Dec 15, 2008

Aku ni banyak pengalaman tapi aku rasa aku masih mentah dalam dunia kewartawanan ni. ILMU aku masih belum cukup sebenarnya.

Isnin 15/12/08. Aku masih seorang wartawan walaupun sejarah aku pada pandangan sekali lalu adalah seperti di bawah:

1991 - 1992: Wartawan Berita Harian Kuala Lumpur
1992: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
1992 - 1995: Wartawan Harian Metro Johor Bahru
1995 - 1996: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
1996 - 1998: Wartawan Metro Ahad Kuala Lumpur
1998 - 2001: Wartawan Harian Metro Kuala Lumpur
2001 - 2003: Editor majalah Sentiasa Manja (terbitan MediaCorp Publishing Pte Ltd)

Aku bersama bekas wartawan NST, Zainal Alam Kadir, di Nice, Perancis ketika aku bekerja dengan Finas.

2003 - 2004: Pengurus Media Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)

Aku bersama Jamil Hassan (Melodi) ketika di TV3.

2004 - 2005: Editor Kandungan Melodi TV3
2005 - 2006: Penerbit Kanan TV9

Saat aku bersama TV9 di samping COOnya, Bukhari Che Muda. Ketika ini, kami menghadiri Media Prima Screenings di KL Convention Centre.

Saat aku menghadiri sebuah seminar di Damascus, Syria bersama Hemanathan Paul yang ketika itu Pengurus Jabatan Hiburan di TV3.

2006-2008: Pengurus Jabatan Hiburan TV9
2008 - Present: Editor majalah Manja di Singapura.

Tapi aku masih seorang wartawan.

Baru 3 minggu lalu agaknya aku interview penyanyi lama, Ismail Haron.

Ya, aku masih buat interview.

Dino SS pernah menulis:
"Wartawan bukan lahir dengan sendiri. Ia lahir daripada desakan persekitaran. Terbina oleh iltizam dan minat mendalam. Diperkuat oleh pengalaman serta daya kreativiti tinggi, dan mempunyai daya imaginatif. Berfikiran matang serta terbuka. Wartawan yang baik harus bersifat sinikal iaitu tidak menerima dengan mudah apa yang didengar atau apa yang diberitahu kepadanya, melainkan setelah membuat penelitian sendiri. Pandai menggali untuk mencungkil berita. mempunyai kemahiran tetapi juga memiliki ILMU yang luas. Tidak sahaja bijak menggunakan mata dan telinga, tetapi juga mata hati." Berita Harian, 30/09/98 (m/s: 22)

Dan aku tidak akan lupakan nasihat-nasihat Pak Samad (Ismail). Dan aku tulis semula nasihat-nasihat Allahyarham ini sebagai panduan kita semua yang bernama wartawan, yang mahu jadi wartawan dan mereka yang bukan wartawan untuk memahami serba sedikit tentang wartawan.

Arwah Pak Samad semasa hayatnya sedang dilawati oleh Datuk Zam (yang ketika itu Menteri Penerangan) dan Datuk Mazlan Nordin dari MPI.

Pak Samad dapat bimbingan A Rahim Kajai dan A Rahim Kajai bagi yang tak tahu ialah Bapa Kewartawanan Melayu baik di Singapura ataupun di Malaysia.

Kalian (semua wartawan/pembaca budiman/Anon etc) nak benci aku ke, suka ke, tak apa lah tapi aku harap, kalian bacalah apa yang ada di bawah ini sebab ini kata-kata Pak Samad yang bisa dijadikan pedoman:

* Wartawan harus sanggup menebalkan muka untuk mendapatkan berita dan jangan putuskan diri dengan sumber berita. Konteks amat penting, setiap orang boleh menjadi sumber berita. Oleh itu, mereka perlu dibuat sebagai teman. Janganlah bertelagah dengan orang yang boleh memberikan maklumat kerana wartawan TIDAK BOLEH menjadi pengadil atau hakim. Ini boleh menyebabkan berat sebelah. Yang PENTING ialah ketepatan berita.

* Sumber berita harus berwibawa. Gosip kedai kopi bukan berita. Jadi seorang wartawan harus pandai mencungkil untuk mendapatkan berita yang sebenar. Namun, setiap berita tidak boleh diterima bulat-bulat. Gunakan banyak ikhtiar dan daya imaginasi kerana berita adalah gunung air batu. Yang kelihatan hanya satu per tujuh bahagian sahaja. Enam per tujuh bahagian lagi masih tersembunyi dan harus didapati dengan menggali sendiri. Seringlah bertanya MENGAPA dan BAGAIMANA supaya berita yang hendak dilaporkan itu tepat.

* Wartawan mesti ada INTEGRITI iaitu KEWIBAWAAN. Jangan ada 'conflict of interest'. Etika ini tidak ditulis di mana-mana, tetapi ia wujud sendiri dalam diri wartawan. Wartawan yang bercanggah kepentingan akan menyebabkan tulisannya berat sebelah atau tidak berlaku adil terhadap sesuatu yang ditulis.

* Wartawan perlu banyak ILMU BANTU bagi memudahkan kerja dan meningkatkan wibawa. Wartawan yang banyak ILMU akan lebih dipercayai dan disegani.

* Selain ILMU BANTU, wartawan yang bertanggungjawab selalu membuat homework iaitu membuat kajian terlebih dahulu mengenai hal yang hendak ditulis atau ditanyakan. Dengan cara ini, dapat membantu menimba maklumat yang hendak dicari.

Tak kira lah, sama ada General Desk atau Entertainment Desk, apa yang diperkatakan Pak Samad ini relevan untuk kedua-duanya.

Aku pelik kalau ada wartawan yang bodoh tapi sombong. Ilmu di depan mata tak mahu ambil, tetapi apa yang digali atau dicari ialah populariti. Dapat lepak di kedai kopi dan sembang-sembang sambil gelak-gelak dengan artis dah kira jadi wartawan yang hebat. Sayang, 1,000 kali sayang.

Memang perlu kita perjuangan R.E.F.O.R.M.A.S.I Kewartawanan Hiburan.

Aku akhirkan entry kali ini dengan quote daripada Pak Samad. Aku hormat dia, tapi sayang, profesi yang dia agungkan ini makin hari, makin layu nampaknya.

