Well, to me, it was FUN! Ia bukanlah satu persembahan yang "bijak" dalam dunia teater, tetapi boleh lah layan.
Filem Cuci dulu pada aku sangat tidak elok! Dalam erti kata lain, filemnya dulu hodoh sikit and walaupun ia dikatakan sebagai sebuah filem komedi, aku rasa ia gagal sesangatnya. Tetapi ia ternyata berbeza dengan persembahan pentasnya yang aku rasa 100 kali lebih berjaya menambat hati berbanding filemnya.
Well, aku harap you guys go and watch the play sebelum ia habis. Memang ada banyak funny moments tetapi tidak kurang juga jenakanya sedikit pathetic.
Anyway, dah lama rasanya aku tak memberikan fokus kepada entertainment reporting kan?
Dan apabila memperkatakan tentang Cuci The Musical, aku nak fokus tulisan ini kepada laporan ini. (Sila baca dulu tulisan aku sebelum korang klik untuk melihat laporan yang aku maksudkan okay)
Aku akan komen berdasarkan setiap perenggan yang aku catatkan di bawah okay. Tapi aku tidak komen terhadap keseluruhan artikel, sebaliknya hanya perenggan-perenggan tertentu sahaja.
Cuci the Musical cetus fenomena baru
|
KOMEN AKU: Aku tengah fikir adakah skeptisme penulis berbangkit kerana penulis ini adalah seorang yang pesimistik? Adakah ia bagus kita menjadi seorang pesimistik?
Pelbagai persoalan mula berlegar di minda dan penulis mula bertanya sendiri adakah Hans mampu menjadikan Cuci sebagai sebuah teater muzikal yang hebat.
KOMEN AKU: Mungkin peranggan ini timbul kerana penulis ini mahu menyatakan bahawa ini adalah kali pertama Hans menerbitkan sebuah teater muzikal dan pengalamannya masih hijau, sekaligus membangkitkan keraguan penulis terhadap kredibiliti Hans?
Bukan mahu memperkecilkan kredibiliti dan usaha Hans untuk merealisasikan impiannya, tetapi sedikit sebanyak keraguan itu wujud untuk melihat sejauh manakah Cuci mampu bertukar menjadi sebuah pementasan yang dibanggakan.
KOMEN AKU: Tapi di sini dia kata dia tidak memperkecilkan kredibiliti Hans pulak. Kenapa pulak penulis meragui pendekatannya sendiri di sini? Dalam pada tidak meragukan kredibiliti Hans, penulis masih kata dia ragu dan keraguan itu wujud. Aku tak faham! Aku rasa penulis harus ada ketegasan di sini. Kalau nak persoalkan kredibiliti Hans, maka persoalkanlah sebab lagipun, memang benar Hans tak ada pengalaman menerbitkan teater. Jangan kata ragu dan tidak ragu di dalam satu perenggan kerana ia seolah-olah sebuah penulisan yang tak ada pegangan!
KOMEN AKU: Pada aku penggunaan perkataan "KOSONG" ini harus diperbetulkan sikit dari segi konteks. Aku rasa akan lebih enak jika ia ditulis begini: "...penulis pergi dengan minda terbuka". Pertama sekali, minda memberikan makna "akal fikiran" atau "daya berfikir". Penulis tidak perlu menulis "minda dan fikiran" kerana ia memberi makna yang sama dan paling tidak enak ialah fikiran atau minda harus "terbuka". Aku tengah fikir kalau-kalau ada orang yang mindanya "kosong"!
Sebaik sahaja tirai dibuka, kemunculan empat aktor iaitu Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie dan Hans sendiri sudah cukup untuk menimbulkan suasana gamat di dalam Panggung Sari.
KOMEN AKU: Kenapa suasana gamat? Apa yang dilakukan oleh keempat-empat aktor itu untuk menjadikan suasananya gamat? Sama seperti perenggan di bawah ini...apa impaknya?
Ternyata impak dan penangan watak Fairil (Afdlin), C'Tan (AC), Jojo (Awie) dan Khai (Hans) sememangnya cukup besar.
Tidak keterlaluan dikatakan watak-watak ini mampu menjadi watak ikonik seperti mana yang pernah dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi watak Bujang Lapok.
KOMEN AKU: Ternyata penulis sudah mulai "suka sangat" dengan Cuci The Musical ini kerana dia pantas mengasiosasikannya dengan perkataan seperti "IKONIK" dan menyebut terus nama P Ramlee.
Jika dilihat secara kasar, CTM sebenarnya sebuah naskhah yang cukup santai dan ringan tetapi di sebalik itu, ia berjaya meninggalkan satu kesan abadi kepada penonton.
