Oct 31, 2009

Aku ada benda nak kata tentang Cuci The Musical dan tentang apa yang dilaporkan oleh media mengenainya.

Kelmarin aku menonton Cuci The Musical. It was not a full house tapi aku tengok orang gelak bukan main lagi. Boss aku kat sebelah dengan bini dia pun gelak sakan. They just loved AC and the gang.

Well, to me, it was FUN! Ia bukanlah satu persembahan yang "bijak" dalam dunia teater, tetapi boleh lah layan.

Filem Cuci dulu pada aku sangat tidak elok! Dalam erti kata lain, filemnya dulu hodoh sikit and walaupun ia dikatakan sebagai sebuah filem komedi, aku rasa ia gagal sesangatnya. Tetapi ia ternyata berbeza dengan persembahan pentasnya yang aku rasa 100 kali lebih berjaya menambat hati berbanding filemnya.

Well, aku harap you guys go and watch the play sebelum ia habis. Memang ada banyak funny moments tetapi tidak kurang juga jenakanya sedikit pathetic.

Anyway, dah lama rasanya aku tak memberikan fokus kepada entertainment reporting kan?

Dan apabila memperkatakan tentang Cuci The Musical, aku nak fokus tulisan ini kepada laporan ini. (Sila baca dulu tulisan aku sebelum korang klik untuk melihat laporan yang aku maksudkan okay)

Aku akan komen berdasarkan setiap perenggan yang aku catatkan di bawah okay. Tapi aku tidak komen terhadap keseluruhan artikel, sebaliknya hanya perenggan-perenggan tertentu sahaja.

Cuci the Musical cetus fenomena baru

PEMBAWAKAN watak dengan cemerlang oleh Hans Isaac, Afdlin Shauki, Awie dan AC Mizal menjadi tunjang utama Cuci the Musical.

APABILA Hans Isaac mengumumkan filem sulung arahannya, Cuci akan diangkat ke pentas teater, penulis berfikiran sedikit skeptikal.

KOMEN AKU: Aku tengah fikir adakah skeptisme penulis berbangkit kerana penulis ini adalah seorang yang pesimistik? Adakah ia bagus kita menjadi seorang pesimistik?

Pelbagai persoalan mula berlegar di minda dan penulis mula bertanya sendiri adakah Hans mampu menjadikan Cuci sebagai sebuah teater muzikal yang hebat.

KOMEN AKU: Mungkin peranggan ini timbul kerana penulis ini mahu menyatakan bahawa ini adalah kali pertama Hans menerbitkan sebuah teater muzikal dan pengalamannya masih hijau, sekaligus membangkitkan keraguan penulis terhadap kredibiliti Hans?

Bukan mahu memperkecilkan kredibiliti dan usaha Hans untuk merealisasikan impiannya, tetapi sedikit sebanyak keraguan itu wujud untuk melihat sejauh manakah Cuci mampu bertukar menjadi sebuah pementasan yang dibanggakan.

KOMEN AKU: Tapi di sini dia kata dia tidak memperkecilkan kredibiliti Hans pulak. Kenapa pulak penulis meragui pendekatannya sendiri di sini? Dalam pada tidak meragukan kredibiliti Hans, penulis masih kata dia ragu dan keraguan itu wujud. Aku tak faham! Aku rasa penulis harus ada ketegasan di sini. Kalau nak persoalkan kredibiliti Hans, maka persoalkanlah sebab lagipun, memang benar Hans tak ada pengalaman menerbitkan teater. Jangan kata ragu dan tidak ragu di dalam satu perenggan kerana ia seolah-olah sebuah penulisan yang tak ada pegangan!

Lantas apabila diundang untuk menonton CTM di Panggung Sari, Istana Budaya malam Jumaat lalu, penulis pergi dengan minda dan fikiran yang kosong biarpun ada teman yang mengatakan CTM cukup menghiburkan.

KOMEN AKU: Pada aku penggunaan perkataan "KOSONG" ini harus diperbetulkan sikit dari segi konteks. Aku rasa akan lebih enak jika ia ditulis begini: "...penulis pergi dengan minda terbuka". Pertama sekali, minda memberikan makna "akal fikiran" atau "daya berfikir". Penulis tidak perlu menulis "minda dan fikiran" kerana ia memberi makna yang sama dan paling tidak enak ialah fikiran atau minda harus "terbuka". Aku tengah fikir kalau-kalau ada orang yang mindanya "kosong"!

Sebaik sahaja tirai dibuka, kemunculan empat aktor iaitu Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie dan Hans sendiri sudah cukup untuk menimbulkan suasana gamat di dalam Panggung Sari.

KOMEN AKU: Kenapa suasana gamat? Apa yang dilakukan oleh keempat-empat aktor itu untuk menjadikan suasananya gamat? Sama seperti perenggan di bawah ini...apa impaknya?

Ternyata impak dan penangan watak Fairil (Afdlin), C'Tan (AC), Jojo (Awie) dan Khai (Hans) sememangnya cukup besar.

Tidak keterlaluan dikatakan watak-watak ini mampu menjadi watak ikonik seperti mana yang pernah dicipta oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi watak Bujang Lapok.

KOMEN AKU: Ternyata penulis sudah mulai "suka sangat" dengan Cuci The Musical ini kerana dia pantas mengasiosasikannya dengan perkataan seperti "IKONIK" dan menyebut terus nama P Ramlee.

Jika dilihat secara kasar, CTM sebenarnya sebuah naskhah yang cukup santai dan ringan tetapi di sebalik itu, ia berjaya meninggalkan satu kesan abadi kepada penonton.

KOMEN AKU: Apa maksud melihat cara kasar? Cuci The Musical ni adalah tentang empat orang yang nak masuk pertandingan cuci bangunan sebab nak cuci bangunan KLCC. Memang its a fuckin santai story and not inspiring at all. Itu memang satu hakikat lah! And apakah maksud penulis that ia berjaya meninggalkan satu kesan abadi kepada penonton? Maksud ABADI ialah: 1. Ada permulaan yang tiada pengakhiran atau 2. Wujud atau berterusan untuk selama-lamanya. Adakah penulis memberikan jaminan kepada pembacanya yang mereka akan selama-lamanya mendapat kesan daripada Cuci The Musical? Perkataan ABADI untuk menggambarkan kehebatan Cuci The Musical di mata penulis ini ternyata satu perkataan yang terlalu besar. Ini lah jadinya kalau dah suka sangat.

