Oct 9, 2009

Cerita artis dah gemuk adalah penting untuk meningkatkan tahap dan kualiti industri hiburan tanah air. Suka hati mak kau lah!

EDITOR
So, what the angle of the story?

WARTAWAN
Kita buat cerita tentang badan dia yang dah naik okay?

EDITOR
Badan dia dah naik?

WARTAWAN
Ye lah..dulu dia slim, meletopz! Tapi sekarang pakai baju ketat gerenti nampak perut.

EDITOR
So? Nak buat cerita pasal dia gemuk?

WARTAWAN
Ye lah...orang mesti nak tahu sebab apa dia gemuk kan? Dia gemuk sebab senang hati sejak ada boyfriend ke apa ke? Manalah tahu...but gerenti orang nak baca punya kan?

EDITOR
Hmmm...cerita dia dah gemuk? Hmmm...this story will help generate the public interest in the entertainment industry in Malaysia. Now, they will see that entertainment is not just "entertainment", but it's Artistic Business.

WARTAWAN
Ye bos...ini lah cara untuk kita sumbangkan kepada pembangunan industri hiburan tanah air yang makin lemah di negara ini.

EDITOR
(sambil berdiri di sisi meja dan berkata-kata sambil tangan dihayun-hayun macam Karam Singh Walia minus the peribahasa)
Yes, cerita artis dah gemuk, cerita artis shopping raya, cerita artis macam ni is the element needed in the entertainment world in Malaysia. So, what the fuck are you waiting for? Go for it! This is the real shit that we need! You will be praise. You will be helping the industry and we will be the number 1 newspaper in the fucking country and the fucking whole wide world!!! Yeah!!!!

Ini sekadar dialog rekaan dalam kepala hotak aku bila aku membaca cerita macam ni di dada akhbar. And some idiot artiste pun...macam lah tak ada benda lain yang interesting nak cerita.

Aku tahu aku exaggerate over sikit dengan dialog-dialog ni tapi aku rasa exaggeration aku adalah diperlukan in some weird fucking way.

KEEP IT COOL people!

Oct 8, 2009

Aku dulu punyalah minat diorang sampai aku simpan niat untuk ke Seattle dan memang aku sampai juga akhirnya tapi aku tak dapat tonton diorang. Ceh!

They could the one of the best band in the world.

Banyak yang dah melingkup tetapi diorang masih hidup.

My all time favorite of their album.

My second favorite pulak adalah yang ini.

And I do think this is good album.

Tapi ini pulak adalah album yang aku kurang minat.

Semalam pulak, aku ke Victoria di Bangsar Shopping Centre...

Dan aku beli yang ini.

Aku baru start dengar beberapa jam tadi.

Takat ini, BACK SPACER Pearl Jam ini best!

Aku harap aku akan buat reviewnya tidak lama lagi di sini.

Insya-Allah.

KEEP IT COOL!!

Oct 7, 2009

Kadang-kadang aku harap akan ada pemimpin yang berani menentang "kejahatan" macam si Old Boy ni.

Wishful thinking...aku tau.

Tapi macam mana pun, aku sentiasa harap yang luar biasa.

11 Oct ini, sebenarnya kita perlukan orang yang macam kat bawah ni:

Old Boy ini aku gambarkan sebagai pemimpin yang berani menentang "kejahatan" and aku tahu korang faham maksud "kejahatan" itu.

Tapi biasalah kan, aku ni memang The King of Wishful Thinking!

KEEP IT COOL!

Oct 6, 2009

Kadang-kadang aku mencarut jugak bila ada gambar-gambar jijik politikus yang diterbitkan di akhbar.

Well, I am just gonna say it.

I know this will be quite harsh, but fuck it...seriously, FUCK IT.

Benda-benda tipikal yang macam ni lah yang membuatkan ia jelik.

Benda-benda apa?

Benda-benda di bawah ni:

Inilah masanya mereka yang bertanding itu untuk melawat gerai tepi jalan, sembang dengan peniaga, sembang dengan orang yang makan di gerai yang mereka gelar RAKYAT!

Dan kita adalah kita yang selalu saja akan "welcome" mereka yang sekali sekala makan di tepi jalan atau di gerai biasa dengan kita. Kita barangkali seronok sebab mereka yang banyak wang ni sanggup berada di satu level dengan kita sebab dia tahu dia akan lebih SUKA kalau kita suka dia.

Dan aku pantas digamit bait-bait lirik lagu Iwan Fals yang di bawah ni....

Wang adalah bahasa kalbu
Santapan rohani para birokrat
Tentu saja tidak semuanya
Tapi yang pasti banyak yang suka

Jangan heran korupsi menjadi jadi
Habis itulah yang diajarkan
Ideologi jadi komoditi
Bisa dieksport ke luar negeri

Wang adalah bahasa kalbu
Santapan rohani rakyat dan wakil rakyatnya
Tentu saja tidak semuanya
Tapi yang pasti banyak yang suka

Itu kata Iwan Fals...bukan kata aku. Aku tak maksudkan apa-apa, cuma aku teringat lagu dia aje.

NOTA KAKI: "Jika parti meletakkan calon yang tidak bersih, maka keseluruhan parti akan dikutuk," tegas bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed. –Malaysia Today

KEEP IT COOL.

Kadang-kadang lagu macam ini yang buat malam aku tenang.

Aku sebenarnya baru sudah menonton filem Laskar Pelangi.

Aku tak segan silu nak kata aku sebak menonton filem ini.

