Jan 19, 2010

Kalau cikgu kencing berdiri, murid pasti kencing berlari.

Kadang-kadang aku terfikir sendiri bahawasanya orang media kan bijak-bijak juga. You don't really have to tell them "things" or even educate them on certain things such as ethics, code of conduct etc.

Kita fikir kalau media yang bertanggungjawab menjadi orang tengah kepada jutaan manusia, mereka seharusnya memiliki kebijaksanaan tentang sesetengah perkara yang membabitkan nilai berita, etika bekerja, cara berita itu disampaikan, niat berita itu dan sebagainya.

Tapi kan? There are times when you feel like you have to explain things as if you are explaining to a 6 year old.

Rabu lalu (20/01/10) aku baca Harian Metro. Beritanya bertajuk begini: "Tak setuju gimik Azwan." (Akan aku kasi linknya di bawah nanti).

The man! :)

Let me "do this" by selecting some paragraphs okay. (Sebelum itu, harus aku jelaskan bahawa artikel berkenaan ditulis sebagai menjawab "grief" penerbit rancangan Terjah iaitu Nas Ahmad)

Look below:

"Saya mendapat SMS dari Azwan memberitahu dia akan mengadakan majlis merisik. Bukan saya seorang, tetapi penerbit dan rakan wartawan lain pun turut menerima mesej sama. Dari situ, saya tahu ada sesuatu tidak kena dengan majlis itu dan saya yakin ia bukanlah majlis merisik atau perkahwinan seperti digembar-gemburkan. Kalau dikatakan Terjah turut bersekongkol, sudah tentu kami tidak tanya soalan yang menghentamnya dan anda boleh tonton kembali program itu sebagaimana kami menjejaki Azwan untuk mengetahui kebenarannya." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: Kita sedar di sini bahawasanya Nas mempertahankan tindakan Terjah membuat liputan terhadap gimik Azwan Ali kerana ada (tidak tahu siapa) yang mendakwa bahawa Terjah dan Azwan bersekongkol untuk "mempromosikan" gimik berkenaan. Masalahnya terhadap jawapan Nas ini ialah "bertanyakan soalan yang menghentam dan bersekongkol" adalah dua perkara berbeza. Seseorang itu masih boleh "bersekongkol" walaupun dia bertanyakan soalan yang "menghentam". And by explaining that, adakah itu pendekatan Terjah iaitu bertanyakan "soalan menghentam"? And apakah maksud "soalan menghentam?" Adakah tugas wartawan untuk bertanyakan "soalan menghentam?" Aku pun lama gak jadi wartawan dan aku tak pernah seumur hidup diajar oleh sesiapa untuk bertanyakan "soalan menghentam".

"Jujur, tiada siapa pun antara kami mengetahui propaganda Azwan dan mengapa kami sanggup turun ke sana (Johor) kerana ingin mencari berita. Bagi saya, kalau betul dia kahwin itu sudah menjadi satu berita dan kalau sekadar 'propa', itu pun berita." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: What the fuck is propa? And to use "propaganda" for Azwan's arse gimmick is too much. Do you really have to understand this as if i am explaining to a fucking idiot? Propaganda adalah "penerangan" atau "penyiaran" yang diasosiasikan dengan ideologi atau fahaman. Sekadar gimik bodoh Azwan, tak payahlah sesatkan orang dengan penggunaan perkataan "propaganda". Bukankah tanggungjawab media juga untuk mendidik rakyat?

"Wartawan diajar mengenai prinsip 'anjing gigit orang, bukan berita tetapi kalau orang gigit anjing, itu barulah berita'. Tetapi, prinsip itu tidak, buat saya. Prinsip Nas Ahmad yang dipegang sejak dulu lagi ialah kedua-duanya dilihat sebagai berita penting yang perlu dihebahkan kepada masyarakat." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: Wow! For years and years we have been taught the theory of man bites dog in journalism (Media Studies) apabila kita berbicara tentang nilai berita and fyi, scholars in the Media Studies masih menggunakan teori yang sama tetapi Nas ini tidak. *Barangkali, penguasaan berita tentang selebriti dan sosial, sempadan di antara berita asli dan program realiti (atau Terjah) serta budaya-budaya popular lain yang semakin kabur, menunjukkan dunia berita dan nilainya semakin berkembang dan berubah. Kini proses tradisional berita hanya mempunyai signifikasi yang kecil.

"Sebagai wartawan hiburan, kita perlu kreatif dalam penyampaian berita agar nampak lebih sensasi. Namun apa-apa pun, mesti berpegang pada fakta. Kalau ada mengatakan Azwan memperbodohkan media dengan gimiknya, saya melihat perkara itu dari dua sudut perspektif berbeza. Kalau dilihat dari sudut budaya negara kita, saya tahu ramai tidak dapat menerimanya. Tetapi, gimik dilakukan Azwan sudah menjadi fenomena biasa di negara barat mahupun negara jiran kita, Indonesia."- Nas Ahmad
KOMEN AKU:
Bukan setahun dua pengalaman aku menjadi hiburan sama ada di Harian Metro, Metro Ahad ataupun menjadi Editor majalah hiburan tetapi aku tidak pernah seumur hidup "kreatif" untuk mensensasikan sesuatu. We write or broadcast the news as it is and we DO NOT manipulate to "sensasikan" ia. Adakah statement Nas ini mewakili semua wartawan hiburan yang ada di Malaysia sama ada di media elektronik ataupun cetak? Tidak cukup dengan mengakui terpaksa kreatif untuk mensensasikan, Nas terus lagi mengatakan bahawa "kreatif" untuk "mensensasikan" sesuatu berita hiburan dengan "berpegang kepada fakta". Tidak kah itu memberikan maksud memanipulasikan fakta untuk mensensasikannya? What the fuck is that? Soal pandangan sudut budaya pula, Nas mengakui bahawa "negara kita tidak dapat menerimanya" tetapi ia adalah fenomena biasa di Barat dan Indonesia. So, why the fuck he does the same fucking thing for a program that is broadcast only in Malaysia for Malaysian ?

"Bagi saya, kontroversi penting bagi seseorang penyanyi dan pelakon untuk dikenali dan terus diingati. Lagipun, ia (kontroversi) akan memeriahkan lagi persada industri hiburan. Contohnya strategi Azwan mengumumkannya terpilih sebagai duta produk, dia pandai bermain dengan kontroversi." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU:
Apakah benar apa yang Nas katakan ini bahawasanya "kontroversi bagi artis adalah penting untuk dikenali dan terus diingati?" Aku rasa statement ini sangat-sangat menjatuhkan maruah artis sebenarnya. And for the fucking record, pendekatan Azwan melancarkan produk serai (or whatever fuck it was) itu bukan lah sebab dia "pandai bermain dengan kontroversi". Nas harus lebih bijak menggunakan pemikirannya sebab itu bukan "pendekatan kontroversi", sebaliknya Azwan menggunakan "gimik". The product launch menggunakan gimik kononnya Azwan nak kahwin. Please....oh my GOD, please refer to the dictionary before you use words that leads to stupidity.

"Di sebabkan itulah, saya katakan kontroversi amat penting dalam karier seni seseorang artis. Lihat saja artis popular seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Mawi. Karier seni mereka pernah tercalit kontroversi hebat dan kerana itulah mereka masih terus diingati hingga saat ini." - Nas Ahmad.
KOMEN AKU: Please (all you Siti and Mawi punya fans)...is this true? Adakah Siti dan Mawi masih terus diingati sebab kontroversi mereka? I will not argue that it is a contributing factor, but the main factor would still be that Mawi is the most sucessfull AF star manakala Siti pulak adalah penyanyi tempatan yang paling sukses.

