Sebelum aku teruskan apa yang aku nak tulis, harus aku jelaskan maksud-maksud ini dulu:
HR &D = Harness Release & Dragging
DZSO = Drop Zone Safety Officer
Tangkai Cadangan = Payung terjun kedua yang diletakkan di bahagian depan badan.
Bagi yang tak tahu, ini adalah instruction yang akan dijeritkan oleh jurulatih payung terjun atau lebih dikenali sebagai PJI atau Parajump Instructor yang lead pasukan payung terjun Angkatan Tentera Malaysia sama ada dalam latihan terjun atau kalau ada peperanganlah agaknya.
It was on the 15th May 1992, ketika aku bertugas sebagai Crime Journalist di Berita Harian, that I was given a chance untuk sertai rombongan ATM naik Charlie 130H dari Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang ke Pengkalan TUDM Butterworth dan di sekitar Ipoh, 15 anggota tentera yang berpangkat Leftenan Muda ini terjun dari C130H yang aku naiki itu.
Dan sebelum terjun, PJI akan menjerit instruction yang aku tulis di atas tadi.
Rencana aku mengenai pengalaman aku itu, diterbitkan di BH pada 25 Mei 2992 di muka surat 19 dengan tajuk: "Terjun untuk dapatkan sayap".
Kenapa aku tulis semua ini?
Kadang-kadang aku memang begini.
Bila aku mahu mengenang sesuatu yang manis, aku selalu saja akan ingat tentang pengalaman-pengalaman aku dulu.
Masa di Berita Harian, bila aku ada assignment-assignment macam ini (terutama membabitkan Defense/Ketenteraan), aku selalu saja share dengan seorang jurugambar yang kami panggil Apai.
Dia ni orang Sarawak dan nama penuhnya ialah Rapaee Kawi. Mamat ni bukan orang Melayu, tapi kulitnya lagi Melayu dari aku dan kalau dia makan di bulan puasa, memang kena tangkap dan dia memang pernah pun kena tangkap sebab makan di bulan Ramadan. Hahahah.
Apai ni suka sangat kalau aku buat liputan ketenteraan sebab dia adalah bekas tentera dan walaupun badannya gebu saat aku kenal dia, tahap kecergasannya amat amat cemerlang.
One thing about Apai - he sure talks a lot and aku kadang-kadang boleh rasa annoyed and aku pernah sekali sound dia gini: "Apai, kau boleh diam tak?" Kasar betul aku masa tu sebab aku pikir dia boleh dikasari dengan bahasa.
But Apai ni kan, dia tak pernah ambik hati (at least dengan aku lah) sebab walaupun kami akan bertengkar seketika, kami pasti kamcing balik lepas tu dan aku kembali mendengar cerita tentang pengalamannya and sebab dia asal dari Sarawak, aku selalu saja sibuk nak tahu tentang "Bujang Senang".
By the way, Apai juga adalah jurugambar akhbar yang pertama menggunakan kamera Canon DSLR yang ketika itu berharga dekat RM120,000 untuk buat liputan Ekspedisi Pertama Malaysia ke Gunung Everest.
Can you imagine that? This dude went to fuckin Everest okay!
Aku tersenyum saat aku menulis semua ini. Tapi hati aku macam ada sedikit kesedihan sebab tadi dalam pukul 11 pagi tadi, Apai meninggal dunia.
Aku sedar sangat tentang hakikat hidup dan mati tetapi macam mana pun ia adalah HAKIKAT, aku tetap rasa sedih yang amat sangat.
Apai dengan aku baik tapi kami dah tak berkomunikasi sejak aku tinggalkan BH pada 2001. Seingat aku, kalau tak silap, kali terakhir aku jumpa Apai ialah di Kuching pada 2004 saat aku bekerja di TV3.
Di bawah ini antara gambar-gambar yang dirakamkan oleh Apai ketika bekerja di Sarawak.
Aku dengan Apai bukannya putus sahabat, but I guess we both were just too busy dengan karier masing-masing. Bila aku tinggalkan BH aku tak tahu mana dia pergi dan rupa-rupanya dia kembali bekerja sebagai jurugambar di Kuching, Sarawak dengah The Star.
Hari ini, apabila aku tahu tentang kematian Apai, aku tanya diri sendiri....susah sangat ke angkat telefon dan call saat dia masih hidup dulu? What is there to a simple call just to ask: "Lu apa khabar Apai?"
Well, this was my mistake.
I will learn from this.
Now that Apai is gone, aku dilambai kenangan saat aku selalu keluar assignment dengan dia.
Apai...he was a simple man.
He loves to smile.
And fuck....he fuckin loves to talk, talk talk non stop! :)
Aku ucapkan takziah kepada keluarganya.
Dan aku harap kalau ada teman-teman wartawanku yang lama yang mengenali Apai, hulurkanlah doa untuknya dan keluarganya. (Apai tinggalkan seorang isteri dan empat anak/dua lelaki dan dua perempuan).
keep it cool
6 comments:
boey...i also knew Apai thru my media friends back home in Kuching...his passing will surely be missed..
muka budak tu macam spupuku!
ehh apai dah meninggal?????
dia sakit apa bro?
Ya, Apai suka bercakap. Tetapi dia memiliki hati yang baik. Dia sanggup tolong sesiapa sahaja. Dan aku adalah salah seorang darinya. Aku suka dia ketika dia di JB dulu. Dia baik.
Tulah, orang baik baik selalu pergi dulu kan.. dan aku masih teringat loghat Sarawak dia yang pekat tu.. I am gonna miss Apai.
Dah ramai kawan kita pergi. Itu hari Allahyarham Nadzim Ahmad Jamaluddin. Sedih aku tak sempat pergi jumpa dia. He was one of those friend yang be there for you.
p/s: rajin rajin sikit reply comment orang tu. jangan pemalas sangat. Kalau malas, takyah blogging.
front page news on the star today pasal this guy
R.I.P
may he talk in peace on the other side with god!
bila depan mata, jarang nak peduli...bila dah tiada baru terasa kehilangan...manusia mmg begitu kan? huh...
After few years,I decided to read all the articles about my father. I am Rapa'ee youngest daughter. Thank you for this article sir.
Post a Comment