Aku tak terpesona langsung dengan cara Mawi atau Jamal Abdillah mendendangkan lagu ini kerana aku rasa dendangan "laskar-laskar pelangi" ini lebih menikam jiwa aku.

Kalau tak keberatan, sila lah tonton video ini.

KEEP IT COOL.

Oct 2, 2009

Jumaat...Penghulu Segala Hari. Cuma aku jadi marah bila baca tentang manusia yang sebenarnya BINATANG!

Kalau tak silap aku, anak haram ni kena hukuman paling maksimum kelmarin mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Setan laknat ni rogol anaknya sendiri yang baru 20 tahun dan tak sempurna pulak tu.

Nama setan ni ialah ZAINAL L SALLEH and umurnya 58 tahun.

So, campur tolak kelakuan baik ke apa ke, aku rasa dia akan keluar penjara dalam usia 80 tahun (with the assumption dia dapat some deal for good behaviour lah kan).

Anak kandung dia yang dia rogol tu sekarang berusia 20 tahun and by the time bapaknya (anjing bertopeng manusia) ni keluar, dia akan berusia dalam 50 tahun atau kurang.

Aku harap sangat nanti di penjara, akan ada banduan yang akan rogol bapaknya sampai at least tear (i do mean tear) his arse with sharp objects or anything that will make him suffer and wish he would just fucking die! (Maafkan sebab aku "emo" sangat di sini. Sekadar nak lepas geram aje sebab kita ni bertamadun dan kita tidak akan sokong orang nak menjubur orang di penjara kan?)

Why do we tolerate this? I know you might say we don’t but sebenarnya we do!

Nak tahu kenapa aku kata gitu?

(Correct me if i am wrong here). Action reaction kita selalu lembab. Mesti ada satu kejadian besar untuk buat kita berdetik melakukan esuatu. The government made amendment terhadap Seksyen 376 in 2006 if i am not mistaken dengan meletakkan hukuman 15 years as minimum and 30 years as maximum against convicted rapist. Adakah semua itu dibuat selepas setan drebar bas si Hanafi tu rogol Noor Suzaily di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung pada Oktober 2000 dulu? Entahlah.

Aku bukan peguam and tak lah pandai sangat soal undang-undang jenayah berat seperti ini tetapi aku bertanya diri sendiri kenapa anjing seperti ini tidak dihukum mati saja?

Sah-sah anjing ni merogol anaknya sendiri yang kurang upaya pulak tu….kenapa tidak dihukum mati saja? Malah hukuman mati kita di Malaysia ialah di tali gantung…begitu mudah matinya nanti…tidak diseksa pun. Bukan macam di Brazil. Tengok ni. (Tapi sebelum klik link ini, aku nak ingatkan bahawa imejnya sangat gory and "hukumannya" tak bertamadun)

Persatuan Hak Asasi Manusia di Malaysia atau di ceruk benua mana pun akan bangkang tapi tanyalah diri sendiri. Fikir sendiri…tidak kah oleh seperti ZAINAL L SALLEH ini patut mati saja?

Ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma’ruf Amin, baru-baru ini sambut baik undang-undang baru di Aceh, wilayah Utara Sumatera di mana antara lain, hukuman untuk perogol adalah termasuk direjam dan disebat sampai 400 kali! Selain rogol, hukuman ratusan kali sebat ini juga dikenakan terhadap mereka dengan kesalahan minum arak, judi dan sebagainya (Apa yang Kartika kena tu...tak ada hal lah kalau dibanding Aceh kan?)

Ma’ruf Amin...sempoi aje mamat sokong hukuman rejam dan sebat sampai 400 kali di Aceh!

Aku juga kenangkan Bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Daerah Zhenping di Nanyang yang namanya Wu Tianxi yang kena hukum mati sebab rogol 24 pelajar sekolah menengah.

Entahlah, aku cuma rasa marah bila membaca tentang ZAINAL L SALLEH di muka 13 Harian Metro hari ini.

Tak cukup dengan itu, aku fikir kenapa pulak muka anjing ni diblurkan sedangkan kan dia dah didapati bersalah dan dijatuh hukum? Kenapa muka haramnya tidak dipaparkan sepenuhnya? Adakah kita perlu kisah sama ada keluarganya akan malu? Nak malu apa lagi? Setan ni rogol anaknya sendiri lah!

Inilah dia ZAINAL L SALLEH. Dia rogol anaknya sendiri yang kurang upaya! Tak ke hanjing namanya tu?

Maybe my rage is talking here.

Anyway, apa akan jadi selepas dia keluar kelak? Tak kira lah kalau umur dia dah 90 tahun pun?

Dulu seingat aku, masa Datuk Seri Rais Yatim adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, dia pernah umumkan bahawa Kabinet akan wujudkan sistem pendaftaran khusus untuk perogol and do you know that we already have Akta Pendaftaran Orang Yang Tidak Diingini 1969? Cuma tidak ada spesifikasi untuk perogol. Tak tahu lah apa perkembangannya? (Kalau ada sesiapa tahu…please tell me in the comment box).

Say what ever you wanna, sokong atau tidak, tapi aku rasa Seksyen 376 patut dipinda supaya perogol yang didapati bersalah boleh dihukum MATI !

KEEP IT COOL!

Kredit Gambar:
1. http://mohdfazli.wordpress.com/2008/12/19/benar-ke-hanafi-dihukum-gantung
2. http://sylviagustin.myrepublika.com/berita/20818/KH_Ma_ruf_Amin_Tak_Ada_Lagi_Ijtihad_Secara_Individu

3. Harian Metro 2 Okt 2009

Sep 30, 2009

Benarkah program di TV ketinggalan? And adakah apa yang diterbitkan oleh akhbar tidak ketinggalan?