"Wartawan hari ini ......disogokkan dengan isu-isu bukan melalui ransangan atau sikap bertanggungjawab. Tidak reatif dan ini menyebabkan mereka sukar berkembang. Tidak mencintai profesi. Yang mereka pentingkan ialah cepat menyelesaikan kerja yang disuruh, bukan kualiti kerja." - Allahyarham A Samad Ismail (September 1998)

Namun, sahabat-sahabatku, pembaca budiman, Anon (yang masih aku tak respect)...apa kata kita.......KEEP IT COOL!

Dec 14, 2008

Zubir Mat Teropong tulis nama aku dalam surat khabar. It's an honor.....SERIOUSLY! Hahahahah.

Tadi aku ke Tesco di JB. Beli barang-barang rumah. Murah sikit bila duit Singapura aku diconvert ke duit Malaysia.

Kemudian aku beli akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Metro Ahad dan Kosmo.

Belek dan belek, aku baca ruangan Zubir di B Pop (muka surat 11). Tulisannya bertajuk: "Siti Nurhaliza nafi". Dan di hujung tulisan itu, ada catatan yang berbunyi begini:

ZUBIR: Apa dah jadi dengan Saniboey Mohd Ismail, masih jadi wartawan hiburan lagi ke? (Lihat bawah ni)

Ini dia nama aku dengan soalan yang diajukan tapi aku tak tahu dia ajukan soalan ini kepada aku atau kepada kenalan aku atau soal secara rambang dengan harapan orang yang kenal aku akan jawab dia dan bila nak jawab aku tak tahu kepada siapa manusia secara rambang ini nak menjawab. Tapi sebenarnya inilah cara penulis/wartawan zaman sekarang memperli pembaca yang concern dengan penulisan mereka.

Aku terserempak dengan Zubir di majlis award KLIFF di PWTC yang lalu dan aku hanya tegur gitu-gitu.

Aku tahu catatannya itu memerli aku.

Barangkali, Zubir ada membaca blog ini dan marah atas apa yang aku dah perkatakan.

Barangkali, Zubir sukar sekali nak menerima teguran kerana barangkali teguran aku kan kasar sikit.

Barangkali, Zubir memang ignorant dan betul-betul tak tahu bahawa aku ni dah lama tak jadi wartawan macam dia sebab aku dah jadi Editor.

Barangkali, Zubir tak faham tentang bahawa walaupun sudah bergelar Editor, tugas kewartawanan tetap dipikul.

Barangkali, Zubir tidak pernah tahu bahawa orang macam Datuk A Kadir Jasin atau Datuk Zainuddin Maidin walaupun sudah jadi lebih tinggi daripada Editor masih menganggap diri mereka adalah wartawan.

Barangkali, Zubir rasa dirinya tak boleh ditegur sebab amalan kewartawanan yang dipraktikkannya itu adalah betul.

Luncai akan terus jadi Luncai dan di hujung ceritanya, Luncai akan tetap terjun dengan labu-labunya. Biar kita cakap apa pun kat Luncai, dia tetap akan terjun sebab Luncai tak ada ilmu dan tak pernah mahu terima ilmu.

Dan sebagaimana kebanyakan penulis/wartawan akhbar Melayu bahagian hiburan punya kolum, aku pun nak try jugaklah habiskan artikel aku dengan benda-benda/ayat-ayat yang bold dan yang tak ada kaitan dengan artikel yang aku post ni macam ni:

DONCORLEONE: Esok hari Isnin. Aku kena pergi kerja. Tapi sat lagi nak makan meehoon goreng dulu.

To all the wartawans - KEEP IT COOL PEOPLE !

Dec 13, 2008

Bila orang dah marah-marah kat entry aku, aku buat keputusan lepas geram. Aku bukan geram yang itu, tapi aku geram sebab dah lama tak menonton filem.

My last entry created mixed opinion. Ada yang marah dan ada yang sokong. Memang itulah lumrahnya. Ada yang attack entri dan ada yang attack personaliti. Itu juga lumrah. Well, I said what had to be said and aku tak pernah harap semua orang berjaya read between the lines. I made peace with myself about that long time ago, hence the "wild horse" deal lah.

So, I'm moving on.

Aku geram dan nak lepas geram. Dan semalam aku lepas geram tu.

Jam 5.15pm aku menonton Muallaf di Picturehouse.

Jam 9.10pm aku menonton Body Of Lies di Vivo City.

Dua-dua tentang Islam dalam dua perspektif yang berbeza.

FYI, ini bukan film review or anything. Just a random view.

MUALLAF - sebuah pemerhatian yang tidak ikut kronologi

Aku ni dulu biasa dengan orang LPF sebab aku kerja Finas. Orang LPF ni kebanyakannya orang Melayu dan sensitiviti mereka terhadap agama Islam tinggi. Apa-apa sahaja yang korang nak karyakan boleh tetapi harus sensitif terhadap Islam.

Yes, sensitif tehadap Islam.

Biarpun kita ni semua harus hormat terhadap agama lain, tetapi kita hanya harus sensitif kepada Islam. Apa-apa iklan, siri TV, program TV atau filem yang dihasilkan jangan langgar that sensitiviti terhadap Islam.

Lalu pernah sekali tu dalam meeting di Finas dengan orang LPF ada seorang pegawai India yang bangkitkan satu isu dan aku masih ingat lagi kata-katanya. Dia kata: "Saya setuju kita kena sensitif terhadap agama, tapi saya nak tanya kenapa dalam iklan Aidiladha tu ada tunjuk gambar kepala lembu yang disembelih di sebuah perkampungan. Kamu di LPF tahu kan anggapan Hindu terhadap lembu?"

There you go. How do you answer that?

Dalam pada LPF sibuk nak sensitif terhadap Islam, dia tak sensitif terhadap agama lain.

So how?

Pantas seorang pegawai LPF jawab, seolah-olah berceramah: "Penyembelihan lembu dalam Islam adalah SYIAR!!!" Dan masa dia sebut SYIAR tu, dia sebut sambil berdiri dan seolah-olah menjerit. Aku jadi terkejut. Aku ingatkan dia dah ikat bom di badan dia dan nak letupkan kita orang.

Ternyata dia pantas tutup ruang untuk berdiskusi sebab itu SYIAR! Fuck...bahaya betul orang macam ni kan.

So, korang fikir apalah yang diorang fikir dengan Muallaf.