Skripnya yang lucu itu juga segar dan tidak slapstik sehingga perlu memaksa penonton ketawa melihat aksi pemainnya.

KOMEN AKU: Bukan keseluruhan Cuci The Musical tidak slapstik. Ada lawaknya yang memang sangat-sangat slapstik. Tapi kita tidak perlu sebut perkataan "slapstik" seolah-olah ia adalah satu virus yang bisa membunuh. Jangan kita lupa bahawa banyak juga komedi menerusi filem yang menggunakan elemen slapstik begitu berjaya. Oleh itu, jika pun ada elemen slapstik, ia tidak salah sebenarnya jika ia berjaya.

Watak Jojo yang dilakonkannya cukup menawan hati penonton dan Awie kelihatan sungguh comel di atas pentas sekali gus menghapuskan imej lelaki sasa yang cukup sinonim dengan dirinya.

KOMEN AKU: Awie comel? What the fuck comel? Awie sebenarnya lucu atau dalam Inggeris kita sebut "witty". Entah kenapa aku ada rasa sedikit geli apabila membaca Awie itu comel di atas pentas.

Lebih-lebih lagi, babak romantik dan percintaan di antara Jojo dan Farah (lakonan Adibah Noor) berjaya mencipta keserasian.

KOMEN AKU: Apa makna keserasian di antara Jojo dan Farah. Keserasian sebenarnya tidak wujud langsung dan itulah yang menjadikannya ia bagus. Seorang sasa dan seorang yang berbadan besar...dan hubungan itu memang berniat untuk membangkitkan elemen jenaka. Di mana seorang sasa yang selalunya akan "shallow" memilih wanita yang cantik, si sasa ini memilik seorang wanita gemuk. Pasangan ini sebenarnya tidak serasi tetapi itulah tujuannya!

Hans sendiri apa kurangnya. Pertama kali menonjolkan bakat nyanyiannya kepada khalayak adalah sesuatu percubaan yang boleh dibanggakan.

Usah sesekali membandingkan Hans dengan tiga aktor yang mempunyai latar belakang dalam bidang nyanyian kerana karakter vokal Hans adalah tersendiri.

KOMEN AKU: Penulis seharusnya lebih jujur di sini dengan mengatakan bahawa vokal Hans adalah teruk dan tidak layak untuk sebuah pentas muzikal. Biarpun pertama kali beraksi di pentas muzikal, aku tetap rasa Hans perlu mengasah vokalnya dengan lebih bagus dan kalau masih tidak bagus, seharusnya lagu yang diciptakan untuknya ada elemen kelakar supaya ia sesuai untuk dirinya yang memang tidak mempunyai vokal yang elok. Kenapa penulis menyuruh kita untuk tidak membandingkan vokal Hans dengan yang lain? Penulis sampai menyebut: "Usah sesekali membandingkan..." sedangkan fitrah manusia pasti membuat perbandingan dan bagi aku tak salah langsung untuk membandingkannya.

Entah mengapa, penulis merasakan kesemua pelakon di dalam teater muzikal ini berlakon seolah-olah tidak perlu menghafal skrip dan mencipta dialog mereka sendiri.

KOMEN AKU: Aku tak tahu kenapa penulis merasakan ini. Setiap dialog yang dilontar dalam persembahan itu berasal dari sebuah naskah yang kita sebut skrip. The whole point of a good script adalah untuk melahirkan satu lontaran dialog yang bersahaja. Namun, hakikat untuk Cuci The Musical ialah banyak adlib (dialog yang dibuat tanpa dirancang) dibuat oleh pelakon-pelakonnya. aku sempat bersembang dengan pengarah Cuci, Datuk Zahim AlBakri dan dia mengakui bukan mudah untuk mengawal adlib di kalangan pelakon-pelakonnya.

Tidak lengkap sebuah pementasan teater muzikal tanpa iringan muzik dan CTM juga mempamerkan kecemerlangan dari sudut muziknya yang dihasilkan oleh Pacai dan Douglas Lim.

KOMEN AKU: Aku sangat setuju dengan perenggan ini kerana memang Pacai dan Douglas berjaya mencipta lagu yang sangat-sangat baik untuk persembahan berkenaan. Bagi aku, lagu-lagu ciptaan mereka membangkitkan sesuana jenaka dalam persembahan berkenaan.

Di sebalik kesempurnaan dan kecemerlangan itu, CTM tidak terlepas daripada cacat-cela dan kelemahan yang dilihat sedikit merencatkan momentum audiens untuk terus menonton teater muzikal ini.

KOMEN AKU: Kontradiksi sangat jelas di sini. Kalau sudah sempurna, maka mana ada cacat cela. Aku tak faham konteks perkataan cemerlang dan cacat cela di sini. Kalau persembahan ini ada cacat cela, kenapa penulis masih mengatakan "di sebalik kesempurnaan"?

KOMEN KESELURUHAN AKU:
Apa lah yang agaknya kita boleh belajar dari sini? Aku fikir seseorang penulis perlu lebih mahir dalam selok belok teater sebelum membuat ulasan mengenai sesebuah persembahan teater. Penulis untuk artikel ini ternyata terpukau sangat dengan persembahan Cuci The Musical sehingga dia sendiri sukar untuk memberikan satu pandangan yang objektif terhadapnya. Namun bagi aku, sebagaimana pernah disebut oleh Datuk Kadir Jasin suatu masa lalu iaitu penulisan berita dalam Bahasa Melayu memang mempunyai kelemahan dari aspek pengetahuan.