Apa rasanya bila ratusan ribu membaca tulisan kita? Does it get you off?

Bangganya memang semacam bila tengok nama sendiri diterbitkan dalam surat khabar agaknya.

Aku terkenangkan saat pertama nama aku diterbitkan dalam akhbar. Kali pertama ialah pada 1988 masa aku di Tingkatan 3 dan nama aku diterbitkan dalam akhbar Utusan Pelajar. Ketika itu aku menulis sebuah cerpen.

Kali kedua ialah sesudah aku bekerja di Berita Harian apabila nama aku (byline) diterbitkan dalam Berita Minggu bertarikh 3 November 1991 dengan tajuk: "Jerebu: MAS rugi $500,000".

Dunia kewartawanan sudah jauh melangkah sejak 1991. Ia tidak sama langsung sekarang. Dulu jarang sekali ada maklum balas yang pantas terhadap apa saja yang kita tulis. Misalnya maklum balas terhadap sesuatu berita/rencana yang ditulis wartawan datang dalam pelbagai bentuk termasuk menerusi:

1. Surat Pembaca
2. Aduan Kepada Pengarang
3. Aduan Kepada Boss (yang selalunya dibuat oleh orang yang kenal boss kita secara langsung)

Dan dulu, kalau kita tak suka atau sakit hati dengan sesuatu yang ditulis oleh wartawan, kita selalunya meluahkan aje perasaan kita kepada kawan-kawan. Dan apabila sesuatu tulisan/berita itu diterbitkan tanpa ada byline, lagi lah susah kita nak cakap apa-apa kan?

But now its different sebab banyak tempat untuk bangkitkan diskusi ataupun mengadu.

Blog barangkali adalah medium yang terbaik.

Terbaru, seperti biasa...aku membaca The Sunday Papers.

Si Siti menulis tentang program raya di TV dengan tajuk: "Tentang Program Raya".

Si Siti tu tulis begini (aku catatkan sedikit):

1. "Jadi Siti tak tau apakah program-program Hari Raya tahun ini ada anjakan atau sebaliknya. Sebelum ini, program Hari Raya tak selari dengan perkembangan sosio budaya dalam masyarakat. Maka terasa sangat artifisial dan isi kandungan kosong."
KOMEN AKU: Si Siti kali ini nyata suka betul menggunakan perkataan-perkataan "besar" tapi masih tidak berisi. Tulisan Si Siti begitu "besar" tetapi tulisan itu juga bersifat hipotetikal. Apa makna "isi kandungan kosong" atau "kandungan yang artifisial."

2. "Tapi dari beberapa rungutan teman-teman yang menelefon dan SMS kepada Siti, dapatlah dibuat kesimpulan sebahagian besar program Hari Raya masih ditakuk lama, penuh dengan idea-idea basi dan tak ada isi. Mereka bertanya kepada Siti, kenapa pihak yang membuat program Hari Raya tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat?"
KOMEN AKU: Lihat penggunaan perkataan "beberapa rungutan" dan "sebahagian besar". Jika ini hanyalah "beberapa rungutan", bagaimana pula kesimpulan boleh jadi "sebahagian besar"? Apakah dasar kepada argumen ini? Apakah bentuk rungutan itu sehingga kesimpulannya adalah "...tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat?" Di mana justifikasinya?

3. "Di mana falsafah Hari Raya? Siti memang tak boleh memberikan jawapan kerana pihak televisyen pun ada orang-orang hebat, keluar universiti bertingkat-tingkat takkan tak tahu yang mana air bandung dan mana air serbat?"
KOMEN AKU: Apakah maksud perenggan ini? Why is the writer mocking dengan cara ini? Siapakah sasarannya? Who is the writer talking about here? Baik di akhbar atau TV atau kebanyakan media sama ada cetak, elektronik atau web, memang banyak di kalangan mereka keluar dari universiti. Ini cara penulisan yang seolah-olah ada "grudge" terhadap pihak tertentu atau individu.

4. "Program Hari Raya bukan sekadar mengulangi atau kitar semula kacau dodol, makan ketupat dan pakai baju berkerlipan menyanyi lagu Hari Raya. Kadang-kadang Siti kesian tengok artis-artis yang terpaksa melibatkan diri dalam program-program yang tak selayaknya disiarkan itu."

KOMEN AKU:? (LIHAT SAJA GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI)

Sebagaimana Si Siti kesiankan artis-artis itu. aku pun kesian apabila akhbar menggunakan pendekatan ini untuk menjual akhbar. Adakah pendekatan ini bertaraf "world view"? Adakah ini makna mereka apabila memperkatakan bahawa kita tidak perlu jadi artifisial? Kalau program TV "tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat", adakah ini caranya untuk membuktikan bahawa pendekatan ini adalah terkini? Bagaimana hipokrasi seperti ini boleh wujud aku pun tak tahu.

Kata Si Siti: "Program Hari Raya bukan sekadar mengulangi atau kitar semula kacau dodol, makan ketupat dan pakai baju berkerlipan menyanyi lagu Hari Raya" tapi kita lihat benda yang sama juga sama ada dalam akhbar atau majalah hiburan. Kenapa konsep kitar semula ini hanya terpalit kepada program TV?

Apa lagi ada untuk Raya?

