay standpoint
i might sound like a heathen here but sometimes i agree with richard dawkins that religion can be the root of all evils. the "niat" is to save a "muslim girl" but what transpired from such a murni idea was bloodbath.
is being a non muslim all that bad?
religion is serious business.. sigh..
anyway i chortled when i read this blog. why? SOLILOKI.. penat aku pikir. rupanya soliloque.. haw haw. nice one don!
anyway this play buat pun kat IB. all must be politically corect from the ruling party perspective. kalau nak different persepctive maybe have to go to instant cafe. that place even have subversive plays once in a while. vagina monologue, streetcar named desire and comedy cafe are some of the more famous "controversial" plays performed there
HAW HAW
bro...saya pun pergi menonton tetaer tu. dan THUMB'S UP buat erma fatima. saya tahu anda bukan beragama islam so anda ada hak untuk berpendapat sedemikian. pada saya, teater tersebut mencerminkan pegangan orang islam.
fakta mengenai natrah menurut persprektif islam :
1. natrah mempunyai HAK untuk kehidupannya. natrah memilih islam.
2. undang-undang islam MEMBENARKAN seseorang membuat keputusan tentang setiap tindakannya apabila dia sudah baligh (matang). islam agama yang TIDAK MENYEKAT KEBEBASAN INDIVIDU. natrah memilih untuk berkahwin dengan mansor atas dasar suka sama suka. natrah sudah matang ketika itu.
3. muslihat LOCKE. dia adalah orang yang paling hina sekali. memperdayakan ibu angkat natrah.
4. natrah hidup sengsara selepas pulang ke belanda. miskin.
5. kamu hanya tahu mengenai ego kamu sehingga mengenapeikan perasaan natrah.
TRY TO PUT YOUSELF AT HER SHOES...
....kalau ikot civil family law memang betul lah natrah memang patut dikembalikan dekat mak bapak kandung dia. law tak perfect. but thats the law.
here a story, http://en.wikipedia.org/wiki/Maria_Hertogh_riots
mak tetap mak tak kiralah kandung ke tak. dua-dua mesti sayangkan anak. sesetengah orang macam tak tahu nilai anak. T_T
I was disappointed too.
Tak nak komen pasal entry ni dulu. Tapi pasal komen anon kat atas tu.
Apa masalah lu bro nak tuduh orang ni islam ke kafir? Lu tau ke yang Natrah masa tu dah baligh (matang)? Dah mumayyiz? Dah keluar darah haid?
Lu nak cerita pasal undang2 Islam. Peristiwa ni berlaku masa zaman Daulat Islamiah Turki ke? Siapa kerajaan masa tu?
Lain kali nak komen tinggal nama bro. Senang kiraman katibin nak catit pahala lu.
Salaam bro,
Maknanya teater ni bersifat didaktik+propaganda erma? Hahaha! Good rev bro! I likeee! :-)
1. saya tidak mengKAFIRkan anda. minta maaf jika saya tersalah kata. sebabnya, pandangan anda condong ke arah non-islamic perspectives.
2. almarhum prof. dr ahmad ibrahim (peguambela kes natrah), MA Majid (penyumbang kewangan utk kos mahkamah & merupakan muallaf-indian muslim), protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah dan banyak lagi pertubuhan yang membantu.
apakah orang-orang ini bodoh dan membuat keputusan secara membuta tuli tanpa merujuk kes natrah ni kepada Quran, sunnah dan sirah nabi? Mereka hanya kalah pada undang-undang civil@canon law tetapi bukan pada undang-undang Allah. Saya, anda dan semua pun sudah sedia maklum yang canon law terlalu banyak kelemahan dan kekurangannya.
3. Undang-undang islam tak pernah bersifat OUT-OF-DATE. hanya anda dan orang-orang yang merendah2kan hukum islam yg melabelkan islam ni layaknya dipraktiskan sewaktu zaman Ottoman Empire dan zaman yang sebelum2nya. Islam agama yang praktikal dan sesuai dgn fitrah semulajadi manusia. Theo-democracy.