Aku harap pandangan aku ini dipandang dengan objektif oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak lain hanya lah satu pandangan. Aku sudah pernah menulis ratusan ulasan teater, filem dan ribuan ulasan muzik dan aku sudah pernah buat semua kesalahan yang aku nyatakan di atas.

Anyway, as I said, ini hanyalah satu pandangan. Suka hati lah kalau korang suka atau tidak.

KEEP IT COOL

Oct 29, 2009

Aku dah lupakan Fasha Sandha dah. I am over her! Kah kah kah....not that I was ever under her if you know what i mean.

Okay...okay...

I am over her dah.

Aku berehat sekejap dari menulis sebab aku pergi ke kursus.

Kursus Harvard Business School. Ewah...macam hebat.

Insya-Allah sehari dua lagi aku sambung menulis okay.

Nota Kaki: Bye Bye Fasha.

Oct 22, 2009

Aku tak sangka sejarah boleh tercipta di Rooftop Lot 10 petang semalam di mana aku dan dia bergambar bersama-sama....EWAH!

Assalamualaikum.

Maafkan aku kerana aku TERPAKSA buat yang ini.

Bagi yang suka membaca Bimbo ni, bersabar aje lah sebab kali ini aku nak OVER sikit.

Well, at least I am not saying Fuck or whatever...of fuck...i did it again. Sorry.

Well, anyway, aku happy gak lah hari ini sebab akhirnya aku dapat juga....

Yes...aku dapat juga....

Dapat apa?

Bergambar dengan dia....di bawah ini.

YEZAAAAAAAAAAAA.

Gambar ini dirakamkan selepas Fasha Sandha ni hadir di majlis soft launch SpaQistina yang kami buat di Rooftop Lot 10 petang semalam.

Bertenang semua!!!!

Tiada apa-apa berlaku selepas gambar ini dirakamkan.

Hahahahahahha.

KEEP IT COOL!!!

Oct 15, 2009

Hari ini aku akan bertemu dengan orang yang paling popular dalam industri hiburan Malaysia! Popular ke? Hahahaha

Cakap lah apa korang nak cakap!

Kejap lagi.....

Lebih kurang jam 3.30pm nanti....

Aku akan ada meeting....

Meeting dengan siapa?

Dengan dia ni: (lihat bawah!)

YEZZZZZZZA!!!!!

KEEP IT COOL!

The more you hate me, the more you read me? Adakah itu kesnya di blog ini? Suka hatilah. Aku sentiasa tulis apa yang aku rasa di saat aku menulis.

I'm taking a break kejap ni. Aku suka gak menulis kat sini bila aku rehat sekejap dari kerja. Post aku sebelum ini (yang ini) dapat beberapa comment yang agak menarik. Ada yang anggap kesalahan sebutan itu remeh dengan argumen bahawa banyak lagi yang lebih teruk (kata bual filem misalnya) dan ada juga yang kata kita dah tak boleh nak bezakan di antara bahasa yang formal dan yang informal.

Dan ada jugak yang kurang berpuas hati terhadap post aku kerana kata mereka blog aku sendiri banyak sangat kesalahannya. And as usual, kalau aku jawab komen di sini, memang kasar sikit bahasanya sebab aku fikir, kalau korang tak suka apa yang korang baca kat sini, korang bebas untuk tidak membacanya.

But that is not why I am writing now.

Soal bahasa perantaraan, soal penggunaan terlalu banyak perkataan Inggeris dalam dunia Melayu kita ni dah lama dah jadi bahan diskusi kan? Dan sampai hari ini tak akan settle punya.

Tadi kat Radio SinarFM aku ada dengar satu iklan (aku rasa dari sektor FMCG) yang sebut perkataan "limit" dalam skripnya. Aku sendiri pada awalnya fikir itu adalah perkataan Inggeris tetapi selepas aku periksa Kamus DBP (Edisi Keempat), "LIMIT" sebenarnya berasal daripada perkataan Indonesia-Belanda yang membawa maksud: "Had" atau "Batas".

And then aku fikir, kalau macam itu kira okay ke? Entahlah.

Sangat-sangat kompleks sebenarnya bila kita berbicara tentang bahasa Melayu ni.

Bagi aku sebenarnya, susah kita nak hargai bahasa kita bila kita tak tahu asal usul bahasa kita.

(Okay...i will come back to this in a bit)....Sebelum tu, aku nak cerita sikit. Hari ini aku baca Berita Harian, dengan tajuk: "Nik Aziz mahu nama Inggeris ditukar ke bahasa Melayu".

Dalam laporan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dikatakan mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di Kelantan untuk tukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu.

Laporan itu antara lain berbunyi macam ni:

"Beliau mengakui beberapa bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri yang baru beroperasi seperti Kelantan Trade Centre, Kota Bahru Trade Centre dan KL Mall menggunakan nama berunsur Inggeris."

He was also quoted: "Betul nama itu sengaja bubuh begitu, boleh jadi kerana nak popularkan nama itu untuk menarik perhatian umum di peringkat antarabangsa, seperti hotel, maka digunakan bahasa Inggeris supaya (pelancong) Inggeris tahu. Benda tu boleh kita kaji semula, tak jadi masalah."

Mula ambik berat terhadap penggunaan bahasa Melayu terhadap kebanyakan bangunan kerajaan di Kelantan. Tapi kenapa? Untuk apa? Harus dijelaskan ni.

Now...sambung di mana aku stop tadi.

Tak ada salahnya untuk Nik Aziz buat kenyataan begini.

Tapi kenapa perlu premis komersil diubah daripada nama berunsur Inggeris kepada nama Melayu?

Kenapa tidak dijelaskan kenapa Kelantan harus berbuat demikian?

Kita sedar, bukan Kelantan aje yang macam tu sebab di tempat lain lagi lah berlambak okay. Rasanya banyak bangunan komersil di seluruh Malaysia ni menggunakan nama berunsur Inggeris.

How does one secara seriusnya jelaskan kenapa kita perlu lebih menghargai bahasa sendiri?