Hakikat - Orang Melayu sentiasa saja fikir yang Islam hanya orang Melayu. Kalau dia putih lepak sikit dan matanya sepet, dia orang Cina. Kalau dia gelap dia orang Keling. Dan kalau dia Cina, dia bukan Islam dan kalau dia Keling juga, dia bukan Islam.

"You know what DonC, kau rasa orang Melayulah orang yang paling racist dalam dunia ni," bisik seorang teman lamaku dan aku aku ketawa kecil aje.

Muallaf aku lihat bukan bercerita tentang agama, tapi Muallaf bercerita tentang keteguhan dan seteru dalam kepercayaan.

Muallaf juga buat aku teringat buku Imam karya Datuk Abdullah Hussain mengenai seorang Imam yang begitu idealistik sehingga akhirnya disalah ertikan.

Watak Brian hilang kepercayaan kepada diri, keluarga dan agamanya kerana trauma hukuman oleh bapanya yang meninggalkannya di tengah jalan selepas menangkap Brian melancap di dalam bilik.

Rohani meningkatkan keteguhan imannya selepas kematian ibu kandung sehingga dia sanggup melarikan diri bersama adiknya kerana bimbang imannya runtuh. Keadaan negatif di sekeliling Rohana, tidak rosakkan iman, sebaliknya memberikan kesan yang positif. Misalnya dia bekerja di sebuah pub. Dia tak terjebak, malah cuba melebarkan syiar.

Kita mungkin terganggu memikirkan apa perlu atau kenapa budak semuda Rohani dan Rohana itu bisa hafal bait-bait bible atau St Augustine's Confession atau Tao Te Ching.

Barangkali ada pendapat yang mempersoalkan idealisme Yasmin di sini tetapi aku ambil jalan "there are those possibilities". Tak kan orang tua, imam masjid, orang agama sahaja yang nak kita gambarkan boleh berbicara tentang perkara itu, dan aku rasa budak-budak zaman sekarang sudah pandai menyoal perkara seperti itu.

Namun, ada part dalam filem itu yang aku rasa terlalu preachy dan melihatkan Yasmin trying to hard sell her idealism. Not that it's not good. I am really the person yang sangat-sangat menghargai mereka yang idealistik namun seperti yang terjadi sekarang, ia pasti menerbitkan negative vibes di sekeliling filem berkenaan.

Contoh-contohnya yang aku tak berapa suka ialah adegan preachy berikut ini:
1. Ho Yuhang bawa watak seorang penyiasat yang diupah Datuk (Bapak Rohani dan Rohana) lakonan Datuk Rahim Razali sedang berbincang. Di tepi Ho Yuhang ada seekor anjing dalam sangkar. Sang Datuk digambarkan baru lepas minum beer. Tapi dia tak mahu bersalaman dengan Yuhang selepas tangan kanan Yuhang digunakan untuk memberikan makanan kepada anjingnya. First of all, tak perlu langsung ada anjing dalam babak itu untuk menggambarkan seorang Muslim yang bisa anggap arak itu okay tapi masih enggan pegang anjing sedangkan minum arak itu lebih berdosa.

2. Saat Brother Anthony jatuh selepas cuba halang orang kuat Datuk membawa anaknya lari dari sekolah. Sesudah kejadian itu, digambarkan seorang lelaki berkopiah membantu Brother Anthony. Alamak....lame sikit lah ni.

Tapi kan, get this - bayangkan kalau orang di Itali menonton Muallaf dan mempunyai pendapat tentang betapa hebat orang Islam di Malaysia kerana biarpun muda seperti Rohani dan Rohana, mereka digambarkan begitu prihatin terhadap agama lain, sesuai dengan Islam itu sendiri di mana kita memang harus menghormati agama langit yang lain. Bukankah itu bagus?

Secara keseluruhan, Muallaf bukan karya terbaik Yasmin. Bagi aku, Rabun masih masterpiecenya cuma aku tetap ada kekaguman apabila Muallaf yang bercerita tentang kepercayaan manusia itu ditayangkan di luar negara aku sendiri.

Idealisme Yasmin memang aku respect dan aku jadi lebih respect sebab dia seolah-olah menongkah arus. Bila ornag menongkah arus macam dia sudah pasti banyak cabarannya. Namun soal being misunderstood bukan perkara baru dalam hidup aku.

Aku masih lagi anggap telefilem Rabun arahan Yasmin ini number 1 dalam senarai karya arahannya.

Aku harap sangat Muallaf akan ditayangkan di Malaysia but must watch with an open mind. Jangan duduk dalam tempurung dan kata semuanya salah sebab kadang-kadang bukannya semua hitam atau putih kat mayapada ni.

BTW, Body Of Lies sedikit antiklimaks. Aku sunguh-sungguh nak nonton karya terbaru Scott itu tetapi again, it's the same isu pengganas yang dah letih nak ditelan. Leo biasa sangat tetapi bagi aku, Russell Crowe gave a fantastic performance.

Bukanlah teruk sangat tetapi cuma aku letih dengan isu pengganas Islam dalam filem Hollywood. Tapi lakonan Crowe dalam Body Of Lies bagi aku amat baik. Ia buat aku teringat lakonan Al Pacino dalam The Insider.

Aku tak abis lepas geram ni sebenarnya. Kalau boleh malam ni aku nak menonton The Visitor pulak.

Keep it cool ya.

Dec 12, 2008

Maafkan aku teman-teman ANON yang aku kenal. Aku tak maksudkan kalian dalam posting ini tapi yang tak aku kenal, kalianlah ANJING!

Ini posting tentang mereka ini. No offence Anonymous and no hard feelings ya.

Barangkali aku marah. Sakit hati. Soal Rosnah Mat Aris yang khabarnya cuba menipu press tentang pernikahannya buat aku fikir tentang soal dia hina isteri Baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam program Sensasi di TV3 dulu. Saat dia lakukan itu, aku sendiri ada di situ. Saat dia hamburkan kata-kata hina itu, pantas fikiran aku melayang tentang fatwa Khomeni terhadap Salman dek Satanic Versenya.

Dan pantas juga aku fikir tentang wartawan yang terhegeh-hegeh menulis berita tentang Rosnah Mat Aris ini. Aku dapat bayangkan bagaimana sang wartawan tak putus-putus menelefon, keluar mencari berita, sibuk menemubual pelbagai orang. Aku dah pernah buat kerja terhegeh-hegeh itu. Dari terhegeh-hegeh membontoti menteri sampailah ke artis. Baik wartawan arus perdana mahupun nyamuk, sudah jadi kerja mereka untuk terhegeh-hegeh itu.

