Soalnya (yang aku rangkumkan berdasarkan headline rencana itu) ialah: "Perlukah kita menjadi biadab di alam nyata dan dunia siber?" (Kalau sempat, korang bacalah dulu okay).
Seperti biasa, Johan kalau menulis memang sempoi, straight forward dan penuh fakta. Tunjang kepada penulisannya ialah "adab". Dan kemudian "adab" itu dikaitkan dengan keadaan semasa dan daripada persoalan komunikasi inter personal, dia bergerak terus kepada komunikasi inter aktif.
Katanya: "Apakah jenis manusia yang kita lahirkan hari ini? Apakah nilai-nilai murni bersama (shared values) sudah pupus? Apakah kepatuhan pada nilai-nilai dalam masyarakat sudah luntur? Apakah kita sudah menjadi manusia yang diubah oleh zaman, keperluan dan desakan semasa?"
Secara ringkasnya, Johan, menegaskan tentang "adab" mereka yang menggunakan Internet (terutama blog dan sebagainya) sebagai landasan untuk "lepas geram".
Katanya lagi: "Lihat sahalah apa yang tertulis di dalam sebahagian blog, juga bahan yang tertera di dunia siber. Begitu terasa sekali nada benci dan marah serta rasa dendam dan kecewa. Terlalu kental udara kebencian di dalamnya."
Johan menulis secara am. Generalizing. Tak ada pointing fingers terhadap sesiapa walaupun kita dah boleh agak dah sebenarnya siapa yang akan terasa pedas dengan cili yang disaji.
Namun, nak tak nak, tulisan Johan yang generalizing ini sedikit sebanyak menyentuh banyak blog lain sebenarnya (termasuk lah aku barangkali).
Johan tidak membaca di sebalik suara, sebaliknya cukup sekadar untuk dia menilai secara am, secara straight forward bahawa makin ramai bloggers yang hilang "adab".
Johan memulakan rencananya itu dengan dua perenggan ini (aku gabungkan dua perenggannya menjadikannya satu okay): "Saya dan beberapa orang teman sedang makan sambil berbual-bual di sebuah bilik restoran Cina apabila pintu terkuak lebar. Dua orang lelaki dan seorang wanita berdiri di tengah pintu. Mereka tersalah tempat. Tanpa mengucapkan maaf kerana menganggu mereka bergeas ke tempat lain. Ini perkara kecil. Tetapi ia menggambarkan sikap dan nilai baru yang melanda rakyat kita. Kita sudah hilang budi bahasa dan rasa hormat pada orang lain. Ucapan semudah "maaf" dan "terima kasih" semakin sukar diucapkan. Perkara mudah yang boleh menunjukkan kita manusia bersopan sudah semakin hilang."
Gerun kita bila baca ini kan? Gerun dengan penulisan secara am ini. Very straight forward tentang Johan yang sedang makan serta berbual di Restoran "Cina" dan kemudian dua lelaki dan seorang wanita masuk secara tiba-tiba.
Aku tak ada kat situ tetapi kalau aku yang kena, aku rasa aku akan jumpa manager restoran berkenaan dan menegurnya.
Aku tak ada kat situ, so, aku tak tahu siapa yang salah bagi informasi kepada dua lelaki dan seorang wanita itu untuk masuk ke bilik di mana Johan sedang makan sambil berbual-bual dengan temannya.
Itulah mukadimah Johan untuk "menegur" mereka yang makin kurang beradab ini.
Johan menulis ini dan sekaligus menyokong usaha Perdana Menteri baru kita, Datuk Najib.
Johan menulis lagi: "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pasti menyedari masalah apabila beliau merangka teras 1 Malaysia. Lapan teras yang beliau jadikan sebagai gagasan 1 Malaysia itu antara lain menggariskan rasa rendah diri, ketabahan, integriti dan kesetiaan. Hal-hal ini selalunya diambil mudah oleh generasi hari ini. Kejayaan teknologi dan kebendaan sahaja tidak ada maknanya sekiranya ia tidak didukung oleh nilai-nilai utama dalam mencorakkan keperibadian kita."
