Apr 1, 2009

Orang Melayu kata: "Cakap siang pandang-pandang". Orang Melayu kata: "Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang."

Orang Melayu selalu kata, "cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" yang memberikan maksud kalau tak silap aku supaya kita ni kalau "berkata-kata" atau "mengata", jangan sembarangan sebab entah-entah, orang di sebelah kita tu adalah orang yang jadi bahan bicara kita. Aku fikir, ini bukan dalam sikap Melayu sahaja. Barangkali, semua bangsa dalam dunia ada amalan "berkata-kata" atau "mengata" ni kan?

Ada "kata-kata" ini yang berasal dari khabar angin dan apabila khabar angin itu tersebar, orang Melayu ada juga peribahasanya iaitu: "Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang." Ada khabar angin yang sekadar jadi khabar angin yang mana menyaksikan khabar itu terus menjadi debu yang turut sama ditiup angin itu.

Namun ada khabar angin yang terus melekat dan biarpun ia hanya khabar angin tanpa ada justifikasi, subjeknya terus melayang "dipukul" angin itu. I call them: "Victim of circumstances."

Ada juga khabar angin yang boleh dikategorikan sebagai fitnah, berniat jahat, berat sebelah, bias etc etc. Khabar angin sedemikian wujud atas banyak sebab yang aku susah nak berikan satu persatu.

Why am I talking about this?

Sebab aku tengah membaca ini. (Korang boleh baca dulu or baca kemudian dan sambung balik dengan apa aku tulis lagi kat bawah ni...your call)

Again...the piece was written oleh penulis yang tidak bernama. Dia menulis secara hearsay sebab dia sendiri tulis bahawa aksi artis berpeluk cium itu dilihat oleh temannya.

Di bawah ini aku berikan contoh-contoh penulisannya:

1. Nak dijadikan cerita, teman SS itu ditempatkan tidak jauh dengan artis popular bergelar 'J'. Tapi kata teman SS, artis J yang dimaksudkan bukan pelakon berwajah comel Nora Danish tapi artis wanita lain yang tidak kurang popularnya.

2. SS difahamkan, dia datang bersama teman lelaki tampan. Cerita teman SS, gelagat mereka berdua tersangatlah intim hingga orang ramai hilang fokus dengan persembahan Anggun.

Itu hanya sekadar contoh.

Tulisan ini banyak menggunakan perkataan seperti: "SS difahamkan"

Tulisan ini juga tidak menyebut nama artis berkenaan tetapi ia ada menyebut nama-nama artis lain seperti yang ditulisnya sebegini: "....Nora Danish, Umie Aida, Erma Fatima dan adiknya, Betty, Zizie Ezette, Shila, Linda Onn, Faradhiya, Datin Ilyka dan Norish Karman yang datang bersama teman. Tidak pasti pula SS siapa gerangan lelaki bersama pelakon utama Spa Q itu apakah orang yang selama ini digosipkan dengannya iaitu abang Faradhiya."

Aku susah sangat nak faham what hell yang dimaksudkan dengan perenggan yang ditulis di atas ini tapi itulah yang disiarkan.

Kehadiran Norish diberikan perhatian dan kita tak boleh nak elak daripada meneka adakah Norish bersama teman lelakinya yang dikatakan bercium-cium itu?

And apabila ditulis tentang "orang ramai" boleh hilang fokus sebab dua artis ini bercumbuan pun pelik jugak...sebab I did'nt give a fuck pun. I was just there to watch Anggun in action.

Ini gambar Anggun dalam persembahannya di Hotel Istana baru-baru ini di mana berlakunya "adegan cumbuan artis" yang aku tak tahu siapa tu? Lantaklah sebab aku ke sana untuk menonton Anggun and she was awesome!

I guess kalau kita cari sampah, mana-mana pun ada sampah.

Oberservation is essential because that is journalism? I agree, totally agree but with DIGNITY AND INTERGRITY lah people!

Ini contoh "generalizing". Headingnya menyebut: "Anak seni tolak agama" manakala intronya bermula dengan perkataan "segelintir". Ini adalah elemen sensasi dan sama ada kita menerima sebagai positif atau negatif, adalah hak kita. Aku cuma lihat penggunaan elemen sensasi ini perlu ada justifikasi kerana kalau tak ada, maka hilanglah kredibiliti dan intergritinya sama sekali.