4. jika bukan umat islam yang akan menegakkan undang-undang islam, siapa lagi? jika bukan sekarang utk dipertahankan, bila lagi?
"law tak perfect. but thats the law."
kalau law suruh ko mkn taik ko mkn?
Anon..
Siapa pulak yang kata undang2 Islam tu out-of-date?
Cumanya sekarang ni kita membicarakan ketika permasalahan ini berlaku, apa undang-undang yang digunapakai? Common law bukan? Adakah Persekutuan Tanah Melayu masa itu mempunyai 2 peruntukan undang-undang yang berjalan serentak? Islamic & common-law?
Dan yang paling penting, sila tunjukkan dalil2 sahih dari al-quran atau hadis nabi atau qias atau dari ijma' ulama' mengenai hukum sekiranya terjadi kes seperti Natrah ini.
Tiada orang pun di sini yang memperlekehkan undang-undang Islam mahupun agama islam itu sendiri. Janganlah kerana atas kepala ada ketayap putih dah tengok semua orang yang takde ketayap putih tu ahli neraka.
Dan yang paling penting, Islam tidak mengajar pengikutnya menjadi PENGECUT. Letak la nama kalau nak komen.
Sori bro Saniboey. Terbuat page sendiri pulak.
saya setuju part Natrah patut di pentas mengikut pelbagai perspektif.
Kalau ikut dari pembacaan melalui media dan buku, Natrah diserahkan untuk dijadikan anak angkat, dan dibela oleh Aminah, dan ini dipersetujui, cuma atas tekanan pihak tertentu, Natrah dituntut kembali.
But it is very nice 'drama' kisah benar yang memilukan...
banyak kasih sayang yang terpisah.. kasih ibu kandung serahkan anak kandung, kasih ibu angkat berpisah dengan anak angkat, kasih suami berpisah dengan isteri.. :(
Saya mmg follow kisah ini, banyak sumber bacaan saya dah baca mengenai isu Natrah ni, termasuk Dewan Masyarakat tahun 1986. kalau tak silap, ada kronologi berbulan-bulan mengenai kes ini, ditulis dengan lengkap.
isu natrah memang hot dulu terutama di singapore dan mungkin di johor tetapi untuk negeri negeri ketika itu ianya tidak begitu didengari.
dan memang aku setuju dengan bahawa natrah bukanlah anak kandung che aminah.
tapi itu bukan penghalang untuk che aminah dan orang melayu lain berkorban demi natrah kerana bagi orang melayu, kesucian agama islam yang dianauti natrah adalah lebih penting.
tambahan pula ianya terjadi di tahun 1950 dimasa sentimen bencikan penjajah begitu menebal dikalangan orang melayu.
isu perebutan anak membabitkan penukaran agama masih berlaku sekarang tapi sayang orang melayu kini semakin hilang jati diri dan pegangan agama.
Sebab itu orang melayu sekarang sudah tidak memperdulikan lagi jika ada cerita orang islam ingin murtad.
sorry bro fakta bro tu memang benar tapi fakta sebenar sebab rusuhan orang melayu ketika itu juga adalah benar. Mereka menentang kerana natrah diserahkan semula dan sudah pasti natrah akan dikristiankan oleh mereka.
Kalau aku ada dizaman itu akupun akan turut serta.
walau apapun, pegangan akidah harus kita pertahankan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa.
tentang pengaruh muzik hindi, jalan cerita teater, aku no komen sebab aku bukan orang seni.
sudah 50 tahun kita terlepas daripada cengkaman penjajah, tetapi Seksyen 3 dan 5 Undang-Undang Sivil 1956 masih kekal dalam perundangan kita. kenapa?
jadi, adakah semua akan angguk setuju dgn canon law tanpa sebarang perasaan?
pihak yg menonton teater natrah menganggap erma cuba menunjukkan sifat JAHAT orang belanda. tapi tahukah kita sekitar tragedi natrah NST (1950) berulangkali menyiarkan gambar natrah berlutut di depan patung Virgin Mary di Belanda sebagai tanda kemenangan natrah telah di kristiankan.dan byk lagi usaha2 mereka. daripada kes ini, adakah logik bagi orang islam hanya mampu redha dan berdiam diri HANYA KERANA KITA DI BAWAH PENGUASAAN CANON LAW?
