Nov 2, 2010
Bimbo hidup lagi, cuma Bimbo sibuk aje. Tapi Bimbo dah ready nak menulis lagi okay. Harap2 korang sabar.
Dan atas kerana itu, aku bertekad untuk terus menulis lagi dengan menggunakan layout baru ini yang kononnya akan mengembalikan semangat untuk aku teruskan blog yang tak seberapa ini.
Aku harap masih akan ada orang yang akan terus membaca blog ini. The lovers and hater aku tak peduli lah. Come, whomever you are.
Sep 14, 2010
Wahai Tan Sri Ismail Omar...kembalikan keyakinan kami!
Aku cuma doa dia mampu kembalikan keyakinan kita terhadap pasukannya.
Mereka di bawah ini jangan dibiarkan mati tanpa penjahatnya diadili.

IGP Tan Sri Musa Hassan with the Deputy IGP Tan Sri Ismail Omar (right) after the press conference at the Home Ministry in Putrajaya today. Tan Sri Ismail is our new IGP – Bernama pic (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/ismail-takes-over-from-musa-as-new-igp)Aug 15, 2010
You want to know the truth? You can't handle the truth! Ini tentang kebenaran & HAKIKAT.
Salam.
We can't just go on a blaming game on this. Nak salah kan polis? Nak salah kan kerajaan?
Salah kan sesiapa pun tidak akan kembalikan keadaan mereka seperti asal. Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, dan tiga anaknya, Nurul Dahyatul Fazlina, 8; Mohd Irfan Firdaus, 2; dan ibu kepada Zaimah, Minah Omar, 58, kena simbah asid.
Nurul Dayatul khabarnya kemungkinan akan buta terus.
Ya, seperti yang korang baca di paper pagi ni, diorang ni semua kena simbah dengan bapak diorang.....laki kepada Che Ku Zaimah dan menantu kepada Minah.
Sial! Benda2 celaka simbah asih ni jadi kat Kampung Sekayu, Hulu Terengganu. Sangat sial lelaki itu. Aku yakin kalau dia ada di depan mata kita sekarang, barangkali kita akan rejam dia and mengharapkan mati dia lambat sekali.
Bak aku katakan tadi, kita sebenarnya kekadang jadi marah sangat bila perkara seperti ini berlaku sehingga kita rasa kita perlu menyalahkan seseorang, atau menyalahkan pihak berkuasa atau sesiapa sahaja.
Kenapa wujud manusia seperti ini? Kenapa di kawasan Kampung Sekayu, wujud seorang manusia yang sanggup buat begitu kepada anaknya sendiri?
Kalau kita baca laporan akhbar tentang indeks jenayah, politikus sentiasa mahu buat kita rasa selamat dengan mengatakan jenayah makin berkurangan. Misalnya, lihat saja cara Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammudin, mengumumkan mengenai indeks jenayah yang berkurangan di negara ini. Baca sini.
Barangkali aku naif. Pandangan naif aku berkata bahawa untuk tujuan politik, kerajaan sentiasa akan memberikan kita berita yang baik and the only bad news yang kerajaan selalu kasi ialah saat ekonomi merudum and they make it sound so bad as if the country akan hancur berkecai and gesa kita supaya berbelanja lebih banyak untuk menyelamatkan negara.
Korang try lah layan mana-mana website PDRM atau PDRM negeri and semuanya good news.
Tapi sebelum itu, sebelum aku terlupa and sebelum dia bersara (atau tidak), apa kata kita layan kenyataan akhbarnya.
Ini dia apa yang dikata oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan: (Aku hanya ambik point2 aje). Nak penuh, baca di sini.
* Indeks jenayah tunjuk penurunan ketara 14.2 peratus.
* Jan - Jun 2009: Ada 103,414 kes
* Jan - Jun 2010: Ada 88,350 kes
* So, korang nampak tak penurunan itu?
* Jan - Jun 2009: 19,349 kes jenayah jalanan
* Jan - Jun 2010: 12,233 kes jenayah jalanan
* So, korang nampak tak penurunan kes jenayah jalanan ni?
But frankly my dear IGP, who gives a fuck about kes jenayah jalanan when we have motherfuckers throwing acid on their children? I'm sorry, i'm a bit emotional this morning.
Kalau korang layan website PDRM Terengganu, aku yakin korang akan BANGGA dengan kejayaan PDRM Terengganu apabila membaca part KEJAYAAN mereka. Meh aku catatkan:
1. Tukang cuci kereta miliki pil kuda.
KAMPUNG CAGAR, 4 OGOS 2010: Seorang tukang cuci kereta ditahan untuk membantu siasatan berkaitan kes memiliki dadah dekat sini. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Nor, berkata pihaknya menemui 14 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis Meth dalam genggaman salah seorang suspek.
KOMEN AKU: Wow! They really solved a real BIG case.
2. Padah warisi kerja haram suami
KUALA TERENGGANU, 3 OGOS 2010: Setelah suaminya tidak terdaya menjual air ketum kerana menghidapi penyakit kronik, seorang wanita akhirnya mengambil alih perniagaan itu kononnya bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superitendan Roslan Abdul Wahid, berkata hasil serbuan itu pihaknya merampas 117 bungkus air ketum untuk dijual kepada pelanggan bernilai RM350 tersimpan di dalam baldi.
KOMEN AKU: What the fuck is air ketum? Kamus DBP sebut "ketum" sebagai sejenis tumbuhan (pokok), bia, biak, Mitragyna Speciosa. Kalau nak tahu apa kejadahnya, baca lah di sini. This another WOW! Fucking BIG case with rampasan ketum yang nilainya RM350!
3. Remaja 14 tahun positif dadah
LANGKAP, 30 JULAI 2010: Seorang remaja bawah umur yang dikatakan berjinak-jinak dengan dadah menerima padah apabila ditahan bersama rakannya oleh sepasukan polis di sebuah rumah di Chalok, Setiu.
KOMEN AKU: Another WOW! Always a WOW when they tangkap penagih. Aku yang naif ni kekadang pikir, dari manalah agaknya budak bawah umur tu boleh beli dadah?
4. Polis narkotik tumpas Harun Pek
KUALA DUNGUN, 19 JULAI 2010: Usaha pihak berkuasa memburu seorang tauke dadah yang menjadi dalang utama aktiviti pengedaran dadah di sekitar Dungun hampir setengah tahun akhirnya membuahkan hasil apabila suspek yang paling dikehendaki itu berjaya diberkas. Suspek dikenali sebagai Harun Pek berjaya ditahan ketika bersembunyi di sebuah kedai makan hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Derah.
KOMEN AKU: Wow! Walaupun tidak dinyatakan jumlah dadah yang berjaya dirampas sebab kalau tauke dadah mesti dia ada banyak dadah kan? Kan?