Gambar ini tak ada kaitan dengan entry ini tetapi aku sekadar nak ucapkan tahniah kepada Emran dan Erra atas kelahiran Engku Aleesya. Media bukan main nak rakamkan gambar anak pasangan ini sebab jutaan rakyat Malaysia nak melihatnya.

Nota Kaki: Masa aku kena transfer ke Harian Metro pada 1992 dulu, ramai teman di BH kata aku ke akhbar "sampah" sebab masa tu Harian Metro banyak paparkan story longkang tersumbatlah, parit pecahlah etc etc. But hey, Harian Metro sekarang has the highest circulation (kalau tak silap aku) tetapi harapan aku ialah kredibiliti dan intergritinya juga dijaga rapi.

And as usual....KEEP IT COOL people!

Kredit Gambar: www.mediamalaya.com

17 comments:

Naddy said...

ss stori sampah sarap, :-P

lavidalabelle said...

hey, orang tua aku suka baca harian metro okey. no-problemo!

wah. erra dah dpt baby. baru aku tahu.

Poyo said...

memang betul org tua berkata * kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang*.

Kalau tak ada angin, pokok tetap bergoyang gak, tu mesti ada beruk tengah bergoyang gerudi kat atas pokok tu..

Aku tetiap hari baca H. Metro, kecuali saturday sunday je..

Obefiend Weiland said...

POKOK JUGA MAMPU BERGOYANG JIKA ADE CHAINSAW dipangkal pokok. siap getar2 lagi

dengan kata lain. orang buat onar dan saja nak menyakiti pun boleh juga

maka aku rasa peribahasa ini agak lemau.

ha ha

Hazrey said...

Bro. Hold on. Hold on.

It was Anggun show kan? Definitely mesti ramai wartawan and PHOTOGRAPHERS? So, where is the proof? Kan best letak gambo yang menjatuhkan maruah orang. Kan best, kalau paper laris.

Kenapa tak letak nama temannya tu? it is not only about integriti, it is about being honest to ourselves.

Ayyman Rahim said...

Agak ah, letak je gamabr diorang. Aib kan org kadang2. Btw baca Harian Metro bila nak baca cerita-cerita pelik je, kalau nak baca benda yg patut baca hari2 baca Berita Harian jee

cikseed said...

metro lagi padat oke.

myQza said...

mizzy N... story sampah sarap pun ade gak org baca n ade peminat sendiri.. kadangkala pembaca lebih suka baca story mcm. nak kutuk lelebih pun x boleh.. sepandai2 kita menulis x masuk surat khabar gak.. sesampah2 die.. awk tetap baca gak kan..? tepuk dada tanya selera...

itu lebih baik drpd x de story nak di baca dlm surat khabar..

ape pun penulis...
saya tetap suka baca Hmetro.. sebab berita-beritanya ada kadangkala tidak terdapat dalam surat khabar yang lain..

Hazrey said...

yeh yeh, aku pandai sebab tulisan aku masuk tv!! aku baru tau aku pandai. yeh yeh.

CAHAYA said...

Tak faham ayat si SS tu. Takde penapis ke sotkabar skang ni?

anya said...

Tak faham why hav to hide behind a pen name. I mean, does it shows that the writer itself is unsure about what he or she said? Or they're scared that perhaps people would bash them for it? U kno, I overhear one person asking a Malaysian reporter what is the usage of publishing weird and shameful stories and pictures of other people. And do u kno wat that particular reporter said? Kalau dia tak siarkan, dia berdosa. What do u think, saniboey?

Alan said...

hahaha sekarang ramai penulis gosip lebih kepada cerita fitnah..semua cerita yang ditulis bukannya dilihat dengan mata sendiri..hanya berdasarkan cakap cakap orang.

joegrimjow said...

xtau lak erra da ade anak
haha
gud2

artis ni slagi die xkaco aku, slagi 2 aku ok

hehe

fynn jamal said...

thank you!!!!

i betul2 tokleh blah dgn "ss difahamkan" atau "ada desas-desus".

jom. killing spree.
im game.

Anonymous said...

Yup, Anggun is amazing. Pegi mampus la dgn org bercium, mcm la tgk show xprnah nampak org brcium. Ari tu tgk Anggun kt MHI tv3, si Wardina punya geram kt Anggun, terus g peluk Anggun.

Zulfadli Zainal said...

metro hanya untuk orang suka gosip dan jaga tepi kain orang.

ops.sori.tp itu yang aku rasa.