..................................
1. Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).
2. Rasulullah s.a.w mengahwini Saidatina Aisyah R.a sewaktu aisyah masih lagi kanak-kanak (9 tahun). rasulullah masih tidur berasingan dengan aisyah sewaktu baru bernikah. sama seperti mansur adabi yang masih belum menyentuh natrah sewaktu mula-mula bernikah.
...................................
wow hangat lah...
tapi sy suka review anda...jujur...
sejujurnya sy juga berpendapat yg sama...ibu kandung tetap ibu kandung punya hak dan sebagainya walaupun dia berlainan agama...
kerana sy juga melakukan perkara yg sama...memulangkan kembali anak angkat berbangsa cina atas sifat keibuan...
Obefiend - Ini soliloki aku (hahaha). Imagine me ber'soliloki' di tengah padang ke apa sambil jawab ni. Hahahah. "Yes...is being a non-Muslim all that bad?" We strive to tell tell people that our religion is the best. Islam is the TRUE way of life kan? Ad-Din and at the same time, other religion will preach the same thing jugak. We just need to learn to respect other people's religion aje. Doing Natrah at IB agaknya mestilah kena ikut "peraturan" kan? "Peraturan" yang sesetengah "orang" buat tu memang macam gampang sebab ia bias. Itu hakikat yang memang menyakitkan hati. Keadilan yang dicari dalam teater Natrah memang tak ada sebab the perspektif was from the media and only the "menyokong Natrah" media.
NN - Ikut law memang mak and ayah kandung dia berhak. That is the law. I agree with u.
Lilacfia - Aku tak nafikan betapa hancurnya hati Che Aminah apabila Natrah "dirampas" tetapi aku juga tak nafikan betapa seksanya seorang ibu kandung seperti Adeline yang terpaksa menyerahkan anak kepada oang lain kerana keadaan mendesak.
Moon - I enjoice your comment! Hahahah
Pnut - Yes, pelbagai perspektif atau dari satu perspektif sahaja tetapi yang detail. Terima kasih atas pandangana anda itu.
Alan - Banyak hipotesis yang anda utarakan dalam komen anda. Orang Melayu mengamuk sebab Natrah and oragn Melayu amuk sebab mereka mempolitikkan Natrah. We wont know for sure kan? Komen anda yang ini: "isu perebutan anak membabitkan penukaran agama masih berlaku sekarang tapi sayang orang melayu kini semakin hilang jati diri dan pegangan agama. Sebab itu orang melayu sekarang sudah tidak memperdulikan lagi jika ada cerita orang islam ingin murtad" ...Komen ini juga satu hipotesis bro sebab apakah bukti yang buat anda kata orang Melayu sekarang makin hilang jati diri? Orang Melayu yang buat persembahan pentas Natrah guna muzik Hindustan sebagau muzik latar tu pun boleh dikatakan sebagai hilang jati diri bro. Barangkali ini proses pembangunan orang Melayu dan jalan menuju kebaikan itu memanglah ada cabaran-cabarannya kan? Aku masih mempertahankan bahawa Fakta yang aku nyatakan itu adalah FAKTA.
Zan - You argument is absolutely correct and the other arguments (by somebody with no name tu) aku tak boleh nak hiraukan sebab manusia yang ada pegangan tidak akan berjuang sambil menyorok di balik selimut. Aku susah sekali nak bayangkan seseorang yang nak tegakkan Islam masih takut untuk menampilkan diri. Macam mana nak tegakkan apa-apa pun kalau pengecut?