**How journalists perceive their own roles is important, because they have traditionally relied on ingrained work roles and habits, and resisted changes to these routines. Daniels and Hollifield found that newsroom professionals react to change with resistance and negativity. ***Giles argued that journalists resist change because it threatens traditions and news routines.

Aku terlalu kisahkan apa yang akan berlaku di masa depan dalam dunia kewartawanan hiburan sebenarnya kalau kita ambik satu persatu statement Nas Ahmad ini and I am also wondering adakah apa yang Nas katakan ini persetujui oleh kebanyakan wartawan hiburan yang sedia ada bertugas dalam industri kewartawanan sekarang?

Is this the future of entertainment news sama ada dunia penyiaran atau atau dunia percetakan?

Is it a creative lisence to manipulate facts and make it sensational?

Jika ini adalah masa depan dunia kewartawanan hiburan, well....FUCK ME!

KEEP IT COOL!

Aku jadi takut + bimbang apabila membaca statement dia.

* (Harcup & O'Neill) Nilai Berita
**
G. L. Daniels, & C. Ann Hollifield, “Times of Turmoil: Short-and Long-Term Effect of Organizational Change on Newsroom Employees,” Journalism & Mass Communication Quarterly 79:3 (2002): 661-680.
***
Robert Giles, Newsroom Management: A Guide to Theory and Practice (Detroit: Media Management Books, 1995).
Note: Klik sini untuk membaca berita yang dimaksudkan sepenuhnya.

Jan 18, 2010

Selagi boleh launch aje lah apa saja kejadah yang kau nak launch asalkan nampak kat rakyat macam kau orang buat kerja. Kan?

They have 5 years to go, to reach their goal.

Seriously, its not bad to have a 5 year plan kan?

In a way, kita semua ni boleh impress.

The goal?

As they said it - "Negara bebas dadah 2015."

Okay, aku tak nak jadi the typical me and start to write all those cynical stuffs.

Let us just be straight forward.

The goal of Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ialah "Negara Bebas Dadah 2015" and their latest tool ialah FACEBOOK and TWITTER.

Fuckin A!

They want to make us a drug free country by 2015 and they are going to introduce the new tool which is Facebook in the year 2010 when Facebook was invented on Feb 4th, 2004? And even Twitter started their project in San Francisco in March 2006.

And now, populasi Facebook sebanyak 350 juta pengguna sudah pun mengatasi populasi Amerika Syarikat sendiri iaitu 308 juta. (Sumber: The Sun / Isnin 18 Jan 2010 / ms: 18)

Aku pelik kenapa AADK lembab sangat. Kalau selepas 6 tahun kewujudan Facebook baru AADK nak menggunakannya, mampukah mereka memberikan kesan kepada usaha "Negara Bebas Dadah 2015"?

Agaknya dari tempoh sekarang sehingga 2015, kita ada berapa ramai lagi penagih dadah? Pengedar dadah? Silap-silap pengedar dadah siap guna Facebook Page AADK lagi untuk mengedar dadah! Lawak lah korang ni!

Barangkali, apa yang ada dalam kepala lu orang selalunya ialah:
1. Apa yang patut aku rasmikan bulan ini untuk nampak aku buat kerja dan nampak pandai.
2. Agensi korporat mana yang aku boleh approach untuk dapatkan sponsorship and terus sekaligus buat contact supaya bila aku berhenti kerja di agensi kerajaan tu, aku boleh mintak kerja di agensi korporat tu pulak.
3. Agensi korporat mana yang akan dapat advertising budget besar aku untuk projek ini supaya mana lah tau esok lusa aku boleh tukar kereta.

Fucking joke you guys are!

Let us face the sad facts here please: (Semua yang di bawah ini dipetik daripada laporan akhbar Berita Harian pada 10 Julai 2009 / ms: 41)

1. Sehingga 2008, kita ada 12,352 penagih (Ini ikut Statistik AADK sendiri)
2. Daripada jumlah itu, 75 peratus penagih adalah orang Melayu! (Ini ikut Statistik AADK sendiri)
3. Setiap hari, sebanyak 17 penagih dadah dikesan. (Ini ikut Statistik AADK sendiri)
4. Kini, hanya ada 29 pusat serenti untuk tampung lebih kurang 10,000 penagih dadah.
5. Ini maksudnya setiap pusat serenti akan ada lebih kurang 345 penagih dadah.
6. Dan daripada jumlah 10,000 itu, hanya 20 hingga 25 peratus penagih dadah yang keluar daripada pusat serenti akan pulih.

Woi! Tengok your own fucking statistic and please....fucking please do more than launching your fucking Facebook and Twitter initiative okay.

Guys, you wanna look at these wonderful AADK people and their GREAT Facebook and Twitter launch? Look below:

And if you want to see the actual page and read more, please click here.

And lagi satu, jom kita lihat FB Page AADK yang sempat aku cari jugak ni:

Kalau tak silap aku, ahlinya tak sampai 500 orang pun and ada pelbagai Page FB AADK yang lain and aku tak tahu mana satu yang sahih. Barangkali diaorang akan ada the NEXT LAUNCH lepas ni.

KEEP IT COOL!!

Jan 17, 2010

Sinergi ialah apabila dua benda bergabung untuk menjadikannya hebat dan sinergi juga bisa berlaku atas gabungan dua benda bodoh!

Do you know what is the definition of synergy?
(Atau dalam Bahasa Melayunya disebut: "Sinergi"?)

Ikut Dewan Bahasa & Pustaka:
Sinergi:

1. tindakan bersama dua ubat atau lebih ubat, otot, dll untuk menghasilkan tindakan paduan yang lebih berkesan daripada tindakan bahan tersebut secara berasingan.

2. usaha sama antara individu atau organisasi yang hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara bersendirian.

Could it also be something like this? (Look below)

Benda best + Benda Best = Double Best

or

Benda Tak Best + Benda Best = Benda Best Gak Lah

or

Benda Bodoh + Benda Bodoh = Tak Bodoh Sangat?

Hmmm, susah nak percaya bahawasanya kalau sinergi wujud di antara dua benda bodoh, ia mampu menghasilkan perkara yang "tak bodoh sangat" kerana kebarangkalian yang tidak boleh dinafikan ialah gabungan itu mampu menjadikannya "terlalu bodoh"!

Meh kita kaji pulak beberapa perkataan baru (atau akronim) yang selalu kita dengar:

Bi-Pop - Bintang Popular
Co-Pro - Combine Production
Hi-Def/HD - High Definition

Dan ada juga lagi satu ni:

Seladang + Lembu = Selembu

Dan aku juga sedang fikir tentang 2 perkataan ini kalau digabungkan: (Lihat bawah)

Teropong + Terjah =

1. Terjah; or
2. PongJah; or
3. RopoJah; or
4. PongTer; or
5. JahPong; or
6. TeTe

Kah kah kah. Aku gelak sendiri dengan lawak aku sendiri! I know...i know...its a fucking long introduction for the not so funny joke.

Anyway, maksud aku menulis semua di atas ialah sebab apa yang aku baca kelmarin on The Sunday Paper.

The Teropong wrote something like this: (The heading was this: Siti, Mawi tak pernah perlekeh ruangan gosip). Aku hanya kasi 5 perenggan sahaja di bawah ini and selebihnya akan aku link kan di bawah:

KETIKA leka membelek akhbar mingguan baru-baru ini, Zubir tertarik dengan satu judul dan kandungan artikel tulisan sebuah ruangan pojok terkenal. Artikel itu melaporkan, seorang artis terkenal bertaraf diva melontarkan kritikan terhadap program gosip baru TV3, Terjah yang dikendalikan wartawan hebat, Nas Ahmad. Artis berkenaan melahirkan kritikannya menerusi Facebook beliau.