Kita lupakan tradisi pakai baju Melayu dan jangan lagi tunjuk semua itu?

Satu lagi contoh pendekatan akhbar melaporkan tentang artis yang berhari raya. Shoot artis pakai baju Melayu dan tanya tentang "balik kampung."

Ini sangat-sangat subjektif. Kadang-kadang kita tak suka, tapi orang lain suka. Itu hakikat yang kita tak boleh lari.

Pendapat berbentuk hipotesis memang akan sentiasa wujud tetapi jika pendapat itu diterbitkan dalam akhbar yang mempunyai ratusan ribu pembaca, its only fair to have justification kan? Kalau tak, pasti dunia kewartawanan hiburan kita akan terus menerus ke longkang.

Barangkali benar bahawa program TV di musim perayaan makin monotonous dan maklum balas adalah amat penting dalam menghasilkan program TV yang lebih memikat dan relevan kepada penonton.

Tetapi adakah pembaharuan itu boleh dibuat berdasarkan maklum balas seperti yang Si Siti tulis tu?

Nota Kaki Macam Sunday Papers: Teringin nak ajak Si Siti datang ke rumah terbuka aku.

KEEP IT COOL!

Sep 24, 2009

Can you tell me What The Fuck Is Gadis Melayu Urban?

"Estetika Melayu merujuk kepada adab dan tingkahlaku orang Melayu yang lazimnya berlapik dalam bercakap atau menangani sesuatu. Oleh sebab orang Melayu menganut Islam, maka Estetika Melayu itu sinonim dengan Estetika Islam.Tamadun Islam yang berteraskan ajaran AI-Qur'an, Hadis dan ijmak ulama, membentuk peradaban Melayu dengan lebih halus dalam mengajar, menegur, menyindir, mengkritik, berdebat dan sebagainya. Ini selari dengan maksud firman Allah SWT dalam al-Quran, "Serulah kepada jalan Tuhan kamu dengan kebijaksanaan dan pelajaran yang baik. Debatlah mereka dengan (hujah) yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhan kamu lebih mengetahui akan orang yang sesat daripada agama-Nya, dan mengetahui orang yang dapat petunjuk. An-Nahl:125)".

- Dr Syed Othman Omar / Berita Harian 5th July 2000 / Pg 8.

Dan juga dalam laporan Berita Harian bertarikh 13 Oktober 2001, dengan headline: "Melayu lupa jati diri, tidak baca sejarah bangsa” ia mencatatkan antara lain seperti berikut:

”Orang Melayu hari ini, apabila sudah terdesak dengan masalah yang boleh mengancam keberlangsungan identiti atau jati diri mereka sebagai bangsa yang dikatakan `dominan' (barangkali dominan dari segi jumlah orangnya, iaitu dari segi jumlah) di negara ini, menggelabah, tidak tahu apa dia yang dikatakan bangsa Melayu itu, lalu mereka bercengkerama tentang isu `jati diri Melayu', cuba mencari pelbagai takrif yang lebih mengelirukan isu itu lagi. Pada hal jati diri Melayu sudah ada, dibentuk secara kolektif sejak berabad-abad lamanya melalui proses penciptaan tamadun atau cultural production yang dirakamkan dalam wadah pengungkapan tamadun Melayu terpenting, iaitu kesusasteraan Melayu tradisional yang kita warisi hingga sekarang. Akibat kecelaruan kesedaran jati diri itu, orang Melayu hari ini makin dilihat oleh dunia luar, bahkan oleh orang Melayu sendiri, sebagai bangsa yang tiada budaya kuat untuk menjadi bangsa maju di dunia hari ini. Malah ada orang menulis sajak menghina orang Melayu, mengatakan melalui kata- kata berselindung bahawa orang Melayu tiada apa-apa hak untuk menggelar dirinya sebagai 'Bumiputera' Semenanjung Tanah Melayu."

Tulisan di atas menyebut kita terdesak sehingga kita gelabah.

Kita sendiri yang distort makna Melayu itu sendiri barangkali dengan pelbagai mesej yang tidak konsisten.

Kenapa aku terfikir semua ini?

Sebab aku baca yang ini.

Apakah dia "Pencarian Gadis Melayu Urban?"

Rambut mereka yang tak kaler ni kira urban ke? Kalau tindik hidung urban tak? Ada virgin test untuk tentukan mereka ni benar-benar Melayu tak? Eh Gadis Melayu Urban kena virgin ke in the 1st place? What the fuck do i know man!

I mean, siapa "Gadis Melayu Urban?"

How do you categorized "Gadis Melayu Urban?"

Adakah mereka kena pakai tudung atau tidak?

Adakah kalau mereka pakai tudung, tudung itu harus macam Yuna?

And jenis cutting apa kebaya mereka?

Boleh ke nampak paha?

Boleh ke kebaya mereka nampak lurah and kalau tak nampak lurah adakah mereka cukup "urban"?

What the fuck is "Gadis Melayu Urban" ni really?

Maybe one of the contestant ada definisi terbaik "Gadis Melayu Urban". Lihat dia di sini.

What i'm saying here...in so many ways we do exploit certain things in creating something new, something big...but for me...kena berpada-pada lah.

Aku rasa it was a nice ring to it when it was only looking for Gadis Melayu...but they want to shake things up with the urban shit and all.

Aku tak tahu lah dengan korang...tapi sebagai Melayu...aku rasa malu sikit dengan Gadis Melayu Urban ini dari pelbagai aspek.

Memang rancangan realiti best, tapi cukup-cukuplah.

