Sep 30, 2009

Benarkah program di TV ketinggalan? And adakah apa yang diterbitkan oleh akhbar tidak ketinggalan?

Apa rasanya bila ratusan ribu membaca tulisan kita? Does it get you off?

Bangganya memang semacam bila tengok nama sendiri diterbitkan dalam surat khabar agaknya.

Aku terkenangkan saat pertama nama aku diterbitkan dalam akhbar. Kali pertama ialah pada 1988 masa aku di Tingkatan 3 dan nama aku diterbitkan dalam akhbar Utusan Pelajar. Ketika itu aku menulis sebuah cerpen.

Kali kedua ialah sesudah aku bekerja di Berita Harian apabila nama aku (byline) diterbitkan dalam Berita Minggu bertarikh 3 November 1991 dengan tajuk: "Jerebu: MAS rugi $500,000".

Dunia kewartawanan sudah jauh melangkah sejak 1991. Ia tidak sama langsung sekarang. Dulu jarang sekali ada maklum balas yang pantas terhadap apa saja yang kita tulis. Misalnya maklum balas terhadap sesuatu berita/rencana yang ditulis wartawan datang dalam pelbagai bentuk termasuk menerusi:

1. Surat Pembaca
2. Aduan Kepada Pengarang
3. Aduan Kepada Boss (yang selalunya dibuat oleh orang yang kenal boss kita secara langsung)

Dan dulu, kalau kita tak suka atau sakit hati dengan sesuatu yang ditulis oleh wartawan, kita selalunya meluahkan aje perasaan kita kepada kawan-kawan. Dan apabila sesuatu tulisan/berita itu diterbitkan tanpa ada byline, lagi lah susah kita nak cakap apa-apa kan?

But now its different sebab banyak tempat untuk bangkitkan diskusi ataupun mengadu.

Blog barangkali adalah medium yang terbaik.

Terbaru, seperti biasa...aku membaca The Sunday Papers.

Si Siti menulis tentang program raya di TV dengan tajuk: "Tentang Program Raya".

Si Siti tu tulis begini (aku catatkan sedikit):

1. "Jadi Siti tak tau apakah program-program Hari Raya tahun ini ada anjakan atau sebaliknya. Sebelum ini, program Hari Raya tak selari dengan perkembangan sosio budaya dalam masyarakat. Maka terasa sangat artifisial dan isi kandungan kosong."
KOMEN AKU: Si Siti kali ini nyata suka betul menggunakan perkataan-perkataan "besar" tapi masih tidak berisi. Tulisan Si Siti begitu "besar" tetapi tulisan itu juga bersifat hipotetikal. Apa makna "isi kandungan kosong" atau "kandungan yang artifisial."

2. "Tapi dari beberapa rungutan teman-teman yang menelefon dan SMS kepada Siti, dapatlah dibuat kesimpulan sebahagian besar program Hari Raya masih ditakuk lama, penuh dengan idea-idea basi dan tak ada isi. Mereka bertanya kepada Siti, kenapa pihak yang membuat program Hari Raya tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat?"
KOMEN AKU: Lihat penggunaan perkataan "beberapa rungutan" dan "sebahagian besar". Jika ini hanyalah "beberapa rungutan", bagaimana pula kesimpulan boleh jadi "sebahagian besar"? Apakah dasar kepada argumen ini? Apakah bentuk rungutan itu sehingga kesimpulannya adalah "...tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat?" Di mana justifikasinya?

3. "Di mana falsafah Hari Raya? Siti memang tak boleh memberikan jawapan kerana pihak televisyen pun ada orang-orang hebat, keluar universiti bertingkat-tingkat takkan tak tahu yang mana air bandung dan mana air serbat?"
KOMEN AKU: Apakah maksud perenggan ini? Why is the writer mocking dengan cara ini? Siapakah sasarannya? Who is the writer talking about here? Baik di akhbar atau TV atau kebanyakan media sama ada cetak, elektronik atau web, memang banyak di kalangan mereka keluar dari universiti. Ini cara penulisan yang seolah-olah ada "grudge" terhadap pihak tertentu atau individu.

4. "Program Hari Raya bukan sekadar mengulangi atau kitar semula kacau dodol, makan ketupat dan pakai baju berkerlipan menyanyi lagu Hari Raya. Kadang-kadang Siti kesian tengok artis-artis yang terpaksa melibatkan diri dalam program-program yang tak selayaknya disiarkan itu."