Biarlah terhegeh-hegeh, tidak diberi tempat duduk di majlis kahwinlah, berdepan dengan artis bangang yang tak ngaku kahwinlah, berdepan dengan artis yang sentiasa "no comment"lah, tapi itulah kerja mereka. Mereka wartawan.

Dan artis-artis/menteri-menteri selalu sahaja mahu memaki, marah, benci dan berdendam dengan wartawan. Kalau apa yang ditulis favor kepada mereka, pasti mereka suka, tapi kalau sebaliknya, maka permusuhan akan berlaku, barangkali.

Artis mana yang tak pernah amuk dengan press?

Dato'Shake pernah maki teman aku di NST.

Entah kenapa dia marah sangat kat wartawan yang buat laporan tentang persembahannya yang tak power di KL suatu masa lalu. Dia marah-marah walaupun sebelum itu dia jugak yang jemput wartawan untuk buat review terhadap persembahannya. Barangkali, dia anggap wartawan tak ada telinga kot dan kabur pandangan.

Ahmad Tarmimi Sarigar pernah caci aku dulu di Matic.

Aku dah berdamai lama dah dengan dia ni tapi hakikatnya dia pernah menghina aku di Matic suatu masa lalu.

Datuk Jins Shamsuddin pernah cadangkan supaya hentikan penulisan gosip.

Jefri Zain ni pernah buat cadangan supaya kolum gosip dihentikan tetapi dapat bantahan banyak wartawan. Niatnya barangkali mulia, tapi ternyata jalannya salah.

Shukrey Hashim pernah kutuk wartawan dalam sebuah talk show di TV3 yang aku tak ingat judulnya.

These are just to name a few.

Banyak lagi.

Tapi apa yang jadi? Wartawan terus menulis tentang apa yang perlu ditulis.

Biar sebusuk cerita nikah Rosnah Mat Aris pun, kita wartawan ni sanggup tulis jugak walaupun barangkali memang tidak seharusnya kita menulis tentang najis. Tapi barangkali cerita tentang najis harus ditulis supaya rakyat tahu tentang kotor dan busuknya najis itu.

Aku dah tak tahu nak kata apa dah tentang dia ni. Sahabat-sahabatku, aku mintak tolonglah supaya anggaplah dia ni tak ada value dalam dunia kewartawanan. Dia cakap "mampus" kat isteri Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Tolonglah ingat tu.

Tapi doa aku ialah secara keseluruhan ialah supaya kita sang-sang wartawan terus berdiri. Berdiri kukuh seperti bukit sebab dalam pada menyahut cabaran menulis ini akan pasti selalu saja disalak anjing.

Anjing-anjing ini dalam pelbagai format. Ada anjing yang juga penulis tetapi ia tidak bernama. Ada anjing yang hanya bisa menyalak. Ada anjing yang menyalak kepada anjing lain untuk mengajaknya turut menyalak. Dan anjing-anjing ini akan terus menerus menyalak bukit.

Namun, itu kan lumrah anjing? Anjing kan suka menyalak dan suka berak di merata tempat dan mengharapkan orang mencuci najisnya.

Maafkan aku teman-temanku yang tidak bernama tapi yang aku kenal. Kalian bukan anjing. Tapi yang tidak kukenal dan tidak bernama dan menyalak-nyalak di balik nama Anon - kalianlah yang aku maksudkan.

Beraklah merata, salaklah selama-lamanya kerana itu adalah tabiat kalian.

Anjing akan terus jadi anjing dan ia selalu sahaja menyalak.

Ini anjing zaman teknologi!

Dan aku sudahi dengan Masnawi ini:

AKU ADALAH KEHIDUPAN KEKASIHKU
Apa yang dapat aku lakukan, wahai ummat Muslim?
Aku tidak mengetahui diriku sendiri.
Aku bukan Kristen, bukan Yahudi,
bukan Majusi, bukan Islam.
Bukan dari Timur, maupun Barat.
Bukan dari darat, maupun laut.
Bukan dari Sumber Alam,
bukan dari surga yang berputar,
Bukan dari bumi, air, udara, maupun api;
Bukan dari singgasana, penjara, eksistensi, maupun makhluk;
Bukan dari India, Cina, Bulgaria, Saqseen;
Bukan dari kerajaan Iraq, maupun Khurasan;
Bukan dari dunia kini atau akan datang:
surga atau neraka;
Bukan dari Adam, istrinya Adam,
taman Surgawi atau Firdaus;
Tempatku tidak bertempat,
jejakku tidak berjejak.
Baik raga maupun jiwaku: semuanya
adalah kehidupan Kekasihku …
(RUMI)

Keep it Cool People!

Dec 11, 2008

Confession of a dangerous mind - Stand Up And Say Fuck Off To Rosnah Mat Aris Please.

Simple case / Classic case of a stupid artis yang tak sekolah tinggi ni.

Rosnah Mat Aris - 53 tahun

kahwin dengan

Tajul Effendie - 27 tahun

53 tahun - 27 tahun = Yes - beza sebanyak 26 tahun.

The issue:

Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Daerah Gombak Timur, Selangor sah kan kepada Berita Harian bahawasanya Rosnah dan Tajul sudah bernikah pada 13 Nov 2008 di Majid al-Khairiah, Taman Sri Gombak.

Tapi Rosnah sebelum ni mati-mati nafikan dia dah berkahwin walaupun BH siap interview jurunikah yang menikahkan dia.

Ini situasi yang super duper bodoh sangat ni.

Kejap, aku nak cari sinonim bodoh lagi ni....."tongong, bebal, tolol, dungu, bengap, bangang, bongok, goblok, idiot dan aku tambah satu lagi yang aku anggap sinonim dengan bodoh - pukimak!"

Kalau nak sorok kahwin, pi lah kahwin kat Siam ke, Melbourne ke....bukan pi kahwin di majlis lah bodoh! Aku pelik macam mana minah ni boleh fikir dia nak sorokkan pernikahan dia daripada wartawan yang kerjanya memang mencari berita macam ni? Aku lagi pelik bila minah bodoh ni tak ngaku dah nikah bila jurunikah yang menikahkannya pun kata dia dah bernikah. Bodoh yang tahap maksima yang terlalu MAKSIMA!

Dan aku akan terus pelik bagaimana wartawan hiburan boleh terus telan sampah kebodohan yang dicipta oleh Rosnah ni.