Aku setuju dan tidak setuju dengan artikel Johan ini.
Whether or not he is sucking up to the new PM is beside the point here.
Aku tahu bahawa dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, menyatakan hak kebebasan bersuara, mengemukakan idea dan pendapat kepada setiap warga negara tanpa halangan serta paksaan mana-mana pihak.
Dan aku juga tahu bahawa hak yang dinyatakan itu bukan mutlak, sebaliknya terbatas dan tertakluk kepada beberapa sekatan serta paeraturan yang sudah digubal Parlimen.
In other words, we all know (I think) that tak ada kebebasan yang absolut, walau di mana pun di dunia ini.
Kita tahu bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 (A88), Akta Kolej dan Universiti (AUKU), Akta Polis dan Akta Hasutan adalah antara undang-undang yang kerajaan ada biarpun ramai yang mula kata ia sudah tidak relevan serta mengetepikan hak asasi seseorang. Ada yang berpendapat bahawa akta-akta berkenaan digubal sebagai retorik dan autokratik kerana menidakkan hak untuk membela diri, mengemukakan bukti dan hujah (dan pantas Datuk Seri Rais Yatim minggu lalu menegakkan sebaliknya).
Aku tak ada isu langsung dengan apa yang Johan tulis ini. Aku sedar sebab dia menulis secara am tetapi aku rasa kita semua boleh faham "peluru"nya menuju kepada siapa....cuma kali ini dia pakai peluru tabur, dan nak tak nak, ada yang terkena jugak.
Freedom sometimes is a myth. Namun ini hanya pendapat aku.
Blog tempat aku atau kita luah rasa. Bunyi aku atau kita barangkali kasar tapi niat aku atau kita barangkali tak kasar walaupun aku atau kita memang tidak boleh nak buktikan niat kepada sesiapa.
Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang mencari adik/anak mereka yang hilang.
Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang dalam bahaya dan mencari tempat sembunyi.
Barangkali, dua lelaki dan seorang wanita itu sedang dalam susah.
Tapi semua ini hanya tinggal barangkali kerana berdasarkan apa Johan tulis, the assumption was mereka salah bilik dan mereka tak pohon maaf.
Johan (aku tau dia pasti tak baca apa yang aku tulis ni, but what he heck...), aku mintak maaf kalau aku rasa your article is very much berniat politik daripada benar-benar menyampaikan maksud tentang "kebebasan kita yang tidak absolut" ini.
Salam.
And please....
10 comments:
i read somewhere that the selfishness and semangat tak hormatkan orang ini bermula dari sekolah
allow me to explain
when i was in school i was told by my teachers that we are NOT special and should respect fellow human beings. bila kita tak rasa special perasaan bongkak tu susah nak terbit dari dada.
as time went by i notice that there was a shift in ideology at schools
students are told they ARE SPECIAL. they are a unique special snowflakes on earth. akibatnya rasa macam bagos tu muncul walhal tak bagus pun. so the current generation semangat ME ME ME ME itu tinggi
lihat sajalah MYSPACE. menggalakkan orang untuk explore individualism. di blog juga sama. kalau kita maki
"woh blog engkau huduh dowh design dia dan font kecik sangat"
blog dan myspace owner akan cakap
"ni aku punya space.. so fukiulah.. u tak suka u keluar"
ha ha..
in a nutshell the world is going under an "individualistic recolution". komuniti sudah mampos. yang penting aku aje.
as a result jadi la macam sekarang. tak ada dah sifat fikir 3-4 kali sebelum menulis dan publish apa yang terbeku dihati
kalau dulu-dulu fikir banyak kali pasal tak mahu sakitkan hati masyarakat.
well that's the way i see it Don..