Bila aku baca semua ini, benda yang datang kepada aku ialah:
1. Bila IGP umum mengenai indeks jenayah yang makin berkurangan, dia berikan contoh jenayah jalanan.
2. Apa maknanya apabila kadar jenayah berkurangan tetapi jenis jenayah makin hebat? (i.e Bapak sendiri campak asid ke muka anak kandung? atau bapa kandung rogol anak sendiri? etc)
3. Kenapa setiap kali berbicara tentang jenayah di negara kita, kita akan dihidangkan dengan berita baik tetapi setiap hari kalau kita baca Harian Metro, semuanya cerita2 yang sangat2 menakutkan dilaporkan?
4. Mana satu HAKIKAT?
Jangan sesekali korang fikir aku nak salahkan PDRM atau kerajaan di sini.
Lagipun, kalau kita salahkan sesiapa pun, nothing good will come out from it.
Yang HAKIKAT di sini ialah Nurul Dahyatul mungkin buta sampai bila-bila, itu saja.
Wassalam.
Inilah dia NURUL DAHYATUL yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam. Terima kasih KOSMO.Baca tragedi Nurul Dahyatul di bawah ini:
1. Berita Harian.
2. Harian Metro
3. Kosmo
4. Utusan Malaysia
5. The Star Online
Jul 27, 2010
Selamat mati revolusi. Aku mahu berjalan ke daerah baru yang sudah aku hidu tapi sabarlah menantikannya sikit masa lagi.
Salam.
Nama aku ialah Saniboey bin Mohd Ismail.
What I do is not important.
What I say in this blog pun does not have to be important to you.
Semua yang aku nyatakan di sini adalah pendapat aku. Aku buat blog ni kalau tak silap aku masa aku kerja di Singapura in 2008. Aku tak suka nak keluar malam and bila lepak di rumah, aku fikir best jugak lah kalau menulis.
Awalnya aku mahu menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran, namun lama kelamaan aku fikir setiap bentuk penulisan harus mempunyai tujuannya. Lalu aku fikir tentang macam-macam untuk dijadikan bahan penulisan untuk blog ini. Dari subjek filem, muzik, politik dan pelbagai lagi aku fikirkan untuk dijadikan materinya.
Dalam pada itu, ketika berada di Singapura, aku jarang sekali dapat membaca akhbar Malaysia kecuali bila aku ke Johor Bahru di hujung minggu. Namun, aku paling kerap membuka website kebanyakan akhbar Melayu dan selalu saja aku lihat perkembangan di Malaysia terutama dengan perkembangan hiburannya.
Oleh kerana aku ni pernah menjadi wartawan hiburan selama beberapa tahun, sudah tentu ruangan hiburan selalu sahaja mendapat perhatian aku. Sejak dari dulu juga, aku ni jenis yang agak idealistik apabila memikirkan tentang revolusi, inovasi dan perubahan yang aku fikir selalu kungjung kita setiap saat, minit, hari, bulan dan tahun.
Namun dari sehari ke sehari, bulan ke bulan dan tahun demi tahun, aku lihat banyak yang tidak kesampaian. Lalu, itulah yang jadi materi utama blog ini iaitu menghidupkan satu bentuk revolusi pemikiran dalam penulisan berbentuk hiburan terutama laporan berita yang berbentuk hiburan di Malaysia.
Look, please understand that I have no power whatsoever to make any changes in the entertainment journalism industry. Aku hanya menceceh atau membebel di ruangan peribadi aku ini. Tapi aku rasa apa yang aku kata adalah penting (namun penting bagi aku tidak semestinya penting bagi korang).
So, in the end, kebanyakan subjek yang aku gunakan dalam blog ini ialah tentang cara penulisan hiburan di akhbar berbahasa Melayu di negara kita.
Namun aku fikir, menukik macam mana pun tidak ada gunanya kerana gonggongan tidak bisa meranapkan bukit. Bukit itu hanya akan ranap satu hari nanti dengan gempita yang kuatnya sampai kita sendiri tidak akan sangka.
Sejak aku berehat seketika dari menulis di blog ini, aku mulai memikirkan tentang utuhnya bukit itu dan barangkali hanya sia-sia kalau kita walaupun setitis memikirkan tentang membangkitkan satu jenis revolusi minda kerana ibarat udah sebati dengan kebanyakannya supaya luka menjadi kudis lalu bernanah sehingga parut yang jelas sebelum kita sedar tentang pentingkan sesuatu yang bernama revolusi.
Ahh...sudah lah. Kalau pekik cara jalanan maka bunyinya begini: "Pergi mampus!"
Aku perlu jalan lain. Tidak, ini bukan bermakna aku mahu kibar bendera putih tapi kalau kata tok guru, tak dapat tumbuk atas, aku kena tumbuk bawah dan kalau tak dapat tumbuk bawah sepak yang di atas. Insya-Allah revolusi itu akan datang jugak tapi bukan sekarang. Barangkali benda yang baru hanya akan datang sesudah benda yang sedia ada hancur sehancur-hancurnya. Aku akhirnya kian excited menunggu kehancuran itu barangkali.
Dan sementara itu, aku rasa aku kena layarkan blog ini ke daerah lain seketika. Barangkali bukan lagi daerah yang sudah sebati dengannya. Barangkali, aku perlu mula berbicara tentang perkara yang benar-benar ada jiwanya. Aku masih mencari daerah itu lagi tapi sudah hampir pasti bisa menghidunya.
Kalau umur panjang, kita kan ketemu lagi dalam masa yang singkat ini.
Tapi sebelum itu, aku ucapkan Inna lillah wa inna ilayhi raji'oon terhadap revolusi ini.
Wassalam.
Apr 11, 2010
Di kala orang kagumi Tuah, tak ada salahnya kalau kita kagumi semangat setiakawan si Jebat. Derhakanya dia atau tidak, itu hal lain.
Pada 1961, director ala-ala Dennis Hopper kita iaitu Hussain Haniff mengarahkan masterpiecenya berjudul Hang Jebat.
Filem ini buat aku ingat kepada satu band Melayu yang tak lama hidup ni yang namanya Belantara kerana band yang ketika itu bernaung bawah bumbung Polygram ada mendendangkan lagu Jebat.
Dan malam ni, aku jumpa videonya (tak sure official ke tidak) di youtube.
Aku harap korang boleh layan jugak ni.
Sampai hari ini, aku masih tak jumpa kaset Belantara aku!
Aku ni pun manusia biasa jugak yang akan terputus idea bila aku terputus idea.
Aku kekeringan idea.
Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak bila aku baca The Sunday Papers.
Tadi aku tweet tentang barangkali aku tidak harus membazir wang untuk membeli The Sunday Papers lagi.
Barangkali cukup sudah jika membacanya online.
Tapi bila aku online, aku jumpa benda-benda yang lebih berfaedah daripada The Sunday Papers.
Misalnya video yang ada di bawah ni.
Ini muzik aku.
Bisa buat panasku jadi sejuk sikit.
Harap korang boleh layan. (Aku sertakan liriknya sekali)
You come circling through the light
The skyline is bright tonight
What more perfect rendezvous?
The sundown paints the shadows through
The daylight, Amy, on what we do
It looks like darkness to me
Drifting down into Miami
Can I say ,
"I wish that this weather would never leave"?
