Nov 2, 2010

Tanya sama pokok, apa sebab goyang, nanti jawab pokok, angin nan goncang, tanya sama langit, apa sebab hujan, nanti jawab langit, tanyalah awan....

Bagi yang sudah menonton dokumentari P Ramlee yang diarahkan oleh Datuk Paduka Shuhaimi Baba tempoh hari di saluran Astro History 555, kita seolah-olah bergelut dengan perasaan hiba, marah dan benci serentak.

Sukar sekali untuk kita menerima hakikat yang berlaku ke atas P Ramlee. Dia ditindas, ditikam dari belakang, melarat dan sebagainya.

Namun hari ini, kita masih boleh ketawa dengan lawak-lawaknya menerusi filem lakonan dan arahannya kan?

Aku sebenarnya ada banyak benda untuk ditulis tentang P Ramlee, tapi sebelum itu, apa kata aku tinggalkan korang dulu dengan tulisan yang tak seberapa di bawah ini yang disampaikan oleh M Nasir tempoh hari di Konsert P Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti yang berlangsung di Auditorium DBKL dan disiarkan di Astro.

P RAMLEE

Tiada kata secantik bahasa, untuk ku puji...

Tiada gambar secantik lukisan, nak ku gambarkan perasaan.

Adakah apa yang kita semua buat hari ini akan meninggalkan kesan untuk selama-lamanya? P Ramlee mula berlakon 62 tahun yang lalu dan hari ini kita masih rasa getarnya. Di mana kan kita cari ganti bakat seni seperti itu lagi? Dia menyentuh kita, anak-anak kita serta bagai-bagai lapisan masyarakat yang berbilang bangsa. Seni yang dia lahirkan berpuluh-puluh tahun lalu sudah ditonton dan didengar beribu-ribu kali dan hakikatnya kita barangkali tidak akan jemu kerana kita sedar, kan dia sudah tiada?

Bisa kah kita ingat dia lagi di masa depan? Mampukah kita ketawa lagi dengan Bujang Lapoknya di era akan datang? Adakah kita akan melayang lagi mendengar Engkau Laksana Bulan 20 tahun dari sekarang?

Apakah agaknya pinta seorang seniman dengan karya-karyanya? Kita tahu P Ramlee bukan jutawan, kita tahu P Ramlee tidak meninggalkan harta setinggi gunung. Yang dia ada hanyalah seninya yang kita kagumi dan di bahu kita jugalah yang bakal menentukan sama ada seni itu bisa terus hidup atau tidak.

Kita di sini hari ini menghargai dia. Dan saya pinta juga kita doakan supaya dia sentiasa di sisi mereka yang beriman.

Tadi saya tanya anda, akan hidupkah terus P Ramlee di masa depan? Bisakah karyanya bertahan 1,000 tahun lagi? Hakikatnya kita kena tepuk dada dan tanya selera sendiri. Kita masih ketawa bila teringatkan P Ramlee kerana karya-karyanya dan kita pasti sedih jika satu hari nanti anak-anak atau cucu-cucu kita bertanya “Siapa itu P Ramlee?”.

Terserah!

By SANIBOEY MOHD ISMAIL/19TH Oct 2010 /1405hrs

Semua artis memberikan persembahan yang paling mantap sebagai rasa hormat kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Dan aku harap korang juga akan layan MTV yang ada di bawah ini. Harapannya auk hanyalah supaya korang yang beragama Islam akan bersedah surah Al-Fatihah sebaik sahaja selesai okay.

AL FATIHAH

12 comments:

Farah Harith said...

i thought the tribute was an insult to the great legend. especially the rearrangement of his melodies. his songs should be left as is. not mangled beyond recognition.

Obefiend Weiland said...

I disagree with Farah here

it is more insulting to gimmick his style verbatim

lets say you watch an ep of Akademi Fantasia

would you want the contestant to copy his style 100% or do their own interpretation

but that is just me

btw Don. Glad to see you are back.

