Nov 26, 2009

Aku bercerita lagi tentang Mumbai dengan gambar-gambar amatur aku. Aku hanya nak sampaikan sebuah cerita yang biasa-biasa aje.

Hampir seminggu aku di Mumbai.

Meeting aku dah pun selesai.

Namun, jiwa aku masih tersentuh dengan Mumbai.

Lalu, aku hidangkan gambar-gambar yang sempat yang aku rakamkan di Mumbai untuk korang semua.

Buka mata, buka hati dan buka jiwa apabila melihat gambar-gambar ini dan buatlah tafsiran sendiri jika mahu. Tak ada hitam, dan tak ada putih sebenarnya.

Aku cukup terpesona dengan visual ini di Mumbai. Nak ditafsirkan pun susah apa yang aku rasa saat aku rakamkan gambar ini.

Aku menguap saat aku tengok dia menguap.

Ini cuma telahan aku saja. Mereka ini barangkali menunggu untuk melakukan sesuatu untuk mencari rezeki.

Apa nasib bapak dan anak ini? Aku sesungguh tak tahu.

Dua senario berbeza di tengah-tengah kota Mumbai. Dia berniaga di atas jalan manakala yang lebih bernasib baik ada kedai sendiri. Namun pegangan mereka barangkali sama iaitu "Survival".

Anak-anak Mumbai ini bisa titiskan air mata kita sebenarnya. Sahihnya, mereka tidak pernah mintak dilahirkan pun tetapi nak tak nak (absurd bak kata Camus), mereka terpaksa melalui kehidupan sebagaimana korang pernah menonton Slumdog Millionaire tu.

Nizam Sani - Pengurus Saluran Astro Prima. Wajah yang menyimpan 1,000 makna juga. Dia banyak ketawa apabila menunjukkan aku Mumbai kerana dia sudah pernah melawat Mumbai sebelum ini tetapi hamburan kata-kata "kasihan" terhadap orang di Mumbai tidak putus-putus dilafazkannya.

ManZ (juga dari Astro) beritahu aku bahawa dia tak sanggup untuk rakamkan gambar ini saat aku memintanya memetik kamera. "Sedih bro, tak sampai hati aku," katanya.

Aku merakamkan gambar orang ini saat dia merakamkan gambarnya sendiri.

Aku tak kenal diorang ni. Aku tak tahu diorang ni orang susah atau pun orang senang, tapi aku tahu dalam senyum riang mereka, berjalan-jalan di tanah yang penuh debu ini pasti simpan 1,000 makna.

Mereka berjalan di tepi laut di Mumbai. Awalnya aku melihat diorang ni bersembang sesama sendiri. Rasanya mereka ini bersahabat. They looked happy.

Di sepanjang tepi pantai Mumbai ini juga berpuluh-puluh couple kelihatan berpelukan dan seolah-olah berbisik-bisik. Di kala ribuan manusia berjalan-jalan di sekitar pantai itu, mereka ini bukan main kyusuk memadu kasih.

Aku dan teman-teman sempat lalu di depan rumahnya. Di kebanyakan TV di Mumbai, wajahnya memang penuh ditempelkan. Dia barangkali ikon yang paling besar di India dan apa yang dilakukannya selama ini mengubah senario perfileman di India. Namun, dia pun seorang manusia juga kan?

Ini adalah sekelumit daripada keadaan mereka yang pergi bekerja barangkali di Mumbai. Dari teksi yang buruk dan bas yang macam bas Len Seng ke Kajang (tak ada air cond) jadi sebahagian daripada kesesakkan di Mumbai.

Apakah makna "ESOK" buat mereka?

KEEP IT COOL

10 comments:

Rye said...

A yawn can be contagious... :)

myQza said...

melihat mereka dengan mata hati :)

lavidalabelle said...

kalau belle pergi mumbai mesti asyik rasa kesian je dgn mereka tu. aduyaiii.

belle pernah pergi cambodia. lebih kurang mcm tu juga bro hidup mrk.
negara yg byk sgt corruption, rakyat yg miskin. bersyukurlah kita lahir kat malaysia.

errr... selamat pulang :)

lavidalabelle said...

kelakar gmbar dan caption 'menguap'. sgt contagious uols xD

Obefiend Weiland said...

nice piccies don! thanks!

Dak Wan® said...

Rasanya puak2 yg tak suka melihat pembangunan negara harus lihat sendiri taraf kehidupan di sana.

Anonymous said...

selalu lah merenung kebawah..jgn asyik mendongak hingga lupa asal usul..

jims..

Anonymous said...

Its funny how they live so simple lifes with a smile on their face and yet kita nie yg have nice houses, nice cars & hv food to eat everyday are still complaining kan?

Glad that you're back. Miss your blog entries wei!

-mrsajxxxxxxxxx-

IntanBerlian said...

wah.mumbai..mumbai..bombay..bombay.. m in salem.hehe...

ayau said...

mumbai..... INDIA well one thing i got to say ... INDIA

I'll Never Do It Again

INDIA hahahahah...dah serik ke sana once is enuff