It just gets hard to believe
That god sent this angel to watch over me
Cause my angel
She don't receive my calls
Says I'm to dumb to ...
To dumb to fight
To dumb to save
Well, maybe I don't need no angel at all
It looks like darkness to me
Drifting down into Miami
She could pull the sunlight through me
Coming down into Miami
Make a circle in the sand
Make a halo with your hands
I'll make a place for you to land
The bus is running
It's time to leave
The summer's gone
And so are we
So come on baby,
Let's go shut it down in New Orleans.
Apr 1, 2010
Hari ini hari yang sangat sedih. Kau dah pergi tapi aku masih akan gelak besar setiap kali aku ingat kau sebab kau lawak lah Din!
Tapi itulah kita, ada kalanya kita buat "benda-benda kecil" ini untuk tidak kecilkan hati kawan-kawan kita.
Tapi sejak dua menjak ni...aku pernah duduk dengan dia and mula kritik lawak dia secara serius.
Aku: Lawak kau kadang-kadang kasar lah.
Dia: Biasalah Sani...ada yang suka...ada yang tak suka.
Aku: Betul lah tu...tapi kalau ramai tak suka nanti rugi lah kau pulak.
Dia: Aku terima aje. Kalau masa ni orang suka baguslah. Kalau nanti orang tak suka, aku diamlah.
Aku: Dahsyat lah kau.
Din: Bukan lagi dahsyat...aku ni hebat!
Dan aku dan dia terus ketawa. Dia banyak serah kepada takdir dan dalam pada masa yang sama dia sangat kuat bekerja untuk sampai ke mana dia sampai hari ini.
Dulu masa aku di TV9, dia selalu aje tanya "bila nak kasi job" and setibanya aku bekerja di Astro ni, aku pulak yang selalu cakap kat dia: "Kau dah hebat sekarang...popular giler!"
Mendabik dada...dia jauh sekali.
Besar kepala....dia jauh sekali.
Berkasar bahasa...dah lawak dia memang begitu.
Hari ini adalah hari yang sangat sedih kerana dia pergi.
Hari ini adalah hari yang sangat sedih kerana aku mula terbayang-bayang dia dan terngiang-ngiang suara dia.
Hari ini sangat sedih walaupun hati aku sekarang ni tengah gelakkan lawak-lawak yang dia pernah buat.
Wahai Din Beramboi - I am your fucking BIGGEST fan!
Innalillah wa-inna ilaihi raji’un.
Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return
And I leave you with this below:
Setiap kali tengok ni, aku masih boleh gelak gila.
"Sometimes...Cat Steven cross the road also"
Dengar dialog akhir Sharifah Shahira yang kata: "Harap Din tak sakit selepas ini". Ia buat aku sedih.
Mar 18, 2010
Minta maaf cakap...being arrogant tidak akan membawa apa-apa penyelesaian sebenarnya, tetapi sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Orang Melayu Singapura suka sangat mulakan bicara dengan berkata:
1. "Minta maaf bercakap..."
2. "Maaf cakap...."
Frasa "minta maaf" itu digunakan sebagai introduksi supaya perbicaraan mereka tidak dianggap cuba melukakan hati sesiapa terutama kepada siapa bicara itu ditujukan.
So, untuk entry kali ini, aku nak guna cara Singapura ini okay.
Read below:
Minta maaf cakap...sebab aku rasa tindakan Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (Wham) yang menggesa wartawan hiburan memboikot artis-artis yang bertindak melampau adalah keterlaluan.
Minta maaf cakap...kan ke tugas wartawan sebagai penyampai berita memang banyak risikonya? Kita dah lihat banyak pengorbanan wartawan di seluruh dunia tanpa perlu memboikot sesiapa.
Minta maaf cakap...apa maksud "artis-artis yang bertindak melampau terhadap wartawan itu"?
Minta maaf cakap...saranan Presiden Wham, Fauziah Raof, supaya wartawan hiburan retaliate apabila ada artis cuba memperkotak-katikkan diri dan kerjaya wartawan bagi aku adalah tindakan yang tidak mature. I say, walk the walk and talk the talk lah.
Di bawah ini adalah a quote from its President:
"Artis sepatutnya berterima kasih kepada wartawan hiburan kerana tanpa mereka kerjaya seseorang artis itu pasti tidak boleh pergi jauh."
Komen aku: Minta maaf cakap....why is this person sound so fucking arrogant? Tanpa wartawan hiburan maknanya artis tak boleh pergi jauh? Really? Teringin sangat aku nak tahu sebenar-benarnya adakah semua wartawan hiburan berfikiran begini? Adakah mereka sebenarnya arrogant sebegini? Angkuh sekali statement ini kerana bagi aku, pusing belah mana pun, yang tentukan rezeki kita ialah Tuhan, period! Aku bukannya nak jadi orang yang backing artist ke apa ke, but aku pelik kenapa arrogance seperti ini wujud dalam kewartawanan hiburan sekarang? (kalau benar ia wujud) . Jauh di sudut hati, aku rasa sebenarnya senario ini sebenarnya bukan membabitkan dunia kewartawanan hiburan secara total, sebaliknya hanya di kalangan mereka yang anggap diri sebagai raja.
Di bawah ini adalah lagi satu quote from its President:
"Kita sebagai penulis profesional tidak sepatutnya dilayan dengan cara yang rendah kerana tulisan kita itu adalah untuk melonjakkan nama mereka juga."
Komen aku: Minta maaf cakap....penulis profesional? Really? Are we talking about writers here or journalists? Which one ni? Tulisan penulis/wartawan adalah untuk melonjakkan nama mereka juga? Adakah selama ini itu lah tugas sebenar seorang wartawan hiburan? Hanya untuk melonjakkan nama artis? Kalau macam tu, tak adalah gossip yang tidak ada fair comment, tak adalah tulisan keparat yang langsung tidak mementingkan etika kan?
Minta maaf cakap...aku pelik kepada ini jalan pilihan Wham dalam menangani isu ini?
Minta maaf cakap...aku pelik kenapa Wham tidak guna keadaan kecoh ini untuk lebih mematangkan, bangkitkan lebih banyak kredibiliti atau guna saat "cemas" ini untuk menyuntik lebih banyak profesionalisme dalam dunia kewartawanan hiburan?
Minta maaf cakap...its very sad that the path that Wham took is to go head on with critics when they should be looking into themselves and how to improve the quality in entertainment journalism.
Minta maaf cakap...aku ni tak ada kuasa langsung dalam isu ini tapi aku teringin nak tahu adakah Wham mewakili semua wartawan hiburan di Malaysia 100 peratus dan adakah apa yang disarankan Wham ini akan dilaksanakan 100 peratus di Malaysia?
Minta maaf cakap...kalau ini lah caranya isu wartawan hiburan di attack ditangani oleh persatuan yang memperjuangkan industri kewartawanan hiburan, aku rasa mereka akan terus menerus dikiritik oleh rakyat.
