Barangkali ada yang bertanya tentang kesahihan berita berkenaan. Maka baik aku clarify sekarang juga supaya tidak timbul sebarang spekulasi pulak.
Yes, aku bukan lagi Editor Manja terbitan MediaCorp Publishing Pte Ltd di Singapura yang berkuatkuasa 31st Jan 2009.
"They always want the worst reason possible," kata seorang teman aku apabila kami berbicara tentang isu macam ni.
Falsafah barangkali....
* Aku rasa rakyat Singapura sudah sedia untuk menerima sebuah majalah yang tidak ada kekangan, berani "bersuara", bold, berilmu, kritikal dan dari ramai kenalan baru aku di Singapura, memang benar mereka sudah bersedia namun MANJA itu sendiri tidak bersedia.
* Bagi yang tinggal di Singapura, mungkin korang tahu bahawa Singapore Press Holdings sudah menerbitkan sebuah majalah berjudul SUTRA dan itu telah membuat pengurusan MANJA (MediaCorp) bimbang ke tahap maksima. Aku jadi pelik kerana selepas membaca SUTRA, aku rasa segmentasi pembaca mereka begitu berbeza. SUTRA lebih ke arah gaya hidup wanita dengan sedikit isu semasa manakala MANJA pula hiburan dan gaya hidup. Namun, tekanan dan kebimbangan terhadap bayang-bayang sendiri jadi memuncak sehingga aku "terpaksa" ikut arus itu. Di saat SUTRA terbitkan 30 resepi masakan, aku juga "terpaksa" ada konsep resepi sedangkan dalam fikiran aku, sampai bila orang Melayu akan dimomok dengan resepi?
* Banyak isu dalam industri hiburan Singapura di saat ini yang harus diperkatakan sangat sebab perkembangannya positif. Aku bersedia untuk menjadikan MANJA kritikal tentang setiap aspek industri hiburan Singapura tanpa sebarang kekangan tetapi semua itu harus dibelakangkan dulu kerana aku kena siarkan resepi lauk dulu.
* Hanya ada tiga majalah Melayu di Singapura buat masa ini.
i) MANJA
ii) SUTRA
iii) SENSASI (akan dikenali sebagai SELEBRITI pada Mac ini)
Visi aku simple. Yes, pengedaran dan sambutan jadi sasaran utama setiap majalah tetapi dalam pada masa yang sama, aku melihat satu bentuk kesinambungan kepada satu bentuk "kerjasama" yang tidak perlu diumum secara rasmi untuk memajukan industri seni Singapura kerana hakikatnya industri seni di kalangan orang Melayu adalah minoriti. Namun, persaingan jadi lebih utama daripada misi ini.
Itulah lebih kurangnya. Tak ada sebab-sebab lain.
Namun, bagi yang membaca MANJA dan juga AKUBIMBO, aku harap korang terus sokong MANJA dan berdasarkan komen-komen orang Singapura di blog ini, aku tahu sangat bahawa korang are ready for major changes. Maka, terus sajalah berdoa agar "those agent of change" tunaikan perubahan itu satu hari nanti.
Di bawah ini adalah antara MANJA yang aku sempat buat dan aku ada sedikit cerita mengenainya:





Selamat maju jaya aku ucap kepada MANJA, SUTRA dan SELEBRITI (And Fahmi Rais sebagai pengasas SELEBRITI....aku secara peribadi doakan kejayaannya)
Ke mana aku selepas ini?
Sahabat yang aku sanjungi, Tuminah Sapawi (bekas Editor Manja) beritahu aku:
"Satu pintu tutup, insya-Allah 10 pintu terbuka lagi."
Bila aku "buka pintu" itu kelak, pasti aku beritahu.
Keep it cool.