I like you saw the docu and I cried a little when Ramli Kechik recall the story of how P Ramlee have to jaga mahjong tanble and died penniless.Ditto when Aziz Satar told his story. Tragic!

That is how great people died

Van Gogh and Mozart also died penniless. There is a trend i think

anyway....

tiada kata secantik bahasa...
untuk ku puji adinda...
tiada gambar secantik lukisan...
Nak ku tunjuk perasaan...

Farah Harith said...

we're talking about his songs, yes of course it should be sung the way he wrote it. walaupun suara tak sedap, tapi orang tu hormat dengan karya tu dan dia tak mengubahnya. bila diubah karya seniman agung, itu dipanggil tidak menghormati hasil orang lain. logik apakah yang diapplikasikan sehingga lagu yang hujan or bunkface nyanyi tu jadi sampai rock metal? itu namanya tribute?? maaf tapi saya memang marah sangat dengan konsert. bukan niat di hati nak cari gadoh dengan encik obieland. i shall not respond any further demi menghormati bahawa blog ini bukan blog saya and everyone is entitled to their own opinions. it's just that mine is just filled with rage because i cant stand to see works of arts by a great man be desecrated like that.

Anonymous said...

I saw the documentary yesterday I found that the last 5 years of P Ramlee's had the similiraty of MJ's life. Dihina tapi bila mati dipuja dan dikenang.

Bezanya MJ bila mati makin kaya familinya tetapi P Ramlee mati makin kaya.......... Shaw Brothers and EMI.

Hazrey said...

Alo der. Aku rasa macam dah sepuluh purnama kau mengeram. Tup tup aku dengar azreen dah ada? Tahniah bro.

Anyway, aku tengok the docu and a bit hambar, it is like they are rushing to finish it. Patutnya buat more reenactment sebab you guys guna more still pics and old interviews. Kenapa tak buat yang baru?

You guys could hv interviewed his crew, like one Abu Bakar (if im not mistaken) a cameraman that works for him dulu dan masih hidup di Singapore.

DonCorleone said...

First of all, its good to be back. I was just too fucking busy with work especially P Ramlee Tribute in the month of October.

Anyway, my response to Farah and Obefiend: Bila aku menulis monolog M Nasir tu, i was inspired by Chairul Anwar's Aku (1943).

He wrote this below:

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Frankly, aku sedar akan ada purist dalam hal memberikan nafas baru atau interpolasi or apa-apa sajalah yang babitkan karya agung seperti P Ramlee.

Tapi sebulan sebelum tu, aku perlahan-lahan nyanyikan lagu ini kepada seorang teman di pejabat yang agak muda. Aku nyanyi: "Tanya sama pokok, apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang, tanya sama langit apa sebab hujan, nanti jawab langit, tanyalah awan. Awan nanti kata, aku kandung air, sampai tempat sejuk, aku pun cair, tengok dalam air, nampak bayang-bayang, campak satu batu, bayang pun hilang." Aku nyanyikan pelan-pelan dengan cara budak (sebagaimana ia dinyanyikan dalam filem Anak Ku Sazali). Tapi budak yang dengar tu langsung tak tahu asal usul lagu tu pun. So, aku fikir kat diri sendiri, generasi akan datang sebenarnya akan melupakan karya-karya seperti itu. Betul, ia akan kekal terus sebagai sejarah. Kita tahu tiada siapa yang bisa ubah sejarah yang itu. Kita akan terus kenal lah P Ramlee tetapi aku jadi sedih bila orang dah tak kenal lagunya dan akan lebih sedih kalau orang dah tak peduli filemnya.

Barangkali, cara anak2 muda buat semula lagu itu adalah cara mereka untuk menghormati. Barangkali, kita sendiri harus pandang usaha macam ini sebagai positif.

Kelmarin aku ke Hard Rock Cafe tengok anak-anak muda ni perform lagu-lagu P Ramlee dengan cara diorang dan di sebelah aku ada Datuk Jamil Sulong dan Datin Rosnani Jamil.

Lirik yang aku tulis tadi tu ialah tulisan Datuk Jamil Sulong bu the way.