Minta maaf cakap...Wham seharusnya melihat Fan Page Facebook itu sebagai suara rakyat yang sudah mual barangkali dan suara mereka penting sebab mereka adalah pembaca dan penonton sebenarnya.
Minta maaf cakap...aku masih rasa Wham perlu "membedah diri" dan "membedah pendekatan" kewartawanan hiburan masa kini supaya kredibiliti boleh dibina semula dan supaya mereka menerima hormat yang selayak-layaknya.
Minta maaf cakap....aku sekadar bercakap.
Kalau nak baca tentang statement Wham, sila baca sini.
Mar 17, 2010
You want the truth? YOU CAN'T HANDLE THE TRUTH!
ISU 1:
Masa aku join Media Prima (spesifik di TV3 di rancangan Melodi), boss aku yang namanya Azhar Borhan kata: "Shake things up."
Sebulan sebelum aku join (ketika itu aku masih berkhidmat di Finas), Azhar juga ada menghantar beberapa copy rancangan Melodi untuk aku evaluate and selepas menontonnya aku nyatakan beberapa komen, antaranya:
1. Terlalu banyak berita Melodi ketika itu yang tidak ada fair comment. (i.e Artis A berkata sesuatu tentang Artis B tetapi tak ada usaha untuk mendapatkan komen Artis B). Ini maknanya tidak ada fair comment.
2. Banyak berita yang boleh lahirkan rasa tidak puas hati dan membuka ruang untuk Melodi disaman kerana sebarkan fitnah (defamation)
Aku sangat ingat apa aku kata kepada Azhar. Begini: "It will take one person to start a lawsuit against Melodi and more will come if all this flaws are not being addressed."
Lalu, saat aku join, aku cuba sedaya upaya untuk wujudkan semua ini and biarpun tidak sempurna, sedikit sebanyak kita berusaha keras untuk sentiasa memberikan fair comment.
That was the most shook up yang aku mampu buat ketika itu sebab pada masa yang sama banyak masalah yang dilalui terutama dari aspek tenaga kerja, kemahiran, pengetahuan tentang kewartawanan dan pelbagai lagi.
Hari ini, aku membaca tentang kawan lama aku, Jurey Latiff, yang seorang pengarah dan penerbit menyaman Melodi kerana mendakwa program itu telah memfitnah dirinya. (Link untuk berita ini akan aku nyatakan di bawah).
Kenapa ini berlaku?
Ikut apa yang aku baca, pada 21 September 2008, Nas Ahmad didakwa telah memfitnah Jurey dalam segmen Terjah di Melodi.
That was in September and how did they responded? By producing a spin off to Melodi which is TERJAH.
Bagi aku, both Melodi dan Terjah are walking on a very thin line at this moment and if they do not SHAKE THING UP...they might drown.
ISU 2:
9 wartawan hiburan lapor polis gambar dihina di Facebook

Aku baca tajuk atas di sini.
Bagi yang ada kelapangan, cuba lah cari page di Facebook yang dikatakan menghina dan memfitnah wartawan hiburan ini.
Memang agak kasar dan barangkali bisa buat mereka yang "terkena" ini marah sampai mereka membuat laporan polis.
Isu ini buat aku fikir tentang beberapa perkara:
1. Bagaimana kita mahu menghalang pembaca yang membaca penulisan wartawan atau menonton rancangan seperti Terjah atau Melodi untuk meluahkan hati mereka menerusi apa-apa medium yang bisa mereka gunakan?
2. Kenapa mereka (pembaca dan penonton) kelihatan begitu tidak berpuas hati dengan penulisan wartawan hiburan masa kini?
3. Wartawan hiburan marah dengan reaksi pencipta page Facebook itu tetapi adakah mereka mengkaji ketidakpuashatian orang ramai yang turut memberikan pendapat di page itu?
4. Kenapa makin ramai (ramai - hanya satu hipotesis) pembaca yang makin tak suka dengan cara penulisan atau penyampaian berita hiburan oleh wartawan hiburan?
5. Mungkinkah ini masanya untuk wartawan hiburan untuk mengkaji semula etika mereka dari aspek penulisan, penampilan, penyampaian dan pelbagai lagi?
Aku hanya sekadar blogger tetapi aku tetap berharap supaya Wartawan Hiburan di Malaysia supaya membedah diri sendiri cepat-cepat dan tanya satu soalan iaitu:
Aku barangkali tradisional dalam soal kewartawanan sebab aku percaya jika tiang-tiang ilmu kewartawanan yang benar kukuh dalam dunia kewartawanan diamalkan, maka pembaca atau penonton sentiasa akan memberikan respect yang sepatutnya.
Hakikatnya memang ramai di kalangan wartawan hiburan yang kurang ilmu dalam kewartawanan dan masih menganggap "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".
Namun kini mereka harus fikir bahawasanya dalam dunia teknologi masa kini di mana makin banyak medium atau platform sudah wujud, semua orang sebenarnya ada "pena" mereka tersendiri.
Kita lihat saja, apa yang akan berlaku seterusnya.
Sambil itu, kita....
Nota:
1. Link berita Jurey saman Melodi di sini.
2. Gambar dipinjam dari www.bharian.com.my
Mar 15, 2010
Aku dilambai nostalgia tapi aku ni jenis yg suka belajar dari sejarah, bukannya melayang dilambai nostalgia itu. Tapi itu aku lah. Korang aku tak tau.
Anyway, I was thinkin about my days working in Finas for one year in 2003 before leaving to to Media Prima in 2004.
Persepsi aku terhadap orang Kerajaan sebelum melangkah ke Finas memang macam kebanyakan korang lah.
Lebih kurang macam ni persepsi aku. Lihat bawah:
8am: Punch card masuk kerja
9.15am - 10.30am: Breakfast di kantin
10.35am - 11am: Sembang-sembang dengan staff
11am: Check email (yang selalu aje ada problem and terpaksa guna account Yahoo)
12noon: Start calling kawan di department lain untuk plan lunch
12.45pm: Keluar lunch
2pm: Balik opis and check lagi email and sambil tu jawab email yang tak ada kaitan dengan kerja
2.15pm: Get ready untuk attend meeting mingguan (banyak perkara berbangkit ni!)
3.45pm: Meeting habis and terus buat nota and baru start kerja sikit.
4pm: Lari sekejap ke kantin untuk minum petang
4.15pm: Lari balik ke pejabat sebab dah nak balik
4.30pm: Punch card balik
6pm: Lepas dengan kawan-kawan kat mamak and komplen betapa sibuknya kerja di pejabat!
Well, i was wrong. Aku rasa jarang sangat aku dapat balik on time di Finas dulu and boss aku selalu aje balik jam 7pm atau 8pm.
Masa tu my boss was the Datuk Shariff Ahmad, the Director General of Finas. Dia ni asalnya seorang jurutera and dia naik pangkat dalam Kerajaan dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarah Finas.
Semua persepsi aku kesasar saat dia jadi boss aku.
Barangkali, memang ada orang Kerajaan yang ikut timing yang macam aku catat kat atas tadi, tapi apa yang Datuk Shariff "tunjuk" kat aku langsung tak sama.