KOMEN AKU: Apa maksud melihat cara kasar? Cuci The Musical ni adalah tentang empat orang yang nak masuk pertandingan cuci bangunan sebab nak cuci bangunan KLCC. Memang its a fuckin santai story and not inspiring at all. Itu memang satu hakikat lah! And apakah maksud penulis that ia berjaya meninggalkan satu kesan abadi kepada penonton? Maksud ABADI ialah: 1. Ada permulaan yang tiada pengakhiran atau 2. Wujud atau berterusan untuk selama-lamanya. Adakah penulis memberikan jaminan kepada pembacanya yang mereka akan selama-lamanya mendapat kesan daripada Cuci The Musical? Perkataan ABADI untuk menggambarkan kehebatan Cuci The Musical di mata penulis ini ternyata satu perkataan yang terlalu besar. Ini lah jadinya kalau dah suka sangat.
KOMEN AKU: Bukan keseluruhan Cuci The Musical tidak slapstik. Ada lawaknya yang memang sangat-sangat slapstik. Tapi kita tidak perlu sebut perkataan "slapstik" seolah-olah ia adalah satu virus yang bisa membunuh. Jangan kita lupa bahawa banyak juga komedi menerusi filem yang menggunakan elemen slapstik begitu berjaya. Oleh itu, jika pun ada elemen slapstik, ia tidak salah sebenarnya jika ia berjaya.
Watak Jojo yang dilakonkannya cukup menawan hati penonton dan Awie kelihatan sungguh comel di atas pentas sekali gus menghapuskan imej lelaki sasa yang cukup sinonim dengan dirinya.
KOMEN AKU: Awie comel? What the fuck comel? Awie sebenarnya lucu atau dalam Inggeris kita sebut "witty". Entah kenapa aku ada rasa sedikit geli apabila membaca Awie itu comel di atas pentas.
Lebih-lebih lagi, babak romantik dan percintaan di antara Jojo dan Farah (lakonan Adibah Noor) berjaya mencipta keserasian.
KOMEN AKU: Apa makna keserasian di antara Jojo dan Farah. Keserasian sebenarnya tidak wujud langsung dan itulah yang menjadikannya ia bagus. Seorang sasa dan seorang yang berbadan besar...dan hubungan itu memang berniat untuk membangkitkan elemen jenaka. Di mana seorang sasa yang selalunya akan "shallow" memilih wanita yang cantik, si sasa ini memilik seorang wanita gemuk. Pasangan ini sebenarnya tidak serasi tetapi itulah tujuannya!
Hans sendiri apa kurangnya. Pertama kali menonjolkan bakat nyanyiannya kepada khalayak adalah sesuatu percubaan yang boleh dibanggakan.
Usah sesekali membandingkan Hans dengan tiga aktor yang mempunyai latar belakang dalam bidang nyanyian kerana karakter vokal Hans adalah tersendiri.
KOMEN AKU: Penulis seharusnya lebih jujur di sini dengan mengatakan bahawa vokal Hans adalah teruk dan tidak layak untuk sebuah pentas muzikal. Biarpun pertama kali beraksi di pentas muzikal, aku tetap rasa Hans perlu mengasah vokalnya dengan lebih bagus dan kalau masih tidak bagus, seharusnya lagu yang diciptakan untuknya ada elemen kelakar supaya ia sesuai untuk dirinya yang memang tidak mempunyai vokal yang elok. Kenapa penulis menyuruh kita untuk tidak membandingkan vokal Hans dengan yang lain? Penulis sampai menyebut: "Usah sesekali membandingkan..." sedangkan fitrah manusia pasti membuat perbandingan dan bagi aku tak salah langsung untuk membandingkannya.
KOMEN AKU: Aku tak tahu kenapa penulis merasakan ini. Setiap dialog yang dilontar dalam persembahan itu berasal dari sebuah naskah yang kita sebut skrip. The whole point of a good script adalah untuk melahirkan satu lontaran dialog yang bersahaja. Namun, hakikat untuk Cuci The Musical ialah banyak adlib (dialog yang dibuat tanpa dirancang) dibuat oleh pelakon-pelakonnya. aku sempat bersembang dengan pengarah Cuci, Datuk Zahim AlBakri dan dia mengakui bukan mudah untuk mengawal adlib di kalangan pelakon-pelakonnya.
KOMEN AKU: Aku sangat setuju dengan perenggan ini kerana memang Pacai dan Douglas berjaya mencipta lagu yang sangat-sangat baik untuk persembahan berkenaan. Bagi aku, lagu-lagu ciptaan mereka membangkitkan sesuana jenaka dalam persembahan berkenaan.
