Tadi aku memandu ke KL sambil dengar program Carta Hot FM 30 yang dikendalikan teman lama aku, Faizal Ismail. Bersama dia sebagai tetamu tadi ialah the hottie, Marsha Milan Londoh, yang aku pernah sembang-sembang dulu dalam dua tiga minit masa company lama aku buat preview filem Saus Kacang. What should have been a good interview, was wasted with ridiculous laughter and unnecessary question by FBI to Marsha.
How the heck did the station got number 1 pun aku tak tahulah, tetapi selepas menukar mendengar ke station lain pada ketika itu, aku mulai faham. Sebabnya ialah station lain pun lebih kurang sama atau lebih teruk.
The art of asking question di kalangan kebanyakan juruhebah radio ini harus dipertajamkan kerana kalau selalu sangat interview artis sambil ketawa dengan joke yang diorang sendiri faham, maka ia adalah satu kerugian terutama apabila kita ni sebagai pendengar tak tahu haram apa yang dijenakakan oleh mereka.
Dan seperti biasa juga, bila balik rumah, aku mula lah layan The Sunday Papers.
Apa yang aku temui pulak, lebih jijik. Marsha kali ini kena teropong pulak.
Dan seperti yang aku buat sebelum ini, apa kata, aku ulas KES ini menerusi setiap perenggan
Ini dia. (Lihat bawah ini)
HEADLINE: Sudah-sudahlah Marsha
KOMEN AKU: Di atas ini adalah Headline untuk cerita ini. Jelas sekali, menerusi headline ini, kita akan menjangkakan bahawa berita ini sepenuhnya akan menceritakan tentang Marsha dan kita tahu berdasarkan konotasinya, ia adalah sebuah cerita negatif.
SUB-HEAD: Bintang AF3 dikatakan 'terdesak' mencari cinta, mengaitkan dirinya dengan Yusry KRU
KOMEN AKU: Ini adalah “sub-head”. Jelas sekali bahawa sub-head ini memberikan konotasi negatif sepertimana aku sebut tadi. Penulis menggunakan perkataan “terdesak” untuk menggambarkan situasi Marsha. Tapi untuk anda yang tak tahu, kuasa menulis “headline” atau “sub-head” tidak terletak di atas tangan penulis selalunya, sebaliknya mereka yang bertanggungjawab menciptanya ialah sub-editors (ada kalanya juga, penulis atau editor boleh mencadangkan “headline” atau “sub-head”). Aku sendiri di kala menjadi editor, sentiasa akan memberikan cadangan sendiri untuk “headline” atau “sub-head”.
MEMANG teruja apabila ***** mendapat undangan peribadi daripada diva tersohor Indonesia, Krisdayanti atau KD untuk menyaksikan showcase beliau sempena mengutip derma Tabung Gempa Bumi Padang, Indonesia pada malam 23 Oktober lalu. Jika ikutkan hati, ***** sebenarnya malas nak pergi tambahan pula terpaksa berasak-asak bersama peminatnya. ***** pun dah lama tak clubbing, jadinya memang malas tahap dewa!
KOMEN AKU: Penulis yang menulis dia mendapat “undangan peribadi” terhadap sebuah persembahan yang pastinya mempunyai ramai wartawan hiburan, memberikan tanda seorang penulis yang arrogant! Tapi kalau anda baca seterusnya, penulis ternyata “terkena” dengan sifat angkuhnya itu. Lagi satu, frasa: “malas tahap dewa” ini apa maksudnya? Dewa (yang mempunyai sifat keTuhanan) dikaitkan dengan malas. Aku faham maksud frasa ini iaitu penulis berasa malas yang amat sangat tetapi ternyata penggunaan bahasanya salah sekali. Bahasanya pasar sangat weh!
Tapi, disebabkan KD, ***** gagahkan juga meredah kesesakan lalu lintas selepas hujan menuju ke Borneo Baruk Club (BBC) di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, lokasi berlangsungnya persembahan KD. Sekalipun seumur hidup ***** tak pernah jejaskan kaki di BBC, tapi kerana ingin memenuhi undangan KD, ***** tebalkan muka, rela bertanya kepada kawan-kawan di manakah lokasi kelab berkenaan.
KOMEN AKU: An entertainment writer doesn’t know a location of a popular club in KL? Have you fucking heard of Google Map? Penulis perlu “tebalkan muka” untuk bertanya? A journalist perlu “tebalkan muka”. Tell me again please…what is wrong with asking, that one needs to “tebalkan muka”? Atau adakah perenggan ini masih mahu memberikan penekanan kepada keangkuhan penulisnya sebab dia masih menulis: “…kerana ingin memenuhi undangan KD…”. Fuck off!