Artis itu menulis secara sangat santai dan penuh humor mempersoalkan, tidakkah Terjah itu menjatuhkan air muka artis kita? Diva popular itu sudah menjalankan tanggungjawabnya menegur stesen TV yang berpengaruh seperti TV3. Zubir ucapkan syabas kepada artis berkenaan kerana keberaniannya bersuara mempertikaikan sebuah rancangan gosip yang dikendalikan seorang penerbit dan wartawan hiburan berpengalaman seperti Nas Ahmad!

Antara lain, ruangan pojok itu melaporkan, Terjah yang dulunya segmen saja dalam Melodi, kini sudah jadi sebuah program yang matlamatnya menerjah artis-artis kontroversi. Dalam menerjah itu dan ini, adalah yang terkeluar daripada adab susila. Ada yang memalukan apabila program berkenaan seolah-olah menjadi hakim yang menjatuhkan hukuman.

Bagi Zubir, apa masalahnya dengan Terjah? Bagi Zubir, matlamat Terjah hampir sama dengan program gosip lain seperti Melodi, Fuh... Galaksi dan beberapa lagi rancangan gosip terbitan RTM dan Astro. Cuma apabila Terjah dikendalikan wartawan penyiaran dan penerbit yang banyak pengalaman dalam dunia kontroversi dan gosip artis, pasti pengisiannya lebih pedas, tapi masih relevan dengan suasana budaya orang Malaysia!

Jika Terjah disajikan dalam bentuk ‘manja’, lebih baik Terjah tidak dikeluarkan daripada Melodi. Zubir sendiri pernah dimaklumkan Nas, idea mengasingkan Terjah daripada Melodi, lahir daripada idea orang kuat Media Prima sendiri, Datuk Seri Farid Ridzuan, tapi apabila artis berkenaan berani mempertikaikan Terjah yang didakwanya boleh mengaibkan artis, anda memang seorang yang hebat, tidak seperti artis lain yang kononnya hanya ‘menikus’ sebab takut kena gam dengan stesen TV!

Lets talk about the 5th paragraph. Lets make it the controversial paragraph. Nak tahu kenapa? Sebab Teropong tulis: "Zubir sendiri pernah dimaklumkan Nas, idea mengasingkan Terjah daripada Melodi, lahir daripada idea orang kuat Media Prima sendiri, Datuk Seri Farid Ridzuan, tapi apabila artis berkenaan berani mempertikaikan."

Apa maksud Teropong dengan perkataan "BERANI"?

Does it sound like a threat to you?

Adakah artis semua kena tunduk dengan apa sahaja yang dibuat oleh program seperti Terjah atau seperti Puh atau seperti Melodi atau apa saja program yang disiarkan di TV?

Lihat "sinergi" di antara Terjah dan Teropong ini.

Teropong jelas sekali ini mempertahankan Terjah.

Cuma aku fikir, kalau apa yang Terjah buat ada justifikasinya, ada fair comment atau tidak melanggar etika, ia tidak memerlukan sinergi bodoh yang aku nyatakan di atas.

Why does Teropong need to defend Terjah?

Dalam banyak perenggan artikel itu, Teropong ini bukan main memuji artis berkenaan yang mengkritik Terjah. Sama ada niatnya baik atau tidak aku tak tahu tetapi di 2 perenggan akhir, dia menulis ini (lihat bawah):

Bagaimanapun, Zubir sanjung tinggi kritikan artis terkenal berkenaan. Itu pendapat peribadinya, suka hati dialah... Bagi Zubir, yang membuka ruang kepada kolum atau rancangan gosip TV ialah artis itu sendiri yang sering kali terpalit dengan kontroversi dan cerita sensasi sehingga menjadi buruan media massa. Jadi, siapa yang harus dipersalahkan, tepuk dada tanya selera. Mereka mungkin marah apabila sudah terkena batang hidung sendiri tetapi kalau baca cerita orang lain yang kena terjah dan jadi bahan gosip mereka suka pula!

Namun, Zubir tabik spring dengan dua artis terkenal, Datuk Siti Nurhaliza dan Asmawi Ani atau Mawi AF3, sepanjang mengenali mereka, mereka acap kali diburu kontroversi dan cerita sensasi, tapi tidak pernah sekalipun memperlekehkan ruangan atau rancangan gosip, jauh sekali memusuhi media massa. Siti dan Mawi adalah antara dua artis yang paling mesra media walaupun wartawan sering mengkritik mereka, tetapi kau ada?

KOMEN AKU LAGI: Dia puji punya puji artis yang mengkritik Terjah tetapi akhirnya dia kata Mawi and Siti tak pernah kisah dan artis berkenaan pula yang seolah-olah salah sebab mengkritik. Dia juga cakap Siti dan Mawi "mesra media" (whatever fuck that means) manakala artis yang mengkritik itu tidak (i.e tetapi kau ada?). Apa lu tulis macam gampang ni Teropong? Kalau tak reti nak sinis, cakap aje lah terang-terang. You got a problem with any artiste critisizing anything here? And when they do, you so called threat them? What the fuck? You gonna ban them? Is that how you roll? And why does Terjah need this Teropong idiot to defend? Be bold, be blunt, be motherfucking unethical if you wanna but paling penting "BE ACCOUNTABLE FOR IT!"

Dammit, I promise myself not to say fuck too much, but sometimes, I just fucking have too okay. I hope you understand. There goes my 2010 resolution!

A close friend tanya aku baru-baru ini masa kat Singapura: "Kenapa kau marah sangat?" Dia kata gitu sebab dia baca Bimbo. Tapi aku balas: "Why do you think I am angry." Well, hakikatnya, I am not that angry, aku happy sangat dengan perkembangan positif media sekarang. Ini bukan aku yang cuba jadi sinikal, tetapi aku memang suka sangat sebab dulu kita tak boleh nak komen-komen bila kita tak puas hati, tetapi sekarang kita ada pelbagai medium untuk melahirkan ekspresi kita.

So? (Ini balik kepada isu Teropong tadi)

"You" wanna critisize me too in your newspaper? "You" wanna mention my name like you did before? "You" think you can mess with The Bimbo? Well, actually you can...and when you do, please bark The Bimbo's blog address as well. Hehe....

KEEP IT COOL.

Note: You can read The Teropong here.

Jan 13, 2010

Ulasan: AJL 24 - Tahniah buat Aizat.

Aku sempat membaca akhbar hari ini (walaupun dalam kesibukan bekerja).

Dan aku membaca ruangan Fragmen, tulisan sahabat aku, Zainuri Misfar.

Tajuknya: "AJL24, Loloq dan lagu Pergi" (Di bawah nanti, akan aku kasi link kepada tulisan itu tapi buat sementara ni, aku akan ulas beberapa perenggan yang menarik perhatian aku). Layan lah di bawah ini:

Ia berbaloi dengan kos sebanyak RM2 juta yang dibelanjakan TV3. Dengan lagu yang baik, barisan penyanyi bertenaga, menyebabkan pakej keseluruhan persembahan AJL24 memang benar-benar mantap.

Kalau diterjemahkan dalam industri perfileman, kos RM2 juta boleh digunakan menerbitkan sebuah filem cereka. Sekiranya sebuah telefilem 90 minit berharga RM80,000, duit sebanyak RM2 juta boleh membeli 20 telefilem. Tidak apalah. Apa yang TV3 lakukan semua itu adalah penghargaan kepada kepada karyawan muzik tanah air.
Setahun sekali, sebuah stesen TV menganjurkan program yang cukup istimewa kepada penggiat muzik kita.