Umimia - Terima kasih kerana memahami. Kebenaran itu memang pahit dan pengborbanan Che Aminah melepaskan Natrah kepada ibu asalnya juga pasti pahit - sebagaimana anda kata yang anda lalui itu.
Tengok betapa senangnya orang Melayu kena tipu. Che Aminah tu tak bijak. Terlampau percaya pada orang dan mengikut je tak tentu hala.
Saya percaya Che Aminah hanya buah catur dalam hal ini. Orang Belanda memang nak tolong mak si Natrah tu tapi orang Melayu ambik peluang politikkan isu ni kononnya demi maruah agama.
Kalau betul Natrah tu nak sangat duduk dengan Mak angkat dia, nak jadi orang Melayu orang Islam, kenapa lepas dia dah matang betul-betul (bukan la akil baligh) dia tak balik Malaysia???
korang sume takde teloq letak nama..
.
"Orang Belanda memang nak tolong mak si Natrah tu tapi (orang Melayu ambik peluang politikkan isu ni kononnya demi maruah agama)."
pebende ko merepek ni maznah, bodoh betul ko nih,ko tak bace abis crite nih, india muslim pon ade terlibat.ni nak salahkan org melayu. kire 18 yg meninggal tu sebab politik la eh?bukan sebab nak mempertahankan agama saudara seislam dari murtad???
memelihara agama adalah lebih penting.
-adakah kita menghalalkan (membantu) proses keMURTADan natrah?
-adakah kita berdiam diri dengan usaha meMURTADkan orang islam yang lain?
fikirkan dengan lebih rasional sebelum menjawab soalan ini. masih ingat lagikah kita Saidina Abu Bakar as-Siddiq? beliau merupakan sahabat yang paling dipercayai Nabi Muhammad s.a.w sekaligus khalifah pertama selepas kewafatan nabi. beliau telah menjalankan langkah memerangi orang2 murtad dan ke atas orang-orang munafik.
dan Allah lebih mengetahui
Hi!
Nice review of the play.
Religion is a serious matter, so I shall not go into that...
What I want to say is that you have a point there when you said it would be nicer if the play was delivered through her husband's perspective or her mother's. That would have been more interesting.
Salaam bro
panasss! huhu!
p/s: tumpang lalu..review NATRAH aku pulak: NATRAH ~ persembahan komersialisme bersadurkan nasionalisme?
:-)
tahniah kpd bro yang buat blog mcm nih...suka hati erma la nak buat teater tu mcm mana, dari perspektif mana, itu teater dia..mmg bagus pun dia buat Natrah nih...sesuai sgt la dgn situasi kat M'sia skang yg dh byk org murtad...dan ini satu pengajaran utk diorang.Hakikatnya Natrah yg menjadi mangsa keadaan dibesarkan dgn cara islam oleh ibu angkatnya, tidak dinafikan dia hidup gembira sbg islam tapi sbg murtad dia hidup terseksa,kucar-kacir dan hampir menjadi gila, inilah balasan Allah!..kisah natrah ini adalah kisah pengajaran mengenai akidah seorang islam yang tidak kuat iman dan mudah dipesongkan..teater Natrah ini adalah dari perspektif Erma sendiri yakni seorang Islam yg terpanggil utk memberi peringatan kpd kita semua tentang akidah.Lupakah kita pada zaman Rasullulah S.a.w, ramai org islam diseksa supaya mereka keluar dari islam tapi dgn iman, akidah dan pegangan kpd islam yg sgt kuat akhirnya mereka merelakan diri mereka diseksa smpai mati. tapi apa yg berlaku kpd Natrah sebaliknya dia merelakan dirinya dimurtadkn secara perlahan-lahan.