Masa aku buat in house magazine Finas yang kita namakan 35mm, Datuk Shariff pantang sekali kalau kita feature kan story tentang Hari Keluarga jabatan atau agensi Kerajaan.
Katanya, organisasi besar seperti Finas tidak seharusnya mengutamakan staff sendiri seperti Hari Keluarga dalam produk yang akan dibaca oleh orang dalam industri perfileman tanah air kerana Finas jauh lebih serius daripada itu.
Malah, masa kita orang di Finas plan untuk buat Hari Finas, Datuk Shariff tegaskan supaya staff yang tidak berkaitan supaya jangan menyibuk sangat nak datang sebab Hari Finas ialah untuk meraikan pelanggan Finas serta mereka yang terlibat sebagai "players" dalam industri perfileman.
So, hari ini, aku gatal tangan cuba browse website Finas.
And aku kagum dengan kemajuan mereka.
Sebab diorang masih macam dulu.......pendek kata....sangat-sangat DAHULU.
Tak percaya?
Tengok bawah:
Teruskan membaca tentang Hari Keluarga Finas di sini.
Sekian terima kasih.
Mar 14, 2010
Aku rindu saat aku punyai banyak masa untuk duduk menulis buat si Bimbo, tapi kadang-kadang aku sibuk memanjang. Namun Sunday Papers tetap aku layan.
Punyalah sibuk, sampai Sunday Papers pun aku tak beli semalam.
Tapi aku sempat jugaklah layan online.
Aku fikir, tak lama lagi semua orang akan baca news online aje kot.
We can't stop this technology.
Tapi mereka yang jadi tulang belakang teknologi ni pun kena cekap jugak.
Kalau tak jadi lah SALAH macam kat bawah ni.
(Cuba tengok betul-betul apa yang salah okay).

Mar 1, 2010
Bila paper kata "orang ramai" aku selalu tanya diri sendiri "berapa ramai" & bila tulis "sesetengah orang", aku fikir lagi "berapa orang?" Faham tak?
How do you detect success?
Adakah apabila anda disanjung tinggi atas apa yang anda lakukan?
Atau adakah apabila anda cetuskan kontroversi?
Dalam dunia hiburan, kedua-dua elemen ini boleh dilihat sebagai sukses.
Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat sanjungan (i.e kejayaan Sudirman kumpul lebih 100,000 rakyat di Jalan Chow Kit pada 15 April 1986 misalnya) ia boleh dianggap sukses sebagai sebuah konsert yang mendapat sambutan hebat.
Apabila sesuatu perlakuan itu mendapat perhatian (i.e kecoh Fasha Sandha kononnya merampas atau jadi punca penceraian Nora Danish) ia boleh dianggap sebagai sukses terhadap publisiti bagi kedua-duanya, baik Fasha dan Nora sekaligus. Atas publisiti itu, baik Nora atau Fasha, masing-masing mendapat lebih banyak exposure in the media. Sukses
Bagaimana media memilih subjek-subjek tertentu untuk menjadikan sesuatu sebagai isu pula?
Does it take an observant journalist?
Does it take an anonymous phone call?
Does it take a pile of complaints from the masses?
Kenapa kita makin jarang baca tentang jalan di
But all of a sudden, kita baca tentang “maklum balas kurang senang” pembaca akhbar tentang drama Halimah Jongang. Kononnya drama itu mengejek insan yang yang lahir dengan fizikal demikian.
Dua tiga hari ni kalau kita baca paper, bukan main kecoh penerbit drama top, A Aida menjawab tentang isu berkenaan. Baca ia di sini.
Kalau Ugly Betty (siap sebut Ugly lagi), kita tak kisah sebab Betty mampu pakai braces kot tapi Halimah buat kita kaget sebab dia tak pakai braces kan? Kan? Ha ha ha ha
The media made it big and memang itu rasmi media sebenarnya untuk memilih sesuatu isu dan kemudian buat pelbagai follow up. Aku tahu sangat sebab aku pun dulu seorang wartawan hiburan dan modus operandinya belum berubah sampai sekarang.
Namun, aku rasa tak salah kalau aku disagree sekarang dengan modus operandi ini kerana aku rasa masa sudah berubah dan pendekatan baru harus mula dipertimbangkan.
Aku dah start rasa tentang benda ni sejak tahun 2001 lagi sebenarnya, beberapa bulan sebelum aku berhenti kerja di Berita Harian Sdn Bhd untuk join MediaCorp Publishing Pte Ltd.
Anyway, berbalik kepada diskusi aku tadi. Ini tentang Halimah Jongang.
Yes...lets agree:
- Yes...ia tentang minah jongang.
- Yes...kejongangannya dijadikan bahan jenaka.
- Yes...akan ada orang kecil hati terutama kalau dia sendiri jongang (agaknya)
Kenapa Halimah Jongang dapat perhatian?
- Media kata ada penonton yang kecil hati. Sebenarnya berapa ramai yang komplen ni? Siapa mereka yang komplen ni? Seriously, aku tak sure akan kewujudan Persatuan Orang Jongang Malaysia pun.
- Kenapa media kita suka suka guna argumen yang hipotetikal tanpa ada ”numbers”?
- Semua stesen TV sama ada berbayar atau percuma, sedikit sebanyak akan ada karya tempatan yang menyentuh tentang fizikal manusia tanpa mengira ia disampaikan secara humor atau serius tetapi Halimah Jongang juga yang dapat perhatian. Dari aspek ini jelas bahawa ia jadi perhatian sebab ia sedang popular dan media memerlukan sesuatu yang popular untuk menarik minat pembaca. Itu ternyata lumrah.
Dalam pada aku menghargai media memberikan publisiti meluas tentang ”negativity” Halimah Jongang ini, ia buat aku fikir tentang karya tempatan yang selalu aje kena attack apabila ia lari daripada norma-norma biasa.
Kalau Halimah Jongang kita tak boleh nak telan, kita tidak mungkin mampu melahirkan karya seperti pasangan beradik Peter dan Bobby Farelly seperti mana mereka menghasilkan Shallow Hal (2001 – Tentang budak pompuan gemuk) atau There’s Something About Mary (1998 – Cerita tentang semua orang suka Mary sampai ada yang sanggup berlakon cacat). Farelly bukan sahaja buat lawak tentang orang yang kurang upaya, malah segala-gala yang mereka sentuh pasti dilawakkan.
Ini ialah pasangan beradik Farelly yang banyak buat filem kelakar di Hollywood. Nak kata kelakar bodohnya, kelakar bangang ke, hakikatnya sukses mereka bernilai berjuta-juta dollar US!
Malah, apa kata kita kaji sekali lalu tentang subjek-subjek yang boleh dikaitkan dengan Halimah Jongang dari industri filem yang paling berjaya di dunia iaitu Hollywood..
- Forrest Gump (1994 – Arahan Robert Zemeckis).