KOMEN AKU: Benar sekali seperti apa yang dikatakan oleh Zainuri mengenai "terjemahan" itu. Tetapi aku rasa kalau dikaji dengan lebih mendalam, biarpun TV3 mendakwa membelanjakan RM2 juta untuk AJL24, kita jangan pulak lupa soal penajaan mereka yang barangkali mengurangkan "beban" RM2 juta itu. Secara logiknya, tak ada mana-mana organisasi yang akan berbelanja tanpa ada pulangan kan? Biarpun AJL24 adalah "untuk komposer" atau "untuk penyanyi" atau "untuk penulis lirik", kita tidak boleh lari dari hakikat bahawa ia juga adalah "UNTUK TV3". Jangan fikir konotasi aku ni negatif, tetapi dalam pada mengaut apa jenis keuntungan, TV3 tetap dengan usaha mereka untuk memartabatkan industri muzik negara menerusi pertandingan berkenaan.

Cuma di sebalik kegemilangan itu, tidak pula terselit segmen untuk memperkenalkan barisan komposer atau penulis lirik yang terbabit pada malam kemuncak AJL24. Ia mungkin terlepas pandang yang kita anggap tidak disengajakan oleh TV3. Memanglah kita pun terlintas juga, sepanjang AJL24 itu berlangsung, yang menonjol hanyalah penyanyinya.

Merekalah yang beraksi di pentas dan paling menonjol sekali dan seterusnya menjadi sebutan peminat. Beruntung sekali Yuna, Aizat, Bunkface dan Hujan serta Estranged kerana mereka bukan sekadar penyanyi, tetapi juga pencipta lagu dan penulis seni kata sendiri.
Cuma, bagaimana pula dengan komposer atau karyawan muzik di belakang tabir? Mereka terus tenggelam dengan populariti penyanyi yang membawa lagu ciptaan mereka. Inilah hakikatnya. Ia bukan cerita baru lagi. Kemenangan lagu Pergi ciptaan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar dengan Aizat sebagai penyanyinya masih menjadi bualan ramai.

KOMEN: Sejak zaman aku wartawan hiburan dulu lagi, perkara ini sudah selalu sangat diperkatakan atau dikritik atau diulas. Kenapa komposer dan penulis lirik tidak benar-benar ditonjolkanlah, kenapa hanya penyanyi yang naik pentas lah, kenapa itu, kenapa ini. TV3 sendiri dalam sejarah menganjurkan Juara Lagu juga, sudah menggunakan terlalu banyak pendekatan untuk memperkenalkan komposer dan penulis lirik dan dalam pada masa yang sama, sudah ramai juga komposer dan penulis lirik meluahkan rasa tidak puas hati mengenai tentang diri mereka yang tidak ditonjolkan. Well, frankly, aku rasa sudah tiba masanya komposer dan penulis lirik stop complaining. Hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawasanya bagaimana hebat sesebuah lagu itu pun, ia tidak akan jadi hebat tanpa penyanyi yang betul.

"Its not the song....its the singer," kata Mick Jagger suatu masa lalu.

Kalau anggapan bahawa seseorang komposer atau penulis lirik itu adalah mereka di belakang tabir, maka tidak salah kalau mereka terus berada di belakang tabir dan terus menerus menghasilkan lagu yang hebat-hebat untuk dinyanyikan oleh mereka yang handal-handal juga.

But then, ini perlu ada keseimbangan. Maksud aku ialah seseorang penyanyi yang menyanyikan lagu ciptaan komposer lain, seharusnya bijak and tahu luar dalam tentang lagu itu dan mereka harus tahu untuk "menghargai" lagu ciptaan komposer berkenaan.

Aizat misalnya sejak kemenangan lagu Pete Teo/Amran Omar (Pergi) tak sudah-sudah dipetik dalam akhbar mengenai niatnya untuk membotakkan kepala. What the fuck? That is so fucking yesterday okay. Kau ingat kau menang Thomas Cup?
Aizat seharusnya mengambil peluang (terutama dalam temubualnya di Hotfm kelmarin) untuk menyatakan penghargaannya kepada Pete dan apa "makna sebenar" lagu berkenaan kepada Pete, kepada Amran dan juga kepada dirinya sendiri.

Aku harap komposer dan penulis lirik cukup-cukuplah sibuk nak "sinar" yang sama yang diperolehi penyanyi dalam soal ini. Terima hakikat bahawasanya kalau bukan Dato Siti Nurhaliza yang dendangkan lagu ciptaan Adnan Abu Hassan (misalnya), maka nobody wants to give a fuck about Adnan Abu Hassan.

Pembabitan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TV Rangkaian Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan sebagai juri dalam AJL24 sudah menimbulkan ‘sosek-sosek’ tidak menyenangkan, terutama di kalangan blogger hiburan.
KOMEN AKU: Yes, kenapa CEO TV3 ini menjadi juri? Sebab TV3 stesen dia? Sebab dia hebat tentang muzik atau lirik?

Ditambah dengan kehadiran Fatimah Abu Bakar sebagai juri, individu yang kita ketahui mempunyai hubungan rapat dengan Yasmin Ahmad.

KOMEN AKU: Yes, kenapa Fatimah Abu Bakar ini menjadi juri? Sebab dia pernah ajar budak-budak AF berlakon, maka dia layak menjurikan lagu? Dia layak menjurikan persembahan?

Aku fikir, TV3 pasti ada alasan mereka sendiri (of course lah kan) tentang kenapa CEOnya dan Fatimah menjadi juri dan TV3 juga harus ada keterbukaan apabila pemilihan juri ini dipertikaikan oleh sesiapa jua.

Kita, sama ada kita media, atau kita penulis blog, atau kita sebagai rakyat biasa pasti senantiasa akan ada pendapat mengenai mana-mana pertandingan sama ada berbentuk hiburan ataupun pertandingan politik seperti Pilihanraya kerana kan kita ni ada kebebasan bersuara walaupun ia tidak absolut.

Namun, aku sebenarnya melihat bahawa kita harus mula argue benda-benda baru, bukan berulang-ulang kali mengutarakan soal yang sudah jutaan kali kita soalkan.

Apa kata kita argue dan lontarkan pendapat lain seperti:

1. Kenapa Juara Lagu hanya lagu Melayu?
2. Kenapa Juara Lagu hanya untuk lagu di Malaysia?
3. Apa langkah seterusnya lagu Pergi selepas menang AJL24? Apa perancangan TV3 selain menggunakan visual dan audio AJL24 sampai lunyai sama ada di stesennya ataupun di rangkaian radionya?
4. Kenapa tidak kembalikan kategori Lirik Terbaik. Ataupun adakah alasannya ialah Lirik yang Terbaik itu datang daripada Lagu yang Terbaik?

Personally bagi aku, Lagu Terbaik dalam AJL24 ialah Dan Sebenarnya (Yuna) tetapi jelas sekali juri berasakan Pergi adalah lebih baik. Kombinasi lirik dan melodi serta penyampaian oleh Yuna adalah sesuatu yang aku rasa hebat.

Namun, that is beside the point. The main thing is, usaha TV3 ini harus diteruskan. Usaha memberikan penghargaan sama ada berbentuk wang atau tidak kepada komposer, penulis lirik dan penyanyi ini adalah sangat-sangat penting.

Aku suka sangat melihat perkembangan industri muzik ini via Stesen TV. (i.e Aizat lahir dari Akademi Fantasia dan Aizat bikin album dan kemudian Aizat menang pertandingan.). Sinergi ini adalah sangat penting. Stesen TV dan industri muzik seolah-olah menghargai satu sama lain.

Okaylah...apa pun, aku ucapkan tahniah kepada Pete Teo dan Amran Omar atas penghasilan Pergi manakala tahniah paling utama ialah kepada Aizat kerana berjaya memberikan nyawa kepada penciptaan itu.

Salam.

KEEP IT COOL!

Baca artikel penuh Zainuri di sini.