Kesimpulannya, mcm2 perspektif kita boleh buat dan perspektif teater ni adalah dari perspektif ORG ISLAM. Kalau perspektif dari org Kristian atau org tak ada agama
mungkin berbeza..jadi terpulanglah kpd anda utk menilai.
p/s: saper mkn cili dialah yg terasa pedas.(bagi mereka yg paham)
kalau bukan HAK kita tetap BUKAN HAK kita...Berpijak di bumi nyata
THE TRUTH HURTS tu jer yang wa boleh comment
I saw you that day, hehhe.. Was kinda excited to watch natrah (nak2 nya ada remy ishak) but then ada scene2 yg membuatkan i rasa mcm "apakah??" Btol la tu scene dorg nyanyi lagu hindustan yg dialih bahasa. Last2, time break 15 mins me and my friend decided to go back and having dinner. Tp cite natrah sebenarnya best la kalau btol2. :)
"kisah natrah ini adalah kisah pengajaran mengenai akidah seorang islam yang tidak kuat iman dan mudah dipesongkan.."
Get a Life - you obviously do not know what this is all about! Shame on you! Komen pasal agama macam nak rak, tapi hakikatnya you don't even understand the real story of Natrah.
so, get a life, Really!
kisah natrah ini adalah kisah pengajaran mengenai akidah seorang islam yang tidak kuat iman dan mudah dipesongkan...
Kepada get a life, please!
Bodohnya engkau ni!!!
to Moon and Suzuki Vitara...WHATEVER!...
biasalah....bila dunia dah nak kiamat, inilah yang akan berlaku..org yg ckp ttg kebenaran akan dituduh sbg bodoh dan gila... semua org tahu apa yg berlaku kpd Natrah mmg sgt menyedihkan..korang ni sebenarnya yg tak faham apa yg cuba disampaikan oleh Erma dlm teater dan pandanglah teater ni dari pandangan seorang Islam.
Dari pandangan org Belanda atau kristian, kisah Natrah adalah kisah kejayaan diorang dlm mejadikan Natrah sbg Maria.
Dari pandangan seorang ibu, kisah ini adalah kisah sedih kehilangan seorang anak yang dibela dgn penuh kasih-sayang yg menunjukkan dua org ibu berjuang bagi merebut seorang anak.
Dari pandangan seorang kekasih atau suami, kisah Natrah ini adalah kisah cinta yg menyayat hati yang mengisahkan serita cinta yg tak kesampaian.
Jadi, kepada Moon dan Suzuki,
aku memandang Natrah dari pandangan seorang islam dan
spt yg aku tulis pada mulanya, terpulanglah utk korang menilai cerita Natrah ni...
-----------------------------------
Memandangkan Natrah pun dah tak ada lagi, sama2lah kita doakan dia dirahmati Allah berbekalkan sedikit cahaya iman yg pernah hadir dlm diri Natrah dulu.
Dan kita yg hidup, setiap perkara yg berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Dan Allah menjadikan sesuatu perkara itu adalah utk kita sentiasa beringat bagi dijadikan teladan.
ANON - apsal nak kapirkan org plak...???
ANON lagi - cakap bnyk tak gune... bile org lain murtad... lu ade buat ape2 ke?
lagi satu... ko tak bace ke tajuk post nih
"Maafkan aku kalau aku berpendapat bahawa ibu bapa kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak kandung mereka. Itu hakikat, biarpun ia pedih."
takde pon tulih pasal "agama kristian lagi bagus" kan?
so xyah memandai nak kate org lain xsuke agama sendiri!!!
kalo hebat sangat g la buat rusuhan jap kat KLCC tu!!!
m.addyhadzari,
minta maaf jika saya keterlaluan. dan utk pengetahuan tuan, saya pun bukanlah tin kosong yang penuh emosi.
jika tuan byk menghadiri gerakan-gerakan amal@sukarelawan membanteras gejala sosial sempena malam-malam perayaan seperti malam tahun baru, kemerdekaan, valentine...pastinya tuan mengenali saya.
jika tuan peka terhadap serangan israel ke atas umat islam terutamanya palestin dan iraq...pastinya tuan mengenali saya
dan saya akan sentiasa mencari ruang dan peluang menambah ilmu, melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang mampu menjulang martabat islam.
dan tuan, perbuatan mencegah kemungkaran...sebagai muslim, Rasulullah ada menyediakan cara untuk kita mencegahnya. masih ingatkah tuan dengan hadis mengenainya?
