So, I'm moving on.
Aku geram dan nak lepas geram. Dan semalam aku lepas geram tu.
Jam 5.15pm aku menonton Muallaf di Picturehouse.
Jam 9.10pm aku menonton Body Of Lies di Vivo City.
Dua-dua tentang Islam dalam dua perspektif yang berbeza.
FYI, ini bukan film review or anything. Just a random view.
MUALLAF - sebuah pemerhatian yang tidak ikut kronologi
Aku ni dulu biasa dengan orang LPF sebab aku kerja Finas. Orang LPF ni kebanyakannya orang Melayu dan sensitiviti mereka terhadap agama Islam tinggi. Apa-apa sahaja yang korang nak karyakan boleh tetapi harus sensitif terhadap Islam.
Yes, sensitif tehadap Islam.
Biarpun kita ni semua harus hormat terhadap agama lain, tetapi kita hanya harus sensitif kepada Islam. Apa-apa iklan, siri TV, program TV atau filem yang dihasilkan jangan langgar that sensitiviti terhadap Islam.
Lalu pernah sekali tu dalam meeting di Finas dengan orang LPF ada seorang pegawai India yang bangkitkan satu isu dan aku masih ingat lagi kata-katanya. Dia kata: "Saya setuju kita kena sensitif terhadap agama, tapi saya nak tanya kenapa dalam iklan Aidiladha tu ada tunjuk gambar kepala lembu yang disembelih di sebuah perkampungan. Kamu di LPF tahu kan anggapan Hindu terhadap lembu?"
There you go. How do you answer that?
Dalam pada LPF sibuk nak sensitif terhadap Islam, dia tak sensitif terhadap agama lain.
So how?
Pantas seorang pegawai LPF jawab, seolah-olah berceramah: "Penyembelihan lembu dalam Islam adalah SYIAR!!!" Dan masa dia sebut SYIAR tu, dia sebut sambil berdiri dan seolah-olah menjerit. Aku jadi terkejut. Aku ingatkan dia dah ikat bom di badan dia dan nak letupkan kita orang.
Ternyata dia pantas tutup ruang untuk berdiskusi sebab itu SYIAR! Fuck...bahaya betul orang macam ni kan.
So, korang fikir apalah yang diorang fikir dengan Muallaf.
Hakikat - Orang Melayu sentiasa saja fikir yang Islam hanya orang Melayu. Kalau dia putih lepak sikit dan matanya sepet, dia orang Cina. Kalau dia gelap dia orang Keling. Dan kalau dia Cina, dia bukan Islam dan kalau dia Keling juga, dia bukan Islam.
"You know what DonC, kau rasa orang Melayulah orang yang paling racist dalam dunia ni," bisik seorang teman lamaku dan aku aku ketawa kecil aje.
Muallaf aku lihat bukan bercerita tentang agama, tapi Muallaf bercerita tentang keteguhan dan seteru dalam kepercayaan.
Muallaf juga buat aku teringat buku Imam karya Datuk Abdullah Hussain mengenai seorang Imam yang begitu idealistik sehingga akhirnya disalah ertikan. Watak Brian hilang kepercayaan kepada diri, keluarga dan agamanya kerana trauma hukuman oleh bapanya yang meninggalkannya di tengah jalan selepas menangkap Brian melancap di dalam bilik.
Rohani meningkatkan keteguhan imannya selepas kematian ibu kandung sehingga dia sanggup melarikan diri bersama adiknya kerana bimbang imannya runtuh. Keadaan negatif di sekeliling Rohana, tidak rosakkan iman, sebaliknya memberikan kesan yang positif. Misalnya dia bekerja di sebuah pub. Dia tak terjebak, malah cuba melebarkan syiar.
Kita mungkin terganggu memikirkan apa perlu atau kenapa budak semuda Rohani dan Rohana itu bisa hafal bait-bait bible atau St Augustine's Confession atau Tao Te Ching.
Barangkali ada pendapat yang mempersoalkan idealisme Yasmin di sini tetapi aku ambil jalan "there are those possibilities". Tak kan orang tua, imam masjid, orang agama sahaja yang nak kita gambarkan boleh berbicara tentang perkara itu, dan aku rasa budak-budak zaman sekarang sudah pandai menyoal perkara seperti itu.
Namun, ada part dalam filem itu yang aku rasa terlalu preachy dan melihatkan Yasmin trying to hard sell her idealism. Not that it's not good. I am really the person yang sangat-sangat menghargai mereka yang idealistik namun seperti yang terjadi sekarang, ia pasti menerbitkan negative vibes di sekeliling filem berkenaan.
Contoh-contohnya yang aku tak berapa suka ialah adegan preachy berikut ini:
1. Ho Yuhang bawa watak seorang penyiasat yang diupah Datuk (Bapak Rohani dan Rohana) lakonan Datuk Rahim Razali sedang berbincang. Di tepi Ho Yuhang ada seekor anjing dalam sangkar. Sang Datuk digambarkan baru lepas minum beer. Tapi dia tak mahu bersalaman dengan Yuhang selepas tangan kanan Yuhang digunakan untuk memberikan makanan kepada anjingnya. First of all, tak perlu langsung ada anjing dalam babak itu untuk menggambarkan seorang Muslim yang bisa anggap arak itu okay tapi masih enggan pegang anjing sedangkan minum arak itu lebih berdosa.
2. Saat Brother Anthony jatuh selepas cuba halang orang kuat Datuk membawa anaknya lari dari sekolah. Sesudah kejadian itu, digambarkan seorang lelaki berkopiah membantu Brother Anthony. Alamak....lame sikit lah ni.
Tapi kan, get this - bayangkan kalau orang di Itali menonton Muallaf dan mempunyai pendapat tentang betapa hebat orang Islam di Malaysia kerana biarpun muda seperti Rohani dan Rohana, mereka digambarkan begitu prihatin terhadap agama lain, sesuai dengan Islam itu sendiri di mana kita memang harus menghormati agama langit yang lain. Bukankah itu bagus?
Secara keseluruhan, Muallaf bukan karya terbaik Yasmin. Bagi aku, Rabun masih masterpiecenya cuma aku tetap ada kekaguman apabila Muallaf yang bercerita tentang kepercayaan manusia itu ditayangkan di luar negara aku sendiri.
Idealisme Yasmin memang aku respect dan aku jadi lebih respect sebab dia seolah-olah menongkah arus. Bila ornag menongkah arus macam dia sudah pasti banyak cabarannya. Namun soal being misunderstood bukan perkara baru dalam hidup aku.Aku harap sangat Muallaf akan ditayangkan di Malaysia but must watch with an open mind. Jangan duduk dalam tempurung dan kata semuanya salah sebab kadang-kadang bukannya semua hitam atau putih kat mayapada ni.
BTW, Body Of Lies sedikit antiklimaks. Aku sunguh-sungguh nak nonton karya terbaru Scott itu tetapi again, it's the same isu pengganas yang dah letih nak ditelan. Leo biasa sangat tetapi bagi aku, Russell Crowe gave a fantastic performance.
Bukanlah teruk sangat tetapi cuma aku letih dengan isu pengganas Islam dalam filem Hollywood. Tapi lakonan Crowe dalam Body Of Lies bagi aku amat baik. Ia buat aku teringat lakonan Al Pacino dalam The Insider. Aku tak abis lepas geram ni sebenarnya. Kalau boleh malam ni aku nak menonton The Visitor pulak.


