Kredit gambar Aizat: www.gua.com.my

Lihat dunia. Tiap-tiap tahun aku dapat hadiah puluh-puluh ribu dan kekadang jutaan RUPIAH untuk hari jadiku! Haha...mana sama bodoh!

Sembang petang + tengah malam di sebuah kedai kopi di area Kepong.

(Nama sebenar mereka tidak digunakan atas sebab-sebab keselamatan)

KADUK: Kau ada baca tu? (Sambil menuding jari ke meja sebelahnya yang ada surat khabar)

SAM: Dah baca dah....nape?

KADUK: Dahsyat dia!

SAM: (Buat muka pelik sambil garu kepala seperti kebanyakan adegan drama Melayu) Apa yang dahsyatnya? Biasa aje lah tu.

KADUK: Biasa apa benda. Mana ada orang biasa boleh buat benda luar biasa macam tu!

SAM: Kan dia kaya....so beli benda mahal kira biasalah kan?

Well, dialog di atas ni memang simple. Bila aku dengar, it made sense.

It was such a big deal to certain newspaper to report that Dato Siti dapat hadiah beg tangan berharga RM40k but to "Sam" it was not a big deal sebab laki Dato Siti memang kaya raya.

Barangkali, kalau hadiah yang laki dia kasi adalah benda yang kita "tak nampak", then it has more news value maybe. (Nota: Apa itu hadiah yang kita "tak nampak"? Fikirlah sendiri okay)

Adakah nilai beritanya tinggi apabila laki Dato Siti kasi hadiah yang bernilai sama ada RM40k ataupun RM1 juta? Bak kata Sam tadi: "Dah dia mampu!"

But nevertheless, it made Page 2 on certain newspaper.

Jom kita layan gambar2 bawah ni:

Nasib baik ada juga muka surat 2 akhbar yang laporkan tentang keadaan negara kita kan?

Kalau tadi gambar di atas ialah Utusan Malaysia, yang ini pulak muka surat 2 Berita Harian juga melaporkan tentang keadaan negara. Syukur.

Tapi ini juga penting untuk keamanan negara sebab kita pasti tidak mahu Siti guna beg tak ada jenama, kereta murah atau jam Petaling Street kan? Kan?

Kepada peminat-peminat setia Dato Siti, jangan kecik hati dengan apa yang aku tulis ini. Ini sekadar cuit manja luar biasa Kak Siti Curam atau Mak Cik Joyah Gemuk Gedempul aje ni.

Kan kita kena selalu....

KEEP IT COOL!

Jan 8, 2010

Teori "BARANGKALI" aku tentang Api lawan Api dan Kurang Ajar dibalas Kurang Ajar

Barangkali - Kalau diorang kurang ajar, kita jadi kurang ajar.

Barangkali - Kalau diorang tak sensitif, kita jadi tak sensitif.

Barangkali - Kalau diorang degil, kita jadi degil.

Barangkali - Kalau diorang tak dengar kata, kita jadi tak dengar kata.

Barangkali - Kalau diorang main api, kita akan main api jua.

Barangkali - Kalau diorang tak kurang ajar, kita pun tak kurang ajar.

Barangkali - Kalau diorang tahu erti hormat menghormati, kita pun akan hormat menghormati.

Barangkali - Kalau diorang salah, kita pun salah jua.

Barangkali - Kalau ada bangsat di sebalik diorang, kita juga ada bangsat di sebalik kita.

Kita tahu penawar api ialah air.

Dan aku harap sangat kali ini jangan api dilawan api.

Insya-Allah.

KEEP IT COOL!

BIMBO UCAPKAN SALAM 2010

Salam 2010

Aku sebenarnya nak memulakan tahun baru 2010 ini dengan posting yang lebih bermakna daripada ini tetapi disebabkan aku sejak 30 December lalu busy sangat dengan kerja, aku tak dapat nak tumpukan perhatian kepada Bimbo ni.

Anyway, apa azam tahun baru korang? In my adult life ni, banyak resolusi aku yang dah pernah dicapai dan ada banyak juga yang aku gagal. I’ll be honest; I have failed to quit smoking for so many times dah ni misalnya.

Apa pun, aku nak mulakan 2010 dengan lebih produktif. Aku nak lebih banyak mengulas tahap industri hiburan kita secara keseluruhan dan melihat ia daripada beberapa perspektif; antaranya:

Bisness

Etika

Profesionalisme

Kredibiliti

Ada orang tanya (atau cadangkan) kat aku supaya bahasa aku jadi lebih decent. Bagi mereka ini, mencarut demi ekspresi itu tidak elok, kurang ajar atau biadap. Apa pendapat korang?

Ada juga yang pernah kasi tahu aku supaya aku moderate komen-komen di Bimbo ni supaya mereka yang tidak bernama ini tidak bersepah. Apa pendapat korang?

Okaylah, mukadimah aku ni simple aje.

I will continue to be critical selagi aku boleh. Itu saja satu azam aku untuk Bimbo ni.

Selebihnya, kita ikut ajerlah keadaan semasa.

Aku mulakan tahun baru ini sesama korang dengan ucapan:

"Alhamduillah kita ketemu lagi di 2010”

Dan kita harus juga senantiasa....

KEEP IT COOL

Dec 24, 2009

Subjek cerita Melayu: 1. Jadi Pelacur. 2. Jadi Penagih Dadah. 3. Jadi Bohsia. 4. Jadi Peragut. 5. Jadi Penyamun etc etc. Sampai bila le agaknya?

Dua tiga hari ni aku sibuk sangat mendengar presentation orang. Mereka yang membuat presentation ini adalah manusia-manusia kreatif yang sentiasa mencari peluang untuk berkarya sama ada berniat untuk membuat drama bersiri ataupun telefilem.

Frankly, aku kagum sebab mereka bersungguh-sungguh "menjual" idea dengan harapan ia dapat dihasilkan untuk disiarkan di TV.

Mereka ini bijak melahirkan idea sebenarnya.

Aku sendiri tidak tahu apa yang penonton di luar sana mahukan.

Apa cerita yang tagihkan?

Apa cerita yang pasti boleh buat mereka tidak mahu keluar rumah dan menatap kaca TV senantiasa?

Purata waktu tontotan di kalangan audiens di Malaysia ialah lebih kurang 8 jam dan bagaimana untuk menjadikannya at least 12 jam?

What do you guys wanna watch on TV?

Adakah Akademi Fantasia?
Adakah Jangan Lupa Lirik?
Adakah Gelanggang Raja Lawak?

Ataupun,

Adakah drama seperti Nurkasih?
Atau drama seperti Awan Dania?

Dalam mendengar presentation itu, kepala aku melayang jauh tentang cerita-cerita berkisarkan Melayu yang dikemukakan.

Banyak sekali cerita tentang budak Melayu yang daif, perempuan Melayu yang ada di lembah hina (pelacuran), budak Melayu yang tak tahu membaca dan menulis, perempuan Melayu yang miskin, etc etc.

Adakah ini maksudnya penonton Melayu suka cerita tentang kemunduran? Kemiskinan? Kedaifan? Kebodohan? Kekalutan?

Cerita tentang si polan yang gagal dalam hidup kemudian jadi penagih dadah atau cerita tentang perempuan yang ditipu sehingga menjadi pelacur menjadi tarikan utama untuk penonton ke?

Namun, itu isi ceritanya dan dalam hampir semua idea yang dikemukakan itu ada "pengajarannya". Kalau soal pelacur....akan ada hukum karmanya. Yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat.

Hakikat: Cerita dengan elemen-elemen pelacuran, kedaifan, kebodohan, kekalutan ini mudah untuk dipintal menjadi sebuah drama barangkali, dan tanpa kita sedar, biar pun kita tidak ketagih, kita sentiasa sahaja mampu digest penceritaan sebegini.