JIKA KAMU MELIHAT SEBARANG KEMUNGKARAN CEGAHLAH MELALUI TANGAN (KUASA), JIKA TIDAK MAMPU CEGAHLAH MELALUI MULUT (KATA-KATA), DAN JIKA TIDAK MAMPU CEGAHLAH MELALUI HATI (MEMBENCI KEMUNGKARAN) DAN ITULAH SELEMAH-LEMAH IMAN.
jadi tuan, sekali lagi saya mohon maaf jika saya keterlaluan. saya tidak berniat mengkafirkan sesiapa. saya hanya menilainya melalui penulisan/pandangan yang terlalu condong kepada pemikiran bukan islam.
..................................
kisah selepas kekalahan che aminah mendapatkan hak penjagaan ke ats natrah :
Karim Ghani melaungkan kalimah LAILAHAILLALLAH di depan pintu mahkamah tinggi singapura sebagai tanda menentang keputusan mahkamah sambil disambut oleh org ramai. Inspektor Taha (org islam) cuba menghalang rusuhan tersebut berlaku dan meminta Karim bersurai.
kemudian Karim mengatakan, "Kami menentang kemungkaran ini atas nama LAILAHAILLALLAH. jika engkau berpihak kpd mereka, maka engkau juga bermaksud menidakkan perjuangan menentang musuh Allah"...sebaik saja mendengar lafaz tersebut, Inspektor Taha mencabut pakaian polisnya, dan turut sama menentang keputusan mahkamah. subhanallah...
tuan, jika kematian mereka-mereka dalam rusuhan itu adalah satu malapetaka bagi orang-orang bukan islam...tidakkah kita sebagai orang islam melihat kematian mereka sebagai SYAHID DI JALAN ALLAH? subhanallah...
dan tuan, saya ingin kongsikan sesuatu...
Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing).Dan ia akan kembali dagang. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya dagang”.
( Hadith riwayat Muslim)
Sejarah telah merakamkan bahawa Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Ini kerana pada ketika itu, bilangan mereka yang menjadi pendukung Islam terlalu sedikit jika dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Kemudian SEKARANG, Islam kembali asing dan dirasai ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Malah, seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Inilah akibatnya apabila memilih neraca hidup yang salah supaya dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat tanpa mengambil kira nilaian hidup kehidupan yang diredhai oleh Allah.
anon..
bagus kalau betul kamu aktif di dunia sebenar memperjuangkan hak-hak dan perjuangan tentang islam.
cumanya belum pernah lagi kami mengenal mana2 manusia yang mempunyai nama anonymous walaupun orang tersebut sangat hebat diluar sana memperjuangkan hak-hak umat islam.
dan kalau betul tuan seorang yang mengamalkan cara hidup islam yang sebenar, tuan pasti maklum kan bahawa cara tuan memetik hadis nabi pun dah tersimpang dari yang sepatutnya. tanpa adab2 hadis, mana matan & nasab dan banyak lagi. dan ingatlah juga bahawa apa yang terjadi pada umat islam sekarang ni berpunca dari sifat umat itu sendiri..
kesimpulannya..tak susah kan nak tulis nama sendiri atau sekurang-kurangnya nama samaran daripada bersembunyi disebalik nama anonymous...
alamak bro,
panjang2 cite dkt sini. panas pun ado. apa2 pun, anon or yg bernama korang mmg ade perspektif sndiri. thank you to all. aku dpt ilmu dari review yg baik n komen yg ada. n skrg time aku nak buat assumption sndiri melalui review, komen n facts. hehe. chow.