Anonymous said...

Assalamualaikum bro, bole tak u post-mortem artikel nie.

Lagak 'mual' di Sunburst
Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my

PERSEMBAHAN yang menggegarkan pentas daripada vokalis Korn, Jonathan Davis.
--------------------------------------------------------------------------------

KEJUTAN budaya agaknya. Lagak gadis-gadis tempatan ketika diminta naik ke pentas oleh Pharrell, penyanyi daripada kumpulan N.E.R.D pada konsert Sunburst KL Internasional 2009 baru-baru ini menampakkan sebahagian mereka bagaikan hilang arah seketika.
Dengan pakaian terdedah disulami tarian yang boleh diklasifikasikan sebagai 'ghairah' membuatkan pentas itu tidak ubah seperti 'disko mini'. Apalagi bila mereka berebut-rebut untuk mendapatkan Pharrell. Mereka menjerit, melompat dan mendekati pemuda itu supaya sudi dipeluk.
Bagi penonton-penonton yang berada di bawah pula, mereka mendapat persembahan percuma daripada gadis-gadis 'pukauan' Pharrell itu.

GEMPAR apabila Pharell Williams dikerumuni gadis-gadis tempatan yang kelihatan begitu ghairah dan teruja.

Bukan sengaja mahu membangkitkan isu yang mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tetapi adakah ini gaya dan cara budaya kita?
Benar, kumpulan itu turut mengajak peminat lelaki bersuka ria di pentas bersama mereka tetapi keterujaan peminat-peminat lelaki tidaklah nampak keterlaluan.
Mungkin bagi artis barat seperti N.E.R.D, mereka tidak kisah dengan situasi sebegitu kerana ia sudah menjadi kebiasaan dan trend di negara mereka.
Lalu mereka tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana perbezaan budaya membuatkan mereka tidak tahu batas-batas yang perlu dijaga di negara ini.

APABILA artis barat menguasai pentas, kod etika persembahan di negara ini seakan hilang dan dilupakan begitu sahaja.

Apa yang mereka tahu ialah mereka mahu memberikan persembahan terbaik agar dapat menggembirakan dan memuaskan hati penonton yang hadir, memandangkan inilah kali pertama kumpulan itu menjejakkan kaki ke Malaysia.
Pihak penganjur sepatutnya peka dengan isu seperti ini dan mereka juga perlu menjelaskan kepada penyanyi luar tentang batasan yang perlu dijaga. Hairan juga, ke mana pergi kod etika yang perlu dipatuhi oleh artis luar jika mahu membuat persembahan di negara ini?
Sepanjang persembahan N.E.R.D, mereka begitu bersemangat dan teruja menghiburkan peminat-peminatnya. Malah, mereka tidak lokek masa apabila mempersembahkan nyanyian mereka yang sepatutnya hanya satu jam dilanjutkan sehingga hampir dua jam.
Namun, mereka yang sedang menyanyikan lagu Bad Girls terganggu apabila melihat peminat-peminatnya tidak selesa. Beberapa pengawal keselamatan dan jurugambar cuba menahan mereka untuk tidak terlalu ke depan.

VOKALIS Butterfingers, Emmett memberikan sepenuh tenaga dan fokus kepada persembahan.

Apabila insiden itu berlaku, dengan serta-merta muzik diberhentikan dan Pharrell menegur kedua-kedua jurugambar dan pengawal itu dengan perkataan yang boleh dianggap kurang sopan.
"Kamu hanya sekadar jurugambar. Kamu boleh naik ke pentas untuk mengambil gambar jika mahu, tetapi jangan mengganggu peminat-peminat saya di bawah sana.
"Dan kamu pula hanya pengawal keselamatan dan saya tahu kamu hanya menjalankan tugas. Jangan menolak atau menghalang mereka kerana mereka telah membayar wang untuk menyaksikan konsert ini. Saya mahu mereka berada dekat dengan saya.
"Mereka hanya mahu berhibur dan kami melayan mereka seperti sebuah keluarga. Tindakan kamu membuatkan mereka tidak selesa. Saya mahu ingatkan sekali lagi, jika kamu cuba menghalang mereka, saya tidak teragak-agak untuk meninggalkan pentas," kata Pharrel yang kelihatan berang ketika itu.
Persoalan sekali lagi, wajarkah artis 'memarahi' pihak yang berusaha untuk menjaga keselamatan mereka seperti yang dilakukan oleh Pharrel?
Malangnya, penonton di situ menjerit tanda menyokong tindakan Pharrel itu. Mereka melaungkan nama N.E.R.D berulang kali dengan harapan persembahan kumpulan popular ini tidak dihentikan.