Forrest Gump yang agak bodoh/naif/lembab tetapi akhirnya mencipta sejarah dirinya
sendiri. Filem yang memaparkan bodoh pandai Forrest Gump ini cipta sejarah sampaikan
Hanks menang award Best Actor lagi.
- City Lights (1931 – Arahan Charles Chaplin)
The Little Tramp (Chaplin) jatuh hati dengan seorang pompuan buta yang jual bunga di tepi jalan dalam filem ini. Si pompuan buta ni pulak dek kerana dia buta tak tahu yang mamat Chaplin ni tidak segak, sebaliknya dia ingat mamat ni “Duke” yang kaya raya. Filem yang gunakan elemen pompuan buta dan lelaki yang buruk ni boleh buat korang nangis tau!
Chaplin dengan wataknya sedang begitu terpesona melihat gadis buta penjual bunga tu.
- Some Like It Hot (1959 – Arahan Billy Wilder)
Antara filem awal yang menyaksikan lelaki berpakaian wanita. Kalau dulu ada wujud Persatuan Pondan, dah lama dah diorang ni amuk dengan Jack Lemmon dan Tony Curtis atas watak mereka ini.
Tony Curtis (kiri sekali), Marilyn Monroe (tengah) dan Jack Lemmon (kanan sekali) dalam filem hitam putih yang kelakar ini.
- Rain Man (1988 – Barry Levinson)
Juga bawa kisah tentang lelaki yang tidak normal, sebaliknya autistik iaitu Dustin Hoffman sebagai Raymond, abang kepada Charles Sandford (lakonan Tom Cruise). Atas kehebatannya membawa watak lelaki autistik ini, Hoffman juga dinobatkan Aktor Terbaik dalam Oscar tahun 1989 kalau tak silap aku.
- What’s Eating Gilbert Grape (1993 – Lasse Hallstorm)
Di Caprio bawa watak budak lelaki yang ada masalah mental sikit. Kira macam watak bodoh jugaklah tetapi sangat-sangat disayangi oleh abangnya yang dilakonkan oleh Johnny Depp.
Di Caprio (kiri) bersama Depp dalam filem ini yang menyaksikannya berlakon sebagai seorang budak yang agak terencat akal.
What am I trying to say here? Aku harap korang faham. Creative business kadangkala melangkaui banyak perkara. Kadang-kadang kita menongkah melawan arus dalam dunia kreatif sebab itu adalah sifat dunia kreatif itu sendiri.
Namun, dalam pada masa yang sama, sesiapa sahaja boleh bangkitkan apa-apa jenis polemik pun mengenainya.
Tak ada hal kalau media mahu kata Halimah Jongang menghina sebab itu kerja kreatif.
Tak ada hal kalau media nak kata Halimah Jonggang tu best giler sebab itu memang kerja kreatif.
But, my concern ialah adakah pemangkin minda masyarakat ini bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat dan adakah ia dibuat dengan cara yang betul?
Sama ada korang sokong atau tak sokong; suka atau benci Halimah Jongang, itu hak korang sendiri kerana kerja kreatif itu memang menuntut untuk kita berfikir, melontarkan pendapat dan dalam banyak aspek kerja kreatif ini, maklum balas anda itu tak ada hitam dan tak ada putihnya.
KEEP IT COOL!
Note:
You can read more on the issue here and here.
And you can join Halimah on her Facebook here.
And if you wanna listen to Halimah Jongang song on YouTube, go here.
For a Jongang girl....she is definitely on a roll here people!
Feb 27, 2010
An eye for an eye, a tooth for a tooth, a hand for a hand, a foot for a foot and a LIFE for a LIFE!
Jom kita kaji sekejap makna "An eye for an eye" ini ye.
Asalnya dari kitab Hebrew yang lebih kurang menyebut tentang orang yang mencederakan mata seseorang lain harus memulangkannya dengan matanya sendiri. Prinsip undang-undang ini berniat untuk memastikan hukuman yang dijatuhkan itu sewajar dengan kesalahan yang dilakukan oleh seseorang itu.
Biarpun prinsip "an eye for an eye" ini adalah prinsip Yahudi, sila baca definisi dari sudut agama lain termasuk Islam di sini
Aku ni hanya seorang penulis blog yang langsung tidak ada pengaruh whatsoever dalam sistem perundangan negara.
Aku ni hanya seorang lelaki biasa yang bukan bisa merempuh masuk dalam dunia politik sebegitu sahaja untuk menukar norma-norma yang aku bangkang selalu.
Aku ni hanya seorang yang manusia yang marah bila aku marah, yang sakit hati bila aku sakit hati, yang sebak bila aku sedih dan senyum bila aku seronok.
Tapi aku juga bisa jadi pembunuh barangkali.
Dan di saat sebegini, aku rasa mahu membunuh dia kerana sewajarnya..."an eye for an eye".
Aku rasa kita semua harus mahu rasa membunuh dia!
Lihat bawah ni:

Kalau tak tahu, pi baca kat sini.
Namanya ialah Syafia Humairah Sahari.
Umurnya hanya 3 tahun.
Dan dia dah mati sebab didera teman lelaki ibunya. (Kalau ikut kata Berita Harian...."dipercayai didera teman lelaki ibunya")
Aku sebak melihat wajahnya terutama saat aku membayangkan budak kecik ni didera.
"An eye for an eye!"
Aku rasa nak bunuh si sial yang membunuh Syafia.
Aku rasa kita semua harus laungkan "an eye for an eye!"
Memang tidak bagus mendoakan sesuatu yang tak elok, tapi aku mahu langgar norma itu kerana sesungguhnya atas nama Allah S.W.T, aku doakan agar dia si pembunuh akan dihukum bunuh.
Di kala jiwa aku rasa sedih sangat atas kematian Syafia, jiwa aku yang satu lagi mahu jadi orang yang bisa ada kudrat untuk mencabut nyawa si sial itu.
Maafkan aku kerana emosi ini.
Apa Gandhi kata di atas tadi, terpaksa aku tolak ke tepi.
Aku hanya nak dia mati!
Salam.
Feb 15, 2010
The Sunday Papers are telling guys need an ideal 6.5inch dick & girls need to have pink colour tits! Warning: This has explicit content!
Kelmarin, seperti biasa aku layanlah The Sunday Papers, tetapi kali ini sama sekali tak ada keinginan mahu meneropong sesiapa sebab aku fikir kalau taik anjing yang busuk, kita dah tak boleh nak buat apa dah....kita layanlah aje sambil tutup hidung.
Namun, Ahad sudah aku belek The Sunday Papers lebih daripada biasa. Metro Ahad misalnya memang tebal sekali. Well, it is the Number 1 Newspaper in the country pun kan? Manakala Berita Minggu pun agak tebal jugak walaupun aku rasa hari Ahad sebenarnya langsung tak sempurna tanpa Mingguan Malaysia.
Aku tak mahu sentuh langsung soal kewartawanan hiburan kali ini. Tapi aku nak sentuh soal iklan di print media.