this individualistic tendencies is is both good or bad. good bagi aku pasal akhirnya MELAYU dah tak pandai jadi bangsa bermuka2 dan jaga hati. pendam dalam-dalam kalau tak puas hati sampai AMOK. fire at will aje bila dah geram so tak la jadi gila. that's good. yang negatifnya ialah sometimes apa yang ditulis pada blog itu idea dungu,naif,tanpa asas dan rumour mongering. itu yang tak sedap. huhu
sama sebenarnya...kadang2 macam ada something wrong bila seorang kolumis akhbar terkemuka menulis isu2 secara general di akhbar yang kononya untuk public...aku bukanya pro sangat kepada mana2 pihak, tapi sebab sumber akhbar sanagt dikawal maka apa2 yang aku baca menimbulkan rasa curiga...mungkin kalau ada tagline akhbar khusus untuk politik mungkin dapat diterima...hanya sekadar pendapat..anyway..aku masih lagi rindu dengan tulisan kat ruangan editor mag Manja...adios..
dunia sekarang bukan macam dulu. dulu semua "tumpang lalu", "maaf nak tanya sikit",.... eh ke dunia perfect ni wujud dalam buku teks aje?
orang kat atas (generalization) should start demonstarting sopan kalau nak orang zaman ni sopan. ni nak suruh ikut tanpa banyak soal, dah tak sesuai zaman nie, lagi2 dalam alam siber yang tak ada sempadan nie. semua kandungan self censor so cemana nak kawal.
setuju dgn obefiend. semua bermula dari kecil.
dan mizzy N Naderiey, dunia sopan tu wujud mizzy, mungkin awak tak pernah kesana, tapi ia wujud.
:)
teguran JJ berlapik macamana sekalipun tetap lebih luas capaian komersialnya (jualan media cetak yang dibayar) berbanding dunia siber kan? cuma sebanyak mana pembacanya berbanding blog? bagi aku, medium media jenis apa pun pasti ada kebaikan dan keburukannya tersendiri. kalau yang dikhususkan untuk diperkatakan tentang internet hanya yang buruk, maka buruklah ia kedengaran. begitu juga kalau niat yang baik tujuan pen-google-lan nya, maka pasti berjumpa juga ilmu yang bagus-bagus. semuanya adalah kebebasan dan kepandaian memilih permata dalam timbunan sampah. tapi kalau habuk sekecil hama juga yang dicari, maka dalam selautan emas pun akan nampak yang kotor itu juga.. ahahaha!
p/s: gua dah bagi hp# tru gmail
Dude.
Aku setuju dengan ajami dan obefiend.
Sebenarnya, aku pun setuju dengan tulisan Yang Berbahagia Datuk Johan Jaafar. Dia sekadar menulis berdasarkan pemerhatian beliau, terhadap perkembangan semasa. Secara ilmiah dan hakikinya, keruntuhan akhlak serta kekurangan courtesy dalam jiwa kita yang memungkinkan Datuk JJ menulis sedemikian.
Kesedaran sivik amat penting. Dulu kita diberikan pendedahan melalui Tatarakyat dan Kesedaran Sivik. Walaupun kecil pengajaran itu, ia tetap terpahat dan pasti berdetik jika ingin melakukan sesuatu bertentangan dengan apa yang diajar.
Sama seperti yang pernah aku katakan dulu mengenai pelajar sekolah, jika ditegur ketika menghisap rokok, mereka akan membalas: bapak aku pun tak marah atau lu siapa bro?
You see, it all boils down to education system. Dan peranan ibu bapa hari ini, lebih mementingkan materialistik. Tapi mereka bersebab, dunia hari ini menuntut mereka berbuat demikian untuk survival. Kalau tidak, confirm masuk Bersamamu.
Dan apa yang CUBA diterjemahkan Datuk JJ lebih kepada bagaimana kita dibesarkan dan adakah kita perlukan courtesy atau adab dalam hidup kita.