Sehari dua ni, syarahan-syarahan di PWTC oleh orang-orang Umno seronok kita dengar sebab hampir semuanya dalam bahasa Melayu dan sesetengahnya unik juga.

Berbalik kepada soalan tadi....macam mana kita nak buat orang sedar tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu yang betul bila kita berbahasa Melayu?

Bahasa Melayu Kuno adalah daripada keluarga bahasa Nusantara yang gemilangnya ialah pada abad ke-7 sehingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia jadi lingua franca dan bahasa pentadbiran sebab ia sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, ia tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan ia mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa ketika itu.

Tengok ajelah betapa kompleksnya carta di atas ni. Tapi ia tak beri maksud yang kita tak boleh faham dan kenal betul-betul bahasa Melayu tu kan?

And, bahasa Melayu Kuno juga dipengaruhi banyak oleh sistem bahasa Sanskrit yang kita tahu banyak sangat menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan Bahasa Melayu.

Itu baru sikit maklumat...sebenarnya banyak lagi tentang bahasa Melayu ni yang orang macam Nik Aziz tahu sangat (aku pasti Tuan Guru ini hebat dan ini BUKAN statement aku yang berbentuk sindiran). Cuma aku fikir, apakah medium yang paling sesuai untuk orang memperjelaskan kepada kita kenapa kita perlu me-Melayukan apa yang berunsur Inggeris.

Macam mana kita nak pastikan tidak akan berlaku lagi ME'NACKLE atau MENG'ANGAGE'?

Aku fikir, kalau kita tahu sejarah, kita akan tahu menghargainya. Aku sendiri sampai hari ini masih tagih banyak sejarah tentang bahasa Melayu ni.

Kartun ni sampaikan banyak "maksud" aku. Isu bahasa Inggeris katanya, tapi aku lihat ni sebagai isu bahasa Melayu jugak ni.

Akhir kata, aku tahu semua orang tidak sempurna. Apatah lagi blog yang "huru hara" ni.

Tapi aku rasa tak salah untuk korang tengok "maksud" aku daripada "cara" aku cuba sampaikan "maksud" ini.

Barangkali, sudah tiba masanya untuk orang yang tak boleh terima cara tulisan aku untuk tidak meneruskan membaca blog ini. Daripada korang marah-marah sebab sakit hati dengan apa yang aku tulis, lebih baik korang tenangkan jiwa dengan ratusan juta blog lagi yang korang boleh layan.

Namun, itu bukan bermakna aku benci korang.

Come, come...whoever you are.

KEEP IT COOL!

Oct 14, 2009

Kadang-kadang kesalahan yang kita dengar di TV amat jelas dan amat bodoh tetapi kita selalu buat tak kisah. Apa maknanya semua itu di masa depan?

Aku sibuk tadi menonton TV untuk mengikuti perkembangan Perhimpunan Agung Umno.

Seronok tengok pemimpin-pemimpin kita bersyarah sampai timbul urat di dahi serta sampai suara jadi serak-serak basah.

It is the time of the year for them to go all out with their speeches and all (whether or not its all bullshit ke apa ke...i let you guys decide)

Anyway, apa yang tarik perhatian aku ialah satu temubual live yang dibuat di TV tadi.

Minah yang buat temubual ini menyebut dua perkataan ini:

1. Me"nackle"
2. Meng"engage"

Aku rasa dia memaksudkan "MEMIKAT" apabila menyebut Me"nackle"

dan

Aku rasa dia memaksudkan "MENGGUNAKAN" apabila menyebut perkataan Me"engage".

Aku tengah fikir ni:

1. Adakah dia gemuruh sehingga bisa memperbodohkan diri dengan membuat kesalahan itu?

2. Adakah dia mahu DBP mendaftarkan perkataan "me'nackle" dan "meng'engage'" itu?

3. Adakah dia tidak pandai berbahasa Melayu tetapi tetap nak tunjuk upaya di sebuah stesen Melayu?

Kenapa jadi begitu?

Di mana salahnya?

Keupayaan berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu ini adakah makin menipis? Aku tak berapa pasti.

Mungkin korang rasa this is a small matter. Tapi pada aku, anything that's fucked up and live on TV...is A BIG DEAL.

Okaylah...aku nak sambung dengar syarahan banyak Tok Dalang di TV ni.

KEEP IT COOL!

Oct 9, 2009

Cerita artis dah gemuk adalah penting untuk meningkatkan tahap dan kualiti industri hiburan tanah air. Suka hati mak kau lah!

EDITOR
So, what the angle of the story?

WARTAWAN
Kita buat cerita tentang badan dia yang dah naik okay?

EDITOR
Badan dia dah naik?

WARTAWAN
Ye lah..dulu dia slim, meletopz! Tapi sekarang pakai baju ketat gerenti nampak perut.

EDITOR
So? Nak buat cerita pasal dia gemuk?

WARTAWAN
Ye lah...orang mesti nak tahu sebab apa dia gemuk kan? Dia gemuk sebab senang hati sejak ada boyfriend ke apa ke? Manalah tahu...but gerenti orang nak baca punya kan?

EDITOR
Hmmm...cerita dia dah gemuk? Hmmm...this story will help generate the public interest in the entertainment industry in Malaysia. Now, they will see that entertainment is not just "entertainment", but it's Artistic Business.

WARTAWAN
Ye bos...ini lah cara untuk kita sumbangkan kepada pembangunan industri hiburan tanah air yang makin lemah di negara ini.

EDITOR
(sambil berdiri di sisi meja dan berkata-kata sambil tangan dihayun-hayun macam Karam Singh Walia minus the peribahasa)
Yes, cerita artis dah gemuk, cerita artis shopping raya, cerita artis macam ni is the element needed in the entertainment world in Malaysia. So, what the fuck are you waiting for? Go for it! This is the real shit that we need! You will be praise. You will be helping the industry and we will be the number 1 newspaper in the fucking country and the fucking whole wide world!!! Yeah!!!!

Ini sekadar dialog rekaan dalam kepala hotak aku bila aku membaca cerita macam ni di dada akhbar. And some idiot artiste pun...macam lah tak ada benda lain yang interesting nak cerita.