Remind you all, this is the same bitch yang hina isteri Nabi Muhammad S.A.W live on the program Sensasi (I was in the control room guiding Awal Ashaari while that happened by the way).

The first fucking place....i don't give a fuck if Rosnah Mat Aris hang herself to death okay, let alone she wants to fuck/marry as many men she wants!

Why do we fucking care, beats me.

FYI...lagi pun kita patut bunuh aje orang yang hina Nabi Muhammad S.A.W, isteri Baginda dan Sahabat-Sahabat Baginda kan?

Kalau Majlis Fatwa nak keluarkan fatwa pun...this could be the right time...."Keluarkan fatwa haramkan ROSNAH MAT ARIS ni" boleh tak sebab kebodohan dia menghina agama kita, bangsa kita dan negara kita.

Fuck you very much.

This is a classic case lagi. Say something stupid on TV and lepas tu cakap tak ada niat. And in the same press confrence siap nangis-nangis menyesal. She was in a clear mind when she said "mampus" about the wife Muhammad S.A.W. She was not provoked at all. Why she said it? Is it because she is just plain fucking stupid? Well, could be.

And because of her stupidity, the program got banned. Clearly, the government did the right thing by punishing the station because memang TV3 yang jemput si bodoh ni dan TV3 kena bertanggungjawablah. Tapi kenapa kita masih layan si bodoh ni? We should all stop watching apa-apa drama lakonan dia, filem lakonan dia dan you know what to do if you see her walking beside you right. Right?

Keep it cool people!

Dec 10, 2008

Aku hari ini sempat bersembang tentang bahasa Baku yang masih digunakan oleh medium komunikasi TV dan Radio Singapura. K.E.N.A.P.A Y.A?

Salam. Tadi aku ada meeting di MCYS (Ministry of Community Development, Youth and Sports) di Upper Thompson Road. Meeting ini membabitkan kempen iklan yang MCYS nak buat dengan majalah aku dan juga radio Warna dan Ria. Itu soal lain sebenarnya sebab apa yang aku nak perkatakan ialah tentang pertemuan aku dengan an old timer, Ibrahim Jamil. This dude is a deejay and radio producer yang bukan setahun dua dalam industri radio di Singapura ni.

This is Ibrahim Jamil. Such a cool guy. Aku suka bila aku boleh bersembang dengan orang yang ada banyak pengalaman sebab aku boleh dapat ilmu. This dude dah lama sungguh dalam dunia radio dan khabarnya dia ni kritikal sangat tentang penggunaan bahasa Melayu.

Well, dalam pertemuan singkat dengan dia, kita orang ada berbicara tentang soal bahasa. Dialognya lebih kurang gini:

IBRAHIM: You ni yang asal dari KL tu ye?
AKU: Ya.

IBRAHIM: Hafeez (one of Manja writer) kata you ni yang kata jangan guna "para" lagi dalam tulisan.
AKU: Ah ah...betul tu.

IBRAHIM: Kenapa?
AKU: Sebab kacau space. Tak payah guna "para" pun boleh kan?

Ambil contoh ayat ini:
Semua para guru diminta hadir.
Semua guru diminta hadir.

IBRAHIM: Tapi salah kalau tak ada "para".
AKU: Banyak sangat pendapat tentang bahasa ni. Asal orang faham, saya rasa komunikasi berjaya.

Aku bukan nak kurang ajar ke atau apa-apa dengan Ibrahim ni, malah aku rasa mula seronok apabila dapat berbicara soal bahasa. Lalu aku teruskan bicara:

AKU: Saya nak tahulah, sampai bilalah agaknya Singapura akan terus guna bahasa baku?
IBRAHIM: Malaysia dah tak pakai kan?
AKU: Agaknya sejak era Anwar Ibrahim dah habis, kita kikis habis dah bahasa baku tu.

Kenapa kita di Malaysia dulu berbahasa baku? Aku masih tak faham dengan itu? Kenapa setiap kali Anwar Ibrahim bentang budget di parlimen, dia akan mula sebut perkataan-perkataan pelik seperti "iltizam" dan kemudian akhbar bukan main seronok menulis tak sudah-sudah menulis iltizam. Sekarang ni akhbar suka sangat dengan perkataan "teruja", "justeru" dan macam-macam lagilah.

IBRAHIM: (Ketawa) Saya selalu kata kalau nak berbahasa baku senang saja. Bayangkan bercakap dengan orang Cina. Automatik kita ni berbahasa Baku kalau bersembang dengan orang Cina kan?
AKU: (Ketawa) Betul jugak.
IBRAHIM: Itu yang pemerintah nak. Filem P Ramlee ada tanya, di mana di mana kekuatan Hang Tuah? Dan jawabnya di huruf "Tho". Samalah dengan baku. Di mana kekuatan baku? Di huruf "Alif" atau "A". Just make sure, A kamu betul, yang lain boleh belasah.

Hahahah....i just dig the way this man explain things. Nak ke JB dari KL, dia pergi KB dulu.

Aku harap aku bisa duduk minum teh lagi dengan Ibrahim.

I shall call him one of these days.

P/S: In the meantime, what do you guys think? Is bahasa Baku still relevant? Jawapan masih boleh diterima sama ada untuk Malaysia atau Singapura sebab mungkin ada yang rasa baku patut diteruskan di Malaysia.

Adakah kita semua ini sebenarnya sudah didoktrinkan? Kita cakap bahasa Indonesia? Entahlah.

Keep it cool people.

Dec 9, 2008

Perkataan-perkataan ni mesti boleh laku - SEKS, LIWAT, DUBUR, ROGOL, MATI, BUNUH ETC ETC......Bahasa Akhbar Sekarang.

Apa yang dipaparkan dalam http://shoeshineazreen.blogspot.com menarik perhatian aku untuk mengulas dan ditambah pulak tentang satu komen dalam blog aku yang mengajukan soalan tentang pengunaan diksi "MATI" dalam akhbar.

Harian Metro bukan pertama kali 'nakal' dalam pemilihan headlinenya yang sebegitu dan biarpun kita akui penggunaan perkataan "telur" atau "buah kerandut" untuk menggambarkan kemaluan lelaki adalah sesuatu yang agak hmmmm.......mudah kata katalah........"Geli siot!!!! Aku yang jantan ni pun rasa geli korang guna perkataan tu!"