BUNKFACE membanggakan industri muzik tempatan dengan persembahan mereka yang berdaya saing dengan persembahan artis lain pada Konsert Sunburst kali ini.

Tewas dengan jeritan ribuan peminatnya, Pharrell meneruskan nyanyian dan menggegarkan suasana malam di Bukit Kiara Equestrian Club.
N.E.R.D yang turut dianggotai Chad Hugo selain Pharrell memberi amaran buat kali kedua dan berkata: "Di sini bukan Tokyo, di sini bukan Paris, di sini bukan London, di sini bukan Australia, di sini bukan Virginia tetapi ini adalah Malaysia. Ini adalah kunjungan pertama kali N.E.R.D ke Kuala lumpur dan kami mahu peminat berseronok. Jangan pedulikan sesiapa pun di sekeliling anda," katanya.
Artis kita masih diianaktirikan
Nasib penyanyi tempatan agaknya. Bila timbul masalah dari segi susunan persembahan artis ataupun masalah teknikal, mangsanya pasti akan terkena kepada penyanyi Malaysia.
Jika tahun lepas kumpulan Search dan Estranged menjadi mangsa pertukaran jadual persembahan, tahun ini pula kumpulan Pesawat pula jadi mangsa keadaan.
Hasrat kumpulan yang popular dengan lagu Mirage itu untuk membuat persembahan di Sunburst berkecai apabila ia dibatalkan di saat-saat akhir.

SELEPAS menjadi mangsa pertukaran jadual persembahan pada tahun lepas, persembahan Estranged di Konsert Sunburst kali ini berjalan lancar.

Pada mulanya Pesawat yang dijadualkan membuat persembahan pada permulaan konsert terpaksa ditangguhkan kemunculan mereka ke sebelah malam, iaitu pada akhir persembahan konsert itu. Alasannya ialah masalah teknikal.
Sanggup menunggu giliran yang terakhir, tiba-tiba mereka diberitahu persembahan Pesawat terpaksa dibatalkan kerana permit masa hanya sehingga pukul 2 pagi.
"Kami sudah buat soundcheck di sebelah pagi. Tapi nak buat macam mana, tiba-tiba mixing board ada masalah pula.
"Oleh kerana pihak penganjur tidak mahu menganjakkan masa untuk semua persembahan, mereka letak persembahan kami kepada yang terakhir selepas Korn. Tetapi masa pula sudah terlalu suntuk.
"Kecewa memang ada. Hendak buat macam mana, cuma saya kasihan pada peminat yang turut menunggu dari pagi sampai malam semata-mata hendak menunggu Pesawat," kata Jipi, salah seorang anggota kumpulan tersebut.
Sunburst yang dibawakan oleh Pineapple Concert berjaya menghimpunkan nama-nama besar penyanyi tempatan seperti Meet Uncle Hussain, Estranged, Bunkface, Hujan, They Will Kill Us All, Gerhana Ska Cinta, Dead Mushroom dan Reza Salleh.
Selain N.E.R.D dan Korn, artis antarabangsa yang turut menggegarkan pentas Sunburst ialah Nidji, Andra & The Backbone serta Sixx.
Selain itu, kawasan Speedzone Interactive Tour yang memaparkan kehebatan Formula 1 dan Moto GP menarik perhatian ramai apabila suasana kelab futuristik dengan iringan deejay yang memacu adrenalin membuatkan pengunjung terasa untuk berdansa.
Persembahan Silent Disco mencatatkan antara pengunjung yang teramai, membuatkan penonton lebih berintimasi dengan suasana groove yang dicetuskan deejay ternama.
Secara keseluruhan, konsert Sunburst sukses dan ia berjaya mengumpulkan lebih 10,000 penonton. Apa yang diharapkan, segala kesilapan kecil atau besar yang berlaku dapat diperbaiki pada masa akan datang jika pihak penganjur mahu Sunburst berlegasi.
Biarlah hiburan yang dipaparkan bersesuaian dengan budaya bangsa Malaysia yang kita sayangi ini. Juga jangan dengan mudah membenarkan orang luar melakukan apa saja yang mereka suka, atas tiket seni yang mereka perjuangkan

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0406&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm