Oct 15, 2009

The more you hate me, the more you read me? Adakah itu kesnya di blog ini? Suka hatilah. Aku sentiasa tulis apa yang aku rasa di saat aku menulis.

I'm taking a break kejap ni. Aku suka gak menulis kat sini bila aku rehat sekejap dari kerja. Post aku sebelum ini (yang ini) dapat beberapa comment yang agak menarik. Ada yang anggap kesalahan sebutan itu remeh dengan argumen bahawa banyak lagi yang lebih teruk (kata bual filem misalnya) dan ada juga yang kata kita dah tak boleh nak bezakan di antara bahasa yang formal dan yang informal.

Dan ada jugak yang kurang berpuas hati terhadap post aku kerana kata mereka blog aku sendiri banyak sangat kesalahannya. And as usual, kalau aku jawab komen di sini, memang kasar sikit bahasanya sebab aku fikir, kalau korang tak suka apa yang korang baca kat sini, korang bebas untuk tidak membacanya.

But that is not why I am writing now.

Soal bahasa perantaraan, soal penggunaan terlalu banyak perkataan Inggeris dalam dunia Melayu kita ni dah lama dah jadi bahan diskusi kan? Dan sampai hari ini tak akan settle punya.

Tadi kat Radio SinarFM aku ada dengar satu iklan (aku rasa dari sektor FMCG) yang sebut perkataan "limit" dalam skripnya. Aku sendiri pada awalnya fikir itu adalah perkataan Inggeris tetapi selepas aku periksa Kamus DBP (Edisi Keempat), "LIMIT" sebenarnya berasal daripada perkataan Indonesia-Belanda yang membawa maksud: "Had" atau "Batas".

And then aku fikir, kalau macam itu kira okay ke? Entahlah.

Sangat-sangat kompleks sebenarnya bila kita berbicara tentang bahasa Melayu ni.

Bagi aku sebenarnya, susah kita nak hargai bahasa kita bila kita tak tahu asal usul bahasa kita.

(Okay...i will come back to this in a bit)....Sebelum tu, aku nak cerita sikit. Hari ini aku baca Berita Harian, dengan tajuk: "Nik Aziz mahu nama Inggeris ditukar ke bahasa Melayu".

Dalam laporan itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dikatakan mengarahkan pihak berkuasa kerajaan tempatan di Kelantan untuk tukar nama jalan dan premis berunsur Inggeris kepada bahasa Melayu.

Laporan itu antara lain berbunyi macam ni:

"Beliau mengakui beberapa bangunan milik anak syarikat kerajaan negeri yang baru beroperasi seperti Kelantan Trade Centre, Kota Bahru Trade Centre dan KL Mall menggunakan nama berunsur Inggeris."

He was also quoted: "Betul nama itu sengaja bubuh begitu, boleh jadi kerana nak popularkan nama itu untuk menarik perhatian umum di peringkat antarabangsa, seperti hotel, maka digunakan bahasa Inggeris supaya (pelancong) Inggeris tahu. Benda tu boleh kita kaji semula, tak jadi masalah."

Mula ambik berat terhadap penggunaan bahasa Melayu terhadap kebanyakan bangunan kerajaan di Kelantan. Tapi kenapa? Untuk apa? Harus dijelaskan ni.

Now...sambung di mana aku stop tadi.

Tak ada salahnya untuk Nik Aziz buat kenyataan begini.

Tapi kenapa perlu premis komersil diubah daripada nama berunsur Inggeris kepada nama Melayu?

Kenapa tidak dijelaskan kenapa Kelantan harus berbuat demikian?

Kita sedar, bukan Kelantan aje yang macam tu sebab di tempat lain lagi lah berlambak okay. Rasanya banyak bangunan komersil di seluruh Malaysia ni menggunakan nama berunsur Inggeris.

How does one secara seriusnya jelaskan kenapa kita perlu lebih menghargai bahasa sendiri?

Sehari dua ni, syarahan-syarahan di PWTC oleh orang-orang Umno seronok kita dengar sebab hampir semuanya dalam bahasa Melayu dan sesetengahnya unik juga.

Berbalik kepada soalan tadi....macam mana kita nak buat orang sedar tentang kepentingan menggunakan bahasa Melayu yang betul bila kita berbahasa Melayu?

Bahasa Melayu Kuno adalah daripada keluarga bahasa Nusantara yang gemilangnya ialah pada abad ke-7 sehingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera. Ia jadi lingua franca dan bahasa pentadbiran sebab ia sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, ia tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan ia mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa ketika itu.

Tengok ajelah betapa kompleksnya carta di atas ni. Tapi ia tak beri maksud yang kita tak boleh faham dan kenal betul-betul bahasa Melayu tu kan?

And, bahasa Melayu Kuno juga dipengaruhi banyak oleh sistem bahasa Sanskrit yang kita tahu banyak sangat menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan Bahasa Melayu.

Itu baru sikit maklumat...sebenarnya banyak lagi tentang bahasa Melayu ni yang orang macam Nik Aziz tahu sangat (aku pasti Tuan Guru ini hebat dan ini BUKAN statement aku yang berbentuk sindiran). Cuma aku fikir, apakah medium yang paling sesuai untuk orang memperjelaskan kepada kita kenapa kita perlu me-Melayukan apa yang berunsur Inggeris.