Anyway, sebelum aku sambung. I want to quote Arwah Tan Sri A Samad Ismail. He wrote this and was published in BH on 29th Jan 1992. Dia kata: "Kerana kekurangan dalam serba serbi, penerbitan-penerbitan tabloid umumnya banyak bergantung kepada pengedaran dan jumlah edaran untuk survival mereka. Dan ini membawa implikasi agak berat kepada kualiti berita dan rencana yang dicenderungi mereka. Untuk memikat pembaca, berita disensasikan, hal yang separuh benar dikatakan benar, hal remeh dibesarkan, dan umumnya pendekatan yang dipakai ialah untuk mencuit naluri kasar pembaca. Gejala ini amat dikesalkan tetapi ia tidak mustahil dibaiki sekiranya di pihak kita yang mengerti masalah mereka, secara gotong royong dan ikhlas berusaha memberikan pertolongan dalam bentuk bimbingan, tunjuk ajar dan kepakaran kepada mereka. Agaknya Institut Akhbar Malaysia bisa mempelopori usaha ini dengan menganjurkan kursus-kursus pengurusan dan latihan meningkatkan kualiti kewartawanan akhbar-akhbar tabloid."

Allahyarham Tan Sri A Samad Ismail bak Nostradamus kadang-kadang seolah-olah boleh melihat masa depan media dengan pendapat-pendapatnya walaupun kesasar. Tengok saja apa yang dikatakannya di atas tu dan ia dah pun jadi and makin menjadi sekarang kan?

Well, he said this and it was meant for the tabloids. But 16 years went by, now kita lihat bukan sahaja akhbar tabloid yang suka sensasi, malah akhbar arus perdana pun dah turut serta. Maka lahirlah banyak perkataan-perkataan sensasi sepanjang beberapa tahun yang lalu.

Apabila sebuah akhbar Melayu memberikan sesebuah berita sensasi tentang orang Melayu, orang Melayu pasti akan suka membaca dan bak kata teman aku, Shila: "Orang Melayu kan suka memburukkan orang Melayu sendiri." Hahahaha....betul atau tidak pendapat Shila tu entahlah ye. Cuma yang aku selalu dengar sejak aku belum sunat lagi ialah: "Kita ni orang Melayu, kenalah bantu orang Melayu." Dan masa aku jadi Crime Journalist dulu, kalau ada accident, reporter Melayu suka kata: "Yang mati orang Melayu ke?" Kalau aku jawab "ya" dia akan balas: "Kesian...." dan kalau aku jawab yang mati tu bukan Melayu, dia akan jawab: "Oooo....nasib baik." Pelik kan?

Sebelum aku teruskan lagi. Kasi aku bicara tentang perkataan mati dulu.

Kalau tak silap aku it was back in 1992 (masa tu aku baru kerja dalam setahun lebih di BH) dan Crime Desk bekerjasama dengan Entertainment Desk sebab Sudirman tengah tenat. Journalist Ent Desk sibuk cuba dapatkan story daripada rakan seperjuanganlah, komposerlah atau penulis lirik manakala journalist di Crime Desk sibuk tinjau hospital. Masa tu aku di Crime Desk. Tapi aku masih baru. So, tak leh lah nak banyak cakap.

Allahyarham Sudirman yang jadi buruan media masa dia sakit and mati dulu. Di saat ini manis jugalah sebab Entertainment Desk bekerjasama dengan Crime Desk. Walaupun aku masih baru masa tu, tempiasnya aku rasa juga.

Boss suruh journalist ke Hospital Tawakal dan bila dah sudah bukan main lama tunggu lama di situ, rupa-rupanya Sudirman "dilarikan" dari bahagian belakang dan tak lama selepas itu kita orang dapat panggilan telefon kalau tak silap untuk ke Jalan Taban 1 di Bangsar sebab "Sudirman dah meninggal dunia".

Tengok frasa aku: "Sudirman dah meninggal dunia". Itu cara kita orang Melayu, agaknya? Kita tak cakap: "Sudirman sudah mampus" atau "Sudirman sudah kiok" atau "Sudirman mati". Kita cakap dengan nada keTimuran yang paling ultimate.

Petang esoknya, Harian Metro memaparkan cerita kematian itu di muka depan dengan headline: "SUDIRMAN SUDAH MATI"! Nah...tu dia....korang ingat laku tak surat khabar HM masa tu? Fuck yes!

Tapi kesannya? Ia telah bangkitkan kemarahan. Bertalu-talu panggilan telefon yang diterima di Harian Metro tentang itu daripada pembaca yang tak puas hati sebab headlinenya kasar sangat. Orang ramai respect Sudirman dan mana boleh cakap "Sudirman Sudah Mati!".

Masa tu, Editor-In-Chief ialah Datuk A Nazri Abdullah dan jangan tak percaya dia sendiri ada jawab panggilan komplen tu di HM and masa tu, aku duduk di sebelah dia. Dan lusanya dia menulis sendiri dalam satu ruangan khas di HM untuk menjawab komplen-komplen berkenaan.

Antara lain, Nazri menulis: "Perkataan "meninggal dunia' yang sering digunakan oleh orang Melayu sebenarnya mencerminkan sentimen ke Melayuan yang mahu membezakan di antara orang Melayu dengan bukan Melayu, sedangkan dalam al-Quran, Allah menggunakan perkataan "maut" yang bererti mati (lihat al-Quran 3:145, 185; 6:36 dan banyak lagi) untuk makhluknya yang hidup. Pembaca yang berkenaan tentu akan lebih marah jika Harian Metro menggunakan tajuk `Sudirman sudah maut' sedangkan inilah bahasa yang digunakan dalam al-Quran. Kita selalu menyebut "kereta mayat" atau "kereta orang mati" bukannya "kereta orang meninggal dunia". Tiada siapa pun yang menelefon Harian Metro bila kita menggunakan ayat "kematian kerana kemalangan jalan raya meningkat..." kerana kita tidak pernah menggunakan perkataan "kepeninggalan duniaan kerana kemalangan jalan raya meningkat ... ".

But, let us analyze the situation truthfully dalam soal pemilihan kata.

MATI lebih best daripada MENINGGAL DUNIA.

KERANDUT/TELUR lebih best daripada KEMALUAN.
LIWAT lebih best daripada HUBUNGAN SEKS SEJENIS.
SEKS lebih best daripada HUBUNGAN KELAMIN.

Itu satu hakikat.

Perkataan-perkataan yang boleh "jual" ada banyak lagi.