Aku tahu aku exaggerate over sikit dengan dialog-dialog ni tapi aku rasa exaggeration aku adalah diperlukan in some weird fucking way.

KEEP IT COOL people!

Oct 8, 2009

Aku dulu punyalah minat diorang sampai aku simpan niat untuk ke Seattle dan memang aku sampai juga akhirnya tapi aku tak dapat tonton diorang. Ceh!

They could the one of the best band in the world.

Banyak yang dah melingkup tetapi diorang masih hidup.

My all time favorite of their album.

My second favorite pulak adalah yang ini.

And I do think this is good album.

Tapi ini pulak adalah album yang aku kurang minat.

Semalam pulak, aku ke Victoria di Bangsar Shopping Centre...

Dan aku beli yang ini.

Aku baru start dengar beberapa jam tadi.

Takat ini, BACK SPACER Pearl Jam ini best!

Aku harap aku akan buat reviewnya tidak lama lagi di sini.

Insya-Allah.

KEEP IT COOL!!

Oct 7, 2009

Kadang-kadang aku harap akan ada pemimpin yang berani menentang "kejahatan" macam si Old Boy ni.

Wishful thinking...aku tau.

Tapi macam mana pun, aku sentiasa harap yang luar biasa.

11 Oct ini, sebenarnya kita perlukan orang yang macam kat bawah ni:

Old Boy ini aku gambarkan sebagai pemimpin yang berani menentang "kejahatan" and aku tahu korang faham maksud "kejahatan" itu.

Tapi biasalah kan, aku ni memang The King of Wishful Thinking!

KEEP IT COOL!

Oct 6, 2009

Kadang-kadang aku mencarut jugak bila ada gambar-gambar jijik politikus yang diterbitkan di akhbar.

Well, I am just gonna say it.

I know this will be quite harsh, but fuck it...seriously, FUCK IT.

Benda-benda tipikal yang macam ni lah yang membuatkan ia jelik.

Benda-benda apa?

Benda-benda di bawah ni:

Inilah masanya mereka yang bertanding itu untuk melawat gerai tepi jalan, sembang dengan peniaga, sembang dengan orang yang makan di gerai yang mereka gelar RAKYAT!

Dan kita adalah kita yang selalu saja akan "welcome" mereka yang sekali sekala makan di tepi jalan atau di gerai biasa dengan kita. Kita barangkali seronok sebab mereka yang banyak wang ni sanggup berada di satu level dengan kita sebab dia tahu dia akan lebih SUKA kalau kita suka dia.

Dan aku pantas digamit bait-bait lirik lagu Iwan Fals yang di bawah ni....

Wang adalah bahasa kalbu
Santapan rohani para birokrat
Tentu saja tidak semuanya
Tapi yang pasti banyak yang suka

Jangan heran korupsi menjadi jadi
Habis itulah yang diajarkan
Ideologi jadi komoditi
Bisa dieksport ke luar negeri

Wang adalah bahasa kalbu
Santapan rohani rakyat dan wakil rakyatnya
Tentu saja tidak semuanya
Tapi yang pasti banyak yang suka

Itu kata Iwan Fals...bukan kata aku. Aku tak maksudkan apa-apa, cuma aku teringat lagu dia aje.

NOTA KAKI: "Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," tegas bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed. –Malaysia Today

KEEP IT COOL.

Kadang-kadang lagu macam ini yang buat malam aku tenang.

Aku sebenarnya baru sudah menonton filem Laskar Pelangi.

Aku tak segan silu nak kata aku sebak menonton filem ini.

Aku tak terpesona langsung dengan cara Mawi atau Jamal Abdillah mendendangkan lagu ini kerana aku rasa dendangan "laskar-laskar pelangi" ini lebih menikam jiwa aku.

Kalau tak keberatan, sila lah tonton video ini.

KEEP IT COOL.

Oct 2, 2009

Jumaat...Penghulu Segala Hari. Cuma aku jadi marah bila baca tentang manusia yang sebenarnya BINATANG!

Kalau tak silap aku, anak haram ni kena hukuman paling maksimum kelmarin mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Setan laknat ni rogol anaknya sendiri yang baru 20 tahun dan tak sempurna pulak tu.

Nama setan ni ialah ZAINAL L SALLEH and umurnya 58 tahun.

So, campur tolak kelakuan baik ke apa ke, aku rasa dia akan keluar penjara dalam usia 80 tahun (with the assumption dia dapat some deal for good behaviour lah kan).

Anak kandung dia yang dia rogol tu sekarang berusia 20 tahun and by the time bapaknya (anjing bertopeng manusia) ni keluar, dia akan berusia dalam 50 tahun atau kurang.

Aku harap sangat nanti di penjara, akan ada banduan yang akan rogol bapaknya sampai at least tear (i do mean tear) his arse with sharp objects or anything that will make him suffer and wish he would just fucking die! (Maafkan sebab aku "emo" sangat di sini. Sekadar nak lepas geram aje sebab kita ni bertamadun dan kita tidak akan sokong orang nak menjubur orang di penjara kan?)

Why do we tolerate this? I know you might say we don’t but sebenarnya we do!

Nak tahu kenapa aku kata gitu?

(Correct me if i am wrong here). Action reaction kita selalu lembab. Mesti ada satu kejadian besar untuk buat kita berdetik melakukan esuatu. The government made amendment terhadap Seksyen 376 in 2006 if i am not mistaken dengan meletakkan hukuman 15 years as minimum and 30 years as maximum against convicted rapist. Adakah semua itu dibuat selepas setan drebar bas si Hanafi tu rogol Noor Suzaily di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung pada Oktober 2000 dulu? Entahlah.

Aku bukan peguam and tak lah pandai sangat soal undang-undang jenayah berat seperti ini tetapi aku bertanya diri sendiri kenapa anjing seperti ini tidak dihukum mati saja?