Well, aku menantikan benda yang lain.

Aku menantikan saat kita mula bangkitkan cerita yang lebih inspiring.

Aku penat dengar cerita yang ada "pengajaran" sebab bagi aku semua cerita ada pengajarannya tersendiri bergantung daripada perspektif atau sudut pandangan cerita itu.

Can't we survive tanpa cerita orang Melayu yang:
1. Jadi pelacur
2. Jadi penagih dadah
3. Jadi bohsia
4. Jadi peragut
5. Jadi pondan
6. Jadi setan

These are questions which I do not have the answer to.

Aku sekadar bertanya.

Dan sementara itu, aku akan terus melayang dengan soalan-soalan berkenaan.

Malam dah makin larut, bilik aku sekarang dingin, bantal seolah memanggil.

Akan aku cuba tidur sekarang.

Semoga aku mimpikan jawapannya.

Sementara itu...

KEEP IT COOL.

Dec 15, 2009

Ketawa itu boleh jadi ubat, boleh buat kita jadi sihat dan boleh buat kita selalu nampak muda & paling penting boleh buat kita senang hati senantiasa.

Serius sangat pun tak best kan?

Dah dekat hujung-hujung tahun ni, kan best kalau kita relax sikit.

Semalam aku ada meeting dengan Othman Hafsham dan aku baru tau dia dah 70 tahun.

Dulu masa aku kerja di Finas, aku selalu sangat telefon Hafsham bila ada problem yang ada kaitan skrip lah dan macam-macam lagi. Masa aku kerja di TV9, aku masih telefon dia untuk mintak nasihat tentang komedi di TV. Sampai hari ini aku masih suka sembang dengan dia and aku selalu simpan hasrat untuk bekerjasama dengan dia satu hari nanti.

Bawah ni dialog aku dengan Hafsham sikit semalam di restoran daun pisang Raju di PJ:

AKU: You don't look 70 at all sir.

HAFSHAM: Really? Now please eat anything you want. I'm buying lunch.

AKU: Seriously, you look 55!

HAFSHAM: Well, I am happy and maybe that's why I look young kot.

AKU: You banyak gelak kot.

HAFSHAM: Yes. Hati kena senang, selalu ketawa and kita mesti nampak muda.

Ringkasnya, aku seronok sembang dengan dia sebab dia kelihatan happy sangat dan aku rasa itu memang antara kunci untuk sihat dan sentiasa kelihatan muda.

Orang yang 24 jam muka macam gampang dan asyik simpan hasad dengki terhadap orang lain memang tak kan boleh nampak happy agaknya kan? Entahlah.

Anyway, aku harap korang boleh relax2 sikit hari ini dan untuk membantu, aku kasi lah beberapa gambar untuk bantu korang relax okay.

Caption: Bull fighter yang hebat di Sepanyol memang handal menewaskan lembu itu sampai terbalik dibuatnya.
Jenis Gelak: Gelak gitu-gitu saja. Mungkin ada elemen terkejut kat korang bila melihat gambar ni.

Caption: Sanggup buat apa sahaja pemain bola keranjang di US sampai dah macam nak "jamah" anu lagi tu.
Jenis Gelak: Hahaha...boleh tahan juga gelak melihat gambar macam ni kan? Gelak untuk gambar macam ni selalu start dengan bunyi: "Eeeeeeee....". Haha

Caption: This could be kucing yang paling cute dalam dunia kan?
Jenis Gelak: Gelak untuk ini akan bermula dengan perkataan: "Cutenyaaaaaaa" dan diikuti dengan tawa kecil dan senyum yang tak sudah-sudah.

Caption: Tuan Guru mencadangkan supaya golongan cerdik pandai Islam untuk mengamalkan poligami bagi elakkan cerai berai. Baca di sini.
Jenis Gelak: Untuk perempuan - Tak gelak langsung sebenarnya sebaliknya akan kata: "Apalah Nik Aziz ni?" manakala lelaki nak gelak kuat tak berani sangat tetapi mereka akan senyum sikit (sikit aje) and dalam hati kata: "Memang patut gitu lah kan?" Hahahahaha

Caption: The evergreen Pendekar Bujang Lapok.
Jenis Gelak: Kita sentiasa akan tertawa besar apabila kita ingat filem ini. Sapa yang tak akan gelak apabila 'Alif Ya Mim" jadi "Buaya" kan?

Caption: Permainan bola sepak Amerika yang ganas luar biasa.
Jenis Gelak: Perempuan akan gelak "hahahahah" manakala lelaki akan gelak sikit tetapi dimulakan dengan "ouchhhhh!!"

Dan gambar last sekali untuk korang ialah gambar ini yang masih buat aku tergelak sampai hari ini:

Caption: Tandas awam (gambar paling kanan) dikatakan sama aje dengan perkhidmatan teksi awam Malaysia (gambar tengah). Ini pandangan Nazri Aziz (gambar paling kiri)
Jenis Gelak: Terbahak-bahak, terguling-guling di atas lantai rumah sebab memang BETUL sangat!!!!!

Hahahaha

Jangan marah ye.

Saje nak relax-relax je ni.

KEEP IT COOL!

Dec 14, 2009

Teksi di Malaysia lebih buruk dan busuk dan lebih GAMPANG daripada tandas awam di Malaysia yang memang macam gampang!

Aku sejak datang KL pada 1991 lalu dah tak boleh kira dah berapa banyak kali naik teksi yang macam haram.

Haram sebab perangai-perangai kriminal mereka yang macam di bawah ni:

1. Tak guna meter
2. Mintak tambang sesuka hati mak ayah diorang
3. Bawak macam pelesit haram
4. Buruk dan busuknya teksi ya rabbi!
5. Tak ada air cond tetapi harga masih macam gampang

Ini antara perangai-perangai gampang pemandu teksi di Malaysia.

Ini satu hakikat.

Cakaplah atau pertahankanlah macam mana pun nak dipertahankan.

Aku dah naik teksi di banyak negara termasuk teksi-teksi yang teruk macam di Damascus, Syria; Jakarta, Indonesia ataupun yang terbaru di Mumbai, India tetapi memang yang paling gampang ialah di Malaysia.

So, bila Nazri Aziz (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri) kata perkhidmatan teksi di Malaysia lebih buruk daripada tandas awam kita, aku terpaksa sangat sangat sokong sebab dia seolah-olah membaca apa yang terbuku di dada aku sekian lama.

AKU DI SINI MENYOKONG PENUH KENYATAAN NAZRI AZIZ.

Kenyataan dia kali ini sangat-sangat aku sokong!

Katanya: "Perkhidmatan pengangkutan awam terutama teksi sebenarnya tidak berubah dan masih di takuk lama." (Berdasarkan laporan Harian Metro; 9 Dis 2009; m/s 4)

Orang persatuan teksi yang ada di Malaysia sekarang ni dah melompat macam beruk dah pun sebab kenyataan itu.

Pengerusi Jabatan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur & Selangor, M Manickam, misalnya sibuk keluarkan kenyataan pula yang bunyinya lebih kurang gini: "Hanya segelintir pemandu teksi yang tidak menggunakan meter tetapi Datuk Seri Nazri Aziz tidak berhak melabelkan semua pemandu teksi lebih teruk daripada tandas." (Berdasarkan laporan Harian Metro; 14 Dis 2009; m/s 22)

Bila kena kritik macam itu, sibuk lah persatuan teksi di seluruh Malaysia ni nak tarik muka, nak buat demonstrasi lah, nak hantar memorandum lah. Tapi hakikat tetap hakikat, perkhidmatan teksi di Malaysia memang macam GAMPANG!

So, aku harap Nazri Aziz bukan takat buat kenyataan sahaja, please fucking do something about it.