Sebelum tu, baca di bawah ni:
"Iklan menyerang kita pada setiap waktu, sama ada ketika berjalan, memandu, menaiki bas, membaca majalah atau surat khabar dan menonton televisyen atau filem. Iklan menjadi halwa telinga kita, selain menghiasi pemandangan kita. Kita sering mendengar dan melihat iklan menerusi radio, televisyen, papan iklan, majalah, surat khabar dan pelbagai tempat lagi. Iklan ada di mana-mana, ia masuk ke rumah kita tanpa diundang dan kerap bersama kita. Iklan bersifat komunikasi menyakinkan, mengganggu dan menekan. Kuasa iklan untuk kepentingan pengguna, iaitu hak untuk mendapatkan maklumat tepat. Apa yang dilihat di televisyen dan dibaca di akhbar selalunya ditentukan atau ditapis oleh pengiklan. Amalan tidak beretika ini berlaku apabila media ditekan oleh pengiklan untuk melaporkan apa yang mereka mahu dan bukan mengemukakan hakikat." - Datuk Dr Sothi Rachagan (Berita Harian, 13/10/05; m/s: 10)
Kenapa aku quote Dr Sothi?
Sebab sejak dua menjak ni, aku lihat iklan yang dipaparkan oleh media sangat-sangat tak ada taste dan meragukan.
Lihat di bawah ini:

Tengok iklan ni? This product claims to make you penis longer cause it says that an ideal size is 6.5inch and this ad uses the pretext of "alat senaman untuk kesihatan lelaki". Tak cukup lagi, iklan ini jugak gunakan tafsiran Hadis daripada Riwayat Al-Tarmizi. Ternyata, diorang ni bersungguh-sungguh nak jual produk ni kepada lelaki Melayu sebab aku fikir Melayu lah majoriti pembaca akhbar berbahasa Melayu kan? (Iklan ini diterbitkan di Berita Minggu; 14/02/10; m/s: 8)
Lihat bawah ni pulak:

Syarikat yang sama menjual iklan panjangkan kontol tadi juga terbitkan iklan di atas di akhbar Metro Ahad (14/02/10; m/s: 23) dan kali ini, golongan sasarnya (target market) ialah perempuan. Tiada lagi warna kusam itu dimaksudkan kepada puting breast pompuan. If you (girls) want your tits to be pink again, you must use this product. What the fuck? Dan kali ini, the advertiser tidak qoute mana-mana hadis, barangkali kerana dia gagal cari sebarang hadis yang menyokong supaya puting breast patut kaler pink dan tidak patut warna kusam!
Okay...baik kita lelaki atau perempuan, aku rasa sedikit sebanyak kita harus rasa offended dengan iklan kat atas ni kan? Kalau korang rasa okay, okaylah.
Aku ada sedikit rasa pelik sebab tak ada orang ke yang complaint terhadap iklan seperti ini?
Kalau ikut Edisi Ketiga Kod Amalan Pengiklanan Malaysia yang berkuatkuasa 1 Sept 2008 (baca di sini), yang hampir hampir ia menyebut kepada payudara ialah seperti di bawah:
Seksyen 6.1.1 (Lampiran B - Produk Perubatan dan Produk Berkaitan dan Iklan yang mengandungi Dakwaan Kesihatan)
- Seksyen 6.6 - Pembesar Payudara
- Seksyen 6.6.1 - Iklan untuk penyediaan dan peranti yang dikatakan boleh membesarkan payudara tidak boleh diterima.
Hmmm....okay then. Breast enlargement kind of ad tak boleh diterima but ad that makes the tits look better boleh?
Untuk kes iklan panjangkan "anu" tadi, aku tak jumpa apa-apa seksyen yang menyebut tentangnya. So, adakah maksudnya media boleh siarkan iklan panjangkan anu?
Apa kata kita nilai dulu mukadimah kepada Edisi Ketiga Kod Amalan Pengiklanan Malaysia.
Seksyen 1.1 - Kesemua iklan hendaklah sah, sopan, jujur dan benar.
Seksyen 1.6 - Tiada bahan iklan yang boleh menyentuh kesopanan etika yang secara amnya dipatuhi oleh komuniti atau mengandungi istilah, perkataan atau hal perkara yang biasanya tidak dianggap boleh diterima dalam pertuturan secara sopan.
In this case agaknya, disebabkan ada quotation hadis untuk iklan panjangkan anu itu, maka adakah ia boleh diterima?
Ini sebenarnya sebahagian sahaja daripada berlambak-lambak iklan yang dicetak sama ada oleh akhbar arus perdana atau akhbar nyamuk ataupun majalah yang ada di negara kita. Take a look closely next time and tell me whether or not you are offended and if you are, where do you complain? Do you call Karam Singh (Aduan Rakyat) dari stesen TV yang bernyawa atas iklan juga? Atau kita complain kepada Persatuan Pengguna yang tindakannya hanya akan berkunjung bertahun-tahun selepas aduan kita?
Tengok lagi iklan di bawah ni:
Ini iklan di Harian Metro (14/01/10; m/s: B17). Jus Tok Guru adalah sebuah iklan yang sangat-sangat berteraskan Islam sampaikan dia turut menjual Pati 20 liter air yang bernama 30 Juzuk (macam al-Quran) sampai ke "ubat" ikthiar supaya hajat kita bisa sampai.
Ini juga iklan di Harian Metro (14/02/10; m/s: 23). (Kedudukannya terletak di atas iklan pink kaler tu). Kata-kata penuhnya ialah seperti berikut: "Orang kata pergi bulan perlukan roket tapi...Sang Tapa kata pergi berbulan madu perlukan Top Rod". Produk Sang Tapa ini ialah Gel untuk Lelaki dan Rod refers to the penis!Maybe this is the right time for us to say that The Sunday Papers are just for adults kot? Kalau iklan-iklan macam ni yang diterbitkan, obviously it's not meant for your the kids kan? And you know how much kids love to browse thru The Sunday Papers too kan?
Semua ni hanyalah pandangan aku sahaja.
Kalau korang semua okay dengan iklan pink kan semula puting atau panjangkan kemaluan sekurang-kurangnya kepada 6.5inch, so be it.
In the meantime...
Feb 3, 2010
Di hujung posting ini aku ada sekerat pantun Melayu yang sangat sesuai dihadiahkan kepada orang-orang pandai seperti ini.
Letih sungguh berjalan-jalan di sekitar Hong Kong (harapannya turun lah berat badan sekilo dua hahaha) dan ada ketikanya terutama pada hari Ahad, saat aku berjalan-jalan di sekitar Causeway Bay, aku ternampak orang jual teropong.
Lantas aku terfikir kalau aku bawak notebook, bolehlah jugak aku meneropong bodoh jenis apa pulak yang dijadikan bahan. Namun, hajat tak kesampaian. Malas pulak rasanya masa tu dan aku pun tak mau habiskan masa layan internet di internet cafe di sana.
So, nampaknya The Sunday Papers terpaksalah aku layan on Tuesday!