Mungkin tulisannya itu agak terjerumus kepada generalizing, namun mungkin dia khuatir jika tidak diimbangi perkembangan seumpama itu, pasti ia akan melahirkan lebih ramai ahli masyarakat yang tidak beradab.
Kita adalah kelompok yang dididik dengan kesedaran sivik. Mungkin blog adalah wadah untuk kita berkarya dan kita tidak memiliki the luxury of mainstream newspaper untuk mempunyai kolum sendiri.
Mungkin Datuk JJ terkhilaf sedikit apabila tidak menyebut mengenai kebebasan menulis dalam dunia maya, dan apa yang ditulis melalui dunia maya tidak selalunya menggambarkan personaliti seseorang.
Singapura dulu, jika kau masih ingat, pernah melancarkan kempen to be courteous dalam komuniti. Ia berlangsung secara besar besaran, tetapi ia terselimut dek sikap kiasu rakyat Singapura yang sudah dididik untuk mengejar kebendaan, lantas mengenepikan entiti peradaban manusia.
Kesimpulannya, pada aku lah, bukan hari ini yang perlu dilihat, tetapi yang bakal mendatang iaitu generasi akan datang, yang masih di bangku sekolah dan mudah dilentur.
Mak oi, kali ini komen semua panjang-panjang. Aku try jawab semua kat rumah malam ni lah ye. Harap teman2ku bersabar.
eh itu bukanm peluru tabur lah..
hello don..fyi tu "Bagi yang tak tahu, ini lah rupa bentuk peluru tabur. Orang yang selalu berburu tahu sangat bahana yang boleh dibawa oleh peluru ini" haha wat a joke!so mana yang betabur?bullet head tu kaBAGI YG X TAHU BUAT XTAHU OR DIG IT LA,tu peluru semiauto rifle like m16 etc.NAIVE.ANY LU MMG BEST LAH!
Obefiend - Lepas baca your comment ni, i really like this part of it: "This individualistic tendencies is is both good or bad. good bagi aku pasal akhirnya MELAYU dah tak pandai jadi bangsa bermuka2 dan jaga hati. pendam dalam-dalam kalau tak puas hati sampai AMOK. fire at will aje bila dah geram so tak la jadi gila. that's good. yang negatifnya ialah sometimes apa yang ditulis pada blog itu idea dungu,naif,tanpa asas dan rumour mongering. itu yang tak sedap."
(Cuma, aku rasa, again soal rights. Memang banyak idea dungu, romour mongering....Tapi daripada aku aku katakan itu salah atau itu betul, aku nak tanya kenapa itu jadi? Di mana salahnya? Di mana salahnya dengan flow on information di antara kerajaan dan rakyat sehingga diorang masih tak peduli untuk buang sikap yang macam tu bila berblog? Namun, sejauh mana salahnya bila diorang tulis apa diorang nak tulis sebab kita tahu there is no such thing as absolute freedom anyway. Dude, this is a subject for us to discuss over coffee and c....ops.
Kurie - Aku cuma menyampah bila aku baca penulisan yang selepas aku baca di balik bibirnya membawa maksud yang mengampu sebab itu yang aku rasa. Well, I might be wrong. Anyway, aku rasa landasan ini lebih sedaplah dari Manja. Hehehhe
Ajami - Betul tu Ajami. JJ tulis pada akhbar hari Ahad yang tak silap aku distributionya dalam 350,000 naskah. Bayangkan kalau satu household seramai lima orang baca? Maka tidaklah berjuta yang membacanya? JJ tulis secara am tentang buruknya sesetengah bloggers dan dia menggunakan "sesetengah". Hmmm entahlah...dah dia kata 1Malaysia tu bagus sebab PM baru kata bagus...maka baguslah dia!
Hazrey - Komen kau panjang tapi kali ini aku setuju dengan sepenuh nafsu lah!
P/S: Soal gambar itu peluru tabur ke tidak, pi mampuslah. Kalau salah, maaf....tapi maksudnya lebih penting daripada gambarnya. In other words - WHATEVA!
Post a Comment