Sah-sah anjing ni merogol anaknya sendiri yang kurang upaya pulak tu….kenapa tidak dihukum mati saja? Malah hukuman mati kita di Malaysia ialah di tali gantung…begitu mudah matinya nanti…tidak diseksa pun. Bukan macam di Brazil. Tengok ni. (Tapi sebelum klik link ini, aku nak ingatkan bahawa imejnya sangat gory and "hukumannya" tak bertamadun)

Persatuan Hak Asasi Manusia di Malaysia atau di ceruk benua mana pun akan bangkang tapi tanyalah diri sendiri. Fikir sendiri…tidak kah oleh seperti ZAINAL L SALLEH ini patut mati saja?

Ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma’ruf Amin, baru-baru ini sambut baik undang-undang baru di Aceh, wilayah Utara Sumatera di mana antara lain, hukuman untuk perogol adalah termasuk direjam dan disebat sampai 400 kali! Selain rogol, hukuman ratusan kali sebat ini juga dikenakan terhadap mereka dengan kesalahan minum arak, judi dan sebagainya (Apa yang Kartika kena tu...tak ada hal lah kalau dibanding Aceh kan?)

Ma’ruf Amin...sempoi aje mamat sokong hukuman rejam dan sebat sampai 400 kali di Aceh!

Aku juga kenangkan Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Daerah Zhenping di Nanyang yang namanya Wu Tianxi yang kena hukum mati sebab rogol 24 pelajar sekolah menengah.

Entahlah, aku cuma rasa marah bila membaca tentang ZAINAL L SALLEH di muka 13 Harian Metro hari ini.

Tak cukup dengan itu, aku fikir kenapa pulak muka anjing ni diblurkan sedangkan kan dia dah didapati bersalah dan dijatuh hukum? Kenapa muka haramnya tidak dipaparkan sepenuhnya? Adakah kita perlu kisah sama ada keluarganya akan malu? Nak malu apa lagi? Setan ni rogol anaknya sendiri lah!

Inilah dia ZAINAL L SALLEH. Dia rogol anaknya sendiri yang kurang upaya! Tak ke hanjing namanya tu?

Maybe my rage is talking here.

Anyway, apa akan jadi selepas dia keluar kelak? Tak kira lah kalau umur dia dah 90 tahun pun?

Dulu seingat aku, masa Datuk Seri Rais Yatim adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia pernah umumkan bahawa Kabinet akan wujudkan sistem pendaftaran khusus untuk perogol and do you know that we already have Akta Pendaftaran Orang Yang Tidak Diingini 1969? Cuma tidak ada spesifikasi untuk perogol. Tak tahu lah apa perkembangannya? (Kalau ada sesiapa tahu…please tell me in the comment box).

Say what ever you wanna, sokong atau tidak, tapi aku rasa Seksyen 376 patut dipinda supaya perogol yang didapati bersalah boleh dihukum MATI !

KEEP IT COOL!

Kredit Gambar:
1. http://mohdfazli.wordpress.com/2008/12/19/benar-ke-hanafi-dihukum-gantung
2. http://sylviagustin.myrepublika.com/berita/20818/KH_Ma_ruf_Amin_Tak_Ada_Lagi_Ijtihad_Secara_Individu

3. Harian Metro 2 Okt 2009

Sep 30, 2009

Benarkah program di TV ketinggalan? And adakah apa yang diterbitkan oleh akhbar tidak ketinggalan?

Apa rasanya bila ratusan ribu membaca tulisan kita? Does it get you off?

Bangganya memang semacam bila tengok nama sendiri diterbitkan dalam surat khabar agaknya.

Aku terkenangkan saat pertama nama aku diterbitkan dalam akhbar. Kali pertama ialah pada 1988 masa aku di Tingkatan 3 dan nama aku diterbitkan dalam akhbar Utusan Pelajar. Ketika itu aku menulis sebuah cerpen.

Kali kedua ialah sesudah aku bekerja di Berita Harian apabila nama aku (byline) diterbitkan dalam Berita Minggu bertarikh 3 November 1991 dengan tajuk: "Jerebu: MAS rugi $500,000".

Dunia kewartawanan sudah jauh melangkah sejak 1991. Ia tidak sama langsung sekarang. Dulu jarang sekali ada maklum balas yang pantas terhadap apa saja yang kita tulis. Misalnya maklum balas terhadap sesuatu berita/rencana yang ditulis wartawan datang dalam pelbagai bentuk termasuk menerusi:

1. Surat Pembaca
2. Aduan Kepada Pengarang
3. Aduan Kepada Boss (yang selalunya dibuat oleh orang yang kenal boss kita secara langsung)

Dan dulu, kalau kita tak suka atau sakit hati dengan sesuatu yang ditulis oleh wartawan, kita selalunya meluahkan aje perasaan kita kepada kawan-kawan. Dan apabila sesuatu tulisan/berita itu diterbitkan tanpa ada byline, lagi lah susah kita nak cakap apa-apa kan?

But now its different sebab banyak tempat untuk bangkitkan diskusi ataupun mengadu.

Blog barangkali adalah medium yang terbaik.

Terbaru, seperti biasa...aku membaca The Sunday Papers.

Si Siti menulis tentang program raya di TV dengan tajuk: "Tentang Program Raya".

Si Siti tu tulis begini (aku catatkan sedikit):

1. "Jadi Siti tak tau apakah program-program Hari Raya tahun ini ada anjakan atau sebaliknya. Sebelum ini, program Hari Raya tak selari dengan perkembangan sosio budaya dalam masyarakat. Maka terasa sangat artifisial dan isi kandungan kosong."
KOMEN AKU: Si Siti kali ini nyata suka betul menggunakan perkataan-perkataan "besar" tapi masih tidak berisi. Tulisan Si Siti begitu "besar" tetapi tulisan itu juga bersifat hipotetikal. Apa makna "isi kandungan kosong" atau "kandungan yang artifisial."