Di sebalik kesempurnaan dan kecemerlangan itu, CTM tidak terlepas daripada cacat-cela dan kelemahan yang dilihat sedikit merencatkan momentum audiens untuk terus menonton teater muzikal ini.
KOMEN AKU: Kontradiksi sangat jelas di sini. Kalau sudah sempurna, maka mana ada cacat cela. Aku tak faham konteks perkataan cemerlang dan cacat cela di sini. Kalau persembahan ini ada cacat cela, kenapa penulis masih mengatakan "di sebalik kesempurnaan"?
KOMEN KESELURUHAN AKU:
Apa lah yang agaknya kita boleh belajar dari sini? Aku fikir seseorang penulis perlu lebih mahir dalam selok belok teater sebelum membuat ulasan mengenai sesebuah persembahan teater. Penulis untuk artikel ini ternyata terpukau sangat dengan persembahan Cuci The Musical sehingga dia sendiri sukar untuk memberikan satu pandangan yang objektif terhadapnya. Namun bagi aku, sebagaimana pernah disebut oleh Datuk Kadir Jasin suatu masa lalu iaitu penulisan berita dalam Bahasa Melayu memang mempunyai kelemahan dari aspek pengetahuan.
Aku harap pandangan aku ini dipandang dengan objektif oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak lain hanya lah satu pandangan. Aku sudah pernah menulis ratusan ulasan teater, filem dan ribuan ulasan muzik dan aku sudah pernah buat semua kesalahan yang aku nyatakan di atas.
Anyway, as I said, ini hanyalah satu pandangan. Suka hati lah kalau korang suka atau tidak.
10 comments:
Aku malas hari ni untuk baca sampai abis sebab the issue here is grammar. Kah kah kah. Ia bukan sekadar pengetahuan mengenai teater semata mata bro, tetapi cara pengolahan untuk menggambarkan apa yang dilihat, didengar, dirasai. Betullah apa kata Pak Kadir.
Hahahah.. macam gampang.
p/s: Aku hari ni dok gelak dengan bini aku pasal ada gambo pengusaha kita yang bergambor dengan tiga model. Hahaha.. penuh sok kabor muka dia. Hahahah..
Ehh mana aku punya text? Shoeshine???
You are not alone, I did not find myself laughing at all for the entire four hours :(
the blue one should replace the black one then.
ha ha
wartawan terlalu takut bg ulasan mengkritik?
Adeh, takyah r polite sangat masa buat ulasan.mereka yg dipuji terus merasa mereka hebat.
errggghhhh..
penulis tu tahap amatur kah? bikin pembaca konfius. bukan senang jadi penulis nih.
harap si penulis baca komen u bro supaya dia belajar dari kesilapan. penulisan dia tak konsisten.
p/s: awie 'comel'. WTF! hahaha
Lol!
I never failed to enjoy reading your thoughts especially when u strip them to the core!
;D
boey aku ingat kau lebih baik jadi cne rencana hiburan
aku ingat editor dan penulis hiburan pun akan ketawa terguling guling baca ulasan kau terhadap tulisan mereka
last2 mereka kata - siapa si boey tu
ada autoriti ke
oh ex editor majalah yg tak laku kat msia tu
aku minta maaflah sbb komen macam ni
saya tepuk peha baca kat "minda dan fikiran yang kosong", tak leh nak tepuk dahi sebab tengah baring.
Hazrey - Memang itu kelemahannya yang aku tengok sekarang ini. Penulis yang kurang berpengalaman, kurang jelas tahu cara terbaik untuk menulis ekspresi mereka dalam bentuk tulisan. Cara terbaik bagi aku ialah banyak membaca dan banyakkan pengetahuan mereka tentang subjek sesebuah penulisan itu. Kalau tidak nanti, apa yang mereka tulis ni sekadar di atas angin dan tidak mendalam.
Ninie - Yes, I wonder kalau ada orang yang "ketawa tak henti-henti" as was written. Ada ke yang gelak non stop for 4 fucking hours?
Hayatito - Mereka takut untuk jadi kritikal sebab pengetahuan mereka cetek. Kalau mereka benar-benar berpengtahuan dan berpengalaman, sudah pasti semua wartawan mahu memberikan komen yang lebih kritikal kan?
Belle - Aku dulu pun penulis amatur jugak and sampai hari ini masih belajar. Kita semua kan masih belajar?
Farah - Alamak...Farah baca blog gua yang Bimbo ni lah y'all. terasa macam star lah plak. Ahaks. Tks for the support my Dear. Bila nak datang rumah lagi ni? Tak suka lepak rumah kampung ye? :)
inche' ahmad blitzenius nazri - Minda dan fikiran kosong itu sangat2 kelakar bunyinya kan? Aku masih boleh tersenyum dengan frasa tu.
Post a Comment