Get those idiots at Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ataupun Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) atau mana-mana pihak berkuasa lah untuk buat kerja dan hapuskan teksi gampang di Malaysia.

And to all those pemimpin persatuan teksi, tolonglah....TOLONGLAH....jangan nak tegakkan benang yang basah sebab korang pi aje lah dekat Central Market atau Jalan Bukit Bintang atau Pudu Raya atau masa hujan di Mid Valley atau di hampir 1,001 kawasan di KL di sahaja....memang banyak sangat di kalangan ahli-ahli korang yang macam GAMPANG!

Kepada pemandu teksi GAMPANG di Malaysia - FUCK YOU!!!

Kepada pemandu teksi GAMPANG yang pernah kikis duit penumpang atau sentiasa tak guna meter - FUCK YOU TOO!!!

Lambang yang sekaar retorik bagi kebanyakan pemandu teksi gampang di Malaysia. Teksi Bermeter jubur korang lah! Kalau kata orang Putih: "Metre my arse!"

In the meantime...

KEEP IT COOL!!!

Dec 13, 2009

The Sunday Papers jarang sekali TIDAK buat aku mual dan menyampah tetapi setiap minggu aku baca ia juga.

Benda yang kadang-kadang buat aku geli.

Tengok bawah ni:

Jadi tipikal sangat apabila artis ke, selebriti ke or mereka-mereka yang terkenal ini buat statement bila udah bernikah. Statement macam ini standard bila mereka udah bernikah dengan orang kaya.

Hakikatnya mereka ini:

Kahwin dengan Datuk yang barangkali ada guni-guni duit agaknya.

Tahniah jugak lah walaupun kau ni bukannya popular sangat and the main reason kau masuk paper ialah sebab kembar kau kahwin dengan Mawi.

Dan aku lagi pelik apabila akhbar waste its space for stupid news as this. What fucking sumbangan these people have towards the country that it deserved to be published in the fucking newspaper?

Well, The Sunday Papers ..... you just can't stop to amuse me.

KEEP IT COOL

Dec 11, 2009

Bila Menteri buat statement aje, ramai orang-orang dia yang pasti akan melompat-lompat macam beruk yang excited. Harap2 itu tak jadi lah kan.

Filem bentuk biografi yang mana yang korang rasa terbaik pernah dihasilkan di dunia?

Adakah ini:

Amadeus (1984 - Arahan Milos Forman) yang bawa kisah tentang komposer hebat bernama Johannes Chrysostomus Wolfgangus Gottlieb Mozart yang dilahirkan pada 27 Januari 1756 di Salzburg, Austria. Filem ini memang kalau tak silap aku menang dekat 8 anugerah Oskar termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Aku sendiri dah menonton filem ini lebih enam kali dah sebab masa kecik-kecik dulu, daddy aku selalu saja suruh dengar muzik "orang gila" ni!

Dulu zaman belum ada DVD, aku siap beli VHS filem ini di Sydney lagi. Sekarang ni ntah kat mana VHS tu aku letak.

Atau, adakah ini filem biografi terbaik:

Braveheart (1995 - Arahan Mel Gibson) yang bawa kisah tentang si rebel Scottish, William Wallace yang terajui kebangkitan menentang pemerintah Inggeris yang kejam, Edward the Longshanks. Namun, Braveheart adalah sebahagian sejarah manakala sebahagian lagi ialah mitos. Filem ini juga menang Oskar untuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Terus terang, kali pertama aku menonton filem ini, aku sebak sangat lah!

Atau anda rasa yang ini:

Gladiator (2000 - Arahan Ridley Scott) yang bawa kisah tragis General Maximus yang disayangi rakyat serta Maharaja Roman, Marcus Aurelius yang sanggup memilihnya daripada anak sendiri, Commodus. Filem ini juga memang Filem Terbaik dan Aktor Terbaik untuk Russell Crowe, namun Scott bagaimanapun tak menang. (Sampai hari ini aku hafal...."What we do here today, will echo in eternity). Lebih kurang gitu le kalau aku tak silap.

Aku anggap ini sebagai sebuah filem yang sangat handal!

Well, sebenarnya, kalau di Hollywood, memang banyak filem berbentuk biografi ni, antara lain, Gandhi (1982 - Arahan Richard Attenborough), Patton (1970 - Arahan Franklin J Schaffner) atau Ray (2004 - Arahan Taylor Hackford) and banyak lagi sebenarnya.

Jamie Foxx menang Aktor Terbaik untuk filem ini.

Kita ada tak filem berbentuk biografi?

Ada kan?

Leftenan Adnan
(2000 - Arahan Aziz M Osman). Aku sampai melawat lokasi Aziz di Tanjung Sedeli, Johor untuk menyaksikan penggambaran filem ini. Seluruh kawasan Tanjung Sedeli tu seolah-olah dikepung oleh askar yang memang membantu penuh filem berkenaan tetapi hasilnya? Hmmm, kalau ikut kata Aziz, jalan cerita filem berkenaan tidak dapat diceritakan "sepenuhnya" sebab banyak benda yang sensitif. So, Leftenan Adnan Saidi yang ikut sejarah digantung dan ditikam dengan benet tidak ditunjuk langsung. So much for being a real biography film kan.

Bagi aku ini adalah sebuah hasil yang baik tetapi tidak baiknya ialah apabila Aziz tidak dapat "bercerita" yang sebenar-benarnya untuk filem ini.

Atau:

Bukit Kepong
(1981 - Jins Shamsuddin). Takat ini aku rasa ini ajelah filem bentuk sejarah (ini bukan biografi sangat ni) yang orang masih hormat sebab intensitinya, jalan ceritanya dan arahannya yang bernas.

Filem yang akan terus menerus disukai ramai.

Aku tulis semua ni sebab aku baca berita Bernama hari ini yang quoted Rais Yatim cadang supaya Natrah difilemkan.

Kata Rais: "We (Ministry) are mulling the prospect of filming the story but the script need to be different and not 100 percent absorbed from the staged play. To be filmed, there should be some innovations and modifications to make it interesting, especially the script and how the story will be played." Baca penuh di sini.

Wow, Kerajaan nak belanja duit rakyat lagi untuk bikin filem nampaknya.

Kaji lah sendiri kehebatan Kerajaan bikin filem dan kejayaan yang dikecapi mereka seperti:

PALOH (Makan belanja pembikinan dekat RM4 juta tetapi hanya BERJAYA buat kutipan lebih kurang RM142,000) - Berita Harian; 20 Jan 2004 (m/s: 7).

atau

EMBUN (Makan belanja pembikinan dekat RM3 juta tetapi hanya BERJAYA buat kutipan lebih kurang RM700,000) - Harian Metro; 24 Ogos 2002 (m/s: 10)

Aku bukannya tak sokong usaha kerajaan ini, tetapi biar cara mana pun Kerajaan nak bikin filem, buatlah pilihan tepat.

Tak ada sebab untuk sebuah filem berbentuk sejarah atau biografi tidak boleh dibuat secara komersil dan buat kutipan juta-juta ringgit.

Belanja juta-juta untuk sekadar buat "statement" that ia "adalah sebahagian daripada sejarah" baik tak payah sebab belanja bikin filem itu adalah duit rakyat kan?

Tolonglah belajar bagaimana PGL dihasilkan untuk mempelajari kombinasi seni dan komersil itu.

Aku cuma harap orang Finas atau orang Kerajaan lain tak terlompat-lompat tak tentu hala dengan statement Rais tu. Kadang-kadang tau aje lah kan, bila menteri sibuk buat statement, orang-orang dia gegas macam lipas kudung atau monyet keluar sangkar untuk terus bikin sedangkan planning dan strategy harus tampil dulu.