2. "Tapi dari beberapa rungutan teman-teman yang menelefon dan SMS kepada Siti, dapatlah dibuat kesimpulan sebahagian besar program Hari Raya masih ditakuk lama, penuh dengan idea-idea basi dan tak ada isi. Mereka bertanya kepada Siti, kenapa pihak yang membuat program Hari Raya tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat?"
KOMEN AKU: Lihat penggunaan perkataan "beberapa rungutan" dan "sebahagian besar". Jika ini hanyalah "beberapa rungutan", bagaimana pula kesimpulan boleh jadi "sebahagian besar"? Apakah dasar kepada argumen ini? Apakah bentuk rungutan itu sehingga kesimpulannya adalah "...tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat?" Di mana justifikasinya?

3. "Di mana falsafah Hari Raya? Siti memang tak boleh memberikan jawapan kerana pihak televisyen pun ada orang-orang hebat, keluar universiti bertingkat-tingkat takkan tak tahu yang mana air bandung dan mana air serbat?"
KOMEN AKU: Apakah maksud perenggan ini? Why is the writer mocking dengan cara ini? Siapakah sasarannya? Who is the writer talking about here? Baik di akhbar atau TV atau kebanyakan media sama ada cetak, elektronik atau web, memang banyak di kalangan mereka keluar dari universiti. Ini cara penulisan yang seolah-olah ada "grudge" terhadap pihak tertentu atau individu.

4. "Program Hari Raya bukan sekadar mengulangi atau kitar semula kacau dodol, makan ketupat dan pakai baju berkerlipan menyanyi lagu Hari Raya. Kadang-kadang Siti kesian tengok artis-artis yang terpaksa melibatkan diri dalam program-program yang tak selayaknya disiarkan itu."

KOMEN AKU:? (LIHAT SAJA GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI)

Sebagaimana Si Siti kesiankan artis-artis itu. aku pun kesian apabila akhbar menggunakan pendekatan ini untuk menjual akhbar. Adakah pendekatan ini bertaraf "world view"? Adakah ini makna mereka apabila memperkatakan bahawa kita tidak perlu jadi artifisial? Kalau program TV "tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat", adakah ini caranya untuk membuktikan bahawa pendekatan ini adalah terkini? Bagaimana hipokrasi seperti ini boleh wujud aku pun tak tahu.

Kata Si Siti: "Program Hari Raya bukan sekadar mengulangi atau kitar semula kacau dodol, makan ketupat dan pakai baju berkerlipan menyanyi lagu Hari Raya" tapi kita lihat benda yang sama juga sama ada dalam akhbar atau majalah hiburan. Kenapa konsep kitar semula ini hanya terpalit kepada program TV?

Apa lagi ada untuk Raya?

Kita lupakan tradisi pakai baju Melayu dan jangan lagi tunjuk semua itu?

Satu lagi contoh pendekatan akhbar melaporkan tentang artis yang berhari raya. Shoot artis pakai baju Melayu dan tanya tentang "balik kampung."

Ini sangat-sangat subjektif. Kadang-kadang kita tak suka, tapi orang lain suka. Itu hakikat yang kita tak boleh lari.

Pendapat berbentuk hipotesis memang akan sentiasa wujud tetapi jika pendapat itu diterbitkan dalam akhbar yang mempunyai ratusan ribu pembaca, its only fair to have justification kan? Kalau tak, pasti dunia kewartawanan hiburan kita akan terus menerus ke longkang.

Barangkali benar bahawa program TV di musim perayaan makin monotonous dan maklum balas adalah amat penting dalam menghasilkan program TV yang lebih memikat dan relevan kepada penonton.

Tetapi adakah pembaharuan itu boleh dibuat berdasarkan maklum balas seperti yang Si Siti tulis tu?

Nota Kaki Macam Sunday Papers: Teringin nak ajak Si Siti datang ke rumah terbuka aku.

KEEP IT COOL!

Sep 24, 2009

Can you tell me What The Fuck Is Gadis Melayu Urban?

"Estetika Melayu merujuk kepada adab dan tingkahlaku orang Melayu yang lazimnya berlapik dalam bercakap atau menangani sesuatu. Oleh sebab orang Melayu menganut Islam, maka Estetika Melayu itu sinonim dengan Estetika Islam.Tamadun Islam yang berteraskan ajaran AI-Qur'an, Hadis dan ijmak ulama, membentuk peradaban Melayu dengan lebih halus dalam mengajar, menegur, menyindir, mengkritik, berdebat dan sebagainya. Ini selari dengan maksud firman Allah SWT dalam al-Quran, "Serulah kepada jalan Tuhan kamu dengan kebijaksanaan dan pelajaran yang baik. Debatlah mereka dengan (hujah) yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan kamu lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada agama-Nya, dan mengetahui orang yang dapat petunjuk. An-Nahl:125)".

- Dr Syed Othman Omar / Berita Harian 5th July 2000 / Pg 8.

Dan juga dalam laporan Berita Harian bertarikh 13 Oktober 2001, dengan headline: "Melayu lupa jati diri, tidak baca sejarah bangsa” ia mencatatkan antara lain seperti berikut:

”Orang Melayu hari ini, apabila sudah terdesak dengan masalah yang boleh mengancam keberlangsungan identiti atau jati diri mereka sebagai bangsa yang dikatakan `dominan' (barangkali dominan dari segi jumlah orangnya, iaitu dari segi jumlah) di negara ini, menggelabah, tidak tahu apa dia yang dikatakan bangsa Melayu itu, lalu mereka bercengkerama tentang isu `jati diri Melayu', cuba mencari pelbagai takrif yang lebih mengelirukan isu itu lagi. Pada hal jati diri Melayu sudah ada, dibentuk secara kolektif sejak berabad-abad lamanya melalui proses penciptaan tamadun atau cultural production yang dirakamkan dalam wadah pengungkapan tamadun Melayu terpenting, iaitu kesusasteraan Melayu tradisional yang kita warisi hingga sekarang. Akibat kecelaruan kesedaran jati diri itu, orang Melayu hari ini makin dilihat oleh dunia luar, bahkan oleh orang Melayu sendiri, sebagai bangsa yang tiada budaya kuat untuk menjadi bangsa maju di dunia hari ini. Malah ada orang menulis sajak menghina orang Melayu, mengatakan melalui kata- kata berselindung bahawa orang Melayu tiada apa-apa hak untuk menggelar dirinya sebagai 'Bumiputera' Semenanjung Tanah Melayu."