Tengok akhbar hari ini dan cari perkataan-perkataan yang boleh "jual" ini.

Ada tak:
1. ROGOL
2. BUNUH
3. LIWAT
4. PENGKID
5. LESBIAN
6. KELAR
7. SEKS
8. CABUL
9. ZAKAR

etc etc.

Again, aku bukan orang yang cipta housestyle untuk semua akhbar ini tetapi
housestyle
diorang dicipta diorang sendiri.

Aku nak petik kata Datuk Hassan Ahmad sewaktu membentangkan
kertas kerja:
"Peranan Media Massa dalam Peningkatan Mutu Penggunaan
di Seminar Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (Mabbim) di Brunei
pada 1997 lalu:

Dia kata: "
Orang yang bertugas dengan media massa, editor atau pemberita
misalnya, tidak perlu
menjadi `ahli bahasa' atau tatabahasawan yang handal
untuk membolehkan mereka mengguna atau
mempertahankan penggunaan
bahasa Melayu yang bermutu dalam akhbar mereka."

Kadang-kadang kan, kita penat menulis, letih mengkaji, memblog,
bersuara tapi
bila esok kita baca lagi akhbar....banyak yang masih
macam gampang.

Aku tak pernah and barangkali tak akan menyalahkan organisasi
yang beteraskan
keuntungan dalam dunia kapitalis ini tetapi
tak salah kalau aku salahkan
individu....termasuklah kita
sendiri yang masih menerima.

Kalau dah ada gambar macam ni - MESTILAH JUAL BRADER!!!!!

Well, isu ini masih boleh didebatkan lagi.

One might think it's a fucking waste of time. So be it.

Anyway, let us just ...KEEP IT COOL.

Dec 6, 2008

Ini cerita tentang CAT DINDING lagi tapi aku tambah sikit dengan sejarah LIWAT

Ok, okay I know. It's a Sunday and light reading is good. You've got your Bintang Popular, Metro Ahad, Pancaindera etc etc but some ofther kind of reading pun okay gak lah kan? Tapi kalau boring, aku tak boleh nak buat apa lah. Kalau nak jugak cerita teropong2, cerita mengendap-ngendap, suka hari koranglah.

Dianna Danielle kena tumbuk dengan anak Yusof Haslam (kalau dah gatal sangat nak berboyfriend-boyfriend sangat at the age of 17 nak buat apa lah kan - BUDUH!) mungkin jadi cerita lebih menarik and sensasi for come people today.

Ini dia Diana, gadis baru 17 tahun tapi dah gatal nak ada BF (BF dia kat sebelah tu lah....Syamsul or something)..anak Yusof Haslam. Garik sangat muda-muda nak ada BF lepaih tu kena tinju. Padan muka. Dah kasi mak ayah malu, sekarang kau malu sendiri. Young and stupid I guess. O just plain fucking stupid.

Kalau cerita tu tak best, apa kata baca Page 1 HM semalam sebab ada cerita seorang lelaki yang buah kerandutnya tercucuk kayu. (They actually wrote: "Telur" and "Buah kerandut."). Capai Kamus DBP ya'all!

Semalam, masa aku tengah memandu , aku dengan shoeshineazreen.blogspot.com bersembang tentang penggunaan bahasa Melayu dalam akhbar Melayu yang sudah banyak kali melalui proses evolusinya sendiri. Kami start sembang benda ni due to the "Cat Dinding" issue.

"Cat Dinding" that have yet to be define properly by the publications that printed those words also suatu masa lalu use the harsh word "Liwat" untuk definekan tuduhan yang dibuat terhadap mantan Timbalan PM Anwar Ibrahim.

Liwat kalau tak silap didefine dalam kamus DBP sebagai: "Memasukkan zakar ke dalam dubur."

Aku fikir bukan senang sesebuah publication/akhbar nak terbitkan perkataan seperti itu tanpa justifikasi demi justifikasi. Barangkali, justifikasi mereka ialah the same word was used in court (which was sodomized).

Saat Anwar Ibrahim kena charge di mahkamah, semua pembaca akhbar arus perdana, akhbar tabloid dan semua jenis bahan bacaan disajikan dengan perkataan LIWAT.

Mungkin kalau persoalan tentang "cat dinding" ke mahkamah, maka mahkamah harus memberikan definisi untuknya dan kalau ia menggunakan bahasa Inggeris, maka ia sudah tentu jadi "cunninglingus" dan agaknya apalah yang akan digunakan oleh akhbar Melayu untuk "cunninglingus"? Barangkali....."jilat kemaluan!"

Maaf cakaplah, please lah...OMG please think before you write and please fucking EDIT!

Seriouslly? - I just can't get over the stupidity of "Cat Dinding!"

Bagi yang tak tahu....inilah dia aksi CAT DINDING!!! Kalau nak tulis, jangan buat terfikir-fikir apa sebab dalam kewartawanan, setiap penulisan kena ada kejelasan supaya orang faham. Kalau menulis dan orang tak faham, maka komunikasi yang cuba dilakukan dianggap GAGAL!

Anyway, KEEP IT COOL PEOPLE!

Dec 5, 2008

Boss lama aku pernah gelar aku "Wild Horse" sebab kononnya aku IDEALISTIK dan bukan REALIS. Hmm...Fuck him!

Harus aku beritahu dulu bahawa aku bukan nak attack sesiapa di sini secara peribadi, sebaliknya aku hanya impikan satu impian di mana kita semua bersatu dan meningkatkan martabat kita semula. Biar susah mana, aku rasa kita boleh buat. Boss lama pernah kata aku ni "wild horse" sebab terlalu idealistik dan tidak realis. But hey, fuck him for trying to rosakkan matlamat aku.

Why R.E.F.O.R.M.A.S.I Kewartawanan Hiburan is important. (This is my personal point of view)

1. Integriti

Aku rasa makin hari makin ramai pembaca/penonton mula tanam rasa "tidak percaya" dengan laporan wartawan. This can't happen. Kalau kita melaporkan, sudah semestinya kita melaporkan yang benar, yang seimbang dan tidak berniat untuk "mencederakan" sesiapa. Kita tak ada sebarang agenda untuk menjatuhkan sesiapa sebab kita ni impartial. Integriti kita tercalar kalau kita kesasar daripada niat ini. We just have to accept that semua ini berlaku because some fucking idiots yang dah ada title journalist terlalu sangat fikir diorang ni "The Hands of God." Again, aku terpaksa ambil contoh kes "Zubir tahan Pierre di eskelator tu". That would be the classic case now why integrity is important. Zubir sepatutnya beri peluang untuk dia jawab and kalau dia tak jawab, laporan Zubir patut tulis yang dia tak jawab. Tapi apa yang berlaku ialah harrasement. Aku pelik, only in entertainment journalism that we do that ke? Kalau Musa Hassan tak mahu jawab soalan, do we dare stop him and cakap: "Baik kau jawab sekarang Musa or else...."