ANON -
Salam kepada ANon...
ko rase da cukup terkenal ke kalo buat gerakan banteras gejala sosial malam valentine je...
APe kate kau pegi redah rumah pelacuran kat brickfield tu yang hari2 aku tengok orang melayu masuk...
alasan ko x cukup bagus untuk aku 'KENALI' rasenye...
terlampau banyk cerita pasal palestin & israel yang aku ikuti... ko ni watak yang mane satu untuk aku 'KENALI'?
Sekali lagi aku ingatkan disini...
aku tak rase org yang post blog ni berpemikiran condong ke arah 'KAPIR' seperti yang kau katakan...
kenali beliau dulu beb...
pada pandangan aku... mungkin orang ISLAM membenci sesama sendiri, disebabkan oleh pandangan melulu macam KAMU ni ANON...
tak pernahkan aku kata salah pada perjuangan memartabatkan ISLAM kamu tu... tapi jangan sesekali perlekehkan pegangan ISLAM dalam diri orang lain...
ZAN - tak susah pon nak tulis name ni kan...bukan kite nak gi baling batu kat die pon... apara...
ISH... ni yang gatal nak menaip bukan2 ni kang... ;p
jadi tuan, sekali lagi saya mohon maaf jika saya keterlaluan. saya tidak berniat mengkafirkan sesiapa. saya hanya menilainya melalui penulisan/pandangan yang terlalu condong kepada pemikiran bukan islam.
- BILA AKU BACA BENDA MACAM NI, IA BUAT AKU FIKIR, BAHAWA APA-APA PENDAPAT YANG ORANG SUKA MENILAI SEPENUHNYA DARIPADA PENULISAN. AKU MASIH SEDANG FIKIR APA MAKSUDNYA PENULISAN YANG "CONDONG KE ARAH PEMIKIRAN BUKAN ISLAM" DAN AKU FIKIR MENGENAI PENULIS YANG TIDAK BERNAMA TETAPI MEMANDAI-MANDAI GUNA HADIS PELBAGAI UNTUK "MENYESATKAN" ORANG ISLAM YANG MEMBACA BLOG INI. AKU NAK INGATKAN KORANG YANG MEMBACA KOMEN-KOMEN DI SINI SUPAYA BERHATI-HATI APABILA MEMBACA PENDAPAT DARIPADA ANON KERANA MEREKA BARANGKALI MAHU MENYESATKAN UMAT. NAUZUBILLAH!!!
panas panassssss!
hehe..setiap dari kita ada pandangan masing2. persetankan ape org nak kate, janji kita berani meluahkan pendapat kita sendiri. ive done mine, u;ve done urs. good job!
aku orang islam,dan kalau tragedi natrah ini terjadi di zaman aku,aku akan selamatkan natrah kerana apabila seseorang itu islam,maka dia adalah saudara kamu sekalipun mereka mereka hanyalah tukang sapu.Islam mepersaudarakan saudara saudara seagamanya.memelihara akidah seorang islam yang lain adalah tanggungjawab bersama
Salam bro.
Aku seperti Obefiend, had the privilege to watch Natrah's story on SBC5 and from her mother's standpoint.
Tak salah untuk Erma menceritakan dari perspektif sebelah pihak, tetapi aku setujulah, ia sepatutnya lebih berkembang. Mungkin jika mereka, termasuklah si bangang bangang anon tu semua ketahui kisah sebenar dari sudut ibu kandung, tak mempolitikkan kisah ni, sama seperti rusuhan dulu tu. Itulah yang diterangkan secara jelas melalui docu sejam di SBC5 tu.
Ia tidak menyentuh langsung tentang sensitiviti agama sebaliknya sayang seorang ibu tak putus mencari anaknya. The struggle, the agony.
Nice review tho.