Kita dah jaja banyak sangat ni and are we serious bila kita nak jaja bangsa Melayu pulak?

Ini pendapat peribadi aku. Again...lets agree to disagree.

Note 1: Pendapat ini tak ada kaitan dengan penerimaan aku terhadap kondisi budaya yang makin berubah Gadis Melayu sama ada mereka urban atau tidak, cuma eksplotasi menggunakan bangsa Melayu itu sahaja yang aku kisahkan.

Note 2: Aku okay-okay aje kalau Gadis Melayu nak jadi Beyonce ke apa ke. Hahaha.

KEEP IT COOL

Kredit Gambar:

1. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0925&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

Sep 14, 2009

Aku saje je nak merapu kisah benar khalwat yang aku pernah tengok depan mata aku zaman aku wartawan dulu.

Aku terbaca Bapak Gula-Gula ni.

So aku teringat zaman aku wartawan jenayah di Harian Metro...saat aku selalu sangat ikut raid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada sekitar 1991 dan 1992 dulu.

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, KL
Suspek: Seorang lelaki dan seorang perempuan duduk di atas rumput di mana tangan kanan lelaki memeluk bahu perempuan.
Peristiwanya: Empat pegawai Jawi pantas meluru ke arah mereka selepas mengintip lebih kurang lima minit. Dialognya seperti di bawah:

Jawi: (Sambil menepuk bahu lelaki itu) Ni dah kahwin ke ni?

Lelaki itu: (Tidak berkata apa-apa melainkan tergamam macam orang bodoh)

Jawi:
(Makin berani) Mana surat nikah? Dah kahwin ke belum? Apa buat sini malam-malam? (Bertanya bertalu tanpa kasi chance Lelaki Itu untuk menjawab)

Lelaki itu: (Perlahan-lahan memasukkan tangannya ke dalam seluar dan keluarkan sehelai surat)

Jawi: (Membaca surat yang besar itu seolah-olah sehelai watikah..FYI Surat nikah Johor memang gitu)

Lelaki itu:
(Dengan penuh cool...pendek kata COOL yang gila babi) Saya ni askar Cik. Dalam setahun banyak kali out station. Sesekali bila dapat peluang, saya nak berjalan-jalan dengan bini di taman ni. Salah ke?

Jawi: (Dari muka yang berani tadi bertukar ke muka yang amat bodoh...susah aku nak explain ekspresi muka bodoh ni) Ooooo....lain kali janganlah duduk dua-dua kat tempat macam ni. Kan elok kalau balik rumah aje.

Lelaki itu:
(Masih COOL) Hmmmm.... (Dia tak cakap ape pun sebenarnya)

Jawi: Okaylah...terima kasih Cik.

Lelaki itu:
Saya bukan Cik...Saya Major ..... (nama dirahsiakan)...patut panggil saya Tuan.

Jawi:
Maaf Tuan.

Lelaki itu: (Masih buat muka COOL)

Aku dengan jurugambar ketika itu macam nak gelak sangat tapi kami tahan sebab tak sampai hati tapi dalam hati, aku fikir...PADAN MUKA LU ORANG.

Moralnya:
Bukannya semuanya yang kita sangka buruk itu buruk sebenarnya. Walaupun bukan selalu, kadang-kadang benda yang kita rasa pasti sangat...boleh kesasar jua.

Jangan marah ye...aku saja-saja je layan boring aku ni.

KEEP IT COOL!

Kredit Gambar:
http://www.kaoskumel.com/img/p/15-48-thickbox.jpg

Perbelanjaan raya nampaknya terpaksa dilaburkan untuk cat semula kereta....kecuali kaler merah adalah pilihan mereka.

Aku tengah boring sebenarnya ni.

Reading the newspapers today is so fuckin overrated.

But then, it can be fun jugak sebenarnya....not making fun...just pure fun if you have a good imagination kan.

Contohnya apa yang diterbitkan di bawah ini dalam Harian Metro today (Monday the 14th Sept).

Just take a look at it.

Who does this remind you of?

You think they have the same problem?

But this guy tak dapat ayam free lah.

Just a thought....for saje-saje je.

KEEP IT COOL

Sep 13, 2009

Hakikatnya ialah kita tak punya banyak lagu raya yang bagus dan itulah sebabnya kita asyik layan lagu raya yang sama setiap tahun. Layan Bimbo Top 5.

Seperti yang dijanjikan, ini lah BIMBO TOP 5 aku yang kedua dan kali ini aku memberikan fokus kepada lagu raya. Aku pilih lagu-lagu ini bukan berdasarkan vote sesiapa pun okay, cuma sekadar ia memberikan makna kepada aku sendiri. If you feel the same, its okay, but let us agree to disagree okay.

So, ini lah dia dan aku akan cerita sikit kesan lagu ni kepada aku okay.