Maka, ternyata, no matter what I write, no matter sapa-sapa sahaja yang komen, no matter artis tempatan suka atau tidak, no matter what fuck it is, kealpaan tetap beraja. Sesungguhnya sama ada kita (atau aku sahaja) ibarat anjing yang menyalak bukit.
Meh, aku terus komen tentang Teropong Bodoh Ahad lalu. (Seperti biasa, aku akan komen terhadap perenggan-perenggan tertentu sahaja).
Headline: Pelakon, pengarah pilih gadis lesbian jadi teman baru
KOMEN AKU: First of all, lesbian itu adalah perempuan. So, tak yah lah headline redundant seperti "gadis lesbian". Sesungguhnya, kalau orang yang pergi sekolah at least sampai Form 5, akan faham benda ni. Secondly, what is wrong with entertainment journalism? Headline ini diterbitkan di akhbar yang mempunyai edaran lebih 350,000 naskah (kalau tak silap aku lah) and we know how seluruh keluarga Melayu begitu suka membaca The Sunday Papers termasuk kanak-kanak. Ini juga diterbitkan oleh akhbar yang digunakan di sekolah. And proudly they presented "Gadis Lesbian" untuk kita semua. Fucking bad taste!
Perenggan Pertama: "Sebenarnya sudah beberapa kali ***** terserempak pasangan ‘teman tapi mesra’ ini di dalam beberapa majlis hiburan rasmi. Sudah menjadi pemandangan biasa, pelakon dan pengarah filem terkenal, bercinta dengan heroin baru. Adakah ada maksud tersirat atau perhubungan itu benar-benar ikhlas berpaksikan hati dan perasaan, hanya empunya diri saja yang mengetahui tujuan sebenar atau ‘motif operandi’ masing-masing."
KOMEN AKU: Pertama sekali, what the fuck is "motif operandi"? Does this fucking idiot know what it means? Patutnya "Modus Operandi". *Modus operandi (often used in the abbreviated forms M.O. or simply Method) is a Latin phrase, approximately translated as "mode of operation". The plural is modi operandi ("modes of operation"). Aku gelak sakan bila membaca "motif operandi". But then, I don't expect motherfucking idiots to understand the actual meaning pun.
Perenggan Kedua: "Yang pasti kedua-duanya tidak mampu lagi menyembunyikan cinta yang sedang berputik apabila dengan selamba saja muncul di depan peminat, sekali gus membiarkan pihak media massa membuat pelbagai spekulasi, adakah benar pelakon dan pengarah terkenal itu ingin memperisterikan heroin barunya itu?"
KOMEN AKU: Does the media these days only speculate? Adakah penulisan hiburan di akhbar perdana berpaksikan spekulasi seperti yang dinyatakan ini? Adakah Teropong bodoh ini berkata sebegini dengan mewakili semua media (terutama penulisan hiburan)? Aku kenal ramai penulis dan wartawan hiburan yang sebenarnya tidak menggunakan spekulasi, sebaliknya mengamalkan penulisan yang tidak bias, mempunyai fair comment serta justifikasi.
Perenggan Keempat: "Orang kata cinta tak kenal usia. Senario aktres muda dan cantik memilih pasangan di kalangan mereka yang sudah berumur, berharta dan berpengaruh, sudah menjadi satu kelaziman di mana-mana, bukan saja berlaku di kalangan artis, malah anak gadis berusia seawal belasan tahun memilih pasangan hidup di kalangan VIP tua, bukan lagi sesuatu yang mengejutkan. Tapi, sama ada jadi isteri kedua atau ketiga, apa ada hal, janji poket tebal sekalipun terpaksa bermadu!"
KOMEN AKU: What the fuck does this mean? Janji poket tebal walau terpaksa bermadu? Apakah maksud penulis di sini? Perenggan ini amat memalukan sebab membuat komen secara am yang terang-terangan memihak dan menjatuhkan hukuman.
Perenggan Kelima: "Berbalik kepada kisah pelakon dan pengarah terkenal yang memilih heroin muda jelita sebagai cinta barunya itu, timbul sedikit keraguan di hati ***** apabila ada sumber rapat pernah membisikkan ke telinga ***** sedikit masa lalu, pucuk muda itu bukannya gadis ‘lurus’ sebaliknya bi-sexual!"
KOMEN AKU: Headline kata "lesbian" tapi kat perenggan ini pulak kata "bi-sexual". Mana satu ni? Make up your fucking mind man!
Perenggan Keenam dan Ketujuh: "Bro, Minah (heroin muda) tu bukan ‘lurus’, tapi ‘cat dinding’! Minah ni ada girl friend, model dan aktres popular. Aku dengar Minah dengan pasangan lesbiannya itu dah lama ‘bercinta’. Tiba-tiba kau cerita dengan aku, Minah ni bercinta pulak dengan pelakon dan pengarah terkenal, biar ‘betik’ bro. Aku rasa kekasih si pengarah terkenal ni bisexual! Kasihan pelakon dan pengarah tu...,” cerita sumber yang sama. ***** pula no comment. Waktu siang makan pengat, sendiri mahu ingat!"
KOMEN AKU: "Cat dinding" tu apa? Bukan sekali benda ni diterbitkan dan apa kita nak jawab bila budak-budak yang baca tanya apa itu "cat dinding"? And sesudah menulis semua benda-benda ini, tetiba ***** no comment pulak. What the fuck is that? Lu dah tulis and tetiba lu kata lu no comment. Who the fuck ask for your fucking comment by the way? And what is with the "waktu siang makan pengat, sendiri mau ingat" tu? It feels like a line from Senario! Peribahasa mana tu?
Tak habis lagi ni.
Komen akhir yang lazim dalam penulisannya adalah seperti ini bawah ni pulak:
*****: Loya baca kisah aktor popular kahwin baru selepas bercerai, tapi masih ada hati nak sembunyikan daripada pengetahuan media.
KOMEN AKU: So, you did not get the scoop and you are angry and tetiba you are loya. Are you fucking pregnant?
Well, its just sad that 2010 is still as 2009 for this kind of writing.
I guess, we just have to layannnnnnnnnnnn.
Pantun buat Teropong:
Dua tiga kucing berlari
Mana kan sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana kan sama lu seorang
(Sila bangun, tepuk tangan sendiri, tepuk bahu sendiri dan ucapkan tahniah kepada diri sendiri because you deserved it!)
As for the rest of us....
* Kalau nak Teropong sepenuhnya, Teroponglah di sini.
Feb 2, 2010
Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. I am back from Hong Kong.
Aku dah balik ke Malaysia dah.
Hong Kong sejuk sungguh tapi aku suka sebab kurang sikit sakit kepala aku.
Dalam posting aku sebelum ini ada dua tiga orang tak bernama (Anon) yang komen tentang ketidakpuashatian mereka terhadap observation aku.
Well, that is fucking too bad.
If you don't like it.....fuck off! Semuanya di hujung jari korang sebenarnya. Kalau tak suka, janganlah baca and kalau nak komen, apa kata grow some balls and state your fucking name.
Namun, come, come whomever you are.
I shall keep on writing.
Prepare for the next post.
And in the meantime.....