Aku lihat Datuk Jamil Sulong tersenyum tatkala Seven Collar T-Shirt sampaikan lagu Jangan Tinggal Daku dengan strumming gitar yang sangat keras.

Sesusah itu dia bisik kepada aku: "Bagus sebab orang muda tahu menghargai walaupun cara diorang ni lain. Tapi jangan lupa juga orang-orang lama yang lain selain P Ramlee."

Namun, bak aku katakan tadi, pasti akan wujud purist yang tidak akan setuju walaupun banyak mana argumen yang kita utarakan.

Pada aku, biar ada purist yang tak menentang dan terus menentang dan biarkan mereka yang mahu menginterpretasi dengan cara tersendiri kerana hanya dengan itu barangkali P Ramlee akan hidup "1000 tahun lagi".

DonCorleone said...

Hazrey - Aku banyak kerja la and now insya-Allah aku akan start balik lah ni. Azreen ada apa? Hahah. Tak ada apa2 la.

Sebenarnya, History punya guideline utk docu itu ialah supaya tidak akan re-enactment and itu lah sebabnya kau tengok sangat minimal "lakon semula" yang dibuat tu. Old interviews itu tu pada aku ialah antara tarikan utamanya. Apa yang diperkatakan dulu tidak akan sama dengan apa yang akan diperkatakan sekarang. Aku paling suka interview dengan P Ramlee dan Saloma yang aku sendiri tak pernah tengok tu.

Kalau nak kira, banyak yang tidak diinterview dalam docu tu seperti Jamil Sulong, Jins Shamsuddin, etc etc tapi aku fikir, Shuhaimi Baba ada alasan dia sendiri.

Buat masa ini, walaupun tidak perfect, tetapi aku rasa ia akan bangkitkan semangat orang dalam industri untuk mengusahakan hasil mereka sendiri, insya-Allah.

.theweirdo. said...

i watched the last 15minutes. and that 15 minutes were full with my tears and sobs. why oh why. we only know how to appreciate when it has gone. we never learn. tengoklah dah berapa ramai talented ppl went wasted. agree?

fynn jamal said...

music is like language;
just a medium.

the soul of such medium is the message within.

i was there. witnessing everything. and i bet everyone who knows me would testify my endless devotion to p ramlee. so im saying on behalf of the other few hundred thousands of devotees out here.

what you did WAS a tribute. do you think van gogh would want to see 500 exact paintings of his, or 500 inspired by his masterpieces?

thank you, babe.

dan paling thank you sebab u SENGAJA letak muka hingus i banyak kali kat konsert tu. close up.

<-- last sentence tolong baca dgn sarcastic tone. u so funny aa.

Hazrey said...

Donny, yeah aku suka interview P Ramlee especially in teaching music in school. Yang bestnya, dulu isap rokok sambil interview boleh jek kan. Hahaha. Cool abis. But agree with others, especially bila Dato Aziz Satar cerita hari hari terakhir P ramlee.

But yeah, that will be an eye opener to relevant bodies, and persatuan (jangan asyik dok bertelagah siapa nak duduk kat panel Finas tu) and others.

History guideline contradicts dengan their own production lah bro. You see al maunah and all, best gila. I watched the merdeka docu repeatedly sebab best nak mampus ok.

But will there be a follow up? I think kena ada sebab history dah bentuk apa yang ada sekarang, kalau dibiarkan, rugi generasi akan datang.

By the way, itu ari aku ke Jalan Ampas, and stadio tu masih ada lagi, dan aku tertanya kenapa Arkib Negara tak ambik bebarang kat sana? Bersepah barang filim. Sedih aku tengok. Mat pet banyak ambik dah bebarang kat sana.

Ayyman Rahim said...

I think Yuna did really really well for the Gelore Jiwa song. It sounds like she's singing her own new song. Same goes to Hujan- Tunggu Sekejap. Personal fav :)

Looking for a Car? said...

rumors are flying around entertainment news. take it easy , just entertainment.