Setibanya di BBC, ***** disambut wakil daripada Tropic Jaya Entertainment, lalu di bawa ke tingkat atas yang dikhaskan hanya kepada wakil media massa dan artis jemputan saja. Namun, agak memeranjatkan, begitu ramai ‘manusia’ yang tidak dikenali berada pada aras berkenaan. Justeru, sebaik persembahan bermula kira-kira jam 9.30 malam, memang ***** tidak berpeluang melihat KD yang membuat persembahan di tingkat bawah.
KOMEN AKU: Wow. Penulis menulis perkataan manusia dengan meletakkan inverted commas seperti ini – ‘MANUSIA’. Tanda bacaan itu diletakkan sebenarnya untuk membezakan sesuatu. ‘MANUSIA’ yang dimaksudkan penulis itu adalah di kalangan mereka yang bukan wartawan agaknya tetapi masih ditempatkan di kawasan duduk di kalangan wartawan. Bedasarkan pengalaman aku, memang ada beberapa kali penganjur suka meletakkan ramai tetamu di tempat duduk yang dikhaskan untuk wartawan. Tetapi bagi aku, seseorang wartawan sama ada wartawan hiburan atau tidak, tidak perlu terlalu bergantung di tempat duduk khas kerana tugas seorang wartawan ialah untuk “melaporkan”. Duduk lah di mana pun, sesebuah laporan itu tidak sepatutnya menjadi bias hanya kerana kita tidak dapat duduk di tempat yang selesa. Who the fuck do you think you are dude?
***** mencari-cari juga ruang sempit untuk mengintai ke pentas, namun yang kelihatan hanyalah kepala dan pinggul ‘manusia’ yang tidak dikenali itu. ***** hanya berpeluang menikmati kemerduan nyanyiannya saja, mendengar vokal KD ibarat sedang menikmati persembahannya menerusi cakera padat (CD)!
KOMEN AKU: I doubt the phrase “….vokal KD ibarat sedang menikmati persembahannya menerusi cakera padat.” Really? Seseorang yang mempunyai pendengaran yang betul pasti akan menyangkal pendapat ini. Namun, aku tak boleh nak ulas banyak tentang ini sebab aku tidak ada di sana untuk menyaksikan persembahan berkenaan.
Bosan dengan lokasi pihak wartawan yang tidak diendahkan itu, sebaik saja KD selesai mengalunkan lagu ketiganya, ***** terus angkat kaki, bosan apabila pihak media massa tidak mendapat layanan yang sewajarnya daripada pihak penganjur. Hello, ***** berada di Malaysia, di tanah air sendiri untuk melihat artis seberang membuat persembahan, tapi inikah layanan terbaik yang mampu diberikan penganjur!
KOMEN AKU: How could you write a fucking review after only listening to 3 songs? Apakah maksud penulis yang mahukan “layanan yang sewajarnya”? You need somebody to give you head to be there while watching the damn show man? Apa keistimewaan penulis ini sehingga dia rasa dia berhak mendapat “layanan sewajarnya” itu? Kata tadi dapat undangan peribadi KD. So, what the fuck happened man? Nobody fucking recognize you? This is a fucking crime nampaknya!
Berbeza ketika ***** diundang ke Jakarta, Indonesia pertengahan tahun ini menyaksikan penghibur terkenal negara itu, Agnes Monica mengadakan persembahan sempena promosi album barunya, Sacredly Agnezious di sebuah stesen TV. Rombongan wartawan Malaysia diberi peluang berada betul-betul di depan pentas, begitu juga ketika berlangsungnya Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, baru-baru ini, wartawan Malaysia diberikan tempat duduk VIP!
KOMEN AKU: Oooo….lu nak duduk di depan pentas rupanya! Lu nak tempat duduk VIP rupanya. Kalau tak dapat tempat VIP, habis lah lu “pukul” persembahan itu ye. Such a fucking crime!
Justeru, apa yang berlaku ketika menyaksikan showcase KD di BBC baru-baru ini ibarat kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan! Kalaulah ***** tahu tempat duduk wartawan tempatan dipandang sepi oleh pihak yang bertanggung jawab, tak ingin ***** datang, lebih baik duduk rumah dengar CD album kompilasi terbaru KD, Aku Wanita Biasa, lagi puas hati!
Persembahan amal KD itu adalah anjuran Tropic Jaya Entertainment dengan kerjasama Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) , Garuda Indonesia dan BBC sebagai penaja lokasi.
KOMEN AKU: Peribahasa “kera di hutan disusukan” memberikan makna bahawa penganjur memberikan layanan istimewa kepada orang asing manakala mengabaikan orang tempatan namun tidak jelas di sini, siapa yang diberikan perhatian oleh penganjur sehingga mencetuskan amarah sang penulis.