1. Lagu: Dendang Perantau (P Ramlee)

Aku rasa tak ada sapa yang akan cakap dia tak suka lagu ni kan? Lagu ini sangat menyentuh pada aku saat aku first time kena kerja masa raya dulu. I think it was back in 1992 masa aku bertugas sebagai wartawan Harian Metro di Johor Bahru. Sejak kali pertama aku kena kerja di 1 Syawal itu, aku start faham makna lagu ni sikit demi sikit. So, since 1992 sehingga ke sekarang ni, ada lah lebih dari 3 kali aku tak balik beraya sebab kerja and aku dah jadi biasa dengan itu. Lagu ni buat aku hargai sangat saat-saat aku ada di kampung ketika hari raya sebab setiap tahun, keadaan di kampung kita ni selalu aje berubah-ubah kan? Baik korang tinggal di kampung yang kampung sungguh ataupun di taman perumahan, banyak benda yang akan berbeza setiap tahun kita kembali. Kawan yang suatu masa dulu baik dengan kita, dah macam alien kekadang. Betul sangat kata P Ramlee di bait: "Apakan daya, masa tak akan kembali...." Konteks lagu ini berbeza dengan perasaan aku tetapi aku menilainya secara am sahaja. The most beautiful part of the lyrics ialah: "Hanya rangkaian kata dengan lagu...Dendang Perantau."

2. Lagu: Suatu Hari Di Raya Raya (M Nasir)

Lagu ini rentaknya tidak melankolik, sebaliknya ia agak laju tetapi lagu ini jugalah yang pasti buat air mata aku mengalir setiap kali saat munculnya lirik: "Suatu hari di hari raya, ku lihat wajah suci ibuku, ku lihat wajah kasih ayahku, ku gembira. Mungkin inilah dia kebahgiaan." Lagu ini paling banyak buat aku ingatkan arwah Daddy aku sebenarnya. Lagu ini adalah antara lagu yang selalu saja aku tunggu diputarkan di radio setiap kali menjelangnya Aidilfitri. Pakej lagu ini barangkali paling lengkap - dari segi melodi dan liriknya. "Menangis tanda gembira dan menangis tanda cinta" barangkali adalah frasa yang paling hebat dalam kebanyakan lagu raya yang ada di Malaysia. Nikmati rakaman di atas yang tak silap aku dibuat oleh TV9.

3. Lagu: Idul Fitri (Tompi)

Lagu dipetik dari album Soulful Ramadhan oleh Tompi yang aku beli kalau tak silap pada tahun 2006 ketika team lama aku, Shah, Nid dan Leha berada di Yogjakarta untuk menjalankan penggambaran dokumentari raya yang sendiri berikan namanya iaitu Anak Bulan di Yogjakarta. Dokumentari itu kami buat beberapa bulan selepas wilayah Bantul dan beberapa wilayah lain di situ dilanda gempa bumi. Satu petang tu, saat kami berjalan kaki sekitar Jogja, aku melangkah masuk ke dalam sebuah kedai muzik dan aku membeli CD itu. Aku sebenarnya syok sangat dengan lagu Ramadhan Datang tetapi kemudian aku rasakan lagu Idul Fitri itu tidak kurang juga hebatnya. Tema lagunya tidak tentang kampung atau sambutan hari hari raya, sebaliknya mahukan kita semua bersyukur kepada Allah dan berdoa supaya amal kita diterima. Aku suka sangat dengan bait liriknya yang berbunyi begini: "Mari saling memaafkan dan berbagi wahai saudara, beri salam pemimpin, tuntunlah umat dengan seksama, ingat selalu kuasa-Nya, syukur segala rahmat-Nya."

4. Lagu: Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda (Al-Jahawer)

Lagu ini sangat-sangat melankolik. Ini penyanyi asalnya manakala ramai jugak yang suka dengan dendangan sahabat lamaku iaitu Mamat. Jarang lagu dendangan semula mendapat justice yang sebegitu. Untuk itu, aku salute jugak kat Mamat ni. Anyway, aku sedikit tidak bersetuju dengan lagu ini apabila dia hendak sujud di kaki ibu bapanya seperti didendangkan: "Kan ku sujud di kakimu, bila kita bertemu, kan ku cium di tanganmu, ku pohon restu..." Aku fikir melodi untuk lagu ini adalah rajanya. Orang yang masih ada ibu bapa harus dengar lagu ini berkali-kali supaya mereka boleh menghargai ibu bapa mereka kerana apabila salah seorang daripada mereka sudah tiada, selalu saja air mata yang akan iringi kita setiap kali mendengar lagu ini.

5. Lagu: Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)

Aku suka lagu ni sebab Mak aku suka sangat dengan Ahmad Jais. Baik dari zaman Ahmad Jais ni muda sampai lah sekarang ni dia dah tua (walau masih berkasut putih yang cool dan retro), Mak aku sentiasa boleh layan kalau dia ni menyanyi okay. Aku seronok bila tengok raut muka Mak aku setiap kali kalau ada aje lagu ni muncul di radio atau TV. Tak ada sebab lain aku suka lagu ni kecuali ia terbitkan senyuman dari Mak aku!

Itu pilihan aku. Aku yakin korang ada pilihan sendiri dan sebab tersendiri kenapa korang memilihnya. Sila kan lah.

Sementara itu, seperti biasa....

KEEP IT COOL

Sep 12, 2009

Last-last dapat kaler baru kat kereta dan dapat jugak ayam free. Okay le tu.

Look at all the comments in this posting about apa yang terjadi kepada penulis hiburan tu.

Rata-rata memadankan muka dia.

I wonder why.

Itulah sebabnya aku kata kita perlukan Reformasi Kewartawanan Hiburan.

I have seen worst thing yang berlaku terhadap journalists.

Takat kena simbah cat dan dapat ayam free bagi aku tak ada apa-apa pun.

Adakah ini bermakna dia adalah hero dalam kewartawanan hiburan?

Adakah ini bermakna kita perlu celebrate dia?

Adakah ini bermakna "he deserved it?"

Aku mengharapkan lain sebenarnya.