Tulisan di atas menyebut kita terdesak sehingga kita gelabah.

Kita sendiri yang distort makna Melayu itu sendiri barangkali dengan pelbagai mesej yang tidak konsisten.

Kenapa aku terfikir semua ini?

Sebab aku baca yang ini.

Apakah dia "Pencarian Gadis Melayu Urban?"

Rambut mereka yang tak kaler ni kira urban ke? Kalau tindik hidung urban tak? Ada virgin test untuk tentukan mereka ni benar-benar Melayu tak? Eh Gadis Melayu Urban kena virgin ke in the 1st place? What the fuck do i know man!

I mean, siapa "Gadis Melayu Urban?"

How do you categorized "Gadis Melayu Urban?"

Adakah mereka kena pakai tudung atau tidak?

Adakah kalau mereka pakai tudung, tudung itu harus macam Yuna?

And jenis cutting apa kebaya mereka?

Boleh ke nampak paha?

Boleh ke kebaya mereka nampak lurah and kalau tak nampak lurah adakah mereka cukup "urban"?

What the fuck is "Gadis Melayu Urban" ni really?

Maybe one of the contestant ada definisi terbaik "Gadis Melayu Urban". Lihat dia di sini.

What i'm saying here...in so many ways we do exploit certain things in creating something new, something big...but for me...kena berpada-pada lah.

Aku rasa it was a nice ring to it when it was only looking for Gadis Melayu...but they want to shake things up with the urban shit and all.

Aku tak tahu lah dengan korang...tapi sebagai Melayu...aku rasa malu sikit dengan Gadis Melayu Urban ini dari pelbagai aspek.

Memang rancangan realiti best, tapi cukup-cukuplah.

Kita dah jaja banyak sangat ni and are we serious bila kita nak jaja bangsa Melayu pulak?

Ini pendapat peribadi aku. Again...lets agree to disagree.

Note 1: Pendapat ini tak ada kaitan dengan penerimaan aku terhadap kondisi budaya yang makin berubah Gadis Melayu sama ada mereka urban atau tidak, cuma eksplotasi menggunakan bangsa Melayu itu sahaja yang aku kisahkan.

Note 2: Aku okay-okay aje kalau Gadis Melayu nak jadi Beyonce ke apa ke. Hahaha.

KEEP IT COOL

Kredit Gambar:

1. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Sep 14, 2009

Aku saje je nak merapu kisah benar khalwat yang aku pernah tengok depan mata aku zaman aku wartawan dulu.

Aku terbaca Bapak Gula-Gula ni.

So aku teringat zaman aku wartawan jenayah di Harian Metro...saat aku selalu sangat ikut raid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada sekitar 1991 dan 1992 dulu.

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, KL
Suspek: Seorang lelaki dan seorang perempuan duduk di atas rumput di mana tangan kanan lelaki memeluk bahu perempuan.
Peristiwanya: Empat pegawai Jawi pantas meluru ke arah mereka selepas mengintip lebih kurang lima minit. Dialognya seperti di bawah:

Jawi: (Sambil menepuk bahu lelaki itu) Ni dah kahwin ke ni?

Lelaki itu: (Tidak berkata apa-apa melainkan tergamam macam orang bodoh)

Jawi:
(Makin berani) Mana surat nikah? Dah kahwin ke belum? Apa buat sini malam-malam? (Bertanya bertalu tanpa kasi chance Lelaki Itu untuk menjawab)

Lelaki itu: (Perlahan-lahan memasukkan tangannya ke dalam seluar dan keluarkan sehelai surat)

Jawi: (Membaca surat yang besar itu seolah-olah sehelai watikah..FYI Surat nikah Johor memang gitu)

Lelaki itu:
(Dengan penuh cool...pendek kata COOL yang gila babi) Saya ni askar Cik. Dalam setahun banyak kali out station. Sesekali bila dapat peluang, saya nak berjalan-jalan dengan bini di taman ni. Salah ke?

Jawi: (Dari muka yang berani tadi bertukar ke muka yang amat bodoh...susah aku nak explain ekspresi muka bodoh ni) Ooooo....lain kali janganlah duduk dua-dua kat tempat macam ni. Kan elok kalau balik rumah aje.

Lelaki itu:
(Masih COOL) Hmmmm.... (Dia tak cakap ape pun sebenarnya)

Jawi: Okaylah...terima kasih Cik.

Lelaki itu:
Saya bukan Cik...Saya Major ..... (nama dirahsiakan)...patut panggil saya Tuan.

Jawi:
Maaf Tuan.

Lelaki itu: (Masih buat muka COOL)

Aku dengan jurugambar ketika itu macam nak gelak sangat tapi kami tahan sebab tak sampai hati tapi dalam hati, aku fikir...PADAN MUKA LU ORANG.

Moralnya:
Bukannya semuanya yang kita sangka buruk itu buruk sebenarnya. Walaupun bukan selalu, kadang-kadang benda yang kita rasa pasti sangat...boleh kesasar jua.

Jangan marah ye...aku saja-saja je layan boring aku ni.

KEEP IT COOL!

Kredit Gambar:
http://www.kaoskumel.com/img/p/15-48-thickbox.jpg

Perbelanjaan raya nampaknya terpaksa dilaburkan untuk cat semula kereta....kecuali kaler merah adalah pilihan mereka.

Aku tengah boring sebenarnya ni.

Reading the newspapers today is so fuckin overrated.

But then, it can be fun jugak sebenarnya....not making fun...just pure fun if you have a good imagination kan.

Contohnya apa yang diterbitkan di bawah ini dalam Harian Metro today (Monday the 14th Sept).

Just take a look at it.

Who does this remind you of?

You think they have the same problem?

But this guy tak dapat ayam free lah.

Just a thought....for saje-saje je.