Pun begitu, apa yang diperlakukan kepada wakil media massa tempatan di BBC itu, masih boleh ***** maafkan lagi sebaik saja memikirkan undangan berkenaan hadir secara terus daripada mulut KD, sebaliknya apabila membaca kenyataan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3), Marsha Milan Londoh, 24, di sebuah majalah hiburan, mengakui dia amat meminati Yusry KRU, tiba-tiba saja membuatkan ***** rasa geli!
KOMEN AKU: Selepas 7 perenggan tentang KD, barulah penulis membuka cerita tentang Marsha. Walaupun dari headline tadi kita fikir ini adalah tentang Marsha, maka kita silap kerana hanya 5 daripada 12 perenggan cerita ini menceritakan tentang Marsha dan ia bermula di perenggan ke-7. Tapi sebelum itu, penulis masih lagi arrogant dengan menyebut: “…memikirkan undangan berkenaan hadir secara terus daripada mulut KD.” Brader, kalau KD sendiri jemput lu, kenapa lak lu kena layan macam hanjing bro? Dan tiba-tiba di perenggan ini pulak, penulis menyatakan bahawa dia “geli”apabila membaca tentang Marsha yang minat Yusry KRU. Aku tak faham kenapa dia geli.
“Kali pertama saya jumpa Yusry, saya mengakulah yang saya tergamam melihat dia di depan mata. Masa tu, saya tak boleh nak bersuara. Tak tahulah kenapa, tapi saya rasa sebab saya ni memang peminat setia KRU. Setakat itu sajalah. Tak ada apa-apa perasaan di antara kami. Kawan dalam bekerja, tak ada yang lebih-lebih,” begitulah lebih kurang pengakuan Marsha kepada majalah hiburan popular itu.
KOMEN AKU: Di sini penulis quoted Marsha yang dikatakanya mengeluarkan kenyataan demikain dalam sebuah majalah hiburan yang tidak disebutnya pulak.
Dah dia syok kat Yusry, biaq pi aje lah kan? Hahahaha. Mengenali Marsha yang jelita ini, memang tak dinafikan dia sering kali dikaitkan dengan ramai lelaki kacak dan berpengaruh. Namun, selepas putus cinta dengan Keifli AF3, barulah pecah tembelang, mengaku antara mereka sebelum ini memang wujud perasaan cinta. Kalau benar dia meminati KRU, kenapa dia tidak tergamam melihat Norman atau Edry, hanya terhadap Yusry saja yang berstatus duda ‘terhangat di pasaran itu’?
KOMEN AKU: Aku tak faham dengan barisan ayat: “…Kalau benar dia meminati KRU, kenapa dia tidak tergamam melihat Norman atau Edry, hanya terhadap Yusry saja yang berstatus duda ‘terhangat di pasaran itu’?” Aku fikir Marsha “tergamam” dengan Yusry sebab dia bukan lagi suami orang lah bodoh. Norman dan Edry kan laki orang? Aku tak tahu macam mana nak kata tentang betapa bodohnya perenggan ini. Memanglah Marsha akan kata dia minat KRU walaupun dia sebenarnya minat Yusry seorang saja. Perempuan kan pemalu. Lu apa lak masalah kalau dia minat Yusry brader?
***** tidak pernah bermasalah dengan Marsha sebelum ini, tapi apabila membaca kenyataan begitu, ia memperlihatkan Marsha seolah-olah terdesak mencari pengganti cinta baru. Namun, disebabkan nak cover line, mengaku sajalah, Marsha peminat KRU, kata kau!
KOMEN: Ooooo….lu tak ada masalah dengan Marsha tapi lu ada sikit cemburu sebab dia minat Yusry ke ni? Marsha jadi terdesak sebab dia suka Yusry KRU? Masrha jadi terdesak sebab dia nak kan cinta baru? What is wrong even if Marsha minat Yusry ke tidak? What is the value of this piece of shit (I mean this piece of article)?
KOMEN AKU KESELURUHAN:
- Apa nilai berita ini? Di manakah nilainya?
- Aku rasa perlu ada definisi yang jelas tentang “layanan yang sewajarnya” untuk wartawan hiburan seperti ini.
- Penulisan seperti ini sedikit sebanyak memberikan gambaran kepada taraf penulisan berita di kalangan wartawan hiburan. Biarpun sebenarnya ramai yang di kalangan mereka yang sebenarnya bagus dan professional, laporan seperti ini sedikit sebanyak memberikan gambaran yang negatif terhadap mereka.
Why the fuck do I care? Sebab aku rasa penulisan hiburan perlu dihormati dan untuk mencapai itu kita perlu menghormati penulisnya tetapi bagaimana kita nak wujud perasaan hormat when their writing is like this?
Akhir kata,this is clearly….a piece of crap!
Ops…sorry…akhir kata yang sebenar…..
KEEP IT COOL!