Aku mengharapkan orang yang tak puas hati or rasa wujud fitnah mengambil tindakan ikut undang-undang sebab hanya dengan cara itu sahaja reformasi boleh wujud.

Takat buang cat dan kasi ayam free samalah macam diorang yang bawak kepala lembu tu ke hulu ke hilir.

Well, itu pendapat aku.

Apa yang penting aku rasa dia kena tukar "teropong" tu sebab aku rasa "teropong" tu udah lapuk. Nak lebih elok....buang aje "teropong" haram tu.

Nak sokong aku ke tidak, aku tak kira. Itu pendapat aku.

KEEP IT COOL.

Sep 6, 2009

Jangan terkejut kalau ada orang kata HARAM kalau main lagu Raya cepat sangat sebab dia ingat orang Islam ni bodoh!

Dan separuh bulan dah puasa and since day one, aku frequently dengar radio for all the Raya songs. Kemudian baru aku ingat that lagu-lagu raya kan "dilarang" untuk ke udara ketika awal Ramadan.

Frankly, aku tak sure sapa yang buat arahan "melarang" lagu raya disiarkan di radio ketika awal Ramadan. Adakah ia self regulated or "wahyu" dari "atas" yang selalunya datang tak bertulis?

But yes, ia bisa jadi isu sehebat isu politik bodoh Ipoh kalau ada radio yang main lagu raya awal sangat. Macamlah kita ni orang Islam yang berpuasa akan lupa tentang "isi" Ramadan bulan yang mulia ni kalau kita dengar lagu raya cepat sangat.

Tadi setakat jam 10.17pm malam ni, aku masih tidak dapat dengar lagu Raya di Sinar FM. Lalu aku putar sendiri CD Tompi yang ada lagu Idul Fitri. (Layan aje lah and lagu tu pun boleh tahan jugak).

Itu hari, sehari sebelum Ramadan aku riuh sendiri nak cari kurma Iran di Jusco Seremban. Sebaik saja masuk ke dalam Jusco, tuuu dia...bukan main lagu Raya dah berkumandang di dalam supermarketnya.

Kalau iye lah "larangan" memutarkan lagu raya "diwahyukan" oleh kerajaan (menerusi Kementerian Penerangan or MCMC), sapa pulak nak regulate pasaraya untuk tidak mainkan lagu Raya cepat sangat? Ini tak termasuk syarikat-syarikat telekomunikasi yang turut sibuk jual muat turun lagu raya sebaik muncul 1 Ramadan!

Aku fikir memang banyak pendapat tentang memainkan lagu raya cepat sangat ni. Tapi bagi aku, it is really a small matter. The lifespan of Dendang Perantau kalau ikut style sekarang hanyalah lebih kurang 3 minggu dan aku tak rasa salah kalau lifespannya dipanjangkan sikit.

Kalau aku ada kesempatan nanti, akan aku catatkan Bimbo Top 5 lagi untuk Lagu Raya Kegemaran Aku okay.

Tapi buat sementara tu...

KEEP IT COOL

Aug 31, 2009

Ikut kata dia USD$4 juta aje (Aku fikir...kau tulis ikut suka hati kau aje!) Kerja gila tu namanya!

Dulu orang selalu tanya aku tentang apa risikonya menjadi seorang wartawan atau apa risikonya menulis untuk pembacaan umum menerusi medium seperti akhbar (sebab dulu zaman aku start jadi journalist tak ada blog lagi).

So? Apa risikonya?

Aku selalu saja saja jawab gini: "Menulis di akhbar macam memandu kereta. Kalau kalau salah 'steer' kau akan langgar orang and bila kau sudah langgar orang, hanya ada dua kemungkinan iaitu sama ada orang yang kau langgar tu mati atau kau sendiri yang mati!"

Suka tak suka memang gitu. When you deal with facts, you can't afford to be wrong.

Kesilapan memungkinan banyak perkara terutama SAMAN!

Aku sendiri sudah beberapa kali disaman atas penulisan aku atas beberapa sebab dari Akta Rahsia Rasmi sehingga Akta Mesin Cetak. Apa yang aku tulis benar ikut fakta tetapi aku disaman soal klasifikasi informasi pula. (aku akan bercerita tentang itu kelak bila ada peluang)

Ini soal lain. Ingat tak zaman TV RTM tayang filem/drama Inggeris dengan sari kata Bahasa Malaysia macam gampang:

i.e
ENGLISH - I STARTED WRITING AND I AM ON FIRE!
BM - AKU MULA MENULIS DAN AKU DALAM API!

Isu ni makin makin dah makin okay dan aku lihat walaupun tidak sempurna, sari kata di semua stesen TV makin baik.

Tapi kita masih ada isu lain.

Tengok kat bawah ni: (Aku gelak besar saat teman aku hantar gambar bawah ni)

(Ringkasannya: Disney sebenarnya beli Marvel dengan nilai USD$4 bilion (RM14 bilion) tapi ikut kata Utusan, Disney beli Marvel hanya dengan nilai USD$4 juta (RM14 juta). Tengok aje headingnya. Kalau nak tengok lebih jelas....tengok lah di sini dan di sini.

Kesalahan fakta seperti ini memang tidak boleh dimaafkan.

Tak cukup dengan itu, ia tidak dibetulkan sampai di saat ini walaupun secara online. At least betul kan lah kat online tu sebab satu dunia boleh baca yang online tu brader!

"Accuracy always comes first. It’s better to be late than wrong. Before pushing the button, think how you would withstand a challenge or a denial."
- The Reuters Handbook of Journalism.