Macam mana kita nak pastikan tidak akan berlaku lagi ME'NACKLE atau MENG'ANGAGE'?

Aku fikir, kalau kita tahu sejarah, kita akan tahu menghargainya. Aku sendiri sampai hari ini masih tagih banyak sejarah tentang bahasa Melayu ni.

Kartun ni sampaikan banyak "maksud" aku. Isu bahasa Inggeris katanya, tapi aku lihat ni sebagai isu bahasa Melayu jugak ni.

Akhir kata, aku tahu semua orang tidak sempurna. Apatah lagi blog yang "huru hara" ni.

Tapi aku rasa tak salah untuk korang tengok "maksud" aku daripada "cara" aku cuba sampaikan "maksud" ini.

Barangkali, sudah tiba masanya untuk orang yang tak boleh terima cara tulisan aku untuk tidak meneruskan membaca blog ini. Daripada korang marah-marah sebab sakit hati dengan apa yang aku tulis, lebih baik korang tenangkan jiwa dengan ratusan juta blog lagi yang korang boleh layan.

Namun, itu bukan bermakna aku benci korang.

Come, come...whoever you are.

KEEP IT COOL!

10 comments:

Zeela said...

bro,
aku tak nak ckp banyak, tp yg penting melayu skrg ni pun dh tak macam melayu. bahasa melayu lagi tunggang langgang dgn melayu wannabe. dan lagi cuba cari makanan melayu, yg banyak semua mknn asing sana sini. dan apa mknn melayu kita asalnya pun kita tak tahu selain dari nasi lemak dan roti canai yg sgt sinonim.

keep it cool bro.

i.am.belle said...

Ohoho biasalah tu broDonC itu kes 'benci tapi rindu' xD

biarla mrk tu yg sakit hati janji WE keep it cool.

hellioz said...

alah...
yang marah2 tu sbenanye
melayu urban gak.
melayu urban = BM + BI dalam satu ayat = poyo nak mampos
NI lah masalah kt bandar2 besar.
gwahhahah~

Anonymous said...

Hellioz, DonC pun tulis BM + Bi dalam satu ayat. Amboi DonC buat malu la Lu.. Cakap tak serupa bikin ka?!!

Ida said...

Susah nak puaskan hati semua orang. Bolayan ler.. kalau tak kang, tak boleh nak teruskan hidup.

Dalam soal bahasa Melayu sekarang, dah banyak perkataan bahasa Inggeris/Perancis diMelayukan. Contoh: informasi, minda, dekorasi, bajet, restoran, eksplorasi, dokumentasi, rekod, dab banyak lagi yang mana setiap perkataan ini ada perkataan yang sama maksud dalam bahasa Melayu. Saya percaya bro Doncorleone lebih tahu. Tapi saya tak nampak kenapa perkataan-perkataan macam ni perlu disadurkan ke dalam bahasa Melayu.

Mengenai cara kita bercakap secara tidak formal, mencampuradukkan perkataan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris - nama pun tak formal. Lantak pi ler kalau korang nak campuradukkan dengan bahasa Kantonis atau Tamil sekalipun. Dah namanya tak formal.

Kadang-kadang bila kita bercakap, kita tak boleh fikir apa perkataan yang terbaik dalam bahasa Melayu untuk menyampaikan maksud kita. Senang kata, contoh ayat saya di atas "Bolayan ler.. kalau tak kang, tak boleh nak teruskan hidup." Ayat ini saya dah tukar tadi selepas berfikir beberapa minit. Perkataan "survive" saya taip pada kali pertama saya taip ayat ni tadi untuk "teruskan hidup".

Tapi janganlah pakai perkataan macam me-nackle, meng-engage, un-sangka-rable.. Tu dah mencemarkan bahasa namanya.

Tapi bila tiba acara rasmi, bahasa formal perlu digunakan. Tak tau apa itu bahasa formal? Masuklah sekolah rendah balik.

Anonymous said...

bro, kat kelantan tu KB Mall bukan KL Mall...

Anonymous said...

aku teringat satu ceramah dr sorg ustad ni, lebih kuanglah bunyinya:
"kita perlu jadi KING, sbb KING lagi besar dari RAJA. Walaupun KING ialah RAJA dan RAJA ialah KING, tapi orang kita kalau sebut inggeris, semua jadi besar..."

Anonymous said...

brader, bila nak belanja kitaorang nasi minyak?

Meek said...

I guess, language is a form of communication right?
So, most people are more comfortable communicating in any manner they choose regardless of the form in lingual law.
Sometimes, having your message conveyed is more important than using a proper sentence.

Anonymous said...

the more you hate siti jarum,the more you read it..hehehe..itulah kesnya..tp apasal lu selalu komen@kutuk tulisan siti bila benda yang dia tulis tu tak kena dengan pendapat lu?aku rasa byk jugak bnda siti jarum tulis yang positif,tp lu 'tutup mata' je..