2. Credibility

Tak ada issue sebenarnya seseorang wartawan itu ada kelulusan ijazah sarjana muda atau sarjana atau doktor falsafah Media Studies atau Mass Comm pun kalau dia adalah seorang yang jujur. Namun, macam manalah agaknya kalau kita nak ukur kejujuran dia kecuali mengukurnya daripada penulisan/laporannya kan? Kredibiliti berkait rapat dengan integriti. We trust akhbar perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The New Straits Times, The Star or the tabloids such as Harian Metro or Kosmo (walaupun hakikatnya sekarang bukan semuanya dipercayai rakyat kan?). Tapi laporan dengan penggunaan frasa seperti "Cat Dinding" itu bisa buat akhbar berkenaan hilang krediblitinya. Seriously, akhbar yang digunakan dalam bilik darjah pelajar Malaysia ini akan membiarkan pelalar-pelajar membaca "Cat Dinding" dan it will be a matter of time that these students will find out that "Cat Dinding" is a sexual act of cunninglingus. Seriously, you want your 11 yeard old daugther to know that at that age?

Aku pernah interview Eminem dulu di Portland, Oregon USA and aku tanya tentang albumnya yang terlalu kasar and dia cakap sepertimana lagunya juga: "It's not my fault that your parenting sucks."

Eminem nyata tahu lagunya kasar dengan carut dan ganas dengan macam-macam diksi yang berkonotasi menakutkan tetapi justifikasinya ialah kalau ibu bapa ambil peduli apa yang anak mereka dengar, maka ibu bapa tidak akan membenarkan anak mereka mendengar albumnya. Tetapi adakah akhbar perdana kita akan memberikan justifikasi yang sama dan tunduk kerana kehendak komersil?

Fair enough, we can refrain our children from listening to Eminem sehingga dia capai usia 18 tahun but are we going to stop them from reading the national newspaper? If not, we have to educate them about "Cat Dinding" lah cause it's fucking written there!

3. Fair Comment

If you are a trusted medium, you MUST have fair comment. There's no way around it no more. MELODI!!!! - Please listen. WAJIB ada fair comment. Konsep "Bang first, then ask" should not be practiced. Jangan buat damage and anggap "rakyat" jadi hakim. Rakyat can never be hakim when you report without fair comment sebab selepas buat laporan tak seimbang, you have to deal with "perception" pulak dan "perception" itulah damagesnya!

Well, ini adalah hanya beberapa contoh element yang aku rasa patut ada dalam REFORMASI Kewartawanan Hiburan yang aku nak buat ni. Banyak lagi sebenarnya tapi let us start with small step.

I say this again....and again....i am not writing to offend sesiapa pun di sini.

This is not a WAR, but this is a call to REFORM.

Barangkali aku gagal.

Barangkali aku kena kutuk.

Barangkali aku tak perlu jalani hidup dengan diksi BARANGKALI.

p/s: Try not gender attack anybody here in your comments okay. Misi aku lebih besar daripada itu.

This is the time everybody. It's now!

People.....KEEP IT COOL.

Apa kata korang join aku? Kasi idea untuk aku buat Kertas Cadangan Garis Panduan R.E.F.O.R.M.A.S.I KEWARTAWANAN HIBURAN

Aku bukan nak mengarut. Bukan juga nak memperli sesiapa. Tapi posting kali ini aku nak memanggil semua orang. Baik yang bernama, baik yang anon, baik yang mengeji, baik yang mencaci, baik yang puji, baik yang benci. Bak kata Rumi: "Come, come whom ever you are."

Aku nak korang participate dengan ini. Aku nak mula menulis KERTAS CADANGAN GARIS PANDUAN KEWARTAWANAN HIBURAN untuk aku submit kepada Malaysian Press Institute. Tak tahulah sama ada ia pernah dibuat atau tidak (aku tahu akan kewujudan Persatuan Penulis Hiburan Malaysia - WHAM - Serius ni...nama diorang ni Wham!)

Ini gambar dua ekor pondan yang menamakan kumpulan mereka Wham dan terkenal sangat dengan lagu Careless Whisper yang sekarang ni selalu saja orang nyanyi kat karaoke. Gambar ni tak ada kaitan dengan apa-apa pun, cuma aku saja letak sebab tak mau korang boring dengan tulisan yang panjang-panjang.

Okay, back to business.

Aku nak namakan Kertas Cadangan itu sebagai:

R.E.F.O.R.M.A.S.I KEWARTAWANAN HIBURAN.

Aku tahu aku mungkin gagal.
Aku tahu ramai yang akan sangkal.
Tapi tak apa lah.
Aku cuma nak mencuba.
Kalau gagal aku buat lagi, kalau tersungkur aku bangun balik.

Arwah Daddy selalu pesan: "Kalau nak terbang kena jatuh dulu!"

This is my calling for participation dalam usaha untuk penghasilan Kertas Cadangan
GARIS PANDUAN R.E.F.O.R.M.A.S.I KEWARTAWANAN HIBURAN.

Nota: Cara penyertaan. Mudah sangat. Korang tulis aje ikut idea-idea di bawah ini:

1. Apa yang patut dan apa yang tak patut dilakukan oleh seseorang wartawan hiburan.
2. Apa bentuk berita hiburan yang patut dan tak patut ada?
3. Siapa yang layak digelar wartawan hiburan?
4. Bagaimana cara nak kita tingkatkan status "gate keeper" dalam kewartawanan hiburan?
5. Apa kelemahan kepada etika kewartawanan hiburan itu?
6. Kenapa ramai sangat yang tak reti dengan etika itu sendiri. hahaha.

(Beginilah lebih kurang. Sebenarnya korang boleh nak kata apa sahaja. I always say there's is no such things as bad idea. Cakap ajelah. Asal jangan bodoh sangat dan buang masa aku sudahlah ye. Hehehe)

Let's do this people - but

KEEP IT COOL!