And yes, aku tengok takder sorang pun peduli pasal your comment about gomen patut beri support pada ruang seni ni (selain kurangkan harga minyak Ron97.. haha)..
The govt should, high time dah. IB ada cracking sound? Pakai sound system sewa RM500 ker?
DonC - Ye la Mr Don... orang kapir sekarang pon dah gunekan hadis gak untuk meraih undi dalam politik... so ada 'Kemungkinan' jugak tu...
Hazrey - sound kat IB dah pecaH pasal diorang banyak buat konsert mengarut kot kat dalam tu...
...bro, aku setuju dgn idea bro supaya menggunakan 'sudut pandang' mansur adabi...baru ada kelainan dan impaknya tentu lebih berkesan. dulu ketika aku belajar di Ask (Aswara),kaji kajian mengenai novel natrah dan buat skrip teater ini untuk kajian kami...
saya tak kesah siapa ibu natrah. sepatutnya natrah diberi pilihan memilih.
minggu lepas atuk saya cerita..
(atok adalah wartawan askar dulu..)
sewaktu trgedi natrah..orang2 melayu berpakat. dan mana2 bayi serani yang mereka jumpa akan dicampak dan tombak menanti di bawah.
mereka bunuh semua kaum serani yang ditemui.
islam tak ajar umatnya macam tu sekali kan?
berbunuh-bunuhan..
i just don't think that's right. untuk mana2 law pun.
to anon
"kalau law suruh ko mkn taik ko mkn?"
mestilah tak. tapi mesti ada hukuman kalau tak ikut law.
kalau kaji law memang banyak yang tak masuk akal.
undang undanglah apa apa pun,semua tak adil melainkan undang undang ALLAH
Do read Berita Harian's interview with Erma Fatimah here because i think the questions were almost the same as my view:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Hip/20091216072440/Article/index_html
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera..kepada semua umat islam yg myayangi Natrah,anda smua mmang brhak utk myayanginya,brmkna myanyangi Natrah seumpma anda smua myayangi akan Iman ssma Muslim, kta ssma Muslim adlh brsaudara umpma kulit dan isi, pabila dicubit akan trasa sakitlah ia..mskipun Natrah bukan lagi sbgai Muslim, namun kngan sewaktu Natrah seorang Muslim membrikan bnyk memori indah yg meyntuh jiwanya dan umat Islam, bgitulah juga ktika Natrah dikeluarkan dri Tanah Malaya dan Agama Islam, Umat Islam dan Natrah sendri kesal, kecewa dprlakukn sebgitu..kngan Indah itulh yg mnjadiknnya mrana seumur hidup pabila mengenang kmbali, Kesimpulnya, mskipun Kedua ibu bapa Natrah berhak terhadapnya, tetapi Kasih Sayang yg suci tidak patut diragut sbegitu rupa lebih2 lg terhadap kebnaran Agama Islam ,Kita dahulu adalh Umat yg hina dina (sblum Islam), Allah tlah memuliakn kita dengan Islam,tetapi apabila kita mncari kemulian slain dari Islam, maka Allah akan m'hina kita dgn sehinanya...renungkan..
entah apa2 la orang melayu... pada aku hujah2 si anon tu betul juga... so apa masalah? kita sekarang tengah discuss soal natrah, bukan soal anon ke pengecut ke.
merepek la tulis hadis kat sini siap nak minta matan segala. dah itu hadis popular, nak rujuk sendiri pun boleh. bengap sangatlah guna cara itu sebagai jurus debat. sebenarnya sebab tak boleh lawan hadis itu la makanya cuba pusingkan topik perdebatan.
aku respek kat anon sebab hujah2nya berfakta terus kepada tujuan. korang yg cuba pusingkan topik. pedulik hapa la dia nak pakai nama anon ke pengecut ke. yang penting hujah dia ada beri. korang lawan jer la hujah dia. apa sibuk dia punya nama? stupid malay...
Post a Comment