Do a good research. Have a panel of story liners, create a fantastic narrative and tulis lah dialog-dialog yang hebat dan pintal lah dengan elemen-elemen komersil sekaligus supaya apa yang dihasilkan kelak, bukan sekadar untuk tontonan orang filem sahaja, tetapi juga untuk rakyat.

Pendek kata - JANGAN SYOK SENDIRI SUDAH LAH!

Okaylah.

Have a great weekend.

And always...

KEEP IT COOL!!

Dec 1, 2009

Maafkan aku kalau aku berpendapat bahawa ibu bapa kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak kandung mereka. Itu hakikat, biarpun ia pedih.

Aku sempat ke Istana Budaya malam tadi untuk menonton Natrah, persembahan pentas arahan Erma Fatima yang bukan main lagi hebat publisitinya. Dari aspek pemilihan pelakon yang menyaksikan kontroversi Diana Dianelle (entah whatever fuck the controversy lah...tak penting pun).

Anyway, subjek Natrah itu sendiri sudah cukup membangkitkan semula kontroversi yang pernah melanda suatu masa lalu sehingga wujudnya satu rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah pada 12 Disember 1950 di Singapura sehingga menyebabkan 18 orang mati.

Natrah bagi orang Islam sama ada di Malaysia atau di mana-mana pun yang prihatin terhadap Islam adalah sebuah kisah sedih manakala bagi orang Belanda atau mereka yang prihatin dengan agama Kristian, ia adalah satu kisah kejayaan.

Bagi anda yang tak berapa pasti tentang kisah Natrah, boleh baca kronologinya di sini.

Ini adalah Maria Bertha Hertogh atau Natrah di samping ibu angkatnya, Che Aminah. Gambar ini aku pinjam daripada blog yang dinyatakan dalam gambar ini.

Namun, apa yang aku nak perkatakan ialah tentang teater Natrah yang diarahkan Erma yang masih berlangsung di IB sehingga 4 Disember ini kalau tak silap aku. Aku tahu sangat Erma yang aku kenal lama sangat itu sentiasa begitu prihatin dengan isu-isu sebegini dan aku tak terkejut apabila dia mahu mengangkat kisah Natrah ini untuk dipentaskan.

Teater Natrah dimulakan dengan monolog Natrah sendiri yang disampaikan oleh Sofea Jane. "Isi hati" Natrah itu dimonologkan oleh Sofea dengan asyik sekali. Hamburan kata-kata oleh Sofea buat aku fikir tentang sejauh mana Erma "merasai" isi hati Natrah yang sebenar-benarnya atau adakah monolog itu adalah fiksyen yang dicipta oleh Erma sendiri.

Namun, monolog itu terlalu panjang sehingga aku rasa letih mendengarnya.

Kemudian muncul lah watak-watak lain dalam teater berkenaan yang dikatakan berteraskan kepada cerita benar Natrah sendiri.

Bagaimanapun, selepas setengah jam teater itu berlangsung, aku mula melayang memikirkan tentang dari perspektif manakah Teater Natrah itu dipentaskan?

Cerita yang disampaikan oleh Erma itu adalah lebih kurang apa yang dilaporkan oleh media tentang isu Natrah. Maka aku simpulkan bahawa Erma menggunakan perspektif media untuk menyampaikan jalan cerita Teater Natrah.

Fatini adalah orang yang banyak melaporkan tentang Natrah. Barangkali ini perspektifnya?

Apabila perspektif itu yang dipilih, maka aku tidak dapat melihat kekuatan watak-watak yang disampaikan dalam teater berkenaan walaupun setiap satu watak tu memberikan kesan kepada peristiwa berkenaan.

Erma kemudian menggunakan soliloki setiap watak daripada peguam Natrah, Ahmad Ibrahim, suami sementara Natrah, Mansur Adabi, ibu angkat Natrah, Che Aminah, ibu kandung Natrah, Adeline dan ramai lagi. Semuanya nak ada soliloki.

Bagi aku, teater Natrah ibarat menegakkan benang yang basah.

Fact - Natrah bukan anak kandung Che Aminah.
Fact - Adelina adalah ibu kandung Natrah.
Fact - Ibu kandung Natrah ada hak sepenuhnya terhadap anak mereka yang bawah umur.
Fact - Natrah "diberikan" kepada Che Aminah kerana bapa kandung Natrah, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dipenjarakan oleh tentera Jepun.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah bersungguh-sungguh mencari anak kandung mereka selepas Sarjan Adrianus dibebaskan.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali anak kandung mereka yang enggan dilepaskan oleh Che Aminah.
Fact - Ibu bapa kandung Natrah berhak mendidik anak kandung mereka mengikut apa yang mereka rasakan sesuai.
Fact - MARIA BERTHA HERTOGH @ NATRAH bukan anak kandung CHE AMINAH!

But then, Natrah jadi subjek paling cantik oleh orang Melayu yang mula nak tunjuk belang dalam dunia politik agaknya dan akhirnya rusuhan pun berlaku dan 18 orang mati.

Namun, apa yang aku lihat di teater berkenaan, Erma seolah-olah menggambarkan KEJAHATAN ibu bapa kandung Natrah serta gambaran bahawa Kristian itu adalah agama perosak.

Bagi aku, hipotesis Erma ini jika mengikut perspektif media harus dikembangkan lagi supaya kita mendapat gambaran lebih jelas mengenai isu berkenaan. Pespektif media yang digunakan oleh Erma hanyalah menerusi perspektif lokal dan aku pasti kalau Erma melihat dari mata burung, maka penceritaannya akan berlainan.

Namun, barangkali, langkah paling baik untuk menyampaikan cerita Natrah ini ialah jika Erma menggunakan perspektif lain. Tak ada salahnya kalau cerita Natrah disampaikan menerusi perspektif Mansur Adabi atau Che Aminah atau Ahmad Ibrahim atau Burhanuddin Helmi atau sesiapa sahaja.

Bayangkan kalau teater itu disampaikan menerusi perspektif Mansur. Kita akan disajikan dengan kisah seorang pemuda yang sanggup melakukan apa sahaja demi agama dan bangsa. Sama ada dia seronok atau niatnya sesuci kain putih juga akan diungkapkan sekali.

Aku bukan pengarah teater atau pengarah apa pun, tetapi kalau aku lah, aku akan gunakan sepenuhnya perspektif Mansur untuk menyampakan cerita ini.

Erma bukan tidak langsung menggunakan perspektif mereka kerana soliloki setiap mereka itu adalah menggambarkan perspektif setiap watak berkenaan cuma ia tidak dikembangkan. Kalau aku, adalah lebih baik kalau perspektif salah seorang itu dikembangkan sepenuhnya.

Aku tak nampak penyampaian cerita Natrah ini akan sempurna jika kita sekadar menggunakan perspektif media dan soliloki terlalu banyak watak.

And one more thing, what is with the Hindustan influenced music dalam teater itu? Erma menggunakan music yang seolah-olah berteraskan kepada semangat Hindi yang sangat-sangat tidak sesuai dengan persembahan berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, aku menanggap IB sebagai sebuah platform yang amat tinggi dalam teater nasional kita tetapi sound yang dipersembahan sangat hina. The cracking sound was everywhere. What is the fuck with that?

Setiap kali ada teater yang angkat isu besar seperti ini, ada saja yang tak kena and tak sudah-sudah akan ada pihak yang akan start cakap tentang budget kecil lah, tak ada sponsor lah. In this matter, the government has to wake up and give a fucking hand okay.

The government has always been OKAY with sports (with all the F1, with all the idiotic soccer and all), tibalah masanya untuk benar-benar sokong industri seni ni pulak.

Alamak, aku dah merapu ke ni?

Hmmm...okaylah...itu aje.