SELAMAT BERBUKA

AND

KEEP IT COOL (Terutama masa ambil lauk tu ye...hehehe)

Kadang-kadang bagus kalau kita kurang bercakap dalam bulan puasa tapi ada akhbar yang masih sibuk jual "seks" di Ramadan. Suka hati kau lah labu!

Dan ini bulan Puasa. Ramadan Al-Mubarak.

Bulan yang sangat-sangat mulia.

Aku cuba nak elak menulis sepertimana yang aku selalu tulis.

Aku bukannya tak tahu penulisan aku kasar sikit sampai akan ada orang yang terasa.

Macam mana baik pun niat, tapi niat itu hanya di antara aku dan Tuhan dan bukan mudah nak buat semua orang paham niat kita kan?

So, kalau korang tertanya-tanya kenapa aku menyepi sejak dua menjak ni, aku sebenarnya nak kurang berkata-kata di bulan ni.

Aku tak mahu buat berita macam di bawah ni....

Dalam bulan puasa ni, kita masih disaji dengan berita seperti ini. Hebat!

Jumpa lagi.

KEEP IT COOL.

Aug 20, 2009

Ramai sangat orang yang mati dalam sebulan dua ni yang buat aku termenung sejenak dan tak tahu apa nak tulis.

Tak tahulah kenapa sebenarnya.

Aku tak berapa pasti kenapa.

Kenapa sejak seminggu dua ni aku macam tak bisa menulis.

Sekali dua tu, aku duduk jugak depan laptop untuk menulis tetapi entah kenapa hati tidak terpanggil untuk menulis.

Bukannya aku letih ke apa ke, tapi banyak sangat benda-benda lain yang bertandang di fikiran aku ni yang buat aku tak kuasa untuk menulis tentang apa-apa pun.

Selepas menulis tentang isu "pendedahan hina" Kosmo tentang Allahyarham Yasmin Ahmad itu, aku tawar hati sikit.

Apa yang aku buat ialah bertandang ke Jakarta, Indonesia sebab ada meeting di sana dan ketika di sana pun, berita kematian masih mendominasi seperti kematian WS Rendra (antara penyair kesukaan aku) dan Mbah Surip (seorang penyanyi Indonesia yang senior tetapi baru mengecapi populariti).

Aku masa di UiTM dulu sempatlah jugak layan antara kelas kegemaran aku iaitu Kesusasteraan Asian dan masa tu kita orang ada belajar puisi Rendra tetapi aku dah mula layan puisinya jauh lebih lama dari itu.

Nota: Aku ada menggunakan bait-bait puisi WS Rendra ketika menulis skrip filem tunggal aku dulu iaitu 7 Perhentian.

Dan ini pulak arwah Mbah Surip. Dia sudah menyanyi berpuluh tahun tetapi popularitinya hanya mencanak selepas lagunya, Tak Gendong (Carrying You on My Back) mendapat sambutan yang luar biasa sangat dengan lebih 1 bilion download. Tetapi dalam baru sahaja mahu kecap semua itu, dia meninggal dunia.

Kemudian bila sekembalinya ke Kuala Lumpur, pelawak terkenal, Param pulak meninggal dunia dan kemudian ayah kepada boss aku pulak dijemput Tuhan. Dan kemudian Ustaz Asri Rabbani pulak meninggal dunia.

Param...aku tak pernah dapat peluang untuk menemubual dia di saat dia hidup dulu. Tapi lakonanya memang aku suka sangat.

Aku masih teringat aku bertembung dengannya di stesen minyak Mobil di Parit Jawa, Muar, Johor satu masa lalu (kalau tak silap aku lebih 10 tahun lalu). Kami sempat bersembang panjang di stesen minyak itu. Dan aku rasa last sekali aku jumpa beliau ialah ketika aku sibuk jadi penganjur konsert Hadhari TV9 yang ntah kat mana dulu. Allahyarham adalah seorang penyanyi nasyid yang aku hormat sangat sebab dia amat amat merendah diri.

Mati demi mati. Lima perkara sebelum lima perkara pun ada sebut tentang mati.

Absurd - Itu adalah mati sebab kita tak pernah undang dia datang tetapi dia akan datang juga dan biar macam mana kita tak mahu pun, dia akan jemput kita juga ke alam yang satu lagi itu.

Aku tak mintak orang paham, tapi aku sekadar berharap korang semua sabar. Aku pasti akan menulis lagi, cuma aku nak telan dulu rasa-rasa tentang mati yang kita semua tahu ini.

Entah esok ribut ke, hujan ke, panas ke aku tak tahu...kita semua tak kan tahu.

Insya-Allah, aku mahu sambung menulis pada 1 Ramadan nanti.

Tapi sementara itu, aku nak sangat ucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua orang yang membaca blog aku yang tak seberapa ni ye.

Note: Kalau ikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ejaan yang sebenar ialah RAMADAN....bukan RAMADHAN.

KEEP IT COOL

Kredit Gambar:
1. Ustaz Asri: http://mrazril.blogspot.com/2009/08/al-fatihah-ustaz-asri-rabbani-meninggal.html
2. Param: gosipcentral.blogspot.com
3. Mbah Surip:
nanodiary.wordpress.com
4. Ws Rendra:
suaidi2007.wordpress.com
5. Animasi Ramadan: http://wawan12.files.wordpress.com/2008/09/ramadhan.jpg
6. Demi Masa: http://4z1z4h.files.wordpress.com/2009/07/demi-masa1.jpg