KOMEN AKU:? (LIHAT SAJA GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH INI)

Sebagaimana Si Siti kesiankan artis-artis itu. aku pun kesian apabila akhbar menggunakan pendekatan ini untuk menjual akhbar. Adakah pendekatan ini bertaraf "world view"? Adakah ini makna mereka apabila memperkatakan bahawa kita tidak perlu jadi artifisial? Kalau program TV "tertinggal jauh di belakang daripada pemikiran masyarakat", adakah ini caranya untuk membuktikan bahawa pendekatan ini adalah terkini? Bagaimana hipokrasi seperti ini boleh wujud aku pun tak tahu.

Kata Si Siti: "Program Hari Raya bukan sekadar mengulangi atau kitar semula kacau dodol, makan ketupat dan pakai baju berkerlipan menyanyi lagu Hari Raya" tapi kita lihat benda yang sama juga sama ada dalam akhbar atau majalah hiburan. Kenapa konsep kitar semula ini hanya terpalit kepada program TV?

Apa lagi ada untuk Raya?

Kita lupakan tradisi pakai baju Melayu dan jangan lagi tunjuk semua itu?

Satu lagi contoh pendekatan akhbar melaporkan tentang artis yang berhari raya. Shoot artis pakai baju Melayu dan tanya tentang "balik kampung."

Ini sangat-sangat subjektif. Kadang-kadang kita tak suka, tapi orang lain suka. Itu hakikat yang kita tak boleh lari.

Pendapat berbentuk hipotesis memang akan sentiasa wujud tetapi jika pendapat itu diterbitkan dalam akhbar yang mempunyai ratusan ribu pembaca, its only fair to have justification kan? Kalau tak, pasti dunia kewartawanan hiburan kita akan terus menerus ke longkang.

Barangkali benar bahawa program TV di musim perayaan makin monotonous dan maklum balas adalah amat penting dalam menghasilkan program TV yang lebih memikat dan relevan kepada penonton.

Tetapi adakah pembaharuan itu boleh dibuat berdasarkan maklum balas seperti yang Si Siti tulis tu?

Nota Kaki Macam Sunday Papers: Teringin nak ajak Si Siti datang ke rumah terbuka aku.

KEEP IT COOL!

6 comments:

joegrimjow said...

1988 aku baru lahir

DandelinoiD said...

aku sentiasa tunggu review ko tntg the sunday papers...

Maizura Mohd Ederis said...

Setuju pandangan di atas. Saya dah pun komen pasal laporan akhbar raya dalam kolum "maizura menulis" majalah Muslimah Ogos. Tapi bila si Siti tu mengomel lagi pasal program TV raya (sebenarnya mengomel point yang sama seperti tahun-tahun lepas), saya diam-diam saja. Bila dah baca entri ni, rasa nak menyampuk lah jugak. Kenapa double standard? TV dan paper sama saja...dah nama pun mainstream media.

DonCorleone said...

Joe - Muda sungguh u ni. Ahaks.

DandelinoiD - Tks for the support!

Maizura Mohd Ederis - i would really like to read your comment dalam Muslimah magazine tu. I hope I can still get it at the news stand. Agreed....media sama ada TV or paper...punya tanggungjawab yg sama.

apis said...

orang yang telefon itu sedikit - tetapi mereka yang sedikit itu mengatakan sebahagian besar PROGRAM TV - justifikasi bagaimana yang anda mahukan, saya juga tidak faham.

maaf. saya bukan penulis mahupun wartawan.

Ida said...

Beberapa persoalan yang memang dah lama terperuk dalam minda saya:

1. Kenapa drama bertemakan Hari Raya saban tahun di TV mesti ada unsur-unsur anak takmo balik raya/lupa pasal raya/tak raya langsung, ibu bapa terbiar, kemalangan, semua dirundung kesedihan.. saya masih lagi menunggu drama yang betul-betul mencerminkan makna Hari Raya selepas sebulan berpuasa.. saya percaya masih ramai lagi keluarga Muslim yang kuat unsur kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang memahami makna Hari Raya..

2. Kenapa rancangan hiburan di TV mesti stereotype setiap tahun? Pakai baju lawa-lawa, ada budak-budak, orang tua perasan budak main bunga api (sepatutnya tidak dibuat sebab kerajaankan dah "ban" benda-benda ni), konon-konon kacau dodol, buat ketupat dsb..

3. Sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya, akhbar mainstream terutama sunday papers mesti nak publish cerita macam mana artis berpuasa, menyambut hari raya... etc etc.. sungguh lazim.. jawapan pun dah standard dan klise.. so berita pun dah macam berita recycle..

4. Lagu Hari Raya... takde yang baru ke? Bukan nak menidakkan kesedapan atau kesyahduan lagu lama, tapi bila ada lagu yang baru, lebih meriah dan lebih banyak pilihan!